Biaqpila |
- Radiasi kilang Lynas sudah tersebar!
- TERKINI!! UMNGOK BERDEMO DEPAN PAK GUARD DI HQ PKR
- Kenapa Manusia Mati Dengan Mata Terbeliak?
- NAJIB BUKAN PM MALAYSIA TAPI PM UMNO BN JE
Radiasi kilang Lynas sudah tersebar! Posted: 24 Feb 2012 08:26 AM PST Oleh Adam Adli 26 Februari ini, masa depan bumi Kuantan bakal ditentukan; samada bumi ini mampu dipertahankan dengan kuasa rakyat, atau kapitalis terus menang lagi. Ini bukan kali pertama dalam sejarah negara kita, bumi kita dieksploitasi untuk kepentingan dan keuntungan orang-orang kaya dan kapitalis asing. Sejarah sudah membuktikan bahawa segala macam sumber perut bumi kita telah teruk dirompak demi keuntungan sesetangah pihak; dan keuntungan ini tidak mungkin dinikmati sama oleh masyarakat tempatan. Jika dahulu, hasil-hasil bumi seperti timah, balak dan getah menjadi sumber-sumber yang dirompak serakusnya dari bumi kita, hari ini, selepas hasil-hasil ini sudah kontang, bumi kita digunakan lagi sekali oleh pihak asing; kali ini, untuk memproses bahan beradioaktif. Dari jauh di tanah asing, sanggup diangkut nadir bumi ini, dan diproses di bumi kita dan kemudian akan diangkut semula ke bumi asing itu. Mengapa? Mengapa nadir bumi ini tidak diproses sahaja di tempat asalanya? Bukankah lebih menjimatkan? Sekali lagi bumi kita hanya menjadi mangsa eksploitasi. merdekareview.com DD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
TERKINI!! UMNGOK BERDEMO DEPAN PAK GUARD DI HQ PKR Posted: 24 Feb 2012 12:50 AM PST Anwar Ibrahim hanya menghantar Mr Balu untuk menghadapi puluhan pemuda Umno yg berdemo di HQ Keadilan kahkahkah....-MiLo SuaM Ketika Pakatan Rakyat mengambil sikap berdemonstrasi di hadapan kedutaan US dalam isu bakar Al-Quran, Barisan Nasional pula hadir ke Tropicana kononnya membantah kenyataan Anwar. Menurut laporan yang diterima, lebih kurang 50 penyokong Umno kini sedang berarak menuju ke HQ PKR. Manakala pihak polis dan FRU tidak bertindak seperti yang diharapkan. Lebih pelik dan menghairankan, mengapa golongan munafiq ini tidak berada di Pelabuhan Klang dan melihat sendiri betapa banyaknya kontena yang tertera lambang kemegahan zionis iaitu ZIM dengan bintangnya sekali. Dimaklumkan juga, PERKASA turut berada dalam kumpulan ini. Merujuk kepada gambar di atas, dua orang macha berbaju oren itu adalah wakil PERKASA. JATI pula tidak kelihatan, mungkin kerana mereka belum cukup seJATI. EDYES Buat kelakar jer... kah kah kahGambar: Fahmi Fadzil Untuk maklumat isu hubungan dagang Malaysia-Israel sila klik link di bawah Jadual Kapal Kontena Israel Berulang-alik Ke Malaysia Video Kapal ZIM dan Ulasan Edyes dan klip wajib tonton - Kamilah Penyamun edyesdotcom KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Kenapa Manusia Mati Dengan Mata Terbeliak? Posted: 23 Feb 2012 08:00 PM PST Pernahkan anda melihat orang nazak dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jika belum pernah, elok jika anda berusaha untuk melihatnya sebelum anda menemui ajal anda sendiri. Melihat orang mati dapat mententeramkan nafsu buas yang berkocak. Melihat orang mati juga membuatkan kita tersedar agar jangan lalai serta leka dengan kehidupan dunia. Jika anda biasa melihat orang mati, anda tentu pernah melihat orang yang mati dengan keadaan matanya yang terbeliak. Tahukah anda kenapa? Berikut adalah jawapannya: Hadith: Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas? Jawab mereka, Ya kami melihatnya, ya Rasulullah. Sabda baginda lagi: Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi. Huraian Hadith: Kehidupan yang singkat di dunia ini amat penting dalam menentukan kehidupan yang panjang di akhirat kelak. Manusia, selain tidak mengetahui hari kematiannya, mereka juga tidak mengetahui nasib akhirnya sama ada mati dalam keadaan husnul khatimah atau su'ul khatimah, sekalipun amal ibadat dirasakan semakin bertambah. Rasulullah SAW sendiri telah bersabda yang maksudnya:Dan Dialah Tuhan dan tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dia dengan syurga itu hanya sehasta. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia masuk ke dalam neraka. Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dia dengan neraka itu sehasta sahaja. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia masuk ke dalam syurga. (Bukhari). Hadith ini memperingatkan kita bahawa tidak ada manusia yang dapat menjamin kesudahan yang baik bagi dirinya. Namun begitu dalam meniti saat-saat kematian, adakalanya Allah SWT menunjukkan kepada hambaNya tanda-tanda baik ("Husnul Khatimah") atau tanda-tanda buruk (su'ul khatimah) dalam mengakhiri ajal seseorang. Sebab itulah kita diseru agar sentiasa berhati-hati supaya tidak terjerumus dengan godaan syaitan yang menggoda tidak kira masa sama ada ketika masih hidup di dunia atau semasa menghadapi sakaratul maut. Sesungguhnya mengingati dan menghayati erti kematian adalah satu motivasi diri yang terbaik supaya diri kita menjadi lebih insaf dan tidak leka dengan keindahan dunia yang hanya sementara ini. Sumber |
NAJIB BUKAN PM MALAYSIA TAPI PM UMNO BN JE Posted: 23 Feb 2012 06:33 PM PST DEY MACHA!!! NAJIB DENGAN ANGAN-ANGAN TRANSFORMASI BERSLOGANKAN 1 MALAYSIA NAMPAK MACAM BENGONG KELULUT BUAT MESYUARAT MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI TAPI TAK JEMPUT NEGERI2 YANG DITADBIR PAKATAN RAKYAT KAH! KAH! KAH! ALASAN DIA MACAM BUDAK-BUDAK TADIKA BERINGUIH NEGERI PAKATAN RAKYAT PUN TAK JEMPUT BN KALAU ADA MESYUARAT ANTARA NEGERI-NEGERI NI KAH! KAH! KAH! KALAU LAGU TU TAK PAYAH LA KECOH KATA 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI APA BARANG? NAJIB...NAJIB... HANG KATA MESYUARAT TU MESYUARAT PENYELARASAN ANTARA KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PUSAT PASAI PA HANYA NEGERI DIPERINTAH BN SAJA YANG DIPANGGIL? ADAKAH NEGERI2 DI PERINTAH PAKATAN BUKAN DALAM MALAYSIA? ATAUPUN ADAKAH NAJIB NI PM UNTUK UMNO BN SAJA? KALAU LAGU TU BAIK BUAT MESYUARAT DI PWTC SAJA TAK PAYAH LA KAT PUTRAJAYA PASAI PUTRAJAYA TU MILIK SEMUA RAKYAT MALAYSIA PUTRAJAYA DIBINA GUNA DUIT CUKAI RAKYAT MALAYSIA BUKAN PAKAI DUIT UMNO BN KAH! KAH! KAH! NAJIB... NAJIB... HARI TU HANG HINA KELANTAN MISKIN LANI HANG HINA SEMUA NEGERI PAKATAN PULAK APA PUN XBOLEH KAH! KAH! KAH! Tak jemput pemimpin Pakatan, amalan biasa Dakwaan pemimpin Pakatan Rakayat tidak dijemput menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 Selasa lalu tidak berbangkit kerana ia merupakan amalan biasa dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Malah, katanya, mesyuarat yang berlangsung dua hari lalu, adalah mesyuarat "penyelarasan" antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, yang diamalkan sejak dulu lagi. "Jadi kita hadkan menteri besar dan ketua menteri BN sahaja. "Itu sebab diberi tumpuan bukan sebab peruntukan perlembagaan, kehendak perlembagaan tetapi penyelarasan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini. Sehubungan itu, menurut Najib yang juga pengerusi BN, tidak berbangkit dengan mengetepikan daripada memanggil menteri besar dan ketua menteri di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan untuk hadir pada mesyuarat berkenaan. "Dia pun banyak mesyuarat, tapi tidak jemput kita. Kita pun nak complaint. Dia berpakat sama dia, tak mengapa. Kita nak buat kerja penyelarasan," katanya sinis sambil diiringi gelak ketawa. Bagaimanapun, Najib berkata pihaknya berpendirian semua mesyuarat yang dikehendaki mengikut perlembagaan, seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Tempatan dan juga yang melibatkan jawatankuasa kewangan negeri tertentu.pihaknya, tetap menjemput pemimpin Pakatan yang terbabit. "Atas peruntukkan perlembagaan, kita memang menghormati perlembagaan," katanya. Najib mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang membidas tindakan perdana menteri kerana mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Putrajaya pada Selasa lalu tanpa membabitkan pemimpin Pakatan. Sambil menyifatkan tindakan Najib itu sebagai "amat tidak professional", dul Khalid berkata mesyuarat berkenaan sewajarnya dinamakan sahaja Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN. Sementara itu, Najib ketika diajukan soalan sama ada pihaknya MT Umno membincangkan isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diselubungi kemelut kerana didakwa berlakunya penyelewengan, hanya berkata: "Kita tidak bincang". Pada sidang media itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang keluarganya dikaitkan dengan skandal itu tidak turut serta. Namun, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hadir pada mesyuarat MT Umno.MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan