Ahad, 5 Februari 2012

Biaqpila

Biaqpila


Fokus PRU13, jangan sibuk cabut kemuncup

Posted: 05 Feb 2012 02:00 PM PST

KUALA TERENGGANU, 5 Feb: PAS mengarahkan semua jenteranya memberikan fokus sepenuhnya untuk memenangi pilihan raya umum akan datang kerana peluang untuk PAS menang amat besar.





"Kita sekarang nak hadapi pilihan raya jadi kena fokus. Masa ini tak perlu cabut kemuncup kat baju atau stokin kita, fokus kepada nak sumbat gol.





"Ini tak, penjaga gol pun dok sibuk sabut kemuncuk sampai orang sumbat gol pun tak sedar," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika memberi taklimat kepada jentera penerangan PAS Terengganu.



Beliau bersama 80 ahli rombongan sedang dalam siri konvoi penerangan menjelajah seluruh negara menjelang pilihan raya ke-13.



Hari ini adalah hari kedua jelajah selepas mereka berada sehari suntuk di Kelantan semalam.



Esok konvoi yang diketuai Tuan Ibrahim ini akan ke Pahang pula selepas selesai program di Terengganu hari.




Program konvoi ini akan bersambung balik hujung minggu depan ke selatan pula bermula dengan Negeri Sembilan dikuti Melaka dan Johor.



Turut serta dalam sessi taklimat hari ini adalah semua AJK Penerangan PAS peringkat negeri dan kawasan.



Turut menyertai konvoi adalah Setiausaha Penerangan PAS Pusat, Misbahul Munir Masduki, AJK, Nuridah Salleh, Drs Khalil Idham Lim dan Nik Muhammad Zawawi Salleh.



Tuan Ibrahim mengaku ada sebahagian jentera PAS tidak fokus dengan membincangkan isu-isu dalaman yang sebenarnya bukan isu termasuk isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali.



Untuk kepentingan jamaah, katanya, PAS kena fokus untuk menang dalam pilihan raya ini kerana pilihan raya ini adalah peluang terbaik untuk PAS dan Pakatan Rakyat menang.



Menurut beliau, orang Cina berdasarkan servey sekarang sudah 83 peratus menyokong Pakatan Rakyat.



Oleh itu, katanya, peluang terbuka luas untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya dalam pilihan rayam



Dalam majlis itu, Tuan Ibrahim memberikan peringatan kepada petugas PAS agar mengamalkan tiga perkara bagi melancarkan kemenangan PAS iaitu
Ikhlas dalam perjuangan, sabar dalam menghadapi perjuangan dan solat malam (tahajud) untuk mendekatkan diri kepada Allah.



"Juga sentiasa memohon ampun kepada Allah kerana kita bimbang tidak menang kerana dosa ahli kita," kata Tuan Ibrahim.



Selain taklimat, rombongan juga menyertai pelbagai program dari kuliah Subuh, hi tea, perlawanan bola, kuliah Maghrib dan ceramah umum.




HD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LIVE: BAHRAIN U23 vs MALAYSIA U23

Posted: 05 Feb 2012 07:25 AM PST

Najib, Mahathir jalin hubungan dengan Israel sekian lama- AMK

Posted: 05 Feb 2012 05:24 AM PST


(Oleh: Masdar Wahid)


 


KUALA LUMPUR 3 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan Umno lainnya bersikap talam dua muka berhubung dasar luar negara dengan menjalinkan hubungan dengan Israel sejak sekian lama.


Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas kenyataan semborono pemimpin Umno, termasuk bekas presidennya, Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ketua pembangkang itu menyokong Israel.


Dokumen EU menunjukkan Malaysia di kedudukan ke 15 menjalin hubungan dagang dengan Israel


Menurut Shamsul, Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai rakan dagang utama dengan Israel pada 2010, melalui dokumen rasmi yang didedahkan oleh Kesatuan Eropah (EU), selain kapal Israel dibenarkan berlabuh di perairan Malaysia.


“Pendedahan dokumen yang menyatakan Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai 'The Major Trade Partner 2010′ dengan rejim Israel membuktikan sikap sebenar hipokrasi Umno.


“Namun di dalam negara, mereka (pemimpin Umno) cuba menyatakan Malaysia tiada hubungan langsung dengan Israel, samada secara rasmi atau tidak rasmi,” katanya.


Selain itu, katanya, Najib melantik syarikat perunding komunikasi Israel, Apco Worldwide untuk menaikkan imej kerajaan dengan membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada syarikat zionis itu.


Manakala Mahathir pula mengakui pernah membayar seorang pelobi Zionis, Jack Abramoff bagi menemui bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush.


“Najib mengupah Apco dan Dr Mahathir pula membayar pelobi zionis jutaan ringgit, ini semua mengukuhkan lagi sikap bermuka-muka Umno yang mempercayai kepakaran Israel berbanding keupayaan rakyat Malaysia sendiri.


“Sebab itu fitnah Umno bersama media kawalannya kononnya Anwar menyokong Israel jelas menggambarkan sikap hipokrit dan bertujuan cuba mengalih isu sebenar,” jelas beliau kepada keadilandaily.com


Sebelum ini, pentadbiran Najib membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, untuk tujuan perundingan komunikasi selain mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.


Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Anwar dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.


Selain Apco, pentadbiran Najib turut mengupah syarikat komunikasi, FBC media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara ke Gaza, Mei 2010.


FBC yang dibayar kerajaan Malaysia RM94 juta turut memuji tindakan Israel menghentikan misi bantuan kemanusian kapal Mavi Marmara ke Gaza, yang menyaksikan beberapa orang terkorban.




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Mana gula-gula saya?

Posted: 05 Feb 2012 12:00 AM PST



Yusri Harun

4 FEB — Kebelakangan ini, galak sungguh pihak kerajaan pemerintah pimpinan Barisan Nasional memperkenalkan pelbagai inisiatif mudah, mesra kepada golongan yang pendapatan isi rumah mereka kurang daripada RM3,000. Saya tidak mempersoalkan tindakan tersebut malah menyokong segala inisiatif yang diadakan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah apabila diberi undi oleh rakyat, iaitu untuk memakmurkan kehidupan rakyat.
Namun, apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam keghairahan ini, telah tidak langsung meminggirkan golongan pertengahan tinggi yang merupakan golongan yang paling banyak membayar cukai pendapatan, cukai perkhidmatan dan merupakan pencarum kepada Skim Kumpulan Simpanan Pekerja.

Golongan pertengahan tinggi ini dikategorikan oleh kerajaan sebagai golongan mampu tetapi mereka sebenarnya terpaksa membayar segala bentuk perkhidmatan yang diperlukan seperti yuran asrama anak yang tinggi, kos makanan anak di asrama, bayaran bulanan pembelian rumah, tol, minyak, kenderaan, Astro, khidmat Internet, khidmat kesihatan hatta cukai perkhidmatan yang dikenakan kerajaan di restoran-restoran. Mereka ini adalah pembayar cukai yang tinggi sehingga gaji bulanan yang dikategorikan sebagai tinggi dan mampu oleh kerajaan sebenarnya adalah rendah dan menyesakkan.
Namun, apa yang golongan ini dapat daripada pelbagai inisiatif kerajaan pemerintah pimpinan Barisan Nasional sekarang? Boleh dikatakan tidak ada langsung. Yang ada mungkin hanya wang RM100 untuk bantuan persekolahan anak dan baucer buku bernilai RM200 bagi anak-anak mereka yang belajar di universiti.
Perkhidmatan asas seperti bantuan penuh untuk anak-anak di asrama, pengecualian cukai perkhidmatan di restoran-restoran, diskaun tol dan diskaun perkhidmatan kesihatan patut diperkenalkan kerajaan bagi membantu golongan pertengahan tinggi ini dalam memastikan mereka juga patut menikmati hidup yang lebih makmur.
Kerajaan pimpinan Barisan Nasional patut sedar bahawa golongan pertengahan tengah inilah merupakan golongan pengundi yang celik hak dan mereka berupaya melakukan perubahan dalam PRU13 yang akan datang. Mereka patut diberi perhatian!

wargamarhaen


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Video baru Datuk T membosankan: Akankah Najib beri habuan untuk bertanding?

Posted: 04 Feb 2012 08:00 PM PST


Walaupun disiarkan di muka depan akhbar UMNO, Utusan, video seks sambungan Datuk T agak membosankan ramai. Ini menunjukkan betapa rendahnya keyakinan rakyat terhadap PM Najib Razak dan partinya yang telah dipersalahkan kerana membawa politik Malaysia ke tahap yang lebih kotor



“Semua orang sudah bosan dengan permainan ini. Rakyat tidak sebodoh yang disangka. Rakyat juga tahu kebolehan PM Anwar berbanding PM Najib. Mereka akan membuat perhitungan di kotak undi kelak. Anwar tetap mempunyai harapan cerah walaupun Trio DAtuk T menyiarkan video seks bebeza setiap malam,”Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.



Datuk T – Memalukan UMNO atau wira mereka?





Mereka mencabar Anwar menyaman mereka untuk fitnah dan amaran mereka adalah mereka akan menimbulkan kekecohan dengan mendapatkan kebenaran mahkamah menayangkan video itu di mahkamah. Ancaman ini langsung tidak menakutkan Anwar.



Hanya minggu lepas, pemimpin pembangkang itu telah mengemukakan saman fitnah RM150 juta terhadap Utusan dan selepas berbincang dengan peguam beliau, tidak mustahil Anwar akan mengambil langkah paling berani terhadap yang menuduh beliau.



Kepada ramai ahli UMNO, Trio Datuk T sangat memalukan tetapi tidak kepada kepimpinan UMNO. Trio ini terdiri daripada Rahim Thamby Chik, bekas Menteri Besar Melaka, bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim dan bekas konsulat Thailand Shazryl Eskay Abdullah.



Kesemua mereka telah dijanjikan kerusi untuk bertanding sekiranya helah pertama mereka berjaya. Tahun lepas, trio ini mengejutkan rakyat dengan menayangkan video memaparkan seorang lelaki yang mereka dakwa sebagai Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan seorang pekerja wanita.



Video itu timbul setelah DUN Sarawak dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri. Sungguhpun begitu, PKR tetap memenangi 3 kerusi sementara rakan mereka DAP menang 12.



Ia bagaimanapun tidak menguntungkan UMNO dan blogger yang mereka bayar untuk menyemarakkan lagi cerita itu.



Sebuah kerusi bertanding untuk setiap orang ahli Trio Datuk T





Dalam helah yang dilancarkan pada 2011 untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan, Shazryl dan Rahim memainkan peranan penting dalam menarik minat media. Walaubagaimanapun, selepas pita itu gagal menarik minat tetapi hanya kebencian rakyat, kedua-dua lelaki ini menyepikan diri. Sumber dari dalam UMNO memberitahu bahawa Rahim masih mengharapkan sebuah kerusi untuk bertanding pada PRU 13.



Dalam ‘sequel’ terbaru, peranan diserahkan kepada Shuib Lazim, ayah mertua Menteri Pembangunan Luar Bandar; Shafie Apdal.



“Ketiga-tiga lelaki ini ingat mereka boleh jadi seperti Loh Gwo Burne dari PKR yang mendapat nama selepas mendedahkan rakaman Lingam yang mengatur hakim di Malaysia. Tetapi mereka membuat kesilapan besar. Bodohla si Rahim kalau dia fikir Najib akan beri kepadanya satu kerusi. Kesemua kerusi boleh menang sangat berharga untuk UMNO dan ia tidak boleh diberi kepada sesiapa sahaja,” ujar sumber dalam UMNO itu kepada Malaysia Chronicle.



“Lagipun, apa yang Rahim dah buat untuk UMNO untuk melayakkan dia dapat kerusi tersebut? Sekiranya Najib mengalah, ia menunjukkan Rahim memberi tekanan kepada beliau dan ini juga menunjukkan kebodohan Najib berfikir dengan jelas untuk masa depan. Najib sering menjerat dirinya dalam ugutan politik disebabkan helah bodoh diri sendiri. Satu demi satu akan timbul dan mereka akan berkeras meminta bahagian mereka dan jika Najib mengalah, dia akan mengambil daripada yang berhak. Akhirnya, UMNO akan menjadi parti yang hancur dengan barisan calon yang kotor, lihat saja nanti!”



Malaysia Chronicle tidak dapat menghubungi Rahim yang juga pengerusi RISDA. Pada muka depan Utusan, Shuib mengatakan bahawa sebuah pita video seks telah dirakam pada 12 dan 13 Januari tahun lepas di Thailand.



“Saya dah tengok video ini yang diberi oleh Eskay kepada saya. Saya rasa Eskay dah sedia untuk mendedahkan video ini sekiranya Anwar menyaman kita. Lihat pada passport Anwar dan semak dia pergi mana masa tu. Atau tanya isteri dia Dr Wan Azizah Wan Ismail,” Shuib dilaporkan berkata.



Rumah Zoo





Utusan juga mencabar Anwar untuk mendapatkan khidmat pakar video kalau beliau maha untuk membuktikan lelaki dalam rakaman itu bukan beliau. Anwar sudahpun menyangkal dakwaan itu dan membuat laporan polis.



Mahkamah sebelum ini telah menjatuhkan hukuman bersalah keatas trio Datuk T yang menayangkan pornografi di tempat awam dan mengenakan sedikit denda kepada mereka. Walaubagaimanapun, polis yang didakwa bersekongkol dengan Najib masih lagi sedang menyiasat Anwar dibawah Seksyen 182 kanun keseksaan kerana memberi maklumat palsu yang bertujuan menyakitkan pihak lain dengan menyangkal bahawa beliau adalah orang dalam rakaman itu.



Tidak ramai rakyat yang percaya bahawa Najib tidak akan menggunakan politik kotor untuk kekal berkuasa. Pentadbiran beliau sudahpun merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar daripada pertuduhan liwat.



“Siapa yang tidak akan terkejut jika polis boleh dapatkan jam Omega itu dan menuduh Anwar untuk satu lagi pertuduhan palsu? Jadi, pita seks apa pula yang Shuib bawa ini? Dia cuma mahu beri publisiti negatif terhadap Anwar tetapi rakyat sudah mula jemu dengan taktik seks UMNO. Ini akan merosakkan mereka bukan Anwar atau Pakatan. Daripada perjumpaan kami, saya yakin orang Melayu tidak gembira dengan cara UMNO menggunakan taktik kotor untuk dapatkan undi dan ini berita baik untuk kami,” ujar timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.



“Yang penting adalah reaksi seluruh dunia semasa Anwar dibebaskan daripada tuduhan Liwat II. Reaksi spontan diseluruh dunia itu adalah pembuka mata kepada rakyat Malaysia. Rakyat sudah tahu bahawa dunia percaya Najib dan UMNO cuba memfitnah Anwar. Juga jelas kepada kerajaan di negara lain bahawa Anwar adalah calon terbaik untuk menjadi Perdana Menteri dan mereka harap Anwar akan berjaya kerana situasi agak kritikal. Malaysia sedang jatuh dan jika dibiarkan negara dimanupulasi oleh Najib dan orang-orang seperti Datuk T, situasi akan menjadi lebih teruk dan negara akan menjadi seperi zoo.


Malaysia Chronicle

shalehudin



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: WASIAT NENEK

Posted: 04 Feb 2012 05:00 PM PST


Gambaq Hiasan

Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.

Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani.

Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".
Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :
"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"(moralnya hati2lah semasa ziarah orang sakit kat spital.).

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: