:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
WANG TARUHAN ADALAH DEPOSIT HANGUS? Posted: 02 Feb 2012 01:35 PM PST Dalam satu majlis debat dengan Rakan-rakandari Hizbu Tahrir Malaysia, mereka ada menyatakan; kaedah menyebut, "matlamat tidak bolehmenghalalkan cara". Pilihanraya di Malaysia, ada wang taruhan. Bukankah iamerupakan satu judi yang diharamkan oleh Allah. Jadi, tindakan PAS nak menangkan Islam diMalaysia dengan cara demokrasi pilihanraya adalah tindakan matlamatmenghalalkan cara. JAWAPAN Dalam kaedah hukum dinyatakan bahawa; الحكمعلى شيءفرع عنتصوره Maksudnya; "hukumterhadap sesuatu itu, sebahagiannya terletak pada memahami gambarannya" Hakikat judi adalah pertaruhan. Iaitu dua pihakatau lebih yang bertembung menaruhkan wang masing-masing, kemudian pihak yangmenang mendapat habuan dari taruhan wang tersebut. Adapun dalam kes "wang taruhan" dalampilihanraya di Malaysia, ia pada hakikatnya bukan taruhan. Ini kerana, bagipihak yang menang, mereka tidak dapat habuan dari wang taruhan, sebaliknyamendapat wang mereka balik sahaja. Cuma, dari pihak yang kalah (mengikut kadarundi yang mereka dapat) pula, mereka tidak dapat wang itu. Memandangkan kaedah menyebut; الحكميدور علىالمسمى لاعلى الإسم Maksudnya; "hukum berlegar pada benda yang diberi nama, bukan padanama". Dengan itu, kita akan dapati bahawa hakikatbayaran itu bukan wang taruhan, tetapi dikenali sebagai wang bayaran deposithangus. Deposit hangus ini, dikenali dalam fiqh Islamsebagai 'Urboun. 'Urboun adalah sebahagian harga yang diberikan oleh pelangganselepas kontrak dimeterai. Ia juga adalah sebahagian daripada harga keseluruhanbarang yang ingin dibeli. Cuma sekiranya pelanggan membatalkan hasrat untukmembeli dan sekaligus membatalkan kontrak. Para ulama menyebut bahawa SEMUA jumlah deposityang dibayar AKAN HANGUS. Sama ada ia dari kerugian sebenar penjual atau tidak.Namun adalah digalakkan jika penjual mampu memulangkan sebahagian wang tersebutatas ihsannya. Dari sudut dalil, hanya terdapat dua dalildari bab 'Arboun, iaitu yang menolak 'Urboun dan mengharuskannya, namunkedua-dua hadis terbabit adalah lemah. Konsep 'Urboun hanya dibenarkan di dalammazhab Hanbali berdasarkan ijma' para sahabat disamping tidak dinafikan bahawaImam Malik tidak mengharuskannya[1]. Umar al-Khattab dikatakan pernah digunapakai olehKhalifah Umar al-Khattab dan dipersetujui oleh semua sahabat Nabi yang hidupketika itu. Gabenor Mekkah di zaman Khalifah Umar pernah membeli sebuah penjaradari Safwan Ibn Umayyah dengan harga empat ribu dirham, dan beliau memberisyarat bahawa jika Umar meluluskan pembelian itu, kontrak akan dimeterai namunjika Umar tidak bersetuju membelinya, Safwan akan diberi empat ratus dirham[2]. Jadi, tentang wang pertaruhan dalam pilihanraya,bukanlah dibawah maksud judi. Tetapi ia dalam rangka perbincangan deposithangus yang ulama berselisih pendapat dalam menentukan status hukumnya. Perselisihanitu dibawah perkara yang boleh dihormati. Wallahu 'Alam |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan