Khamis, 2 Februari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kalau Jumpa Zambry Dengan Ular, Pukul Zambry Dulu - Hamidah

Posted: 02 Feb 2012 08:01 AM PST


Memanglah tabiat semula jadi ular suka membelit.Lebih-lebih lagi ular sawa.Hamidah khabarnya telah pun mewarisi teknik 'membelit' dari seekor ular sawa albino yang pernah dia dampingi baru-baru ini.

Dan khabarnya lagi, dia sedang hot berapi kat Zambry.Biasalah , sama-sama kaki belit.Masing-masing mau adu kuat siapa lebih hebat membelit.

Hamidah sedang bergelut untuk menyelamatkan kedudukannya yang semakin goyah di negeri Perak. Banyak maklumat rahsia penyelewengan Hamidah sudah bocor dan sampai ke tangan Zambry.

Mungkin tindakan Zambry mahu menyingkirkan Hamidah disebabkan penyelewengan-penyelewengan tersebut.Dia tidak mahu Hamidah jadi liabiliti kepada Umno Perak.

Tambah pula kes rasuah Hamidah belum selesai dan masih dalam siasatan SPRM lagi. Dalam tujuh kes ini, dipercayai, lima mempunyai bukti yang kukuh.

Perancangan Zambry untuk mengetepikan Hamidah sebagai calon di PRU ke 13 nanti tentu sudah dapat dihidu oleh Hamidah.

Manakan tidak, orang yang nak ganti Hamidah ini sudah mula digelar 'YB' oleh penyokong-penyokongnya.Gambarnya pun sudah mula naik terpampang kat signboard untuk ucap tahun baru Cina di sekitar kampong sebagai memperkenalkan dirinya kepada masyarakat tempatan.

Hamidah tidak mampu berbuat apa-apa terhadap Zambry dalam percaturan ini.Zambry tentu akan mengenakan Hamidah kalau dia cuba mahu lawan taukeh! Tindakan mahkamah apa lagi!Gelaplah masa depan Hamidah!

'DKK' yang mengalir dalam tubuh Zambry menyebabkan dia sendiri pakar dalam membelit. Malah kepakarannya itu mengalahkan belitan mana-mana ular.Sebab itu kenyataan Hamidah yang pernah heboh diperkatakan oleh masyarakat India tidak berapa lama dulu itu sudah bertukar nadanya.

Sekarang ini,Hamidah suruh kita pukul Zambry dulu kalau bertemu Zambry dan ular.

Najib Cuba Tutup Pekong Rosmah ....

Posted: 02 Feb 2012 03:45 AM PST


Diatas adalah beberapa pakaian dari Kapp SS1112 dan AW12 lookbook yang di pamerkan , merupakan beberapa pakain yang dipesan oleh Rosmah.

Ha! Ha! Ini yang buat aku tergelak – ikut kata blogger frockwriter , saiz Rosmah tidak terdapat dalam koleksi Kapp. Korang tengoklah model yang memperaga koleksi Kapp tu....Rosmah tentu perasan dirinya macam mereka ....

Lantaran itu ia perlu ditempah khas. Lagi pula memerlukan pakaian yang lebih sopan bagi orang Malaysia, sebuah negara yang sebahagian besarnya beragama Islam, jelas blogger tersebut.

"Semua perlu melitupi: lengan panjang, labuh ke tanah, tanpa mendedahkan pergelangan kaki atau pergelangan tangan, banyak seluar dan kemudian disusun dengan beberapa lapisan pakaian," kata Kapp, yang juga akan diterbangkan ke Kuala Lumpur bulan depan bagi 'cuba suai' pakaian .

Kapp enggan mendedahkan jumlah sebenar nilai pesanan tersebut. Berdasarkan harga purata koleksi beliau bermula AUD 400 dan mencapai hingga beberapa ribu ringgit , penulis blog itu menganggarkan ia boleh mencecah AUD 100,00 (RM323,000) . Bayaran telah pun dibuat.

He! He! Najib kata ini semua "sengaja direka" Pergilah saman akhbar dan blogger yang dedahkan pekong bini ko ini! Najib sengaja cuba nak tutup pekong Rosmah yang busuk itu!

Oleh kerana ianya dibuat dengan beberapa tambahan – bersaiz lebih gadang lagi, sudah tentu harganya pun lebih gadang!

Rosmah memesan 61 helai pakaian sutera dari Kapp, koleksi Spring / Summer 2011/2012 dan Autumn / Winter 2012 .

Malaslah nah cerita banyak-banyak - pasal harga sewa hotel, pasal sewa limo...korang bacalah sendiri kat sini

Tiada ulasan: