Rabu, 8 Februari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Tiga Menteri Negeri India Letak Jawatan Selepas Dikatakan KANTOI Tonton Klip Video Lucah

Posted: 08 Feb 2012 04:55 AM PST

Menurut Emirate 24/7, tiga menteri negeri dari selatan India, termasuk seorang yang memegang portfolio Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, meletakkan jawatan pada hari Rabu selepas kantoi menonton sebuah klip berunsur lucah semasa perhimpunan dewan rakyat tempatan.

Menteri-menteri dari parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) itu telah dirakam oleh sebuah kamera televisyen sedang asyik menonton klip berunsur lucah pada sebuah telefon mudah alih pada hari Selasa ketika wakil rakyat yang lain sibuk membahaskan rang undang-undang.

Dalam rakaman itu, para menteri itu dikatakan menonton klip yang memaparkan wanita sedang menari, kemudian melucutkan pakaian, sebelum terlibat dalam aksi seksual yang memberahikan. Mereka dilihat berkongsi melihat klip itu sesama mereka.

"Kami mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan kerana tidak mahu memalukan parti dan tidak mahu memberikan ruang kepada pembangkang mengganggu prosiding perhimpunan hari ini," kata salah seorang menteri yang terlibat.

"Kami menonton sambil berbincang tentang klip kejadian yang ada kaitan dengan parti 'hangat' yang diadakan di Pulau St. Mary (di pantai barat Karnataka). Klip itu bukan klip lucah."
Menteri yang meletakkan jawatan itu ialah Laxman Savadi, CC Patil, dan Krishna Palemar.

"Kejadian itu amat memalukan. Ketiga-tiga menteri itu telah mengemukakan surat perletakan jawatan masing-masing. Kami akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat kejadian itu," kata jurucakap BJP, Nirmala Sitharaman di New Delhi. -DCM

P/s: Yang TM kagum ialah keberanian dan sikap bertanggungjawab ketiga-tiga menteri itu dengan mengambil tindakan melepaskan jawatan masing-masing walaupun masih belum didapati bersalah. Sesuatu yang tidak wujud di Malaysia sehingga kini.

PKR Dedah Lagi 2 Buah Kondo Mewah Milik Keluarga Sharizat di Singapura

Posted: 08 Feb 2012 12:56 AM PST


Saya petik:

[KD] PETALING JAYA 8 Feb: KEADILAN terus membongkar skandal penyelewengan dana National Feedlot Corporation (NFCorp), apabila mendedahkan dua lagi pembelian unit kondominium mewah oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura, berharga RM34.6 juta.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kondominium mewah yang dibeli pada 27 Mei 2010 itu dimiliki suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga Pengerusi NFC dan anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Kondominium berkenaan- masing-masing berharga RM17,205,209 dan RM17,357,575- dibeli di Marina Bay Suites, yang terletak berhampiran restoran mewah milik keluarga menteri itu di Brawn Steakhouse.

Keluarga Shahrizat juga kata Rafizi, perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membayar balik pinjaman yang dibiayai oleh United Overseas Bank Limited (UOB) dan Malayan Banking Berhad (Maybank).

"Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar?," Soal Rafizi ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Menurut Rafizi, kemudahan pembiayaan dipercayai diluluskan sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat, mempunyai deposit yang besar di bank-bank berkenaan.

"Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan," kata Rafizi yang turut mengakui mengupah penyiasat persendirian untuk mendapatkan maklumat itu.

Menurutnya, KEADILAN sebelum ini mengemukakan bukti S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd, bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010.

"Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

"KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura," ujarnya.

Dengan pendedahan terbaru ini, katanya, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Shahrizat yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC ialah 62,160,913.

Ia termasuk pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar dan sebuah lagi di Orchard Scotts, Singapura, pembelian Mercedez Benz, dan dua lot tanah di Putrajaya seperti yang didedahkan sebelum ini.



P/s: Dari mana sumber kewangan Sharizat?


Putus Cinta, Pemuda Gantung Diri

Posted: 07 Feb 2012 10:28 PM PST


Saya petik:
[SH] AL MUKHTAFI BILLAH SHAH (AMBS) – "Saya tergamam, badan saya menggeletar ketika melihat dirinya dalam keadaan tergantung dengan lidahnya terjelir, keadaannya amat menakutkan," kata Mohd Helmi Anwar, 26, rakan karib kepada arwah Mohd Alif Yusof, 23, tukang paip yang ditemui mati dalam keadaan tergantung, awal pagi semalam.

Mayat mangsa ditemui di sebuah rumah kuarters Jabatan Bekalan Air Ketengah, di Bandar AMBS, di sini.

Menceritakan detik sebelum kejadian, Helmi berkata, pada kira-kira jam 11.30 malam, beberapa jam sebelum mayat rakannya itu ditemui, arwah Mohd Alif serta beberapa lagi rakannya yang lain sedang lepak di rumah rakan mereka dan sempat makan burger yang dibeli di pasar malam berdekatan.

Mohd Helmi berkata, ketika itu, air muka arwah kelihatan agak murung berbanding biasa, daripada reaksi yang ditunjukkan arwah, dia dapat mengagak rakan karibnya itu pasti ditimpa kesusahan.

Bagaimanapun setelah pulang dari rumah kira-kira jam 3 pagi, adik lelakinya, Mustaqim memaklumkan dia ternampak mangsa mati dalam keadaan tergantung di sebuah rumah kosong, tidak jauh dari rumahnya lalu terus bergegas ke situ untuk melihat keadaan mangsa.

Mohd Helmi yang terkejut dan menggeletar melihat mangsa dalam keadaan lehernya tergantung berusaha menurunkan mayat mangsa bersama adiknya sebelum membuka ikatan tali pada lehernya.

"Saya macam tidak percaya dia mati dalam keadaan begitu kerana baru beberapa jam kami bersama.

"Kami tahu dia ada masalah kerana baru putus cinta dan cuba menasihatinya susupaya bersabar, tapi tak sangka pula dia sanggup bertindak sedemikian," katanya.

Mohd Helmi, berkata selepas melonggarkan ikatan tali yang terjerut di leher rakannya itu mereka membuat laporan di Balai Polis AMBS.

Menurutnya, sebelum kejadian itu, mangsa ada menceritakan kepadanya dia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis dan berhasrat memperisterikan gadis yang dikenalinya sejak di bangku sekolah itu.

Bagaimanapun dua minggu sebelum kejadian itu, mangsa memaklumkan kepada Mohd Helmi bahawa dia kecewa kerana putus cinta setelah gadis yang dicintainya itu dikatakan mempunyai kekasih baru.

"Sejak putus cinta, tingkahlakunya berubah, lebih banyak berdiam diri dan sentiasa murung biarpun sebelum ini dia agak periang.

"Namun saya tidak menyangka dia akan pergi dalam keadaan sedemikian, sungguh menyayat hati," kata Mohd Helmi yang masih trauma dengan kejadian menimpa sahabat karibnya itu.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan oleh kakitangan perubatan mendapati mangsa mati akibat kecederaan pada leher.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan. - Nik Muh Rafiq 


Ingat Kes Lelaki Didakwa Bakar Muka Isteri? Berita Susulannya

Posted: 07 Feb 2012 09:01 PM PST


Saya petik:
[Komo] KOTA BHARU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencederakan muka isterinya dengan mancis api di rumahnya Khamis lalu.

Tertuduh, Wan Mustafa Mamat, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan di depan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan, Wan Mustafa didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rohana Abdullah, 40, di rumahnya Kampung Kedai Buloh di sini pada pukul 9.30 malam, 2 Februari lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Wan Mustafa turut tidak mengaku bersalah atas satu lagi pertuduhan lain iaitu memiliki dua tiub straw warna biru cerah setiap satu berisi serbuk putih disyaki dadah heroin seberat 0.2 gram pada 8.15 malam 3 Februari lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hafiz Abd. Rahman menawarkan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan yang dikenakan terhadapnya dikurangkan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Mac depan untuk sebutan kes.

Kosmo! Ahad lalu melaporkan seorang suami bukan sahaja tergamak memukul isterinya dengan kerusi bahkan mencucuh mata kiri wanita itu dengan api sehingga melecur di Kedai Buluh, Badang di sini pada Khamis lalu.

Pada kejadian lebih kurang pukul 7 malam itu, lelaki berusia 40 tahun yang juga bekas banduan itu meminta wang daripada anak perempuannya yang berusia 19 tahun untuk membeli dadah.

Apabila anaknya enggan memberinya wang, suspek mengamuk dan merampas beg duit anaknya dan memukul isterinya.

Dilaporkan, selepas itu, suspek telah bertindak membakar wang kertas RM1 menggunakan pemetik api lalu mencucuh mata kiri isterinya.


Kaedah Rawatan Lintah Tidak Ikut Prosedur Boleh Sebarkan Penyakit Kronik

Posted: 07 Feb 2012 08:30 PM PST


Saya petik:

Kaedah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit

[BH] KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

Sehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

"Kita memang tidak benarkan kaedah ini untuk rawatan kerana ia belum terbukti berkesan, termasuk tanggapan lintah menghisap darah kotor juga salah, tiada darah kotor dalam perubatan.

"Berhubung penyakit tibi, berkemungkinan besar seseorang itu boleh berjangkit kerana duduk bersebelahan ketika menjalankan rawatan itu, tidak semestinya oleh kuman dibawa lintah.

"Proses rawatan itu memang mampu memindahkan penyakit berbahaya yang berkaitan dengan darah ketika penggunaan lintah itu. Kesan gigitan lintah juga boleh melambatkan darah beku, " katanya ketika mengulas kenyataan Pakar Dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman, kaedah rawatan berkenaan yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta mengeluarkan darah kotor, sebenarnya mendedahkan pelanggan kepada sejenis penyakit batuk kering (tibi) ganjil.

Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.

Dr Hasan berkata, pada masa sama pengguna diminta memberikan maklumat berhubung pusat rawatan didakwa mampu menyebarkan penyakit terbabit supaya kementerian boleh mengambil tindakan selanjutnya.

"Beritahu kita maklumat di mana pusat rawatan didakwa menyebarkan penyakit tibi itu, kita akan pergi sana untuk ambil tindakan," katanya. 



P/s: Penyebaran penyakit itu berlaku jika lintah digunakan berulang kali. Pengusaha rawatan  tradisional perlu bertanggungjawab dengan memastikan lintah digunakan sekali sahaja dan perlu dihapuskan selepas sesuatu sesi rawatan. Sebelum ini, pihak kesihatan turut melaporkan kaedah berkam yang tidak mengutamakan kebersihan boleh menyebarkan penyakit AIDS dan HIV.



Hati-hati Undur Kenderaan, Seorang Lelaki Gilis Anaknya Berusia 18 Bulan

Posted: 07 Feb 2012 07:41 PM PST


Saya petik:

Mangsa maut ekori kenderaan tanpa disedari pemandu sedang mengundur

[BH] KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun maut selepas digilis kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapanya ketika mengundur di rumahnya di Kampung Dusun, Kuala Lipis, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.05 petang, Nurfazliyana Jais, dipercayai mengekori bapanya yang hendak ke kebun melihat tanaman.

Bapanya, Jais Selamad, 45, tanpa menyedari perkara itu terus menghidupkan kenderaan untuk berundur tetapi berasa seperti melanggar sesuatu lalu keluar untuk melihatnya.

Beliau terkejut apabila mendapati anak bongsunya terbaring berlumuran darah di kepala dan terus membawanya ke Hospital Kuala Lipis (HKL).

Sebelum kejadian, Jais bersama isteri, Rosaida Mustafa, 39, dan empat anaknya termasuk Nurfazliyana menikmati bubur di rumah mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata siasatan awal mendapati, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala akibat digilis tayar pacuan empat roda berkenaan.
Katanya, polis sudah mengambil keterangan bapa mangsa bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Jais yang dihubungi masih dalam kesedihan kerana kehilangan anak bongsu kesayangannya.

Walaupun reda dengan kejadian itu, dia tetap sedih kerana kejadian itu amat memilukan.

"Saya tidak akan dapat memaafkan diri saya dengan kejadian ini.

"Kami sekeluarga sedang menikmati bubur yang saya beli di sebuah restoran makanan segera di bandar Jerantut.

"Seketika kemudian, saya menyatakan hasrat pergi melihat tanaman di kebun tanpa menyedari arwah berada di belakang kenderaan," katanya.

Beliau berkata, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dusun, kira-kira jam 11 pagi, semalam.



[Wajib Baca] Khalid Samad: Hasan Ali dan Saya

Posted: 07 Feb 2012 06:30 PM PST



Saya petik:

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas 'adaabul ikhtilaf' yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah 'gila talaq'. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan 'gila' dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai 'gila'. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila 'ditalaq' menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah 'gila talaq' dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

SEJARAH RINGKAS
Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang 'baru' dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang 'lama' seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.

Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.

Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.

DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR
Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, "siapa patut menjadi MB Selangor?" Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, "Tan Sri Abdul Khalid". Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan 'haknya' untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

MELAGA PAS DENGAN DAP & PKR
Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.

Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.

SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ 2
Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, "ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya".

Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).

TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN
Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah 'golongan Erdogan'. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala' pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.

Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau 'name calling'.

SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN
Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.

Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.

SOKONGAN HASSAN MERUDUM
Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.

Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.

Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.

Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.

Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.

Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.

Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun 'exit strategy' atau 'strategi untuk keluar PAS'. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.

PEMECATAN HASSAN ALI
Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.

Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara 'terhormat'. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.

Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.

Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.

KENAPA SAYA YANG DISASARKAN?
Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan 'aqeedah' itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.

Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.

Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?

Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.

Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.

Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.

KESIMPULAN

Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<"Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta" (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).

Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
 
 
 

Aksi dan Mentaliti Gerombolan Songkok Tinggi

Posted: 07 Feb 2012 06:00 PM PST

Kredit: Fathmawaty Salim (FB)

Rasanya tidak perlu komen lebih-lebih kerana aksi dan mentaliti yang ditunjukkan oleh ahli gerombolan songkok tinggi ini bersepah di internet. Cuma, saya nak mengingatkan kita bahawa ahli gerombolan ini hari-hari menjerit Melayu, Islam, raja, tetapi realitinya segelintir mereka bersikap seperti dipaparkan dalam gambar di atas.

Menjijikkan!


Pelakon Cun Filem Tamil Ditahan Atas Dakwaan Melacurkan Diri

Posted: 07 Feb 2012 04:00 PM PST


Pelakon muda filem Tamil berusia 22 tahun ditangkap bersama-sama dengan abang tirinya pada malam Sabtu lalu atas dakwaan melacurkan diri. Caroline Mariyath, pelakon filem Tamil dan juga model popular dari Chennai, telah ditangkap di sebuah hotel lima bintang oleh pihak berkuasa.

Pihak polis mengesyaki bahawa bapa dan abang tirinya telah bertindak sebagai "bapa ayam" dan ejennya. Bapa tirinya, Ranjeeth Mariyath Asan, yang merupakan seorang jurugambar model, didakwa telah membantu aktres itu mendapatkan pelanggan bersama-sama dengan M Rajkumar, abang tirinya yang bekerja berkhidmat sebagai pengurusnya.

Polis mendakwa aktres itu bertindak melacurkan dirinya kerana menghadapi masalah kewangan. Hal ini mungkin ada kaitan dengan kelewatan tayangan tiga buah filem lakonannya. Selain berlakon, Mariyath pernah menjadi model untuk iklan syarikat berlian dan tekstil.

Menurut sumber media, Rajkumar memberitahu pihak polis bahawa ayahnya mengatur urus niaga dengan pelanggan, dan dia berbuat demikian sekali sekala. 

Aktres itu dikatakan mengenakan bayaran sehingga Rs3 lak atau RM18 ribu untuk tempoh dua jam perkhidmatannya. Selain bayaran tersebut, pelanggan perlu membayar tiket penerbangan dan dua bilik hotel untuk diri dan ejennya. -DCM

Cerita lanjut boleh dibaca di sini.


P/s: TM teringat kisah artis Malaysia yang kantoi melacurkan diri seketika dahulu. TM teringat juga kisah artis yang dikatakan kantoi khalwat dengan pembesar negara di PD.

Tiada ulasan: