Rabu, 8 Februari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mengapa kerajaan UMNO-BN paksa KWSP ?

Posted: 07 Feb 2012 11:46 PM PST

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Kenapa kerajaan sanggup menerima syarat ketat dengan jaminan pinjaman sebanyak 2.67 kali ganda daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pinjaman perumahan?

Dan kenapa kerajaan tidak menggunakan skim pinjaman melalui bank-bank komersil seperti yang biasa dilakukan? Apa muslihat kerajaan UMNO-BN?

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan mendesak Menteri yang bertanggungjawab supaya menjelaskan kenapa kerajaan persekutuan tidak menggunakan skim pembelian perumahan biasa, tetapi melalui syarat-syarat ketat KWSP.

"Mengapa syarat-syarat ketat (oleh KWSP) boleh, tetapi pihak bank komersil pula tidak menyambut langkah tersebut?" katanya kepada pemberita di hadapan bangunan KWSP di sini hari ini.

Tambah Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, pihak KWSP telah berjanji kepada Pakatan bahawa syarat-syarat ketat akan ditetapkan supaya KWSP dapat melindungi dan mempertahankan wang pekerja.

"Pada masa sama, syarat penting yang akan ditetapkan ialah supaya seluruh pengurusan pinjaman ini akan dioperasikan oleh sebuah bank atau pun syarikat kewangan, bukannya oleh pihak pemilik iaitu Yayasan Wilayah Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas perjumpaan bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Pelaburan) KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan bersama-sama dengan Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw dan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.

Melalui perjumpaan tersebut difahamkan bahawa setakat ini pinjaman yang telah diluluskan ialah sebanyak RM300 juta, bukannya RM1.5 bilion seperti yang diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Dalam masa sama, Izzah menegaskan bahawa kenyataan Menteri pada 19 Julai 2010 yang sembilan bank telah dikenal pasti untuk meluluskan pinjaman kepada pembeli dan penyewa sangat mengelirukan.

Tambahnya, dalam kenyataan terbaru mengumumkan pula akan meminjam dari KWSP sebanyak RM1.5 bilion.

"Kita sentiasa memantau, meneliti… Kebimbangan kami ialah akan berlaku proses penjualan PPR ini tetapi tidak akan diperincikan wang bagaimana akan digunakan," katanya.

Dr Zulkefly pula menambah, apa yang Pakatan lakukan bukanlah bertentangan dengan kehendak rakyat tetapi sebenarnya ingin memastikan bahawa bantuan dapat disalurkan dengan telus tanpa mengetepikan wang pekerja.

Jelasnya, KWSP sepatutnya tidak didedahkan dalam risiko seperti ini kerana status mereka sebagai pemegang amanah pekerja-pekerja. – Roketkini.com

Pakatan serah memorandum, gesa KWSP kaji pinjaman RM1.5 bil

Posted: 07 Feb 2012 11:42 PM PST

Oleh: Norutul Ilham

KUALA LUMPUR 8 Feb: Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan memorandum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung keputusannya membiayai pinjaman kepada pembeli rumah kos rendah.

Ahli parlimen Pakatan yang terdiri dari Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Tony Pua (Petaling Jaya Utara) dan Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), turut menggesa Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman supaya mengkaji semula dan menolak cadangan berkenaan.


Tony Pua berkata, pada 2010, kerajaan mengumumkan terdapat sembilan bank komersil yang sepatutnya meluluskan pinjaman kepada pembeli yang layak.

Sebaliknya, kata beliau, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin baru-baru ini mengumumkan penggunaan wang KWSP sebanyak RM1.5 bilion bagi tujuan itu.

"Beliau (Nong Chik) sebelum ini menjelaskan pinjaman ini tidak diberikan secara langsung kepada pembeli-pembeli rumah kos rendah, pinjaman ini akan diberikan terus kepada pihak kerajaan dan pihak kerajaan memberi jaminan sebanyak 2.67 kali ganda jumlah pinjaman," kata Pua.

Beliau mempersoalkan mengapa syarat ketat diterima KWSP, sedangkan bank komersil sendiri tidak bersedia memenuhi syarat pembiayaan berkenaan.

Sementara itu, Nurul Izzah yang senada dengan kenyataan Tony Pua berkata, kerajaan tidak menyatakan perincian bagaimana wang KWSP digunakan bagi membiayai pinjaman perumahan.

"Secara teknikal penjualan (rumah) boleh diluluskan sebelum perjanjian dimeterai antara kerajaan dan KWSP, bayangkan dalam suasana ini sekiranya wang rakyat dibazirkan," ujarnya.

Dr Dzulkefly Ahmad pula menyatakan KWSP sebelum ini hanya bersetuju memberikan pinjaman RM300 juta sahaja bagi menjamin keselamatan wang pencarum.

"Kami dimaklumkan bahawa jumlah pinjaman tidak dapat tahap RM1.5 bilion seperti yang diumumkan pihak menteri. Buat masa ini hanya RM300 juta sahaja diperuntukan demi kepentingan pencarum-pencarum," katanya.

Tubuh Suruhanjaya Diraja untuk siasat Proton, gesa DAP

Posted: 07 Feb 2012 11:41 PM PST

Lim Guan Eng


Semalam akhbar New Straits Times melaporkan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah berkata bahawa Proton Holdings telah kehilangan sejumlah besar simpanan tunainya dari nilai RM4 bilion ke jumlah yang begitu rendah sebanyak RM600 juta untuk menampung kerugian syarikat.

Menurut Mahathir, pembuat kereta nasional, Proton telah mengumpul RM4 bilion sepanjang tempoh khidmat Tengku Mahaleel Ariff sebagai CEO, tetapi jumlah tersebut telah menyusut ke paras RM600 juta sewaktu perkhidmatan penggantinya Mohammed Azlan Hashim.

Mahathir (gambar kanan) juga menambah bahawa kerugian yang dialami juga disebabkan oleh penjualan MV Augusta kepada sebuah syarikat yang tidak dikenali bernama Gevi SpA pada tahun 2006 dengan harga 1 Euro, sungguhpun Proton telah membelanjakan lebih RM300juta untuk pegangan sebanyak 57%. Berikutan penjualan MV Augusta oleh Proton, BMW telah membayar 93 juta Euro atau RM446 juta pada waktu yang sama untuk pegangan satu pertiga dari MVAugusta. Harley Davidson pula membeli baki pegangan MV Augusta untuk USD109 juta atau RM 360 juta pada waktu itu. Dalam kata lain, syarikat yang dijual oleh Proton pada harga 1 Euro atau RM4.80, telah dijual semula kepada BMW dan Harley Davidson pada harga berjumlah RM800 juta.

Seperti yang dikatakan oleh Mahathir, kejatuhan Proton adalah disebabkan pengurusan yang lemah.

Oleh yang demikian DAP menyeru supaya satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja dibentuk untuk menyiasat salah-urus Proton dan kerugian berbilion ringgit yang dialami sepanjang waktu ini, terutamanya kerugian berjumlah RM3.4 bilion dalam bentuk simpanan tunai. Ini adalah satu perkara serius, memandangkan Proton adalah pembuat kereta nasional.

Siasatan haruslah menentukan sama ada kerajaan boleh mengurangkan kerugian dengan menggulung syarikat Proton secepat mungkin, atau mengambil risiko kerugian yang lebih besar seperti yang terjadi dalam perjanjian MV Augusta. Ini adalah satu keputusan yang sangat penting yang mesti dikaji dalam siasatan tersebut kerana rakyat Malaysia pastinya tidak mahu Proton terus kerugian.

Siasatan juga mesti melihat sama ada Khazanah Nasional, badan pelaburan kerajaan Malaysia, mendapat harga yang baik apabila ia menjual pegangan 42.7% dalam Proton kepada DRB-Hicom Bhd. Khazanah telah menjual pegangannya pada harga RM1.3 bilion atau RM5.50 satu saham, iaitu separuh daripada nilai "book value" Proton iaitu RM9.81 satu saham dan juga nilai asal yang dibayarnya iaitu RM8 satu saham. Sekali lagi, ini adalah satu contoh pengendalian buruk kerajaan yang mengakibatkan kerugian kepada pembayar cukai.

Salah seorang individu yang bertanggungjawab membina simpanan tunai Proton sehingga berjumlah RM4 Bilion ialah Tengku Mahaleel Ariff. Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya Tengku Mahaleel Ariff menjadi salah seorang ahli panel siasatan memandangkan beliau lebih memahami isu tersebut.

Siasatan itu akhirnya mestilah mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab untuk kerugian yang begitu besar, dan langkah-langkah untuk membendung kerugian pada masa akan datang, terutamanya apabila membabitkan dana awam.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan.

Air S’gor: Khir Toyo khianati amanah

Posted: 07 Feb 2012 11:34 PM PST

Sungguh memeranjatkan apabila seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat tiba-tiba menuding jari ke arah orang lain bagi melepaskan dirinya.



PETALING JAYA: Kenyataan mantan Menteri Besar, Dr Khir Koyo bahawa beliau tidak terlibat dalam penyerahan konsesi air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) membuktikan beliau sebenarnya tidak layak dan gagal selaku Menteri Besar Selangor.

"Sesungguhnya (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad yang memilih Khir turut bertanggungjawab di atas kegagalan ini," kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin dalam satu kenyataan media.

Faekah berkata, sungguh memeranjatkan apabila seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat tiba-tiba menuding jari ke arah orang lain bagi melepaskan dirinya yang kini dianggap sebagai kera sumbang oleh partinya sendiri.

"Kenyataan dan penafian Khir seolah-olah mahu membalas dendam kepada Umno yang tidak mahu melindungi kesalahan beliau hingga tertuduh di mahkamah, sedangkan Umno sentiasa melindungi pemimpin mereka yang melakukan kesalahan pecah amanah dan rasuah.

"Khir kecewa perkara yang sama tidak dilakukan ke atasnya sebagaimana keistimewaan yang diperolehi (Menteri Pembangunan Wanita Kebajikan dan Masyarakat dan juga Ketua Wanita Umno) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam skandal lembu NFC," jelas beliau.

Katanya, sebagai bekas pemimpin nombor satu di negeri Selangor, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan Syabas menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama.

"Khir terlupa perjanjian yang ditandatangani pada 2004 adalah perjanjian tiga pihak dan Kerajaan Negeri turut terlibat dalam perjanjian tersebut bersama Kerajaan Pusat dan Puncak Niaga selaku syarikat induk kepada Syabas.

"Khir tidak boleh menafikan hakikat bahawa Puncak Niaga mempunyai kaitan rapat dengan Umno kerana (Pengerusi Syabas) Tan Sri Rozali Ismail merupakan Bendahari Umno Selangor ketika itu," terang beliau.

Faekah menerangkan bahawa Syabas gagal mematuhi terma-terma perjanjian khususnya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air bersih kepada pengguna di Lembah Klang termasuk gagal mengurangkan peratusan air tidak berhasil (NRW) tetapi kerajaan negeri ketika itu di bawah pimpinan Khir gagal bertindak sewajarnya.

"Adakah Khir mahu mengatakan bahawa beliau tidakpun membaca isi kandungan perjanjian tersebut? Adakah Khir mahu mengakui bahawa beliau tidak ada pengetahuan bahawa di dalam perjanjian tersebut bahawa Syabas boleh menaikkan tarif air sehingga 71% pada tahun 2020?

Syabas syarikat kroni Umno

"Selaku MB tidakkah Khir tahu bahawa selama ini Syabas menggunakan aset air rakyat Selangor bernilai RM12 bilion secara percuma?," soal beliau.

Di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), masalah-masalah perkhidmatan air yang gagal ditangani Syabas amat jarang sekali diberi tumpuan biarpun rungutan serta aduan pengguna diterima setiap hari tetapi tidak endahkan hanya kerana Syabas adalah syarikat kroni Umno.

Ujar beliau, "hal ini membuktikan kegagalan penswastaan. Meskipun penswastaan asalnya untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dengan sedikit tanggungan kepada kerajaan negeri namun apabila penswastaan dikhianati dengan memberi kontrak kepada kroni dan syarikat yang tiada kepakaran maka inilah akibatnya. Rakyat terpaksa menanggung beban yang tinggi."

Katanya, Khir tidak perlu berlagak naïf kerana di bawah pentadbirannya, memberi kontrak kepada syarikat-syarikat kroni telah menjadi budaya dan kemestian; matlamatnya satu – untuk mengkayakan kaum kerabat dan sahabat handai bagi kesinambungan parti kononnya.

"Khir tidak boleh menafikan, ketika zaman kegemilangannya sebagai Menteri Besar beliau telah memberikan kontrak-kontrak kepada syarikat yang berkait rapat dengan dirinya antaranya syarikat Lebar Daun Sdn Bhd (Lebar Daun).

"Lebar Daun ialah sebuah syarikat pembangunan hartanah yang kaya raya hasil pemberian kontrak secara terus, perjanjian usahasama dengan syarikat kerajaan negeri yang berat sebelah serta penganugerahan tanah berlokasi strategik."

Hutang Unisel ratusan juta

Menurutnya, kontrak pembinaan asrama Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya adalah contoh nyata hinggakan Unisel berhutang ratusan juta yang terpaksa ditanggung kerajaan hari ini.

"Lebih malang lagi, sehingga hari ini asrama tersebut masih mempunyai kecacatan akibat dari mutu binaan yang jelek dan tidak mengikut spesifikasi selamat," jelas beliau.

Katanya lagi, di bawah pentadbiran Khir yang merupakan Menteri Besar hasil produk Tun Dr Mahathir, banyak projek perumahan kos rendah terbengkalai kerana syarikat yang mendapat kontrak ini gagal menyiapkan projek dan telah menghilangkan diri.

"Atas nama pembangunan banyak tanah peneroka diserahkan kepada syarikat yang kebanyakannya adalah milik kroni Umno-BN sedangkan hakikatnya tiada pengalaman dalam projek pembinaan.

"Akibatnya tanah-tanah tersebut tergadai kepada bank. Bukan sahaja peneroka kehilangan tanah, malah pembeli juga terpaksa menanggung hutang dan ramai di antara mereka telah diisytiharkan muflis," terangnya.

Namun begitu katanya, beberapa projek sekadar contoh termasuklah projek Alam Perdana di Kuala Selangor, projek Bukit Botak di Selayang, Kampung Berembang di Ampang dan projek perumahan di PJS1 yang kesemuanya berjaya diselesaikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

"Khir telah mengangkat tangan kononnya serik menjadi MB Selangor dan tidak mahu bertanding di dalam PRU yang akan datang.

"Namun rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya masih menunggu apakah kesudahan kes Khir Toyo menggunakan dana Kerajaan Negeri untuk bercuti bersama keluarga termasuk orang gaji ke Disneyland yang masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mungkin menjadi amalan di dalam UMNO, tindakan hanya dikenakan ke atas seteru politik dan tindakan Khir menganggkat tangan adalah sebagai tanda tidak akan melawan lagi.

"Namun bagi pembayar cukai dan seluruh rakyat Selangor, Khir harus bertanggungjawab ke atas dosanya yang mengkhianati amanah yang diberikan," ujar Faekah.

FMT pada 5 Februari lalu, melaporkan kenyataan Khir yang menafikan bahawa beliau menyerahkan pengurusan air Selangor kepada Syabas tetapi sebaliknya beliau menyerahkannya kepada kerajaan pusat.

"Kerajaan Pusat yang memberikan kontrak 30 tahun kepada Puncak Niaga Sdn Bhd yang kemudiannya melantik Syabas untuk menguruskannya.

"Saya tidak terbabit kerana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang memberikan kepada Puncak Niaga," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Glenmarie.

S’gor gesa kerajaan laksana WSIA 2006

Posted: 07 Feb 2012 11:33 PM PST

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berulang kali mengingatkan semua pihak tentang pentingnya perkhidmatan air diurus dengan cekap dan berkesan.



PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sangat konsisten dengan pendiriannya mengenai pengurusan air di negeri ini, demikian ditegaskan pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata kenyataan itu, sejak Jun 2008, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berulang kali mengingatkan semua pihak tentang pentingnya memastikan pengurusan dan perkhidmatan air diurus dengan cekap dan berkesan.

"Syarikat konsesi air yang ada sekarang (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd – Syabas) telah gagal untuk berbuat demikian," jelas kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, atas dasar yang sama, kerajaan negeri menyokong pelaksanaan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006.

Akta ini digubal untuk memberi laluan kepada Kerajaan Pusat untuk memperbaiki peraturan yang lebih baik terhadap perkhidmatan air serta penyediaan infrastruktur air.

"Perlu ditegaskan di sini bahawa WSIA secara langsung mengakui kelemahan penswastaan yang sehingga kini gagal menyediakan perkhidmatan dan infrastruktur air yang berkualiti pada kos yang munasabah kepada pengguna.

Kenyataan itu berkata, Selangor menyokong aspirasi dan matlamat WSIA dan sentiasa bersedia untuk membincangkan penyusunan semula industri perkhidmatan air di negeri ini dengan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) untuk tujuan mengambil alih aset air milik kerajaan negeri bernilai lebih RM12 bilion.

"Selepas itu menyerahkan operasi perkhidmatan air kepada sebuah syarikat milik penuh kerajaan negeri," kata kenyataan itu.

Syabas gagal penuhi obligasinya

Kenyataan itu berkata, kerajaan negeri berpendirian bahawa Syabas tidak sesuai dikekalkan sebagai pengendali perkhidmatan air di negeri ini kerana ia telah gagal memenuhi obligasinya di bawah perjanjian konsesi.

"Syabas gagal dalam usaha pengurangan peratusan air tidak berhasil (NRW), mengadakan program penggantian paip secara mantap dan berterusan, pengumpulan dana awam secara tidak sah menerusi Tabung Budi dan kegagalan bekerjasama dengan juruaudit yang dilantik oleh kerajaan negeri.

"Tambahan pula, akaun Syabas yang telah diaudit bagi 31 Disember 2010 menunjukkan bahawa syarikat itu menghadapi masalah kewangan.

"Malah, syarikat induk Syabas, Puncak Niaga Holdings Berhad dalam kedudukan teknikal PN17, tetapi diberikan pengecualian oleh Bursa Malaysia Securities dari dikategorikan sebagai PN17 dan juga diberikan sehingga 30 Jun 2012 untuk membetulkan kedudukan kewangan.

"Sehingga kini, Bursa Securities tidak memberi penerangan yang memuaskan kepada kerajaan negeri sebab-sebab pengecualian yang diberikan kepada Puncak Niaga," kata kenyataan itu.

Walaupun kerajaan negeri terdahulu keberatan untuk mengambil tuindakan ke atas syarikat konsesi atas kegagalan pengurusan perkhidmaan air, kerajaan Pakatan tidak berhasrat untuk meneruskan kesilapan itu dan terus membenarkan syarikat konsesi ini untuk terus mendapatkan keuntungan yang tinggi di atas kesusahan rakyat.

Kerajaan negeri merasakan bahawa penyelesaian yang terpakai bagi memastikan perkhidmatan air berkualiti kepada rakyat Selangor adalah menerusi penstrukturan semula sektor perkhidmatan air di mana PAAB memiliki dan mengembangkan aset air manakala syarikat milik penuh kerajaan negeri menguruskan perkhidmatan air.

"Nyata, kerajaan negeri telah bersedia untuk menggunapakai WSIA dan sekarang menunggu Kerajaan Pusat membuat keputusan yang profesional atas kepentingan rakyat yang berjumlah lima juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," jelas kenyataan itu.

Bekas Pengarah Imigresen dibenar kemuka keterangan bersumpah

Posted: 07 Feb 2012 11:31 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Abdul Rahman Harun menghadapi tuduhan memiliki harta melebihi pendapatannya.



GEORGE TOWN: Bekas pengarah Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Harun yang diperintah membela diri hari ini dibenarkan mengemukakan keterangan bersumpah oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau, yang kini merupakan Ketua Penolong Pengarah Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara, Kementerian Dalam Negeri, menghadapi tuduhan memiliki harta melebihi pendapatannya, memilih untuk berbuat demikian dalam pembelaan kes yang dihadapinya.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz kemudiannya menetapkan 19 Mac ini untuk tertuduh mengemukakan keterangan bersumpah itu dan turut menetapkan 19 hingga 21 Mac untuk sambung bicara memandangkan pihak pembelaan mempunyai tujuh saksi bagi memberi keterangan.

"Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan yang dihadapi tertuduh, tetapi mahkamah membenarkan kes ini disambung bicara untuk peringkat pembelaan," katanya.

Abdul Rahman, 53, dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang, pada 11 Okt 2010, kerana memiliki wang sebanyak RM681,355 dan hartanah bernilai RM136,000, iaitu terdapat lebihan harta sebanyak RM152,081 daripada yang sepatutnya dimiliki setelah diambil kira emolumen sepanjang berkhidmat dengan kerajaan.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 36 (3) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun penjara dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Abdul Rahman, yang pernah menjadi Pengarah Bahagian Pentadbiran, Jabatan Imigresen di Putrajaya, mempunyai empat orang anak dan seorang isteri yang bertugas sebagai guru.

Peguam yang mewakili tertuduh, Zamri Idrus, ketika ditemui pemberita berkata kes tersebut merupakan yang pertama di Malaysia.

"Ini bukan kes rasuah. Kes ini tidak melibatkan tertuduh memberikan wang kepada orang lain. Tertuduh hanya gagal memberikan penjelasan memuaskan terhadap lebihan harta yang dimiliki. Tertuduh adalah yang pertama dituduh di bawah seksyen ini, pertama kali di Malaysia," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Anthony Kevin Morais.
- Bernama

Bila Najib nak nasihati Utusan, Umno?

Posted: 07 Feb 2012 11:26 PM PST

Jika benar beliau bersikap sederhana maka beliau harus menasihati akhbar Utusan Malaysia dan Majlis Tertinggi Umno supaya bersikap sederhana, kata Kit Siang.



PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya benar-benar mengamalkan sikap sederhana atau al-wasatiyyah sepertimana yang digembar-gemburkan oleh kerajaan pimpinannya.

"Jika benar beliau bersikap sederhana maka beliau harus menasihati akhbar Utusan Malaysia dan Majlis Tertinggi Umno supaya bersikap sederhana," kata beliau dalam blognya hari ini.

Ketika menyambut perayaan Chap Goh Meh di sebuah tokong Cina di Jenjarom malam Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat mengambil sikap sederhana atau mengamalkan konsep al-wasatiyyah.

Najib berkata, "walaupun kita mempunyai kepercayaan yang berbeza, sikap sederhana wujud dalam semua agama. Kesederhanaan ialah satu kefahaman yang menolak amalan fanatik, ekstrem, militan dan ideologi yang ganas di kalangan kita."

Kit Siang yang juga ahli parlimen Ipoh Timor menyoal jika benar Najib mempunyai sikap yang demikian maka bilakah Najib akan menasihati golongan ekstremis seperti Utusan Malaysia dan Majlis Tertinggi Umno supaya mengamalkan sikap yang sederhana.

Hasut rakyat benci DAP

Menurut Lim, dalam tempoh tiga tahun yang lalu, Utusan Malaysia terus menerus melancarkan kempen yang bersifat perkauman dan menghasut terhadap DAP.

Akhbar milik Umno itu katanya, tidak sudah-sudah membuat tuduhan palsu dan liar terhadap DAP kononnya DAP ialah sebuah parti yang anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja Melayu malahan menuduh DAP cuba untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

"Utusan juga menuduh DAP mahu melantik seorang penganut Kristian sebagai Perdana Menteri sedangkan Najib hanya diam membisu dan tidak berusaha untuk menyekat sikap yang melampau ini.

Menyentuh mengenai ucapan Najib ketika perayaan Thaipusan di Batu Caves semalam, Kit Siang berkata, masyarakat India telah pun memberi kepercayaan kepada Umno-Barisan lebih 50 tahun. Kata seorang pembaca dalam portal berita "apa lagi yang kamu mahu, PM Najib Razak?."

Dengan ucapan itu kata Kit Siang, Najib juga telah mencemar imejnya sendiri sebagai seorang perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosio-ekonomi melalui dasar 1Malaysia.

Semalam FMT melaporkan Najib memberitahu ribuan masyarakat India di Batu Caves bahawa jika mereka "menolongnya" maka kerajaan juga akan membalas dengan "membantu kamu".

"Jika kamu tolong saya, saya akan tolong kamu. Kamu percaya dengan saya, saya percaya dengan kamu. Namikei (kepercayaan) di antara kita semua. Malaysia akan makmur, masyarakat India akan maju, semua bangsa boleh maju ke hadapan," kata Najib.

Bubar parti KITA pandangan peribadi Zaid

Posted: 07 Feb 2012 11:23 PM PST

Mohamed Mazlan,


Kenyataan akhbar ini bertujuan memperjelas pendirian rasmi parti mengenai saranan Ketua Parti, Datuk Zaid Ibrahim, untuk membubarkan parti, yang telah dilaporkan secara meluas di dalam media.

Parti KITA ditubuhkan bagi mengubah jenis politik di Malaysia kepada sebuah politik yang lebih sesuai demi mewujudkan sebuah masyarakat yang betul-betul demokratik, moden, berpendidikan dan progresif. Parti ini ditubuhkan bagi menyediakan rakyat Malaysia sebuah parti politik alternatif yang menggalakkan prinsip demokrasi, kesederhanaan, toleransi serta menyediakan langkah-langkah yang berkesan untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih tinggi di pentas global. Matlamat ini hendak dicapai dengan cara mempromosikan dan menggalakkan dialog yang terbuka, bermakna dan membina yang memfokuskan isu. Parti ini TIDAK MEMBENARKAN taktik kotor dan politik jijik

Malangnya, apabila keahlian parti bertambah, ada sesetengahnya yang menyusup masuk menjadi ahli parti dengan satu-satunya agenda mereka iaitu untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Walaupun kami mengalu-alukan ahli-ahli yang benar-benar ingin bertanding dalam pilihan raya demi memperjuangkan manifesto dan prinsip parti, kami tidak akan meletakkan calon-calon yang objektifnya adalah untuk "merosakkan undi", Parti juga tidak akan sekali-kali meletakkan calon yang diperalatkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang hendak bertanding untuk mencapai matlamat politik mereka. Tindak-tanduk seperti itu adalah keji dan ia bertentangan dengan prinsip parti. Sudah tentu kami tidak akan membenarkan parti diperalatkan seperti itu.

Kenyataan ketua parti Datuk Zaid Ibrahim untuk membubarkan parti merupakan pandangan peribadi beliau dan adalah antara pilihan yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti akhir bulan ini. Sekiranya parti boleh dibebaskan daripada serangan anasir-anasir yang tidak diingini dan oleh mereka yang menyusup masuk tanpa perlu membubarkan parti, maka itu adalah satu pilihan yang akan diberi keutamaan. Akan tetapi jika kepimpinan parti berpendapat bahawa jalan terbaik untuk menghalang parti daripada dijadikan alat atau tunggangan bagi menyalahgunakan proses pilihan raya adalah dengan menutup parti, maka keputusan itulah yang bakal diambil kelak.

Mohamed Mazlan Abdul Manaf,
Ketua Penerangan Pusat Parti KITA

PAS Titiwangsa terus berbakti walau tanpa MP

Posted: 07 Feb 2012 11:18 PM PST

Hazayani Zakaria,

KUALA LUMPUR-
Komitmen PAS Titiwangsa dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai tidak pernah padam walaupun selepas kematian Ahli Parlimennya (MP), Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali pada Julai tahun lalu.

Tanpa wakil rakyat, PAS Titiwangsa dilihat tidak tenggelam dalam mengenengahkan isu-isu penduduk di Parlimen tersebut khususnya isu pemilikan hartanah Kampung Baru yang telah berlarutan sejak bertahun-tahun lalu.

Selepas pemergian Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo', Parlimen Titiwangsa dijadikan 'parlimen angkat' oleh tiga Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Mereka bertiga bertanggungjawab memantau perkembangan di Titiwangsa termasuk meneruskan perjuangan Allahyarmuha Dr. Lo' Lo' membawa suara penduduk Kampung Baru ke Dewan Rakyat.

Organisasi PAS Titiwangsa dimantapkan dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa di Kampung Baru dipastikan terus berperanan sebagai tempat rujukan penduduk di parlimen itu.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad diamanahkan sebagai Penyelaras Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa, ahli jawatankuasa Lajnah Kebajikan PAS Pusat, Mohd Yusoop Abd Hamid sebagai Pengurus Pusat Khidmat dan di bawahnya ketua pemuda dan muslimat serta setiausaha perhubungan Wilayah Persekutuan.

Menurut Mohd Yusoop atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Yusoop, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa di Kampung Baru tidak pernah sunyi menerima kedatangan orang ramai atas pelbagai urusan.

(Gambar: Cikgu Yusoop bersama pimpinan PAS Titiwangsa santuni warga marhaen.)

Sehubungan itu, pejabatnya beroperasi seperti biasa dan dijaga oleh petugas tetap setiap hari.

"Pusat khidmat masih beroperasi seperti biasa dan orang ramai datang seperti biasa bagi mendapatkan bantuan seperti mendapatkan pengesahan borang-borang tertentu walaupun tanpa wakil rakyat di sini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau juga berkata, wakil-wakil di empat zon iaitu Pandan, Dato Keramat, Desa Rejang dan Kampung Baru masih komited dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan termasuk wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS hasil hubungan yang baik dengan Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' dahulu.

"Setiap zon masih aktif dengan program masing-masing malah semakin rancak.

"Wakil bukan Islam pun masih setia bersama PAS dan banyak membantu dalam menyalurkan maklumat mengenai masalah-masalah orang bukan Islam di parlimen ini," katanya.

Tambahnya, PAS Titiwangsa juga meningkatkan fokus terhadap program pendaftaran pemilih dengan membuka kaunter semakan dan pendaftaran pemilih pada setiap hujung minggu secara bergilir-gilir mengikut zon.

Selain itu, PAS Titiwangsa juga menjadikan program Sebersih iaitu pemberian bantuan barang keperluan dapur sebagai program berkala di setiap perumahan awam (PPR) yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

"PAS bekerjasama dengan sebuah NGO menjalankan program Sebersih kepada golongan memerlukan kebanyakannya di PPR.

"Di kawasan Titiwangsa banyak PPR yang perlu diberi perhatian, jadi memerlukan komitmen yang tinggi dari sudut tenaga dan kewangan," katanya.

Isu PPR agenda penting selain Kampung Baru

Cikgu Yusoop berkata, masalah pemilikan PPR masih menjadi masalah utama di kalangan penduduk walaupun isu ini telah berkali-kali dibawa kepada kerajaan.

Kebanyakan penduduk masih menyewa dan tidak mampu memiliki unit sendiri kerana harganya yang tinggi.

(Gambar: Petugas Pusat Khidmat Masyarakat MP Titiwangsa menerima aduan rakyat.)

"Isu Kampung Baru memang PAS ada sekretariat sendiri tanpi selain itu isu PPR masih menjadi masalah utama dan kita sering terima aduan.

"Contohnya di Desa Rejang, penduduk dipindahkan ke PPR dari flat Pekeliling yang kononnya untuk dibangunkan tapi sehingga hari ini masih belum selesai," katanya.

Beliau juga berkata, peniaga di Dato Keramat juga membuat aduan mengenai perniagaan kian merosot setelah berpindah ke Keramat Mall.

Selain tempat yang tidak strategik, DBKL juga mengenakan sewa yang mahal.

"Peniaga barang basah di Keramat Mall mengadu perniagaan mereka bermasalah.

"Tempat tak strategik dan reka bentuknya juga kurang sesuai untuk jualan barang basah seperti ikan dan sayur-sayuran," katanya sambil menambah, peniaga lebih selesa berniaga di Pasar Keramat yang mempunyai kedudukan yang strategik iaitu berhampiran stesen LRT dan masjid.

Perbezaan sebelum dan selepas pemergian Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo'

Meskipun PAS Titiwangsa tetap aktif selepas ketiadaan Allahyarhamuha, Cikgu Yusoop tidak menafikan Allahyarhamuha memiliki kelebihan tersendiri yang sukar dicari ganti.

"Memang Allahyarhamah mempunyai sentuhan peribadi yang berbeza dengan masyarakat.

"Sampai sekarang pun orang ramai yang biasa berurusan dengan dia akan cakap mereka rasa kehilangan dan mahukan wakil rakyat seperti itu," katanya.

Tambah beliau, selepas pemergian Allahyarhamuha, PAS Titiwangsa mengalami sedikit kesukaran berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tiada suara yang kuat.

"Hubungan dengan DBKL susah sikitlah sekarang ini sebab kita tak ada suara yang kuat untuk berbicang dengan DBKL.

"Kalau dulu Allahyarhamah berurusan terus dengan DBKL, kalau nak minta khemah ke peralatan untuk program senanglah," katanya lagi.

Namun begitu katanya, perkara itu bukanlah satu halangan untuk PAS Titiwangsa bekerja kuat bagi mempertahankan kemenangannya pada pilihan raya umum ke-13.

Pembohong tidak layak jadi pemimpin

Posted: 07 Feb 2012 11:15 PM PST

Abdul Latiff Abd Rahman,

Saya ingin mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed seperti yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia, Ahad 5 Februari 2012. Beliau di dalam kenyataan yang disiarkan pada hari seluruh umat Islam di dunia menyambut perayaan Maulidur Rasul itu antara lain menyatakan, "RM600 juta sudah diberi kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara percuma tetapi sampai ke hari ini mereka gagal menyelesaikan masalah air. Duit sebanyak ini kalau kita buat pinjaman di bank akan dikenakan kadar faedah sehingga tujuh peratus, tetapi mereka dapat percuma namun tiada hasil yang dapat dilihat..". Menurut laporan tersebut, kenyataan itu dikeluarkan oleh Mustapa ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Parlimen Tanah Merah pada 4 Februari 2012.

Hakikatnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustapa itu merupakan satu pembohongan yang sangat jelas. Saya begitu hairan bagaimana beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan yang pernah mengeluarkan kenyataan bersedia untuk menjadi Menteri Besar Kelantan pada November tahun lepas tergamak mengeluarkan kenyataan yang sangat jelas tidak benar. Samada beliau sengaja berbohong atau mendapat maklumat yang salah? Sebagai seorang Menteri, amatlah tidak logik jika beliau mendapat maklumat yang salah, justeru jika beliau berbohong, layakkah seorang pembohong ditabalkan menjadi pemimpin

Perlulah diingatkan, pinjaman RM600 juta yang dijanjikan kepada Kelantan itu bukannya percuma, bahkan ia merupakan pinjaman yang perlu dibayar. Pada peringkat awalnya, caj kadar faedah dikenakan sebanyak 2 peratus bersama-sama negeri Terengganu yang pada masa itu berada di bawah penguasaan PAS. Semenjak tahun 2004 apabila Umno kembali menguasai negeri Terengganu, caj kadar faedah terhadap Terengganu telah dimansuhkan. Pemansuhan ini sekaligus melibatkan negeri Kelantan. Sekalipun caj kadar faedah dimansuhkan, ia tetap merupakan pinjaman yang perlu dibayar. Dan pinjaman yang perlu dibayar amat bertentangan maknanya dengan 'pemberian percuma' seperti yang didakwa oleh Mustapa.

Selain itu, pinjaman tersebut bukannya diberikan sekaligus bahkan diluluskan di bawah tiga Rancangan Malaysia (RMK) iaitu Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) sebanyak 96 juta, RMK-9 (RM160 juta) dan RMK-8 (RM291 juta) menjadikan jumlah kesemuanya ialah RM547 juta, sedangkan yang dijanjikan ialah sebanyak RM600 juta.

Justeru, amat jelas bahawa Mustapa yang merupakan pemimpin nombor satu Umno Negeri Kelantan pada hari ini merupakan seorang pembohong yang nyata. Adakah rakyat Kelantan rela melantik individu seperti ini menjadi pemimpin? Tentu rakyat masih ingat bagaimana Mustapalah orangnya yang pernah membuat pengakuan di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 24 November 2007 ketika membahaskan usul ucapan terima kasih terhadap titah ucapan Tuanku Al Sultan Kelantan bahawa beliau pernah berperanan menyekat Negeri Kelantan dari menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat. Sehingga ke hari ini, Mustapa masih belum memohon maaf terhadap rakyat Kelantan di atas kesalahannya itu.

Rakyat juga masih belum lupa bagaimana Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika kempen pilihan raya kecil di Manek Urai pada tahun 2009 sebelum ini bertegas menyatakan bahawa Kelantan tidak berhak ke atas royalti minyak dan gas kerana kedudukan pelantar minyak terletak di kawasan bertindih. Namun apabila dibuktikan bahawa ia termasuk di dalam kawasan perairan Kelantan, Mustapalah orangnya yang beria-ria mendapatkan wang ehsan untuk dipolitikkan demi kepentingan UMNO. Saya ingin bertanya, pemimpin jenis apakah ini yang sanggup memperjudikan segala kepentingan rakyat demi masa depan politiknya?

Justeru, saya mengira kenyataan terkini Mustapa itu sebenarnya lebih mendedahkan belang sebenar beliau yang sanggup berbohong sekalipun sedar pembohongannya tetap akan terbongkar. Sungguh benar kata pepatah, "siakap sinohong gelama ikan duri, bercakap bohong masih kekal sebagai menteri…"

Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Hassan Ali dan saya

Posted: 07 Feb 2012 11:06 PM PST

Khalid Samad,

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas 'adaabul ikhtilaf' yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah 'gila talaq'. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan 'gila' dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai 'gila'. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila 'ditalaq' menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah 'gila talaq' dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

SEJARAH RINGKAS

Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang 'baru' dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang 'lama' seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.

Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.

Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.

DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR

Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, "siapa patut menjadi MB Selangor?" Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, "Tan Sri Abdul Khalid". Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan 'haknya' untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

MELAGA PAS DENGAN DAP & PK

Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.

Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.

SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ

Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, "ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya".

Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).

TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN

Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah 'golongan Erdogan'. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala' pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.

Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau 'name calling'.

SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN

Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.

Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.

SOKONGAN HASSAN MERUDUM

Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.

Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.

Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.

Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.

Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.

Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.

Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun 'exit strategy' atau 'strategi untuk keluar PAS'. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.

PEMECATAN HASSAN ALI

Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.

Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara 'terhormat'. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.

Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.

Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.

KENAPA SAYA YANG DISASARKAN

Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan 'aqeedah' itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.

Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.

Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?

Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.

Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.

Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.

KESIMPULAN

Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW); Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<"Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta" (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).

Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

PAS terpesong dari prinsip Islam hanya tohmahan

Posted: 07 Feb 2012 10:54 PM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpandangan sehingga ini PAS masih konsisten mempertahankan prinsip Islam dalam perjuangannya.

"Kami tidak melihat sebarang tanda PAS telah menggadaikan Islam seperti yang didakwa setengah pihak.

"Kami berpendirian adalah tidak wajar dibiarkan berlanjutan gejala saling tuduh menuduh dengan mengguna istilah yang tidak menjaga adab dalam berbeda pendapat dikalangan para aktivis Islam," kata presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata, jika hujahnya ialah persoalan label negara Islam, pendirian Teras ia bukan persoalan pokok.

Ini, katanya kerana dalam penelitian Teras jika sebuah negara menggunakan label Islam tetapi melaksanakan dasar yang bercanggah dengan Islam akan menjadi lebih merbahaya dan membuka kepada potensi untuk menjadi fitnah kepada Islam.

Tambahnya, persoalan pokok yang harus ditumpu ialah adakah semua ciri pemerintahan sebuah negara itu dilaksanakan secocok dengan Islam atau tidak.

PAS, ujarnya dengan kepimpinan yang ada tidak menunjukkan anjakan dari segi prinsip itu namun nampaknya telah menggunakan strategi yang sesuai dengan keadaan semasa.

Katanya, keyakinan masyarakat bukan Islam untuk mendampingi PAS adalah kerana mereka semakin yakin dengan penjelasan PAS terhadap konsep Negara Berkebajikan.

Oleh yang demikian, kata beliau lagi untuk menyerang PAS dengan hujah bahawa ia telah terpesong dari prinsip Islam, hanya suatu tohmahan.

"Kami mendapati juga struktur keorganisasian PAS seperti ujudnya Muktamar Tahunan , Dewan SHURA, Dewan Ulama, Dewan Pemuda, Dewan Muslimah dan pelbagai lujnah yang ada tidak memungkin sebarang prinsip Islam digadai tanpa melalui perbahasan dan tapisan yang ketat.

"Apatah lagi PAS sudah cukup matang melalui pelbagai karenah ahli serta kepimpinan semada diperingkat bawah mahupun diperingkat tertinggi," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Teras memperhatikan walaupun PAS bukan sebuah parti yang maksum namun dengan dasar Islam yang dipegang secara istiqamah telah menyebabkan perjalanannya sebagai sebuah jamaah gerakan Islam, dapat terkawal dan telah dapat menjamin parti itu terlindung dari sebarang penyelewengan besar.

"Kami mengharapkan agar sebarang keterbukaan PAS untuk menerima pandangan dari pelbagai pihak demi mengujudkan keadaan dan ruang perbahasan berasaskan ilmu dan adab disuburkan dalam PAS," katanya.

Katanya, hanya dengan itu PAS boleh menjadi bukan sahaja sebuah parti politik dalam persaingan piliharan raya akan tetapi sebuah parti berteraskan ilmu yang subur dan sihat.

Provokasi: PAS Johor serah memo kepada KPN

Posted: 07 Feb 2012 10:52 PM PST

Hazayani Zakaria,

KUALA LUMPUR: PAS Johor hari ini menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara (KPN) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berhubung insiden kebakaran rumah Timbalan Pesuruhjayanya, Dzulkefly Ahmad dipercayai cubaan membunuh.

Memorandum tersebut menuntut Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Unit Khas diketuai pegawai kanan Bukit Aman dan melibatkan pakar-pakar tertentu bagi mempercepatkan siasatan dan memantau kes-kes provokasi melampau.

Seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan polis Johor menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kejadian tersebut namun pihaknya mahu polis Bukit Aman terlibat sama kerana kejadian itu sangat berbahaya.

"PAS Johor menggesa PDRM menyiasat, memantau dan mengambil tindakan segera berdasarkan peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang melakukan kejadian sebegini," kata beliau selepas menyerahkan memorandum kepada Supretendan Perhubungan Awam, Norisah Abd Hamid.

Dalam kejadian awal pagi 3 Februari lalu, sebuah kereta BMW milik Dzulkefly serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, hangus terbakar.

Beliau juga berkata, memorandum itu bukan sahaja memfokuskan kejadian kebakaran rumah Dzulkefly namun pihaknya turut menyatakan contoh-contoh perbuatan provokasi yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sebelum ini.

Antaranya gangguan oleh pemuda bermotosikal dalam ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Labis tahun lalu serta kekacauan dalam ceramah Pakatan Rakyat di Jalan Kebun, Shah Alam Januari lalu.

"Dalam pertemuan tadi, saya nyatakan beberapa perbuatan khianat terhadap pemimpin politik, rumah ibadat dan orang awam yang mencetuskan keadaan tidak aman di antara kaum," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Selain itu, provokasi agama turut berlaku dalam kejadian membakar Gereja Metro Tabenacle di Taman Desa Melawati tahun lalu dan insiden meletakkan kepala babi di beberapa buah masjid sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

"Kejadian-kejadian ini dilaporkan kepada polis dan siasatan dijalankan tapi senyap begitu sahaja.

"Sudah sampai masanya PDRM menyemak kembali peranan Unit Risikan PDRM agar lebih efisien dalam mencari bukti dan menjejaki dalang perbuatan ini," katanya.

Tegasnya, PDRM tidak harus terikat dengan mana-mana pihak semasa menjalankan siasatan.

"PDRM jangan tunduk dengan tekanan pemimpin politik tertentu demi menjaga keselamatan negara," katanya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa perhubungan PAS Johor, Onn Jaafar melahirkan rasa dukacita dengan kejadian yang menimpa keluarga Dzulkefly.

"Kejadian ini melibatkan nyawa Dr. Dzulkefly dan keluarganya. Bayangkan ada enam nyawa dalam rumah ketika kejadian itu berlaku.

"Apa akan jadi kalau mereka tidak sedar api yang merebak. Ini perkara yang serius dan siasatan yang bersungguh-sungguh amat diperlukan," katanya.

Tambahan pula katanya, beberapa penemuan oleh forensik bomba menggambarkan unsur jenayah terancang terhadap keluarga Dzulkefly.

Sehubungan itu, pihaknya akan turut menyerahkan memorandum kepada polis Johor menuntut kes itu tidak dipandang sepi.

Himpunan aman di Kedutaan Syria Jumaat ini

Posted: 07 Feb 2012 10:49 PM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR:
Satu himpunan aman akan diadakan di hadapan Kedutaan Syria, Jalan U Thant di sini, selepas solat Jumaat, 10 Februari ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, orang ramai boleh menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji atau masjid berdekatan sebelum berarak ke Kedutaan Syria.

Katanya, himpunan aman itu diadakan bagi membantah dan mengecam pembunuhan ke atas rakyat Syria oleh rejim Bashar Assad yang semakin meningkat.

Semalam, enam anggota Majlis Keselamatan Negara Teluk (GCC) telah bertindak mengusir diplomat Syria dan memanggil pulang duta masing-masing yang berada di Damsyik ekoran kematian orang awam yang terus meningkat di negara itu.

GCC dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan turut mengutuk pembunuhan yang dilakukan terhadap rakyat Syria yang tidak bersenjata sejak demonstrasi menentang Presiden Bashar al-Assad tercetus 11 bulan yang lalu.

"Saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli PAS, NGO-NGO dan seluruh rakyat prihatin agar keluar beramai-ramai untuk berhimpun menyatakan solidariti kita bersama rakyat Syria yang tertindas," kata Nasrudin kepada Harakahdaily.

Menurutnya, himpunan itu akan dipimpin oleh pemimpin PAS, pimpinan NGO dan aktivis-aktivis masyarakat yang prihatin.

NFC: Lagi aset mewah di Singapura

Posted: 07 Feb 2012 10:03 PM PST

Rafizi Ramli,

Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.

Sebelum ini, KEADILAN telah mengemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010. Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura.

Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat ini, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli.

Hasil siasatan mengesahkan bahawa selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil telah membeli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura.

Butir-butirnya adalah seperti berikut:




Alamat

#08-01

Marina Bay Suites

3 Central Boulevard

Singapore 018965

Hakmilik

Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail

Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh

(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga

S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209

Tarikh dibeli

27 Mei 2010

Pembiaya

United Overseas Bank Limited (UOB)

Alamat

#11-01

Marina Bay Suites

3 Central Boulevard

Singapore 018965

Hakmilik

Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail

Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh

(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga

S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575

Tarikh dibeli

27 Mei 2010

Pembiaya

Malayan Banking Berhad (Maybank)

Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.

Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi.

Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.

Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato' Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit. Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli.

Dengan pendedahan terbaru ini, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC (baik dibayar secara terus atau melalui urusniaga timbal balik berdasarkan pendepositan dana yang besar) yang telah didedahkan setakat ini adalah seperti berikut:

HARTA

JUMLAH (RM)

2 unit kondominium One Menerong

13,800,000

Mercedes Benz CLS 350 CGI

534,622

2 plot tanah PT1886 & PT1887 Presint 10, Putrajaya

3,363,507

1 unit kondominium Orchard Scotts

9,900,000

2 unit kondominium Marina Bay Suites

34,562,784

JUMLAH

62,160,913

Saya ingin merumuskan pendedahan kali ini dengan mengajukan 3 soalan masing-masing kepada pengurusan NFC, Dato' Seri Shahrizat Jalil dan Dato' Seri Najib Tun Razak:

1. Apakah bukti-bukti yang boleh dikemukakan oleh pengurusan NFC bahawa pinjaman-pinjaman yang diambil untuk membiayai 2 unit kondominium mewah di Marina Bay Suites ini tidak ada kena mengena dengan dana awam RM250 juta yang diamanahkan kepada NFC?

2. Beranikah Dato' Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan memperincikan pendapatan keseluruhan ahli keluarga beliau sehingga mampu mengumpul harta sedemikian rupa dalam masa 2-3 tahun kebelakangan ini?

3. Apakah Dato' Seri Najib Tun Razak mempunyai kekuatan moral untuk menentang rasuah dan salahguna kuasa dengan mewajibkan setiap ahli kabinet mengisytiharkan keseluruhan harta yang dipunyai oleh mereka dan ahli keluarga mereka, berikutan pendedahan harta yang dimiliki keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil?

Rakyat akan terus memerhati dan menilai tindakan yang diambil oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dalam menangani skandal NFC ini. Jalan terbaik untuk menjada kredibiliti kerajaan dan institusi berkuasa seperti SPRM dan PDRM adalah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya diRaja secepat mungkin untuk menyiasat skandal ini.

Penulis adalah Pengarah Startegi PKR

Isu Azmin Hilmi: PDRM belum terima pengesahan polis Indonesia

Posted: 07 Feb 2012 10:01 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR-Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima pengesahan daripada polis Indonesia mengenai penahanan Azmin Hilmi, bekas teman lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, yang disyaki terbabit menyebar gambar bogel wanita itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata Kepolisan Negara Republik Indonesia (POLRI) masih belum mengesahkan penahanan lelaki itu yang didakwa dilakukan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia, Jumaat lalu.

"Setakat ini masih belum ada pengesahan daripada pihak Indonesia mengenai tangkapan tersebut. Hilmi masih dikehendaki polis Kuala Lumpur untuk bantu siasatan kes membabitkan Elizabeth Wong," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas.

Ku berkata, sekiranya benar lelaki yang dikehendaki PDRM sejak 2009 itu ditahan, PDRM akan berurusan dengan POLRI melalui saluran tertentu.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pihak berkuasa Batam, Indonesia ketika dia cuba memperbaharui pasport dengan menggunakan kad identiti dan sijil lahir palsu di Jabatan Imigresen Batam.

Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Indonesia terhadap lelaki itu kemudian mendapati dia warga Malaysia dan mendakwa dirinya adalah anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada Februari 2009, Hilmi yang juga bekas pembantu seorang pemimpin politik PKR di Selangor, diburu bagi menyelesaikan kontroversi penyebaran gambar bogel Wong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.

Bagaimanapun, Hilmi yang ketika itu tinggal di Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor gagal dikesan kerana menghilangkan diri ke luar negara selepas terbongkarnya skandal itu. BERNAMA

Syabas Aziz Bari sertai politik

Posted: 07 Feb 2012 09:58 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE


SYABAS! Dan dialu-alukan jika benar Prof. Aziz Bari mahu menyertai politik yang aktif setelah dibersarakan oleh UIAM.

Prof. Aziz sebenarnya sudah pun berpolitik secara bebas sebagai seorang akadamis cuma tidak terjun ke dalam arena parti politik yang aktif.

Dia tidak teragak-agak menyatakan pandangan menegur perkembangan baik terhadap pembangkang, apa lagilah terhadap kerajaan dan pemimpinnya.

Banyaknya teguran itu adalah terhadap kerajaan dan UMNO kerana pihak itu memang banyak salah silapnya.

Ada juga beberapa kerat orang akadamik berpolitik sepertinya tetapi kebanyakan mengkritik pembangkang. Mereka membisu terhadap UMNO dan kerajaan tetapi tidak kikir untuk membidas pembangkang. Politik mereka boleh dikira mengampu.

Tetapi Aziz tidak mengampu walau pun dia rapat dengan PAS. Semua masih ingat Aziz pernah membuat beberapa teguran kepada Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang.

Dia memilih untuk menjadi pemerhati dan pengkritik. Oleh kerana alam kampus tidak diberi pilihan untuk mengkritik kerajaan, maka politik pasif Aziz itu pun diberi tindakan bersara dari jawatannya.

Aziz dikenakan musibah. Diberhentikan. Musibah itu adalah atas izin Allah juga. Tidak berlaku kalau tidak diizin Allah. Allah mengujinya melalui peraturan zalim universitinya. Ia adalah takdir. Setiap takdir terhadap orang beriman mesti dihadapi dengan bersabar.

Kalau Aziz Bari dapat menerima musibah itu dengan berkata Alhamulillah dan Inna lilah waina ilaihi rojiun, nescaya sebuah banglo disediakan Allah di syurga.

Ujian musibah itu bergantung tahap iman Prof. Aziz. Jika tebal iman, teruk ujiannya. Jika nifis, ujiannya ringan atau tidak diuji langsung.

Tidak pilihan buat Aziz melainkan bersyukur atas ujian itu. Bersabar. Menyertai politik itu adalah dalam rangka reaksi sabar itu. Bukan bersabar berdiam diri, menyesali atas kerja baiknya selama ini dan merayu atau minta ampun atas kesalahan yang tidak dilakukan.

Mana parti politik yang akan disertai Aziz? Ketika ulasan ini dibuat, dia belum membuat pilih antara parti Pakatan Rakyat yang dikatakannya melamarnya.

Jika saya ditanya, saya akan kata pilihlah politik yang ada jihad sesuai dengan ujian yang Allah takdirkan terhadapnya.

Itulah pandangan yang saya tidak sempat beri kepada Anwar Ibrahim ketika dia mula dilanda musibah politik dan kemanusiaan paling perit sejak berbelas tahun lalu. Saya hendak beritahu dia, sertai PASlah kerana dalam PAS itu ada jihadnya.

Semua orang beriman yang diuji Allah mestilah menerimanya dengan mendekatkan diri kepada Allah. Antara politik yang dekat kepada Allah ialah PAS. Kerana disamping matlamat politik Islamiyahnya, ia ada matlamat dakwah.

Inilah baru saya tulis hal ini. Saya sekeluarga ada ke rumah Anwar untuk menyampaikan pandangan ini, tetapi tiada ruang dan peluang.

Kalau Aziz rasa sudah terpanggil untuk terjun dalam politik yang aktif sebagai tanda syukur dan bersabarnya, maka dia mesti terjun dalam politik yang membuat banyak kerja untuk Islam.

Itulah yang Almarhum Necmattin Erbakan, pemimpin ulung parti Islam Turki bagitahu kepada Abdullah Gul yang bekerja dalam syarikat kewangan di Saudi masa itu. Baliklah ke Turki bekerja untuk Islam. Abdullah Gul pun balik berjihad politik bersamanya, dan sekarang Abdullah Gul ada Presiden Turki.

Dalam politik dan jihad tiada janji indah. Bahkan akan banyak ujian lagi. Mungkin buat Aziz Bari yang terjun ke situ akan menemui ujian lebih berat dari yang dihadapinya di UIAM. Itulah yang dihadapi oleh semua yang menyertai PAS. Ramai yang berjaya tetapi ada juga yang tercicir.

Kedatangan Aziz dalam politik menjelang PRU 13 penuh cabaran ini adalah suatu yang dirasakan untung buat Pakatan. Tetapi percayalah politik paling manis bagi orang Islam ialah politik Islam. Pada Islam politik itu manis. Yang menjadikannya pahit ialah manusia. Dalam politik Islam saja manusia tidak mati katak.

Apa pun Aziz Bari tetap diberi sambutan dalam politik melalui mana-mana parti pilihannya.Harakahdaily

Di manakah PAS, 10 tahun dari sekarang?

Posted: 07 Feb 2012 09:46 PM PST


Kolum Kesatuan Fikrah adalah wadah untuk rakyat memperlihatkan kepelbagaian idea daripada lapisan-lapisan pemimpin PAS, dari yang veteran ke pemuda dalam isu-isu hangat yang membelungi negara kini.

Mewakili PAS Pusat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, suara ulama diwakili oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala suara pemuda diwakili Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Jika anda mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanyakan kepada Abang Mat, Ustaz Tuan dan Ustaz Nasrudin, sila email kepada hdaily.kesatuan.fikrah@gmail.com

Minggu ini, mereka berempat berbicara dengan soalan berikut:

Bagaimana anda melihat PAS 10 tahun dari sekarang? Apakah perkara terpenting yang perlu dilakukan PAS sekarang utk mencapai matlamat itu?

Mohamad Sabu

PAS mesti menonjolkan "good governance" dalam masa 10 tahun akan datang. Para pemimpin PAS dan pentadbirannya harus berubah ke arah yang lebih telus, beramanah dan bertanggungjawab serta performance oriented.

Pemimpin-pemimpin PAS yang memegang jawatan awam perlu bersedia dihisbah termasuk pengistiharan harta pemimpin, Menteri, Menteri Besar, Ahli Parlimen, Adun, ahli majlis tempatan dan lain-lain lagi. Pada hal ini, PAS tertinggal berbanding kerajaan Pakatan Rakyat yang lain.

Ramai yang sudah bosan mendengar retorik berbunyi Islam adalah lengkap, Islam adalah jawapan dan penyelesaian kepada masalah sekarang. Dalam 10 tahun ini, PAS kena membawa Islam dari sudut pelaksanaan – seperti elakkan pemimpin keluarga diri sendiri terlibat daripada rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

Dalam 10 tahun ini, PAS mesti berusaha dan memokuskan kepada pelaksanaan untuk melahirkan kerajaan seperti zaman Umar al-Aziz dan Umar al-Khatab. PAS mesti membawa Islam ke paras lebih tinggi melalui pelaksanaan.

Zaman retorik sudah berlalu. Sekiranya bergantung pada character PAS dan kehendak generasi sekarang untuk berubah. Sekiranya PAS dapat melaksanakan yang terbaik ke arah itu, Insha-Allah PAS akan menerajui negara Malaysia ke arah negara yang makmur dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

Sebaliknya, jika kita gagal, kita akan ketinggalan jauh berbanding rakan-rakan kita di Pakatan Rakyat.

Tuan Ibrahim Tuan Man

PAS akan terus kekal menjadi parti utama di Malaysia menjelang 10 tahun akan datang. InshaAllah. Dengan perkembangan semasa yang memperlihatkan kebangkitan semula gerakan Islam di seluruh dunia, maka PAS juga dilihat menjadi parti utama untuk masa depan.

Untuk menghadapi situasi tersebut, PAS perlu menyusun gerak kerja membina keyakinan masyarakat dan rakyat negara ini untuk dilihat sebagai sebuah parti yang diyakini mampu membawa perubahan besar kepada rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

Cabaran besar PAS ialah memecah tembok yang dibina oleh Umno dan BN terhadap parti kita, seolah-olah ianya hanya untuk orang Islam dan tidak sesuai untuk kaum dan agama lain. Situasi ini kini semakin berubah dengan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

DHPP perlu melebarkan sayap melepasi halangan kaum dan agama bahkan sempadan geografi Semenanjung sahaja. Ia perlu melepasi Laut China Selatan bagi melebarkan sayap ke Sabah dan Serawak.

Keyakinan kepada kemampuan PAS memimpin mesti diterjemahkan kejayaan negeri yang diurus tadbir oleh PAS khususnya seperti Kelantan dan Kedah. Diharap kedua-dua kerajaan PAS tersebut dapat membawa Islam ke tahap lebih tinggi dengan menunjukkan model pentadbiran dan pelaksanaan Islam yang efektif, bermanfaat dan adil kepada rakyat Malaysia dan antarabangsa. Manakala peranan Ahli Parlimen, ADUN-ADUN dan exco dari PAS juga menjadi model nilaian awam terhadap kemampuan ini.

Oleh itu, PAS wajar memiliki satu master plan jangka panjang dan persiapan segala keperluan ke arah itu. Demikian juga, satu keperluan untuk mewujudkan sebuah pusat latihan pengkaderan kepimpinan parti yang lengkap dan pelan menjana dana yang munasabah juga direalisasikan untuk mencapai hasrat itu.

Azam, tekad, kerja kuat dan bijak dengan berstrategi mampu membuktikan apa yang kita inginkan pada masa hadapan akan berjaya, InshaAllah.

Nasrudin Hasan Tantawi

PAS adalah sebuah parti yang kukuh dengan prinsip perjuangan yang bertunjangkan Islam. Sebagaimana kukuhnya Islam agama yang diwahyukan oleh Allah swt maka begitulah kukuhnya prinsip perjuangan yang dipangku oleh PAS menongkah 1001 macam halangan, rintangan dan cabaran sejak hari tubuhnya.

Meredah masa depan, selama PAS berpegang teguh dengan perjuangan Islam, ia tetap unggul biarpun menggapai usia 100 tahun lagi justeru Islam adalah agama dari Allah swt yang sesuai sepanjang zaman sehinggalah dunia digulung kiamat kelak.

Sebagai sebuah Gerakan Islam, PAS adalah alternatif untuk menggagas masa depan negara yang sejahtera, menepati sebuah pemerintahan good governence, bebas korupsi dan diredhai oleh Allah swt. Dunia semakin kosong dan gersang tanpa Islam sebagai petunjuk Allah swt. Inilah yang difirmankan oleh Allah swt :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Menyedari harapan ini, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan ummah mesti dipersiapkan agar hadhir dan tampilnya menepati tuntutan semasa. PAS selayaknya mula menguasai polisi ke arah mempersiapkan dirinya untuk menjadi kerajaan yang mengurus tadbir negara, bukan lagi terjerat dalam kelompok pembangkang yang hanya tahu membangkang tanpa solusi yang efektif.

Bermula dengan menyusun saff kepimpinan parti yang terdiri dari kalangan figure mampu dan layak menggalas amanah kepimpinan, bukan sahaja kepimpinan parti tetapi juga kepimpinan negara. Andai sukar untuk memiliki figure kepimpinan sedemikian, mungkin juga boleh mengambil kaedah 2 line up kepimpinan, iaitu kepimpinan yang mengurus parti dan satu lagi ialah kepimpinan yang mengurus negara. Namun kedua-dua line up kepimpinan berada di dalam satu majlis pemesyuaratan parti.

Usaha pengkaderan mesti kemas dan diberi perhatian utama oleh parti untuk melahirkan anggota dan kepimpinan parti yang komited dengan dasar perjuangan sekaligus mampu mendokong aspirasi parti. Parti mesti bijak serta pantas mengurus masaalah, konflik dan tekanan agar tidak membuang terlalu banyak masa melayan karenah masalah atau konflik yang timbul sedang perkara fundamental seperti melahirkan anggota dan kepimpinan parti yang berkualiti tinggi terabai.

Untuk menuju cabaran 10 tahun akan datang, antara lain PAS perlu menumpukan kepada 2 skim kualiti.

Pertama kualiti pada figure samada anggota atau pemimpin yang mampu serta layak menyandang amanah di mana posisi ia ditugaskan. Bukan figure yang hanya melakar publisiti melalui kepetahan berpidato tetapi lemah dalam tindakan.

Kedua ialah kualiti pada organisasi dan penstrukturannya agar dilihat lebih kemas, sistematik dan menepati piawaian sebuah organisasi moden yang mampu menangani saingan gerakan semasa.

Nik Muhammad Zawawi Salleh

Dalam masa 10 tahun, Insya-Allah, Pas sudah memerintah negara Malaysia dan muncul sebagai sebuah parti diwakili semua kaum dengan konsep negara berkebajikan yang dibawanya. Umno, pula ketika itu sudah tiada kekuatan dan semua ahlinya berpusu-pusu memasuki PAS dan berdakwah untuk Islam.

Untuk mencapai hasrat ini, Pas perlu mempertingkatkan usaha tarbiyyah kepimpinan dan seluruh anggotanya agar memahami dasar dan matlamat perjuangan Islam.

Pas juga mesti membina pelapis kepimpinan yang berorentasikan tarbiyyah mengikut acuan PAS.

Pas juga perlu meningkatkan usaha dalam rangka memantapkan hubungan baik dengan semua kaum, agama dan parti politik lain selain menonjolkan pentadbiran Islam yang sebenar dalam kerajaan yang diterajuinya.Utusan

Mustafa Ali: PAS belum tentukan calon MB Johor

Posted: 07 Feb 2012 09:44 PM PST


KUALA LUMPUR — Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar), hari ini menggesa media tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu Naib Presiden parti Islam berkenaan, Salahudin Ayub, yang dikatakan bakal menjadi calon Menteri Besar Johor sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menguasai Johor dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya lagi, PAS masih belum membuat keputusan muktamad berkenaan perkara itu dan nama Salahudin hanyalah disebut sebagai salah satu calon yang akan menjadi pemangkin PAS di Johor.

"PAS belum membuat keputusan muktamad tentang calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya umum nanti. Oleh itu, sehingga kini belum putus lagi samaada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, akan bertanding di Johor.

"Begitu juga soal siapa yang akan menjadi Menteri Besar Johor belum lagi dibincangkan di kalangan Pakatan Rakyat atau di peringkat pimpinan PAS Pusat," jelas Mustafa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beliau.

Menurutnya lagi, PAS hanya berbincang soal strategi bagi memperkukuhkan parti komponen PR itu di Johor.

"Sehingga kini, kita hanya berbincang soal bagaimana mahu memperkuatkan PAS di Johor dalam pilihan raya umum akan datang dan nama Salahudin hanya disebut sebagai salah seorang calon untuk menjadi pemangkin PAS di Johor," katanya.

Jelasnya lagi, soal siapa yang akan menjadi MB Johor hanya akan diputuskan setelah pilihan raya selesai dan PAS menguasai negeri berkenaan.

Laporan Sinar Online hari ini menyebut Salahuddin Ayub akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor, sekiranya Pas menguasai negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Dalam laporan tersebut, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata, "tuan punya badan" juga telah memberi lampu hijau bersetuju untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Pengalaman beliau di peringkat Pusat amat penting untuk membantu kemenangan parti ini memandangkan musuh kami, BN juga mempunyai tokoh hebat," katanya.

Beliau turut menyangkal dakwaan bahawa meletakkan Salahuddin bertanding di Johor sebagai usaha meminggirkan golongan ulama.

Namun nada berbeza diutarakan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, apabila beliau mengatakan isu bakal menteri besar tidak pernah dibincangkan di peringkat pimpinan pakatan di negeri itu.

Sehubungan itu, Mustafa menggesa pihak media tidak membuat sebarang spekulasi kerana perkara itu belum diputuskan di peringkat pusat.

Kanak-kanak 18 bulan maut digilis kereta bapa

Posted: 07 Feb 2012 09:43 PM PST

MALAYSIA KINI

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan maut digilis kereta yang sedang diundur bapanya di rumah mereka di Kampung Dusun, Kuala Lipis petang kelmarin.

Nurfazliyana Jais maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dalam kejadian kira-kira jam 6.05 petang itu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata mangsa sebelum itu dikatakan sedang menikmati bubur bersama adik-beradiknya yang lain, manakala bapanya yang berumur 45 tahun berada di luar rumah untuk menghidupkan enjin kereta sebelum ke kebun.

"Apabila kereta sedang diundurkan, tiba-tiba kanak-kanak itu meluru keluar dari rumah dan pergi ke belakang kereta tanpa disedari bapanya.

"Mangsa dipercayai dilanggar dengan kepalanya terlenyek," kata Abdul Razak ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kejadian itu disedari ibu mangsa yang berusia 39 tahun yang terdengar bunyi kuat seakan-akan ada benda terhantuk.

Jenazah dihantar ke Hospital Lipis sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan.- Bernama

Hasan diminta telus sebab jumpa Umno pada 2008

Posted: 07 Feb 2012 09:39 PM PST

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor.

Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti.

NONEHusam (kiri) berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.

Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang.

Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan ali"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan (kanan) kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno.

"Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.

"Tetapi kerana prinsip dan komitmen kami kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin PAS menolak cadangan tersebut," tegas Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan.

Hasan, ADUN Gombak Setia, telah menafikan pernah mahu menyertai Umno, dan menegaskan beliau disingkir daripada PAS kerana pendirian tegasnya mempertahankan Islam dan kempen menentang kes murtad yang "berleluasa" di kalangan umat Islam.

Tetapi, tegas Husam lagi, Hasan masih bercita-cita untuk menjadi MB, dan ini, tambah naib presiden PAS itu, terbukti melalui kecaman berterusan (Hasan) terhadap pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Rafizi dakwa NFC ditakdir gagal sejak awal lagi

Posted: 07 Feb 2012 09:31 PM PST

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata, kali pertama beliau mendengar mengenai National Feedlot Corporation (NFC) bukanlah melalui laporan Ketua Audit Negara tetapi melalui majalah gaya hidup masyarakat kelas tinggi – Malaysia Tatler.

tenang by election nomination day 220110 shahrizat abdul jalil"Sangat glamour," fikirnya apabila melihat anggota keluarga
Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ditampilkan dalam majalah berkenaan sekitar empat atau lima tahun lalu.

Keluarga menteri itu nampaknya seronok dengan perhatian seperti itu, kata Rafizi lagi dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sekiranya projek National Feedlot Centre yang diusahakan syarikat berkenaan merupakan satu projek 'gajah putih.'

Rafizi ditanya demikian susulan dakwaannya bahawa projek itu ditakdirkan untuk gagal sejak awal lagi.

"Jika ia merupakan satu projek gajah putih, yang mereka tahu sebagai satu sabotaj kepada mereka, saya tidak fikir mereka akan berseronok dengan glamour...," katanya lagi.

Beliau juga mendakwa, keluarga menteri itu sejak awal lagi mengetahui bahawa projek ternakan lembu itu tidak akan berjaya.

"Tapi saya fikir mereka tahu sejak awal lagi bahawa untuk mencapai sasaran 276,000 ekor lembu setahun adalah mustahil dan sebab itulah saya fikir mereka menghabiskan banyak masa membuat perkara lain," katanya.

Rafizi mendakwa projek NFC itu hanyalah satu "samaran", sedangkan suami dan anak-anak menteri berkenaan menggunakan pinjaman RM250 juta itu sebagai modal untuk perniagaan yang lebih "glamour" seperti pelaburan hartanah dan juga kedai makan kelas tinggi.

"Jadi apabila anda dapat orang yang mendapatkan kontrak dan pembiayaan bukan untuk tujuan sebenar dasar tersebut, tentulah ia ditakdirkan gagal sejak awal lagi," katanya.

Beliau juga mendakwa, keluarga menteri itu telah menggunakan kawalan mereka ke atas pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan itu untuk perniagaan lain.

nfc office storyAkauntan berkanun itu memberi alasan mudah – walaupun
seseorang itu tidak dilantik sebagai pemegang saham dalam sesuatu syarikat, individu berkenaan boleh membuktikan bahawa mereka mempunyai kawalan ke atas dana yang besar seperti pinjaman RM250 juta dari kerajaan.

"...Itu saja sudah cukup sebagai jaminan kepada bank untuk memberikan anda pinjaman untuk membeli begitu banyak hartanah," dakwanya.

Rafizi juga sangsi dengan kenyataan yang diberikan oleh salah seorang anak Shahrizat – Wan Shahinur Izmir Salleh – ketika menafikan dakwaan bahawa beliau serta anggota keluarganya rakus membelanjakan pinjaman wang tersebut.

NONEWan Shahinur antara lainnya berkata dakwaan itu tidak
munasabah kerana keluarganya masih perlu membayar pinjaman tersebut.

Rafizi yang melihat isu tersebut dari sudut akauntabiliti berkata, penjelasan itu tidak sah di sisi undang-undang.

"Saya setuju jika setiap orang (pemilik National Feedlot Corporation) meletakkan jaminan peribadi ke atas pinjaman RM250 juta, letakkan semua aset atas nama mereka sebagai cagaran kepada RM250 juta itu, barulah kita bercakap dengan masuk akal sedikit," katanya.

Tanpa akauntabiliti seperti itu, kata Rafizi, tindakan yang dapat dijalankan hanyalah dengan menutup syarikat induk yang mengawal NFC – Agroscience Industries Sdn Bhd yang juga dimiliki keluarga menteri berkenaan.

Wan Shahinur juga sebelum ini telah mengemukakan hujah bahawa langkah menubuhkan syarikat pengedar untuk daging dan juga rangkaian restoran mewah Meatworks dibuat untuk menyokong pusat ternakan fidlot itu.

NONEPenjelasan itu dicabar oleh Rafizi yang berkata, kerajaan dan
syarikat NFC sendiri tidak mempunyai hak ke atas dua anak syarikat tersebut – National Livestock dan Meat Corporation dan Real Food Company – yang telah menerima pemindahan wang daripada syarikat NFC.

National Livestock and Meat Corporation bertanggungjawab mengeluarkan produk lembu daripada daging tersebut dan Real Food Company pula mengedarkan produk berkenaan, selain menguruskan rangkaian restoran mewah Meatworks.

"Anda tanya sesiapa saja dalam syarikat runcitan, bukan saja dalam (industri) daging. Mereka tidak tubuhkan begitu banyak operasi (tapi) mungkin hanya satu bahagian atau seksyen pemasaran di dalam syarikat itu.

"Tapi yang paling penting, anda tidak boleh bercakap mengenai membina rangkaian pengedaran produk lembu seperti didakwa, apabila mereka tiada lembu.

"Anda perlu ada jumlah lembu yang perlu sebelum anda boleh mula buat (perkara ini)," katanya.

[Baca berita penuh]

VIDEO | 30.32 mins


Wawancara dijalankan Salhan K Ahmad dan Aidila Razak.

Tiada ulasan: