Rabu, 8 Februari 2012

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN LIGA SUPER 8/2/2012

Posted: 08 Feb 2012 07:10 AM PST

HANGPA TAU PASAI PA HASAN ALI DOK MEROYAN?

Posted: 08 Feb 2012 04:00 AM PST

HASAN ALI MEROYAN NAK JADI MB!

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.


Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.


Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah ‘gila talaq’. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan ‘gila’ dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai ‘gila’. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila ‘ditalaq’ menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah ‘gila talaq’ dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.


SEJARAH RINGKAS


Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang ‘baru’ dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang ‘lama’ seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.


Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.


Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.


DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR


Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.


Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.


Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai


Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.


MELAGA PAS DENGAN DAP & PKR


Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.


Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.


SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ 2


Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, “ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya”.


Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).


TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN


Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah ‘golongan Erdogan’. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala’ pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.


Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau ‘name calling’.


SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN


Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.


Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.


SOKONGAN HASSAN MERUDUM


Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.


Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.


Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.
Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.


Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.
Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.


Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun ‘exit strategy’ atau ‘strategi untuk keluar PAS’. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.


PEMECATAN HASSAN ALI


Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.


Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.


Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara ‘terhormat’. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.


Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.


Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.


KENAPA SAYA YANG DISASARKAN?


Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan ‘aqeedah’ itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.


Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.


Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?


Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.


Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.


Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.


KESIMPULAN


Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.


Hadis Rasulullah (SAW);


Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),


“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).


Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.


WaLlahu 'Alam


KHALID SAMAD



tinta-tajam



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PANAS!! Dua lagi Kondominium milik keluarga Sharizat bernilai RM34.5Juta ditemui di Singapura...

Posted: 08 Feb 2012 02:00 AM PST


Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.


Sebelum ini, KEADILAN telah mengemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010. Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura.

Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat ini, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli.

Hasil siasatan mengesahkan bahawa selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil telah membeli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura.


Butir-butirnya adalah seperti berikut:

Kondominium Pertama
Alamat: #08-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965

Hakmilik: Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga: S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209

Tarikh dibeli: 27 Mei 2010

Pembiaya: United Overseas Bank Limited (UOB)


Kondominium Kedua
Alamat: #11-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965

Hakmilik: Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga: S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575

Tarikh: dibeli 27 Mei 2010

Pembiaya: Malayan Banking Berhad (Maybank)

Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.


Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi.

Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.

Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato’ Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit. Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli.

Dengan pendedahan terbaru ini, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC (baik dibayar secara terus atau melalui urusniaga timbal balik berdasarkan pendepositan dana yang besar) yang telah didedahkan setakat ini adalah seperti berikut:


Saya ingin merumuskan pendedahan kali ini dengan mengajukan 3 soalan masing-masing kepada pengurusan NFC, Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan Dato’ Seri Najib Tun Razak:

1) Apakah bukti-bukti yang boleh dikemukakan oleh pengurusan NFC bahawa pinjaman-pinjaman yang diambil untuk membiayai 2 unit kondominium mewah di Marina Bay Suites ini tidak ada kena mengena dengan dana awam RM250 juta yang diamanahkan kepada NFC?

2) Beranikah Dato’ Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan memperincikan pendapatan keseluruhan ahli keluarga beliau sehingga mampu mengumpul harta sedemikian rupa dalam masa 2-3 tahun kebelakangan ini?

3) Apakah Dato’ Seri Najib Tun Razak mempunyai kekuatan moral untuk menentang rasuah dan salahguna kuasa dengan mewajibkan setiap ahli kabinet mengisytiharkan keseluruhan harta yang dipunyai oleh mereka dan ahli keluarga mereka, berikutan pendedahan harta yang dimiliki keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil?

Rakyat akan terus memerhati dan menilai tindakan yang diambil oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam menangani skandal NFC ini. Jalan terbaik untuk menjada kredibiliti kerajaan dan institusi berkuasa seperti SPRM dan PDRM adalah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya diRaja secepat mungkin untuk menyiasat skandal ini.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

8 FEBRUARI 2012

darisungaiderhaka

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Blogger Umporno kata Anwar Ibrahim masuk majalah Porno Jepun

Posted: 07 Feb 2012 10:39 PM PST




















akhirnya BAPA PORNO NEGARA, mister anwar ibrahim telah mencapai makam yang diinginkan oleh mana-mana pelaku seks bebas.





popular dan dipopularkan oleh sebuah majalah lucah antarabangsa.





semalam aku dapat email dari seorang rakyat malaysia, mengenalkan diri sebagai zamz dari toyohashi jepun.





samada dia pelajar atau pekerja aku tak pasti.





namun isi kandungan email yang telah bikin panas sedikit sebanyak telah mencalarkan imej rakyat malaysia di jepun.





kata zamz, dia ditunjukkan oleh rakannya (berbangsa jepun) mengenai cerita/foto kegiatan seks pemimpin politik malaysia bernama anwar ibrahim yang disiarkan oleh majalah lucah di jepun.





kawan zamz bertanya kepadanya, adakah ini ciri pemimpin dan kualiti seorang malaysian yang cukup hebat bercakap mengenai islam dan tamadun ?





zamz terkedu. foto tersebut telah bikin maruahnya jatuh sebagai orang melayu yang beragama islam.





2 hari lepas majalah indonesia menempelak anwar kerana begitu pro kepada perjuangan zionis. ia telah memalukan hatta telah bikin panas hampir keseluruhan umat islam yang simpatisan kepada perjuangan palestina.





hari ini anwar telah bikin nama malaysia busuk pula di jepun !





skandal seksnya dengan pelacor telah dilaporkan oleh majalah bubka, majalah yang soft core dalam menjuarai foto dan kisah seks.





tun m cukup popular dikalangan rakyat jepun.


dia dianggap sebagai bapa pemodenan malaysia.


hari ini kita juga ada bapa.


bapa porno negara, itulah anwar ibrahim. -GAP-






Contoh penulisan oleh seorang blogger umno. Janganlah rasa sedih geng. Kita kena bear kadang2 di dunia, perkara neh memang adat. Ada orang bodoh dan ada orang bijak.Kalau seme nak jadi bijak sapa pula nak jadi orang bodoh? Jadi biarlah orang bodoh memainkan peranan dia disini. Jangan kita marah sangat.





Gap tidak faham tetapi aku pula suka nak fahamkan orang yang tidak faham. Ini kerja sukarela je. Akal aku bukan aksesori. Dia ada tujuan berada dalam otak neh. Kes di atas neh sebenarnya begini ;





1. Majalah yang dipercayai porno neh sebenarnya telah menyiarkan satu artikel berkenaan isu video seks yang dipercayai membabitkan pemimpin pembangkang iaitu anwar ibrahim.





2. Aku dan kita seme tak tahu apa benda yang majalah neh tulis.





3. Apa yang tercetak di dalam majalah tersebut sebenarnya memang mencemarkan imej malaysia.





4. Ia adalah bukti politik fitnah telah dijadikan bahan untuk orang lain melariskan majalahnya.





5. Jika ada pembaca yang mempercayai bahawa dsai terlibat dalam skandal seks dan fitnah neh berterusan kepada orang luar negara dan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.. azablah orang yang sebarkan fitnah terbabit. Bukan benda sikit dia nak tanggung tue. Allah swt wujud beb. Bukan sekadar kata2 jek. 





6. GAP tidak patut melabelkan dsai sebagai bapa porno sebab dsai tidak mengaku pun dia terlibat dalam skandal seks terbabit. Sepatutnya dia tulis lelaki mirip atau dipercayai anwar ibrahim.. neh dia tulis dsai seolah2 macam dia confirm sangat dsai ialah individu yang terlibat dalam skandal seks tersebut.





Kalau nak tahu kes neh benar tak benar suruh sahaja lah polis siasat. Bukan kah itu kerja polis? Dah lama dah kes neh berlalu.. apa hasilnya? Nak dakwa ka? Nak bicara kan kah? Apa dia? Jangan biarkan hujah tergantung. Dsai berdiam diri pun susah juga. Orang akan terus terusan mengaitkan dia dengan skandal seks. 





Perlu ada satu keputusan muktamad berhubung isu neh. Neh soal maruah dan imej. Kalau dsai berdiam diri, polis berdiam diri, pelbagai spekulasi akan timbul. Kita perlu mencari jalan bagi mencapai satu keputusan supaya orang2 bn tidak lagi mengaitkan dsai dengan video terbabit. 





Dan polis pula kena lah ambik tindakan sebab dsai dah report polis. Mana hasil siasatan nya? Apa yang perlu dsai proceed? Jangan diam2 lah weh. Ini seme menyusahkan. Sebab adanya individu2 seperti gap nya contohnya akan mengambil pendekatan politik bagi mengaitkan dsai dengan skandal neh. Contohnya entry neh. Yang siarkan isu majalah porno[dipercayai], tapi yang dihentam dsai. 





Sedangkan dsai sudah menafikan sekeras-kerasnya. Memang betul bloggers umno menggunakan video sebagai hujah mempertahankan isu neh tapi geng masalahnya hujah korang neh dah tercemar oleh sikap yang ditonjolkan oleh korang sendiri. Masyarakat bukan hilang kepercayaan kepada bukti tetapi hilang kepercayaan kepada kredibliti. 





Apabila seseorang pembohong bawa cerita dan meminta orang lain mempercayai cerita dia walaupun disertakan dengan bukti yang nyata, mana2 manusia pun akan terbit rasa ragu. Ini yang bloggers umno kena faham. Bukan bukti yang disanggah tetapi kredibliti. Kalau bukti itu disanggah tak perlu kita tengok video, analisis, minta polis siasat, minta pakar, minta penjelasan dari kesemua pihak. Tidak. Kita tidak berbuat demikian. Ini semua pasal kredibliti. 





Oleh kerana demikian maka adalah amat wajar jika kes neh disiasat sehingga ke akar umbi. Dsai sudah memainkan peranan dia. Dia dah report polis. Dan dia bersedia dipanggil polis pada bila2 masa bagi membantu siasatan. Ini bukan langkah dsai. Ini langkah polis. Harap GAP boleh faham keadaan yang sebenarnya disini. Jangan marahkan orang yang salah. Bai.





Ameno : Majalah porno.. biasanya sapa yang suka baca ek? 



sumber: amenoworld



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

VIDEO Staf KFC I-City Belasah Pelanggan

Posted: 07 Feb 2012 07:00 PM PST





Video
pekerja kfc di i-city memukul pelanggan selepas pelanggan tersebut
meminta pihak berkenaan meminta maaf akibat kehabisan ayam goreng
selepas pelanggan tersebut menunggu selepas 1 jam.


  

Berikut maklumat dari laman youtube berkaitan video tersebut:




KFC worker
fight with customer in I-City…the customer were waited for more than 1
hour but when comes to his turn, there is NO MORE fried chicken for him…
the customer request the management to apologize but the useless Store
Manager doing nothing instead the worker shouted at customer – “kalau
mau makan, buat sendiri lah BABI..”




Lihat pula beberapa komen dari mereka yang berada ditempat kejadian..













Aku berpendapat bukan pekerja KFC tu yang
mula bertindak kurang ajar..disebabkan menunggu selama lebih dari sejam ..kemudian ayam KFC  telah kehabisan..
pelanggan (lelaki cina) tak puas hati dan mula maki-maki dan buat kecoh
minta manager store mintak maaf. Tapi manager tak layan karenah lelaki
tu..






Dekat sejam dia dok maki-maki, sape
tahan..kalau aku jangankan sejam,,5 minit je dah melayang kerusi atas
lelaki cina ni. pekerja lain rasa tercabar..tu yang kena flying kick
tu..lelaki cina sepatutnya sabar dan blah dari situ..benda buka
disengajakan, ni dok maki-maki untuk apa?..bederau darah aku tengok
video ni.bukan nak cakap tindakan pekerja KFC tu betul, tapi bila orang
dah pijak maruah kita..nak buat apa?





  





Ini Pula pejelasan Pihak KFC






laksamanabukitbintang

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PM akan disaman RM55 bilion dalam Tamil, BM

Posted: 07 Feb 2012 05:43 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan menerima saman pertama dalam bahasa Tamil, di samping bahasa Melayu yang disyaratkan.Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) hari ini berkata akan memfailkan saman terhadap lelaki pertama dan kedua Malaysia itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Pengasas bersama Hindraf P Uthayakumar dan peguam M Manoharan berkata, mereka akan memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya kesemua 523 sekolah Tamil ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, setiap sekolah diberikan 10 ekar tanah dan sebuah kampus khas melatih guru India diadakan di Universiti Malaysia.

Mereka juga menuntut ganti rugi RM55 bilion setahun untuk dakwaan 55 tahun diskriminasi terhadap bekas penuntut sekolah Tamil oleh kerajaan dan sektor swasta."Kami sudah minta, dan minta, dan minta perkara itu ratusan kali," kata Uthayakumar yang turut mengedarkan risalah mencari sokongan di tengah-tengah perayaan Thaipusan di Batu Caves hari ini.-Malaysiakini
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: