DUNIACACAMARBA |
- Polis Syor Pengarah NFCorp Didakwa PECAH AMANAH
- Baju Diselak Penjual Karpet Warga Asing
- Pesta BERAHI di Tengah Rimba
Polis Syor Pengarah NFCorp Didakwa PECAH AMANAH Posted: 25 Feb 2012 03:15 PM PST Saya petik: [SH] SHAH ALAM – Polis akan mengesyorkan kepada Peguam Negara agar mendakwa pengarah-pengarah NFCorporation atas tuduhan pecah amanah (CBT) - hasil siasatan yang dijalankan sejak lebih dua bulan lalu. Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan hari ini. Skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) terdedah susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu. Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail merupakan Pengerusi Eksekutifnya. Syed Ismail berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan oleh Jabatan Peguam Negara Selasa lepas bagi menyiasat beberapa perkara lain. "Kita ada menyelitkan cadangan ini agar pihak Peguam Negara mengambil tindakan itu. Kertas siasatan ini akan dikembalikan dalam masa terdekat," katanya dipetik Bernama. Dua anak Salleh juga merupakan pengarah syarikat itu termasuk seorang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif. NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. Kelmarin, Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan agar siasatan terhadap kes NFC diselesaikan segera bagi berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat dalam skandal itu. Pengerusinya, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan itu perlu diselesaikan segera untuk mengelak pelbagai spekulasi berhubung kes itu. "SPRM telah melengkapkan kertas siasatan itu tetapi ia telah dikembalikan oleh Jabatan Peguam Negara kerana ada beberapa perkara yang perlu disiasat lagi," katanya. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga baru-baru ini dipanggil untuk diambil keterangan oleh SPRM di Putrajaya. Keterangan diambil setelah beliau pulang bercuti daripada tugas sebagai anggota Kabinet. Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui telah berlaku kes pecah amanah apabila duit yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain oleh NFCorp. Katanya, NFCorp melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan. P/s: Akhirnya....! |
Baju Diselak Penjual Karpet Warga Asing Posted: 24 Feb 2012 07:06 PM PST Saya petik: [SH] BALING - "Saya hanya mampu menangis dan merayu agar dia melepaskan saya. Saya cuba melawan, tapi kudratnya terlalu kuat," kata Yana (bukan nama sebenar), 19, dari daerah ini yang dicabul oleh penjual karpet di rumahnya kira-kira jam 3 petang Khamis lalu. Kejadian berlaku ketika Yana berada bersendirian di rumahnya sebelum dikunjungi oleh seorang lelaki yang menjual karpet datang untuk mengutip hutang kain. Menurut gadis malang itu, ketika kejadian dia sedang mengemas rumah dan hanya seorang diri di rumahnya, manakala ibunya keluar berniaga sementara adiknya ke kedai berdekatan. "Bila penjual itu datang saya cakap mak tiada di rumah, tapi dia tetap masuk dengan alasan nak minum air. Namun, saya rasa risau bila penjual itu asyik pandang saya. "Saya suruh dia keluar tapi dia tidak mahu. Bila saya hendak masuk bilik, saya rasa seseorang tiup telinga saya dan bila pusing ke belakang, lelaki itu terus memeluk saya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, kelmarin. Menurutnya, dia cuba melawan tetapi kudrat lelaki itu terlalu kuat dan dia tidak mampu melakukan apa-apa selain menangis. Yana berkata, apabila dia menjerit, penjual itu menutup mulutnya sebelum mengangkatnya dan meletakkannya di atas sofa. "Lelaki itu kata, dia hendak cium sedikit saja, tapi saya terus mengelak. Dia tidak berpuas hati dan menyelak baju saya, namun saya terus mengelak sehinggalah terdengar bunyi enjin motosikal adik di luar rumah. "Bila saya dilepaskan, saya terus berlari ke luar rumah dan mendapatkan adik. Namun, penjual itu sempat melarikan diri," katanya. Anak keempat dari tujuh adik beradik itu berkata, dia dan keluarganya sememangnya mengenali lelaki itu kerana pernah berurusan dengannya sebelum ini. Menurutnya, setiap bulan lelaki itu datang ke rumahnya untuk mengutip hutang. "Saya dan mak memang kenal sangat penjual itu," katanya. Sehubungan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Baling dan tindakan pantas polis berjaya mengumpulkan beberapa lelaki yang bekerja sebagai penjual karpet di daerah ini untuk sesi kawad cam. "Namun begitu, dia itu tidak berada dalam sesi kawad cam tersebut," kata Yana. Difahamkan, kejadian hitam hampir 20 minit itu mengakibatkan Yana mengalami ketakutan dan trauma sehingga terpaksa mendapatkan rawatan tradisional untuk memulihkan semangatnya. |
Posted: 24 Feb 2012 06:29 PM PST Saya petik: [Kosmo] JELEBU - Kegiatan seks tidak mengira tempat. Itulah penemuan terbaharu pihak berkuasa yang tidak menyangka ada kumpulan gemar melakukan hubungan seks di tengah rimba. Rahsia di kawasan hutan simpan itu terbongkar apabila pihak berkuasa pada pukul 11 pagi kelmarin menyerbu Hutan Simpan Kenaboi di sini dan menemui satu lokasi di tengah-tengah hutan yang menempatkan 16 buah pondok yang dibina dengan kayu dan beratap nipah. Setiap pondok itu pula dilengkapi dengan tilam, bantal dan selimut untuk keselesaan mereka menginap di situ secara berpasangan. Malah lebih istimewa terdapat sebuah pondok lain yang dilengkapi dengan kemudahan dapur seperti kuali, periuk dan tong gas. Sebuah tandas yang selesa juga dibina di kawasan hutan itu bagi memudahkan pengunjung yang menghabiskan masa beberapa hari di dalam hutan terbabit. Markas tersebut dipercayai dibina sekumpulan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai hobi beriadah dan berseronok secara liar pada hujung minggu. Turut ditemui tin-tin minuman keras dan sejumlah kondom yang sudah dipakai. P/s: Kalau sudah kemaruk berahi, di mana-mana pun jadi! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan