Tukar Tiub |
- DEMO ANTI RACUN RADIO AFTIF
- PROGRAM MELAWAN DI SANA SINI
- APA MAKNANYA MELAY U ISLAM DAN RAJA
- KENYATAAN RESMI PKR
- ZIONIS DAN NEOCON SEDANG MERANCANG
- DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI?
- KALAU 8 TUNTUTAN BERSIH TIDAK DITUNAI ERTINYA PILIHANRAYA TIPU
Posted: 22 Feb 2012 06:03 PM PST KITA TURUN BERDEMO LAGI DEMO HIJAU DI EMPAT LOKASI -mkini Selain Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dijadualkan di Kuantan pada Ahad ini, beberapa lagi lokasi lain juga telah dikenal-pasti bagi menunjukkan perpaduan rakyat di seluruh negara. "Kami gesa orang ramai untuk turun ke Kuantan pada Ahad ini kerana di situ ada tempat acara utama, tetapi kami faham bukan semua yang dapat pergi ke Kuantan. "Jadi, kita akan adakan program solidariti di tempat-tempat lain di negara ini," kata setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan pada sidang akhbarnya, semalam. DEMO DIADAKAN DISELURUH MALAYSIA PADA 26 FEBRUARI 2012 1. Di Padang MPK1, Kuantan pada jam 9.30 pagi 2. Di Maju Junction, Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi 3. Di Bukit Merah (Depan ARE lama), Ipoh pada jam 11.00 pagi 4. Di Tanjung Aru Beach (Dekat Yacht Club), Kota Kinabalu pada jam 4.00 petang 5. Di Speakers Square, Padang Kota Lama (Esplanade), Pulau Pinang pada jam 6.00 petang Datang beramai-ramai untuk menunjukkan sokongan and solidariti kepada penduduk-penduduk Kuantan. JANGAN LUPA AHAD INI |
Posted: 22 Feb 2012 04:23 PM PST SILA AMBIL PERHATIAN PROGRAM MELAWAN DISANA SINI NOTA: baca dan ambil nota jika ada masa datang untuk buat ramai datang untuk membuat sejarah datang untuk anak anak cucu datang kerana ingin melawan semua ini adalah program melawan tidak ada program membodek masanya telah sampai untuk kita semua bangun melawan NOTA: sila klik untuk besarkan iklan MALAM INI MALAM INI MALAM INI AHAD AHAD PAGI DI KUANTAN NOTA : demo anti lyanas demo anti radio aktif demo untuk hidup AHAD AHAD PAGI DI KUANTAN NOTA : demo anti lyanas demo anti radio aktif demo untuk hidup 1.00 PTG - AHAD - CHERATING GIG NOTA: ini gig underground di cherating ada dua band paling cool kuchalana dan cubaratoor dung semua anak muda semua yang mengaku muda di jemput datang AHAD AHAD MALAM DI TEMERLOH AKAN DATANG 17 MARCH NOTA: ini sejarah untuk kali pertama di malaysia orang kurang upaya orang buta orang bisu orang cacat akan bedemo akan berdemo membantah cara kita orang celik dan berakal melihat mereka orang celik akal wajib datang! |
APA MAKNANYA MELAY U ISLAM DAN RAJA Posted: 22 Feb 2012 08:49 AM PST NOTA: lihat asas perjuangan melayu islam dan raja bila sudah lihat klip ini pasti pembaca akan memiliki kesedaran tentang melayu islam dan raja pembaca akan disedarkan siapa melayu akan disedarkan siapa islam akan disedarkan sipa raja kah kah kah |
Posted: 22 Feb 2012 08:44 AM PST AHAD DI KUANTAN MEMPERBAIKI SISTEM SEDIA ADA LEBIH BAIK DARIPADA CADANGAN SATU CARE Pihak kerajaan tersilap sekiranya mereka memikirkan cadangan skim 1Care merupakan penyelesaian terbaik bagi mengatasi cabaran yang membelenggu sistem kesihatan Malaysia. Menerusi skim ini, rakyat berserta pekerja dan kerajaan akan menyumbang kepada skim pembiayaan kesihatan di mana pihak hospital kerajaan dan swasta akan diintegrasikan. Di dalam kertas konsep skim ini yang dibentangkan pada 2009, '1Care for 1Malaysia: Restructuring the Malaysian Health System', kerajaan mendakwa dasar baru diperlukan berikutan sistem penyampaian perkhidmatan dan pembiayaan kesihatan yang tidak mapan di negara kita. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan agar perbelanjaan kesihatan kerajaan sebagai peratusan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sepatutnya pada kadar 5 hingga 6 peratus. Jumlah perbelanjaan kesihatan Malaysia pada 2008 merupakan 4.8 peratus namun perbelanjaan kerajaan hanyalah 2.2 peratus. Pada 2004, buat pertama kalinya perbelanjaan kesihatan swasta sebagai peratus KDNK mengatasi perbelanjaan kesihatan kerajaan. Cadangan bahawa sekitar 10 peratus gaji pekerja dipotong untuk disumbang ke skim pembiayaan kesihatan akan menambah beban yang dipikul rakyat. Pada masa ini, pekerja dibelenggu gaji yang rendah dan berhadapan dengan kos sara hidup yang meningkat. Ditambah pula dengan gejala rasuah dan ketirisan di dalam perbelanjaan kerajaan (termasuk kesihatan) kerajaan seharusnya dapat menjangka kemarahan rakyat terhadap cadangan 1Care ini. Kami tidak mempertikaikan bahawa wujud cabaran di dalam skim kesihatan negara yang sedia ada. Jurang antara hospital kerajaan dan swasta semakin melebar. Keperluan untuk mengurangkan penghijrahan kepakaran daripada hospital kerajaan ke hospital swasta tidak boleh dinafikan. Rakyat Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada bayaran terus daripada kcek mereka bagi rawatan perubatan. Pun begitu sudah wujud begitu banyak usaha penstrukturan sebelum ini yang dibuat tanpa proses yang betul dan telus yang berakhir dengan masalah yang lebih besar untuk rakyat. Hospital-hospital kerajaan kita menjadi mangsa proses penswastaan perkhidmatan asas yang meningkatkan keuntungan untuk syarikat-syarikat kroni namun merugikan para pembayar cukai dan pesakit. Laporan Kesihatan Sedunia 2010 mengenai Pembiayaan Sistem Kesihatan oleh WHO jelas menyebut antara 20 hingga 40 peratus perbelanjaan kesihatan dibazirkan berikutan kekurangan kecekapan sistem. 1Care bermakna akhirnya rakyat dan kerajaan akan memberi subsidi kepada hospital swasta seperti mana kolej swasta hari ini disubsidikan oleh skim PTPTN. Kami ingin menegaskan bahawa kami bukannya menentang hospital swasta. Malah, sektor kesihatan swasta menyediakan perkhidmatan yang berguna bagi rakyat Malaysia yang mampu dan sewajarnya dibenarkan meneruskan perkhidmatan tersebut. Walaubagaimanapun integrasi yang disyorkan oleh 1Care akan menyekat hak ini dan tidak mencapai piawai penyeragaman kualiti. Kami menggesa kerajaan untuk tampil kehadapan secara telus tentang peringkat mana perancangan 1Care buat masa ini. Terdapat terlalu banyak jawapan bercanggah yang tidak memberikan keyakinan kepada semua pihak terbabit di dalam suatu perubahan besar sistem kesihatan negara. Sebagaimana komitmen kami di dalam buku jingga, Pakatan Rakyat berjanji untuk memelihara kesihatan sebagai satu hak untuk semua rakyat Malaysia. Kami percaya penyelasaiannya bukanlah 1Care, sebaliknya peningkatan peratusan perbelanjaan kerajaan untuk kesihatan dalam tempoh beberapa tahun bagi melebarkan kekuatan infrastruktur asas kesihatan yang ada di Malaysia hari ini. Pakatan Rakyat akan membentuk Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, meningkatan pendapatan pekerja sektor kesihatan, menjamin perlantikan berasaskan kelayakan, meastikan perbekalan yang telus dan mengkaji semula perkhidmatan yang diswastakan di hospital-hospital kerajaan. DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT AHAD PASTI DI KUANTAN |
ZIONIS DAN NEOCON SEDANG MERANCANG Posted: 21 Feb 2012 09:45 PM PST INI MUKA MUSUH RAKYAT DUNIA TUJUAN AKHIR NEOCON After last week's explosions it's important to take an objective look at the evidence as the story unfolds rather than putting blind faith into the anti-Iran spin from Washington and Tel Aviv - dari BANGKOK POST 19/2/2012 Bom telah meletup di Bangkok minggu dahulu. Berita melaporkan bangunan kedutaan Israel sebagai sasaran. Seorang warga Iran telah ditahan di Kuala Lumpur. Sebelum di Bangkok, bom telah juga meletup di New Delhi dan di Georgia. Media dan ajensi berita yang bersimpati dengan Zionis telah menuduh Iran dibelakang semua letupan ini. Letupan ini adalah bukti bahawa Iran adalah negara sarang pengganas. Tetapi Bangkok Post akbar harian Inggeris Siam telah melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Siam yang meminta semua pihak tidak melulu menuduh Iran. Apakah ada sesuatu lagi dibelakang letupan-letupan ini? Apa makna semua ini? Dalam strateji media ini dipanggil strateji mengolah pesetujuan. Bom yang meletup itu adalah hasil operasi 'false-flag'. Ini adalah mondus operadi yang sering dilakukan sebelum perang dilancar. Letupan kecil ini digunakan untuk mengolah persetujuan agar 'letupan' yang lebih besar dapat dilakukan. Jika membaca buku memoir Said Zahari – bekas ketua pengarang Utusan Melayu - kita akan bertemu dengan naratif dimana Tunku telah diminta oleh British untuk meletupkan kapal British di Laut China Selatan. Kemudian British meminta Tunku menuduh letupan ini sebagai kerja sabotaj Sukarno. Ini berlaku ketika Bung Karno menentang pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dahulu. Jangan lupa – paling terbaru di Kuala Lumpur telah berlaku 3 letupan kecil pada 9 Januari lalu d Mahkamah Jalan Duta. Ini juga adalah operasi 'false-flag'. Tidak susah untuk memahami siapa dibelakang letupan ini kerana pagi esoknya akhbar kesayangan gerombolan United Malays National Organistion telah menuduh : letupan bom ini adalah hasil kerja penyokong Anwar Ibrahim. Seperti tulisan minggu dahulu saya telah menerangkan bahawa semua yang berlaku dalam dunia hari ini adalah perancangan gerombolan NeoCon. Babak dan drama politik dunia yang sedang kita saksikan adalah projek-projek untuk mengimplementasi Projek Kurun Baru Amerika yang telah dirancang oleh gerombolan NeoCon. Rasa saya bukanlah bagitu susah untuk memahami garis dan jalan politik Amerika ini. Ianya tidak jauh dari apa yang sedang berjalan dalam negara kita. Cuma politik di Amerika skalanya lebih besar dan merangkumi politik dunia. Semuanya bermula dengan kepentingan The American Military Industrial Complex – Perserikatan Senjata Amerika. Ini adalah kumpulan syarikat pembuat senjata gergasi yang sedang mendominasi politik dunia. Perserikatan Senjata ini akan memilih dan menyokong calon-calon untuk menduduki Rumah Puteh. Perserikatan Senjata ini akan bersekongkol dengan Walls Street untuk memastikan dasar ekonomi yang terbaik untuk kaum pemodal. Perserikatan Senjata ini juga akan menaja kumpulan-kumpulan pemikir untuk mengolah pandangan melalui tulisan dan komentar mereka di media. Wartawan, penulis dan para pemikir akan juga diupah dan ditonjolkan sebagai pembuat pandangan/opinion maker. Gerombolan NeoCon adalah tajaan Perserikatan Senjata Amerika untuk menjadi jurufikir. Perserikatan Senjata Amerika ini bergerak dengan licik dan terancang. Dalam masa yang sama Perserikatan Senjata ini berkerjasama dengan rejim Zionis Israel. Kerjasama intim ini berlaku kerana ada kepentingan bersama. Amerika memerlukan minyak mentah dari negara-negara Arab. Isreal ini dijadikan 'polong' untuk menakut-nakut dan menghuru harakan wilayah Timur Tengah. Kerana takutkan 'polong' maka negara Arab ini akan menjual minyak kepada Amerika dan membeli senjata dari Amerika. Sempoi! Mondus operandi Perserikatan Senjata ini tidak ada bezanya dari peranan yang mainkan oleh Ananda Krishnan, Vincent Tan atau Syed Mokhtar. Cukong dan towkay ini akan melabor duit untuk memastikan calon-calon dari United Malays National Organisation akan terus berkuasa memerintah Malaysia. Apa yang berbeza: Vincent Tan mahu tapak tanah penjara Pudu manakala Carlyle Group di Amerika mahukan wilayah Kirkuk di Iraq yang kaya dengan minyak. Syed Mokhtar mahu monopoli jual beli beras manakala Halliburton mahu kontrek pembuatan senjata di Amerika. Ananda Krishnan mahu 40 saluran Astro makala Time Warner mahu memiliki semua media dalam dunia ini. Apa yang cuba saya lakarkan disini adalah bahan latar untuk kita semua memahami apa yang sedang berlaku. Hari ini pembudayaan, moral, nilai, tingkah laku, cara hidup malah cara manusia berfikir juga dibentuk oleh sistem ekonomi kapitalis. Justeru ramai warga dalam dunia ini secara tidak sedar telah memiliki pandangan dunia yang direkakarya oleh sistem ekonomi kapitalis. Justeru mereka akan menerima tuduhan dari media pro Zionis bahawa Iran adalah sebuah negara bahaya kerana sedang merancang untuk membuat bom nuklear. Bagaimana semua ini ada sangkut paut dengan persediaan untuk menyerang Iran? Apakah betul Iran yang menjadi sasaran? Jawabnya ia dan tidak. Betul pada ketika ini Iran sedang menjadi sasaran. Walau pun 16 badan risikan Amerika telah menerangkan kepada Kongres Amerika bahawa Iran TIDAK ada rancangan untuk membuat bom nuklear. Laporan badan nuklear dunia - International Aromic Energy Agency (IAEA) juga memiliki pandangan yang sama. Tetapi gembar gembur untuk menyerang Iran masih diteruskan. Kenapa? Jawabnya senang sahaja. Perserikatan Senjata Amerika memerlukan suasana perang agar kilang persenjataan terus mendapat kontrek membuat senjata. Isreal, saperti yang telah saya nyatakan memainkan peranan 'polong' untuk terus menakut-nakutan dan menundukkan semua negara di Timur Tengah ini untuk menyembah Rumah Puteh. Rakyat dunia wajib berwaspada dari sekarang kerana NeoCon, jurufikir Perserikatan Senjata ini memiliki rancangan masa depan yang berjangka panjang. NeoCon berfikir dan merancang bukan untuk setahun dua. Contohnya rancangan untuk menyerang Iraq telah mereka kupas panjang lebar semenjak tahun 1991 lagi. Iraq hanya diserang pada tahun 2003. Sasaran utama NeoCon BUKAN Iran tetapi China. Mungkin ada pembaca yang merasa mushkil dan amat payah untuk menerima kenyataan ini. Disinilah kekuatan NeoCon – mereka dibayar untuk berfikir dan kemudian buah fikiran mereka dijadikan dasar negara. Dasar ini di kota dan dikuat kuasakan oleh kekuatan bala tentera Amerika. Justeru mereka memperincikan cadangan mereka sebagai Projek Kurun Baru Amerika. Untuk memahami kenapa China menjadi sasaran sila rujuk kembali rukun iman NeoCon yang tertulis dalam Projek Kurun Baru Amerika. Jelas tertulis : tidak membenarkan mana mana negara muncul untuk menentang kepentingan Amerika atau berkeupayaan untuk menandingi kuasa Amerika. Justeru rukun iman ini boleh mentafsirkan China memiliki potensi untuk menandingi kuasa Amerika. Hari ini ekonomi China adalah ekonomi kedua terbesar dalam dunia. China telah mengambil tempat Jepun. Memang betul hari ini kekuatan tentera laut dan darat China tidak mungkin menandingi Amerika. Memang betul pada ketika ini teknoloji China masih jauh ketinggalan berbanding dengan Amerika. Memang betul kemiskinan masih lagi menghantui beratus juta warga China. Menyedari semua inilah maka NeoCon mencadangkan akan dijalankan 'projek-projek' untuk memastikan China akan terus mundur dan tidak gagah bangun berdiri. Kelemahan asasi China ialah bahan bakar petrolium. China perlu mengimpot 32% keperluan bahan bakar minyak. Sumber minyak ini datangnya dari Afrika, Telok Parsi dan Saudi Arabia. Ketika Saddam Hussein berkuasa di Iraq banyak kawasan konsesi cari gali minyak telah diberikan kepada China. Apabila Amerika masuk dan mengambil alih Iraq, semua perjanjian cari gali ini telah dibatalkan. Di Libya China memiliki hubungan yang baik dengan Muammar Gadaffy. Justeru apabila Gaddafy dibunuh semua kepentingan China dilupuskan. Semua perjanjian cari gali minyak di Libya dibatalkan. Dengan ini amat jelas perang di Iraq dan Libya telah menafikan kepentingan China. Pekara ini amat-amat disedari oleh China. Justeru China telah membuat perjanjian untuk membeli minyak mentah dan gas dari Iran. Telah wujud perancangan untuk membuat pembetongan aliran minyak dan gas dari Iran ke Pakistan dan berakhir di China. Aliran minyak ini mengikut Jalan Sutera Lama – The Old silk Road. Jika berjaya dilakukan maka China akan mendapat aliran minyak dan gas berterusan tanpa melintasi Selat Melaka. Amerika melihat semua langkah-langkah China ini. Amerika sedar akan hubungan intim antara China dengan Iran dan Pakistan. Justeru apa yang berlaku di Libya, Syria, Iran dan Pakistan adalah strateji bala tentera Amerika untuk mengepong China dalam jangka panjang. Menyedari semua ini maka kita lihat bagaimana Rusia telah sekata dengan China untuk TIDAK menyokong sekatan keatas Syria. Rusia juga sedar negara-negara boneka – Afghanistan, Tajikistan, Uzbekistan, Kyrgyzstan – adalah negara-negara boneka yang sedang di persenjatai oleh Amerika. Negara piliharan Amerika ini terletak dibawah perut Rusia. Negara ini juga bersempadan dengan China. Tidak dapat tidak negara-negara 'tan' ini akan menjadi ' israel' untuk China dan Rusia. Justeru tulisan saya ini adalah ingatan kepada warga dunia.Jika perang dilancarkan keatas Iran bermakna Perang Dunia Ketiga bermula. Serangan keatas Iran adalah mengimplementasi projek NeoCon sedang untuk melahir New World Order atau Tata Dunia Baru. Sebelum perang pecah kita wajib membaca kembali sejarah dan pengalaman jenerasi sebelum kita yang menuntut Merdeka di zaman Perang Dunia Kedua. Jika perang pecah ianya akan membuka peluang untuk kita menumbangkan gerombolan United Malays National Organisation dan melahirkan Tata Malaysia Baru.(TT) NOTA: tulisan ini telah disiarkan dalam akhbar SUARA KEADILAN yang terbaru - sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon : 03-22-72-40-45 |
Posted: 21 Feb 2012 09:15 PM PST TIDAK ADA KHABAR BERITA PENCERAHAN DARI PEMBACA TT, Si Hamzah nie keluar 3 ayat..... gua dapat info ambil kat Wikipedia... rujuk kat bawah eh... 1. On your birthday, I will say that I have loved the rebel in you, that you've always been a source of inspiration to me, and that I do not like the halos of divinity around you. I shall not pray for you. 2. On your birthday, I find you wherever I turn. I will say that I have loved aspects of you, hated others, and could not understand many more. 3• On your birthday, I shall not bow to you. I shall not kiss your hand. Rather, I shall shake it as equals do, and smile at you as you smile at me. I shall speak to you as a friend, no more. By Anonymous on HAMZAH KASHGARI DI MANA KAU SEKARANG on 2/21/12 Aq dah bace dah puisi bdk nie...mmg kurang ajar dan separuh biadap tol tulisan die! Tapi psl tu laa kite kene menegur die...kite kene ajar apew yg dibenarkan dlm agama...apew yg dilarang dlm agama...jgn ingat oleh krn die bangsa arab maka iman die mesti dah 100% kukuh... jgn ingat oleh krn die arab maka akidah die mesti dah 100%kukuh...jgn ingat oleh krn die orang arab maka lahir-lahir jew pengetahuan die ttg agama Islam dah cukup tinggi, sempurna dan expert. Oleh sebab orang arab nie ingat diorang nie paling alim dlm bab agama Islam... tup2 adew lak arab yg jahil dlm agama dari segi adab dgn Nabi...terus dilabel murtad, sesat, rosak akidah dan mcm2 lagi...terus jadi outcast dan wajib dihukum dgn teruk. Kene laa phm bdk arab nie pon kadang2 mcm bdk melayu kita jew perangai nyer...cuba tanya bdk2 melayu yg lepak kat tepi jalan...apakah nama empat sahabat Nabi yg utama...klu dpt jawab tiga dgn tepat pon dah cukup baik...hahaha...rasional la cket. Kite patut nyer kene beri dia nasihat dan bimbingan...bukan yer hukuman bunuh. Bdk2 bekas ajaran sesat pon JAKIM bagi kaunseling kan??? By Anonymous on DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI? on 2/19/12 BERTEMU DI KUANTAN AHAD INI |
KALAU 8 TUNTUTAN BERSIH TIDAK DITUNAI ERTINYA PILIHANRAYA TIPU Posted: 21 Feb 2012 08:07 PM PST TUNAI INI SEBELUM PRU13 DAP KHUATIR 400 PENGUNDI POS JEJAS PELUANGNYA DI KKB - mkini Peningkatan 400 undi pos yang dicatatkan di kerusi Kuala Kubu Bahru bakal menjadikan anggota tentera 'penentu' bagi calon-calon yang bertanding di kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang. ADUN DAP bagi Bukit Tunku Lau Weng San yang ditugaskan 'menjaga' kerusi itu, berkata undi pos itu adalah dari kem tentera yang merupakan penempatan Rejimen Semboyan Diraja ke-4. Katanya, pada beberapa pilihan raya yang lalu, kerusi DUN itu telah dimenangi dan juga hilang oleh majoriti antara 400 dan 1,700 undi pada masa lalu. Oleh itu, undi pos tambahan itu tidak menjadi petanda baik untuk Pakatan Rakyat. "Ini akan menjejaskan peluang Pakatan memenangi kerusi tersebut. Seperti yang anda tahu apabila ia membabitkan undi pos, kita sentiasa kalah teruk," kata Lau pada sidang akhbar di Shah Alam hari ini. Beliau juga mendedahkan bahawa daripada 400 pengundi pos yang baru itu, 33 adalah pasangan anggota tentera berkenaan. DAP sebelum ini membuat bantahan kerana isteri anggota tentera tidak bertugas seperti suami mereka dan oleh itu mereka boleh membuang undi dengan proses biasa. Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi kerusi itu dengan majoriti 448 undi. NOTA: gerombolan sedang menyusun untuk menang caranya: 1 – mat bangla mengundi 2 – mat indon mengundi 3 – alih pengundi melayu dalam kawsasan dap masukkan ke kawasan gerombolan yang kalah 4 – alihkan nama pengundi pakatan - hari mengundi kelam kabut 5 – hilangkan terus nama pengundi penyokong pakatan 6 - tiap kawasan parlimen tambah undi pos 7 - tiap kawasan parlimen buat kem askar 8 - tiap kawasan parlimen buat rela 8 - tiap kawasan yang di sasar besarkan bali polis 9 - isteri polis mengundin pos 10 - isteri askar mengundi pos SELANGOR AKAN JATUH selangor akan dirampas kembali bukan kerana pakatan tak ada sokongan bukan pakatan rasuah bukan pakatan membazir selangor dirampas dengan tipu helah tak caya: ini contohnya contohnya di temui oleh mimos badan yang diupah oleh spr kes parlimen petaling jaya utara dan kes parlimen subang dua kawasan duduk sebelah nyebelah selama 3 tahun di petaling jaya utara ada penambahan 5 ribu pengundi barui selama 3 tahun di subang ada penambahan 35 ribu pengundi baru masuk akal? JELAS :subang di bawah pakatan akan kalah TUNTUTAN ANAK MUDA NOTA: tidak ada jalan lain sebelum pilihanraya kita perlu ke jalan raya 8 tuntutan bersih wajib ditunai tak tunai ertinya pilihanraya tipu |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan