Isnin, 6 Februari 2012

Biaqpila

Biaqpila


K’jaan salahguna dana KWSP kerana hutang yang tinggi- Tony Pua, Izzah

Posted: 06 Feb 2012 05:18 AM PST

KUALA LUMPUR 6 Jan: Penyalahgunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pinjaman mudah kepada pembeli rumah kos rendah, merupakan usaha kementerian kewangan mengurangkan keperluan menambah hutang kerajaan.


Perkara itu dinyatakan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang menegaskan kerajaan sepatutnya mengeluarkan bon kepada institusi itu.


“Dalam amalan biasa, sebarang program kebajikan disumbang oleh kerajaan persekutuan melalui cukai keuntungan.


“Jika hasil cukai terbukti tidak mencukupi, kerajaan persekutuan boleh menerbitkan bon untuk meningkatkan wang bagi pembiayaan belanja defisitnya.


“Dalam keadaan biasa, KWSP boleh melanggan bon-bon yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan, untuk memberi kesan pinjaman kepada kerajaan persekutuan,” tegas dua ahli parlimen ini.


Mereka mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Nong Raja Zainal Abidin mengumumkan penggunaan wang KWSP sebanyak RM1.5 bilion kepada mereka yang gagal mendapatkan pinjaman bagi membeli rumah.


“Perbezaan antara kedua pendekatan ini ialah kerajaan persekutuan dianggap peminjam berisiko rendah dan oleh itu sumbangan oleh pekerja dalam KWSP dianggap selamat, sementara pinjaman bagi mereka yang gagal memperoleh pinjaman perumahan komersil dianggap peminjam yang berisiko tinggi,” tegas mereka.


“Kami merumuskan bahawa kerajaan tidak meminjam secara langsung daripada KWSP, dan sebaliknya meluluskan wang kepada KWSP untuk meminjamkan secara langsung kepada pembeli perumahan kos rendah kerana kerajaan tidak mahu meningkatkan lebih banyak hutang yang sudah pun ditahap yang tinggi,” tegasnya.


Ini kerana hutang kerajaan sudah mencecah RM456 bilion pada 2011, iaitu 84 peratus peningkatan daripada RM242 bilion lima tahun lalu pada 2006.


“Pada ketika tahap hutang kita dijangka bertambah dengan nyata pada tahun hadapan akibat rancangan infrastruktur besar seperti MRT di Lembah Klang bernilai RM5.3 bilion dan Lebuh Raya Pantai Barat bernilai RM7.1 bilion, Kementerian kewangan cuba mengurangkan semua obligasi hutangnya,” ujar mereka.



KD



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Gaji Tahunan RM238 032, Kerjanya Langgan PELACUR

Posted: 05 Feb 2012 08:00 PM PST


Ya, lelaki yang terpilih akan dibayar dengan jumlah yang begitu lumayan untuk melanggan pelacur! Sudah tentu, kerja itu bukan hanya berkaitan dengan seks semata-mata.

Menurut Digital Spy, sebuah firma penyiasatan swasta di Australia sedang mencari lelaki yang layak untuk berkhidmat sebagai "inspektor rumah pelacuran".

Calon yang berjaya dikehendaki menyamar dan mengambil bahagian dalam perkhidmatan seksual bagi pihak majlis tempatan di New South Wales.

Kumpulan Siasatan dan Forensik Lyonswood di Sydney meletakkan iklan pekerjaan yang bertajuk "Brothel Buster Investigator" dalam majalah My Career. Gaji tahunan yang ditawarkan ialah £50,000 (RM238, 032).

Calon mestilah belum berkahwin dan bersedia melakukan hubungan seksual selamat serta hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan.

Calon yang terpilih akan mengunjungi pusat pelacuran haram dan membuktikan perkhidmatan seks yang ditawarkan di situ. -DCM




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

JAMIL KHIR KE MEKAH, KAK IJAT PUN KE MEKAH - ISU WANG ZAKAT DAN LEMBU BOLEH SELESAI?

Posted: 05 Feb 2012 05:00 PM PST



Oleh: WFAUZDIN NS

ANGKARA lembu dalam kondo, beramuk sakan puak-puak Umno. Baik jantan, mahupun betina semua mahu bercakap pasal lembu. Rakyat yang sudah di`lembu'kan juga turut mempertahankan `pencuri lembu'.
Rafidah desak Kak Ijat letak jawatan kerana baginya `bau lembu' di tubuh Kak Ijat mengganggu Umno. Kak Ijat pula kata, dia tak mahu kurang ajar dengan orang tua. Siapa pemimpin di dalam Umno yang tidak pernah bermasalah? Itu lah anggapan Kak Ijat. Tak beritahu pun kita tahu sebab Ezam sesumpah pernah beritahu kita, "Siapa yang masuk Umno itu ikhlas?". Itu kata Ezam sesumpah sebelum beliau di`lembu'kan.
Aku mahu tanya juga, siapa Rafidah mahu desak Kak Ijat letak jawatan? Adakah Rafidah lupa kisah pemberian AP di zamannya? Jika beliau sudah lupa akibat `nyanyuk' kerana terlalu tua, beliau boleh tanya Ezam sesumpah yang kini berada `sekelambu' dengan beliau di dalam Umno. Ezam sesumpah masuk penjara kerana bongkar kisah AP. Mahu tahu kisah lanjut, sila tanya Ezam sesumpah itu pun jika Ezam sesumpah berani mahu sebut semula kisah lama itu. Biasanya, bila sudah masuk kandang lembu, sukar mahu membuka mulut untuk memberitahu kebenaran, kecuali untuk makan.
Pada aku Rafidah atau Kak Ijat, 2 x 5 saja. Ahli-ahli Umno di bawah bertegang urat untuk mempertahankan salah seorang dari mereka. Apa beza mereka berdua ini yang bersungguh sangat untuk dipertahankan? Bezanya mungkin Kak Ijat telah pergi Mekah sebanyak 3 kali di dalam 2 setengah bulan seperti yang beliau sebut di SINI. Mungkin sudah jadi kelaziman di dalam Umno, buat lah apa sahaja asalkan ke Mekah jangan dilupakan. Balik Mekah, lakukan lagi kemudian ke Mekah semula. Rakyat yang berotak lembu pun terpedaya.



Seperti Jamil Khir juga. Pergi Haji, berhutbah di sana sampai katanya menangis-nangis sehingga ada jemaah yang turut menangis. Tapi, balik ke sini selamba je belasah duit Zakat guna untuik bayar peguam lawan kes Qazaf. Fisabilillah, katanya. Mungkin, bela lembu di dalam kondo ini juga salah satu Fisabillillah sebab lembu ini diberikan kepada beberapa ekor Wakil Rakyat untuk diberikan kepada orang-orang kampong untuk menjadi lembu korban. Orang kampong pun berkata, baik sungguh pemimpin aku.


wfauzdin


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: