Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 20.2.2012 di Komtar, George Town. Posted: 20 Feb 2012 04:09 AM PST Sementara saya tidak lari dengan tajuk debat "Adakah sistem dua parti membawa kepada sistem dua bangsa" pada 18 Februari 2012 dan dielak membuat serangan peribadi menentang Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, media kawalan BN terdesak untuk menutup serangan peribadi yang dilakukan Chua bukan sahaja kepada saya tetapi juga terhadap pendahulunya, Datuk Seri Ong Tee Keat. Media kawalan BN langsung tidak menyatakan bahawa serangan peribadi datang dari Chua.
Sekiranya serangan peribadi adalah kriteria untuk berjaya, maka tiada sebarang keraguan bahawa Chua adalah pemenang. Walau bagaimanapun, saya enggan terlibat dalam serangan peribadi kerana debat seharusnya merupakan sebuah pertandingan yang berlandaskan idea, cita- cita dan prinsip- prinsip. Siapa menang atau kalah seharusnya diadili oleh penonton televisyen dan juga penonton.
Mujurlah cubaan tersebut oleh media kawalan BN , bukan sahaja kepada saya tetapi yang paling memeranjatkan terhadap Ong Tee Keat, tidak berjaya kerana debat itu disiarkan secara langsung. Inilah sebabnya mengapa debat Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia bulan depan bersama Chua mesti disiarkan secara langsung supaya tidak ada penyelewengan apa yang sebenarnya terjadi.
Contoh yang jelas ialah merupakan pembohongan berulang oleh pemilik akhbar The Star- MCA. Semalam saya telah menulis surat kepada Pengarah Eksekutif / Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Seri Wong Chun Wai bahawa saya tidak dapat membiarkan atau menerima apabila The Star mengada- adakan cerita yang saya tidak pernah cakap. Di bawah artikel "What they said" dalam halaman 6 akhbar The Star pada 19.2.2012, saya telah dilaporkan berkata,
"We do not agree the Prime Minister must always be Malay because we want the people to decide."
( "Kami tidak bersetuju Perdana Menteri mesti sentiasa terdiri daripada orang Melayu kerana kami mahu rakyat yang membuat keputusan" )
Disebabkan The Star adalah milik MCA, saya menghormati hak The Star untuk menyiarkan "laporan berat sebelah" mengenai pendebatan tersebut. Walau bagaimanapun, petikan yang dikeluarkan itu adalah palsu dan tidak benar kerana tiada sebarang rujukan atau apa juga sekalipun pernah dibuat oleh saya mengenai isu ini ketika perbahasan. Saya kesal bahawa The Star tidak mencetak surat saya dan hanya mengakui kesilapan tersebut dengan berat hati dalam edisinya hari ini.
Saya amat terperanjat apabila kesilapan sama disiarkan oleh kolumnis Star, Baradan Kuppusamy dalam kolumnya hari ini di halaman 24 di bawah tajuk "All hype but no climax?" (semua gembar- gembur tetapi tiada kemuncak?") di mana Baradan menulis , "Furthermore, he(Lim) said the Pakatan did not agree that only a Malay could be the Prime Minister, and that this should be put to the people to decide." (Tambahan Lim berkata Pakatan tidak bersetuju bahawa hanya orang Melayu sahaja boleh menjadi Perdana Menteri, dan ini perlu diserahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan").
Ini bukan merupakan satu- satunya penipuan oleh Baradan. Satu lagi penipuan oleh Baradan dalam kolumnya ialah saya hanya mahu debat kedua dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu untuk membaiki kerosakan reputasi selepas perdebatan dalam bahasa Mandarin itu. Saya telah menulis sebelum debat pada 18 Februari 2012 iaitu pada 15 Februari 2012 meminta perdebatan kedua dalam Bahasa Inggeris/ Bahasa Malaysia demi kebaikan orang bukan Cina. Ini telah dipersetujui oleh Chua sebelum membuat keputusan sebelum perdebatan pertama dalam Mandarin ini.
Atas sebab itu, The Star seharusnya menarik balik dan memohon maaf untuk kolum Baradan yang tidak patuh kepada fakta selaras dengan semangat "Comment is free, but facts are sacred!'.
Saya tidak mempunyai bantahan terhadap pendebatan kedua dalam Bahasa Inggeris/ Bahasa Malaysia diadakan di Kuala Lumpur di lokasi yang sama iaitu Berjaya Times Square atau mana- mana pihak penganjur dengan syarat ia aalah neutral dan memastikan layanan yang adil kepada kedua- dua pendebat. Tidak seharusnya ada ulangan debat dalam bahasa Mandarin yang dianjurkan bersama oleh MCA di mana MCA telah menghimpunkan 12 daripada 13 soalan yang ditanya daripada ahli- ahli MCA yang mengarahkan kecaman terhadap saya.
Bagaimana saya boleh menjawab 12 daripada 13 soalan dalam 3 minit terutamanya apabila kebanyakan daripada mereka adalah dusta? Atas sebab itulah saya memilih untuk tidak menjawab pembohongan kerana debat seharusnya dilakukan demi kebenaran dan polisi- polisi yang Pakatan Rakyat mahu laksanakan untuk mengubah Malaysia. Dasar- dasar ini perlu dibentangkan untuk pertimbangan penonton kerana kita mahu sebuah negara polisi bukan negara polis. ( policy state not a police state. ) |
Najib, bilionaire bukan kebanggaan negara la! Posted: 20 Feb 2012 04:02 AM PST 20 FEB — PM Najib sekali lagi tersilap membuat congakan politik. Kenyataan beliau tentang 30 bilionair seperti didedahkan dalam Majalah 'Malaysian Business' disangkanya adalah satu yang baik baginya. Najib menyinggung perkara ini ketika memberi ucaputama dalam Debat antara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng semalam dan lebih malang lagi ketika beliau menyebutkan setiap seorang mereka ini menjadi kaya kerana dasar kami BN secara langsung atau tidak langsung.
Sudah sampai masanya supaya pemimpin Umno-BN khasnya Najib, memahami bahawa akibat dari urus-tadbir secara hubungan sumbang — 'incenstuous-relationship' antara segelintir pimpinan politik Umno-BN dengan elit bisnes inilah yang dinamakan dalam bahasa ekonominya 'rent-seeking behaviour — crony capitalism' atau bahasa mudahnya 'amalan kronisme', maka wujud pembolotan kekayaan yang keterlaluan ditangan beberapa individu yang hari ini bergelar 'billionaires'.
Habuan elit politik mendapat 'suapan balik' atau kickbacks dalam pelbagai bentuk — langsung dan tidak langsung — dan susun atur hubungan ini kekal dalam satu amalan 'patronage' dan kronisme yang berakhir dengan fenomena elit kewujudan 'super-rich'. Golongan ini didakwa kemudian berperanan mengekalkan sistem 'patronage' dan amalan kronisme ini dengan 'membiayai kantong politik pemerintah'.
Contoh musim pemberian projek mega-besar adalah juga seperti sekarang ini, yakni sebelum pilihan raya. Lebih besar dan berbilion ringgit lebih baik untuk penguasa kerana 'kickbacks' atau 'payback' atau 'bayaran-balik' pun besar. Kalau 10 peratus yang dituntut seseorang menteri itu sudah difikirkan banyak bagi rakyat — ini saya tahu sendiri amalan biasa sebab didedahkan oleh seorang pemaju yang saya kenal sendiri yang mengaku 'membayarnya kickback' (baca rasuah) sendiri kepada menteri itu secara 'upfront' maka 'kickbacks' untuk parti-parti pemerintah sebagai 'wang politik' untuk pilihan raya dikatakan biasa sahaja oleh mereka yang telah mendapat projek mega-mewah ini.
Projek penswastaan seperti lebuhraya, utiliti seperti air dan tenaga (IPP) dan perkhidmatan lain telekomunikasi, pelabuhan, pembentungan, Pos, perkhidmatan kesihatan, itu yang menjadikan kewujudan 'super-rich' segera itu fenomena yang menjadi rahsia umum.
Meneliti setiap satu nama dari 30 bilionaire akan mendedahkan kepada umum, siapa sebenarnya entrepreneur yang bermula dari bawah dan akhirnya membina kekayaan dari titik-peluh mereka sehingga menjadi 'bilionaire'.
Yang 'bilionaire segera' ciptaan Tun hari ini punya hutang sepuluh kali-keliling pinggang..nama-nama tak payah saya sebutkan dah jadi rahsia umum juga! Semasa zaman mewah atau 'boom time' dahulu ini, mereka digelar 'harimau' atau 'tiger' baru dunia korporat Malaysia tetapi tatkala ekonomi Asia mengalami 'meltdown' atau 'merudum' mereka dipanggil dengan joolokan 'Fat Cat' atau 'Kucing Gemuk'.
Tidak semua 'billionaires' dunia seperti Warren Buffet, Donald Trump dan Bill Gate, lahir dari amalan kronisme pemerintah tetapi hampir semua billionaires di negara, kecuali segelintir sahaja, lahir dengan cara begitu di negara Malaysia Boleh ini! Sebab itu Najib berbangga mendedahkan hakikat itu.
Berkebetulan perkara inilah yang menjadi sanggahan utama YAM Tengku Razaleigh ketika mengecam tentang penyelewangan urusan tadbir pembangunan ekonomi di negara sejak awal tahun 80an ketika pemulaan negara mula dipimpin Tun Mahathir. Program penswastaan gelombang pertamanya secara agresif akhirnya menjana 'jutawan segera' dan sebilangan mereka menjadi 'bilionaire' segera.
Tengku menyifatkan gejala hubungan inilah yang melahirkan berleluasanya 'politik wang', kronisme dan kegagalan mencapai 'pengagihan kekayaan' yang dihasratkan ketika Rancangan Malaysia ke-dua lagi.
Najib wajar tahu bahawa negara mempunyai beberapa kegagalan utama yang beliau gagal tangani dan tidak pun menjadi fokas nya untuk ditangani, bahkan telah menjadi lebih buruk ketika beliau mengambil alih kepimpinan negara. Mutakhir ini, dalam gelombang penswastaan ke-2, Najib jelasnya hanya memberikan kepada '1-bilionaire' sesuai dengan slogan 1-Msianya agaknya, yang berada dalam ranking no.5 dengan jumlah aset (NTA) RM5.9bilion.
Najib wajib malu dengan kesenjangan atau jurang kaya-miskin yang terus melebar di negara. Malaysia merupakan negara paling corot dalam tangga 'agihan kekayaan' dalam negara Asean. Dengan kata lain amalan kapitalisme kronisme paling tinggi di negara ini. Bilionaire bukan ciptaannya pun cuma beliau merancakkan lagi pembolotan kekayaan itu kepada kroni-kroni barunya dalam amalan legasi bos lamanya.
40 peratus pendapatan isi-rumah kurang dari RM1,440 dan hampir 60 peratus dalam lingkungan RM3,000 sebulan. 80 peratus dari pendapatan isi-rumah kurang dari RM1,000 adalah Melayu- Bumiputera (sumber EPU, 2011)!
Ini gejala ekonomi yang terperangkap dalam jajaran atau regim "Pendapatan Sederhana" yang dikiritik teruk oleh Bank Dunia dengan kenaikan gaji sebenar (real wage) hanya 2.6 peratus sahaja dalam sau dekad lalu mengikut Bank Dunia itu.
Jurang kekayaan (wealth disparity) lebih parah dari jurang pendapatan (income disparity). 90 peratus rakyat Malaysia tidak ada simpanan dan 14 peratus rakyat Malaysia tidak ada langsung apa jua kekayaan dalam bentuk aset dan dari kelompok itu 72 peratus adalah dari kelompok Melayu-bumiputera.
Lebih khusus lagi 80 peratus rakyat Malaysia yang terbawah hanya memiliki 5 peratus aset kewangan negara sementara 20 peratus golongan teratas memiliki 95 peratus dari 'financial asset' di negara ini (dengan tidak mengambil kira NTA yang dimiliki kelompok 'super-rich').
Daripada berkokok mengisytiharkan bahawa kerajaan BN lah yang menjadikan mereka 'bilionaires', satu perkara yang saya yakin, juga memalukan dan mengaibkan mereka, lebih baik Najib memfokas mengeluarkan negara dari pelbagai kebejatan ekonomi dan kewangan termasuk kebocoron akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa, ketirisan dalam sistem penghantaran (delivery), keborosan, kelembapan pelaburan asing langsung, pergantungan kepada warga asing yang 'low-skill' serta ketinggalan dalam pembinaan 'human capital' untuk membuat lonjakan kepada ekonomi berpendapatan tinggi dengan industri yang punya 'nilai-tambah' yang juga tinggi.
Ini yang menjadi cabaran ekonomi negara dan pengurusan yang terus-terusan tempang dan tidak pruden. Rakyat termasuk pembangkang akan boleh bersorak jika kerajaan mengatasi kemelut ekonomi ini. Tetapi ke garis penamat ini, rakyat masih memerhatikan kedudukan tetap sama bahkan di segi beberapa segi semakin buruk lagi. Rakyat tidak berbangga dengan 'super-rich-billionaires' ya!
Pakatan Rakyat bukan hebat sangat, tetapi nampak nya Umno-BN semakin teruk. Maka jangan mintak 'mandat dari rakyat' lagi, kalau hanya sekadar mahu mengulangi kerja dan kegagalan yang lama. Pakatan sedia mengambil alih tetapi mesti dengan sokongan Rakyat!
* Segala pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis. |
Anwar jumpa esok, Nik Aziz kekal pendirian Posted: 20 Feb 2012 03:59 AM PST Oleh: G MANIMARAN
SHAH ALAM - Pertemuan antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sebelum ini disebut-sebut akan diadakan hari ini berhubung kontroversi kenyataan tentang Israel, ditangguhkan sehingga esok.
Sumber-sumber memberitahu Sinar Harian Online bahawa pertemuan yang dinanti-nantikan itu dijadual akan berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pagi esok.
"Pertemuan akan berlangsung esok, masa belum ditentukan... kemungkinan sebelah pagi. Jadual sedang diatur dengan mengambil kira program dan temu janji yang telah pun diaturkan terlebih dahulu," kata seorang pegawai kanan dari Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Laporan media sebelum ini menyebut pertemuan itu akan diadakan sebelah malam ini.
Nik Abdul Aziz dikatakan berada di ibu negara bagi menghadiri beberapa program rasmi, termasuk akan mengambil bahagian dalam mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.
Pegawai Pejabat Anwar juga mengesahkan bahawa berdasarkan maklumat awal pertemuan akan diadakan pagi esok.
"Setakat ini (pagi tadi), saya dimaklumkan pertemuan akan diadakan pagi esok," katanya lagi.
Pegawai Menteri Besar Kelantan menambah, setakat ini pihaknya tiada apa-apa rancangan untuk mengeluarkan kenyataan media.
Dalam pada itu, pegawai kanan Nik Abdul Aziz juga berkata, Menteri Besar Kelantan masih kekal dengan pendirian yang telah diputuskan oleh Majlis Syuar Ulama minggu lalu.
Isnin lalu, Nik Abdul Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu.
"Saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal," kata beliau.
Nik Abdul Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.
Dalam kenyataannya, Nik Abdul Aziz berkata, Pas mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.
Anwar, dalam kenyataan media dikeluarkan Khamis lalu, berkata PKR yang diketuainya berkongsi hasrat dan pendirian dengan Pas untuk melihat kewujudan sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.
Sambil menegaskan beliau memahami perbezaan pendirian Pas dan PKR, Ahli Parlimen Permatang Pauh ini menambah, parti Islam itu berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.
"Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari Pas, Majlis Syura Pas dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.
"Ketetapan Pas yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia," kata Anwar. |
Ronnie nafi dakwaan Hasan Ali jadi wakil MB Posted: 20 Feb 2012 03:57 AM PST Oleh: RISWANDI RAZAK
SHAH ALAM - Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu menafikan dakwaan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mewakilkan beliau bagi meyelesaikan isu kepala babi di sebuah masjid di Rawang.
Menurutnya, beliau sememangnya hadir di masjid berkenaan sejurus mendapat maklumat insiden yang berlaku di Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, 31 Januari lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran itu menjelaskan, kehadiran beliau adalah atas keprihatinan dan inisiatif sendiri tanpa mewakili menteri besar.
"Dakwaan itu tidak benar, saya prihatin dengan mengambil inisiatif melawat masjid dan cuba memahami isu ini.
"Saya juga telah meminta Adun kawasan terbabit untuk memberi segala bantuan kepada ahli jawatankuasa masjid termasuk dari aspek meningkatkan keselamatan," kata beliau kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Hasan bahawa Abdul Khalid selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam telah mewakilkan Liu untuk berbincang dengan ahli jawatankuasa kuasa masjid berkenaan ekoran isu kepala babi.
Semalam. Hasan menegaskan, sekiranya maklumat tersebut yang diperolehi menerusi panggilan telefon itu benar, beliau menggesa agar satu bantahan besar-besaran diadakan.
Menurutnya, tindakan menteri besar selaku Exco hal Ehwal Agama Islam telah melanggar hukum syariah dan mencabar nilai-nilai insan.
Hasan, yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri berkata, tindakan itu akan memberi implikasi besar terhadap masa depan negara sekiranya Pakatan Rakayat (PR) terus diberi mandat memerintah Selangor selain menawan Putrajaya. |
Pemandangan Dari Dalam Stadium Di Sebuah Negeri Yang Termiskin Kononya Posted: 19 Feb 2012 08:31 PM PST teruja lihat perlawanan liga domestik di negara kita semeriah ini... pemandangan aksi Piala FA 2011... di negeri yg diuar2kan negeri termiskin di malaysia... sekurang-kurangnya mereka mampu memenuhi stadium bola sepak diorang.. |
Samseng Umno pecahkan cermin kereta Anwar Posted: 19 Feb 2012 06:34 PM PST JOHOR: Bimbang dengan karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin kebangkitan rakyat melawan kezaliman, sebilangan samseng Umno bertindak liar membaling batu dan menendang kereta Ketua Pembangkang itu. Cermin kereta itu retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek ketika mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Sembrong. Samseng Umno membawa bendera parti mereka dan Barisan Nasional (BN) turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat. Kejadian itu berleluasa tanpa sebarang tindakan walaupun ia berlaku berhampiran beberapa anggota polis. Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal penyokong Pakatan berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib. Kejadian berkenaan menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan yang mengecam perbuatan tidak bertamadun itu, sebaliknya penyokong Umno memfitnah, kononnya cermin kereta 'dipecahkan sendiri'. "Saya saksi di tempat kejadian," kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya, sekali gus menyanggah tohmahan itu. Pimpinan KEADILAN Johor dijangka membuat laporan polis dalam tempoh terdekat. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan