Sabtu, 25 Februari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Nizar Parasit Dalam Pas

Posted: 25 Feb 2012 06:44 AM PST

Oleh: MSK



Ini bukan aku yang cakap..tapi Hasan Ali yang cakap. Seboleh-bolehnya..aku tak mau cakap pasal Hasan Ali ni. Dari mula dulu aku dah kutuk dia, tapi masa tu orang kutuk aku balik. Aku pun tak mau cerita banyak-banyak sebab kalau aku cerita pun tak ada orang nak percaya.

Serupa macam sekarang…kalau cerita pasai Mat Suhaimi.. mana ada orang PKR nak percaya. Malah ada orang kata.. saja nak jatuhkan PKR.

Di Selangor, Hasan Ali kata Khalid Samad sebagai parasit. Yang tu Khalid dah jawab. Hasan Ali marah kat Khalid sebab Khalid tak mau sokong dia jadi Menteri Besar.

Di Perak, masa Hasan Ali buat road-show di Bukit Gantang bulan lepas..Hasan Ali kata, Ahli Parlimen Bukit Gantang sebagai parasit di Perak. Dia tak sebut la nama Nizar..tapi bila sebut Ahli Parlimen Bukit Gantang tu..sapa lagi?

Yang pelirnya peliknya, bila orang kutuk Hasan Ali masa dia masih jadi PJ Selangor dulu…Ulama-ulama Pas sibuk mempertahankan Hasan Ali. Tapi bila sekarang Hasan Ali kutuk Pas..ulama-ulama dalam PAS membisu seribu bahasa. Masing-masing tak mau bersuara seolah-olah mengiyakan apa yang Hasan Ali kata.

Ada satu artikel dalam Malaysiakini English yang tak ada dalam versi BM yang menyebut bahawa Hasan Ali tak mau berjumpa dengan "parasit-parasit" ini.

"Former Selangor state executive councillor Hasan Ali says he does not need to meet face-to-face with those in his former party PAS to debate the matter of "parasites" in the political organisation."

Pasai apa Hasan Ali tak mau jumpa? Takut ka?

Oleh kerana Hasan Ali tak mau jumpa dan tak mau berdebat dengan parasit-parasit ini..aku bagi tau pasai apa Hasan Ali sebut Nizar sebagai parasit dalam Pas Perak.

Semua orang tau Hasan Ali ni dulu Pengarah BTN. Dia juga menganjurkan Summer Camp.

Semasa Ramli Ngah Talib menjadi Menteri Besar Perak dulu, Hasan Ali ada memohon sebidang tanah yang agak luas dari MB Perak. Dia dapat tanah tu..tapi belum sempat mengusahakan tanah tersebut untuk dijadikan Summer Campnya, Anwar kena pecat. Dalam masa yang sama, Umno menolak permohonannya untuk menjadikan Summer Campnya sebagai kem latihan BTN.

Bila Anwar kena pecat, Hasan Ali pun masuk Pas. Hasan Ali pun masuk PAS bila dah tengok kebangkitan rakyat menentang Umno masa tu. Ramai orang ingat Umno akan tumbang masa reformasi 98 dan PRU 99.

Bila masuk Pas..poket Hasan Ali makin lama makin kering. Cerita dia minta tolong kat Harakah dan jual minyak setiap ceramah tu aku tak mau sebut la.

Yang aku nak sebut ialah..Hasan ali tak bayar duit premium dan cukai tanah yang diperolehi nya dari Ramli Ngah Talib. Akhirnya, tunggakan sudah mencecah hampir sejuta ringgit.

Tup-tup..Pakatan Rakyat menang di Selangor dan Perak dalam PRU 2008.

Perkara pertama yang dilakukan oleh Hasan Ali ialah cuba buat deal dengan Khir toyo di Selangor supaya dia boleh jadi Menteri Besar. Khalid Samad pi pecah lubang pulak..maka terkantoi lah perancangan Hasan Ali di Selangor.

Kemudian dia cuba buat deal dengan Umno Perak melalui Harussani. Ahmad Awang pulak pecah lubang. Terkantoi pulak perancangan Hasan Ali di Perak.

Akhirnya, Perak dan Selangor berjaya ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim jadi MB Selangor dan Nizar jadi MB Perak.

Tak lama selepas Nizar jadi MB Perak..Hasan ali datang berjumpa Nizar. Hasan Ali minta apa?
Hasan Ali meminta supaya Nizar melupuskan semua tunggakan premium dan hasil tanah yang berjumlah hampir sejuta ringgit. Fuiyo!!

Nizar kata tak boleh. Itu menyalahgunakan kuasa namanya.

Oleh kerana Nizar tak mau melupuskan hutangnya kepada kerajaan negeri, maka Hasan Ali berdendam dengan Nizar.

Wei!! Kepimpinan Pas tau perkara ni! Sepatutnya depa bagi warning kat Hasan Ali yang gelojoh dengan kuasa. Tapi kepimpinan Pas juga berdiam diri…sebaliknya masih mempertahankan Hasan Ali. Ramai yang marah kat Nizar sebab tak mau tolong member.

Aku nak tanya kat ulama-ulama Pas.."hangpa nak mempertahankan individu atau mempertahankan nilai?"

Mudah-mudahan, dengan menghentam PAS, hutang Hasan Ali kepada kerajaan negeri Perak akan terlangsai. Orang macam ni hangpa nak percaya untuk mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja?

So..hangpa tau pasai apa aku sokong Nizar walaupun aku orang PKR masa tu? Hangpa tau pasai apa orang Pas sendiri ramai yang tak suka kat Nizar?

Hari Jumaat lepas aku pi ceramah ABU di Bandar Tun Razak dimana Mat Sabu juga berucap. Dalam ucapannya, Mat Sabu kata, "DAP menjadi ancaman kepada PAS."

Mula-mula aku ingat..Mat Sabu pun dah tak betui.

Mat Sabu kata..sepatutnya Kedah dan Kelantan menjadi negeri contoh dan menjadi rujukan sebagai negeri yang berjaya sebab ianya diuruskan oleh ulama dan berlandaskan Islam. Kalau kedua-dua negeri ini berjaya menjadi rujukan kepada kejayaan pengurusan..sudah pasti Pas tak susah untuk memimpin negara. Tapi terbalik pula…DAP yang mengurus Pulau Pinang pula dikatakan sebagai negeri yang paling berjaya bukan saja dikalangan empat negeri Pakatan malah diseluruh negara.

Hasan Ali mahu menggagalkan Pas dengan menggelar mereka yang progresif dalam Pas sebagai parasit. Hasan Ali mahukan kepimpinan ulama menjadi teraju kepimpinan Pas supaya Pas sentiasa terkebelakang.

Sori la brader-brader dalam Pas. Kepimpinan ulama diperlukan untuk memastikan Pas melahirkan pemimpin yang kredibel dan berintegriti…tapi dalam mengurus hal-hal ekonomi negeri…bagi la kat pemimpin muda yang progresif dan professional. Jangan la semua nak bagi ulama yang uruskan.

Bukankah golongan profesional dan progresif ini juga ulama? Tak kan yang pandai ugama saja di panggil ulama..manakala yang yang professional dan progresif ini dipanggil sekular dan parasit?
Ini juga bukan aku yang cakap tapi Hasan Ali yang cakap.

"Parasites in PAS are now nearly 70 percent, those who are secularly educated. Previously, it was 70 percent ulama," he lamented.

Bai’ah: Pemimpin Umno lebih baik tutup mulut

Posted: 25 Feb 2012 06:25 AM PST

Muhammad Faeez,


IPOH: Pemimpin Umno dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan berkaitan isu bai'ah calon-calon PAS.

Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Hasan berkata, Umno itu sendiri telah ingkar dengan perintah Allah dan mempertikainya.

"Umno janganlah bersifat bermuka-muka tentang isu agama kerana mereka sudah terang-terangan menentang Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Jika tidak mengetahui tentang isu agama seperti bai'ah, beliau menyarankan pemimpin Umno 'menutup mulut'.

"Jika bercakap apa yang ada di dalam Al-Quran, setakat hari ini berapa ramaikah pemimpin Umno telah ingkar dengan perintah Allah, malah telah mempertikaikannya.

"Sebenarnya dasar Umno telah tersasar jauh daripada Islam bahkan amat menyesatkan di dalam memastikan kedaulatan Islam itu sendiri," ujarnya.

Tambahnya, Pemuda PAS menyarankan agar pemimpin Umno tidak perlu sibuk mempertikai bai'ah PAS dan melabelkan bai'ah PAS bercanggah dengan Islam.

"Adalah lebih baik Umno melihat sendiri kepimpinannya, untuk memastikan Islam dimartabatkan di Malaysia khasnya," tegasnya.

FGVH: Anak pastikan rancangan Isa gagal

Posted: 25 Feb 2012 06:22 AM PST

Hazayani Zakaria,




KUALA LUMPUR:
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaaan (Anak) kesal dengan kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bahawa Felda akan meneruskan proses penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) tanpa penglibatan Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).

Presidennya, Mazlan Aliman (gambar) berkata, Isa masih tidak menyedari signal peneroka yang menolak penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia malah ramai di kalangan pegawai tinggi Felda tidak bersama Isa.

"Anak berjaya halang mesyuarat agung KPF bincang penyenaraian tapi Tan Sri Isa Samad mempunyai pendirian yang kontra dengan warga peneroka. Beliau tidak ambil kira langsung reaksi peneroka," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Sehubungan itu, Anak katanya sedang mengkaji tindakan lanjut untuk menghalang 360,000 hektar tanah Felda dipajak kepada FGVH bagi tujuan penyenaraian FGVH.

"Anak sudah berbincang dengan panel peguam dan peguam sedang mengkaji sama ada peneroka Felda mempunyai locus standi terhadap tanah mereka.

"Kalau mereka mempunyai lokus standi, Anak boleh fail saman menghalang tanah dipajak kepada FGVH," jelasnya Pegerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat itu.

Isa dilaporkan berkata, Felda bercadang menubuhkan syarikat tujuan khas (SPV) untuk menjaga kepentingan peneroka Felda yang berjumlah 112,635 orang.

Mazlan turut menyanggah hujah kerajaan bahawa penyenaraian itu bertujuan menambah nilai Felda.

Beliau sebaliknya berkata, kerajaan seharusnya menambah baik pentadbiran Felda terlebih dahulu.

"Usaha penambahbaikan mesti bermula di peringkat pentadbiran Felda.

"Usaha menambah nilai Felda mesti melibatkan golongan muda dalam Felda sendiri, dan pakar-pakar ekonomi, tak perlu kepada penyenaraian," katanya.

Kedah: PAS minta ahli dapat berita dari sumber sah

Posted: 25 Feb 2012 06:20 AM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Semua ahli dan penyokong PAS diminta bertenang ekoran laporan media tentang apa yang sedang berlaku di Kedah sekarang ini kerana pimpinan PAS memantau sepenuhnya isu ini.

Sebarang berita dan spekulasi itu akan dijawab melalui saluran parti.

Sehubungan itu, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub meminta semua ahli mendapatkan maklumat dari sumber parti yang sah tentang apa yang sedang berlaku di negeri itu.

Media, khasnya yang pro-BN melaporkan pelbagai berita tentang apa yang berlaku di Kedah sekarang termasuk melagakan pimpinan PAS.

Misalnya NST melaporkan seolah-olah berlaku pertembungan antara kumpulan Erdogan dan ulamak di Kedah sekarang.

Media melaporkan, dua Exco Kedah tidak bersedia untuk dilantik semula menjadi Exco kerajaan negeri apabila majlis perlantikan dibuat pada 28 Februari ini.

Kumpulan NST pula diarahkan agar menjadikan berita Kedah ini sebagai berita utama termasuk berita muka depan.

Kedah melaksanakan dasar Exco kerajaan negeri akan dilantik setahun sekali di mana mereka akan mengangkat sumpah di depan Sultan Kedah.

Sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat berhubung ketidaksediaan kedua-dua exco berkenaan.

Exco berkenaan pula tidak mengesahkannya bahkan berkata mereka tidak tahu menahu mengenainya.

Penjual Karpet Selak Baju Gadis

Posted: 25 Feb 2012 06:11 AM PST

KELAB GREENBOC




B
aling - "Saya hanya mampu menangis dan merayu agar dia melepaskan saya. Saya cuba melawan, tapi kudratnya terlalu kuat," kata Yana (bukan nama sebenar), 19, dari daerah ini yang dicabul oleh penjual karpet di rumahnya kira-kira jam 3 petang Khamis lalu.

Kejadian berlaku ketika Yana berada bersendirian di rumahnya sebelum dikunjungi oleh seorang lelaki yang menjual karpet datang untuk mengutip hutang kain.

Menurut gadis malang itu, ketika kejadian dia sedang mengemas rumah dan hanya seorang diri di rumahnya, manakala ibunya keluar berniaga sementara adiknya ke kedai berdekatan.

"Bila penjual itu datang saya cakap mak tiada di rumah, tapi dia tetap masuk dengan alasan nak minum air. Namun, saya rasa risau bila penjual itu asyik pandang saya.

"Saya suruh dia keluar tapi dia tidak mahu. Bila saya hendak masuk bilik, saya rasa seseorang tiup telinga saya dan bila pusing ke belakang, lelaki itu terus memeluk saya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, kelmarin.

Menurutnya, dia cuba melawan tetapi kudrat lelaki itu terlalu kuat dan dia tidak mampu melakukan apa-apa selain menangis.

Yana berkata, apabila dia menjerit, penjual itu menutup mulutnya sebelum mengangkatnya dan meletakkannya di atas sofa.

"Lelaki itu kata, dia hendak cium sedikit saja, tapi saya terus mengelak. Dia tidak berpuas hati dan menyelak baju saya, namun saya terus mengelak sehinggalah terdengar bunyi enjin motosikal adik di luar rumah.

"Bila saya dilepaskan, saya terus berlari ke luar rumah dan mendapatkan adik. Namun, penjual itu sempat melarikan diri," katanya.

Anak keempat dari tujuh adik beradik itu berkata, dia dan keluarganya sememangnya mengenali lelaki itu kerana pernah berurusan dengannya sebelum ini.

Menurutnya, setiap bulan lelaki itu datang ke rumahnya untuk mengutip hutang.

"Saya dan mak memang kenal sangat penjual itu," katanya.

Sehubungan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Baling dan tindakan pantas polis berjaya mengumpulkan beberapa lelaki yang bekerja sebagai penjual karpet di daerah ini untuk sesi kawad cam.

"Namun begitu, dia itu tidak berada dalam sesi kawad cam tersebut," kata Yana.

Difahamkan, kejadian hitam hampir 20 minit itu mengakibatkan Yana mengalami ketakutan dan trauma sehingga terpaksa mendapatkan rawatan tradisional untuk memulihkan semangatnya. -SH

Dedah Surat-Surat Sulit Mahathir Dengan Yahudi: Sudah Terlewat

Posted: 25 Feb 2012 05:58 AM PST

MSO


Sekonyang-konyang Ha Najib Razak menyatakan kesediaan untuk mendedahkan surat sulit bekas PM Dr Mahathir Mohamad dengan 'menantang' Yahudi. Mahathir semasa menjadi PM telah mengutuskan beberapa surat merah kepada PM Israel, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak.

Kata Najib dia telah meminta Wisma Putra membuat kajian apakah implikasi dengan pendedan surat itu nanti dari segi keselamatan negara. Sebenarnya Najib tidak payah meminta Wisma Putra mendedahkan surat-surat itu kerana ia sudah bertaburan di alam maya. Rakyat semua lapisan dan golongan sudah pun mengetahui akan kewujudan hubungan Mahathir dengan Yahudi itu.

Sama ada Mahathir bersetuju untuk mematahui kehendak Israel atau tidak, tetapi yang jelasnya mereka berhubung. Berintraksi atau bertukar-tukar pendapat dengan Israel. Mahathir juga secara tidak langsung mengikhtiraf kerajaan Yahudi apabila beliau mengucapkan tahniah atas perlantikan Ehud Barak sebagai perdana menteri Israel.

Bayangkan macam mana terjadi kalau pengucapan itu lahir dari mulut Anwar Ibrahim. Tentu ucapan tahniah itu akan di blow-up di siarkan di muka depan akhbar Utusan Melayu dan juga tv dan radio Rais Yatim serta media PB yang lainnya.

Tiada guna untuk Najib membuat tindakan itu - mendedah surat-surat sulit Mahathir kepada Istrael setelah 12 tahun Mahathir tidak menjadi perdana menteri. Melainkan pendedahan itu untuk mencemarkan kesucian Mahathir yang kononnya begitu jujur, telus dan bersih di sepajang pentabdirannya.

Sebaliknya surat itu nanti mengenalkan orang siapa Mahathir sebenarnya. Surat itu mengesahkan kemunafikan Mahathir seorang ahli Umno.

Dalam pada itu saya percaya Wisama Putra akan membuat ulasan surat-surat sulit itu tidak perlu didedahkan. Itu pun yang Najib mahu. Kenyataan bersediaan untuk mendedahkan surat cinta Mahathir dengan Israel hanya sebagai bertanam tebu di bibir mulut saja. Ia satu lagi pengeliruan Najib terhadap rakyat kesekian kalinya.

Saya yakin Wisma Putra akan membuat ulasan pendedahan itu akan membahayakan kepada negara, sebenarnya membahayakan Umno. Dengan itu surat-surat Mahathir seterusnya dengan Yahudi atau pun pihak-pihak lain yang tidak sepatutnya berlaku, tidak akan didedahkan.

Lagipun sekiranya surat-surat itu didedahkan, sudah pasti rakyat akan menuntut banyak lagi surat-surat merah lain yang diutuskan kerajaan Malaysia semasa Mahathir jadi PM kena didedahkan. Ia tidak akan berhenti setakat surat Mahathir kepada Nentayahu dan Ehudu saja. Pendedahan surat itu tidak akan membersihkan keseluruhan kejelikan Mahathir.

Rahsia-rahsia lain yang membabitkan keselamatan negara sekaligus maruah Mahathir juga nanti perlu didedahkan. Misalnya skandal BMF yang melibatkan RM2.5 billion di Hong Kong tidak pernah terungkap secara tuntas. Satu masa Mahathir cuba mengaitkan skandal itu dengan Tengku Razaleigh Hamzah tanpa membabitkan sama dirinya.

Tengku Razaleigh sungguh kecewa dengan tindakan Mahathir itu sampai Tengku Razaleigh bersumpah sedia untuk menerima binasa Allah kalau dia terlibat dengan skandal itu atau memakan duit kerajaan. "Saya sedia dibinasakan Allah kalau saya terlibat," begitu ucap Tengku Razaleigh di Gua Musang tahun 1987.

Secara logiknya macam mana seorang perdana menteri yang mempunyai kuasa penuh terhadap perkembangan hal ehwal negaranya tidak mengetahui mengenai aktiviti bank milik negara itu yang memberi pinjaman tanpa cagaran kepada seseorang? Adalah mustahil kerana ia melibatkan jumlah yang bukan sedikit kalau perdana menteri (Mahathir) tidak tahu.

Dalam kasus ini Mahathir cuba cuci tangan dengan melemparkan biawak hidup dengan ke bahu Tengku Razaleigh. Lama juga Tengku Razaleigh dan kerabatnya merana mengenai isu BMF ini. Akhirnya kebenaran wujud apabila akhbar yang disaman oleh Tengku Razaleigh menuduh beliau menjadi dalang dalam skandal itu terpaksa membayar ganti rugi bernilai jutaan ringgit kepada Tengku Razaleigh.

Tengku Razaleig sudah bersih dari tuduhan itu tetapi Mahathir belum.

Mudah saja untuk memahami kenapa Tengku Razaleigh menjadi mangsa. Mahathir ketika itu berpengaruh dan memiliki kuasa. Mahathir boleh arahkan media massa atau mana-mana pihak untuk meletakkan bebanan dan kejijikan itu ke atas bahu Tengku Razaleigh. Tindakan politik seperti ini tidak asing bagi Mahathir. Sebenarnya sebelum dia menganiaya Anwar dia telah menganiaya dan menzalimi Tengku Razaleigh Hamzah.

Mahathir sampai sekarang ini tidak pernah cuba membersihkan dirinya dari skandal berkenaan? Mudah sahaja sebab tidak ada sesiapa yang membuat tuduhan dan spekulasi mengenai dirinya. Dengan kuasa kewangan Mahathir berjaya menutup mulut media-masa asing untuk tidak mengaitkannya. Manakala media dalam negeri pula seperti sedia maklumlah menjadi tukang tempel najis Mahathir yang terkicit di mana-mana.

Tektik dan formula itu juga dilakukan N ajib terhadap Anwar. Najib boleh mengupah seberapa banyak media asing untuk menghitamkan Anwar kemudian memutihkan dirinya. Apakah kita tidak terfikir komisyen yang begitu banyak dikaut dari pembelian peralatan pertahanan negara bukan untuk diguna perundingan dan pengkhianat asing?

Tegasnya kalau Najib hendak sucikan Mahathir, bukan dengan mendendahkan surat sulit MAhathir dan kerajaan UBN dengan Israel. Itu tidak perlu lagi kerana surat itu sudah pun dibaca rakyat. Apa yang rakyat tunggu selama ini ialah sejauh manakah penglibatan Mahathir dalam skandal BMF. Itu yang lebih wajar Najib dedahkan bukannya surat Mahathir menyokong Israe

Kita: Zamil Buat Laporan Polis, Dakwa Pemecatan Tak Sah

Posted: 25 Feb 2012 05:54 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


KOTA BAHRU: Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) Negeri Kedah, Zamil Ibrahim membuat laporan polis kerana mendakwa pemecatannya tidak sah dan berlaku penipuan amanah dalam parti itu.

Zamil, yang diiringi kira-kira 10 pengikutnya, membuat laporan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Kita, Wan Hasemah @ Wan Norjam Wan Sulaiman dan setiausahanya, Masrum Dayat di Balai Polis Kota Baharu kira-kira 5.30 petang.

Dalam laporan itu, Zamil mendakwa kedua-dua individu melakukan penipuan dan pecah amanah tugas bersabit pemecatannya lapor Bernama.

Beliau memberitahu pemberita laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat kedua-dua individu berkenaan yang terlibat secara langsung dalam hal surat-menyurat dengannya memandangkan beliau telahpun menjawab surat tunjuk sebab berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan mencemuh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di TV3 pada 6 Jan lalu.
Zamil juga bertegas beliau masih anggota Kita serta Ketua Negeri Kedah yang sah.

Beliau juga berkata anggota dan pemimpin Kita akan bermesyuarat malam ini dan esok bagi memutuskan tindakan terhadap presiden parti Datuk Mohd Zaid Ibrahim, yang sebelum ini mengumumkan mahu membubarkan parti itu tetapi dibantah anggota parti.

Pencemaran Amonia di Sungai Semenyih Jejas Bekalan Air

Posted: 25 Feb 2012 05:52 AM PST

Post Pic


ANTARA POS.COM


SHAH ALAM – Bekalan air di beberapa kawasan di Selangor terjejas setelah Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa ditutup sementara kerana air daripada sungai itu dikesan mengandungi tahap amonia yang berlebihan dari pagi tadi.

Walaupun loji itu dibuka semula beberapa jam kemudian, paras kolam imbangan di loji itu masih belum stabil, menyebabkan gangguan bekalan air.

Kawasan yang terjejas ialah di sekitar Wilayah Hulu Langat terutamanya di Seksyen 1 dan Seksyen 3 Bandar Baru Bangi; Bandar Bukit Mahkota; dan Taman Dusun Jaya, Semenyih dan kawasan Sungai Merab di Wilayah Sepang, kata Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som.
Halem berkata Konsortium Abass yang mengendalikan loji itu memaklumkan paras amonia adalah 7.0 PPM (Part Per Milion) berbanding paras normal, 1.5 PPM .

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat, Abdul Halem Mat Som berkata pencemaran air mentah itu boleh menjejaskan bekalan untuk pengguna di Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang.

"Jadi sekiranya keadaan ini berlarutan, maka beberapa kawasan akan mengalami tekanan air rendah atau pun gangguan bekalan air berjadual akan dijadualkanlah, " kata Halem.

" Jadi kawasannya begitu besar, sekiranya perkara ini berlarutan, ia akan menjejaskan banyak kawasan lain dan berkemungkinan akan menjejaskan 1.3 juta penduduk di kawasan itu tadi," katanya kepada Antarapos.com.

Skandal Pasir, Shuhaimi Sedia Beri Kerjasama Jika DiPanggil SPRM

Posted: 25 Feb 2012 05:50 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie bersedia untuk memberi kerjasama jika dipanggil sekali lagi oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan menerima rasuah daripada kontraktor yang didakwa oleh penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin terhadapnya.

Shuhaimi berkata malah di pihak kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan siasatan tersebut yang sekian lama didakwa beliau tidak pernah mempunyai siasatan lanjut ketika isu itu berbangkit sejak Julai 2010.

"Saya sudah pun dipanggil sebelum ini dan pad asaya sudah tidak ada apa-apa lagi, tetapi saya akan berikan kerjasama lagilah kalau hendak dipanggil," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.

"Kita (kerajaan negeri) pun selama ini memang membantah rasuah dan tuduhan-tuduhan yang cuba dimanipulasikan dan kalau boleh kita hendak siasatan ini boleh disimpulkan segera kerana ia tidak baik untuk dibiarkan terlalu panjang kerana pada hal saya rasa ini sudah terlalu lama dibiarkan sebab mengikut apa yang dikatakan oleh SPRM sendiri, tiada tindakan lanjut," katanya.

Shuhaimi bagaimanapun menegaskan tidak ada apa-apa lagi yang perlu dinafikannya dalam isu skandal pasir itu.

"Bagi saya tidak ada apa-apa lagi tetapi pada saya jika dia hendak panggil lagi, kita bersedia untuk hadir," katanya.

Beliau selain itu berkata sekiranya SPRM masih memerlukan apa-apa maklumat berhubung isu pasir tersebut, beliau akan menjelaskannya dalam siasatan akan datang.

"Kalau mereka masih memerlukan kerjasama, kita akan pergi berjumpa mereka dan cuma kita tidak tahulah apa benda mereka hendak tanya" katanya.

Kedua-dua ADUN dari PKR, Shuhaimi dan Amirudin Shari (Batu Caves) yang dituduh menerima rasuah daripada kontraktor yang terlibat dalam perlombongan pasir di Selangor berkemungkinan boleh ditarik balik oleh SPRM yang telah memperluaskan skop siasatannya.

Ini didedahkan oleh Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali yang berkata jika keperluan timbul, maka kedua-duanya akan dipanggil siasat semula.

Sebelum ini, Shuhaimi dan Amiruddin pada mulanya dipersoalkan oleh SPRM pada bulan Julai 2010.

Khamis lalu, Panel Penilaian Operasi suruhanjaya itu mengarahkan bahawa siasatan "semula" kerana terdapat banyak soalan tidak terjawab.

Selain itu, Mustafa berkata panel akan meneliti kertas siasatan dan sedang melihat dari sudut lain dalam penyiasatan itu.

Mustafar dalam pada itu berkata siasatan adalah satu proses yang berterusan bagaimanapun berkata penyiasat akan mempunyai lebih banyak kerja untuk dilakukan selepas Pengerusi panel siasatan,Tan Sri Dr Tan Sri Hadenan Abdul Jalil telah mengarahkan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan "semula" kes itu.

'Penyiasat perlu untuk mengumpul lebih banyak bukti.

"Kami telah menggali lebih dalam. Kami akan mengambil masa sebanyak mungkin sebelum mengemukakan kes itu kepada Timbalan Pendakwa raya," kata Mustafar.

Panel telah diberi taklimat mengenai kemajuan siasatan ke atas kes itu oleh SPRM Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdull dan Mustafar pada hari Khamis lalu.
Tan Sri Hadenan berkata bahawa penyiasat yang diperlukan untuk mengumpul lebih banyak bukti.

Aktiviti-aktiviti perlombongan pasir baru-baru ini dibawa oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa bahawa ia adalah kebetulan bahawa kedua-dua wakil rakyat telah didaftarkan sebagai pengarah Syarikat Double Dignity (M) Sdn. Bhd, merupakan syarikat yang terbabit dalam operasi perlombongan pasir di Dengkil, Sepang.

Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin itu mengemukakan dua nama pemimpin Pakatan Rakyat itu yang didakwanya terlibat di dalam skandal penyelewengan pasir di Selangor.

Selain itu, pemilik laman Malaysia Todaay itu turut mengemukakan beberapa dokumen berupa surat permohonan mengorek pasir di kawasan seluas 45 ekar di Dengkil, Selangor, cek-cek bank, borang kemasukan wang di Affin Bank serta transkrip rakaman perbualan telefon antara Mat Suhaimi dan kontraktor pasir.

Menurut Raja Petra, Suhaimi dan Amirudin merupakan Pengarah Syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd yang mengemukakan surat permohonan mengorek pasir dari syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Penulis itu mendakwa bahawa Suhaimi dan Amirudin menetapkan gaji mereka di syarikat itu sebanyak RM5,000 sebulan dan telah meminta wang dari kontraktor pasir untuk melobi bagi mendapatkan kelulusan permohonan tersebut.

Dalam pada itu usaha Antarapos.com untuk menghubungi ADUN Batu Caves, Amirudin Shari gagal bagi mengesahkan kehadirannya ke SPRM sekiranya dipanggil sekali lagi.

6,000 Ribu Hadir Himpun Terengganu

Posted: 25 Feb 2012 05:40 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM



KUALA TERENGGANU: Lebih 6,000 orang menghadiri Himpunan Sejuta Umat (Himpun) bertema 'Selamatkan Akidah' siri jelajah negeri Terengganu yang diadakan di Stadium Negeri di sini hari ini.

Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, himpunan anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam ini mengketengahkan isu gejala murtad di kalangan akidah umat Islam yang kian meruncing di negara ini.

"Kita mahu menyangkal dakwaan segelintir pihak yang beranggapan isu murtad ini bukanlah serius di negara ini. Malah semasa ceramah tadi, kita turut memaparkan rakaman video pengakuan bekas murtad dan mahu memberi kesedaran kepada semua umat Islam mengenai isu murtad yang semakin berleluasa kini," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas tamat perhimpunan itu.

Aminuddin berkata, kini terdapat 868 kes permohonan menukar agama oleh individu beragama Islam di seluruh negara sejak lima tahun lalu yang perlu ditangani kerajaan bersama NGO Islam daripada terus menular.

Dalam perhimpunan itu, mantan Pesuruhjaya Pas, Datuk Dr Hasan Mohd Ali menjadi ahli panel dan memberi ceramah selama satu jam mengenai isu-isu memurtadkan umat Islam di negara ini.

Hasan, yang juga dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, bagaimanapun enggan ditemu bual pemberita.

Himpun ini merupakan siri yang kelima sebelum Kepala Batas (Pulau Pinang), Paroi (Negeri Sembilan), Kuala Kangsar (Perak) dan Shah Alam (Selangor).

Aminuddin berkata, Himpun mengetengahkan 10 tuntutan resolusi yang akan dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mewujudkan undang-undang berkaitan.

Tujuan tuntutan 10 resolusi itu antaranya memastikan undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama akta yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri

Hilmi dakwa Pakatan dalang penyebaran foto

Posted: 25 Feb 2012 05:36 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY

"Saya tidak menolak kemungkinan ada musuh dalam selimut yang menyimpan dendam atau dengki kepada saya atau Eli (Elizabeth)," katanya.



PETALING JAYA: Hilmi Azimin Malek, bekas kekasih Exco Selangor mendakwa permainan kotor politik Pakatan Rakyat menyebabkan hidupnya dan Elizabeth Wong menjadi sukar dan menanggung aib.

Beliau bagaimanapun tidak tahu dalang sebenar yang menjadi musuh dalam selimut dan motif individu itu menganiayainya.

"Saya tidak menolak kemungkinan ada musuh dalam selimut yang menyimpan dendam atau dengki kepada saya atau Eli (Elizabeth)," katanya dipetik laporan Kosmo! hari ini dalam pertemuan di Polresta, Barelang, Batam, Indonesia.

Namun Hilmi, 37, dipetik laporan portal Indonesia Detik.com awal Februari mendakwa dirinya mendapat tajaan daripada parti politik pembangkang dan keluarga sepanjang menjadi pelarian di sana.

Sementara itu, jurucakap polis di Batam berkata, Hilmi bakal berdepan dengan hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun atas kesalahan memalsukan pengenalan diri di Indonesia.

Siasatan mendapati Hilmi mendapatkan pengenalan diri palsu itu daripada seorang kenalan keluarganya dan mungkin dengan bantuan parti pembangkang di Malaysia yang membiayai kehidupannya sejak tiga tahun melarikan diri ke Indonesia, laporan Kosmo! dipetik.

"Kita juga sedang menyiasat kemungkinan kenalan Hilmi yang membuat pengenalan palsu Hilmi melalui khidmat sindiket di Indonesia," kata beliau.

Sementara itu, Hilmi turut mendakwa pernah bertemu dengan Elizabeth untuk berbincang selepas tersebarnya gambar yang mengaibkan itu.

"Kami sama-sama duduk menangis mengenang musibah yang menimpa diri Elizabeth," katanya yang kemudian mengambil keputusan untuk tidak membuka mulut mengenai isu tersebut kepada mana-mana pihak.

Katanya, disebabkan janji itu juga dia tidak pernah menjawab panggilan telefon atau mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai gambar tersebut.

Hilmi turut mengaku menjadi kekasih Elizabeth tanpa pengetahuan ramai namun terputus begitu sahaja selepas melarikan diri ke negara jiran.

Aktivis PKR itu menjadi buruan polis tempatan bagi membantu siasatan kontroversi gambar Elizabeth yang diambil melalui telefon bimbit semasa pemimpin PKR itu sedang tidur dan kemudiannya disebarkan di Internet pada tahun 2009.

Bagaimanapun, Hilmi gagal dikesan kerana menghilangkan diri dan dipercayai bersembunyi di Indonesia.

FGVH pelik, umpama syarikat kecil telan syarikat besar

Posted: 25 Feb 2012 05:31 AM PST

Ketua Biro Felda PKR Suhaimi Said dakwa kerajaan mahu menyenaraikan FGVH kerana perlukan wang pilihan raya umum ke 13.



PETALING JAYA: Biro Felda PKR mendakwa penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) langkah pelik dalam urusan perniagaan kerana syarikat kecil menelan syarikat besar.

Penyenaraian FGVH bermakna Koperasi Permodalan Felda (KPF), Felda Plantations dan Felda Holdings akan dikuasai FGVH.

Kata Suhaimi, bagaimana mungkin FGVH sebuah syarikat yang bermasalah yang menjalankan perniagan di luar negara tetapi rugi mahu menguruskan perniagaan itu.

Koperasi Permodalan Felda (KPF) merupakan koperasi terbesar negara yang memberi dividen tahunan 15 peratus kepada ahlinya.

"Soalan ini berdasarkan kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad "bergantung kepada untung rugi perniagaan."

"Bolehkah FGVH memberi jaminan ahli KPF akan terus mendapat dividen sebanyak itu? Atau lebih banyak lagi atau bagaimana?" tanya beliau.

Suhaimi berkata, penyenaraian itu juga menyebabkan Felda Plantions yang mempunyai ladang seluas 830, 000 ekar akan menjadi milik FGVH.

Katanya, Felda yang mendapat RM2.4 bilion setahun akan memperolehi RM500 juta setelah FGVH disenaraikan.

"Bolehkah FGVH terus menjamin kejayaan Felda Holding yang sangat berjaya dan berdaya maju sekarang,? tanya beliau lagi.

Bagi Suhaimi, penyenaraian FGVH adalah untuk kepentingan politik BN bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13.

BN mahu wang

Beliau mendakwa peneroka Felda telah dijanjikan antara RM20, 000 dan RM30,000 seorang dalam bentuk wang tunai dan saham apabila penyenaraian FGVH dilakukan.

Pemberian ini akan dilakukan sebaik sahaja parlimen dibubarkan untuk memberi gambaran bahawa penyenaraian FGVHB ini memberikan menfaat kepada peneroka-peneroka Felda, kata Suhaimi.

"Ini maklumat dalaman dari Felda, kita ramai kawan-kawan dalam Felda, Bukan semua pegawai Felda setuju dengan FGVH," kata Ketua Biro Felda PKR, Suhaimi Said yang dihubungi hari ini.

Suhaimi berkata, kerajaan mahu menyenaraikan FGVH kerana mahukan wang yang banyak bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13.
"Pemberian wang dalam jumlah yang banyak kepada peneroka Felda bukan perkara baru dalam era pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, Najib menghulurkan RM1000.00 sebelum hari mengundi dan RM49,000.00 lagi selepas BN menang kepada peneroka Sungai Buaya.

"Dalam pilihanraya kecil Kerdau, wang ses sebanyak RM13,000 dibayar kepada peneroka Felda Jengka 22 dan RM4,000.00 untuk peneroka Jengka 23," katanya lagi.

95% penduduk S’wak dapat bekalan elektrik menjelang 2013

Posted: 25 Feb 2012 05:30 AM PST

Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan untuk kontrak Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bernilai RM1.7 bilion.



KUCHING: Sebanyak 95 peratus daripada jumlah penduduk luar bandar di Sarawak akan menikmati kemudahan bekalan elektrik menjelang tahun 2013.

Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, setakat ini kira-kira 70 peratus penduduk di luar bandar telah dibekalkan dengan kemudahan elektrik.

"Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan untuk kontrak Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bernilai RM1.7 bilion di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di negeri ini untuk tempoh tiga tahun dan setakat ini, RM1.2 bilion sudah diterima," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perasmian Projek BELB di Kampung Tarat Mawang, Tarat Sibala dan Tarat Melawi, Kampung Mawang dan Kampung Bunga di Dewan Kampung Tarat, Sibala, Serian.

Kata Tengah, projek itu merangkumi bekalan elektrik alternatif seperti tenaga solar, mini hidro dan sambungan kepada grit-grit utama elektrik.

"Kita harus menyedari bahawa, tidak semua bekalan elektrik terutamanya di pedalaman itu dapat disambungkan menggunakan grit elektrik, maka bekalan elektrik alternatif ini harus diambil kira," ujarnya.

Tengah berkata, arahan secara umum telah diberikan kepada pihak Sesco dan syarikat kontraktor terlibat untuk mengkaji kemungkinan untuk memasang tiang elektrik di tepi sungai di kawasan lain memandangkan ada sesetengah kawasan kampung masih belum mempunyai sambungan jalan raya.

"Ada beberapa kampung di kawasan Daro dan Limbang dijalankan projek pemasangan tiang elektrik di tepi sungai ini," kata beliau yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II.

Dalam pada itu, katanya projek luar bandar seperti BELB ini seharusnya mendapat kerjasama daripada semua penduduk kampung agar projek yang dirancang tidak tergendala.

6,000 kampung di Sarawak


"Sarawak mempunyai kira-kira 6,000 buah kampung dan ia menjadi cabaran kepada kerajaan untuk membawa pembangunan kerana setiap penempatan kampung itu berselerak dan tidak semua projek itu dapat dilaksanakan dalam tempoh sama," katanya.

Tambahnya, sokongan dan kerjasama daripada penduduk kampung amat diperlukan agar objektif kerajaan untuk membawa perubahan transformasi pembangunan tercapai.

"Pada tahun 60an, kira-kira 70 peratus daripada penduduk Sarawak direkodkan terdiri daripada penduduk miskin, sekali gus meletakkan negeri ini antara tiga buah negeri termiskin di Malaysia," ujarnya.

Bagaimanapun pada hari ini katanya, kira-kira empat peratus sahaja daripada penduduk Sarawak masih lagi dikategorikan miskin.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) membawa politik pembangunan untuk membawa perubahan transformasi kepada rakyat agar kita dapat meningkatkan kehidupan ke peringkat lebih baik," tegasnya.

Terdahulu, Tengah berkata, projek BELB Kampung Tarat Mawang, Tarat Sibala dan Tarat Melawi, Kampung Mawang dan Kampung Bunga bernilai RM2.9 juta dengan purata perbelanjaan untuk satu sambungan, kira-kira RM20,000.

"Projek ini memberi faedah kepada 136 buah keluarga yang terdiri daripada 700 orang penduduk daripada lima buah kampung terlibat," katanya sambil memberitahu projek itu telah siap sepenuhnya pada pertengahan tahun lalu.

Hadir sama, Ahil Dewan Undangan Negeri (Adun) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn, Setiausaha Tetap Kementerian Kemudahan Awam, Haji Ubaidillah Abdul Latip dan Residen Bahagian Samarahan, Haji Ismail Haji Anis.

Roboh kuil: Apa pendirian k’jaan S’gor?

Posted: 25 Feb 2012 04:46 AM PST

Kuil Sri Maha Mariamman di Taman Kota Warisan, Dengkil dirobohkan tanpa kelulusan.



PETALING JAYA: Pemuda MIC Kebangsaan hari ini menyoal bagaimana kuil Sri Maha Mariamman di Taman Kota Warisan, Dengkil dirobohkan tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan mahupun kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

"Kami mahu tahu apa pendirian kerajaan negeri berkenaan perkara ini sedangkan mereka telah berjanji kuil Hindu tidak akan dirobohkan," kata kKetuanya T Mohan ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kes perobohan kuil tersebut yang dilakukan oleh pemaju perumahan Gema Padu Sdn Bhd pada hari Selasa.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC Selangor A Shanker pula mendakwa: "Pihak pemaju perumahan tersebut tidak memberi kata-kata yang jelas berkenaan perkara ini.

"Pihak kuil juga tidak menerima apa-apa notis seolah-olah mereka turut bekerjasama dengan pihak tertentu dan kepentingan masyarakat dipinggirkan."

Projek perumahan

Shanker menyatakan dalam satu kenyataan media bahawa pemaju perumahan yang juga pemilik tanah tersebut mendakwa bahawa projek perumahan yang dibangunkan tidak mendapat sijil kelayakan kerana wujudnya kuil ini.


"Exco kerajaan negeri Dr Xavier Jayakumar turut hadir ketika itu. Justeru itu persoalan saya adakah pemilik tanah ini memiliki tanah ini sebelum kuil ini didirikan?," soal Mohan.

Menurut beliau kelulusan pihak berkuasa tempatan atau notis perobohan dari mahkamah perlu diperolehi sebelum perobohan dilakukan.

Dalam kes ini, Mohan percaya bahawa tindakan perobohan ini adalah hasil kerjasama pihak kerajaan negeri dengan pemaju perumahan. Ini kerana pemberian sijil kelayakan adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

Beliau menambah bahawa pemaju tersebut perlu disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mewujudkan rasa ketidaktenteraman di kalangan penduduk beragama Hindu.

Sehubungan dengan itu, dua laporan polis telah dibuat terhadap pemaju tersebut di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi pada hari Selasa.

Struktur kuil masih kekal

Sementara itu, Dr Xavier ketika dihubungi menafikan bahawa keseluruhan kuil tersebut telah dirobohkan tetapi sebaliknya struktur kuil masih kekal di situ.

Beliau berkata, tindakan merobohkan kuil adalah keputusan syarikat Kota Warisan yang turut memiliki Gema Padu. Kerajaan negeri tidak akan berdiam sekiranya terdapat kes perobohan kuil.

"Saya telah meminta Gema Padu untuk membangunkan semula kuil tesebut," tambah beliau.

Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat telah diadakan di antara pihak pengurusan kuil, Gema Padu dan Majlis Perbandaran Sepang semalam.

"Pihak pengurusan kuil memberitahu bahawa mereka memerlukan RM20,000. Sekiranya semua bersetuju saya mahukan syarikat tersebut membangunkan kuil tersebut di kawasan tanah baru," kata Dr Xavier.

Dakwaan murtad: Mais sedia laporan

Posted: 25 Feb 2012 04:43 AM PST

Mais dan Jais selaku institusi yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara kesucian agama Islam, dari masa ke semasa sentiasa membuat pemantauan.



PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan menyediakan satu laporan khas berhubung dakwaan murtad yang ditimbulkan oleh Pengerusi Jalur Tiga (Jati) Dato' Dr Hasan Mohamed Ali ketika pelancaran NGO itu Selasa lalu.

Setiausaha Mais, Mohd Haniff Hassan berkata, laporan itu akan diserahkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memberi gambaran jelas berhubung situasi yang dibangkitkan.

"Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selaku institusi yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara kesucian agama Islam, dari masa ke semasa sentiasa membuat pemantauan dan siasatan terhadap usaha-usaha memurtadkan orang Islam.

"Usaha ini adalah selaras dengan kuasa yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menegaskan bahawa tindakan terhadap individu atau badan-badan yang bertanggungjawab berhubung isu murtad ini hanya akan diambil setelah Mais dan Jais melengkapkan siasatan bersama bukti-bukti kukuh untuk pendakwaan.

"Mais berharap agar masyarakat berbilang kaum di negara ini menghormati agama Islam sebagai Agama Persekutuan di samping bebas mengamalkan agama masing-masing," kata Haniff.

Hasan Ali, pada majlis pelancaran Jati di Shah Alam Selasa lalu, di antara lain berkata pihaknya akan mendedahkan video eksklusif pengakuan individu yang dimurtadkan kepada umum dalam masa terdekat.

Sebagai respon kepada kenyataan Hasan Ali itu, Menteri Besar mengarahkan Mais dan Jais supaya menjalankan siasatan berhubung wujudnya usaha memurtadkan umat Islam.

Umno-BN parti politik parasit

Posted: 25 Feb 2012 04:39 AM PST

Oleh ND Ibrahim

Satu-satunya peluang terdekat yang ada untuk rakyat negara ini membunuh parasit Umno-BN ialah melalui PRU-13 nanti, pengundi jangan tersilap pilih lagi.



Parasit atau tumbuhan menumpang hidup di tumbuhan induk lain memang diketahui merupakan sejenis tumbuhan yang menjadikan sel- sel dari tumbuhan induknya sebagai sumber makanan untuk meneruskan kelangsungan hidupnya.

Jika parasit berkenaan terus dibiarkan, lama-kelamaan ianya akan membawa mudarat kepada tumbuhan induk itu sendiri dan boleh menyebabkan pokok induk itu mati secara perlahan-lahan.

Sama di alam semulajadi, dalam arena politik negara ini Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau Umno juga sama seperti tumbuhan parasit tadi, kelangsungan hidupnya sangat bergantung kepada 'tumbuhan induknya'.

Menjadikan keadaan lebih buruk lagi apabila Umno-BN hari ini telah dianggap sebagai sebuah parti politik parasit yang memerlukan kos penyelengaraannya yang cukup tinggi demi memuaskan kehendak pemimpin dan meneruskan kelangsungan parti itu sendiri.

Lebih-lebih lagi di saat semakin hampirnya musim pilihan raya seperti keadaan yang ada sekarang, sikap parasit mereka akan meningkat berkali-kali ganda bagi memastikan parti itu terus kekal bernyawa.

Hakikat Umno-BN adalah sebuah parti yang paling banyak memenangi pilihan raya yang pernah diadakan di negara ini memang tidak dapat disangkal lagi.

Bagaimanapun kemenangan demi kemenangan yang Umno-BN kecapi banyak bergantung kepada faktor formula '3M' yang banyak menyebelahi mereka iaitu Media, Machinery dan Monetary.

Sama seperti parasit, semenjak Mogok Utusan 1961 lagi, Umno-BN dengan tidak bertanggungjawab dan konsisten mempergunakan media demi kelangsungan hayat mereka sekaligus membunuh kebebasan media di negara ini dengan perlahan-lahan.

Machinery

Tanpa ragu-ragu Machinery (jentera) pilihan raya Umno-BN boleh dianggap sebagai jentera pilihan raya yang paling berkesan dan utuh berbanding jentera-jentera parti lawan.

Bagaimanapun sekali lagi, sama seperti parasit yang memakan sel tumbuhan induk untuk kelangsungan hidup, jentera Umno-BN sebenarnya cuma bergantung harap kepada jentera kerajaan samada dengan menyalahgunakan harta termasuk peruntukan dari dana awam mahupun penggunaan sumber manusianya.

Tindakan yang banyak memberikan kelebihan kepada mereka itu dengan sendirinya telah banyak merosakan institusi kerajaan negara ini.

Malahan gara-gara sikap parasit Umno itu, lebih-lebih lagi di kalangan penyokong totok Umno telah gagal membezakan harta hak milik kerajaan dengan hak milik Umno dengan beranggapan bahawa hak kerajaan juga merupakan kepunyaan Umno-BN dan begitu juga sebaliknya.

Monetary (Kewangan)

Rata-rata masyarakat negara ini sedar bahawa Umno-BN dengan wang tidaklah dapat dipisahkan bagaikan semut menghurungi tumpahan gula, di mana ada lubuk wang maka di situlah pemimpin-pemimpin mereka akan menghurunginya.

Demi kepentingan kekayaan diri dan memenuhkan kantung pilihan raya maka tidaklah menghairankan apabila pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan wang bagi menjana perjalanan kempen pilihan raya mereka.

Komisen bernilai jutaan ringgit dalam urusniaga pembelian aset bernilai tinggi negara contohnya, selain masuk ke poket diri sendiri dan

kroni, sebahagian darinya juga adalah untuk persediaan perbelanjaan pilihan raya.

Tidak ketinggalan projek-projek bernilai berbilion ringgit yang kononnya untuk rakyat juga turut menyediakan habuan untuk pemimpin tertentu dan kantung pilihan raya parti 'high maintenance' itu sebagai pra-syarat bagi memperolehi projek rundingan terus kerajaan.

Maka, tidaklah menghairankan apabila beberapa kontroversi berhubung pembelian aset negara seperti pembelian kapal selam Scorpene misalnya tidak mendapat reaksi yang sepatutnya dari SPRM dan badan penguatkuasa yang lain.

Persepsi negatif

Lebih menyedihkan, apabila kontroversi pembelian tersebut turut menimbulkan pelbagai persepsi negatif termasuklah tanggapan yang melibatkan nyawa melayang baik diletupkan mahupun ke tali gantung.

Maka tidaklah keterlaluan jika ada masyarakat yang menganggap sesetengah projek kerajaan dan pembelian aset bernilai tinggi negara dibuat berdasarkan keperluan kewangan Umno-BN serta pemimpin mereka dan bukannya keperluan rakyat dan negara.

Projek dan pembelian tersebut hanyalah dijadikan satu platform bagi membolehkan duit masuk kekantung mereka 'secara sah' dan menguntungkan kroni sekaligus mewujudkan situasi menang-menang sesama mereka.

Sikap parasit Umno-BN memakan sel pokok induk ini bukan sahaja membunuh kebebasan media dan kebertanggungjawaban entiti kerajaan terhadap harta kerajaan malah turut membunuh intergriti badan penguatkuasaan dan sistem perundangan negara yang kononnya bebas.

Bukan sahaja peluh jantan ketakutan SPRM, polis dan badan penguatkuasaan lain terpercik tatkala cuba memulakan siasatan terhadap pemimpin-pemimpin Umno-BN ini.

Hatta pihak di dalam institusi perundangan turut berfikir berkali-kali sebelum melakukan sebarang pendakwaan meskipun dibekalkan bukti yang kukuh.

Sepertimana cara untuk menyelamatkan pokok induk dengan membuang parasit yang melata di dahan-dahan, parasit Umno-BN juga haruslah segera dinyahkan dari Putrajaya.

Satu-satunya peluang terdekat yang ada untuk rakyat negara ini membunuh parasit Umno-BN yang telah lama membunuh kebebasan media, integriti kerajaan, penguatkuasaan, kehakiman dan lain-lain ialah melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, pengundi jangan tersilap pilih lagi.

KITA lantik Zamil ketua baru

Posted: 25 Feb 2012 04:29 AM PST

Keputusan dibuat dalam mesyuarat khas di Kota Baru, hari ini.



KOTA BARU: Mesyuarat khas parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) melantik bekas Pengerusi Kedah, Zamil Ibrahim sebagai pengersi baru menggantikan Datuk Zahid Ibrahim.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas di sini pagi tadi.

Mesyuarat itu dihadiri wakil KITA dari Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Sabah tidak hadir tetapi menyokong mesyuarat itu.

"Keputusan ini sebulat suara, seluruh perwakilan tidak mahu lagi kepada Zaid," kata Zamil.

Bagaimanapun, wakil rakyat tunggal KITA iaitu Tan Chee Beng, ahli Parlimen Nibong Tebal tidak hadir tetapi menghantar notis menyetujui mesyuarat tersebut.

Zamil memberitahu, pihaknya akan menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi memberitahu bahawa KITA diambil alih oleh pemimpin baru.

Perwakilan KITA marah

"Kita akan beritahu ROS bahawa Zaid bukan lagi presiden KITA. Kami akan membuat rombakan dan melantik pimpinan baru" tambahnya.

Zamil mendedahkan, KITA sepatutnya mengadakan mesyuarat agung tahunan hari ini tetapi pengurusan parti telah membatalkannya di saat akhir.

Katanya, perwakilan menjadi marah kerana pembatalan itu tanpa memberitahu mereka yang menyebabkan mereka datang ke Kota Baru.

"Perwakilan yang marah membuat keputusan mengadakan mesyuarat khas dengan memecat Zaid berkuat kuasa serta merta," kata beliau.

Setiausaha Pusat KITA. Masrum Dayat ketika dihubungi berkata, Zamil tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam parti itu kerana bukan lagi ahli.

"Zamil telah dipecat, tidak boleh menghadiri dan memegang jawatan dalam KITA," katanya.

"JIka Zamil ingin menjadi ketua, beliau boleh menubuhkan parti sendiri."

Zamil antara pemimipin yang dipecat dari KITA baru-baru ini.

Masrum juga menjelaskan untuk mengadakan mesyuarat khas perlu menulis surat kepada Setiausaha Pusat KITA untuk mendapat kelulusan.

Kata beliau, untuk mengadakan mesyuarat khas perlu dihadiri 51 peratus daripada jumlah ahli.

Mengenai dakwaan KITA tidak mengadakan mesyuarat seperti dijadualkan, Masrum berkara, jawatankuasa eksekutifnya telah memutuskan untuk mengadakan pada bulan April.

Gelombang Hijau kini mengombak di internet

Posted: 25 Feb 2012 04:26 AM PST

MerdekaReview


Barangkali isu Lynas dilihat sebagai isu tempatan, lebih-lebih lagi lokasi perhimpunannya terletak di Kuantan, pantai timur dengan jarak kira-kira 250 kilometer dari ibu kota Kuala Lumpur. Berbeza dengan BERSIH 2.0, isu Lynas tidak membawa impak selanjutnya sekiranya kilang pemprosesan nadir bumi itu dihentikan daripada beroperasi. Namun, Barisan Nasional berdepan dengan risiko tewas dalam pilihan raya yang adil, seandainya tuntutan BERSIH 2.0 dipenuhi.

Lebih kurang 48 jam dari sekarang, sebelum Himpunan Hijau 2.0 berlangsung di Kuantan, gelombang Hijau mula mengombak di ruang internet. "Fenomena BERSIH 2.0" muncul kembali, di mana warga internet mula menukar gambar profile mereka kepada "Stop Lynas, Save Malaysia" (Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia), atau dengan sesuatu yang berwarna hijau, termasuklah perwatakan dalam filem seperti Hulk, Ninja Turtle, Shrek dan sebagainya.

Satu laman Himpunan Hijau 2.0: Langkah Lestari telah ditubuhkan, menyebarkan informasi terbaru. Antaranya, penganjur telah bersetuju untuk mengadakan perhimpunan di Padang MPK4 setelah berunding dengan polis, dengan syarat tiada gangguan terhadap sesiapa yang hadir, dan tiada pembatalan permit daripada Majlis Perbandaran Kuantan. Seandainya persetujuan ini tidak dipatuhi, maka peserta akan turun membanjiri padang MPK1.

Selain itu, seruan menyebar di kalangan warga internet untuk menukar gambar profile kepada tema hijau. Mereka yang gagal menghadiri Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Februari, diseru untuk mengambil gambar di mana-mana tempat dengan mesej "Henti Lynas, Selamatkan Malaysia" - sebagai tanda solidariti kepada perjuangan Himpunan Hijau 2.0.

Mereka yang tidak mudah lupa semestinya ingat, di mana ramai warga internet yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0, menukarkan gambar profile mereka dalam laman sosial, sama ada Facebook mahupun Twitter kepada gambar yang berwarna kuning - lambang BERSIH ketika itu. Malah, ketika informasi BERSIH 2.0 disekat, diputarbelit mahupun ditampilkan dengan imej yang negatif, warga internetlah yang bangkit memainkan peranan sebagai penyebar informasi, selain memberi solidariti kepada gabungan yang cuba dilabel sebagai "pertubuhan haram" ini.

Malah, selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, warga internet yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan mengendalikannya, menubuhkan laman khas menuntut beberapa orang pimpinan tertinggi meletak jawatan, termasuk Perdana Menteri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddn Yassin dan beberapa orang menteri yang dianggap membuat kenyataan palsu ketika itu.

Seperti juga gerakan BERSIH 2.0, semakin ramai orang tampil ke depan untuk menyatakan pendirian. Kali ini, artis-artis pop yang terkenal dalam dunia seni dan hiburan Cina, misalnya Micheal Wong, Fish Leong, Yu Heng dan lain-lain juga tampil, menyatakan bantahan mereka terhadap Lynas. Begitu juga dengan mereka yang aktif dalam bidang penulisan Cina, masing-masing menukar gambar profile mereka dengan tema "Hijau".

Sasterawan Negara, A. Samad Said turut memperbarui status beliau semalam, dalam Facebook dengan sebuah puisi, "Kita mulai langkah lestari, pada minggu bertuah ini. Kita luhuri khazanah rimba, demi manfaat zuriat bangsa." Ramai yang masih ingat puisi A.Samad Said, berjudul "Unggun Bersih", yang disebarkan secara meluas ketika gerakan BERSIH 2.0 memuncak pada tahun 2011.

Selain itu, badan bukan kerajaan di Malaysia turut serta dalam perjuangan Himpunan Hijau 2.0, mengadakan perhimpunan dengan tema yang sama di beberapa lokasi, termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak - untuk mereka yang gagal hadirkan diri di Kuantan.

Baca: Gelombang kuning terus mengombak: Warga internet tuntut pimpinan letak jawatan

SAMM saran hentikan tindakan samseng menjelang pelancaran ABU di Johor

Posted: 25 Feb 2012 04:23 AM PST

Ahmad Anwar Asyraf


Menjelang program Pelancaran Gerakan Asalkan Bukan UMNO (ABU) Peringkat Negeri Johor pada 26 Februari ini di mana SAMM Johor turut terlibat sebagai penggerak Asalkan Bukan UMNO (ABU) Johor, semalam beberapa aktivis SAMM Johor telah menerima kecaman dan ugutan dari individu-individu semasa memasang poster-poster promosi program tersebut di beberapa tempat sekitar Pasir Gudang. Malahan, beberapa poster-poster promosi program tersebut telah dikoyakkan, diconteng dan disabotaj oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, dalam beberapa siri program Pelancaran Gerakan Asalkan Bukan UMNO (ABU) di negeri-negeri lain telah berlaku provokasi dan gangguan tindakan tidak bertamadun yang gemar melacurkan minda anak muda. Sehubungan itu, SAMM Johor merasakan segala ugutan-ugutan, kecaman-kecaman dan tindakan mensabotaj poster-poster promosi ini hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan aktivis kami dalam berjuang menentang rejim korup. SAMM Johor percaya tindakan ini adalah langkah awal pihak-pihak lawan sebelum aksi samseng digunakan semasa program pelancaran ini berlangsung Ahad nanti. Bahkan baru-baru ini, kita dikejutkan dengan aksi ganas sekumpulan anak muda upahan di Sembrong, Kluang hingga menyaksikan cermin kereta Ketua Pembangkang Malaysia pecah (gambar kiri).

SAMM Johor dengan tegas menyatakan bahawa kami tidak akan bertoleransi dengan pihak-pihak yang menjajah minda anak muda dengan anasir politik sebegini. Seharusnya, UMNO dan parti politik yang ada di Malaysia mendidik anak muda untuk berpolitik secara matang, secara ilmiah sebagai pewaris masa depan negara bukannya melakukan tindakan sembrono yang membonsaikan pemikiran masyarakat khususnya anak muda. Anak muda tidak seharusnya dijadikan mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab demi survival politik melampau mereka.

UMNO seharusnya menghormati lunas-lunas demokrasi dan kebebasan bersuara. Program yang dianjurkan adalah berlangsung di kawasan premis persendirian serta ini merupakan platform untuk rakyat negeri Johor yang telah ditindas bertahun lamanya untuk menyuarakan keperitan dan kepayahan mereka selama ini. Asalkan Bukan UMNO bukanlah satu gerakan yang dinaungi oleh mana-mana parti politik sebaliknya merupakan satu gerakan dari rakyat kepada rakyat. Sewajarnya, UMNO menghormati perbezaan pandangan dan meraikan demokrasi. Ini sahaja platform yang ada untuk rakyat tertindas meluahkan penderitaan mereka apabila media-media cetak dan elektronik telah dirantai oleh rejim Pemerintah.

Hujah biarlah dilawan dengan hujah. Namun jika keras yang dijual maka keras jugalah yang dibeli. Jika baik budi bicara, kami anak muda sedia memberi laluan agar anda berhujah di pentas yang telah kami sediakan, dengan etika dan syarat yang ditentukan seperti yang telah kami lakukan semasa Ceramah Timbalan Presiden PAS di Muar tempohari. Tetapi jika kehadiran mereka ini jelas lagi terang hanya untuk mengacau majlis rakyat, kami anak muda SAMM sentiasa bersedia di barisan hadapan, begitu juga dengan unit amal serta aktivis-aktivis ABU lain. Adalah menjadi tugas anak muda untuk memastikan keselamatan orang ramai ketika kemungkinan pihak berkuasa "terlepas pandang" dalam menjalankan tugas.

Justeru itu, SAMM Johor akan menggerakkan kesemua aktivis untuk membantu pihak penganjur dalam menjaga keselamatan lokasi program daripada terjadinya tragedi-tragedi seperti di Klang, Selangor dan Semberong, Kluang baru-baru ini. Malahan, beberapa NGO dan NGI telah menyatakan kesediaan untuk bersama dalam mengawal keselamatan orang ramai sepanjang program tersebut berlangsung. SAMM Johor dan rakan-rakan Sekretariat Asalkan Bukan UMNO (ABU) Negeri Johor amat bersedia kali ini untuk berdepan dengan asakan provokasi tidak bertamadun pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini.

SAMM Johor juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput rakyat Johor hadir ke Pidato Pelancaran Asalkan Bukan UMNO (ABU) untuk mendengar luahan teman-teman dari segmentasi masyarakat seperti Bekas Penduduk Tasek Utara dan Plentong Tengah, Generasi Kedua FELDA, Orang Asal, Pekerja dan pelbagai lagi segmentasi masyarakat yang telah menjadi mangsa penindasan rejim UMNO pada:

Tarikh : 26 Februari 2012 (AHAD)
Jam : 9 malam
Tempat : PASTI Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor


Akhir, SAMM Johor sekali lagi menyeru UMNO untuk menghormati lunas-lunas demokrasi serta jangan mengeksploitasi dan meracuni pemikiran anak muda dengan permainan politik kotor, politik ugutan dan politik samseng demi survival politik anda.

ASALKAN BUKAN UMNO!


*Kenyataan media oleh Ahmad Anwar Asyraf selaku Penyelaras SAMM Johor.

Bantuan Cermin Mata Pada Keluarga Miskin

Posted: 25 Feb 2012 03:23 AM PST

Oleh Lizawati Madfa


SUBANG JAYA : Seramai 100 kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun daripada empat buah sekolah gembira apabila menerima bantuan cermin mata hasil tajaan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Hospital Mata Tun Hussein Onn.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh yang turut hadir dalam upacara penyerahan itu berharap dengan adanya pemberian cermin mata ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban ibubapa pelajar.

"Kerana sekarang bukan murah perbelanjaan sebulan bagi menghantar anak-anak ke kelas tuisyen, pengangkutan ke sekolah, duit susu dan sebagainya.

"Jadi kita berharap cermin mata ini akan dihargai oleh para pelajar," ujar Hannah yang turut memberitahu kerajaan negeri memperuntukkan RM 10,000 bagi kos bantuan cermin mata ini.

Selain itu, Hannah juga mengumumkan pelbagai lagi program kebajikan yang disediakan Kerajaan Pakatan untuk dinikmati pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan pelajar.

"Contohnya pemberian beg sekolah oleh Kerajaan Negeri Selangor yang diberikan setiap tahun kepada golongan pelajar kurang berkemampuan.

"Kita juga memperuntukkan lebih kurang RM 10,000 hingga RM 20,000 untuk bantuan uniform, kasut sekolah serta peralatan alat tulis lain yang disampaikan melalui Subang Jaya BUddhist Association, masjid dan surau," beritahu Hannah dalam ucapannya di hadapan ibu bapa pelajar yang hadir pada majlis penyerahan tersebut di Dewan Kenangan, Majlis Perbandaran Subang Jaya hari ini.

Sementara itu, ibu kepada pelajar Darjah Dua yang menerima sumbangan cermin mata, Kang Cheng Lai gembira dan berbesar hati dengan sikap mesra rakyat yang ditunjukkan Hannah Yeoh.

"Saya harap kerajaan yang ada ini akan kekal dan seterusnya dapat meneruskan usaha membantu rakyat Selangor," ucap ibu tersebut sambil menambah pelbagai perubahan dapat dilihat sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri.

Untuk kawasan Dun Subang Jaya, sekolah-sekolah yang terlibat untuk menerima bantuan cermin mata ini adalah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tun Tan Cheng Lock, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Tun Sambathan, Sekolah Kebangsaan Datuk Onn Jaafar serta Sekolah Agama Masjid Darul Ehsan.

Sumbangan pemberian cermin mata ini diberikan kepada keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan dan ke bawah. Satu program pemeriksaan mata juga telah diadakan sebelum ini bagi para pelajar yang layak.

BN Perlu Hentikan Sikap Pura-Pura Berhubung Israel

Posted: 25 Feb 2012 03:21 AM PST

Oleh Lizawati Madfa


SHAH ALAM : Kerajaan Barisan Nasional diseru untuk menghentikan sikap hipokrasi dan double standard berhubung isu hubungan dagangan dengan negara haram Israel.

Demikian tegas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad yang mendakwa penjelasan Kerajaan Pusat berhubung isu kapal Israel yang berlabuh di Pelabuhan Klang tidak boleh diterima sama sekali.

"Lebih-lebih lagi dalam keadaan kononnya negara Malaysia adalah juara memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan kononnya Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

"Jadi kita sangat terkejut dengan pendedahan kapal Israel yang biasa berlabuh di Pelabuhan Klang," ujar Khalid sambil menambah alasan anak kapal Israel tidak dibenarkan menjejakkan kaki di pelabuhan sebagai penjelasan 'main-main' oleh Kerajaan Umno/BN.

Lebih mengejutkan, Malaysia berada di kedudukan bawah 20 bagi negara-negara yang mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, beritahu Khalid dalam sidang medianya pagi tadi.

"Rekod ini adalah berdasarkan laporan yang telah didedahkan oleh beberapa pihak dan ia membuktikan bahawa Malaysia merupakan rakan dagangan yang 'kuat' dengan Israel.

"Dan antara produk terpenting ialah minyak kelapa sawit. Saya percaya peneroka-peneroka Felda akan merasa dikhianati kerana tanpa disedari hasil mereka menjadi bahan dihantar ke Israel," jelas Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam.

Sehubungan itu, Khalid mendesak agar BN menghentikan sikap kepura-puraan mereka berhubung isu Israel-Palestin seterusnya melaksanakan tiga perkara sekiranya benar Kerajaan Pusat menghormati aspirasi rakyat Palestin seperti yang selalu dilaungkan mereka.

"Sekiranya kamu benar-benar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, maka zahirkanlah dalam tindakan kamu.

"Yang pertama, hentikan kemasukan kapal-kapal Israel melalui perairan Malaysia, kedua hentikan perdagangan dengan Israel dan yang ketiga tamatkan perkhidmatan APCO sebagai penasihat kamu," tegas beliau

MB: Najib Jahil Prinsip Pentadbiran Dan Federalisme

Posted: 25 Feb 2012 03:18 AM PST

Oleh Afeeqa Afeera


SHAH ALAM : Pengakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau tidak menjemput Ketua Negeri Pakatan Rakyat pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke 114 baru-baru ini menunjukkan beliau jahil tentang prinsip pentadbiran yang baik dan mengenepikan semangat federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau hairan bagaimana Najib dengan tanpa rasa bersalah mengakui bahawa mesyuarat tersebut adalah Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional(BN), sedangkan ia turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurutnya, selaku penjawat awam, KSN sepatutnya bertindak secara profesional dan tidak boleh hadir dalam sebuah mesyuarat yang berbentuk kepartian.

"Tindakan Najib ini seolah-olah mahu membina laluan kepada tindakan yang tidak demokraktik kerana tindakan beliau itu umpama memberitahu kepada kakitangan perkhidmatan awam supaya mendiskriminasikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Tambahnya, KSN seharusnya bertindak untuk memberitahu Perdana Menteri bahawa mesyuarat itu adalah satu diskriminasi dan beliau (KSN) tidak sepatutnya dilibatkan.

Abdul Khalid dalam pada itu turut mempersoalkan pembiayaan mesyuarat berkenaan.

"Siapakah yang membayar untuk mesyuarat tersebut? Kerajaan Pusat atau Barisan Nasional? Jika ianya dibiayai oleh Kerajaan Pusat, mana mungkin Perdana Menteri boleh dengan angkuh mengatakan mesyuarat itu adalah amalan biasa dan tidak melanggar mana-mana aturan," soalnya.

Beliau berkata, selaku ketua negara, perdana menteri harus menunjukkan teladan yang baik terutama kepada penjawat awam sekiranya beliau benar-benar mahu melaksanakan transformasi dalam negara ini.

Fuziah: Polis jamin keselamatan peserta Himpunan Hijau

Posted: 25 Feb 2012 03:14 AM PST

Oleh: Mohd Martin Kahar

KUANTAN – Penganjur Himpunan Hijau 2.0 berjaya mendapatkan kerjasama baik daripada pihak polis bagi memastikan perhimpunan yang bakal berlangsung pada Ahad ini, berjalan lancar.


Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0, Fuziah Salleh berkata, pihak polis memberi jaminan akan menjaga keselamatan peserta selain menghalang sebarang provokasi melampau dari pihak tidak bertanggung jawab.

Katanya, jaminan itu diberikan selepas pertemuan dengan Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifudin Abd Ghani dan Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusuf.

"Polis memberi jaminan akan menjaga keselamatan peserta, orang awam dan juga pemimpin Pakatan Rakyat.

"Mereka juga akan memberi kerjasama dengan menunjukkan arah trafik lokasi perhimpunan memandangkan ia telah ditukar pada saat-saat akhir," katanya ketika dihubungi KeadilanDaily.

Menurut Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan, pihak penganjur juga berjaya mendapatkan kebenaran bertulis polis setelah permohonan yang dibuat menepati syarat yang ditetapkan di bawah akta polis yang baru.


Katanya, penganjur juga tidak dihalang menggunakan pembesar suara dengan syarat ia tidak mengganggu ketenteramaan awam pada perhimpunan yang dijangka bermula jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari itu.

Perhimpunan Hijau 2.0 dianjurkan bagi membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Kuantan.

Lokasi awal yang dirancang adalah di kawasan Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terletak di tengah bandar Kuantan, namun MPK telah memagar kawasan berkenaan.

Persetujuan kemudiaan dicapai untuk memindahkan himpunan itu ke Padang MPK 4 yang dinamakan Padang Kemunting, terletak di depan Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Padang tersebut boleh mengisi sekitar 20,000 orang pada satu masa.

SPRM sepatutnya tiada masalah siasat Shahrizat- Rafizi

Posted: 25 Feb 2012 03:13 AM PST

Oleh: Aedi Asri Abdullah

PETALING JAYA: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sepatutnya tidak mempunyai masalah menyiasat Datuk Seri Shahrizat Jalil, berhubung pembabitannya dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Beliau mengulas kenyataan panel SPRM yang mahukan skandal itu diselesai segera, supaya berlaku 'adil kepada semua pihak terlibat'.


"Tuduhan terhadap perlakuan Shahrizat adalah jelas- samada Shahrizat terlibat dalam memberi kontrak- atau jika dia sudah tahu wang diguna untuk membeli kondo, kenapa dia tidak melaporkan kepada pihak berkuasa?

"Ini soal yang jelas, sepatutnya tidak ada masalah bagi SPRM siasat secepat mungkin," ujar Rafizi dalam satu kiriman emel kepada keadilandaily.

Semalam, Pengerusi panel SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil dilapor berkata, kes itu terlalu 'dipolitikkan', maka SPRM perlu memutuskan sama ada Shahrizat terlibat dalam proses membuat keputusan mengenai pembiayaan projek tersebut.

"Soal politik atau tidak itu tidak ada kena mengena dengan siasatan SPRM," kata Rafizi.

"NFC merupakan isu besar, bukan bermakna ia dipolitikkan. Sepatutnya SPRM berterima kasih kerana ramai tampil ke hadapan membantu siasatan dengan memberi maklumat.

"Sebab itu rakyat hilang sabar walaupun pelbagai fakta telah diberikan, namun sehingga sekarang tiada tindakan," tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata, tindakan peguam negara menyerahkan semula kertas siasatan SPRM sebelum ini, bukan perkara mengejutkan.


"Malah saya yakin banyak siasatan rasuah 'tersangkut' di jabatan peguam negara, bukan di SPRM. Kalau perkara ini berterusan, pimpinan SPRM perlu berani tampil ke depan dan dedahkan perkara ini.

"Jangan duduk diam dan salahkan pejabat peguam negara, tapi berdepan dengan mereka," tegas Rafizi.

Mahasiswa turut turun bantah Lynas

Posted: 25 Feb 2012 03:11 AM PST

Oleh: Aedi Asri Abdullah

KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) terlibat secara langsung dalam Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan Ahad ini, bagi membantah loji Nadir Bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant.


Presiden SMM, Ahmad Syukri Abd. Razab berkata, SMM bukan sekadar memberi sokongan kepada penganjur, malah akan turun bersama-sama bagi membantah projek yang membahayakan nyawa penduduk itu.

"SMM telah mengarahkan wakil-wakil pro-mahasiswa setiap universiti untuk terus memobilisasi mahasiswa di kampus masing-masing.

"Malah, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) telah bersetuju untuk mengerahkan ahli-ahli mereka untuk turun ke Kuantan," jelas Syukri.

Beliau juga menambah, Pergerakan Belia dan Mahasiswa Demokratik Malaysia (DEMA) mengesahkan akan membawa rombongan menaiki bas dari Lembah Klang.

"Kami menganggarkan lebih 300 mahasiswa dari Lembah Klang yang akan menyertai Himpunan Hijau 2.0 nanti," ujarnya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini, SMM menubuhkan Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR), khusus untuk membawa isu ini kepada masyarakat, seperti mengedarkan risalah dan juga memberi penerangan di sekitar ibu kota.


Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Ekhsan Bukharee berkata akan bersama-sama hadir di Himpunan Hijau 2.0 Ahad nanti.

Beliau berkata, mahasiswa yang tidak berpeluang ke Kuantan akan berhimpun di pusat membeli-belah Maju Junction untuk menyatakan bantahan.

"Buat masa ini, kami sedang mengadakan 'road show' di Kelantan dan Terengganu untuk memberi penerangan kepada penduduk setempat dan juga mahasiswa di sini.

"Kami akan ke Kelantan pada hari esok (hari ini) untuk menyertai Kongres Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR).
Program penerangan akan diadakan di Kota Bharu dan juga Kemaman, Terengganu," Jelas Ekhsan lagi.

Tiada ulasan: