Ahad, 5 Februari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Maulidur-Rasul : Nabi Sebagai Contoh Kepimpinan

Posted: 05 Feb 2012 06:14 AM PST

Maksudnya : "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" (Surah Al-Ahzab ayat 21).

Bulan ini bulan Rabiul Awal, bulan Maulidur-Rasul, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Maka setiap 12 Rabiul Awal akan disambut dan diingati kelahiran baginda.

Sebagaimana yang kita yakin, Nabi Muhammad adalah pembawa agama Islam. Baginda mengajar kita segala ajaran agama. Nabi meminta kita sebagai umatnya agar terus berpegang teguh kepada dua perkara, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Al-Quran pula diturunkan kepada Nabi dan baginda menyampaikan kepada kita semua kandungan Al-Quran sebagai panduan untyuk semua umat manusia. Namun sekarang Nabi telah meninggalkan kita sudah lebih 1400 tahun. Sekarang yang ada adalah sunnahnya. Justeru Nabi tinggalkan kita Al-Quran dan As-Sunnah.

Selain itu Nabi juga meninggalkan keturunannya serta orang-orang yang beriman. Apa yang penting, Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah menjadi ikutan bagi memastikan kita termasuk ke dalam kumpulan orang-orang yang beriman.

Justeru Al-Quran adalah petunjuk dan panduan bagi menjamin hidup kita semua tidak terkeluar daripada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Sementara As-Sunnah pula adalah apa yang dicontohkan oleh Nabi untuk kita semua ikuti. Kerana Nabi merupakan pemimpin kita dan contoh kepimpinan di sepanjang zaman.

Atas nilai mencontohi kepimpinan Nabi itu, maka setiap kita adalah pemimpin dan sebagai pemimpin seharusnya kita mampu menzahirkan kepimpinan yang boleh menjadi contoh. Malah, paling baik apabila seorang pemimpin itu sendiri berani berkata, aku ni mencontohi Nabi Muhammad SAW.

Lebib-lebih lagi bagi pemimpin dan perjuang Islam, kita kena mengaku bahawa contoh kepimpinan kita ialah Nabi Muhammad SAW. Justeru atas sebab mencontohi Nabi, kita hendaklah melengkap diri dengan ilmu-ilmu Islam dan mengamalkan ilmu itu, agar kita menjadi pemimpin yang berilmu dan berakhlak serupa dengan kealiman dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin ummah.

Semoga sambutan Maulidur-Rasul bagi tahun 1433 Hijriah kali ini bakal merahmatkan kita semua, di samping mendapat keberkatan Allah SWT jua di sepanjang masa. Mudah-mudahan di akhirat nanti kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW dan keredahaan Allah SWT.

http://www.blogtokguru.com/maulidur-rasul-nabi-sebagai-contoh-kepimpinan/

Terima kasih kerajaan negeri Selangor

Posted: 05 Feb 2012 06:01 AM PST

Pengundi DUN Kota Anggerik

Mengikut laporan akhbar mangsa-mangsa kezaliman peristiwa pengambilan Kampung Berembang telah diberikan rumah oleh kerajaan negeri Selangor pimpinanPakatan Rakyat.

Saya sebagai warga Selangor mengucap seribu tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor serta Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MenteriBesar Selangor.

Walaupun ada sesetengah pihak yang mengaku memperjuangkan hak dan kebajikan orang Melayu, namun hakikatnya kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid tidak hanya bercakap tetapi membuktikannya.

Penduduk-pendudik Kampung Berembang yang majoritinya Melayu telah dihalau dan dihambat dari rumah tangga mereka secara zalim.

Yang menzalimi penduduk Kampung Berembang juga adalah mereka yang mengaku membela dan memperjuangkan bangsa Melayu.

Penduduk-penduduk Kampung Berembang akan mendapat rumah di perumahan yang diberi nama Flat Berembang Indah

Mengikut laporan akhbar, mereka sudah boleh berpindah ke rumah-rumah mereka pada 1 April tahun ini.

Sekalilagi, syabas saya ucapkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim serta kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Shahrizat: 'Paparazi Si Jambu intip saya'

Posted: 05 Feb 2012 02:54 AM PST

Oleh: NORJIMI AZMI LATIF

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa hidupnya kini diekori oleh 'paparazi Si Jambu' yang diupah pihak tertentu untuk mengintip dan mengorek rahsia bagi merosakkan reputasi politik beliau.

Beliau berkata, perkara itu terbongkar semasa membuat lawatan ke Perak selepas pulang dari mengerjakan umrah minggu lalu.

Kata Shahrizat, beliau dimaklumkan ada seorang 'paparazi muda' dan dengan perwatakan lembut mengikuti pergerakannya untuk mengetahui apa yang dilakukan setiap masa.

Malah menurut Shahrizat, 'paparazi Si Jambu' akhirnya terbongkar dan mendedahkan mengenai apa yang dilakukannya sebelum ini serta setiap langkah beliau, akan dijadikan modal politik.

"Si Jambu itu berjaya ditangkap dan selepas menyoalnya, dia memberitahu diberi upah orang tertentu yang selama ini beria-ria menyerang saya. Matlamat dia mengupah Si Jambu, untuk mencari kesalahan saya.

"Orang berkenaan akan dihebahkan kepada semua orang. Saya telah beritahu kepada Si Jambu, adakah dia hendak ganti jawatan sebagai Ketua Wanita Umno? Kalau dia mahu, saya akan serahkan padanya, tetapi masalahnya, dia lelaki," katanya pada sidang media selepas melawat 11 bayi yang baru lahir di wad bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Ditanya Si Jambu itu diupah oleh siapa, Shahrizat berkata, pergi tanyalah PKR terutama, Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin.

Kedua-dua mereka sebelum ini telah menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata, sebagai tanda kenangan, Pergerakan Wanita Umno akan memberi hadiah berupa sehelai baju berwarna merah dan putih bertulis, 'ini jawatan Ketua Wanita yang kamu mahu' kepada 'Si Jambu' itu tidak lama lagi.

"Mereka berdua ini yang beria-ria mahu saya berundur dari jawatan Ketua Wanita dengan mengaitkan isu Nasional Feedlot Corporation dan kedudukan saya dalam politik terutama sebagai menteri dan Ketua Wanita.

"Saya telah menjelaskan, isu ini tiada kena-mengena dengan saya kerana ia melibatkan urusan perniagaan, namun mereka tetap menyerang. Hanya ALLAH yang mengetahui apa sebenarnya berlaku dan mereka, pembangkang lebih teruk dan menjadi agresif apabila saya berdiam diri," katanya.

Shahrizat mengambil cuti selama tiga minggu dari tugas sebagai anggota Kabinet. Beliau akan menghadiri mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

Tiada ulasan: