ALHUSSEYN |
Mampukah TGNA redakan pergolakan PAS Kedah? Posted: 25 Feb 2012 01:02 AM PST Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa bergegas terbang ke Alor Star kelmarin untuk cuba meredakan pergolakan Pas Kedah setelah usaha Presiden PAS, TGHA sebelum ini menemui jalan buntu. Benarkah nasihat presiden PAS sebelum ini telah ditolak mentah-mentah oleh Azizan sendiri? Sekadar nak tanya.Tidak masuk akal pula kalau TGHA sebagai presiden parti tidak cuba membetulkan keadaan yang semakin bergegar pergolakannya kini.Malah tidak masuk akal juga kalau nasihat dari Presiden sendiri mahu ditolaknya oleh MB Azizan. Tetapi, pemergian TGNA secara tergesa-gesa kesana menambahkan kenyakinan mengenai spekulasi yang mengesahkan kegagalan TGHA untuk menenangkan keadaan di Kedah sebelum ini menyebabkan Kedah semakin bergolak. Keadaan ini telah diambil kesempatan oleh Umno/BN, apabila PM Najib pun sudah mengorak langkah berangkat ke Kedah untuk cuba menangguk di air keruh yang sedang bergelodak disana. Manakan tahu dia akan dapat menangguk katak yang mungkin akan melompat! Namun saya merasakan berita tentang kunjungan TGNA ke kedah telah disambut dingin dengan kenyataan yang agak sinis oleh MB Azizan sebagaimana yang dilaporkan Bernama : Saya Ada Hak Lantik Exco Tanpa Rujuk Presiden PAS Kenyataan MB Azizan ini dapat kita fahami bahawa kunjungan TGNA ke Kedah kali ini yang besar kemungkingkinannya membawa mesej Presiden PAS, TGHA yang mungkin berasa segan nak berdepan dengan MB Azizan. Kita doakan usaha Tuan Guru akan dapat menyelesaikan masalah di Kedah dengan baiknya. Nampaknya hanya beberapa Pemimpin PAS sahaja yang memberi masalah kepada Azizan di Kedah, sedangkan Umno (Kedah) menyenangi Azizan kerana menguntungkan Umno. Azizan melantik beberapa orang Umno untuk memegang jawatan CEO dalam agensi kerajaan juga menjadi punca wujud rasa kurang senang terhadap MB Kedah itu. Isu pemberian penyelenggaraan jalan raya bernilai RM5 juta? kepada kontraktor pro Umno turut menjadi bantahan orang-orang PAS. |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan