DIALOG RAKYAT |
- Daftar Pemilih Meragukan : Ayuh Bersih 3 - Mat Sabu
- Kemenangan Pakatan Dalam PRU13 Untungkan Pas, Bukan DAP - Soi Lek
- Kemukakan Kabinet Bayangan, Cabar PM Kepada PR
- DAP kecewa RCI Sabah gagal dibentuk
- GST untungkan peniaga besar, rakyat merana- Azan
- K’jaan manipulasi undang2 untuk naik had hutang negara
- Peluang dapat lebih banyak dokumen NFC di mahkamah- Rafizi
- 1Care: Kerajaan lepas tangan kepada rakyat
- KEADILAN gesa polis umum status siasatan NFC
- Anwar Ibrahim antara pemidato utama di PRWC Dubai
- Dewan gamat apabila 'gergasi' MCA, DAP bersemuka
- Menunggu Mimpi Najib Dan Tilikan Rosmah
- Rundingan kerusi PR: Minggu depan bubar parlimen pun kita boleh selesaikan, Mat Sabu
- Kelantan miskin: 'Air terpercik ke muka Najib'
- Azmi usah berdolak-dalik lindungi NFC
- Graduan cemerlang dipinggir kerajaan Umno BN
- Pastikan ramai calon PAS menang
- Qunut Nazilah mohon kemenangan pejuang Syria
- Penyenaraian FGVH: PAS bawa usul ke Parlimen
- Pemuda PAS kesal samseng politik berleluasa Hazayani Zakaria,
- Kelantan miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal
- Himpun akan serah memorandum desak penggubalan undang-undang murtad kepada Agong
- Najib pulang dari Sabah tanpa RCI bagi Projek IC
- Ceramah Anwar berjalan lancar di Felda Pahang
- Sekatan akibatkan kesesakan 5km di ceramah Anwar
Daftar Pemilih Meragukan : Ayuh Bersih 3 - Mat Sabu Posted: 18 Feb 2012 04:28 AM PST ANTARA POS.COM CHERAS, : Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengalu-alukan Jawatankuasa Bersih menganjurkan Bersih 3 bagi membantah kenaikan daftar pemilih yang didakwa 'pelik' di sembilan kawasan Parlimen di Selangor. " Daftar pemilih di Selangor berlaku satu perkara yang pelik di sembilan kawasan Parlimen. Parlimen Subang kenaikan daftar pemilih sebanyak 35 peratus. Kawasan Kota Raja naik lebih kurang 28 peratus. Puchong lebih kurang 20 peratus. Serdang dan sebagainya. Sembilan kawasan Parlimen kenaikan pengundi lebih daripada 20 peratus. " Oleh itu hadirin sekalian, Bersih 3 mesti diadakan,"katanya ketika berucap pada siri jelajah Asalkan Bukan UMNO (ABU), di Madrasah Ehsaniah Taman Bukit Anggerik, di sini malam tadi. Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, mesyuarat Pakatan Rakyat baru-baru memandang serius perkara itu. Oleh itu katanya, Pakatan Rakyat akan menyokong sekiranya satu lagi perhimpunan bersar-besaran diadakan bagi membantah daftar pemilih yang meragukan itu agar pilihan raya dapat dijalankan dengan adil dan bersih. " Cara nak buat, kita serah kepada badan induk itu. Serah kepada Datuk A. Samad Said bagaimana untuk kita lancarkan Bersih 3.Pas, Keadilan dan DAP akan menyokong sebarang tindakan yang dicadangkan oleh NGO Bersih 3," ujarnya lagi. Beliau memberi contoh bagaimana kenaikan daftar pemilih di Subang yang begitu tinggi dilihat begitu berbeza dengan kawasan berhampirannya itu Petaling Jaya Utara. " Sedangkan Parlimen yang bersebelahan Petaling Jaya Utara kawasan Tony Pua, kenaikan daftar pemilih hanya 7 peratus. Kenapa berlaku begitu tidak seimbang? Ini yang menjadi bahan renungan kita. Sepatutnya kalau Subang nak 35 peratus, sekurang-kurangnya Petaling Jaya Utara 25 peratus,"katanya. Tambahnya lagi, senario pertambahan jumlah daftar pemilih ini lah yang menyebabkan kerajaan Pas di Terengganu tumbang pada 2004. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan penyiasatan terperinci terhadap 42,000 senarai nama yang meragukan di dalam senarai daftar pemilih yang tidak mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). "Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai," katanya pada sidang media Ibu Pejabat PKR baru-baru ini. | ||
Kemenangan Pakatan Dalam PRU13 Untungkan Pas, Bukan DAP - Soi Lek Posted: 18 Feb 2012 04:24 AM PST ANTARA POS.COM KUALA LUMPUR : Sebarang kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 13 hanya akan menguntungkan Pas dan bukannya DAP atau Parti Keadilan Rakyat, kata Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek. Demografi pengundi menunjukkan Pas dan bukan dua komponen rakan Pakatan Rakyat itu yang akan menerajui gagasan pembangkang itu jika ia berjaya menawan Putrajaya. "Jika UMNO tumbang, pihak yang akan mendapat manfaat darinya adalah Pas, bukan DAP mahupun PKR...Ini senarionya,"kata beliau. Oleh itu, jangan kita terpedaya dengan retorik yang tidak jujur ini. Mari kita berhadapan dengan hakikat yang sebenarnya. "Jika Pakatan meraih kuasa, perlembagaan Malaysia berada dalam bahaya dan car kehidupan seharian rakyat Malaysia akan dikompromi," tambahnya lagi dalam ucapan perasmian forum Persimpangan Arah Politik Kaum Cina Malaysia, di sini, hari, ini. Sambil menekankan bahawa satu undi untuk DAP adalah undi kepada Pas dan PKR, Dr Chua berkata," untuk memberikan kuasa kepada DAP adalah untuk memperkasakan Pas dan membuka jalan bagi Pas menjadi 'Taiko' atau 'abang besar' dalam kerajaan negeri dan persekutuan". Beliau juga mengingatkan pengundi bahawa DAP hari ini, parti sekutu dalam Pakatan adalah berbeza dengan DAP masa lampau. "Di Perak, pada pilihan raya lepas, DAP menang 18 kerusi, PKR menang tujuh kerusi, Pas hanya memenangi enam kerusi, tetapi menteri besarnya(Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin) ketika itu adalah calon dari Pas," katanya. DAP, yang suka menyindir (parti lain) terhadap kejayaannnya membentuk kerajaan di negeri Pulau Pinang dan seorang pemimpin DAP sebgai Ketua Menterinya, telah memberikan harapan palsu kepada kaum Cina bahawa ia adalah mungkin di negeri lain. "Secara tradisi, ia hanya mungkin di Pulau Pinang, tapi belum lagi di negeri lain," ujarnya lagi. Beliau berkata DAP selama ini telah menyemai harapan dalam pemikiran kira-kira 6.5 juta rakyat Malaysia kaum Cina rakyat bahawa kerajaan di bawah pimpinan pemimpin Cina adalah mungkin dan bahawa kaum tersebut telah dihampakan oleh MCA. Dr Chua menambah, negara yang mengamalkan pemisahan politik berdasarkan perkauman adalh satu bencana kepada kestabilan negara. | ||
Kemukakan Kabinet Bayangan, Cabar PM Kepada PR Posted: 18 Feb 2012 04:22 AM PST ANTARA POS.COM KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, hari ini mencabar Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan senarai kabinet bayangan mereka bagi mengkukuhkan lagi sistem dua parti negara. Beliau berkata, PR gentar untuk mengumumkan barisan kabinet bayangannya kerana mereka tidak bersatu padu dan tidak berupaya mencapai kata sepakat berhubung pembahagian jawatan potfolio utama antara parti gagasan tersebut. "Mereka tidak berani. Mereka tidak tahu bagaimana, apa yang boleh ditawarkan. Apa jawatan untuk ditawarkan kepada Haji Hadi. Jika anda mempunyai masalah dengan Haji Jadi, di mana anda mahu letak Mat Sabu? Anda tempatkan beliau dalam kabinet bayangan sebagai Menteri Pendidikan? Bencana yang menunggu," katanya mengenai kedua-dua pemimpin Pas terbabit. Jadi, ia hanya klumpulan individu dan parti yang tidak dapat mendorong keyakinan rakyat. Tetapi, oleh kerana mereka telah mengutuk, memperlekehkan kita, adakalanya rakyat tidak namppak hakikat sebebnar," ujarnya lagi. Beliau bercakap demikian di majlis pembukaan persidangan "Kaum Cina Malaysia Di Persimpangan'" anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dan Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP) di Hotel Berjaya Times Square, di sini, hari ini. Seawal tahun lalu, Najib telah membuat gesaan supaya PR menubuhkan kabinet bayangannya sendiri namun, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam reaksinya ketika itu, dilaporkan sebagai berkata, gagasan pembangkang terbabit tidak perlu membentuk kabinet bayangan dengan alasan jawatankuasa parlimen yang ditubuhkan didakwa telah memenuhi fungsi tersebut "Tak perlu bentuk kabinet bayangan kerana kita telah mendahului dengan membentuk jawatankuasa parlimen yang meneliti isu mengikut portfolio masing-masing. Usaha Datuk Seri Najib bertanyakan kabinet bayangan kita ucap terima kasih kerana ini satu penghargaan tentang keupayaan dan persiapan Pakatan mengambil alih Putrajaya," beliau dilaporkan sebagai berkata ketika itu. | ||
DAP kecewa RCI Sabah gagal dibentuk Posted: 18 Feb 2012 04:13 AM PST "Adakah ini merupakan satu lagi bukti bahawa Kabinet sebenarnya mengikut telunjuk Umno?," soal Lim Kit Siang. PETALING JAYA: DAP kecewa dengan kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI – Royal Commission of Inquiry) bagi menangani isu pendatang tanpa izin (Pati) di Sabah ketika lawatannya baru- baru ini. Penasihat parti Lim Kit Siang berkata, rakyat Sabah dan Malaysia difahamkan bahawa Kabinet telah meluluskan penubuhan RCI tentang Pati di Sabah dan menjangkakan Najib akan membuat pengumuman itu ketika lawatannya ke Sabah. "Rakyat ingin tahu kenapa Najib gagal menangani isu ini dan sama ada dakwaan menteri-menteri di Sabah bahawa Kabinet hanya membuat janji kosong tanpa ada asas yang kukuh. "Adakah ini merupakan satu lagi bukti bahawa Kabinet sebenarnya mengikut telunjuk Umno?," soal Lim dalam blognya hari ini. Ujar beliau, "beberapa dekad telah berlalu, saya secara peribadi menimbulkan isu Pati di Sabah, sehingga mendatangkan masalah politik, ekonomi, sosial dan keselamatan kepada penduduk Sabah. "Kehadiran Pati tanpa kawalan ini mengakibatkan rakyat Sabah merasa terasing di negeri sendiri kerana jumlah Pati yang terlalu ramai sehingga mengatasi jumlah penduduk tempatan," katanya. Menurut Lim, sejurus selepas pilihan raya rumum 2008, beliau telah membawa usul dalam persidangan pertama Parlimen untuk memenuhi aspirasi rakyat Sabah untuk menubuhkan RCI tetapi usaha ini telah dihalang dan Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah enggan menyokong usul ini. "Saya mengharapkan akhirnya RCI berjaya dibentuk untuk menangani isu Pati di Sabah dan juga seluruh Malaysia tetapi jangkaan saya ternyata meleset," katanya. | ||
GST untungkan peniaga besar, rakyat merana- Azan Posted: 18 Feb 2012 04:12 AM PST KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hanya menguntungkan peniaga besar, sedangkan peniaga kecil dan rakyat akan terbeban dengan peningkatan harga barang dan perkhidmatan secara tidak langsung. Beliau mengulas pengumuman kementerian kewangan untuk melaksanakan cukai tersebut selepas mendapat persetujuan daripada komuniti perniagaan, termasuk industri kecil dan sederhana di negara ini. "Ia membuktikan kerajaan memang mahu melaksanakan GST. Yang akan bersetuju jika GST dilaksanakan ialah peniaga dan pedagang besar yang sudah tentu mendapat rebat dari kerajaan dan subsidi khas seperti pengilang tepung, pengilang beras, minyak masak dan sebagainya. "GST ini pada mereka umpama keluar poket kiri, masuk poket kanan dan tidak akan memberikan kesan. "Mereka yang mendapat kesan dari segi kewangan ialah peniaga kecil dan orang ramai kerana mereka tidak layak mendapat rebat dan subsidi khas. Rakyat akan merana dengan peningkatan harga barang dan perkhidmatan secara tidak langsung," ujar beliau. Menurutnya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa cukai tersebut dilaksanakan untuk mengikut standard antarabangsa, apabila 134 negara seluruh dunia turut melaksanakan sistem cukai tersebut. "Tetapi dalam pendapatan boleh guna rakyat, kenapa tidak ikut standard antarabangsa? Kenapa tidak ikut standard pendapatan boleh guna rakyat di luar negara yang dua tiga kali ganda lebih tinggi?" Soal beliau. "Ketika gaji dan pendapatan rakyat tidak meningkat, kos sara hidup tinggi dan status kehidupan rakyat pula akan merosot," ujarnya. Bacaan kali pertama rang undang-undang tersebut dibuat pada 16 Disember 2009 dengan kadar GST yang ditetapkan ialah 4.0 peratus. Bagaimanapun, laporan dewan-dewan perniagaan menyatakan 80 peratus komuniti peniaga masih belum bersedia jika GST dilaksanakan di negara ini | ||
K’jaan manipulasi undang2 untuk naik had hutang negara Posted: 18 Feb 2012 04:11 AM PST KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR : DAP mengecam kerajaan kerana menaikkan dan meminda had hutang negara berkali-kali sejak sedekad lalu, untuk mengesahkan had hutang kerajaan, kata Setiausaha Publisiti Dap, Tony Pua. Katanya, had hutang kerajaan yang dikatakan 53.8 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu kononnya lebih rendah dari paras 55 peratus, merupakan hasil manipulasi "kreatif" kerajaan. "Apa yang membimbangkan ialah had siling pinjaman berkanun dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan BN sejak sedekad lalu untuk mengesahkan paras hutang kerajaan yang meningkat lebih cepat berbanding KDNK," katanya. Menurut Pua, pada Julai 2009, menteri kewangan kedua, Ahmad Husni Hanadzlah menetapkan had hutang tidak boleh melepasi 55 peratus KDNK. "Sebelum had itu disemak, had ditetapkan ialah 45 peratus pada Jun 2008, hampir 13 bulan sebelum itu oleh menteri kewangan kedua ketika itu, Nor Md Yakcop," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini. Manakala pada April, 2003, katanya, menteri kewangan kedua pada waktu itu, Jamaluddin Jarjis pula menetapkan had hutang sebanyak 40 peratus dari KDNK. Justeru itu Pua mempersoalkan samada kerajaan akan sekali lagi menaikkan had hutang melebihi 55 peratus dalam tempoh dua tahun lagi. I ni kerana semalam, beliau berkata, had hutang kerajaan persekutuan kini telah mencecah RM455.7 bilion pada akhir 2011 atau 65.2 peratus dari KDNK. Kadar itu menyalahi peruntukan undang-undang antaranya Akta 637 Akta Pinjaman Tempatan 1959 dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983 yang menetapkan gabungan pinjaman tidak boleh melewati kadar 55 peratus dari KDNK. Manakala Akta 403 Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 pula menghadkan pinjaman luar negeri pada RM35 ribu juta pada sesuatu masa. | ||
Peluang dapat lebih banyak dokumen NFC di mahkamah- Rafizi Posted: 18 Feb 2012 04:09 AM PST Oleh: Ahmad Fadli
KUALA LUMPUR : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata saman yang dikemukakan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC) adalah peluang terbaik rakyat untuk tahu lebih banyak maklumat berkenaan isu tersebut. Menurutnya, apabila kes itu dibicarakan kelak, Shahrizat dan keluarganya sudah tentu perlu mendedahkan dokumen-dokumen berkaitan perjalanan kewangan NFC, sekiranya dikehendaki oleh mahkamah. "Isu ini bukan satu isu peribadi dan saya sebelum ini sebutkan yang saya 'teruja' (untuk berhadapan dengan saman ini) kerana ini adalah peluang untuk kita semua dapatkan lebih banyak dokumen (NFC). "(Kes saman ini) ada kebaikannya untuk orang ramai," kata Rafizi kepada KeadilanDaily. Rafizi dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin hari ini diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menjawab saman Shahrizat menjelang 9 Mac ini. Sebelum ini, empat peguam dilantik mewakili mereka iaitu Ranjit Singh, Sivarasa Rasiah, N Surendran dan Gopal Sreenevasan. Bercakap lanjut, Rafizi berkata persiapan untuk menghadapi saman dari menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu sedang berjalan dengan lancar. Beliau juga menegaskan sekali lagi yang beliau tidak gentar berhadapan Shahrizat kerana KEADILAN sememangnya mempunyai bukti-bukti kukuh berkenaan salah urus kewangan NFC. "Kita sudah duduk dengan peguam sejak dua minggu lepas berbincang dan meneliti kes ini. Malah, peguam-peguam yang dilantik juga adalah peguam-peguam yang berpengalaman "Saya yakin Shahrizat sebenarnya tidak ada kes kerana kita ada bukti kukuh (tentang NFC)," kata beliau. Menurutnya lagi, persiapan yang dilakukan juga meliputi kes-kes lain berkaitan NFC yang mungkin akan turut terdedah kepada umum apabila perbicaraan itu berlangsung kelak. "Kita sedang mengumpul bukti bukan sahaja berkaitan NFC tetapi juga kes-kes lain. "Kita ada dua minggu lagi untuk bersedia dan saya berpuas hati," kata Rafizi. | ||
1Care: Kerajaan lepas tangan kepada rakyat Posted: 18 Feb 2012 04:08 AM PST KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR : DAP menyifatkan kerajaan cuba melepaskan tanggungjawabnya kepada rakyat dengan memperkenalkan skim penjagaan kesihatan nasional 1Care. "Dengan meningkatkan perbelanjaan penjagaan kesihatan, kerajaan melepaskan tanggungjawab membayarnya kepada rakyat yang sudah dibebani dengan kenaikan kos sara hidup dan gaji yang tidak dinaikkan. "Malah, 34% pekerja Malaysia hidup dalam kemiskinan tegar. Bagaimana mereka akan membayar untuk penjagaan kesihatan?", kata Senator S. Ramakrishnan dalam satu kenyataan. Menurutnya, melalui skim ini, 10 peratus daripada gaji pekerja setiap bulan akan diberikan kepada agensi pengurus dana kesihatan yang dilantik oleh kerajaan. Sedangkan, katanya, kementerian Kesihatan mendapat peruntukan sebanyak RM17 bilion melalui bajet 2012 untuk menyediakan penjagaan kesihatan. Laporan Ketua Audit Negara juga mendapati sebanyak RM5.51 bilion dibelanjakan ke atas pembayaran yang tiada dalam senarai disebabkan pembelian barangan dan perkhidmatan yang berkualiti rendah, kecuaian dan cukai kerajaan yang tidak dikutip. "Projek-projek hospital seperti pembinaan hospital Shah Alam bernilai RM482 juta yang terbengkalai masih diberikan kepada kroni Umno melalui rundingan terus. "Namun, kerajaan tidak mempunyai dana untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang sempurna kepada rakyat Malaysia," jelasnya lagi. Dalam pada itu, beliau merujuk laporan organisasi antarabangsa WHO yang meletakkan Malaysia di tangga 151 daripada 193 negara dalam perbelanjaan penjagaan kesihatan di antara tahun 2000-2005. Beliau berkata, perbelanjaan penjagaan kesihatan negara yang hanya sekitar 4-5% daripada KDNK setiap tahun, menandakan Malaysia adalah antara negara yang kurang melabur untuk kesihatan rakyat. "Pencapaian sistem kesihatan dan prestasi Malaysia adalah pada kedudukan 89 daripada 191 negara. Oleh itu, kita mesti melabur dan meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sistem perkhidmatan kesihatan," kata beliau. | ||
KEADILAN gesa polis umum status siasatan NFC Posted: 18 Feb 2012 04:07 AM PST KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa Polis Di Raja Malaysia mengumumkan perkembangan terbaru siasatan penyelewengan dana RM250 juta oleh National Feedlot Corporation (NFC). Menurutnya, sewaktu beliau menyerahkan dokumen berkaitan NFC kepada polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (CCID) Bukit Aman pada 4 Januari lalu, pihak berkuasa itu mengesahkan siasatan sudah 80 peratus selesai. "Polis perlu beri maklumat samada siasatan masih berjalan, sudah memasuki peringkat akhir, atau kertas siasatan sudah diserahkan kepada Peguam Negara. "Sampai sekarang saya pun belum dengar apa-apa berita dari polis sedangkan saya sudah serahkan semua bukti kepada polis. Pada 19 Januari lalu, Jabatan Peguam Negara memaklumkan telah memulangkan semula kertas siasatan skandal syarikat berkenaan dan mengarahkan pihak polis meneruskan siasatan serta mengemukakan laporan terperinci. Skandal NFC mencuri perhatian ramai apabila syarikat itu yang dimiliki ahli keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil menyelewengkan sebahagian pinjaman mudah yang diberikan. Gagal memenuhi permintaan daging lembu bagi pasaran tempatan, syarikat itu sebaliknya membeli dua unit kondonomium di Bangsar, tiga unit kondonminium di Singapura, dua lot tanah di Putrajaya dan kereta mewah. Semua harta berkenaan diletakkan di bawah nama suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga Pengerusi NFC dan anak-anak mereka. Jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Shahrizat yang ditampung dana NFC sehingga kini berjumlah RM62 juta. Malah, wang RM250 juta pinjaman mudah yang diterima dari Kerajaan Persekutuan juga tidak disertakan dengan jadual pembayaran balik. | ||
Anwar Ibrahim antara pemidato utama di PRWC Dubai Posted: 18 Feb 2012 04:06 AM PST KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah antara barisan individu berpengaruh yang bakal berucap di Persidangan Perhubungan Awam Sedunia (PRWC) ke-20 di Dubai, bulan depan. Barisan 35 panel lain dari dunia politik, perhubungan awam dan media pada acara yang mengangkat tema "Dari Arab Street ke Wall Street, Komunikasi di Zaman Dialog," ini antaranya adalah pakar perhubungan awam British, Lord Bell dan bekas pengarah Al-Jazeera, Wadah Khanfar. Perkara itu dinyatakan Sunil John, Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran PRWC Dubai dan Ketua Pegawai Eksekutif Asda'a Burson-Marsteller, penganjur program dalam satu sidang media, Khamis lalu. PRWC yang dianjurkan oleh International Public Relations Association-Gulf Chapter (IPRA-GC) dengan kerjasama Majlis Media Kebangsaan UAE ini akan diadakan di Hotel Grand Hyatt, Dubai pada 13 – 15 Mac ini. Abdullah Jum'ah, mantan Presiden dan CEO Saudi Aramco akan menyampaikan ucaptama di persidangan ini nanti. Jawatankuasa Penganjuran PRWC akan mengumumkan barisan panel yang kedua dalam masa yang terdekat. Sekurang-kurangnya 500 profesional dalam bidang perhubungan awam akan menghadiri persidangan ini, di mana mereka berpeluang untuk menyertai bengkel latihan dan kelas Master, yang bakal mewujudkan satu platform berkesan dalam perkongsian maklumat dan pemindahan pengetahuan. | ||
Dewan gamat apabila 'gergasi' MCA, DAP bersemuka Posted: 18 Feb 2012 02:23 AM PST MALAYSIA KINI Dua tokoh politik masyarakat Cina bersemuka dalam debat yang disiar secara langsung dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berdepan dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. 5:16pm: "DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat," kata Lim. 5.25pm: Moderator Tan Ah Chai menerima soalan dari hadirin. Kebanyakan soalan dilihat datang dari kalangan penyokong MCA tetapi Lim melontarkan senyuman. 5.40pm: Giliran Chua mengemukakan soalan. Dia ingin tahu sama ada | ||
Menunggu Mimpi Najib Dan Tilikan Rosmah Posted: 18 Feb 2012 12:20 AM PST Oleh Mat Zahari Bin Ali KOMENTAR Pilihanraya Umum 13 (PRU13) semakin hampir. Ada pihak menyatakan akan diadakan March ini. Namun bila melihatkan sidang dewan rakyat yang akan berlangsung pada 12 March depan menampakkan desas desus PRU13 pada March tidak akan diadakan. Manakala fakta lain pula menyatakan mungkin akan diadakan pada Mei ini memandangkan bulan tersebut jatuh pada minggu cuti sekolah. Berdasarkan fakta juga berkemungkinan besar Selangor tidak akan menyertai pilihanraya negeri sekiranya diadakan sebelum Jun ini. Tan Sri Abdul Khalid ketika sidang Dun November tahun lalu menyatakan Selangor tidak akan membubarkan Dun sekiranya PRU13 dilaksanakan sebelum Jun 2012. Tindakan tersebut dianggap berpatutan bagi memastikan peruntukan RM1.9 bilion kerajaan negeri dapat dinikmati rakyat negeri itu. Menurut Khalid, beliau tidak mahu berlaku sebagaimana PRU 2008 dimana peruntukan kerajaan negeri dibawah BN hilang entah kemana dalam masa tiga bulan berikutan PRU12 pada March 2008. Sama ada rakyat atau pemimpin-pemimpin politik tahu bahawa tarikh pilihanraya di negara ini hanya di tentukan oleh Perdana Menteri (PM). Penetapan tarikh oleh PM ini telah menjadi kuasa mutlak dalam ritual Umno/BN sejak menguasai negara ini. Sedangkan di negara-negara lain tarikh pilihanraya seterusnya telah ditentukan sejurus tamat pilihanraya atau setahun sebelum pilihanraya diadakan. Ini bagi membolehkan parti-parti politik mengadakan persiapan dan strategi masing-masing bagi menghadapi pilihanraya akan datang. Tetapi malangnya di Malaysia, PRU ditentukan oleh 'ilham mimpi' PM. Maka secara mutlaknya keputusan mengadakan PRU tersebut bergantung kepada keyakinan PM serta kesediaan BN untuk memenangi PRU tersebut. Najib masih takut Menurut teori R.A.H.M.A.N, Najib adalah pemimpin terakhir dalam hierarki penguasaan Umno/BN dinegara ini. Najib juga dikatakan percaya kepada 'ong' nombor 111111. Berdasarkan maklumat internet pula, kalau nak cerita pasal tilikan bomoh setentunya isteri beliau, Rosmah Mansur boleh menyediakan maklumat tambahan berhubung 'alam ghaib' kepada suaminya. Sebagai Perdana Menteri yang tidak pernah diuji dengan PRU, Najib amat bimbang dan takut. Jika tersilap langkah Umno/BN akan menjadi pembangkang. Umno akan lumpuh jika menjadi pembangkang. Segala amalan rasuah, kronisme, salah guna kuasa, sogokan, ugutan, politik wang dan seribu satu amalan tidak bermoral yang dilakukan sejak 54 tahun berkuasa akan diheret ke mahkamah untuk di adili sekiranya PR menguasai Putrajaya. Begitu juga sumber kewangan untuk membuat pelbagi program politik yang selama ini berselindung disebalik program bersama pemimpin. Apatah lagi sogokan-sogokan politik seperti membuat jalan, bantuan-bantuan yang semuanya bersifat 'mee segera' kepada pengundi. Selama ini pemimpin-pemimpin Umno ini mempergunakan sewenang-wenangnya wang rakyat untuk di berikan kepada pemimpin-pemimpin Umno menjelang PRU. Contohnya, peruntukan RM2.71 bilion untuk Umno Selangor bermatlamat untuk memastikan pelbagai 'onak' dilakukan untuk menjatuhkan pimpinan Khalid Ibrahim di negeri Jugra tersebut. Dari segi isu semasa pula skandal 'lembah Daging' NFC yang membabitkan keluarga Shahrizat Jalil yang juga seorang menteri kabinet Najib dianggap sebagai beban paling berat yang terpaksa di pikul beliau. Ini tidak termasuk kekangan ekonomi yang mencengkam negara sehingga semua harga barang terpaksa dibiarkan melambung disebabkan tidak mampu lagi dikawal. Rakyat paling terasa bebanan ekoran kenaikan harga barang, kenaikan tarif letrik serta tol. Begitu juga dengan sokongan masyarakat bukan melayu seperti orang Cina dan India yang tidak lagi memberi sokongan kepada BN. Namun apa yang lebih penting adalah maklumat dari sumber polis Politik di Bukit Aman. Mimpi Najib tidak dapat menjadi nyata selagi SB-SB (Unit Tindakan Khas) di Bukit Aman tidak memberikan laporan positif berhubung sokongan rakyat. Najib juga tidak percaya dengan maklumat retorik bertujuan untuk mengambil hati beliau dari ketua-ketua bahagian Umno. Najib pernah mengalami pengalaman pahit bersandarkan sumber maklumat dari bahagian-bahagian Umno di Pekan dalam PRU10 dahulu. Najib hanya memenangi 204 undi di parlimen Pekan sedangkan 'pengampu-pengampu' beliau mengatakan 'ok datuk, semua ok datuk, jangan risau datuk'. Dr Mahathir paling takut Mimpi Najib berhubung tarikh PRU masih belum muncul disebabkan kelibat musuh politik beliau yang sering mengganggu laluan fikirannya. Mungkin juga tilikan bomoh-bomoh Rosmah juga memberikan 'klu' yang sama. Tapi nampaknya orang yang paling 'kalut' adalah bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad. Semua orang tahu Dr M tidak akan duduk diam selagi Anwar Ibrahim masih berligar di pentas politik. Mungkin beliau telah menduga apa yang akan berlaku kepada beliau serta kroni-kroni yang berhutang berbilion ringgit kepada rakyat. Anwar juga tahu jumlah sebenar yang Dr M gunakan untuk 'bail out' syarikat-syarikat anak-anak serta kroni-kroni beliau ketika krisis ekonomi 1998. Malah paling di takuti Dr M adalah berhubung pengkhianatan yang telah beliau lakukan pada negara ekoran projek pemberian kad pengenalan kepada lebih 600,000 warga Filipina dan Indonesia untuk menjatuhkan kerajaan Pairin Kitingan pada era 1980'an dahulu. Lantaran itu selama enam tahun selepas dibebas dari penjara Sungai Buluh, Anwar Ibrahim dihujani serangan bertali arus berhubung pelbagai isu liwat. Isu Liwat dijadikan ikon serangan bertujuan untuk mengasak di minda rakyat berhubung persepsi rakyat ke atas ketua Pembangkang tersebut. Lantaran itu apa sahaja kenyataan media Mahathir ketika ini semuanya berkisar kepada usaha mengaibkan Anwar. Dr Mahathir pernah berkata sesuatu yang tidak benar itu sekiranya diulang berulang kali akan menjadikan pembohongan itu suatu kebenaran. Itulah juga formula yang diguna pakai oleh Najib setelah melihat kejayaan taktik tersebut ketika era Dr Mahathir. Calon Tikam Belakang Masalah paling besar yang sedang dihadapi Najib setelah selesai segala 'sogokan' kepada rakyat melalui pelbagai bentuk pemberian adalah masalah pemilihan calon yang mewakili Umno/BN dalam PRU13 nanti. Walaupun Najib cuba membawa pendekatan kesantunan 'Winable candidate' (calon boleh menang) dalam lawatan beliau kesetiap negeri namun hasilnya masih belum terbukti. Pembuktian tersebut hanya diperoleh setelah PRU selesai dan selepas 'post-mortem' dilakukan. Situasi ini sememangnya telah terlewat. Pengalaman PRU 2008 lalu telah dikenalpasti banyak kerusi BN tewas disebabkan tindakan calon yang tidak terpilih bertindak memberi sokongan kepada pembangkang untuk mengalahkan calon BN. Ini adalah igauan paling ngeri buat Najib. Begitu juga sejak tiga tahun berturut-turut perhimpunan Agung Umno diadakan, Najib mengelak dari diadakan pemilihan kepimpinan baru kerana takut dan bimbang berlaku perpecahan dalam parti pimpinannya. Apatah lagi akan tiba saat apabila membabitkan pemilihan calon untuk PRU13 nanti. Hanya Najib yang rasa bahananya walaupun Rosmah mungkin hanya mampu menghembuskan asap kemian pemulih semangat ke tubuh suaminya.
Kegagalan mengheret Anwar untuk dijatuhkan hukuman bersalah pada 9 Januari (901) lalu memberi impak yang besar kepada 'kemaksuman' pemimpin-pemimpin Umno termasuk Najib-Rosmah. Kesan paling ketara adalah persepsi rakyat terhadap Anwar telah berubah. Anwar telah dianggap sebagai orang yang sengaja di aniaya oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN sedangkan hakikatnya mahkamah membuktikan beliau tidak bersalah. Persepsi rakyat juga akan beranggapan pelbagai deretan fitnah yang dibuat ke atas Anwar selama ini merupakan palsu dan tidak benar. Simpati rakyat akan melihat Anwar sebagai pemimpin bersih yang difitnah oleh musuh-musuh politik beliau. Pun begitu, tidak sempat Anwar memasuki rumah setelah berkunjung ke Mumbai selepas 901, media cetak dan eletronik milik Umno/BN yang terdiri dari 26 saluran Radio, 8 saluran tv dan hampir 10 media cetak kembali menghentam beliau. Malah tidak ada satu hari pun selepas itu yang boleh di istihar sebagai 'detik bebas' bagi Anwar dari serangan media-media tersebut. Atau mungkin pemimpin-pemimpin Umno/BN tidak mempunyai pengalaman disebabkan selama 54 tahun media dikuasai oleh mereka. Inilah juga amalan yang diamalkan sejak 12 kali PRU berlangsung dan mereka terus menerus memperoleh kemenangan. Justeru formula ini perlu diteruskan. Dan kaedah yang sama akan diguna pakai. Apakah media dan pemimpin BN lupa memikirkan 70 peratus dari lebih 12 juta pengundi dalam PRU13 nanti adalah pengundi berusia 21 hingga 40 tahun. Mereka yang di klas sebagai pengundi muda ini majoritinya adalah pengundi klas menengah yang berpendidikan sekurang-kurangnya pemegang Diploma dari pusat pengajian tinggi. Golongan ini juga adalah celik sumber maklumat dan tidak terpengaruh dengan sentimen perjuangan pemimpin silam. Golongan ini sebahagian besarnya terbelenggu dengan hutang PTTN disamping persekitaran kehidupan mereka terperangkap dengan ketiadaan pekerjaan dan kos sara hidup yang tinggi. Sedangkan apa yang terhidang dihadapan mereka adalah pelbagai isu yang melibatkan kos kenaikan harga barang, amalan rasuah yang berleluasa, kronisme yang kronik, salah guna kuasa pemimpin Umno/BN, kekangan media yang tidak bebas, cengkaman AUKU dan pelbagai lagi. Kemajuan dunia telekomunikasi membolehkan generasi muda ini menjadi pengundi yang bijak kerana memperoleh sumber maklumat dari pelbagai pihak. Berdasarkan dari beberapa kajian mendapati golongan ini terdiri dari golongan atas pagar dan penyokong pembangkang. Malah generasi ini juga tidak mudah terpengaruh atau tunduk dengan pelbagai sogokan laporan dari media milik Umno/BN. Pada Najib dan Rosmah mungkin masih boleh beraksi hebat didada media milik mereka. Hak mereka untuk 'syok sendiri'... dan mungkin ada yang terpesona. Namun dalam kehebatan aksi-aksi tersebut masih belum terpacul dari mulut Najib berhubung PRU13 walaupun wisil penamatnya pada March tahun hadapan. Atau Najib terpaksa merubah angka 'ong' 111111 (tarikh 11.11.11) yang tidak mungkin menjadi realiti itu kepada angka 121212 (12.12.12) setelah tilikan 'alam ghaib' Rosmah mendapati BN akan memperoleh kemenangan pada angka tersebut. | ||
Rundingan kerusi PR: Minggu depan bubar parlimen pun kita boleh selesaikan, Mat Sabu Posted: 18 Feb 2012 12:13 AM PST Lim Hong Siang Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata bahawa rundingan kerusi untuk ditanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 di kalangan Pakatan Rakyat telah hampir selesai, malah seandainya diumumkan pembubaran parlimen pada minggu depan pun, beliau yakin ia dapat diselesaikan oleh PAS, DAP dan PKR. Menjawab soalan wartawan yang khusus kepada negeri Johor, beliau berkata Pakatan Rakyat tidak banyak mengusik status quo di negeri itu, dengan PAS bertanding lebih banyak kerusi di peringkat DUN, sementara PKR dan DAP lebih bertanding di peringkat parlimen. Beliau menjangka lebih 20 ribu orang akan hadir pada hari itu, dan berisytihar bahawa PAS akan bersama dengan badan-badan NGO yang menganjurkan perhimpunan ini pada 26 Februari 2012. *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia. | ||
Kelantan miskin: 'Air terpercik ke muka Najib' Posted: 17 Feb 2012 11:56 PM PST
KOTA BHARU: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini berbanding Sabah umpama menepuk air terkena muka sendiri. Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, juga berkata kenyataan memuji Sabah kerana ingin 'membodek' rakyat di negeri itu dengan fakta yang merapu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri itu ketika berucap di Lahad Datu, Sabah yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini. Menurut Zailah lagi, tindakan kerajaan Pusat terhadap Kelantan juga tidak ubah seperti mengingat kaki dan tangan, apabila merompak hasil kekayaan di negeri itu, namun tidak menyalurkannya semula. "Jangan membuat sebarang dakwaan yang mengatakan Kelantan miskin selagi hasil royalty negeri ini dirompak serta tidak dikembalikan pada negeri kami. "Kerajaan Pusat telah merompak hasil royalty Kelantan sejak sekian lama sebanyak RM300 juta setahun, kemudian menuduh Kelantan miskin,"ujarnya yang juga Anggota Parlimen Rantau Panjang. Beliau juga turut menempelak kenyataan Perdana Menteri yang mengatakan Kelantan negeri termiskin di negara ini, sebaliknya Sabah, Sarawak dan Terengganu adalah miskin berbanding Kelantan. Tegasnya, semua negeri berkenaan adalah diperintah oleh Umno dan BN bukan Pakatan Rakyat. Pada masa yang sama Zailah turut mempersoalkan Kelantan masih dianaktirikan sejak hamper 22 tahun lalu dengan menyekat pelaburan, jalanraya juga tidak dimajukan. "Begitu juga tebatan banjir di Rantau Panjang telah dijanji nak buat sejak RMK-7, kini dah RMK-10 masih tak buat-buat lagi. "Bila banjir besar melanda, rakyat tidak boleh mencari rezeki menyebabkan ekonomi mereka lumpuh, jadi jangan buat kenyataan yang membolehkan rakyat Kelantan marah,"ujarnya. | ||
Azmi usah berdolak-dalik lindungi NFC Posted: 17 Feb 2012 11:55 PM PST
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid hendaklah menghentikan segera kenyataan yang boleh menyebabkan beliau dilihat cuba melindungi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp). | ||
Graduan cemerlang dipinggir kerajaan Umno BN Posted: 17 Feb 2012 11:54 PM PST
PUTRAJAYA: Semua graduan kelas pertama patut diberi pengecualian dari membayar balik pinjaman pelajaran dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Dalam hal ini, kerajaan persekutuan tidak patut memilih kasih kerana graduan yang cermerlang dan lulus dalam kelas pertama adalah kunci kepada kejayaan pembangunan negara. Adun DAP Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, dasar diperkenalkan kerajaan Umno BN pada 2010 adalah sangat tidak adil buat graduan yang lulus cemerlang sebelum dasar itu diperkenalkan. Menurutnya, pada 2010, kerajaan persekutuan telah menetapkan bahawa graduan yang lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dan menamatkan pengajian pada 2010 akan diberi pengecualian dari membayar balik PTPTN. "Pada masa sama, graduan yang menandatangi perjanjian dengan PTPTN sebelum 1 Julai 2005 dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama pula diberi pengecualian yang sama. "Saya kecewa. Para graduan cemerlang lagi kecewa. Ibu bapa mereka pun kecewa. Kerajaan persekutuan harus berlaku adil kepada semua graduan Ijazah Kelas Pertama, bukannya bertindak pilih kasih," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. Menurut Lau, sehingga hari ini rayuan dari graduan-graduan yang tamat sebelum 2010 untuk dikecualikan dari membayar balik PTPTN tidak dilayan oleh kementerian. Sehubungan itu pagi tadi di sini, beliau bersama lebih 30 graduan telah menyerahkan surat buat kali kedua kepada wakil Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin untuk membangkitkan isu ini, setelah surat beliau pada 10 Januari lalu tidak dilayan. Lau turut meluahkan rasa kecewa terhadap Kementerian Pengajian Tinggi yang selama ini gagal memberi jawapan sama ada graduan yang memohon ini untuk dikecualikan dari bayar balik PTPTN diterima atau tidak. Dalam masa sama, graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Universiti Malaya 2008, Low Li Si berkata, beliau dan rakan-rakan sebelum ini telah berkali-kali menghubungi kementerian melalui pelbagai cara, tetapi masih tidak diendahkan. Oleh itu, katanya pada hari ini, beliau dan rakan-rakannya terpaksa mengambil cuti hanya untuk menyampaikan permintaan mereka agar apa yang dituntut mereka, dijawab kerajaan. "Kami berterima kasih kepada DAP dan YB Lau Weng San kerana sudi membantu kami hari ini," katanya. | ||
Pastikan ramai calon PAS menang Posted: 17 Feb 2012 11:49 PM PST
SEREMBAN, 17 Feb: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan pemimpin PAS supaya menunaikan solat secara berjamaah dan mendirikan solat malam serta berdoa. Beliau menyatakan demikian ketika memberikan taklimat kepada petugas penerangan PAS Negeri Sembilan di Ampangan, petang ini. Lebih 100 petugas penerangan PAS negeri ini mengikuti taklimat yang dibuat dalam siri Konvoi Penerangan PAS Pusat. Taklimat kepada petugas penerangan adalah aktiviti utama sepanjang konvoi penerangan ini. Taklimat ini adalah aktiviti pertama konvoi ke negeri ini. Selepas taklimat, anggota konvoi akan bergerak ke seluruh Negeri Sembilan untuk menjalankan aktiviti masing-masing, antaranya hi tea, penyebaran risalah, kuliah maghrib dan ceramah umum malam ini. Pagi esok pula, kuliah-kuliah Subuh diberikan. Antara yang hadir dalam taklimat ini adalah Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Taufek Abd Ghani, Setiausaha Lajnah Penerangan, Misbahul Munir Masduki dan lain-lain AJK Lajnah Penerangan PAS. Dalam taklimat yang diberikan, Tuan Ibrahim memberikan semangat kepada petugas PAS agar memastikan calon PAS yang paling ramai menang. Ini, katanya kerana sememangnya PAS paling banyak bertanding termasuk di Negeri Sembilan. "Cuma kita tak menang banyak je," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Beliau sekali lagi mengingatkan pemimpin PAS agar sentiasa solat berjamaah, membaca al-Quran sekurang-kurang tiga hari sekali. Beliau juga mengarahkan mereka sentiasa solat malam dan berdoa malam agar sentiasa sabar, ikhlas dan sabar. | ||
Qunut Nazilah mohon kemenangan pejuang Syria Posted: 17 Feb 2012 11:44 PM PST
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh resolusi mengecam pelanggaran hak asasi manusia di Syria dan menggesa agar Presiden Bashar al-Assad meletakkan jawatan yang dikemukakan oleh Mesir kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan disokong oleh 137 negara. Justeru, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri menggesa umat Islam melakukan Qunut Nazilah dalam solat-solat mereka mendoakan kemenangan bagi pejuang Islam di Syria yang menentang kezaliman. "Serta berdoa agar Allah Taala menurunkan hukuman selayaknya di dunia terhadap pemerintah yang zalim," ujarnya. Mengulas perkembangan terkini yang berlaku di Syria yang menyaksikan penyembelihan rakyat yang tidak berdosa oleh rejim Bashar, beliau berkata, kezaliman itu telah mencapai kemuncaknya sejak 8 bulan lalu yang menyaksikan pembunuhan ribuan rakyat yang tidak bersenjata. Menurut laporan Al Arabiya.net, serangan tentera Syria yang telah masuk hari ke 13 menggunakan peluru berpandu dan kereta kebal terhadap rakyatnya di bandar Hims telah membunuh 678 orang Islam termasuk kanak- kanak di samping menghancurkan sepenuhnya puluhan bangunan. Satu laporan menjelaskan sejak kebangkitan di bandar Hims pada bulan Mac 2011 seramai 3,370 penduduk Hims telah dibunuh. Jumlah yang terbunuh dicampur dengan bandar-bandar lain sehingga kini melebihi 8,380 orang. | ||
Penyenaraian FGVH: PAS bawa usul ke Parlimen Posted: 17 Feb 2012 11:43 PM PST
KUALA LUMPUR: PAS memberi jaminan akan menggunakan segala saluran yang ada bagi mempertahankan aset tanah warga peneroka agar tidak tergadai oleh penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) ke Bursa Malaysia. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, perkara itu juga akan menjadi tajuk perbahasan utama ahli parlimen PAS pada sesi parlimen akan datang ini. | ||
Pemuda PAS kesal samseng politik berleluasa Hazayani Zakaria, Posted: 17 Feb 2012 11:37 PM PST Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan budaya samseng yang terus diamalkan pihak-pihak tertentu dalam politik. Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata demikian sebagai mengulas insiden gangguan persiapan ceramah politik di Temerloh, Pahang awal minggu ini termasuk perbuatan mengoyak poster ceramah dan cubaan mencederakan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Shukri Shuib (gambar). | ||
Kelantan miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal Posted: 17 Feb 2012 11:31 PM PST
KUALA LUMPUR: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara. | ||
Himpun akan serah memorandum desak penggubalan undang-undang murtad kepada Agong Posted: 17 Feb 2012 11:29 PM PST Dipetik Sinar Harian, badan bukan kerajaan berkenaan berkata tindakan itu perlu dilakukan berikutan gejala murtad yang semakin berleluasa di Malaysia. Setiausaha Himpun, Aminuddin Yahya memberi amaran bahawa terdapatnya cubaan memurtadkan umat Islam di negara ini, dan kegiatan itu turut di jalankan melalui laman web. "Laman sosial ini terbuka kepada mereka yang murtad, malah semakin berani menyatakan sokongan kepada umat Islam yang murtad. "Kegiatan memurtad umat Islam di negara ini dilakukan secara halus, ada di antara mereka ini menjadi orang alim bagi meraih pengaruh. Kebanyakkan sasaran kumpulan tersebut adalah golongan remaja," katanya. Aminuddin berkata, resolusi yang mengandung 10 perkara itu, akan dihantar April ini setelah pertabalan Yang di-Pertuan Agong, malah pihaknya mahu pihak kerajaan bertindak lebih tegas dalam hal ini. Beliau turut mengumumkan jelajah Hinpun Ke-10 pada 25 Febuari ini di Stadium Batu Buruk di Terengganu. Aminuddin menganggarkan 5,000 peserta akan turut berhimpun. Selain itu, pihaknya juga berkata mereka turut merancang untuk menyiarkan pengakuan oleh mereka yang pernah keluar daripada agama Islam dan akan menceritakan bagaimana beliau dimurtad sebelum kembali semula kepada agama Islam. "Itu adalah sebahagian daripada bukti yang kami peroleh, malah mereka ini tampil secara sendiri, tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Kesedaran itu timbul setelah mendengar ceramah dalam siri Himpun yang kita adakan di beberapa negeri sebelum ini. Himpun mendakwa terdapatnya cubaan untuk memurtadkan masyarakat Islam di negara ini oleh kumpulan tertentu seperti kes DUMC di Petaling Jaya. Namun demikian, pemimpin Kristian menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa perjuangan Himpun adalah tidak relevan. | ||
Najib pulang dari Sabah tanpa RCI bagi Projek IC Posted: 17 Feb 2012 11:27 PM PST MALAYSIA KINI Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pulang dari Sabah selepas melakukan lawatan dua hari ke negeri itu semalam - tetapi tanpa sebarang pengumuman mengenai penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi Projek IC seperti yang diuar-uarkan sebelum itu.Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili sebelum ini berkata mesyuarat Kabinet minggu lalu telah membincangkan mengenai RCI yang dicadangkan untuk menyiasat dakwaan pendatang tanpa izin diberi kerakyatan dan hak untuk mengundi, yang dikenali sebagai Projek IC. Maximus, yang juga timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan pengerusi jawatankuasa terpilih parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya, berkata suruhanjaya diraja itu akan menyiasat kontroversi itu secara terperinci. "Kenapa ini berlaku, siapa yang melakukannya dan apa yang patut dilakukan kepada orang yang melakukannya?" katanya. Seorang lagi menteri dari Sabah, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, yang mengambil kredit bagi cadangan penubuhan RCI itu, berkata ia perlu dilakukan sebelum pilihan raya umum akan datang. "Jika tidak, rakyat mungkin berfikir kita melakukannya hanya untuk pilihan raya." Menurutnya, kabinet telah memberi mandat kepada Najib untuk mengumumkan keputusan tersebut. | ||
Ceramah Anwar berjalan lancar di Felda Pahang Posted: 17 Feb 2012 11:21 PM PST Hazlan Zakaria Semuanya berjalan lancar semalam, sewaktu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah penempatan Felda di Pahang - negeri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Berbeza dengan apa yang berlaku ketika Anwar ke penempatan skim pembangunan tanah persekutuan di Machap, Melaka, peneroka Felda Bukit Damar di Lancang, Pahang menyambut ketibaan beliau dengan tangan terbuka. Lebih 300 orang, termasuk beberapa penduduk kampung Orang Asli, menyambut ketibaan Anwar dan memberi tepukan gemuruh ketika ucapannya. Bendera dan sepanduk PAS, PKR dan DAP menghiasi jalan-jalan utama dan di tempat ceramah di sebuah rumah penyokong parti tersebut. Anwar menghabiskan kira-kira sejam beramah mesra dengan peneroka, tanpa sebarang masalah. Dua kenderaan polis - sebuah kereta peronda dengan dua anggota beruniform dan kenderaan polis trafik dengan empat anggota, kelihatan meronda dan memantau di situ. Anwar mengambil kesempatan itu untuk menangani beberapa isu berbangkit kepada orang ramai yang kebanyakannya Melayu. Beliau mempertahankan kenyataannya mengenai Israel, dengan menuduh Umno memutarbelitkan kenyataannya dalam temubualnya dengan Asian Wall Street Journal. "Utusan Malaysia ... Mereka tak belajar bahasa Inggeris dengan betul, mereka tak faham apa yang saya katakan (semasa temubual itu)," katanya berjenaka. | ||
Sekatan akibatkan kesesakan 5km di ceramah Anwar Posted: 17 Feb 2012 11:19 PM PST MALAYSIA KINI Sekatan jalan raya di jalan utama menuju ke ibupejabat PAS di Pekan, tempat ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas sepanjang lima kilometer. Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad, mereka yang mahu mendengar ceramah Anwar terperangkap dalam kesesakan tersebut selama "lebih daripada 40 minit". Ketika dihubungi, beliau terpaksa ke tempat ceramah dengan menaiki motosikal, begitu juga dengan Anwar. Menurutnya lagi, kesesakan lalulintas itu menyebabkan kelewatan ceramah bermula, sehinggakan ucapan Anwar melebihi waktu had permit polis sehingga jam 12 tengah malam. Katanya lagi, anggota polis berada tepat jam 12 tengah malam, tetapi Anwar dapat melanjutkan program tersebut, kerana masalah kesesakan untuk ke sana. Dzulkefly berkata, kira-kira 3,000 orang menghadiri program tersebut, "kebanyakannya penduduk tempatan", yang disifatkannya sebagai "luar biasa bagi Pekan". Kerusi Parlimen Pekan diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang 'diwarisi' dari bapanya, Tun Abdul Razak Hussein - perdana menteri kedua Malaysia, yang meninggal dunia pada tahun 1976. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan