Isnin, 6 Februari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Gambar MB Selangor Dan Pesuruhjaya PAS Selangor Bersolat Hajat Sekejap Tadi

Posted: 06 Feb 2012 05:44 AM PST


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/395752_10150580880143901_38012338900_8927077_1440920591_n.jpg 
http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/419972_10150580879953901_38012338900_8927076_495443676_n.jpg

Pejabat MB pandang serius ‘serang’ peribadi Exco

Posted: 06 Feb 2012 03:04 AM PST

Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor mengambil berat spekulasi susulan laporan penahanan seorang lelaki oleh pihak berkuasa Indonesia, yang dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong.

Kenyataan media dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini berkata, Kerajaan Negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin serta pentadbiran Negeri Selangor.

Perkara itu juga akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera.

"Kerajaan Negeri berpendirian bahawa adalah tidak beretika jika terdapat sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahgunakan isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu," menurut kenyataan itu.

Kerajaan Negeri menyeru rakyat supaya tidak mengizinkan politik kotor dan serangan peribadi digunakan untuk mengalih pandangan terhadap agenda utama Kerajaan Negeri yang mentadbir Negeri Selangor secara telus, berkesan dan efektif yang diterapkan dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

KHIR TOYO YANG TIDAK BERDOSA?

Posted: 06 Feb 2012 01:22 AM PST

KENYATAAN AKHBAR

6 FEBRUARI 2012

KHIR TOYO YANG TIDAK BERDOSA?

Kenyataan mantan Menteri Besar, Dr Khir Koyo bahawa beliau tidak terlibat dalam penyerahan konsesi air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) membuktikan beliau sebenarnya tidak layak dan gagal selaku Menteri Besar Selangor.

Sesungguhnya Tun Dr Mahathir Mohamad yang memilih Khir turut bertanggungjawab di atas kegagalan ini. Sungguh memeranjatkan apabila seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat tiba-tiba menuding jari ke arah orang lain bagi melepaskan dirinya yang kini dianggap sebagai kera sumbang oleh partinya sendiri.

Kenyataan dan penafian Khir seolah-olah mahu membalas dendam kepada UMNO yang tidak mahu melindungi kesalahan beliau hingga tertuduh di mahkamah, sedangkan UMNO sentiasa melindungi pemimpin mereka yang melakukan kesalahan pecah amanah dan rasuah. Khir kecewa perkara yang sama tidak dilakukan ke atasnya sebagaimana keistimewaan yang diperolehi Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam isu lembu- NFC.

Sebagai bekas pemimpin nombor satu di Negeri Selangor, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan SYABAS menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama.

Khir terlupa perjanjian yang ditandatangani pada 2004 adalah perjanjian tiga pihak dan Kerajaan Negeri turut terlibat dalam perjanjian tersebut bersama Kerajaan Pusat dan Puncak Niaga selaku syarikat induk kepada SYABAS. Khir tidak boleh menafikan hakikat bahawa Puncak Niaga mempunyai kaitan rapat dengan UMNO; Tan sri Rozali Ismail yang merupakan Bendahari UMNO Selangor ketika itu.

SYABAS gagal mematuhi terma-terma perjanjian khususnya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air bersih kepada pengguna di Lembah Klang termasuk gagal mengurangkan peratusan air tidak berhasil (NRW) tetapi Kerajaan Negeri ketika itu di bawah pimpinan Khir, gagal bertindak sewajarnya.

Adakah Khir mahu mengatakan bahawa beliau tidakpun membaca isi kandungan perjanjian tersebut? Adakah Khir mahu mengakui bahawa beliau tidak ada pengetahuan bahawa di dalam perjanjian tersebut SYABAS boleh menaikkan tariff air sehingga 71% pada tahun 2020? Selaku MB tidakkah Khir tahu bahawa selama ini SYABAS menggunakan aset air rakyat Selangor bernilai RM12 bilion secara percuma?

Di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), masalah-masalah perkhidmatan air yang gagal ditangani SYABAS amat jarang sekali diberi tumpuan biarpun rungutan serta aduan pengguna diterima setiap hari tetapi tidak endahkan hanya kerana SYABAS adalah syarikat kroni UMNO. Hal ini membuktikan kegagalan penswastaan; meskipun penswastaan asalnya untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dengan sedikit tanggungan kepada kerajaan negeri namun apabila penswastaan dikhianati dengan memberi kontrak kepada kroni dan syarikat yang tiada kepakaran maka inilah akibatnya. Rakyat terpaksa menanggung beban yang tinggi.

Khir tidak perlu berlagak naïf kerana di bawah pentadbirannya, memberi kontrak kepada syarikat-syarikat kroni telah menjadi budaya dan kemestian; matlamatnya satu- untuk mengkayakan kaum kerabat dan sahabat handai bagi kesinambungan parti kononnya.

Khir tidak boleh menafikan, ketika zaman kegemilangannya sebagai Menteri Besar beliau telah memberikan kontrak-kontrak kepada syarikat yang berkait rapat dengan dirinya antaranya syarikat Lebar Daun Sdn Bhd (Lebar Daun); syarikat pembangunan hartanah yang kaya raya hasil pemberian kontrak secara terus, perjanjian usahasama dengan syarikat kerajaan negeri yang berat sebelah serta penganugerahan tanah berlokasi strategik. Kontrak pembinaan asrama Universiti Selangor (UNISEL) di Bestari Jaya adalah contoh nyata hinggakan UNISEL berhutang ratusan juta yang terpaksa ditanggung kerajaan hari ini. Lebih malang lagi, sehingga hari ini asrama tersebut masih mempunyai kecacatan akibat dari mutu binaan yang jelek dan tidak mengikut spesifikasi selamat.

Di bawah pentadbiran Khir yang merupakan Menteri Besar hasil produk Tun Dr Mahathir, banyak projek perumahan kos rendah terbengkalai kerana syarikat yang mendapat kontrak ini gagal menyiapkan projek dan telah menghilangkan diri.

Atas nama pembangunan banyak tanah peneroka diserahkan kepada syarikat yang kebanyakannya adalah milik kroni UMNO dan BN sedangkan hakikatnya tiada pengalaman dalam projek pembinaan. Akibatnya tanah-tanah tersebut tergadai kepada bank. Bukan sahaja peneroka kehilangan tanah, malah pembeli juga terpaksa menanggung hutang dan ramai di antara mereka telah diistiharkan muflis.

Beberapa projek sekadar contoh termasuklah projek Alam Perdana di Kuala Selangor, projek Bukit Botak di Selayang, Kampung Berembang di Ampang dan projek perumahan di PJS1 yang kesemuanya berjaya diselesaikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Meskipun Khir telah mengangkat tangan kononnya serik menjadi MB Selangor dan tidak mahu bertanding di dalam PRU yang akan datang, namun rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya masih menunggu apakah kesudahan kes Khir Toyo menggunakan dana Kerajaan Negeri untuk bercuti bersama keluarga termasuk orang gaji ke Disneyland yang masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mungkin menjadi amalan di dalam UMNO, tindakan hanya dikenakan ke atas seteru politik dan tindakan Khir menganggkat tangan adalah sebagai tanda tidak akan melawan lagi, namun bagi pembayar cukai dan seluruh rakyat SelangorKhir harus bertanggungjawab ke atas dosanya yang mengkhianati amanah yang diberikan.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak. Jom Tengok Bini Taib Mahmud

Posted: 05 Feb 2012 07:51 PM PST

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/430033_366034760073533_100000010352017_1561491_1969987789_n.jpg

Gambar ni diambil semasa perarakan.

Dikhabar semalam Taib bercakap soal akhlak Rasulullah dan ciri pemimpin Islam.

Wow!

Betul Ke BN Johor Tidak Takut Pada Salahuddin?

Posted: 05 Feb 2012 06:44 PM PST

BN Johor sedia hadapi Salahuddin

Wartawan Sinar Harian


SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Johor yakin mempertahankan keme-nangan­ mereka di negeri itu walaupun Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang menyu­arakan hasrat mahu kembali bertanding ke negeri kelahirannya itu pada pilihan raya umum (PRU13) ini.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, terpulang kepada Salahuddin yang lahir di Parlimen Tanjung Piai untuk bertanding di kawasan itu atau di mana sahaja di Johor kerana BN Johor sudah siap sedia dengan jentera pilihan raya.

Menurutnya, jika beliau memilih Tanjung Piai, maka beliau akan berdepan dengan wakil MCA yang menang menentang calon DAP pada pilihan raya umum lalu.

"Tetapi jika beliau (Salahuddin) ingin bertanding di Pontian pun boleh, dulu lawan saya calon dari PKR, tapi saya yakin calon Umno jika bukan saya pun masih boleh menang di Parlimen Pontian," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, sejak pilihan raya umum lalu, Salahuddin dakwanya tidak pernah datang melawat kawasan parlimen di dalam daerah Pontian.

"Setakat hampir empat tahun jadi ahli Parlimen, saya telah balik kawasan hampir setiap minggu dengan ribuan program, saya yakin calon BN boleh kekal di kawasan ini," katanya.

Parlimen Tanjung Piai diwakili oleh wakil MCA, Datuk Wee Jeck Seng apabila beliau berjaya mengalahkan calon Melayu dari DAP, Ahmad Ton dengan majoriti 12,371 undi pada PRU 2008.

Hassan Ali Sangat Jauh Terpelanting, Sanggup Hina Ulamak & Berjuang Ikut Nafsu

Posted: 05 Feb 2012 06:29 PM PST

Usah ikut nafsu, Dewan Ulama nasihat Hasan Ali

KUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengingatkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengkritik parti itu.

Walaupun kenyataan Hasan dikatakan langsung tidak memberi kesan ke atas Pas, namun Nik Zawawi menggesa Hasan supaya tidak sesekali mengikut hawa nafsu.

Nik Zawawi turut meminta bekas pemimpin Pas itu berjuang demi kepentingan agama sebagaimana yang pernah diperjuangkannya ketika berada dalam parti itu.

Hasan dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

"Dia bebas berkata apa sahaja kerana dia bukan lagi ahli Pas tetapi kita harap supaya dia berfikir dengan baik. Jangan ikut nafsu tetapi bergeraklah demi kepentingan dan perjuangan Islam," katanya.

Hasan terus mengkritik beberapa pemimpin Pas dan mendakwa, selain pemimpin DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri, sebelum ini.

Khalid merupakan ahli jawatankuasa kerja pusat Pas dan Yang Dipertua Pas kawasan Shah alam serta Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Menurutnya, beliau memahami bantahan dibuat oleh DAP dan PKR kerana pemimpin tersebut terdiri daripada orang bukan Islam.

Sementara itu, berhubung kenyataan Hasan bahawa beliau akan menubuhkan Jati iaitu sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan, Nik Zawawi berkata, Hasan boleh berbuat apa sahaja kerana sudah tidak lagi terikat dengan Pas.

Pertubuhan itu yang didakwa Hasan sebagai kuasa ketiga dalam politik negara juga dilihat tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada Pas.

Dalam kenyataan Hasan, beliau menegaskan Jati akan menjadi kuasa ketiga dalam arena politik negara, namun belum memutuskan sama ada ia akan menyokong parti memerintah atau sebaliknya.

Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu tidak bimbang dengan kenyataan itu yang menggambarkan cita-cita besar Hasan dalam Jati.

"Ia tidak membabitkan Pas dan ahli-ahli Pas juga tidak terpesong. Itu hanya pandangan individu. Tidak menjejaskan apa-apa pun dan itu hak dialah," katanya. -SH

PAS: Hasan Ali hina ulamak

JOHOR BARU: Dewan Ulamak PAS menolak dakwaan PAS dipimpin oleh golongan sekular sebagaimana dinyatakan oleh bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali.

"PAS dipandu oleh majlis syura ulama yang menjadi penentu kepada hala tuju parti. Majlis itu berkuasa sepenuhnya terhadap parti.

"PAS bukan ditentukan oleh individu baik muryidul am, presiden atau ketua ulama," kata Naib Ketua Dewan Ulamak, Datuk Mahfodz Mohamad.

Beliau mengulas kenyataan Dr Hasan yang mendakwa parti Islam itu dikuasai 72 peratus golongan sekular manakala 28 peratus lagi golongan ulamak yang mengikut telunjuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Hasan membuat dakwaan itu dalam satu ceramah di Johor malam tadi.

Pakar motivasi

"Dalam Pemuda ada ulamak, dalam Muslimah ada ulamak. Kita ada Dewan Ulamak. Datuk Nik Aziz Nik Mat ulamak, Datuk Seri Hadi Awang ulamak, Datuk Haron Din ulamak, Datuk Harun Taib ulamak.

"Saya anggap kenyataan Dr Hasan itu menghina ulamak," tambah Mahfodz yang juga pesuruhjaya PAS Johor.

Mahfodz kenyataan Dr Hasan itu semata-mata untuk meraih sokongan kepada bekas exco agama kerajaan negeri Selangor.

Katanya, Dr Hasan pakar motivasi jadi dia memang pandai dalam membuat kenyataan untuk menagih sokongan.

BN Johor Bakal Gulung Tikar, YB Salahuddin Akan Serang Habis-Habisan?

Posted: 05 Feb 2012 06:15 PM PST

Pakatan Johor 'pikat' Salahuddin, sedia letak calon MB jika menang

Oleh Syed Mu'az Syed Putra dan Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 6 Feb — Pakatan Rakyat Johor telah mengadakan "perbincangan serius" dengan Salahuddin Ayub untuk membawa Naib Presiden PAS itu kembali bertanding di negeri kelahirannya untuk mengatasi kekurangan pemimpin Melayu seterusnya menteri besar sekiranya berjaya menawan kubu kuat Umno itu.

Pembangkang di Johor menjangkakan akan merasih sokongan kuat pada pilihan raya umum akan datang, malah sokongan pengundi Cina juga bertambah namun kekurangan calon menteri besar yang berpotensi.

The Malaysian Insider diberitahu beberapa sesi pertemuan empat mata antara Pakatan Rakyat Johor dan Salahuddin, Ahli Parlimen Kubang Kerian, telah diadakan.

Menurut sumber The Malaysian Insider, pertemuan itu boleh disifatkan sebagai "perbincangan serius" dan kemungkinan besar Salahuddin akan bertanding di Johor pada pilihan raya akan datang.

"Salahuddin sedang memikirkan dengan serius akan perkara ini, perbincangan serius telah diadakan sebelum ini dengan beliau," katanya.

"...dan kita Pakatan Rakyat Johor bersedia menerima kepulangan Salahuddin. Selain itu Salahuddin juga tidak keberatan untuk kembali ke Johor."

Kata sumber itu, pertemuan itu turut menyentuh mengenai kawasan yang bakal ditandingi Salahuddin nanti.

"Kawasan untuk beliau bertanding sudah dikenalpasti. Kemungkinan beliau akan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi keutamaan kita adalah meletakkan beliau bertanding di kerusi DUN," katanya.

Dilihat kehadiran Salahuddin yang sudah dua penggal menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian di Johor akan mewujudkan fenomena baru di negeri itu terutamanya pengundi Melayu.

Difahamkan kerusi Parlimen Sembrong, yang mempunyai kira-kira 40 peratus pengundi Cina berhampiran Kluang, dilihat kerusi terbaik untuk meletakkan Salahuddin.

Khabar angin mengatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan bertanding di Kota Tinggi.

Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut mengesahkan mengajak bekas ketua dewan pemuda PAS pusat itu untuk kembali ke Johor.

"Saya ada mengajak Salahuddin untuk bertanding di sini kerana kita perlukan pemimpin bertaraf nasional di sini," katanya.

Sementara itu Salahuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu sebaliknya berkata bersedia "berhijrah" ke Johor sekiranya diminta berbuat demikian oleh parti.

Bagaimanapun beliau tidak menolak sejak beberapa tahun kebelakangan ini ada ahli parti yang meminta agar kembali bertanding di negeri itu.

"Saya akan akur dan patuh pada keputusan parti, sekiranya parti merasakan saya perlu bersama rakan-rakan di Johor maka itu seharusnya menjadi perkara yang harus saya pertimbangkan dengan sebaik mungkin.

"Saya sudah 30 tahun dengan parti, saya juga pernah bertanding di Johor tapi kalah. Itu tiada halangan bagi saya dan saya orang Johor...saya juga membina karier saya dengan parti di Johor dan rakan-rakan di Johor banyak memberikan saya penghormatan, jadi saya rasa tiada masalah untuk saya sekiranya parti meminta saya balik ke Johor," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu kuat Umno dengan memenangi satu kerusi Parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi DUN dari 56 kerusi yang ditawarkan.

Selain mencipta sejarah di Johor, Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS-PKR-DAP berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990.

Bagamana UMNO Nak Berubah, Najib Pun Tak Berubah!!

Posted: 05 Feb 2012 05:55 PM PST

Oleh : Shahbudin Husin

Sejak keputusan pilihanraya 2008 yang menyaksikan buat pertama kalinya BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan kejatuhan beberapa negeri kepada pembangkang, seruan agar UMNO dan pemimpinya perlu berubah mulai kedengaran. Apabila Najib mengambil alih teraju pemerintahan negara daripada Pak Lah pada April 2009, seruan kepada perubahan itu semakin dilihat perlu dan seolah-olah suatu keutamaan serta pra syarat penting jika UMNO dan BN mahu terus berkuasa.

Ia semakin meniti dibibir rakyat apabila Najib sendiri memberi amaran "UMNO akan rebah jika tidak berubah". Kemudian semua orang bercakap soal perubahan itu serta menokoktambahya mengikut definasi, kefahaman, kepentingan dan selera masing-masing. Namun hakikat yang diakui oleh semua pihak ialah UMNO dilihat sudah begitu tenat serta nazak dan jika tidak berubah ia akan ditolak rakyat, seterusnya akan menuju persemadian yang abadi.

Perubahan yang sebenarnya perlu dilakukan untuk menawan kembali hati rakyat ialah dengan mereka yang menjadi pemimpin UMNO berjuang dengan ikhlas, jujur serta amanah untuk agama, bangsa dan negara. Pemimpin juga harus menolong, membantu dan menyelesaikan masalah rakyat dengan sebaik-baiknya dan jangan sesekali menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri, kaum keluarga, anak isteri, kroni dan saudara mara. Mereka yang menjadi pemimpin juga harus hidup sederhana, tidak sombong, mudah mesra, tidak berpura-pura dan tidak mempunyai dua wajah.

Itu adalah antara perubahan yang paling umum yang perlu dilakukan oleh pemimpin UMNO jika ingin kembali mendapat sokongan dan dokongan dariada rakyat. Ini kerana penolakan rakyat sehingga menatijahkan keputusan pilihanraya 2008 adalah kerana rakyat sudah muak melihat karenah dan gaya pemimpin yang sombong, berlagak, gemar mempamer kemewahan, tidak ikhlas serta tidak serius menyelesaikan masalah rakyat, anak isteri dan kaum kerabat pemimpin bergentayangan mempamer kemewahan sehingga lupa kepada rakyat. Rakyat hanya dijenguk pada waktu-waktu tertentu, selebihnya kedatangan rakyat dengan pelbagai masalah sudah dianggap sebagai beban.

Soalnya di sebalik segala seruan dan laungan itu, benarkah UMNO dan pemimpinnya sudah berubah? Najib sendiri bagaimana, sudahkah beliau berubah sama?

Menyelak kembali helaian-helaian peristiwa dalam perjalanan politik negara selepas piliharaya 2008,adalah jelas bahawa UMNO dan para pemimpinnya belum lagi berubah. Mereka nampaknya tidak mahu berubah dan tidak akan berubah. Kalau ia mahu berubah dan sayang kepada kuasa pemerintahan yang ada, sudah lama sebenarnya perubahan itu dilakukan kerana pilihanraya 2008 sudah menyaksikan kuasa hampir terlepas dan beberapa negeri sudah pun jatuh ke tangan pembangkang. Jadi mahu tunggu apa lagi?

Sebagai parti pemerintah, wajah UMNO sebenarnya diserlah melalui perilaku para pemimpinya. Kalau baik pemimpinnya, cantiklah wajah UMNO. Kalau macam pelesit perilaku pemimpinnya, hodohlah wajah UMNO.

Yang mesti berubah dulu ialah pemimpin. Tetapi selepas pilihanraya 2008, kita masih juga dihidangkan dengan pelbagai cerita skandal, penyelewengan, salah guna kuasa, pembaziran, pemborosan dan pebagai lagak mewah yang membabitkan kehidupan pemimpin dan kaum keluarganya. Masih juga kedengaran lagi kesusahan rakyat di mana-mana. Juga masih kedapatan lagi rakyat yang mengeluh serta merintih kerana tidak dijenguk dan diambil peduli oleh pemimpin.

Daripada kes bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo yang dihadapkan atas kes rasuah, skandal lembu NFC yang membabitkan Shahrizat Jalil, kes Jamil Khir mengubahsuai rumah secara mewah dan menggunakan wang zakat untuk kes qazaf, Zahid Hamidi menggunakan jet peribadi milik kenalannya untuk menunaikan haji bersama keluarga, penglibatan beberapa menteri dalam amalan konisme dan nepotisme, bekas menteri Azalina dan Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussain mengumpul sumbangan kewangan dalam tiga akaun peribadi dan pelbagai lagi.

Lebih dahsyat lagi, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Najib sendiri turut terkait sama. Muhyiddin dikaitkan dengan anak dan menantuya yang dikatakan memperolehi beberapa peluang perniagaan melalui bidang kuasa TPM iatu pembekalan mesin biometrik untuk Program 6P dan pegawainya yang dikaitkan menerima sejumlah wang daripada ahli perniagaan Johor.

Najib pula dikaitkan dengan karenah isterinya, Rosmah Mansor dan kaum keluarganya yang berbelanja mewah, mengumpul koleksi perhiasan mahal-mahal dan memperolehi peruntukan besar melalui Permata serta penglibatan adik-beradik Najib dalam beberapa perniagaan.

Semakin berlegar dan munculnya kes-kes baru dari segi rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, pemborosan serta pembaziran yang melibatkan pemimpin UMNO dan kaum keluarga mereka ini jelas membuktikan bahawa laungan dan seruan kepada perubahan selama ini hanyalah omong kosong belaka. Tidak ada pemimpin UMNO yang mahu berubah sebenarnya. Mereka masih menjadi kelompok manusia yang geli terhadap kuasa dan wang ringgit sehingga lupa kepada kuasa rakyat yang menjadikan mereka sebagai pemimpin selama ini.

Najib pula sebagai Perdana Menteri dan pemimpin utama negara dilihat paling tidak mahu berubah. Sebagai orang yang mula-mula menyuarakan tentang perubahan dan memperkenalkan slogan "rebah jika tak berubah" beliau seharusnya menunjukkan contoh teladan dalam hal ini. Di ketika beliau meminta rakyat diutamakan, mahukan pemimpin berjimat cermat dan memperkenalkan wassatiayah atau kesederhanaan, beliau yang paling afdal memulakannya dahulu. Mengutamakan rakyat bermakna bantuan dan pertolongan haruslah dijadikan agenda berterusan, bukannya dilakukan semata-mata untuk mendapat undi serta sokongan sebagaimana yang beliau perkenalkan melalui bantaun BR1M, bantuan RM100 kepada murid sekolah dan baucer buku RM200 untuk pelajar universiti. Jadikanlah bantuan ini dasar yang dilaksanakan setiap tahun, bukan untuk tahun 2012 sahaja dan mungkin muncul lima tahun kemudian.

Di ketika beliau meminta rakyat berjimat cermat dan bersederhana, adalah afdal anak isteri dan kaum keluarganya mengamalkannya dahulu. Munculnya pebagai pendedahan mengenai isteri dan anak-anaknya dalam berbelanja serta bergaya mewah, tidak lebih menggambarkan kegagalan Najib sebagai pemimpin.

Nampaknya laungan dan seruan kepada perubahan itu semata-mata dilakukan untuk mengekalkan kuasa, bukannya untuk membela rakyat dan menzahirkan iltizam yang ikhlas kepada perubahan itu sendiri.

Tidak ada apa-apa yang berubah sebenarnya. UMNO dan perangai pemimpinnya tetap sama. Kuasa yang tinggal sedikit dan hampir terlepas tidak memberi apa-apa iktibar, jika tidak masakan kita terus dihidangkan dengan pelbagai berita skandal dan penyelewengan. Lebih menyedihkan sesetengahnya yang dikaitkan dengan cerita buruk itu melibatkan pemimpin yang tahu agama, tahu halal haram dan sering pula bercakap soal dosa dan pahala.

Agaknya mereka bersikap begitu kerana melihat Najib sendiri pun tidak pernah berubah!!!
(SH 26/1/2012). /Shahbudin dot com

Cuba Korang Taip Shahrizat Kat Google. Apa Yang Keluar?

Posted: 05 Feb 2012 05:41 PM PST

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/425050_10150561207308046_215868293045_8556828_562020459_n.jpg

Tiada ulasan: