Khamis, 2 Februari 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Najib Umpama Ayam Kena Sembelih

Posted: 01 Feb 2012 11:46 PM PST


Oleh Shahbudin Husin
Bagi yang  mengikuti perjalanan politik Najib sebagai Perdana Menteri sejak akhir-akhir ini pasti menyedari bahawa banyak tindakannya kebelakangan ini seperti menggambarkan beliau sudah hilang fokus, agak celaru dan tidak tetap pendirian.

Di suatu ketika beliau fokus dengan 1Malaysia dan memberi banyak keutamaan kepada menjaga hati kaum Cina dan India. Beliau juga banyak hadir di program kedua-dua kaum itu dan menghulurkan banyak bantuan kepada mereka.




Namun kemudiannya beliau kembali kepada perjuangan Melayu setelah menyedari sokongan kaum Cina tidak banyak berubah. Ucapannya dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu menyerlahkan hakikat itu.

Begitu juga dengan banyak program yang dicetus dan dihadirinya. Beliau menghadiri banyak program dan rajin bertemu rakyat tetapi fokusnya tidak jelas. Beliau seolah-oleh mahu memonopoli semua perkara tetapi sebagai manusia kita harus sedar bahawa keupayaan kita amat terhad dan tidak mungkin kita mampu melakukan semua perkara.

Begitu juga dengan Najib, dalam usaha untuk membangunkan negara dan menarik sokongan rakyat, tambahan pula pilihanraya hampir tiba, semua perkara diterjahnya. Semua pihak didekati dan cuba digunakannya tanpa menyedari bahawa kadang-kadang pihak tersebut tidak pun membawa keuntungan langsung kepadanya.

Dalam masa mengajak rakyat berjimat cermat, memotong subsidi dan memperkenalkan Kedai 1Malaysia, Najib dalam masa yang sama terus dengan agenda mewah bersama keluarga bercuti dan membeli-belah di luar negara. Ini lantas menjadikan semua usahanya bagainya sia-sia dan menjadi momokan belaka tambahan pula apabila ia didedahkan secara meluas beserta bukti-buktinya sekali melalui media.

Dalam soal memberi kenyataan juga begitu, Najib pernah agak terlanjur cakap ketika mengulas kematian Osama Bin Laden dengan mengatakan kematiannya menandakan bermulanya keamanan dunia. Najib juga tersalah cakap mengenai Dasar Ekonomi Baru, sistem pengagihan ekonomi berasaskan merit dan banyak lagi sehingga memaksanya membuat penjelasan kemudiannya.

Semakin menghampiri gerbang PRU 13, Najib dilihat makin celaru dan kadangkala cakapnya juga agak merapu terutama apabila banyak diasak dan dicabar oleh pihak pembangkang.

Keadaan in menjadikan Najib tambah tidak diyakiini oleh rakyat, bahkan kalangan ahli UMNO sendiri mula bercakap sesama sendiri mengenainya. Ramai yang tidak faham dan tidak jelas apakah puncanya yang menyebabkan Najib bersikap begitu. Rakyat sering tertanya-tanya kenapa Najib bersikap begitu sedangkan sepatutnya beliau bercakap begini atau kenapa beliau melakukan itu dan ini sedangkan ia tidak bersesuaian sama-sekali dengan masa dan keadaan.

Beberapa kelompok yang ditenui seperti bekas menteri, bekas wakil rakyat, veteran UMNO, malahan kalangan ahli UMNO sendiri ramai yag tidak faham dan tertanya-tanya apakah gerangan yang sedang menguasai pemikiran Najib sehingga beliau kini bukan sahaja dipertikaikan dalam banyak perkara, bahkan dianggap sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah Malaysia.

Namun kesempatan berbual dengan seorang pelobi politik yang agak veteran yang dikenali sebagai Mr R agak menarik apabila ditanya mengenai tindak-tanduk Najib sejak kebelakangan ini. Mr R ini masih lagi aktif di sebuah bahagian UMNO di Wilayah Persekutuan, masih rajin berbual dan sering juga berjaga malam walaupun sudah agak veteran dan pelbagai jenis penyakit mulai berminat terhadap tubuh badannya.

Ketika musim pemilihan UMNO terutama di era pertembungan Tengku Razaleigh dengan Musa Hitam, pemilihan 1987 yang menyaksikan Tun Mahathir hampir tewas sebagai Preiden UMNO dan tahun-tahun pemilihan selepas itu, Mr R sangat aktif berkempem untuk calon-calon tertentu dan ini menjadikan beliau dikenali oleh kebanyakan para pemegang kuasa dalam negara ini.

Namun akhir-akhir ini, kritikannya terhadap UMNO makin lantang sehingga beliau dicop pro pembangkang oleh pihak-pihak tertentu walaupun niatnya ikhlas untuk melihat para pemimpim UMNO berusaha memperbaiki kelemahan yang ada di mata rakyat. Nama Najib, tentulah tidak pernah terlepas daripada kritikannya.

Mengenai Najib yang sejak akhir-akhir ini dilihat tidak tentu arah dan hilang fokus, Mr R ketika ditanya sambil menikmati kopi panas di sebuah kopitiam memberikan perumpamaan yang cukup menarik bahawa tndak-tanduk Najib kebelakangan ini tidak ubah umpama ayam yang baru kena sembelih.

Bagi mereka yang tinggal di kampung atau biasa melihat ayam kena sembelih pasti mengetahui bagaimana keadaan ayam yang baru disembelih itu. Ayam yang disembelih tidak akan terus mati, ia akan mengambil masa seketika sebelum nyawanya terpisah dari badan, bergantung kepada kekuatan seseekor ayam itu. Ada yang mengambil masa 10 minit dan ada juga yang lebih lama dariada itu.

Namun ayam yang kena sembelih dan hanya menunggu masa untuk dijadikan lauk, biasanya akan menggelupur ke sana ke sini, melompat-lompat, cuba berdiri dan setengahnya boleh berlari-lari sebelum akhirnya tumbang juga. Bahkan ada peristiwa bagamaima ayam yang telah disembelih masih lagi boleh terbang dan hinggap di dahan pokok.

Tetapi yang pasti berlaku kepada ayam yang sudah disembelih itu, walau apa pun yang sedaya upaya cuba dilakukannya, ia akhirnya akan terkulai dan mati juga kerana urat halkumnya telah pun putus.

Begitulah analogi yang barangkali tepat mengenai Najib ini kerana walaupun beliau cuba berusaha sedaya mungkin untuk melakukan pelbagai perkara, hakikatnya "urat halkum yang menghubungkan antara UMNO dan rakyat" sebenarnya sudah pun terputus dan Najib hanya menunggu masa saja lagi untuk kehabisan nyawa politiknya.
Penulis Shahbudin Husin pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir...dan Kesilapan-Kesilapan Najib.

Tumbangkan Barisan ‘lembu’ Nasional

Posted: 01 Feb 2012 02:44 PM PST

Parti Umno-Barisan Nasional kini layak menerima gelaran 'barisan lembu' kerana mereka beriya-iya mempertahankan penyelewengan yang dilakukan oleh anggota keluarga Ketua Wanita Umno dalam isu Pusat Fidlot Nasional atau NFC.
Menteri Pertanian, Dato' Seri Noh Omar cuba menjadi 'matador' kepada lembu NFC dengan mengatakan seolah-olah Pakatan Rakyat tiada mahu menerima hakikat sesebuah projek atau perniagaan boleh terjejas atau kerugian.



Pemimpin dan media tali barut Umno- BN mengalihkan fakta dengan cuba menipu rakyat bahawa Pakatan Rakyat memesongkan teguran Ketua Audit Negara terhadap NFC. Kita memahami asas teguran Ketua Audit.
Kita juga memahami, sebagai salah sebuah agensi kerajaan, Jabatan Audit masih mempunyai batasan tertentu dalam membuat teguran. Kita juga tahu bahawa Ketua Audit tidak pernah mendakwa akaun NFC berada dalam keadaan kucar kacir. Jika tidak ada pun teguran Ketua Audit, rakyat berhak mengetahui butiran terperinci sebuah projek besar yang menggunakan dana negara atau wang rakyat.
Berasaskan teguran audit bahawa wujud beberapa kelemahan dan keraguan mengenai projek NFC, kita mendapati bahawa ianya harus dibongkarkan supaya rakyat tahu apa yang terjadi.
Umno-BN jangan lari dari beberapa persoalan pokok yang kita bangkitkan. Usah kelentong rakyat dengan pelbagai penipuan lagi.
Pertama, rakyat mempersoalkan mengapa projek ini diberikan kepada anggota keluarga Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan seorang Menteri dan Ketua Wanita Umno?
Amalan kronisme ini bercanggah dengan aspirasi rakyat dan ianya boleh mengundang kepada berlakunya salahguna kuasa dan rasuah oleh anggota kabinet atau rakan-rakan yang meluluskannya?
Kedua, mengapakah semua urusan NFC, anak-anak syarikat dan yang berkaitan dengannya, semuanya di atas nama suami dan anak-anak Shahrizat?
Nama, alamat, nombor kad pengenalan dan jumlah pemilikan saham dalam sijil pendaftaran syarikat (ROC), jelas menunjukkan, keseluruhannya milik anak-beranak Shahrizat.
Ketiga, rakyat ingin tahu, mengapakah kerajaan mengeluarkan sejumlah besar wang kepada NFC terlalu awal, sedangkan pada waktu itu, perjanjian kerajaan dengan NFC masih belum ditandatangani?
Fakta ini dibongkar dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC), yang dipengerusikan Dato' Seri Azmi Khalid, mendapati kerajaan membuat pembayaran kepada NFC beberapa tahun lebih awal dan dihabiskan pada tahun 2009, sedangkan perjanjian hanya dibuat pada 2010.
Keempat, berkait dengan pembayaran awal kepada NFC, atas prosedur mana diambil dengan dokumen apa yang menjadi asas untuk kerajaan mengeluarkan arahan pembayaran?
Hal ini mengundang dakwaan bahawa wujudnya kesilapan besar kerajaan yang melanggar prosedur kewangan dengan membuat pembayaran kepada syarikat yang belum disahkan secara rasmi melalui perjanjian. Hal ini juga membangkitkan persepsi, bahawa kemungkinan wujudnya arahan politik kepada kementerian terbabit untuk mengeluarkan dana awam kepada NFC tanpa asas dokumen yang kukuh.
Kelima, adakah wang sejumlah lebih RM70 juta peruntukan awal dari Kementerian Pertanian dan pembayaran lebih RM130 juta (sebahagian daripada RM250 juta) kepada NFC yang diakui Noh Omar, semuanya digunakan untuk projek lembu?
Perkara ini dirujuk kepada pembelian kondo mewah One Menerung dan kondo di Singapura seperti yang diakui suami Shahrizat. Juga perbelanjaan besar percutian mewah anggota keluarga Menteri, dipastikan tidak menggunakan dana NFC?
Mengapa dalam transaksi kewangan NFC menunjukkan dengan jelas, wang itu digunakan untuk perkara selain daripada projek lembu? Apa kena mengenanya lembu dengan kondo?
Keenam, oleh kerana dana NFC diperolehi daripada wang rakyat, rakyat berhak mengetahui mengapa sejumlah ratusan ribu dibayar kepada anak beranak Shahrizat, sama ada berbentuk upah, elaun atau gaji.
Apa rasionalnya dibayar upah terlalu tinggi untuk projek perniagaan yang tidak menguntungkan? Inilah antara beberapa persoalan pokok yang harus dijawab Umno-BN. Jangan lari tajuk, jangan cuba perbodohkan rakyat, kerana rakyat bukan lembu NFC.
Ingatlah rakyat tidak sebodoh pemimpin Umno, daripada Perdana Menteri sehingga Ketua Umno cawangan, yang mempertahankan penyelewengan dan salahlaku anggota keluarga Ketua Wanita Umno.
Atas asas inilah rakyat sudah tidak sabarsabar lagi hendak menumbangkan Barisan 'lembu' Nasional pada Pilihan Raya Umum akan datang. Hidup rakyat, tumbang BN!.

Tiada ulasan: