Isnin, 6 Februari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Majlis Perkahwinan Anak MAT SABU, Tetamu Berlainan Fahaman Politik Turut Hadir

Posted: 06 Feb 2012 06:43 AM PST




Kredit Abah Anas, gambar-gambar lain di sini.


P/s: Tahniah. Semoga berbahagia hingga akhir hayat.


Lelaki LUMUR Najis pada Mulut Anaknya, Mengapa?

Posted: 06 Feb 2012 05:00 AM PST


Berita Agensi melaporkan seorang lelaki melumurkan najis pada bibir dan muka anak perempuannya berusia 10 tahun kerana berang terhadap anaknya itu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah pasar di Hangzhou, China.

Lelaki itu, dalam usia 30-an, telah mengikis najis dari mangkuk tandas lalu melumurnya pada bibir anak perempuannya. Dia melakukannya perbuatan itu sebanyak lima kali.

Lelaki itu mengakui kesilapannya selepas ditahan oleh polis.

 Anda tahu apa kesalahan anaknya?

Lelaki menghukum anaknya sekejam, sejijik itu tidak mematuhi arahannya agar menyusun surat khabar dengan betul.

Tergamakkah anda menghukum anak sekejam itu?-DCM


P/s: GILA!



"Jangan jadikan Wanita UMNO perisai isu NFC" - Syed Ali Alhabshee

Posted: 06 Feb 2012 03:59 AM PST


Saya petik:
[MK] Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak sewajarnya menyalahkan pihak lain berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi kemarahan rakyat, kata Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

"Jangan reka cerita kononnya ada yang nak jatuhkan beliau, realitinya beliau tidak seharusnya menjadikan wanita Umno sebagai perisai untuk melindungi kelemahan dan kepincangan yang berlaku," tegasnya.

Beliau yang beberapa kali menggesa Shahzirat berundur mempersoalkan sama ada menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu sayangkan jawatan atau ikhlas berjuang dalam Umno.

"Mengapa susah sangat nak letak jawatan menteri, tak perlu bercuti dan salahkan orang lain kononnya ada agenda peribadi nak jatuhkan beliau," ujarnya, seperti dilaporkan dalam blog Umno bahagian itu semalam.

Syed Ali berkata, tidak ada pemimpin Umno yang secara peribadi memusuhi Shahrizat tetapi mereka bersuara kerana tidak mahu Umno dicemuh rakyat berkaitan isu NFC.

"Sampai bila mahu cakap tak serupa bikin, kononnya Umno menentang segala bentuk penyelewengan, rakyat sedang memerhati sejauh mana ikhlasnya kerajaan hari ini," ujarnya.
P/s:  Banyak orang bercakap begitu, masalahnya Sharizat buat tidak faham-faham! 



Lelaki TERUNA Bapakan 14 Anak

Posted: 06 Feb 2012 01:00 AM PST

 
Penderma sperma berusia 36 tahun mengaku bapakan 14 kanak-kanak walaupun mendakwa tidak pernah melakukan hubungan seks lapor Huffingtonpost.

Trent Arsenault, pakar IT dari San Francisco memilih cara yang unik untuk berbuat amal dengan melancarkan laman sesawang pada tahun 2006 yang menawarkan sperma percuma kepada pasangan yang tidak mempunyai anak.

Membincangkan misi awamnya di rancangan bual bicara Anderson Cooper, Arsenault menjelaskan: "Saya cipta istilah 'penderma seksual' dan hal ini bermakna 100% tenaga seksual saya adalah untuk menghasilkan sperma untuk pasangan yang  tidak mempunyai anak."

"Saya mungkin akan masih menjadi teruna ketika berusia 40 tahun nanti. Namun saya mempunyai 15 anak."

Di rancangan itu, dia juga bertemu dengan satu daripada anak biologinya - seorang bayi perempuan berusia 23 bulan bernama Analise - untuk pertama kalinya.

"Saya cuba tidak terlalu emosi," katanya. 
 
"Saya amat gembira kerana Analise sihat dan tinggal di rumah ibu bapa yang penyayang. Saya berharap dia mempunyai gen belas kasihan yang dipupuk oleh ibu bapanya."

Menurut media AS, Arsenault berhadapan dengan hukuman penjara satu tahun dan denda sebanyak AS$100 000 (RM300 000) pada Disember lalu selepas FDA menuduhnya gagal untuk mengelakkan penyebaran penyakit dan menyalahi undang-undang pengeluaran sel manusia. - DCM

Sambutan Maulidur Rasul dengan Tema SEKS Diserbu JAIM

Posted: 05 Feb 2012 11:00 PM PST

Saya petik:
[Kosmo] Melaka – Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertindak menyerbu sambutan Maulidur Rasul yang dipercayai dianjurkan oleh sebuah kumpulan serpihan Al-Arqam kerana menggunakan tema yang tidak sesuai.


Gambar: SEORANG penguat kuasa JAIM (kanan) menurunkan kain rentang penganjur sambutan Maulidur Rasul di Krubong Perdana, Melaka semalam.

Sambutan yang diadakan di sebuah khemah berdekatan rumah kedai di Krubong Perdana, Krubong di sini menggunakan tema Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam dan ia tertera pada sebuah kain rentang yang digantung di pentas utama.

Penguat kuasa JAIM menyerbu majlis itu kira-kira pukul 1 petang selepas menerima aduan daripada orang ramai.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, ketika serbuan, seramai 100 orang berada di khemah yang juga menempatkan sebuah kek setinggi tiga tingkat

"Apa yang dikesalkan, mereka berani menganjurkan majlis sendiri dengan menggunakan perkataan seks yang dikaitkan dengan Rasulullah dan ia jauh menyimpang daripada ajaran Islam," katanya di sini semalam. 


Sharizat Semakin Terdesak, Bertindak Kebudak-budakan

Posted: 05 Feb 2012 10:28 PM PST

 
Saya petik:
 
Wanita Umno akan beri Rafizi baju kurung merah putih, kata Shahrizat
[TMI] KUALA LUMPUR, 5 Feb—Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini berkata beliau akan menghantar baju kurung merah putih kepada "penghendap" dalam PKR menambah yang berniat mahu mengambil alih jawatan itu.

Secara jelas merujuk kepada Rafizi Ramli, yang telah mengetuai serangan PKR terhadap Shahrizat dan Pusat Fidlot Nasional (NFC), menteri Kabinet ini berkata idea itu diberikan Wanita Umno pada satu mesyuarat baru-baru ini.

"Beliau akan kelihatan bagus dalam merah dan putih, nampak sedikit jambu. Wanita Umno akan menghantarnya kepada penghendap saya," katanya kepada pemberita di Hospital Kuala Lumpur di sini.

"Kerana saya rasa orang ini berhasrat untuk menjadi ketua wanita Umno, mungkin beliau pemimpin wannabe (tetapi) partinya tidak mempunyai ramai anggota. Wanita Umno mempunyai 1.3 juta ahli jadi beliau boleh rasa kuat."

Shahrizat telah berulang kali dikaitkan dengan skandal projek berkenaan berikutan peranan suaminya di dalam National Feedlot Corporation (NFCorp) sebagai pengerusi dan anak-anaknya merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Projek dana awam bernilai RM250 juta itu telah dikatakan "bercelaru" oleh akhbar berbahasa Inggeris The Star selepas dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Terma itu kemudiannya digunakan oleh media bagi merujuk kepada NFC selepas PKR melancarkan siri pendedahan berterusan yang menunjukkan dana projek itu telah disalah gunakan.

Pengarah strategik PKR, Rafizi mendakwa RM27 juta telah digunakan untuk pembelian tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut, yang diuruskan oleh Shahrizat dan keluarganya.

Aset syarikat itu telah dibekukan selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.

Shahrizat kemudian mengambil cuti selama tiga minggu untuk membenarkan siasatan dijalankan.


Shahrizat: 'Paparazi Si Jambu intip saya'
[SH] KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa hidupnya kini diekori oleh 'paparazi Si Jambu' yang diupah pihak tertentu untuk mengintip dan mengorek rahsia bagi merosakkan reputasi politik beliau.

Beliau berkata, perkara itu terbongkar semasa membuat lawatan ke Perak selepas pulang dari mengerjakan umrah minggu lalu.

Kata Shahrizat, beliau dimaklumkan ada seorang 'paparazi muda' dan dengan perwatakan lembut mengikuti pergerakannya untuk mengetahui apa yang dilakukan setiap masa.

Malah menurut Shahrizat, 'paparazi Si Jambu' akhirnya terbongkar dan mendedahkan mengenai apa yang dilakukannya sebelum ini serta setiap langkah beliau, akan dijadikan modal politik.

"Si Jambu itu berjaya ditangkap dan selepas menyoalnya, dia memberitahu diberi upah orang tertentu yang selama ini beria-ria menyerang saya. Matlamat dia mengupah Si Jambu, untuk mencari kesalahan saya.

"Orang berkenaan akan dihebahkan kepada semua orang. Saya telah beritahu kepada Si Jambu, adakah dia hendak ganti jawatan sebagai Ketua Wanita Umno? Kalau dia mahu, saya akan serahkan padanya, tetapi masalahnya, dia lelaki," katanya pada sidang media selepas melawat 11 bayi yang baru lahir di wad bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Ditanya Si Jambu itu diupah oleh siapa, Shahrizat berkata, pergi tanyalah PKR terutama, Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin.

Kedua-dua mereka sebelum ini telah menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata, sebagai tanda kenangan, Pergerakan Wanita Umno akan memberi hadiah berupa sehelai baju berwarna merah dan putih bertulis, 'ini jawatan Ketua Wanita yang kamu mahu' kepada 'Si Jambu' itu tidak lama lagi.

"Mereka berdua ini yang beria-ria mahu saya berundur dari jawatan Ketua Wanita dengan mengaitkan isu Nasional Feedlot Corporation dan kedudukan saya dalam politik terutama sebagai menteri dan Ketua Wanita.
"Saya telah menjelaskan, isu ini tiada kena-mengena dengan saya kerana ia melibatkan urusan perniagaan, namun mereka tetap menyerang. Hanya ALLAH yang mengetahui apa sebenarnya berlaku dan mereka, pembangkang lebih teruk dan menjadi agresif apabila saya berdiam diri," katanya.

Shahrizat mengambil cuti selama tiga minggu dari tugas sebagai anggota Kabinet. Beliau akan menghadiri mesyuarat jemaah menteri minggu depan. 
 
 
 
P/s: Sekali lagi nama Wanita UMNO diheret/dipergunakan oleh Sharizat untuk cover up skandalnya. Mengapa mengheret Wanita UMNO sedangkan yang kenyang dirinya seorang. NFC bukan projek Wanita UMNO.

Apabila dia mula meroyan mahu menghadiahkan baju kurung kerana kononnya pemimpin PKR mahu mengambil alih jawatannya, berang dengan orang yang dikatakan mengintipnya, bab itu sudah menampakkan dia bersikap kebudak-budakan (jurublog lain sudah menyamakannya dengan lembu). Adakah Sharizat sudah hilang akal berhadapan dengan skandal ini? Apa yang perlu dirisaukan jika dia tidak buat salah?
 
Kononnya pergi ke Makkah 2-3 kali dalam tempoh dua bulan mahu muhasabah diri, memohon hidayah, rasanya tidak ada beza pun jika dilihat berdasarkan kenyataannya di atas! Orang mungkin beranggapan Sharizat semakin terdesak sehingga menunjukkan sikap yang amat memalukan.

30 Imam AS Keluar FATWA Haram Pembunuhan Maruah

Posted: 05 Feb 2012 06:50 PM PST


Berita AFP melaporkan lebih 30 imam warga Amerika menandatangani fatwa mengutuk pembunuhan maruah, selepas mahkamah di Kanada menjatuhkan hukuman terhadap seorang warga Afghanistan yang didapati bersalah membunuh empat anggota keluarga perempuannya kerana mendakwa merosakkan reputasi keluarga.

Dalam fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi Islam Kanada (ISCC) dan ditandatangani oleh 34 imam, arahan agama itu menetapkan, "Tidak ada justifikasi untuk pembunuhan kerana maruah, keganasan rumah tangga dan kebencian terhadap wanita dalam Islam."

"Setiap keganasan termasuk penderaan kepada pasangan dan kanak-kanak dalam apa bentuk sekali pun, adalah dilarang. Hubungan antara suami dengan isteri berlandaskan kasih sayang dan kebaikan," katanya. -DCM


P/s: Sejak sekian lama, Islam dicemari oleh perbuatan kejam yang tidak berlandaskan hukum.



Remaja Mampu Bertutur dalam Bahasa Mandarin, Korea Selepas KEMALANGAN

Posted: 05 Feb 2012 06:16 PM PST


Saya petik:

[SH] BESUT - Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.
 
Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.
 
Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.
 
"Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar," katanya.
 
Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
 
Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.
 
Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.
 
"Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujianebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada," katanya.
Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur
 
Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.
 
Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.
 
"Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air," katanya.
 
Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
 
Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.
 
Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.
 
"Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar," katanya.
Tidak boleh bercakap loghat Kelantan
 
Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.
 
Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti 'mok' dan 'ayah'.
 
"Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah," katanya.
 
Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.
 
"Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.
 
"Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea," katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.
 
Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.
 
Jalani rawatan alternatif
 
Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil.
 
Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.
 
"Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital," katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.
 
Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan.
 
Ismail menetap di alamat 2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja.
 
 
 

Zaid Tetap Mahu Bubar KITA

Posted: 05 Feb 2012 05:41 PM PST


Saya petik:

[SH] SHAH ALAM - Datuk Zaid Ibrahim menegaskan, cadangan beliau mahu membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), yang diterajuinya masih kekal dan usul berkenaan akan dibawa ke mesyuarat majlis eksekutif hujung bulan ini.

Zaid mengumumkan cadangan untuk membubarkan parti berusia setahun itu, Khamis lalu.

"Ia (cadangan untuk membubarkan Kita) kekal. Saya akan membawa usul itu ke mesyuarat majlis eksekutif pada hujung bulan ini," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online lewat malam ini.
Presiden Kita itu menjelaskan, apa yang dilaporkan oleh media awal hari ini "tidak betul."

"Tidak betul," katanya.

Terdahulu Sinar Harian Online membawa laporan bahawa Zaid telah menarik balik keputusan untuk membubarkan Kita, tiga hari selepas beliau mengejutkan banyak pihak termasuk ahli dan pengikutnya akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi tujuan itu.

Sinar Harian Online difahamkan Zaid menerusi pegawai kanannya telah memaklumkan beberapa pengerusi negeri pagi ini.

Pengerusi Kita Johor, Dr Mohd Zaid Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. Malah beliau turut memaklumkan perkara itu kepada pemberita di Batu Pahat lewat petang tadi.

"Saya menerima panggilan sekitar jam 8 pagi tadi, Pegawai Perhubungan Pusat parti Kita, Aziz Kadir ada menghubungi saya untuk memaklumkan pendirian terbaru Datuk Zaid iaitu tidak mahu membubarkan parti Kita, EGM tidak akan diadakan," kata beliau.

Justeru kata Mohd Zaid, jika benar perkembangan tersebut, pihaknya menyambut baik keputusan itu memandangkan memang tiada alasan atau sebab Kita harus dibubarkan.

Kata Mohd Zaid, beliau mengucapkan terima kasih kepada Zaid kerana bersedia untuk mendengar pandangan pengerusi-pengerusi negeri yang merasakan tidak perlu diadakan EGM untuk membubarkan Kita. - G Manimaran






PAS DESAK Hasan Ali Letak Jawatan ADUN

Posted: 05 Feb 2012 05:15 PM PST


Saya petik:

[SH] SHAH ALAM – Datuk Dr Hasan Mohamed Ali perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia sekiranya enggan membuat rayuan kerana kerusi dimenanginya itu atas tiket Pas.
 
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan terus mendesak Hasan supaya melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya beliau sudah membuat keputusan muktamad tidak mahu merayu dan berhajat untuk 'angkat kaki' daripada menjadi ahli parti itu.
 
Menurutnya, adalah lebih baik bagi bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berdiam diri dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan pemimpin tertentu sebagai parasit.
 
"Sekiranya beliau tidak suka pada seseorang, itu haknya. Ini semua tiada kaitan dengan Pas lagi, tetapi saya ingatkan supaya tidak meletakkan semua kesalahan kepada orang lain sedangkan ia adalah kesalahan yang dilakukan dirinya sendiri.
 
"Hasan tidak boleh cakap orang lain parasit kerana orang berkenaan ada hati dan perasaan. Sebab itu menasihatinya supaya tidak buka mulut," katanya, semalam.
 
Semalam akhbar ini melaporkan keengganan Hasan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya daripada Pas yang disifatkan dilakukan se­ca­ra autokratik dan tidak de­mokratik.
 
Malah Hasan turut menggariskan sembilan sebab mendorongnya membuat keputusan penting itu.
 
Mengulas tindakan Hasan yang melemparkan kesalahan ke atas Pas dan mengemukakan sebab-sebab menolak parti itu, Tuan Ibrahim berkata, tindakan itu langsung tidak munasabah, malah beliau masih gagal mendedahkan individu dimaksudkan.
 
Menurutnya, tindakan itu menunjukkan Hasan seorang pemimpin yang gagal dan tidak mempunyai autoriti serta hak melakukan perubahan setelah diberikan peranan memegang dalam jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.
 
"Kenapa beliau mahu menyalahkan orang lain? Mengaku saja yang diri sendiri buat salah. Tidak ada urusan campur tangan orang lain ketika beliau pegang jawatan berkenaan," katanya. -Norjimi Azmi Latiff


P/s: Kalau HA orang muka malu, dia sudah buat awal-awal membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai EXCO tanpa perlu MB Selangor mengadap Sultan. Begitu juga jawatan ADUN yang dimenanginya atas tiket parti PAS. Masalahnya dia muka....!


Berkaitan:

PAS Selangor Tidak Mahu Layan HA

[SH] SHAH ALAM – Pas Selangor tidak akan melayan sebarang tuduhan bekas Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana menyifatkannya sebagai memberikan 'talian hayat' kepada bekas ahli Pas itu untuk terus mengkritik parti tersebut.

Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman berkata, pihaknya juga tidak bercadang untuk mengadakan sebarang perdebatan bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat Hasan.

"Ikut suka dialah nak cakap apa pun kerana dia bukan lagi ahli Pas, jadi terpulanglah kalau nak komen apa pun.

"Kalau dia nak meraung sekalipun terpulanglah kerana kita tak bercadang nak berdebat dan tak mahu beri 'talian hayat' kepadanya," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab sama ada Pas Selangor sedia tampil memperjelaskan segala tuduhan yang dilemparkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dalam beberapa siri ceramah dan sidang medianya.

Abd Rani berkata, perkara itu diputuskan selepas mendapat nasihat daripada Pas Pusat berhubung isu pemecatan Hasan.

Katanya, beliau menafikan kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan.

Menurutnya, Pas Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan.

"Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan Pas Selangor.

"Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus.

"Yang kita hairan, kalau TV3 panggil dia pergi pulak? Tetapi kita panggil dia tak datang dan dia sendiri yang 'menghitamkan' suasana,
" katanya.

Abd Rani turut menolak dakwaan Hasan yang mengatakan 72 peratus pemimpin Pas dijangkiti parasit.

Katanya, beliau hairan bagaimana Hasan mendapat statistik tersebut tanpa mengemukakan fakta dan bukti.

"Mana dia dapat statistik sebegitu? Adakah itu hasil kajiannya sendiri? Kalau nak tuduh kita perlu kemukakan bukti dan faktanya. Dalam Islam pun begitu," katanya.

Dalam pada itu, Abd Rani turut mempersoalkan keikhlasan Hasan dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) kerana dilihat lebih condong mengkritik parti itu berbanding Umno.

"Kalau dia benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan pendiriannya mengapa tidak menegur kedua-duanya sekali iaitu Pas dan Umno. Tetapi dalam isu ini kita lihat dia hanya mengkritik Pas.
 
"Nampak seolah-olah dia memang budak suruhan Umno seperti yang didakwa oleh Khalid (Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor)," katanya. - Ahmad Norman Abu Talib






Tiada ulasan: