Khamis, 16 Februari 2012

™ kaasii peecaahhh laaa...®

™ kaasii peecaahhh laaa...®


Minda Ketua Pemuda PAS : Ekonomi Harimau Kertas

Posted: 15 Feb 2012 09:41 PM PST


1. Selama lebih 50 tahun yang lalu, rakyat telah didendangkan dengan keajaiban kerajaan BN mengurus ekonomi negara. Pada tahun 1990, rakyat didodoikan pula dengan lagu "Wawasan 2020" menjanjikan sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

2. Hari ini semakin tersingkap bahawa slogan itu sekadar dendangan yang membuaikan rakyat Malaysia dengan impian yang tidak kesampaian.

3. Sekiranya pencapaian ekonomi negara dipertimbang berasaskan kepada pertimbangan model ekonomi semasa, Malaysia adalah tergolong dalam kategori negara yang sedang membangun dan berpendapatan sederhana.

4. Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal, Malaysia berada di kedudukan 37 dengan KDNK berjumlah USD 237 bilion dan pendapatan perkapita berjumlah USD 7775.00, iaitu pada kedudukan ke 65. Kedudukan Malaysia dari segi KDNK (nominal) perkapita ini berada empat anak tangga di bawah purata pendapatan perkapita dunia. Jauh untuk menyaingi negara industri baru seperti Hong Kong, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.

5. Berasaskan kepada pencapaian tersebut di samping melihat pacuan dan hambatan ekonomi semasa, adalah sukar dalam tempoh kurang daripada sembilan tahun akan datang Malaysia boleh mencapai status negara maju pada tahun 2020.

6. Usaha kerajaan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara menemui jalan buntu, sehingga kerajaan terpaksa "memecah tabung rakyat" bagi menampung perbelanjaan defisit yang terus berlanjutan. Sumber pendapatan negara kini ialah dengan memotong subsidi, mengenakan cukai baru dan memburu pesalah trafik.

7. Bila tiada lagi tabung rakyat yang boleh dipecahkan, usaha mempelbagaikan sumber itu tertumpu pula kepada membuat hutang baru atas nama terbitan bon dan sebagainya. Dalam laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, hutang negara berbanding KDNK berada pada paras 53.7 %, iaitu satu kedudukan yang cemas bagi sebuah negara berpendapatan sederhana seperti Malaysia.

8. Kesemua situasi seperti ini dapat disimpulkan dengan pandangan Idris Jala, bahawa hutang negara boleh mencapai RM 1 trilion menjelang 2019 dan boleh membawa kepada status muflis. Saya ingin bertanya kepada para pendukung DPP dan Generasi Milenium, melihat kepada situasi gawat ini, di mana hebatnya BN menguruskan ekonomi negara?

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

SPR NAK ‘MAIN WAYANG’

Posted: 15 Feb 2012 09:19 PM PST


ENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

16 Febuari 2012 bersamaan 23 Rabi'u al-Awwal 1433

SPR NAK 'MAIN WAYANG'

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan warna dakwat kekal yang berbeza bagi undian awal dan undian biasa di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di dalam kenyataan beliau di Sinar Harian 16/2/2012 beranggapan dengan pembezaan warna dakwat kekal ini akan dapat mempastikan kelancaran proses pengendalian pilihanraya yang telus, bebas serta bersih sepenuhnya.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia tetap menolak penggunaan dakwat yang berbeza untuk pengundian pada kali ini kerana masih ada ruang-ruang untuk manipulasi penipuan akan berlaku sekiranya penggunaan dakwat berbeza ini dilaksanakan. Contohnya sebelum dari ini Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mendedahkan bahawa ada di kalangan pengundi-pengundi pos dari kalangan penjawat awam seperti tentera dan polis serta lain-lain juga mempunyai kelayakan untuk mengundi sebagai pengundi awam kerana mereka mempunyai dua pengenalan diri. Penggunaan dakwat yang berbeza masih lagi tidak akan menyelesaikan masalah pengundi yang berganda.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan SPR supaya jangan bersikap 'bodoh sombong' dan perlu belajar dengan negara-negara lain yang lebih mampu menguruskan hal-hal pilihanraya yang lebih telus dengan skala pengundi yang lebih besar.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mempertegaskan kepada pihak SPR supaya menggunakan hanya satu warna dakwat kekal sahaja di dalam pilihanraya umum nanti selain mempastikan buku daftar pemilih pengundi talah "diputihkan dan dibersihkan" sepenuhnya.

Disediakan oleh,

MOHD SANY BIN HAMZAN

KETUA PENGARAH

JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan: