Jumaat, 24 Februari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Aku MB Kedah Tau! - Azizan

Posted: 24 Feb 2012 09:34 AM PST


Saya Ada Hak Lantik Exco Tanpa Rujuk Presiden PAS - Azizan


ALOR SETAR, 25 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pemilihan exco kerajaan negeri adalah hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Azizan berkata beliau telah menyerahkan senarai nama exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.

"Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidang kuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri.

"Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau," katanya kepada pemberita Jumaat malam.

Beliau berkata senarai exco dari Pejabat Sultan Kedah dijangka diterima Ahad ini.

-- BERNAMA

Kontrak Jalan Kepada "Musuh" Pas : Exco Kedah Mahu Azizan Dipecat

pada 23-02-2012, Dalam Nasional


SHAH ALAM, 24 FEB : Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak oleh Exco Kedah dan kalangan pemimpin parti itu untuk memecat Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan serta merta.

Desakan itu semakin lantang susulan tindakan Azizan meluluskan pemberian kontrak penyenggaran jalan bernilai berpuluh juta ringgit kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang pemimpin Umno Kedah.

"Pemberian kontrak itu adalah kemuncak rasa tidak puas hati Exco-exco Kedah terhadap Azizan dan di kalangan pemimpin PAS serta Pakatan Rakyat sendiri," kata sumber-sumber rapat dengan parti itu kepada Antarapos.com.

Adalah difahamkan pimpinan Pas telah diberikan bukti-bukti dan dokumen berkaitan yang menunjukkan kerajaan negeri memberikan kontrak itu kepada syarikat berkenaan.

Akhbar The Star hari ini mengesahkan bahawa dua Exco Kerajaan Negeri daripada Pas iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh telah memaklumkan kepada Hadi keputusan mereka tidak mahu dilantik semula sebagai Exco jika Azizan dikekalkan sebagai Menteri Besar.

Dua lagi Exco Kedah yang dijangka mengambil langkah sama adalah Datuk Taulan Mat Rasul dan Dr Hamdan Mohamad Khalib.

"Saya amat bimbang tentang apa yang sedang berlaku namun biarlah kita tunggu dan lihat apa keputusan presiden parti (Hadi). Segalanya bergantung kepada presiden," kata Taulan.
Bagaimanapun Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi menafikan ada menerima sebarang laporan berhubung isu itu.

"saya tiada terima laporan apa-apa lagi hal itu. Itu khabar angin saja, kita tidak boleh percaya khabar angin," beliau dipetik sebagai berkata.

Hadi, menurut Sinar Harian, menegaskan bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mempunyai kuasa melantik atau menggugurkan mana-mana exco.

Selain pemberian kontrak kepada syarikat yang dianggap "musuh" Pas, Azizan juga dikatakan menimbulkan rasa tidak puas hati dengan gaya kepimpinan yang dilihat autokratik dan membelakangkan kepentingan Pakatan Rakyat.

Azizan memberitahu akhbar The Star bahawa beliau tetap Menteri Besar namun tidak menjangka exco-exco berkenaan akan bertindak demikian.

"Kecewa bukanlah perkataan sesuai. Saya amat tidak puas hati. Saya tidak pernah bayangkan orang dalam parti saya sendiri akan bertindak sedemikian terhadap saya," kata Azizan.

"Sudah ada banyak cubaan sebelum ini untuk menjatuhkan saya namun saya sentiasa yakin. Saya tidak panik. Saya sentiasa 'cool'," tambah beliau.

Berbeza dengan negeri lain, ahli Exco di Kedah dilantik secara kontrak yang diperbaharui setiap tahun mengikut budi bicara Menteri Besar.

Senarai baru lantikan Exco sepatutnya dipersembahkan untuk perkenan Sultan Kedah minggu lalu. Bagaimanapun majlis angkat sumpah exco baru akan diadakan 28 Februari ini.

Barisan Exco Kedah merangkumi tujuh wakil daripada Pas dan tiga daripada Parti Keadilan Rakyat.

Adalah difahamkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri melahirkan kebimbangan dengan kemelut di Kedah dan kesannya ke atas peluang Pakatan Rakyat di negeri itu pada pilihanraya umum akan datang. sumber



Hadi digesa untuk campur tangan dalam konflik Kedah


Oleh : Zefry Dahalan February 24, 2012
Kepimpinan tertinggi PAS digesa mengambil tindakan pantas dan proaktif untuk menyelesaikan pertikaian antara MB Kedah dan ahli Exco negeri itu.

ALOR SETAR: Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah digesa campur tangan dalam konflik antara Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dan exco kanan Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Bercakap tanpa mahu dikenali, seorang ahli Exco berkata konflik semakin diluar kawalan dan keadaan lebih buruk daripada apa yang dilaporkan di dalam media.

"Terdapat sejumlah 16 ADUN PAS dalam Dewan Undangan Negeri dan cubaan untuk memaksa Azizan untuk meletak jawatan menteri besar itu telah tergendala kerana kedua-dua Azizan dan Phahrolrazi mempunyai sokongan lapan ADUN setiap mereka.

"Lain -lain ADUN Pakatan Rakyat dari PKR dan DAP telah memilih untuk berkecuali sebagai menghormati kepimpinan Pakatan Rakyat sesama mereka," katanya.

Phahrolrazi dan 2 ahli-ahli exco, Dr Ismail Salleh dan Dr Hamdan Mohamed Khalib telah enggan mengangkat sumpah pada hari selasa minggu berikutnya kerana mereka tidak berpuas hati dengan Azizan.

"Ia adalah semata-mata kerana kelemahan Azizan sebagai pentadbir. MB tersebut mendakwa dia sihat, tetapi dia tidur semasa mesyuarat. Beliau juga mempunyai masalah visi, "kata exco tersebut.

Ahli exco itu juga mengatakan bahawa Azizan tidak cekap sebagai MB. Apabila ditanya apa yang dimaksudkan olehny tidak cekap, beliau berkata, Azizan telah membuat banyak kesilapan dalam pentadbirannya.

"Beliau telah membuat banyak kesilapan teknikal. Saya tidak mempunyai apa-apa dendam peribadi terhadapnya, dia mungkin seorang ahli politik yang baik tetapi tidak sebagai pentadbir.

"Satu lagi contoh ialah apabila kita ahli exco mempunyai masalah dengan majlis perbandaran, seperti mahu melaksanakan sistem baru, mentaliti Umno menerjah dan kerjasama adalah sifar.

"Kami usulkankan perkara ini kepada Azizan di mesyuarat exco. Bukannya menyelesaikan masalah ini, sebaliknya dia menendang bola itu kembali kepada kami dan menyatakan kepada kami supaya berurusan sendiri dengan ketua-ketua jabatan berkenaan .

"Kami adalah penggubal dasar. Kita harus memutuskan apa yang baik untuk negeri dan rakyat. Tidak bererti kita harus memohon presiden majlis perbandaran untuk melaksanakan dasar-dasar.

"Kita mempunyai masa yang sukar menerangkan keputusan yang tidak popular oleh Azizan. Banyak kali, Azizan mengambil keputusan sendiri dan mengetepikan keputusan yang diambil oleh exco, "kata exco itu.

Amalan rasuah

Beliau juga mendedahkan bahawa Azizan telah tidak mengadakan mesyuarat pasca-exco untuk dua tahun yang lalu.

"Katakanlah, kita telah mengadakan mesyuarat exco kami hari ini. Kita lulus 50 cadangan, dasar dan tindakan yang perlu dilaksanakan di negeri ini.

"Pada hari yang seterusnya, Setiausaha Kerajaan Negeri perlu mempengerusikan mesyuarat pasca exco dengan semua ketua-ketua jabatan dan pihak berkuasa berkaitan untuk menjelaskan apa yang perlu dilakukan.

"Ini adalah orang yang melaksanakan keputusan yang diambil oleh exco dan mempunyai jentera di tempat untuk melaksanakan dasar-dasar dan langkah-langkah, tetapi mesyuarat itu telah tiada berlaku.

"Kami juga telah melaporkan amalan rasuah terhadap beberapa pegawai kerajaan negeri tetapi Azizan tidak mengambil sebarang tindakan," kata exco itu.

Beliau berkata Abdul Hadi dan seluruh kepimpinan tertinggi PAS perlu bertindak pantas dan mengambil tindakan proaktif dalam usaha untuk menyelamatkan negeri ini daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

"Saya boleh memberitahu anda, Kedah adalah dalam bahaya jatuh ke BN jika kecekapan dan prestasi Menteri Besar tidak diselesaikan cepat.

Ahli exco tanpa nama itu juga menggesa Abdul Hadi dan seluruh kepimpinan PAS pusat supaya berunding dengan wakil-wakil PKR dan DAP untuk mencari kebenaran tentang kepimpinan Azizan. sumber


Walau bagaimana pun, lebih baik kita tunggu berita rasmi selanjutnya :


Hamidah Osman- Opah Tua Yang Seksi ....

Posted: 24 Feb 2012 12:10 AM PST

Yang ini bukan Opah yang aku maksudkan itu.Ini adalah Najwa, anak dara Muhyiddin Yasin @ Mat Sembam.
Berpakaian - karena memang dia melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini.

Moh pergi tengok Opah yang aku kata seksi itu...Alahai...ada selerakah dua orang polis tu? ha! ha! ha!


RASULULLAH s.a.w. sewaktu Israk dan Mikraj telah diberi kesempatan oleh Allah SWT melihat ke dalam neraka. Ternyata kebanyakan penghuninya terdiri daripada wanita. Mereka menerima azab dan seksa yang amat menggerunkan.

Jika diteliti beberapa perkara yang dikaitkan dengan wanita, amat jelas masalah AURAT adalah masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita diazab oleh Allah di dalam neraka, tetapi masalah ini jugalah yang paling susah hendak diterima oleh wanita.

Mengata Dulang Paku Serpih Mengata Orang Awak Yang Lebih

Posted: 23 Feb 2012 07:10 PM PST


Peribahasa Melayu `mengata dulang paku serpih mengata orang awak yang lebih. Begitulah kelaku blog sesawang pengampu Hamidah 'Sungai Rapat Online' yang menulis tentang 'AlHusseyn'

Tetapi siapa sebenarnya yang bongok? Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman itulah yang paling bongok kerana mengadakan Maulidul Rasul tanpa puji-pujian terhadap Rasulullah atau bercerita tentang kisah ar-Rasul tetapi sebaliknya memfitnah PR dan mengampu Zambry!

Orang-orang di Taman Maju Rapat telah mengadakan sambutan Maulid rasul mereka dua minggu lepas kat surau taman tersebut; tetapi apabila Midah dapat tahu PAS akan mengadakan majlis wacana Isu-Isu Semasa disebuah restoran kat situ, Midah gelabah dan terhegeh-hegeh dia kerahkan orangnya untuk buat majlis Maulid Rasul ditempat yang berhampiran pada masa yang sama juga.

Terdesak sangat , dia bertindak sasau macam itu! Entah berapa ongkos peruntukan habis dibelanjakan untuk majlis tersebut yang siap dengan jamuan makan sekali!

Orang yang hadir terpaksa diimpot dari tempat lain dengan bas.Terdapat dua buah bas yang berulang alik untuk mengangkut mereka berulang kali, bukan penduduk tempatan Taman Maju Rapat itu sendiri yang hadir.Hancus!



Sebilangan besar penduduk Taman tersebut hadir ke majlis wacana PR walaupun tidak diumpan dengan makanan percuma.

Siap dengan 4 khemah dipasang dengan pentas.Background bertulis - Maulidul Rasul ! Tapi ceramah menjurus membodek Zambry sampai penceramah mengeluarkan ungkapan " Zambry adalah kurnian Allah yg besar utk kita semua...." Ha! ha! Habis semua orang yang dengo cuba nak dibongokan oleh majlis tersebut.

Aku tidak sampai 5 minit pun duduk situ. Tak larat nak dengor seterusnya cakap merapu dan mengampu dalam majlis tersebut lalu angkat ponggong pergi.

Sahabat saya dalam face booknya menulis :
Ayid Hassim Kih kih Teman ingat dah tak ada orang bongok lagi. Mereka dah tak dapat bezakan mana satu ceramah politik dan Majlis Ilmu.

Ceramah Maulidul Rasul Orang PAS datang dengor di kata Nyanyok!!!

Berkata al-Imam 'Abdullah bin 'Alawi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه:
"Kami tiada mendapati segala kebaikan melainkan berada dalam ilmu, kalau bukan kerana ilmu maka seorang hamba tidak kenal akan Tuhannya, dan tidak tahu bagaimana menyembah kepadaNYA"

Ayid Hassim Sebab dia hadir dia faham akan hadis ini

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tabrani, Rasulullah saw bersabda, "Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk di situ.
Istirahatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah taman syurga itu?" Nabi menjawab, "Majlis-majlis ilmu." Dalam hadith lain diceritakan, Rasulullah pernah masuk ke sebuah majlis. Di majlis itu, tampak ada dua kelompok, di mana yang pertamanya sedang berzikir, sementara yang ke duanya sedang mempelajari ilmu. Rasulullah bersabda, "Kelompok pertama adalah kelompok yang baik. Mudah-mudahan Allah mengampuni mereka. Sedangkan kelompok ke dua yang sedang mempelajari ilmu, mudah-mudahan Allah membimbing mereka ke jalan yang lurus." Kemudian beliau memilih duduk bersama kelompok majlis ilmu.

Rasulullah saw pernah ditanya oleh salah seorang sahabatnya perihal siapakah teman duduk (berbual) yang paling baik. Rasulullah menjawab, "mereka itu adalah orang yang bila kamu lihat, dapat mengingatkanmu kepada Allah

Pas Gopeng tak bilanye ceramah maulidur rasul, dari mula sampai abis cerita hentam PR, caci pas, belasah dsai, ngampu zembry metallik.....

Al Husseyn Ha! ha! aku tak sangka jadi selebriti kejap malam tu! Dua ekor kamera berok ambil gambar aku! Aku dengar kejap aje dan angkat ponggong bila penceramah tu kata "Zambry adalah kurnian Allah yg besar utk kita semua...." Orang memang ramai, tapi kenderaan tidak.Ropa-ropanya depa mai diangkut dgn bas percuma dari jauh - Batu Gajah dan sekitarnya. Orang Tmn tersebut dah buat nyambut Maulidurrasul dua minggu lepas kat surau mereka! Hamidah sengaja nak ganggu wacana yg dirancangkan oleh PR dekat kwsn tersebut.

Tiada ulasan: