Khamis, 2 Februari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Bob Lokman Pelawa Catriona Masuk PAS !

Posted: 01 Feb 2012 11:53 PM PST



Seorang lagi selebriti terkenal tanahair dijangka akan bersama-sama dengan PAS dan kali ini ialah artis Catriona Norhayati Rose Bahrain Ross ataupun lebih dikenali sebagai Catriona Ross atau Cat. Menurut beliau, ke mana-mana beliau pergi beliau sering ditanya sama ada beliau telah menjadi ahli PAS berikutan dengan perubahan keterampilan dirinya yang menonjolkan imej Islamik. "Saya tidak kisah untuk menjawabnya, saya akan masuk bila roh dan jasad saya bersatu ke dalam PAS. Saya akan masuk PAS apabila saya yakin untuk menyumbang sesuatu kepada parti, saya tak nak sekadar isi borang kemudian tak buat apa-apa, itu tak guna juga," tegas pelakon jelita ini dalam satu majlis forum bersama dengan seorang lagi selebriti yang kini telah menjadi ahli PAS, Bob Lokman. Kenyataan beliau itu lantas disambut Bob Lokman, "Saya sebagai seorang ahli PAS yang berdaftar serta seluruh ahli PAS yang hadir pada hari ini menjemput Catriona Ross untuk masuk PAS.""Insya Allah, insya Allah," balas Cat. Mudah-mudahan hasrat Catriona Ross akan menjadi kenyataan dan beliau tidak diganggu dan difitnah lagi. Untuk makluman, Catriona pernah belajar di Kolej Universiti Shahputa di Kuantan sebelum namanya meletup sebagai artis dulu. Malah, wajahnya pernah digunakan pada billboard iklan kolej terbabit satu ketika dulu. Apapun syabas buat Catriona Ross.

Panas: Fuziah Salleh Pertikaikan Syarat AELB Beri Lesen Yang Sepatutnya Di Tolak Itu Kepada Lynas

Posted: 01 Feb 2012 11:11 PM PST

KUANTAN, 2 Feb - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) hari ini mempertikaikan tindakan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) kepada Lynas Corporation untuk menjalankan operasi kilang memproses rare earth mereka di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini. Malah, beliau turut mempertikaikan segala syarat yang dikemukakan oleh AELB terhadap Lynas. "Segala syarat yang di kenakan oleh AELB ke atas Lynas menjurus kepada orang ramai membuat jangkaan bahawa AELB akan menolak permohonan lesen oleh Lynas sehingga syarat-syarat tersebut dipatuhi. Akan tetapi sebaliknya, AELB telah membuat satu keputusan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal sama-sekali", kata Fuziah. Misalnya, syarat meminta Lynas bertanggungjawab keatas sisa buangan radioaktif dari LAMP termasuk menghantar sisa tersebut ke tempat asal ianya di lombong tidak munasabah samasekali memandangkan Menteri Perlombongan Australia Barat, Mr Norman Moores telah pun membuat kenyataan bahawa Australia tidak akan menerima sisa tersebut. Norman Moore juga telah menegaskan bahawa sisa tersebut ialah kini milik Malaysia. "Basel Convention' satu garis panduan PBB, yang menggariskan syarat di mana bahan radioaktif mesti di pulangkan ke negara asal juga tidak boleh dikuatkuasakan didalam hal ini kerana syarat Basel Convention ini hanya untuk bahan radioaktif dan tidak meliputi bahan SISA radioaktif", ujarnya. Malah, menurut Fuziah lagi beliau turtu keliru denagn syarat yang mengatakan bahawa Lynas diberi tempoh 10 bulan untuk menyediakan Pelan Pengurusan Sisa Buangan dalam bentuk PDF (Permanent Disposal Facility) tanpa mengambil kira apa pun R&D yang telah dilakukan oleh pihak Lynas untuk pengkormersialan sisa radioaktif tersebut tentu sekali boleh di tangguh sehingga Lynas menunjukkan kesungguhan menguruskan sisa toxic dan radioaktif mereka secara bertanggung jawab. Keputusan ini katanya tidak lain dan tidak bukan membuktikan bahawa AELB bersekongkol dengan Lynas untuk menjadikan warga Kuantan sebagai bahan ujikaji dan seperti 'tikus makmal didalam tempoh 10 bulan kehadapan ini'.

Tolong, Janganlah Jadikan Rakyat Tikus Makmal


Beliau turut menegaskan sekiranya dakwaan berita NYT berkenaan syarikat AkzoNobel membatalkan perjanjian menjadi pembekal resin kepada LAMP atas sebab spesifikasi yang tidak menurut syarat dibuktikan benar, dan keretakan yang telah dilaporkan kemudian nanti mengakibatkan kebocoran di kolam RSF dalam masa 10 bulan kehadapan, maka AELB dan Kerajaan Barisan Nasional lah yang akan bertanggungjawab di atas malapetaka yang bakal timbul kelak. "Satu Kerajaan yang bertanggungjawab dan benar-benar meletakkan keselamatan rakyat sebagai utama, tentu sahaja boleh memberi amaran kepada Lynas bahawa lesen tidak boleh dikeluarkan kecuali setelah syarat-syarat pengurusan sisa radioaktif di sediakan dalam bentuk PDF. Juga satu Kerajaan yang bertanggungjawab, akan menyiasat secara rapi apakah asas disebalik aduan yang dilaporkan oleh NYT ini dengan membuat kajian teliti keatas kualiti dan spesifikasi pembinaan kilang LAMP dan bukan setakat mensyaratkan keatas prosedur semata", kata Fuziah. Warga Kuantan berhak untuk dilindungi daripada malapetaka pencemaran yang bakal berlaku. AELB serta pihak Kerajaan Pahang mampu melakukan yang terbaik sekiranya mereka mempunyai kesungguhan politik untuk berbuat demikian katanya.


Salah seorang pejuang Lynas mengangkat poster "kami bukan tikus makmal"
semasa perhimpunan aman di perkarangan masjid Balok tahun 2011 lalu


[Benar ada yang mendakwa AELB telah membuat kajian tentang projek Lynas ini sejak lima tahun yang lalu. Tetapi mereka harus sedar bahawa kontraktor utamanya sendiri telah menarik diri dari terus bersama kilang terbabit. Malah difahamjan kilang yang berharga RM2.5 bilion itu dilaporkan akan masalah keselamatan dan kebimbangan kesihatan yang baru. Susulan itu kontraktor utamanya dari Belanda iaitu firma AkzoNobel nenarik diri dari projek tersebut. Menurut akhbar New York Times (NYT) semalam, syarikat itu menarik diri dari projek berkenaan dan ini telah disahkan oleh CEO Lynas Corporation iaitu Nicholas Curtis. Dengan perkembangan terbaru ini, sepatutnya AELB menyiasat dulu laporan berkenaan dan bukan tergeza-gesa meluluskan lesen TOL kepada Lynas. Bayangkan, jika sebuah kontraktor yang hebat seperti AkzoNobel boleh menarik diri kerana gusar dengan tahap keselamatan dan kesihatan kilang terbabit, apakah wajar kerajaan membenarkan AELB memperjudikan nasib rakyat untuk meneruskan operasi kilang terbabit. Maka, rakyat perlu bangkit untuk mengajar kerajaan yang gagal membela mereka ini pada PRU13 ini. Lakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang].

Panas: NGO Bantah Lynas Bakal Cabar Keputusan AELB Meluluskan Lesen TOL Kepada Syarikat Itu !

Posted: 01 Feb 2012 09:01 PM PST

KUANTAN, 2 Feb - Gabungan Hentikan Lynas (SLC) akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) semalam yang telah meluluskan lesen kendalian sementara (TOL) untuk projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng, Kuantan. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) berkata SLC akan mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman sivil untuk semakan kehakiman itu. "Saya benar-benar terkejut dengan keputusan AELB walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, semalam dilaporkan berkata keputusan akan dibuat beberapa hari lagi."Saya telah menjangkakannya, terutama selepas membaca kenyataan (ketua pengarah AELB) Raja Aziz Raja Adnan, akhir-akhir ini," katanya ketika diajukan reaksinya mengenai pemberian lesen itu. Mengenai artikel di akhbar New York Times dua hari lalu yang menyebut terdapat kebimbangan keselamatan dan kesihatan berikutan tindakan kontraktor utama dari Belanda yang menarik diri dari projek itu, Fuziah berkata AELB telah menyenaraikan keperluan yang perlu dipatuhi oleh Lynas. Dari situ sahaja, kata beliau, telah menunjukkan bahawa AELB menganugerahkan lesen dalam situasi di mana pihak kawal selia sendiri tidak mempunyai cadangan yang jelas dari Lynas. "Pada asasnya, dengan mengeluarkan lesen itu, ini bermakna AELB sedia mengabaikan isu-isu keselamatan dan mempertaruhkan keselamatan rakyat sekitar Kuantan," katanya. AELB lewat petang semalam mengumumkan mereka telah memberi lesen kendalian sementara (TOL) untuk Lynas mengendalikan loji memproses nadir bumi.

[Nampaknya, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan kelulusan tergesa-gesa oleh AELB ini sebenarnya. Tambahan pula ia dibuat ketika seluruh dunia mempertikaikan tentang soal keselamatan dan kesihatan kilang terbabit apabila kontraktor utama yang berkaitan tiba-tiba menarik diri. Bukankah ini membuktikan kepada kita memang ada sesuatu yang tidak kena dala kontroversi ini. Soalnya, kenapa dalam masa yang pantas AELB meluluskan lesen TOL kepada Lynas. Kenapa Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang berdiam diri dan tidak mengarahkan satu siasatan yang rapi diadakan terlebih dahulu sebelum kelulusan diberikan. Ternyata ada "misteri" yang meragukan rakyat dalam hal ini. Makanya, tindakan Fuziah dah NGO terbabit untuk mencabar keputusan AELB ini ada kewajarannya. Justeru, kerajaan perlu fikirkan rakyat dalam merancang sesuatu dan bukannya secara tergesa-gesa begini. Rakyat Kuantan sudah pasti akan bertambah marah dan kecewa dengan senario yang berlaku ini].

Pembayar Cukai Taksiran, Di Gesa Jelaskan Cukai Mereka Sebelum 29 Feb Untuk Elak Tindakan MPK

Posted: 01 Feb 2012 08:16 PM PST

KUANTAN, 2 Feb - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memaklumkan pembayar cukai taksiran diminta supaya menjelaskan cukai sebelum 29 Februari dan menggelakkan pembayaran di saat akhir. Ketua Bahagian Perhubungan dan Khidmat Pelanggan MPK, Haslinda Hassan (foto) berkata, tempoh bayaran cukai taksiran am bagi setengah tahun pertama kini sudah bermula dan bil cukai sudah diedarkan kepada pemilik harta di daerah ini mulai 15 Januari lalu. Bagaimanapun, katanya, pemilik premis yang tidak menerima bil boleh terus ke kaunter bayaran MPK untuk mencetak dan membuat sebarang semakan. "Bagi pemilik yang mempunyai tunggakan dan menerima notis E, bayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 15 hari daripada tarikh notis diterima", katanya. Beliau berkata, operasi cukai taksiran akan dilaksanakan mulai awal Februari bagi menggalakkan pembayar cukai melangsaikan tanggungjawab mereka. Selain itu, katanya, Bahagian Perlesenan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan sedang melaksanakan pemeriksaan secara menyeluruh ke atas premis perniagaan atau iklan yang ditampal di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu. Katanya, semakan kepatuhan syarat babitkan beberapa aspek termasuk meletakkan sticker kelulusan lesen, syarat iklan satu sepanduk dan syarat di kaki lima.

[Mulai hari ini, kami akan paparkan beberapa info terkini yang membabitkan pihak berkuasa tempatan untuk diwar-warkan kepada orang ramai. Justeru, kepada pihak berkenaan yang mahu paparan dibuat sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com. Paparan yang kami siarkan adalah khas untuk umum dan tidak bertujuan komersial. Kami amatlah mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk menambahkan lagi trafik blog ini agar ia benar-benar menjadi portal rakyat Pahang yang paling popular di alam maya. Kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan berharap agar isu-isu yang kami dedahkan serta bongkarkan dapat dipantau atau disiasat oleh pihak yang berkenaan. Kepada seluruh rakyat Pahang yang mempunyai sebarang maslaah berkaitan perkhidmatan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga boleh menghantarkan masalah anda untuk dipaparkan di blog ini. Kami berharap dengan cara ini masalah boleh diselesaikan dengan lebih mudah apabila pihak yang berkenaan mengambil berat akan hal-hal ini. Semoga kita akan dapat hidup dengan lebih aman dan selesa di masa akan datang].

Panas: Parti KITA Bakal Di Bubar Untuk Buktikan Sokongan Kepada Pembangkang Pada PRU-13 Ini!

Posted: 01 Feb 2012 06:51 PM PST

KUALA LUMPUR, 2 Feb - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan dibubarkan melalui usul Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) mereka tidak lama lagi, kata presidennya Datuk Zaid Ibrahim (foto). Dalam laman blog beliau, Zaid berkata pembubaran itu bertujuan mengelakkan sebarang kesangsian bahawa mereka memang benar-benar menyokong pembangkang. "(Ini) khususnya ketika sesetengah ahli kita di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka begitu kritikal terhadap Pakatan Rakyat," katanya. Parti itu yang berusia setahun bulan lalu ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR secara tergesa-gesa berhubung dakwaan salah-laku dalam pemilihan parti itu. Sebelum ini KITA bahagian Melaka dibubarkan 11 Januari lalu dengan 60 daripada ahli mereka memilih menyertai PKR.

[Langkah Datuk Zaid Ibrahim mahu membubarkan parti KITA pimpinannya mendapat sambutan hangat para pimpinan Pakatan Rakyat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan ini satu yang bijak untuk melahirkan Malaysia yang bersatu dan adil. PAS pula melalui Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, ia bakal mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat. Namun, anehnya ada pula penyokong pembangkang yang mengutuk tindakan Zaid ini. Kononnya Zaid tidak layak untuk diterima kembali bersama rakyat. Walhal Zaid keluar PKR dan tidak pernah sertai UMNO kembali atas dasar prinsip perjuangan untuk rakyat. Semoga masa depan Datuk Zaid Ibrahim akan lebih cerah selepas ini hendaknya].

Panas: Kontraktor Keselamatan 'Tarik Diri', Tidak Wajar Kerajaan Lulus 'Lesen TOL' Kepada Lynas !

Posted: 01 Feb 2012 05:26 PM PST

KUANTAN, 2 Feb - Orang ramai, terutamanya mereka yang membantah pembinaan kilang memproses rare-eart milik Lynas Corporation di sini kecewa dengan tindakan kerajaan memberikan lesen TOL kepada syarikat terbabit untuk beroperasi. Biar pun lesen itu berbentuk sementara dan Lynas perlu mematuhi beberapa syarat ketat yang ditetapkan, namun rakyat tidak nampak Lynas syarikat terbabit akan diarahkan menghentikan operasi mereka andainya gagal mematuhi syarat tersebut kelak. Ini kerana, pemantauan hanya akan dilakukan oleh kerajaan dan rakyat sebenarnya tidak akan tahu langsung apakah yang dipantau oleh pihak terbabit nanti. Rakyat akhirnya akan tertipu dan terpaksa menanggung akibatnya kelak. Inilah yang berlaku kepada sebuah lagi syarikat Australian yang diberikan lesen melombong emas oleh Kerajaan Negeri Pahang di Bukit Koman Raub dulu. Syarikat terbabit, Australian Raub Gold Mining Sdn Bhd dikatakan beroperasi dengan pemantauan yang cukup rapi. Namun, rakyat di kawasan sekitarnya terpaksa menghadapi berbagai penyakit dan menderita akibat kegagalan syarikat itu mematuhi syarat yang ditetapkan. Malah ada diantara mereka mengalami kecacatan gara-gara penggunaan racun Cyanide pada operasi kilang terbabit. Kini, apakah perkara yang sama akan berlaku pula kepada penduduk Kuantan setelah kilang Lynas dibenarkan beroperasi?. Kerajaan akan menikmati hasilnya, tetapi rakyat tetap akan menanggung risikonya kelak. Apa yang lebih mengejutkan ialah Kelulusan untuk Lynas beroperasi diberikan di sebalik berita bahawa kilang RM2.5 bilion itu dilaporkan akan masalah keselamatan dan kebimbangan kesihatan yang baru. Ini berikutan pengunduran kontraktor utamanya dari Belanda iaitu firma AkzoNobel dari projek tersebut. Menurut akhbar New York Times (NYT) semalam, syarikat itu menarik diri dari projek berkenaan dan ini telah disahkan oleh CEO Lynas Corporation iaitu Nicholas Curtis. AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan. Soalnya, kenapakah lesen diberikan ketika isu keselamatan dipertikaikan?.

[Pusat memproses bahan nadir bumi di Pahang itu akan menjadi antara pusat di luar China. Logam berkenaan akan digunakan dalam peralatan berteknologi tinggi bermula dari peluru berpandu untuk telefon bimbit. Lynas telah memberi jaminan bahawa pusat di Pahang yang akan memproses bahan nadir bumi yang diimport dari Australia adalah selamat, tetapi pengkritik tetap tidak berpuas hati dan berkata sisa radioaktif boleh terlepas dan mengancam keselamatan rakyat serta alam sekitar. Kerja memproses yang pada asalnya ditetapkan untuk bermula pada suku ketiga tahun 2011. Bagaimapun akibat bantahan daripada rakyat pelbagai latar pada Oktober tahun lalu di Kuantan, kira-kira 18 kilometer dari tapak kilang, tergendala seketika. Ratusan tan nadir bumi dengan tahap pencemaran radioaktif yang rendah akan dicampurkan dalam tangki dengan asid yang amat menghakis pada suhu lebih daripada 90 darjah Celsius. Hakisan pada suhu yang tinggi dikatakan ideal bagi asid membubarkan bijih galian. Walau bagaimanapun, kaedah ini dilaporkan tidak stabil. Soalnya, apakah rakyat Kuantan akan terus berdiam diri dengan senario terbaru ini. Isu keselamatan dan kesihatan tetap diragui!].

Biar Pun Dapat Bantahan Rakyat, Kerajaan Tetap Berikan Lynas Lesen TOL Untuk Mulakan Operasi

Posted: 01 Feb 2012 05:08 PM PST

KUALA LUMPUR, 2 Feb - Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) untuk projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng, Kuantan. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh setiausaha eksekutif lembaga itu, AELB pada mesyuarat 30 Jan telah meneliti dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada AELB dan memutuskan untuk meluluskan permohonan lesen TOL. Lesen berkenaan akan membolehkan Lynas untuk memulakan operasi memproses nadir bumi di lojinya yang sudah hampir siap. Sepanjang dua tahun lesen TOL itu, Lynas dikatakan akan berada di bawah pengawasan yang ketat daripada pihak berkuasa dan dengan batasan tertentu mengenai kapasiti pengeluaran. Walau bagaimanapun, kelulusan itu diberikan berdasarkan lima syarat lain yang mesti dipatuhi oleh Lynas. Lima syarat itu ialah, Lynas perlu kemukakan semua aspek berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF); Pelan dan lokasi PDF perlu dikemukakan tanpa mengambil kira hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengkomersilan, pengkitaran dan penggunaan semula bahan residu; Pelan dan lokasi PDF perlu dikemuka dan diluluskan dalam tempoh masa lesen dan tidak melebihi 10 bulan daripada tarikh pengeluaran lesen TOL; Lynas perlu mematuhi syarat jaminan kewangan dan membayar Kerajaan Malaysia sebanyak USD50 juta secara ansuran; Lembaga berhak melantik perunding bebas untuk menilai kepatuhan Lynas terhadap standard dan peraturan yang ditetapkan dan kosnya ditanggung oleh pemegang lesen.

[Ramai yang terkejut dengan keputusan kerajaan untuk memberikan lesen TOL kepada Lynas ini sebenarnya. Ini kerana kelulusan itu dibuat dengan tidak mengambilkira bantahan rakyat yang selama ini berjuang untuk masa depan mereka. Apa saja keputusan kerajaan, kini sememangnya ia amat diragui oleh majoriti rakyat. Hanya sebahagian kecil sahaja penyokong kerajaan yang beriya-iya mahu kilang itu wujud di negara ini, sedangkan majoritinya tidak mahu berhadapan dengan risiko radioaktif yang akan terhasil akibat sisa buangan bahan rare earth terbabit. Kini, rakyat terpaksa menerima takdir dan kenyataan bahawa apa jua yang dilakukan oleh mereka namun kerajaan akan tetap bertegas mahu kilang itu wujud di negara ini. Jalan terbaik ialah melakukan perubahan pada pilihanraya umum akan datang. Hanya itu sahaja cara untuk membolehkan nasib mereka didengari dan terbela sebenarnya. Fikirkanlah untuk masa depan].

Video: Isu Kepala Babi, Selangor Tawar RM10,000

Posted: 01 Feb 2012 09:56 AM PST

Tiada ulasan: