Sabtu, 18 Februari 2012

Biaqpila

Biaqpila


Umno Johor Mulai Gelisah, Pakatan Rakyat Bersedia Tawan Johor !

Posted: 18 Feb 2012 02:00 PM PST


Bakal MB Umno ?????


Bakal MB Pakatan Rakyat ?????





Serangan Pakatan Rakyat ke atas Johor tampaknya sudah memberi kesan menakutkan pihak UBN negeri berkenaan. Tidak sia-sia kalau Anwar Ibrahim, Salahuddin Ayub dan Chua Jui Meng malam siang menggempur Johor demi meruntuhkan kubu Umno di negeri itu.



Ketakutan UBN kini mulai terasa apabila parti itu seakan sudah kehilangan arah dan mencari-cari siapakah untuk dinobat menjadi MB sekiranya Umno masih mengekalkan kekuasan di Johor selepas PRU 13 nanti. Desas desus itu menunujukkan bahawa Abdul Ghani Othman sudah tidak diperlukan lagi di Johor.


Keupayaan bekas pensyarah Universiti Malaysia itu sudah pun diperah untuk menguatkan Umno Johor selepas mengambil alih daripada Udin anak Yassin yang terpaksa di bawa ke Pusat kerana beberapa masalah yang berlaku di Johor. Salah satu sebab Udin anak Yassin dipindah dulu ialah kerana beliau dikatakan memperkenalkan dasar membolehkan rakyat Singapura memililki hartanah di Johor. Udin anak Yassin di Johor Baharu terkenal dengan jolokkan pedagang buluh kasap yang menjual tanahair dan pasir ke Temasik?


Keadaan yang berlaku dalam Umno Johor kini belum pernah berlaku sebelum ini. Hari ini terdapat sekurang-kurangnya tiga nama disebut-sebut untuk dilantik menjadi MB Johor bagi mengganti Abdul Ghani Othman. Nama-nama itu ialah Menteri Pengajian Tinggi Khalid Nordin, bekas Menteri Hal Ehwal Pengguna, Shahrir Abdul Samad. Dan terbaru nama Menteri Dalam Negeri Hishmuddin Hussein pula cuba diapongkan.





Saya percaya Ahmad Maslan juga mungkin termimpi-mimpi atau pun mengharap namanya juga disenaraikan sebagai bakal MB Johor. Malangnya setakat ini tidak ada sesiapa yang sudi meletakkan nama Ahmad Maslan sebagai bakal MB Johor. Mungkin namanya masih berbau tong sampah.





Apakah maknanya ini semua kalau bukan kerana Umno dalam kebimbangan? Situasi kabur mengenai siapa bakal jadi MB tidak pernah berlaku di Johor. Johor adalah negeri yang dikira tempat kelahiran Umno dan kubu kuat parti berfahaman nasionalis itu. Malahan setiap kali berlaku pilihan raya dua tiga orang calonnya menang tanpa bertanding menunjukkan tiada sesiapa yang mahu lawan Umno.





Bagaimana pun kegahan Umno itu kini sudah mulai luntur. Sejak tahun 1999 tidak ada lagi calon UBN yang menang percuma seperti tahun-tahun sebelumnya. Yang ajaibnya calon Pas yang menang tidak bertanding pada tahun 2004 dan pertama kali dapat menghantarkan wakil ke Dun Johor. Perkembangan ini menunjukkan perubahan besar berlaku di Johor dan Umno sendiri makin pupus dan perlahan-lahan sudah ditolak rakyat Johor. Umno sebagai sebuah mitos dan parti dianggap sebagai penyelamat Melayu laksana bahtera Nabi Nuh sudah mulai hilang.





Nama Khalid Nordin disebut-sebut untuk dilantik menjadi MB sejak 2008 lagi. Dalam pilihan raya lalu Khalid sudah dicadang untuk diletakkan bertanding di salah satu kerusi Dun. Bagaimana pun ia dipindah saat-saat akhir kononnya atas kehendak Sultan Johor. Beberapa jam sebelum penamaan calon bekas presiden Umno ketika itu Abdullah Ahmad Badawi bergegas ke Johor untuk menghadap sultan Johor.





Hasilnya Abdul Gahni dikekalkan. Sudah pasti kalau tidak ada campur tangan istana Abdul Ghani sudah pun 'pensiun' dalam politik dan kini sudah jadi besi buruk. Kini menjelang pilihan raya sekali lagi nama Khalid disebut, kononnya dia akan dipindah ke state untuk jadi MB.





Penghantaran Khalid ke Johor tidak pelik dan dirasakan munasabah memandangkan beliau pernah pun diura-urakan untuk menjadi MB Johor. Tetapi apabila tiba-tiba Abdul Ghani menyebut nama Shahrir Samad menyebabkan timbul pertanyaan apa sudah terjadi? Kenapa dengan Johor sampai ada lebih dari dua nama calon jadi MB. Apakah Umno Johor kini sudah berpecah kepada dua puak? Itulah yang ditilik oleh orang luar.


Shahrir sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Bila wartawan bertanya, beliau meminta supaya menanyai Ghani sendiri. Bila dibandingkan di antara Shahrir dengan Khalid, awal-awal lagi Shahrir akan terpecat dari persaingan itu faktornya usia. Shahrir sudah tidak pantas lagi kerana usianya melewati bendul untuk menjadi MB Johor. Kalau Shahrir diperlukan untuk menjadi MB beliau sepatutnya dilantik sebelum Udin anak Yassin menjadi MB Johor lagi.





Apakah cadangan Ghani itu kerana Johor didalam keadaan parah sekarang ini? Tiada tokoh berkelayakan dari Umno? Umno berpecah dan memerlukan seorang tokoh yang bersemangat Melayu dilihat setia dengan parti serta berprinsip untuk memimpin Johor? Shahrir dikenali seorang yang tegas, bersih dan berprinsip. Saya lihat ada keperluan dan faktor itu kenapa Ghani sampai sebut nama Shahrir.





Sebenarnya kegelisahan Umno Johor menghadapi serangan dan keseriusan Pakatan Rakyat menyerang negeri itu tidak dapat diselindungkan lagi. Terutamanya sejak Salahuddin Ayub telah bersungguh untuk menggempur Johor bersama Pakatan Rakyat. Kepulangan Salahuddin ke Johor tidak ubah seperti kepulangan seorang panglima yang kesekian lama bertapa dan berguru nun jauh di Kelantan untuk membela dan menghapus petualang di negerinya.





Ternyata kepulangan Salahuddin disambut hangat oleh rakyat. Rakyat Johor sudah mula merasai akan aura dan juga mengenali perwatakan serdahana yang dimiliki bekas Ketua Pemuda Pas itu sesuai dengan naluri rakyat Johor. Beliau dikenali seorang yang ilmiah di dalam percakapannya dan pemikirannya juga jelas. Tidak suka kontroversi dan lebih bersikap mengatasi apa juga masalah dengan perundingan. Tidak hairan kalau di parlimen beliau dilihat sebagai seorang pensyarah dalam membahas isu ataupun mengeluarkan idea secara profesional.





Kehadiran Salahuddin meresahkan Umno Johor. Kenapa saya kata begitu, sebab kalau Umno tidak gentar dan bimbang dengan kemunculan dan penampilan Naib Presiden Pas itu nescaya Ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkasi tidak menyentuh Salahuddin. Apa kata Puad apabila mendapat tahu Pas Kelantan telah bersedia melepaskan Salahuddin pulang ke negerinya selepas berguru politik selama hampir 10 tahun? Puad menyifatkan Pas Kelantan telah menghalau Salahuddin. Halau?





Jelas terjemahan atas kepulangan Salahuddin ke ngeri asal sebegitu, menunjukkan kekecutan perut Puad Zarkasi dan para pemimpin Umno Johor. Mungkin apa yang paling dibimbangi Puad takut kalau Salahuddin bertanding dikerusi Batu Pahat berhadapan dengannya?





Selain itu Shahrir Samad juga turut sama menyentuh Salahuddin. Komen Shahrir pengembalian Salahuddin itu sesuatu yang dialu-alukan. Katanya wajar kalau Salahuddin pulang ke Johor untuk membolehkan dia mencurahkan khidmat bakti di negerinya sendiri.





Pernyataan kedua mereka jelas berbeza. Puad cuba mengelegakkan emosi Salahuddin agar marahkan kepada Pas Kelantan. Manakala Shahrir pula seakan sedia untuk melihat sejauh mana keupayaan Salahhuddin menunjukkan segala bakat dan ilmu politik yang dipelajarinya selama ini di luar Johor. Di sini jelas Shahrir sebagai veteran lebih matang dan profesional berbanding dengan Puad yang baru memasuki menengah politik.





Sementara itu Ahmad Maslan juga yang selalu memperlekehkan orang dan merasakan dirinya hebat, terpelajar atau profesional turut menyentuh kepulangan Salahuddin yang digambarkan bakal dilantik menjadi MB Johor sebagai mimpi. Begitulah sikap seseorang ego dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain akan memperkecil dan menghina sesiapa saja.





Salahuddin jangan peduli kepada ejekan Mat Maslan itu. Beliau harus menerimanya sebagai cabaran dan ujian kepada kepimpinannya. Perlu diingat segala kejayaan besar itu bermula dari angan-angan dan mimpi. Dari mimpin itulah akhirnya ia menzahirkan kenyataan. Bukankah sebelum kelahiran Muhammad s.a.w Allah memberikan keluarganya mimpi?





Hari ini Salahuddin bersama Pakatan Rakyat di Johor saya rasa masih belum bermimpi. Mereka semua sedang menyiapkan malam indah untuk bermimpi. Dan sudah pasti selepas mereka selesa dan mendapat kepercayaan rakyat, mimpi yang bakal menjelma itu ialah menakluki Johor. Maka baik Mat Maslan dan sesiapa di Johor jangan memperkecilkan usaha Salahuddin dan Pakatan Rakyat sebaliknya lihatlah secara positif dan satu cabaran sebenar buat Umno Johor.


Apapun yang nyata dan jelas daripada kerja-kerja disiapkan oleh Salahuddin bersama Chua Jui Meng khasnya, benar-benar meresah gelisahkan Umno Johor. Kalau tidak masakan Umno kini telah menjaja tiga nama untuk menjadi MB Johor; Shahrir, Khalid dan Hishamuddin. Bukankah tindakan itu menggambarkan Umno dan BN dalam keadaan gelisah? [wm.kl.8:39 pm 17/02/12]



malaysiaberih

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN PIALA FA 18/2/2012

Posted: 18 Feb 2012 06:55 AM PST




K.Lumpur 3-0 MP Muar


Terengganu 4-0 PDRM


N.Sembilan 1-2 Johor FC


Johor 0-2 T-Team


Kelantan 2-1 Sarawak


Shahzan Muda 0-4 Selangor


PKR FC 2-1 Penang


Perlis 3-0 SDM


Kedah 1(4)-1(2) PKNS (Penalti)


UiTM 0-3 Lion XII


KL SPA 3-0 MBJB


Betaria 4-0 Melaka


Pos FC 1-2 USM FC


Perak 1-0 ATM (17feb)


* JADUAL PUSINGAN KEDUA 10/3/12

Perak - Terengganu
Lion XII - NS Betaria
Johor FC - Selangor
USM FC - Sabah/Sime Darby
Kelantan - Kuala Lumpur
PKR FC - KL SPA FC
Perlis - Kedah
T-Team - Pahang/Felda UTD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

WOYY!!!! TAK DAK MUKA LAIN DAH KA?

Posted: 18 Feb 2012 04:00 AM PST

DEY MACHA!!!
PASAI PA TAKDAK MUKA LAIN DAH
ASAL BUAT DEMO KAT PENANG MUKA DIA
ASAL HANTAQ KEK TAIK MUKA DIA
KAH! KAH! KAH!

NAK TANYA MAMAT NI
BERAPA TAHUN DIA AMBIK SUB
KONTREK BUAT KERJA2 MACAM NI?
KAH! KAH! KAH!

HANG NAK JADI KETUA MENTERI KA?
MUKA MEMANG SESUAI LA
DENGAN NASI KANDAQ PENANG
TAPI ADA KA ORANG NAK PANGKAH
KALAU HANG BERTANDING
KAH! KAH! KAH!


[KANTOI] Dalang Demo "Ahli PAS" Permatang Pauh Bantah Anwar Sokong Israel Terbongkar !! Kah kah kah





Menurut laporan KL Pos, suatu perhimpunan mendesak Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menarik balik sokongan terhadap Yahudi telah diadakan di hadapan Masjid Masjid Shaik Eusof Jalan Air Itam, Keramat semalam.





Perhimpunan tersebut KONONNYA dianjurkan oleh sekumpulan Jentera PAS Pulau Pinang dan Persatuan Anak Jati Melayu Islam (PAJIM) dan telah dihadiri kira kira 25 orang.


Namun, dalang perhimpunan ini terbongkar apabila beberapa blog mendedahkan seorang daripada individu yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.
\Menurut blog Jalan Pulang, individu yang memakai baju melayu kuning cair itu DIPERCAYAI Mohamed Ghani Abdul Jiman, ahli UMNO yang sebelum ini menghantar kek tahi dan hadiah coli dan seluar dalam kepada Lim Guan Eng.


Sila lihat gambar di bawah ini. 
Media pernah melaporkan Mohamed Ghani Abd Jiman (kanan sekali) membawa
empat kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 8 Disember tahun lalu.


Jika benar dalangnya ialah ahli UMNO, maka sudah terang lagi bersuluh peranan UMNO dan TV3 yang menyiarkan berita ini untuk melaga-lagakan PAS-PKR dalam isu membabitkan kenyataan Anwar berkaitan dengan isu "two states solution" antara Israel dengan Palestine.


P/s: Pada TM, jangan kerana isu diplomasi ini, PR bertelagah dan seterusnya memberikan peluang kepada BN yang sudah lama BERPELUK dengan Israel TERUS berkuasa dan meratah hasil mahsul negara. Duniacacamarba


Berita penuh disertakan di bawah.


Manusia yang dalam gambar pertama dan gambar kedua sebenarnya adalah Mohamed Ghani Abdul Jiman, seorang ahli Umno-APCO yang menyamar alim kunun menjadi ahli PAS siang tadi di Masjid Shaik Eusof, Jalan Air Itam, Keramat, Pulau Pinang selepas solat Jumaat.


Dia juga sebenarnya adalah orang yang sama membawa hadiah coli dan seluar dalam corak harimau ke pejabat Guan Eng (lihat gambar di bawah yang bercermin mata tersisip di atas songkoknya).
Bukti lanjut berkenaan Mohamed Ghani ada di bawah sebagai perbandingan.


Ternyata Umno-APCO dan TV3 suku sanggup menipu seluruh rakyat Malaysia kerana terdesaknya mereka mempertahankan kuasa sanggup melaga-lagakan PAS dan PKR dalam soal Israel-Palestin walaupun Anwar sudah membuat kenyataan rasminya semalam. -JALAN PULANG
Mohamed Ghani Abd Jiman (kanan sekali) membawa
empat kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri
Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 8 Disember tahun lalu


SELAIN memainkan "politik lucah" dan "politik selak kain", Umno kini mula memainkan "politik taik" pula. Budaya politik menjijikkan akan terus dimainkan untuk mendapatkan sokongan rakyat.


Tindakan kali ini benar-benar di luar tahap kewarasan manusia apabila mereka menghina kakitangan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan hadiah "tahi manusia".


Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat hadiah seakan ‘tahi manusia’ yang dibungkus seperti kek kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.


Kakitangan kerajaan yang menerima hadiah "tahi manusia" itu dilihat terkedu dengan tindakan "luar batas" dilakukan oleh Deligasi Umno Pulau Pinang itu.


Tergamak mereka menghina kakitangan kerajaan yang bekerja dengan kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di negeri ini.
Jurucakap deligasi Umno Pulau Pinang Mohamed Ghani Abd Jiman berkata: "Orang lain tak boleh bagi hadiah ‘tahi manusia’, hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia kerana dia buat Pulau ini macam ‘pulau tahi".


“Empat (‘tahi manusia’) ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis,” sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri


Tindakan itu dilihat akan meningkatkan lagi kebencian kakitangan awam kepada Umno yang sebelum ini mengamalkan "politik lucah" dan kini "politik najis" pula.


Berita dari KLPos.com


Iktiraf Israel - Sekumpulan Ahli PAS Pulau Pinang Berdemo Bantah Anwar.


Satu perhimpunan mendesak Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menarik balik sokongan terhadap Yahudi di hadapan Masjid Masjid Shaik Eusof Jalan Air Itam,Keramat. Perhimpunan anjuran Sekumpulan Jentera PAS Pulau Pinang dan Persatuan Anak Jati Melayu Islam (PAJIM) itu telah dihadiri kira kira 25 orang.


Mereka berhimpun untuk menyuarakan dan membangkang secara berhemah tentang kenyataan Anwar Ibrahim yang mengiktiraf dan menyokong Israel.Sebagai umat islam,ini sama sekali tidak boleh diterima.


Menurut mereka yang berhimpun, Anwar Ibrahim seolah olah telah membuka pekung di dadanya sendiri dengan mencemarkan nama baik agama islam di mata dunia.Sewaktu perhimpunan ini berlangsung, mereka juga turut mengulas sekiranya BN kalah pada PRU-13 ini, Pihak Israel akan turut menjajah Malaysia.


Nota:


Lihat, berita dimuatkan tanpa siapa yang menjadi ketua atau yang membuat kenyataan, bukti TV3 dan media pengecut tak mahu mendedahkan siapa dalang di sebalik himpunan ini!! -jalanpulang


http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/kantoi-dalang-demo-ahli-pas-permatang.html





KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Najib Bimbang Sharizat Dedah Rahsia Rosmah?

Posted: 17 Feb 2012 11:00 PM PST

Mohd Sayuti Omar


Isteri taukeh lembu gemuk (NFC), Sharizat Jalil tidak mudah mengaku kalah. Walaupun berbagai pihak meminta dia berundur demi Umno, tetapi tidak semudah itu untuk menteri wanita bermata cerah bercelak itu berbuat demikian. Umrahnya sebanyak tiga kali telah memberi kekuatan kepadanya.

Dari ketua bahagian membawa kepada ahli parlimen, timbalan menteri dan bekas perdana menteri semua nasihat supaya Sharizat mengangkat kain taula putih, mengaku kalah melepas jawatan. Mereka mengira isu lembu gemuk telah memberi penyakit besar kepada Umno dan akan menyulitkan Umno untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya nanti. Projek itu akan menjadi lambang atau simbol kerakusan kerajaan UBN dalam menyangak wang rakyat.

Kenapa tidak, isu NFC itu bukan saja berlegar di Bangsar atau Lembah Pantai tetapi sudah sampai ke kampung-kampung. Ibu saya di kampung juga tahu kisah NFC entah siapa yang bercerita kepadanya. "Ti sungguhkah lembu la ni duduk di kondo?" begitulah tanya ibu saya suatu hari penuh kelurusan.

"Lembu mana pula?" tanya saya.
"Lembu Sharizat menteri wanita itu...lah," katanya.
"Siapa cerita ni, jangan duk percaya benda yang karut marut, mana ada lembu duduk di kondo," balas saya menguji pengetahuannya.
"Tak tahu orang duk cerita gitu, mek nak tanya sebab Ti dok Kuala Lumpur..," balasnya agak kecewa dengan bantahan saya. Ibu saya akan diam kalau saya bersikap begitu kerana dia kenal benar dengan perangai anak jantannya ini. Saya tidak suka kalau dia bercakap hal yang pelik dan ganjil berbau fitnah.

Moral of the story bahawa kisah laki Sharizat pelihara lembu dengan peruntukan kerajaan RM250 juta sudah sampai ke kampung-kampung. Kisah itu menyebabkan orang kampung merasakan bahawa mereka dianiaya dan diabaikan kerana untuk 'beli lembu' mereka hanya dibagi RM500 saja, (itu pun nak dapat kena tunggu dua tiga jam kena dengar tazkirah dari pemimpin Umno) sedanhgkan semurah-murah lembu kampung hari ini berharga di antara RM800 hingga RM1500.

Kerana meluasnya cerita itulah ia membimbangkan Umno. Umno mencari jalan menyelesaikan isu berkenan dan mencari formula agar rakyat melupainya. Sebab itu akhabr penjilat buntut gila-gila mencari isu dan mereka-reka apa saja isu untuk mengambuskan isu lembu gemuk. Kehadiran Hasan Akidah dalam jerumu Umno tidak juga dapat membetulkan 'akidah' rakyat tentang projek lembu gemuk itu malahan dia mengkelam kabutkan lagi keadaan.

Video seks membabitkan Anwar ditayang dimana saja ada majlis pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500. Guru-guru, tok imam, tukang kebun, makcik jual kantin dan hatta tok mudin pun dipaksa menontonnya. Terkulat-kulat dan tersengeh dan pandang memandang mereka yang menonton sesama sendiri. Cikgu muda yang tidak pernah menyaksikan gambar porno sepanjang hidupnya kemalu-maluan di tepi dinding... sambil diperhati oleh ketua cawangan Umno.

Umno buntu menghadapi Sharizat. Najib tidak berani berkokok... bila ada desas desus mengatakan Sharizat telah hantar surat meletakkan jawatan Najib cepat-cepat menafikan. Penafian Najib itu menunjukkan dia takut dengan Sharizat.

Saya tidak fikir Najib akan mengarahkan Sharizat meletak jawatan untuk mengatasi masalah yang timbul dari isu lembu gemuk seperti mana diharapkan oleh orang ramai. Kenapa? Sharizat pernah dilaporkan berkata, kalau dia kena letak jawatan kerana isu yang tidak membabit dengan beliau secara langsung itu, orang lain juga perlu berbuat demikian.

Apa maksud dan mesejnya. Ertinya bukan Sharizat sahaja yang terbelenggu dengan projek-projek mega tidak mengikut prosuder, memiliki kekayaan di luar kemampuan tetapi menteri lain juga. Balasan membela diri oleh Sharizat itu bolehlah dianggap bahawa semua menteri kabinet termasuk ketua bahagian yang tidak menjadi wakil rakyat dan menteri ada memiliki harta diluar kemampuan masing-masing.

Selepas Sharizat mengeluarkan kata-kata dan cabaran demikian maka tidak ada yang berani mendesak Sharizat. Sesetengah menteri Umno dan BN yang memegang kayu untuk menyocok punggung lembu laki Sharizat diletakkan semula.

Nah.. begitu juga dengan Najib. Najib juga tidak berani untuk bertindak ke atas Sharizat. Apa yang membimbangkan ialah takut Shariat juga akan terlatah mulut mendedahkan apa-apa yang dia tahu yang dilakukan oleh isterinya Rosmah Mansor. Khabarnya Sharizat ada maklumat hebat mengenai Rosmah Mansor yang belum terungkap. Maklumat dan rahsia inilah yang digenggam oleh Sharizat.

Apakah kerana bimbang rahsia Rosmah didedah Sharizat maka Najib jadi terpaksa kompromi dengan Sharizat? Dari sini fahamlah kita kenapa Najib sebagai ketua tidak boleh bertindak ke atas anak buahnya kerana dia sendiri juga ada masalah lebih besar dari ditanggung anak buah itu.

Bagaimana pun saya yakin nama Shariat tidak akan dicalonkan pada pilihan raya akan datang. Namanya di Lembah Pantai sudah pasti akan diganti dengan nama kawan Najib, Raja Nong Chik. Apa yang kita hendak tenguk selepas ini, apakah Shariat akan bertindak balas dengan mendedahkan apa yang dia tahu mengenai Rosmah kalau tidak dicalonkan? Apakah Sharizat seorang pendendam? Tunggulah... tidak akan lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia.

Perkara ini sudah tentu difikirkan oleh Najib. Najib mungkin tahu manusia kalau sudah hilang sabar bukan saja setakat sanggup singsing lengan baju, tunjuk labu lengan gebu selak kain pun sanggup dilakukan. Apa yang paling Najib takutkan ialah kalau-kalau Sharizat menyelak kain isterinya sekali hingga terdedah kesemua yang sulit mulit.

Justeru saya mengira isu NFC melibatkan laki Sharizat akan diselesaikan secara politik. Sharizat tidak perlu mengembalikan wang kerajaan RM250 juta seperti Nazri sarankan, tetapi cukup untuk Sharizat meletakkan jari dibibirnya sambnil buat sssshhhhh.... dan tunjuk kepada Najib. Najib pun akan faham dan kes NFC akan lepas dan rakyat semua akan tersengih-sengih macam kerang busuk. Selepas ini SPRM akan buat pengistyharan bahawa tiada kes membabitkan rasuah dalam projek NFC. Sebaik saja pengistyharan itu dibuat parlimen pun akan dibubarkan. Oooiiii... Mat Maslan kenapa tong sampahkan buku Jingga?

gigitankerengga



MAJLIS DI TV3SUKU TAPI TAK DISIARKAN TV3SUKU

Posted: 17 Feb 2012 10:42 PM PST

DEY MACHA!!!
TV3SUKU NI BACUL KA PENAKUT
DENGAN ANWAR IBRAHIM?
TIAP2 MALAM DOK KUTUK ANWAR
TAPI TAK PERNAH INTERVIEW ANWAR
MINTA PENDAPAT SANA-SINI
SAMPAI KE PALESTIN
TAPI ANWAR YANG DUK DEPAN MATA
TAK NAK PI INTERVIEW
KAH! KAH! KAH!

KALAU BUKAN TAKUT BUKAN BACUL
MEMANG TV3SUKU NI TIGA SUKU LAH
PASAI MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM
OLEH KELAB ANWAR IBRAHIM
DI SRI PENTAS PUN
DEPA TAK SIAR DALAM BERITA
KAH! KAH! KAH!



AIC Cabar Tv3 Beri Ruang Ekslusif Anwar Muncul Di Stesennya


DAMANSARA, 17 FEB : Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Media Prima Berhad oleh kelab penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digelar AIC kerana didakwa menyerang pemimpin utama pembangkang itu berhubung isu Negara Israel dan Palestin baru-baru ini.

Memorandum diserahkan Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad kira-kira jam 11 pagi tadi di perkarangan Sri Pentas.

Mastura Adnan dari bahagian Komunikasi Korporat yang mewakili Pengerusi Lembaga Pengarah Media Prima Berhad telah menerima memorandum berkenaan.

" AIC melihat situasi ini seperti satu medan pembunuhan karakter terancang, bertujuan memburuk-burukkan serta menjatuhkan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan beliau tidak diberikan peluang untuk muncul di media-media naungan Media Prima Berhad untuk menerangkan fakta sebenar dan mempertahankan diri berhubung isu tersebut," jelas Saifuddin, membacakan kandungan memorandum berkenaan.

Antara lain, kandungan memorandum itu juga menggesa Media Prima supaya bersikap adil dalam menyampaikan informasi kepada rakyat dengan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak yang dilaporkan.

" Adalah satu perkara yang tidak adil apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat peluang bagi menerangkan kepada rakyat apakah pendirian sebenar beliau dalam isu ini.

" AIC juga mencabar Media Prima Berhad melalui rangkaian Buletin Utama TV3 khususnya untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahi untuk muncul secara ekslusif dalam masa terdekat, agar beliau mempunyai medium untuk menjawab serangan berta sebelah yang dilancarkan terhadap beliau saban hari," petik memorandum itu lagi.

Anwar semalam menerusi satu kenyataan media mempertahankan kenyataannya terhadap Wall Street Journal (WSJ) bahawa beliau mengiktiraf negara Israel dengan syarat regim zionis itu menghormati hak rakyat Palestin yang selama ini menjadi mangsa Tel Aviv.

Anwar bagaimanapun berkata beliau menghormati pendirian Pas yang secara tegas menolak negara haram tersebut.

Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini menggesa Anwar untuk menarik balik kenyataannya kepada WSJ atau pun menyaman akhbar tersebut sekiranya ia tersalah lapor.

Anwar dijadual bertemu dengan Nik Aziz minggu depan bagi menjelaskan kedudukan sebenar kepada Menteri Besar Kelantan itu bersabit pendiriannya menyokong penyelesaian dua negara, iaitu mengiktiraf Israel jika hak Palestin dibela.

antarapos



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK



Tiada ulasan: