Isnin, 20 Februari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Terdapat pemimpin gagal bentuk sahsiah keluarga, Ridhuan Tee

Posted: 20 Feb 2012 02:54 AM PST

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah kecewa dengan kebanyakan pemimpin sekarang kerana gagal membentuk sahsiah keluarga mereka dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) ini menjelaskan, pemimpin sedemikian tidak boleh dijadikan contoh kepada masyarakat dan generasi akan datang.
"Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka yang perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan.
"Bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik," katanya semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, di sini

Lihatlah gambar-gambar aksi tidak sihat dikalangan isteri dan anak-anak pemimpin yang sangat menjijikkan…

Rahsia kenapa Rosmah tidak hadir ke perasmian RTC

Posted: 19 Feb 2012 08:27 PM PST

Jom selayang pandang sewaktu PM Najib merasmikan RTC di Gopeng tempohari.Nak tahu kenapa Rosmah tidak ikut sama? Teruskanlah layan....

RTC - ada yang kata Ready To Close


Hidangan untuk VIP


Shafie Afdal hanya termangu bila Najib tanya, betul ke RTC maksudnya 'Rosmah Tidak Cantik'? Patutlah Aji Rosmah tak datang!

Yang di atas kerusi sorong dan dibelakangnya itu adalah pesakit dari Hospital Bahagia Tg Rambutan. Umno terlalu terdesak hingga depa pun diangkut datang untuk nyambut PM Najib.

Gambar-gambar seterusnya adalah PM Najib berucap dan cuaca hujan lebat menyebabkan berlaku banjir kilat.

Berikut pula adalah gambar menunjukan perangai atau budaya orang Umno/BN yang pengotor! Berbeza dengan program orang PAS yang mengambil berat soal kebersihan.Setiap kali lepas program, orang PAS akan membantu petugas mengimpulkan sampah dan mempastikan tempat program kembali bersih sediakala.


Tiada ulasan: