Isnin, 6 Februari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Memperingati Rampasan Kuasa Di Perak

Posted: 06 Feb 2012 08:12 AM PST

Tiga tahun lalu, pada Selasa 3 Mac 2009, sekumpulan 27 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Perak telah dihalang daripada memasuki kawasan Bangunan Perak Darul Ridzuan , untuk menghadiri "persidangan tergempar Dewan" dalam bangunan tersebut.

Speaker DUN Perak V. Sivakumar secara terpaksa telah bertindak mengadakan "persidangan" tersebut di bawah sebatang pokok kira-kira 100 meter di luar bangunan DUN.

Umno dan konco-konconya telah menghina persidangan tersebut dan menganggapnya tidak sah. Mereka menghina segala peraturan mesyuarat, usul dan keputusan-keputusan yang diputuskan di bawah pokok pada hari tersebut. Bangang punya spesis! Cuba baca di sini supaya jadi cerdik sedikit!


Pagi tadi, Pakatan Rakyat Perak telah kembali semula berkumpul dibawah pokok demokrasi tersebut sebagai memperingati genap 3 tahun tragedi hitam yang berlaku keatas demokrasi negeri Perak.


Dengan berpakaian hitam, mereka telah berhimpun dengan sokongan rakyat Perak yang prihatin.


Program berjalan lancar tanpa gangguan pihak polis dengan ucapan beberapa pemimpin tertinggi PR, termasuk Pesuruhjaya PAS Perak Ust Abu Bakar Hussein.

Kemuncak majlis ialas pelepasan sejambak belon hitam ke angkasa raya sebagai simbolik membebaskan Perak dari belenggu tragedi hitam tersebut .


Insya'Allah, PRU ke-13 nanti, yang hitam akan pergi...Selamat Jalan kepada Zambry ! Gambar dan berita dgn video di sini

Tiada ulasan: