Khamis, 2 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Rafidah Aziz mahu Shahrizat Letak Jawatan dalam UMNO dan Kerajaan..

Posted: 02 Feb 2012 06:24 AM PST


Dalam banyak-banyak desakan supaya Shahrizat meletakkan jawatannya, aku rasa inilah desakan paling tegas dan menyakitkan hati buat Shahrizat..


Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz hari ini dilaporkan telah membidas penggantinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan berkata Shahrizat sepatutnya meletakkan kesemua jawatan yang dipegangnya samada di dalam Kerajaan mahupun UMNO.

Dalam satu temuramah yang tidak dirancang oleh The Malay Mail, Rafidah tidak menamakan Shahrizat tetapi kenyataannya itu jelas ditujukan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

"Jika anda adalah masaalah kepada Parti dan juga Kerajaan, sila keluar!

"Itu saja bagi sesiapa pun, samada ia berkaitan dengan lembu atau apa saja. Itulah cara yang paling matang dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi," katanya lagi.

"Kenapa anda perlu tunggu tiga minggu untuk membuat keputusan?.. Anda sudah kehilangan arah..

Lain-lain aku tak berapa berani nak terjemah.. korang bacalah sendiri kat bawah ni terutamanya yang aku merahkan…

Rafidah: Leave if you are a burden!


KUALA LUMPUR: Former Wanita Umno chief Tan Sri Rafidah Aziz has launched a scathing, thinly-veiled attack on her successor Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, suggesting that the latter should vacate all posts in Umno and the government.

In a candid interview with The Malay Mail recently, Rafidah stopped short of naming Shahrizat but the references were clearly pointed at the Women, Family and Community Development Minister.

"If you are a problem to the party and government, please move out!

"That's it (for) everyone, whether it's got to do with cows or anything (else). That's the most matured way of dealing with your problems," said Rafidah.

"Why are you so hung up about the three-week decision (to take a break)? You're missing the point!

"The point is: damn it, decide, don't leave it (the decision to go) to the Prime Minister (Datuk Seri Najib Abdul Razak). Don't leave the onus on the Prime Minister to decide for you."

Rafidah's remarks are bound to re-ignite talks of hostility between the two Umno heavyweights. Shahrizat had toppled Rafidah from her Wanita chief post in 2009.

The Kuala Kangsar MP said a chain was only as strong as its weakest link.

"If your toe has gangrene, you don't chop off the whole leg, you just amputate the toe!"

Hence, she said leaders who have become a liability to their respective political parties should take the right step and leave the party or at least resign from their posts rather than passing the burden to party leadership as they do not fit Najib's definition of a "winnable candidate".

The Prime Minister had on several occassions stressed that the Barisan Nasional would only field what he termed as "winnable candidates" in the next general elections.

"Whoever is in the wrong, please do the needful. But do not use the same brush stroke to tarnish the government.That's why I say if you're a bother to the government, you are a liability to the government and to the party, (and should) make the decision to move away," she said.

Known as the Iron Lady, Rafidah was also quick to slam anyone who intends to open old wounds such as the allegations of the awarding of Approved Permit (APs) that was used against her during her time in government.

She said it was unfair to equate the two incidents.

"There was no evidence and there was no link to any family member," she said.

"You think I'm not a God-fearing woman and do all these things? It's a sin, you know!"
Shahrizat, who is currently abroad, did not respond to calls and text messages.


The Malay Mail

Gaji hanya RM510 sebulan?.. nak mentekedarah apa Ali Rustam weii!!!

Posted: 02 Feb 2012 03:17 AM PST


RM510 sebulan, itu adalah gaji buat Pemandu Bas yang ditawarkan oleh Anak Syarikat Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Panorama Melaka Cultural Tourist Sdn Bhd (PMCT).


Gaji yang ditawarkan oleh syarikat tersebut pada asalnya RM500 sebulan, dan semalam mereka mengadakan rundingan gaji tersebut telah dinaikkan sebanyak RM10 menjadikan gaji RM510.


Pemandu bas yang tidak berpuas hati telah mengadakan piket dengan membawa sepanduk yang tertulis "Kerajaan Kejam", "Gaji Pokok RM500 Mana Cukup, Negeri Maju, Rakyat Miskin", "PMCT Penindas Periuk Nasi Kami, Tak Kotai Janji" dan sebagainya.

Melalui syarikat sebelum ini, pemandu bas yang bekerja hampir 20 tahun mampu memperolehi pendapatan yang mencecah sehingga RM1,900 hingga RM2,100 termasuk komisyen dan elaun.

Apabila syarikat baru mengambil alih, gaji mereka telah turun kepada RM510, jumlah yang tidak munasabah.

Difahamkan, syarikat PMCT Sdn. Bhd merupakan anak syarikat di bawah Perbadanan Ketua Menteri Melaka yang mengambil alih operasi bas henti-henti menggunakan jenama Panorama dengan bas yang disewa daripada syarikat Scomi Special Vehicle Sdn. Bhd. dengan kos antara RM10,000-RM13,000 sebulan.

Di bawah ialah keratan berita tentang MOU yang ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia.

Dalam keratan berita ini dinyatakan gaji yang perlu dibayar kepada Pembatu Rumah dari Sri Lanka ialah RM850 sebulan, dari Filipina RM1000 dan dari Indonesia pula RM600.


Cuba perhatikan pula syarat-syarat yang terdapat pada iklan sebuah Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pekerja Asing di bawah ini..

We are a company provides Outsourcing of foreign workers and also legalize your illegal foreign workers .

Our foreign workers are all coming from countries like :

- Indonesia
- Myanmar
- Nepal
- Vietnam
- etc .

They can be employed for sectors like : Service , Construction and Manufacturing .

Terms & Conditions :

1.Worker's monthly salary shall not less than RM850.
2.Overtime shall be counted based on 1.5 time hourly wages (RM4/hour)
3.Worker shall works for 26 days (rest 4 days) a month,
4.12 working hours a day (including 1 hour meal time)
5.Employer shall provide the accommodation and basic cooking equipments.
6.Worker's returning flight ticket shall be responsible by employer,
7.which is RM350 per year for 3 years.
8.Employer shall pay RM100 per month to outsourcing company as Management Fees

If you are looking for some foreign workers , please do not hesitate to send me any request or quotation .

Untuk iklan sepenuhnya sila lihat di Forum Lowyat


Pendatang asing yang mencari rezeki di Negara kitapun dikehendaki dibayar gaji asas minima RM850.00 oleh Syarikat itu, tapi Ali Rustam mahu bayar gaji asas RM510 sebulan kepada anak-anak negeri Melaka yang merupakan rakyat Malaysia??

Inilah apa yang dikatakan Kera Di Hutan Disusukan, Anak Sendiri Mati Kelaparan….

RM510 Sebulan nak mentekedarah apa Ali Rustam weii!!!


******************************************

Gaji hanya RM510 sebulan?
NORDIANA JOHARI
2 Februari 2012



PERINGGIT – Hampir 50 pemandu bas henti-henti mogok tidak mahu memandu bas, semalam, kerana tidak berpuas hati dengan gaji ditawarkan PM Cultural & Tourism (PMCT) Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri yang mengambil alih operasi bas di negeri ini bermula, semalam.

Tinjauan Sinar Harian di Terminal Melaka Sentral di sini, seawal jam 6.30 pagi semalam mendapati, kebanyakan mereka hanya duduk beramai-ramai dan tidak mahu memandu bas.

Hanya dilihat beberapa bas membawa penumpang ke terminal, selain membawa pelajar, hasil ihsan pemandu bas selepas ramai ibu bapa merayu meminta tolong menghantar anak mereka ke sekolah.

Rata-rata mereka berkata, selagi tawaran gaji pokok sebanyak RM510 sebulan tidak diteliti semula, mereka berkemungkinan akan meneruskan mogok atau berhenti kerja.

Mereka mendakwa, pendapatan baru itu jauh lebih rendah daripada sebelum ini iaitu sekitar RM2,000 sebulan.

Kaji semula gaji pokok

Pemandu bas, M Selvam, 48, berkata, gaji yang ditawarkan hasil pengambilalihan operasi itu sangat murah dan tidak memadai.

"Kita mahu makan apa dengan wang RM510 sebulan? Sudahlah terpaksa bangun jam 5 pagi dan kerja sampai ke malam, bawa nyawa orang lagi. Ini memang tidak patut.

"Pagi ini (semalam), saya bawa bas pun kerana tidak sampai hati apabila ibu bapa merayu minta tolong bawa anak-anak mereka ke sekolah," katanya.

Seorang lagi pemandu, Abdul Karim Said, 53, berharap. pihak PMCT akan segera mengkaji semula gaji yang ditawarkan untuk mereka.

"Kena ada keputusan muktamad. Kami diberitahu boleh dapat gaji sehingga RM1,500 selepas campur pelbagai elaun. Tolong kaji semula gaji pokok ini," katanya.

Pemandu bas, Sabri Mohamad, 40, pula berkata, dia yang sudah hampir 15 tahun memandu bas berasa amat terkilan dengan bayaran gaji baru itu.

"Kita mahu kerja tetapi kaji semula gaji yang diberikan. Dahulu sekitar RM2,000 kami boleh dapat tetapi kali ini memang susah sebab kos hidup terlalu tinggi," katanya.

Mahu bayaran elaun

Semalam adalah hari pertama operasi bas henti-henti di bawah PMCT selepas Kerajaan Negeri mengambil alih 10 syarikat bas henti-henti yang sebelum ini mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan akibat tidak mampu menanggung kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi.

Dalam pada itu, pemandu bas turut mengharapkan bayaran komisen dimansuhkan dan digantikan dengan bayaran elaun berikutan pendapatan antara bas adalah berbeza.

Terdahulu malam kelmarin, perkhidmatan bas turut tidak beroperasi berikutan penyerahan kunci pihak pengusaha kepada PMCT, jam 6 petang menyebabkan pemandu bas tidak bertugas.

Akibatnya, pengguna terpaksa menggunakan alternatif lain, termasuk menaiki teksi untuk ke destinasi ditujui.


Sinar Harian

Gambar-gambar di atas datangnya dari SINI

Zamil Ibrahim sakit hati Zaid Ibrahim bubar KITA..

Posted: 02 Feb 2012 12:08 AM PST

Biarpun dalam kenyataan yang disiarkan dalam Website Parti KITA, Zaid Ibrahim telah memohon maaf kepada anggota-anggota parti KITA yang setia yang tidak berpuas hati dengan keputusannya untuk membubarkan KITA namun masih ada yang tidak boleh menerima permohonan maaf dari Zaid itu.


Dalam kenyataan yang disiarkan di Website Parti KITA, Zaid mengumumkan bahawa sebuah Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan tidak lama lagi untuk membubarkan KITA.

Menurutnya keputusan ini perlu dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa kami tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat.

"Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang" tambah Zaid lagi.

Tambah Zaid Ibrahim lagi "Peribahasa Melayu ada menyebut, "jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan".

"Saya sedar sekarang bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan. Saya berhasrat untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada kepimpinan pembangkang. Ini belum pernah berlaku sebelum ini."

"Saya telah membuat banyak kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai tujuan itu."

"Saya tidak akan menarik balik kenyataan saya sebelum ini yang mempercayai bahawa kenikmatan dalam memberi perkhidmatan kepada awam, dan kita boleh menjalankan perkhidmatan ini dengan kehormatan dan maruah."

Zaid juga memohon maaf kepada anggota-anggota parti yang setia yang tidak berpuas hati dengan keputusan membubarkan Parti KITA.

"Saya memohon ampun. Saya menghargai sokongan mereka dan saya berharap mereka akan menerima keputusan ini, kerana ia adalah untuk kebaikan yang lebih besar kepada pihak pembangkang. Kemandirian demokrasi bergantung kepada daya maju pembangkang itu sendiri. Sekiranya ia dimusnahkan, seperti yang ingin diperlakukan oleh Barisan Nasional maka tidak akan ada demokrasi, tiada kebebasan dan tiada dasar-dasar yang bersifat sederhana lagi." Kata Zaid.

Namun begitu… tindakan Zaid Ibrahim yang mahu membubarkan KITA dibantah oleh Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim.


Zamil, berkata tindakan Zaid selaku presiden KITA adalah tidak rasional dan tidak bertanggungjawab.

"Kita bukan sebuah perniagaan yang boleh di buka dan ditutup begitu sahaja," kata Zamil yang menjadi penyokong awal Zaid namun kemudian mengkritik bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat itu.

"Seorang presiden seharusnya memanggil mesyuarat tergempar untuk berunding dengan kami dan bukannya membuat kenyataan kepada media mengenai langkah drastik seperti ini," tambah beliau.

Zamil berkata Zaid tidak berpegang kepada janji untuk menjadikan KITA bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik lain.

Beliau berkata bekas Ahli Parlimen Kota Bahru itu sepatutnya meletak jawatan sebagai Persiden KITA dan bukannya membubarkan parti itu.


Kenyataan skit hati Zamil itu diperolehi dari SINI

Najib kata laporan 'Rosmah belanja sakan' cerita rekaan..

Posted: 01 Feb 2012 10:06 PM PST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Datin Seri Mansor Rosmah dengan mendakwa bahawa laporan kononnya isteri beliau berbelanja sakan di Sydney baru-baru ini "sengaja direka" untuk memburukkan imej mereka.



Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pengguna di Twitter yang meminta beliau untuk mengesahkan sama ada tulisan di blog fesyen Australia - Frockwriter yang menganggarkan isterinya membelanjakan sekitar A $100,000 (RM323,000) untuk membeli pakaian oleh pereka terkenal.

"Ini cerita yang dibesar-besarkan dan sengaja direka untuk menjejaskan persepsi rakyat tentang pemimpin mereka," katanya di Twitter malam tadi.

Sebelum ini, wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan bahawa Rosmah 'berbelanja sakan' membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia. Tulisannya kemudian dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.

Dalam seksyen 'Private Sydney' kolumnis akhbar itu, Andrew Hornery memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.


Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp (atas), kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana.

Menurut kolum itu lagi, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.


Malaysiakini

E-mail 'Belanja Sakan' Rosmah pula didedah..

Posted: 01 Feb 2012 07:15 PM PST


Wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan urusan e-mel untuk membuktikan kesahihan laporan yang ditulisnya mengenai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor yang 'berbelanja sakan' membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.


Buat kali pertamanya, Huntington menulis dengan panjang lebar di blog beliau dengan dijelaskan secara terperinci tentang apa yang berlaku antara beliau dan pereka Carl Kapp serta 'publicist' beliau, Little Hero, sebelum berita berkenaan dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.

Huntington berkata bahawa beliau pertama kali mendapat maklumat pada 16 Januari oleh seorang kakitangan Littele Hero yang bernama Holly Beer yang menghantar e-mel kepada penulis blog itu menceritakan mengenai pembelian 61 helai pakaian oleh Rosmah dari kedai Kapp.

Dalam e-mel Beer ini kepada penulis blog itu, beliau menceritakan pertemuan Kapp dengan Najib dan Rosmah di penthouse Hotel Darling Hotel. Beer mendakwa ketika itu, pakaian berkenaan dipesan untuk majlis Rosmah yang dikatakan adalah banyak.

"Pakaian perlu disiapkan pada tempoh sebulan selepas percubaan kedua. Semua pakaian perlu diubah-suai supaya berlengan panjang, dengan memastikan tidak ada bahagian pergelangan kaki atau tangan yang terdedah.

"Beberapa fesyen yang dipesannya itu termasuk skirt Emilia dan blaus berlengan panjang.

"Dia (Rosmah) juga meminta pakaian tambahan lain selain 61 helai yang telah dipesan itu. Ini adalah campuran AW12 (Autumn Winter 2012) dan SS11 (Spring Summer 2011)," tulis Beer.

Here is the first email received, datestamp January 16th at 14.44:


"Hi Patty,

I hope you are well.
Some news for you:
I thought you may be interested in one of Carl's latest fans, Malaysia's First Lady, Rosmah Mansor. Carl received a phone call from her staff while she was shopping in Pitt St asking if there was parking in Paddington for a limousine. They came straight
over where Carl had a private appointment with Mrs. Mansor, going over styles,
colour and fabrics. Carl then prepared a presentation for her on New Year's Eve
at the hotel Mrs. Mansor was staying out, and she chose every one of the 30
colours Carl presented. In total Mrs. Mansor ordered 61 pieces. Carl also was
introduced to PM Najib Razak. All pieces she chose are to be made from Carl's
signature stretch silk, and to be made bespoke after taking her measurements.
A few of the styles she ordered included the Emilia skirt and long sleeve
blouse below.
I would also be happy to offer you an AW12 style to run with the story, look book is attached.
Interesting, no?!
Kindest,

Holly"

Here is the second email, received at 16.47 on the same day. The hyperlink to The Darling penthouse was included by Beer:


"Hi Patty,

I just spoke to Carl for some further information:
He
visited Rosmah, and her PM husband on New Year's Eve at The Darling's Penthouse
Suite in the Casino (http://www.thedarling.com.au/sydney-hotel rooms/penthouse/) for the fitting and presentation. The pieces are for her everyday occasions,
which are many. She meets some incredibly influential people, including most
recently Michelle Obama so Carl is thrilled that she is such a fan. He said she
was incredibly lovely, and she is flying him to Kaula Lumpar mid-February for a
second round of fittings. The pieces need to be completed in a month from the
second fitting. All pieces had to be altered to be with a long sleeve, with no
bare ankles or wrists.
She is already asking for more pieces in addition to the 61 ordered, which is a mix of AW12 and SS11.
In addition to this, Carl has had a great season, his sales are extraordinarily 80% up post his debut Fashion Week show last year. His made-to-measure has definitely made him a favourite go-to and is his greatest point of difference - particularly against the onslaught of online stores.
Attached are the lookbook imagery, the following have already been published on Pages Digital.
Let me know of anything else you need,

Holly"

Huntington juga mempertahankan tulisan di blog beliau dengan mendedahkan bahawa Kapp diterbangkan ke Kuala Lumpur bulan lalu untuk pakaian berkenaan dicuba. Beliau sebaliknya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini pada 25 Januari menafikan perkara itu dan berkata bahawa lawatannya ke Malaysia adalah sebahagian daripada projek 'Jelajah Asia' dan bagi mendapatkan bahan untuk rekaannya.

"Kapp beritahu saya, dia (Rosmah) minta saya untuk datang ke KL untuk mencuba pakaian berkenaan.

"Saya (Kapp) berkata 'jika anda (Rosmah) membayar tambang perjalanan, pasti (saya akan datang) ... saya tidak percaya bahawa saya akan diterbangkan ke sana bulan depan semata-mata untuk pakaian itu dicuba untuk hanya selama sejam setengah.

"Dan kemudian diterbangkan sekali lagi pada keesokan harinya," katanya mendedahkan, sebahagian daripada petikan perbualan dengan Kapp pada 17 Januari lalu.


Malaysiakini

74 maut, lebih 1,000 peminat bola Mesir rusuh (Video Inside)

Posted: 01 Feb 2012 05:31 PM PST

2 Februari 2012


KAHERAH - Sekurang-kurangnya 74 orang terbunuh dalam rusuhan - paling buruk dalam sejarah sukan Mesir - membabitkan peminat bola sepak di bandar Pelabuhan Said, demikian menurut laporan stesen-stesen tempatan semalam.


Sekurang-kurangnya 1,000 lagi cedera apabila peminat bola sepak, kebanyakannya membawa senjata termasuk pisau - merusuh dan menceroboh kawasan padang di akhir perlawanan antara kelab atasan al-Masry dan al-Ahly.

Kebanyakan mangsa mati ekoran kecederaan parah dan sesak nafas selepas terperangkap dalam rempuhan.

Pegawai-pegawai berkata, angka kematian kemungkinan meningkat, lapor BBC.

Ia tragedi paling teruk dalam sejarah bola sepak, kata Timbalan Menteri Kesihatan Mesir, Hesham Sheiha.

"Ini sesuatu yang malang dan sangat menyedihkan," kata Hesham.

Ia tragedi paling buruk dalam sejarah sukan Mesir, yang genap setahun lalu menyaksikan Presiden Hosni Mubarak dijatuhkan dalam kebangkitan rakyat.

Laporan msnbc menyebut, rusuhan tercetus selepas peminat-peminat pasukan Al-Masry, pasukan tuan rumah Pelabuhan Said, menyerbu padang selepas kemenangan 3-1 ke atas Al-Ahly. Al-Ahly merupakan pasukan teratas di negara utara benua Afrika itu.

Penyokong-penyokong pasukan Al-Masry membaling kayu dan batu ketika mengejar pemain dan peminat pasukan saingan mereka, yang berlari ke arah pintu keluar bagi mengelakkan serangan, demikian menurut saksi-saksi.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, 74 orang terbunuh termasuk seorang pegawai polis dan 248 cedera. Seramai 14 daripada 248 yang cedera adalah polis.

Sekurang-kurangnya 47 orang ditahan berhubung tragedi itu, kata Menteri Dalam Negeri Mohamed Ibrahim.







Cina pura-pura sokong PAS kata Ng Yen Yen

Posted: 01 Feb 2012 04:32 PM PST


KLANG – MCA menganggap sokongan Cina terhadap Pas hanya sementara kerana mengetahui mereka tidak mampu memajukan ekonomi bangsa itu dan pada masa yang sama melaksanakan dasar mendiskriminasikan golongan wanita .


Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, orang Cina telah tersedar dari mimpi indah dan janji-janji yang ditaburkan parti Islam itu sebenarnya tidak memberi manfaat kepada bangsanya.

"Pas banyak tabur janji kepada orang Cina daripada bekerja kuat membuktikan mereka berjaya melaksanakan apa yang dijanjikan dan ini dapat dilihat pemerintahannya di Kedah dan Kelantan. Mereka tidak boleh menipu kami setiap masa dengan kenyataan untuk menyedapkan mulut.

"Mereka perlu sedar, orang Cina mahu pembangunan dalam ekonomi sedangkan Pas tidak mempunyai kemahiran itu. Atas sebab itu Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan, bukan Pas ataupun Pakatan," katanya selepas membuat lawatan ke Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz, semalam.

Hadir sama, Tengku Indera Pahlawan DiRaja, Datuk Tengku Putra al-Haj Tengku Bendahara Azman Shah al-Haj dan Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Klang, Datuk Teh Kim Poo.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Raub berkata, Pas perlu sedar, orang Cina tidak sepenuh hati menyokong mereka dan kerjasama parti itu dengan DAP juga dilihat satu lakonan untuk mendapatkan kuasa serta menang pilihan raya sahaja.

Lebih tepat, menurutnya, orang Cina hanya berpura-pura menyokong Pas kerana parti itu tidak boleh dipercayai dan ini dapat dilihat apabila gagal berbuat demikian pada orang Melayu.

"Di Kedah, orang Cina masih sakit hati apabila dilarang mengusahakan ladang khinzir dan Pas seolah-olah memilih makanan mana yang boleh makan, mana yang tidak boleh kepada kami. Isu ini belum selesai dan ia menunjukkan Pas gagal di negeri berkenaan.

"Bukan itu sahaja, kami melihat Pas tidak banyak membantu kehidupan seharian dan dasarnya yang mahu melaksanakan hudud dan pada masa yang sama, DAP menentang, menunjukkan kedua-dua parti itu tidak ada persefahaman," katanya.

Yen Yen berkata, cukuplah dengan pura-pura itu.

Mengulas mengenai kenyataannya yang Pas gagal memartabatkan kedudukan golongan wanita, beliau berkata, parti itu sejak sekian lama mahu wanita tinggal di rumah dan tidak pernah mengiktiraf dalam arus pembangunan negara.

"Pernah lihat Pas memberi bantuan kewangan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina? Itu sudah cukup mempersoalkan sumbangannya kepada orang Cina," katanya.

Mengulas mengenai janji parti Islam itu mahu melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Yen Yen berkata, ia jelas menunjukkan Pas bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan mengambil jalan mudah mendapat undi, malah bukti mereka tidak mampu menguruskan kewangan dengan baik sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.

"Pas mahu kerajaan yang mereka tubuhkan nanti, setiap hari kerjanya mencetak wang untuk menampung perbelanjaan pelajar berkenaan," katanya.


Sinar Harian

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

This system has a unique follow system to get you the followers you need.
So that certain amount of money that you pay for your followers is justified as you
can be sure that your money will come back to you thanks
to those followers. It is well known that time is the essence and you need
twitter followers now, not tomorrow, not in a week, now.

Take a look at my page ... Buy Twitter Followers cheap

Tanpa Nama berkata...

Cellulite is an unsightly dimpled appearance, especially around the thighs.
The folding action Endermologie creates causes the connective issues to stretch.
Activity and healthy diet will help one retain firm skin tone but it can’t guarantee
that cellulite won’t appear.

My weblog; How to get rid of cellulite naturally