Selasa, 21 Februari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Bodoh Betul La Cara Politik Dan Pemikiran Pemimpin Umno

Posted: 21 Feb 2012 04:15 AM PST

Umno cabar Anwar hadap Majlis Syura Pas jika berani

Oleh: Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Umno meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "jangan lari ikut pintu belakang" dalam isu kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) didakwa menyokong kepentingan Israel.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Mazlan juga mendakwa Nik Abdul Aziz selaku Mursyidul Am Pas tidak ada legitimasi untuk menerima penjelasan Anwar secara peribadi sebab semua orang tahu bahawa Menteri Besar Kelantan itu rakan kongsi politik Ketua Pembangkang.

"Kita meminta Anwar dan Nik Aziz agar jangan lari ikut pintu belakang dalam isu sokong Israel.

"Sebelum ini pun terbukti Nik Aziz sentiasa memihak kepada Anwar dalam kes liwat dan video seks. Pendirian dan prinsip Nik Aziz tidak ada kredibiliti sebab beliau ulama politik," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.

Anwar memberikan penjelasan kepada Nik Abdul Aziz dalam satu pertemuan yang berlangsung di ibu negara pagi tadi.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pihaknya mahu Anwar memberi penjelasan kepada Majlis Syura Pas jika berani, bukannya hanya bertemu dengan Nik Abdul Aziz.

"Penjelasan kepada Nik Aziz seorang diibaratkan sebagai suatu adegan lakonan politik sahaja.

"Jika takut nak berdepan dengan Majlis Syura Pas, maka tak perlulah heboh-heboh nak berdebat dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Lagipun Anwar bukan presiden mana-mana parti, cuma jawatan dilantik isteri," katanya.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyandnag jawatan Presiden PKR. Anwar juga Ketua Umum PKR.

Ahmad menambah, Anwar menganggap hanya Nik Aziz yang penting manakala ahli-ahli Majlis Syura Pas tidak penting.

"Beliau juga anggap perasaan umat Islam tentang Palestin dan Israel itu tidak sepenting cita-cita politik peribadinya untuk menawan Putrajaya... ingatlah bahawa kenyataan itu telah merobek perasaan umat Islam.

"Adakah beliau tidak sedar bahawa seluruh dunia Islam sedang memerhatikan tingkah lakunya berhubung kenyataan dia iaitu 'I support all efforts to protect the security of the state of Israel'," katanya lagi.

Kesian Perkasa, Siap Ajak Orang Debat

Posted: 21 Feb 2012 02:58 AM PST

Anwar patut berdebat dengan Ibrahim Ali bukan Najib, kata Perkasa

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 21 Feb — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menegaskan tidak wajar untuk pembangkang mengheret Datuk Seri Najib Razak berdebat semata-mata mahu memberi publisiti kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali, Anwar yang juga Ketua Umum PKR sepatutnyta berdebat dengan presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu iaitu Datuk Ibrahim Ali.

"Adalah tidak wajar mengheret perdana menteri ke pentas politik murahan untuk memberi publisiti kepada Anwar. Tidak ada keperluan untuk Najib melayan hasrat karut Anwar.

"Anwar perlu berdepan dengan presiden Perkasa dulu berdebat berhubung sokongannya kepada Israel kerana rakyat mahu lihat apa motif beliau menyokong Yahudi," katanya dalam satu kenyataan.

Desakan agar debat antara Najib dan Anwar diadakan semakin hebat selepas debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng minggu lepas.

Pelbagai pihak tampil memberikan pendapat dan galakan, tidak kurang yang menghalang, yang rata-ratanya ahli Umno, terhadap cadangan debat kedua-dua pemimpin tersebut.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah memberi bayangan bahawa peminpin Umno bersedia pada bila-bila masa untuk berdebat, dan rakan sejawatannya dari Pakatan menyahut seruan itu.

Bagaimanapun Najib, Presiden Umno setakat ini enggan untuk berdebat secara terbuka dengan Anwar.

Anwar telah berulang kali menjemput Najib untuk sesi debat terbuka dan mencabar beliau berbincang berkenaan polisi dan hala tuju kerajaan.

"Elok berdepan dengan Ibrahim sesuai namanya Anwar Ibrahim sama-sama dari kem Kemunting.

"Maka barulah dikatakan debat buku dan ruas," tambah Syed Hassan.

Kenyataan Terkini TG Nik Aziz Berkaitan Isu Pertemuan Dengan Anwar Dan Palestin

Posted: 21 Feb 2012 01:16 AM PST

Gambar Pertemuan Antara TG Nik Aziz Dengan DS Anwar Ibrahim

Posted: 20 Feb 2012 08:17 PM PST

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/419549_10150559845162592_358919387591_9489894_1119480424_n.jpg

Alhamdulillah, baru selesai mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut serta ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. Kenyataan lanjut akan dikeluarkan sedikit masa lagi insya-Allah

Gambar DS Anwar Tiba Untuk Berjumpa Dengan TG Nik Aziz

Posted: 20 Feb 2012 06:25 PM PST

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/420002_10150624011254883_87363369882_8791656_782479910_n.jpg

Teka Teki DS Najib Mengenai Negeri Mana Paling Miskin Di Malaysia

Posted: 20 Feb 2012 05:59 PM PST

Anwar tiba untuk jumpa Nik Aziz

Posted: 20 Feb 2012 05:40 PM PST

Oleh: ZULAIKHA ZULKIFLI

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sebuah hotel di ibu negara sebentar tadi untuk mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menjelaskan pendirian beliau mengenai Israel, yang disiarkan oleh akhbar Wal Street Journal, bulan lalu.

Ketua Pembangkang itu tiba seorang diri kira-kira jam 9.15 pagi.

Anwar ajak Najib debat isu Palestin

Posted: 20 Feb 2012 03:15 PM PST

Oleh: ZULAIKHA ZULKIFLI

GOMBAK - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar berdebat dengannya, kali ini berhubung isu rakyat Palestin.

Anwar pernah membuat pelawaan berdebat dengan Najib tahun lalu berhubung dasar kerajaan tetapi tidak menjadi kenyataan.

Ketua Pembangkang ini berharap debat itu boleh diadakan minggu depan susulan sambutan terhadap debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng Sabtu lalu.

Anwar berkata, langkah itu perlu berikutan pelbagai dakwaan yang melibatkan dirinya dengan isu Israel dan pembebasan rakyat Palestin.

Beliau kini berhadapan dengan kontroversi berhubung kenyataannya berkenaan kedudukan Israel dalam konflik Asia Barat dalam satu temu bual dengan Wall Street Journal bulan lalu. Beliau dikecam hebat oleh pesaing politiknya.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta Anwar menarik balik kenyataan itu akan menerima kunjungan Ketua Umum PKR di ibu negara, pagi ini.

"Saya tak pernah ada hubungan dengan Israel. Siapa sebenarnya yang berurusan dengan kerajaan Israel? Parti mana? Habis, kapal dagang yang berlabuh di Pelabuhan Klang itu milik siapa?

"Mereka kata Anwar ini bermuka-muka, menyokong Israel. Cukuplah dengan penipuan ini. Sekarang giliran rakyat untuk bangkit dan menolak kezaliman. Dan, jika betullah (dakwaan itu), kita debat soal Palestin," katanya pada ceramah Isu Israel dan Penjelasan Anwar di Taman Seri Gombak malam tadi.

Selain itu, Anwar turut memberi jaminan debat antara beliau dan Najib akan diadakan dengan penuh hemah dan hormat selaku pemimpin nombor satu negara itu.

"Lepas debat antara Datuk Chua Soi Lek dengan Lim Guan Eng, minggu depan debat saya dengan Najib pula.

"Jangan bimbang. Saya akan bersopan dan tetap hormat beliau. Saya beri jaminan, saya akan memastikan debat itu akan berjalan dengan baik sepertimana saya melayan (Menteri Belia dan Sukan), Datuk Ahmad Shabery Cheek tempoh hari," katanya dengan merujuk kepada debat pada pertengahan tahun 2008 mengenai isu harga minyak.

Susulan debat Soi Lek dan Guan Eng Sabtu lalu, firma kajian pendapat umum Merdeka Center yakin debat melibatkan Najib dan Anwar akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat. Pengarah Eksekutifnya, Ibrahim Suffian berkata, debat antara Soi Lek dan Guan Eng telah memberi lonjakan kepada keperluan bagi debat melibatkan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.

Tiada ulasan: