Ahad, 5 Februari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Gaji Tahunan RM238 032, Kerjanya Langgan PELACUR

Posted: 05 Feb 2012 06:00 AM PST


Ya, lelaki yang terpilih akan dibayar dengan jumlah yang begitu lumayan untuk melanggan pelacur! Sudah tentu, kerja itu bukan hanya berkaitan dengan seks semata-mata.

Menurut Digital Spy, sebuah firma penyiasatan swasta di Australia sedang mencari lelaki  yang layak untuk berkhidmat sebagai "inspektor rumah pelacuran".

Calon yang berjaya dikehendaki menyamar dan mengambil bahagian dalam perkhidmatan seksual bagi pihak majlis tempatan di New South Wales.

Kumpulan Siasatan dan Forensik Lyonswood di Sydney meletakkan iklan pekerjaan yang bertajuk "Brothel Buster Investigator" dalam majalah My Career. Gaji tahunan yang ditawarkan ialah £50,000 (RM238, 032).

Calon mestilah belum berkahwin dan bersedia melakukan hubungan seksual selamat serta hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan.

Calon yang terpilih akan mengunjungi pusat pelacuran haram dan membuktikan perkhidmatan seks yang ditawarkan di situ. -DCM


P/s: Macam-macam! Yang pasti, berlumba-lumba lelaki menawarkan diri untuk mengisi jawatan itu!


Zaid BATAL Hasrat Bubar KITA

Posted: 05 Feb 2012 04:40 AM PST


Saya petik:

[SH] SHAH ALAM - Datuk Zaid Ibrahim telah menarik balik keputusan untuk membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), tiga hari selepas beliau mengejutkan banyak pihak termasuk ahli dan pengikutnya akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi tujuan itu.
Sinar Harian Online difahamkan Zaid menerusi pegawai kanannya telah memaklumkan beberapa pengerusi negeri pagi ini.
Pengerusi Kita Johor, Dr Mohd Zaid Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
"Saya menerima panggilan sekitar jam 8 pagi tadi, pegawai penyelaras parti ada menghubungi saya untuk memaklumkan pendirian terbaru Datuk Zaid iaitu tidak mahu membubarkan parti Kita, EGM tidak akan diadakan," kata beliau.

Justeru kata Mohd Zaid, jika benar perkembangan tersebut, pihaknya menyambut baik keputusan itu memandangkan memang tiada alasan atau sebab Kita harus dibubarkan.
Kata Mohd Zaid, beliau mengucapkan terima kasih kepada Zaid kerana bersedia untuk mendengar pandangan pengerusi-pengerusi negeri yang merasakan tidak perlu diadakan EGM untuk membubarkan Kita.
"Ini perkembangan baru. Apa yang penting sekarang ialah kepimpinan parti perlu mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan segala isu yang timbul dan menyusun strategi hala tuju menghadapi cabaran pilihan raya.
"Kita sebenarnya sudah mula mendapat sambutan. Sekarang ini pun saya sedang menghadiri majlis menerima ahli-ahli baru di Senggarang," katanya ketika dihubungi petang ini.
Kelmarin, Mohd Zaid bersama pengerusi beberapa negeri melahirkan pendirian tidak setuju dengan langkah Zaid mahu membubarkan Kita.
Dalam pada itu, Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim yang dihubungi berkata, beliau tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara tersebut.
"Cuma saya ada dengar begitu. Tetapi, saya berpendirian bahawa kemungkinan Datuk Zaid mengambil pendirian baru ini ekoran bantahan daripada banyak pihak dalam Kita," katanya.
Tegas Zamil, pendirian beliau masih sama sebagaimana dilahirkan kelmarin iaitu Zaid harus berundur daripada memimpin Kita dan memberi laluan kepada orang lain yang mampu dan berkemampuan untuk menerajui parti berusia setahun ini.
"Beliau boleh menyertai sama ada BN atau Pas memandangkan ada pihak sudah mempelawa beliau, seperti yang disiarkan oleh akhbar hari ini... beliau sudah tidak layak untuk menerajui Kita," katanya lagi.
Khamis lalu, Zaid berkata, akan membubarkan parti itu untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa mereka tidak memihak kepada pembangkang.
Menurut Zaid, Kita akan dibubarkan menerusi EGM yang akan diadakan tidak lama lagi tetapi tidak memaklumkan tarikhnya.
Usaha untuk mendapatkan pengesahan Zaid masih belum berhasil. - G Manimaran



P/s: Zaid U-turn habis lagi, kadok naik junjung pula semakin menunjukkan belang!


[Video] Hasan Ali TIDAK Merayu, Enggan Bertemu Rakan Rapat???

Posted: 05 Feb 2012 04:07 AM PST

Saya petik:

Hasan Ali tidak akan rayu

[SH] KUALA LUMPUR - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan beliau tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya sebagai ahli parti Islam itu.

Beliau dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu dan mempunyai 30 hari untuk membuat rayuan.

Hasan yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi membantah keputusan pemecatan beliau dengan menyifatkan tindakan itu diambil secara arbitari dan mengikut selera 'parasit' yang mahu beliau keluar Pas.

"Peranan parasit yang begitu menonjol dalam mesyuarat membuat keputusan tersebut sehingga pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi seperti lazim dilakukan.

"Saya juga tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa-apa pertuduhan (sekiranya ada) yang dikenakan terhadap saya," kata beliau pada sidang media di rumahnya di sini, petang ini.

Menurut Hasan, beliau tetap berpegang kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyatakan bahawa segala-galanya yang melibatkan dirinya telah selesai selepas Pertemuan Mahabbah di Kota Bahru pada 27 Disember lalu.

Mengulas isu sama, Hasan berkata, hala tuju dan dasar perjuangan parti telah terkeluar dari landasan asalnya apabila negara Islam, hukum hudud, kepimpinan ulama ukhwah Islamiyah dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan serta urusan harian parti.

"Sebelum ini, saya sering mencadangkan supaya Pas mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana pendekatan akomodatif yang diambil oleh 'parasit' di dalam Pas melampaui hal berkaitan dasar parti hingga terpaksa dikorbankan demi menjaga hubungan bersama PR.

"Dalam konteks negeri Selangor, saya sendiri menghadapi kesukaran dan suasana serba salah untuk melonjak, menjunjung dan mendaulatkan Islam serta bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam pernyataan dasar parti," katanya.

Hasan menambah, antara sebab beliau enggan membuat rayuan adalah kerana mendapati pimpinan 'parasit' dalam Pas lebih gemar mendengar pandangan daripada DAP dan PKR berbanding daripada wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri.

Katanya, ruang untuk Islam di Selangor khususnya berkaitan hal nahi mungkar menjadi perkara pokok perjuangan Pas hampir tidak wujud kerana DAP, PKR dan sebahagian daripada pimpinan Pas Negeri yang menjadi 'parasit' tidak menyebelahi beliau.

"Alasan yang diberikan ialah kerana pendapat saya kononnya bercanggah dengan hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih dan demi mengutamakan Putrajaya.

"Hampir dalam semua perkara, Pimpinan 'parasit' ini menyuarakan pandangan negatif terhadap semua yang saya lakukan sebaliknya mereka lebih suka menyerang saya termasuk menyuarakan melalui media masa yang sebenarnya sudah jauh menyimpang daripada amalan akhlak Islam," katanya. 



Dr Mahfodz: Saya paling rapat dengan Dr Hasan

[FMT] Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar) mungkin paling kecewa dengan keputusan Datuk Dr Hasan Ali tidak mahu merayu menyertai semula PAS.

Naib ketua dewan ulamak PAS mengakui beliau sangat rapat dengan Dr Hasan yang dipecat dari parti awal Januari lalu.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat kerana mempunyai pendirian berbeza dengan parti dan juga Pakatan Rakyat.

Dr Hasan yang menubuhkan NGO JATI kerap menyerang PAS dalam siri program di seluruh negara.

"Saya kenal rapat dengan Dr Hasan dan selalu bertemu di masjid Mujahiddin Damansara Utama.

"Malah saya orang pertama yang diarahkan parti bertemu bekas exco agama kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan penjelasan mengapa menyerang PAS.

"Saya dan isteri pergi ke rumah Dr Hasan di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur tetapi beliau tidak membuka pintu untuk kami masuk.

"Jadi kami tidak dapat bertemu Dr Hasan," kata Dr Mahfodz.

Nasharuddin janji kekal

Berbeza dengan Nasharuddin Mat Isa, ahli parlimen Bachok itu berjanji kekal dengan perjuangan PAS.

Kata, Dr Mahfodz, beliau mendapat kepastian itu dari SMS yang dihantar oleh bekas naib presiden PAS itu.

Masa depan Nasharuddin dalam PAS menjadi tanda tanya selepas kegagalan mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti Julai tahun lalu.

Beliau yang sudah dua penggal menjadi timbalan presiden PAS kalah kepada pemimpin veteran Mohamad Sabu.


Baca di sini dan di sini juga.



Hasan Ali Meneruskan Fitnah terhadap PAS, PKR, DAP

Posted: 05 Feb 2012 02:53 AM PST


Saya petik:

Bekas EXCO Selangor enggan buat rayuan pemecatan sebagai ahli parti

[HM] MUAR: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa parti itu kini dikuasai 72 peratus pemimpin berfahaman sekular yang 'tidur sekatil' dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bagi memenuhi matlamat mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Hasan yang juga bekas EXCO kerajaan Selangor berkata, pemimpin 'parasit politik' itu juga sanggup menggadaikan Islam dan mengetepikan al-Quran, hadis dan itjmak ulama untuk bersengkongkol dengan kedua-dua parti pembangkang itu.

"Saya berpendidikan sekular tetapi menyertai PAS kerana tertawan dengan cogan kata parti itu dan kepemimpinannya golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan tetapi kini kasihan golongan ulama PAS yang hanya tinggal sedikit saja.

"Malah pemimpin 'parasit politik' ini dengan berani meminta saya bersabar dan saya ingat lagi apa yang dikatakannya 'You (anda) sabarlah sikit... You ikut saja... You main mata dengan DAP dan PKR ini... waktu kita dapat takluk Putrajaya, baru kita martabatkan Islam.

"Ini jawapan saya kepada pemimpin parasit ini 'pergilah'. Bayangkan jika daripada awal sudah lemah dan tunduk kepada desakan dan bantahan DAP dan PKR, bagaimana golongan ulama mahu menegakkan syiar Islam, macam mana ingin martabatkan Islam jika tidak kuat," katanya ketika berucap pada Ceramah Cabaran Umat Kini, di Dataran Bukit Naning, dekat sini.

Ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (PEKIM) itu dihadiri lebih 5,000 masyarakat setempat.
Sementara itu, pada sidang media di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur, Hasan berkata, beliau tidak akan membuat sebarang rayuan berhubung pemecatannya sebagai ahli PAS pada 8 Januari lalu yang tamat pada Selasa ini.

Katanya, pemecatan serta gesaan supaya namanya digugurkan daripada barisan EXCO Selangor dilakukan secara autokratik dan tidak demokratik, hanya berdasarkan keterangan sebelah pihak serta menggambarkan ada komplot untuk menjatuhkannya.

"Asas terhadap keputusan muktamad ini adalah peranan parasit yang mempengaruhi pimpinan tertinggi, tidak menerima sebarang surat bagi membela diri, hala tuju dan dasar perjuangan parti terkeluar dari landasannya," katanya.  



P/s: Ingat kubur Hasan Ali!


Tuduhan liar Hasan Ali dijawab di sini, di sini, dan di sini.

Berkaitan:



Artis DIHINA Kerana Insaf

Posted: 04 Feb 2012 10:44 PM PST



Saya petik:



AL MAWLID... (dari kiri) Zaf VE, Azan Ruffedge dan Pot Innuendo.

[HM] KUALA LUMPUR: Dihina, diusik dan dilabel dengan pelbagai gelaran seperti 'ustazah jadi-jadian' selain dipulau rakan, saudara-mara dan adik beradik antara cabaran kehidupan empat artis ini selepas mendekatkan diri ke jalan Allah.

Pada zaman kemuncak mereka, siapa tidak kenal Catriona Noorhayati Ross Bahrain Ross (Cat), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).
Mereka bukan asing dalam industri hiburan tanah air. Masing-masing pernah merasai dunia glamor dan menyemarakkan dunia lakonan dan muzik melalui genre R&B dan hip-hop hingga menjadi kegilaan ramai, terutama anak gadis.

Cat kini bergelar penceramah bebas, manakala tiga lagi artis lelaki itu menubuhkan kumpulan nasyid Al Mawlid bersama Abdullah Ahmad (Lah VE) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge). Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, keempat-empat artis ini mengambil kesempatan berkongsi cabaran dan pengalaman dalam mengharungi fasa baru dalam hidup mereka.


P/s: Alhadullilah! Biarlah orang nak kata apa, janji anda di jalan yang benar.

Kerana Dadah, Lelaki Sanggup Bakar Muka Isteri

Posted: 04 Feb 2012 09:41 PM PST


Saya petik:

[HM] KOTA BHARU: Seorang penagih dadah bukan saja bertindak ganas, malah tergamak membakar muka isteri hingga melecur di mata ketika meminta wang daripada anak mereka di Kampung Kedai Buluh, Badang, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 7 malam, mangsa berusia 40 tahun dikatakan turut dihentak oleh suspek menggunakan kerusi.

Difahamkan, suspek yang juga berusia 40 tahun sebelum itu meminta wang daripada anaknya berusia 19 tahun dan terus meluru mengambil dompetnya di bilik.

Suspek kemudian keluar dan terserempak dengan mangsa sebelum mengamuk serta bertindak ganas.

Dia mengambil pemetik api dan membakar wang kertas RM1 di mata kiri mangsa yang dalam ketakutan.

Bagaimanapun, anaknya yang turut melihat tindakan suspek tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu ibunya.

Mangsa meminta anaknya membuat laporan polis sebelum melarikan diri bersama seorang lagi anak berusia dua tahun.

Susulan laporan polis diterima, suspek ditahan di rumahnya pada jam 8 malam semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Beliau berkata, suspek dikatakan baru selesai menjalani hukuman di penjara membabitkan kes dadah.

Katanya, suspek yang ditahan sehari selepas kejadian kemudian direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 324 iaitu sengaja menyebabkan kecederaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

"Ketika ditahan, suspek turut ditemui bersama tiub straw dipercayai mengandungi dadah. Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II)," katanya.




[Video] Penjelasan Presiden PAS tentang Pemecatan Hasan Ali

Posted: 04 Feb 2012 08:10 PM PST






Berkaitan:

Sebab Hasan kena pecat - Wawancara Presiden PAS

[SH] MUKADIMAH: Dalam wawancara selama 1 1/2 jam bersama Sinar Harian baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bukan sahaja menegaskan tidak mempunyai agenda untuk menjadi perdana menteri, tetapi juga mengulas tindak-tanduk bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang dipecat daripada parti itu kerana melanggar disiplin dan pelbagai cabaran serta halangan dihadapi Pas, terutama dalam usaha mengambil alih Putrajaya.

Ikutilah wawancara Timbalan Pengarang Berita, Farush Khan; Editor Terengganu, Wan Normi Hasan dan wartawan Wan Saidatul Fadzilah Wan Najemudin dengan tokoh agama dan politik itu, yang berlangsung di kediaman beliau di Rusila, Marang, Terengganu.

Kenyataan Datuk Hasan menjejaskan juga prestasi parti?

Hadi: Dalam sehari dua, apabila sudah banyak hari akan terserlahlah langkah kita itu betul. Contohnya, isu berkait dengan Himpunan Sejuta Umat. Kita lihat isu ini banyak benda tidak tepat. Contohnya, orang Melayu masuk Kristian sampai ratus-ratus ribu. Pernah dengar kan? Bila polis siasat, maklumat itu tidak betul, orang yang disiasat dibebaskan. Mengapa tiada diambil tindakan? Kerana ada pelindung dia; kita tahu. Pada kita murtad ini bukan sahaja masuk Kristian, tapi termasuklah hina hukum Islam. Boleh jadi murtad dengan kejahilan dia, berlaku begitu rupa. Menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal. Jadi, murtad ini luas. Dan kita nampak isu ini dipolitikkan dan pada PRU 2008 ada yang berhempas-pulas mendapatkan undi Melayu. Rata-rata orang Melayu tak tahu agama kebanyakannya dan mereka sayang pada Islam. Mereka jadikan isu ini untuk tarik undi Melayu, bukan untuk mempertahankan Islam.

Saya pernah bawa usul menangani murtad di Parlimen pada 1998. Mengikut standing order di Parlimen, usul bukan kerajaan hendaklah diletakkan di belakang. Yang kedua, usul seperti ini hendaklah dibawa oleh seorang menteri kerajaan yang boleh disokong, dirujuk kepada standing order. Apabila menteri bawa, ada sokongan. Setelah ada undi barulah saya bawa usul ini, banyak lapis, akhirnya ditinggalkan begitu sahaja usul ini.

Tetapi akhir-akhir ini dibawa isu ini dengan Himpunan Sejuta Umat. Tidak lebih daripada mempolitikkan isu, bukan nak pertahankan akidah dan nak gunakan orang Pas untuk mengerah orang Pas ramai-rami hadir di stadium Shah Alam. Saya tahu ada kalangan yang nak sediakan bas. Apabila kita tahu macam ini, kita kata jangan pergi, Datuk Hasan Ali pergi, kemudian pergi lagi ke Perak dan buat kenyataan. Kenyataan ini tidak tepat dengan apa yang kita nak. Memang kita tidak setuju dengan murtad; lawan murtad, tapi Saidina Ali (Abu Talib, Khalifah Islam keempat) berkata, kata-kata yang betul, tetapi tujuannya kebatilan.

Atau matlamatnya tak betul. Tak ada dalam Islam ini, matlamat menghalalkan cara. Matlamat mesti betul, cara mesti betul. Kalau matlamat betul, cara salah, tidak boleh. Matlamat salah, cara betul, tidak boleh. Dua-dua kena betul. Itu lagi kena faham dan Pas bukan milik siapa, milik organisasi, kumpulan kita.

Pas ini ada Majlis Syura Ulama dilantik dalam Jawatankuasa Pas Pusat empat orang, Dewan Ulama lantik empat orang, Dewan Pemuda dua orang, Dewan Muslimat dua orang kemudian mereka dilantik ini pilih lima orang lagi dalam kalangan ulama yang boleh merujuk dalam bahasa Arab, merujuk kitab-kitab Islam; yang kita ketahui kewibawaan, akademik dan kemampuan.

Kita tahu moral dia konsisten dengan pendirian dan dia boleh buat keputusan, boleh membatalkan keputusan parti, sekiranya bercanggah dengan al-Quran dan hadis, ijmak ulama dan kias. Ini jaminan yang ada dalam Pas. Kalau ada ahli parti yang nak buat sendiri, bertindak sendiri, maka kalau dia bercakap sebagai orang Pas, orang kaitkan dengan Pas, jadi lebih baik dia bebas.

Bangunan Umno Hulu Tereng­ganu disimbah dengan cat hijau?

Hadi: Saya rasa kita orang Pas tidak buat sampai begitu. Kita ajar orang kita tidak boleh melampaui batas. Kalau ada orang Pas bertindak begitu kita disiplinkan dia kerana Islam ajar kita, kita berlawan dalam perang pun tidak boleh melampaui batas, apa lagi perang melalui demokrasi. Itu boleh jadi pihak lain yang buat provokasi, boleh jadi belaka. Dalam politik boleh jadi semua.

Siapa Menteri Besar Terengganu kalau Pas menang dalam PRU13?

Hadi: Itu ditentukan parti. Belum tentu saya bertanding di state (negeri). Kalau bertanding di state pun, belum tentu lagi saya jadi menteri besar. Bahkan di Kelantan, saya bagi contoh; tahun 1959, yang jadi menteri besar Datuk Ishak Bakri. Datuk Asri tidak jadi menteri besar. Lepas tu Ishak jadi Speaker, Datuk Asri jadi menteri besar, dia bukan Pesuruhjaya Pas Kelantan. Lepas tu Datuk Asri tidak jadi menteri besar walaupun dia pesuruhjaya. Tuan Haji Mat Amin Haji Yakob Almarhum.

Di Terengganu juga pernah begitu, masa Daud Saad Almarhum menteri besar, dia pegang pesuruhjaya. Yang dilantik ialah diterima rakyat, diterima pegawai pentadbir negeri. Kerana kita nak memerintah negeri ini ada beberapa orang di kalangan tuanku sultan, pegawai tadbir negeri, wakil rakyat, yang keempatnya rakyat. Ini kita mesti lihat penerimaan semua sekali. Tidak boleh kita nak tentu-tentukan begitu.

Siapa Perdana Menteri (jika PR menang PRU-13?)

Hadi: Pada peringkat ini kita dalam Pas tidak bincang. Di peringkat PR pun tidak bincang. Kita bincang untuk ke Putrajaya dulu. Jadi, macam orang kampung cerita, kambing tak bela lagi, sirih tak tanam lagi. Jadi duk bergaduh nak buat pagar. Yang ni kata nak buat pagar, yang ni kata nak tambat kambing. Apabila tanya mana kambing, tiada kambing lagi. Mana sirih, tidak tanam lagi pun. Apabila sampai masa, insya-Allah kita ada orang layak. Macam saya kata dululah, saya tiada dalam agenda menjadi perdana menteri. Yang penting, kita nak perkasakan Islam. Siapa duduk di atas, saya terima, bahkan saya boleh rehat; balik kampung jadi pembantu sahaja, pergi ke laut, balik jadi nelayan.

Dari segi politik, kepimpinan negara mesti Melayu Islam kerana majoriti adalah orang Melayu. Itu mengikut kaedah politik Islam. Kalau orang Cina masuk Islam, jumlah mereka besar, mereka ada tokoh, mereka layak jadi pemimpin. Kita orang Melayu kena terima, kalau India begitu juga.

Jadi realiti hari ini majoriti orang Melayu adalah Islam. DAP sudah terima Islam sebagai agama Persekutuan. Hak istimewa orang Melayu dia terima, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dia terima. Dalam masa yang sama, agama lain ada hak dia. Bangsa lain yang miskin tidak boleh diabaikan, hak dia untuk mengajar bahasa ibunda tetapi bahasa Melayu jadi bahasa rasmi. Dan kita kena sedar Umno tidak buat benda ini dalam masa 50 tahun lebih. Tidak perkasakan; itu silap dialah. Yang kita silapkan MCA, MIC, silapkan Gerakan; silap Umno sendiri. Dalam Pas sendiri, kita tidak tolak ansur dan DAP menerima kerana kita tegas dalam masalah ini.

Barangkali saudara-saudari ingat masa tahun 2000 DAP keluar daripada Barisan Alternatif, minta Pas batalkan beberapa agenda Pas, kita tegas; kita tidak berganjak dan DAP keluar dan masuk balik. Dengan kita tidak berganjak itu menunjukkan kita tidak menggadaikan prinsip kita. Dan kita tidak zalimi rakan-rakan kita.

Dari segi hudud, adakah DAP terima?

HADI: Memang dia orang bukan Islam, tidak terima, tetapi untuk melaksanakannya dia tidak boleh halang kita. Dan dalam konteks Islam kita bukan sahaja tidak boleh paksa orang bukan Islam masuk Islam, tetapi juga termasuk dalam melaksanakan undang-undang. Dengan sebab itu, dalam undang-undang hudud, qisas dan takzir di Kelantan dan Terengganu, kita buat satu peruntukan orang bukan Islam boleh diberi pilihan sama ada mereka menerima Islam atau menerima satu cara yang lain. Kepada saya, saya yakin orang bukan Islam akan terima pada akhirnya. Jangan kita tanya perompak, tanya mangsanya. Kalau tanya perompak, perompak tak sukalah kena hukum.

Dalam Islam, kalau bunuh hukumnya bunuh. Mungkin Undang-undang barat pun sama hukum membunuh, tetapi kalau ambil harta, kalau perompak kena potong tangan, potong kaki. Kalau tanya Cina-Cina yang kena rompak tu, dia setuju kalau potong tangan, potong kaki. Kemudian ada teori mengatakan kalau kita laksanakan pada orang Islam, orang Islam jadi kudung, jadi apa, itu tidak betul. Kita kena faham, undang-undang hudud ini undang-undang mendidik, bukan menghukum. Nak hukum payah, mendidik.

Apabila dilaksanakan, orang Melayu, orang Islam jadi moral dia tinggi. Penjenayah tidak banyak. Orang lainlah penjenayah. Ia akan jadi macam itu. Itu hikmat dia kena faham. Dengan itu kita terima kalau DAP tidak setuju, tak apalah. Yang peliknya Umno kata dia tidak setuju.

Barangkali dia anggap itu hudud ala Pas?

HADI: Kalau hudud Pas kita muzakarahlah. Kita bincang. Hudud ini ayat Quran, bukan Pas boleh buat. Pas tidak boleh reka hukum hudud ini.

Percanggahan berhubung pelaksanaan hudud antara Pas dan DAP, bagaimana dineutralisekan?

HADI: Kita neutralisekan dengan utamakan perkara yang jadi bersama. Contohnya negara berkebajikan, tolong bela rakyat miskin, tolong rakyat miskin, khidmat pada masyarakat. Rawatan percuma pendidikan percuma. Ada pendidikan swasta, dengan pengawasan dia, ini semua parti bersetuju, kita utamakan yang ini dulu. Nak laksanakan hudud itu, dia makan masa. Ini boleh dibuat. Contohnya nak hapuskan tol, Pas setuju, DAP setuju. Nak bantu kemudahan makanan kepada rakyat, semua setuju. Ini halal, ini haram, bezalah. DAP boleh makan babi, kita tidak boleh makan babi; memang kita tidak setuju dengan babi, tapi kita tidak boleh halang DAP.

Datuk Hasan Ali kata negara berkebajikan bercanggah dengan konsep Islam?

HADI: Ada kenyataan mengenai perkara itu, dia tarik balik, dia minta maaf. Sebab dalam Islam tidak disebut sembahyang Islam, puasa Islam, nikah Islam. Disebut negara, kemudian negara berkebajikan, negara adil, negara ihsan. Itu istilah-istilah yang disebut dalam Quran, tetapi dia merangkumi sekali aspek ini. Dan saya ada tulis buku, negara berkebajikan, berdasarkan huraian yang saya bentang di muktamar Pas. Dan negara berkebajikan sudah diterima di muktamar. Bila muktamar terima dia tolak, itu sudah melanggar partilah.

Berkenan hudud dilaksanakan tetapi proses tidak sebagaimana yang diharapkan? Adakah manifesto senasib?

HADI: Yang pertama, hudud pada undang-undang jenayah sudah diwartakan. Tuanku sudah sain. Sudah lulus. Yang kedua kita balik pada Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia kata Islam adalah agama Persekutuan. Agama ini, ada dua. Mengikut tafsiran Barat, religion. Pentafsiran Islam addin. Bila kita sudah merdeka kita kena tafsir mengikut addin, bukan religion. Addin merangkumi segala aspek, cumanya berlaku di Kelantan bila kita lulus di Kelantan, Tun Mahathir, Perdana Menteri pada masa itu, hantar surat kepada Yang Amat Berhormat Tok Guru Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz memberi amaran sekiranya Kelantan melaksanakannya, Kerajaan Pusat akan bertindak. Bagi Terengganu tiada surat itu. Terengganu ada bantahan daripada seorang pimpinan Umno yang bukan pimpinan utama, bawa ke mahkamah, tetapi tarik balik benda itu.

Jadi kita harap, setelah gagalnya undang-undang yang diamalkan hari ini, masalah rompakan, masalah jenayah, ada negeri tidak boleh saya sebut takut malu dia, tiap-tiap hari ada kadar jenayah. Tiap hari, bukan tiap-tiap bulan; sehari ada kes bunuh. Negeri yang jumlah penduduk dia ramai di Malaysia yang gejala sosialnya lebih kerana kemajuan industrinya pesat sampai satu hari satu kes bunuh. Itu polis beritahu saya. Tak payahlah saya dedah negeri mana. Itu bahayanya; itu yang media tidak dedah, yang media dedah pun banyak dah. Walaupun yang buat jenayah itu bukan orang kita, orang luar, pendatang tanpa izin, macam-macam, tetapi kesimpulannya jenayah besar.

Kalau laksanakan undang-undang qisas dan hudud ini saya yakin Tuhan kata 'Dan bagi kamu hukuman jenayah qisas ini membawa kehidupan'.

Quran mengatakan demikian, maknanya membawa kehidupan, di sini jenayah akan berkurang dan hapusnya kes ini, membawa kehidupan kepada manusia. Yang kita ingat kalau laksana hukuman ini banyak orang kena hukum.

Barangkali oleh kerana pencuri 30,000 - 40,000 di seluruh negara dalam masa setahun. Barangkali banyak tangan kena potong. Kita fikir begitu. Bila diisytihar sahaja undang-undang ini maka habis takut mencuri, berhenti mencuri. Dia akan jadi macam itu. Di Arab Saudi, masa pemerintahan Kiya ul Aziz, dalam masa 20 tahun, tidak sampai 10 orang kena potong tangan. Mereka yang pergi buat umrah, pergi haji lihat sendiri tempat pengurup wang, sebagai contohnya, tutup dengan kain sahaja.

Pergi sembahyang, tutup dengan kain, orang takut nak mencuri, itu dia punya kehebatan. Yang pentingnya, kehebatan undang-undang; undang-undang itu hebat. Yang ada hari ini undang-undang tidak hebat, orang tidak gerun, penguat kuasa pun orang tidak gerun. Bahkan rumah polis pun dia masuk, rumah ketua polis boleh perompak masuk. Itu menandakan tidak hebat.

Dengan sebab itu, saya rasa tidak timbul terhalang. Kita tengok dululah apabila kita menang kali ini. Apa akan berlaku, respons daripada Pusat bagaimana, kita tengok.

Ada tak calon wanita di Terengganu?

HADI: Kita usaha nak tonjolkan calon wanita kerana calon kita ini mesti daripada akar umbi, daripada cawangan-cawangan dan daripada atas. Kalau daripada atas sahaja, respons cawangan tiada, tidak boleh. Kadang-kadang kita ada tokoh, tapi tokoh tu tempat dia orang tidak kenal kena, bawa tempat lain. Calon lelaki pun begitu. kita nak orang ini, contohnya, Mat Sabu Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu pada 2008, tetapi boleh kalah, walaupun dia seorang tokoh yang besar. Dulu pernah di sini tahun 1950 - 1960 Parlimen Dungun, wanita, Khadijah Sidek. Di sini, pernah orang Johor, bukan Terengganu. Menang di sini, jadi calon wanita. Ini bukan kali pertama. Dan, kita ada calon wanita, kita kemukakan dan saya sebagai ahli Majlis Syura Ulama, semua nama calon dihantar ke Pusat dan ada dua tiga orang wanita di Terengganu.


Maulidur Rasul

Posted: 04 Feb 2012 06:30 PM PST



Wanita Dakwa Pernah Tidur dengan 1000 Lelaki, Sebenarnya Dilahirkan sebagai LELAKI

Posted: 04 Feb 2012 04:18 PM PST

Penagih seks yang mengejutkan masyarakat dunia apabila mendedahkan bahawa dia telah tidur dengan lebih daripada 1 000 orang memberitahu The Sun: "Saya pernah menjadi LELAKI."
Crystal Warren dilahirkan sebagai Christopher Snowden sebelum menukar jantina pada tahun 2005.

Crystal, 42, yang mendedahkan ketagihan seksnya kepada hos rancangan This Morning, Eamonn Holmes, berkata beliau ada memberitahu beberapa teman tidurnya, tetapi menambah "Mereka tidak pernah bertanya"

Dia mengakui majoriti lelaki yang pernah menidurinya tentu berang apabila mendapat tahu bahawa dirinya pernah menjadi lelaki.

Crystal berkata: "Saya takut akan ada banyak orang di luar sana marah kepada saya, namun  saya perlu memberitahu kebenaran."

"Saya fikir banyak orang akan menganggap saya telah berbohong kepada orang yang pernah meniduri saya. Tetapi saya tidak rasa begitu kerana saya kini adalah wanita, dan identiti saya sebelum ini adalah sejarah silam."

"Saya kini seperti mana-mana gadis lain yang mahu menikmati kehidupan selepas bertahun-tahun "menggunakan" badan yang tidak betul."

"Sekarang saya telah mendapat badan yang saya mahu dan saya akan menggunakannya sepanjang masa." -DCM


P/s:Aduhai!



Tiada ulasan: