Rabu, 1 Februari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video-Wajib Tonton] Faizal Hussein, Osman Kering, Shaheizy Sam TIBAI Bersih 2.0, Reformasi, dan Pakatan Rakyat

Posted: 01 Feb 2012 06:42 AM PST




TM tidak dapat menonton video-video di atas sepenuhnya kerana talian beruk band lambat macam siput. Namun berdasarkan tulisan di beberapa blog termasuk di Ameno, rasanya TM boleh mengagak hujah-hujah mereka yang menghentam Bersih 2.0, Pakatan Rakyat, Reformasi, tokoh PR, dan sebagainya. 

Soal mereka mahu menganut ajaran parti politik pilihan hati, bukanlah persoalan di sini. Itu hak demokrasi masing-masing. Yang menjadi persoalan apabila mereka menggunakan pengaruh untuk mengelirukan rakyat dengan mengeluarkan hujah (berskrip kot) menghentam sesuatu tanpa menyelidik hal itu dengan mendalam tetapi hanya mendengar pandangan daripada satu pihak dan merujuk kepada maklumat media pencacai yang kita maklum peranan mereka untuk "cover up" pihak kerajaan. Yang menjadi persoalan apabila dengan mudah mereka melabelkan sesuatu sebagai HARAM, hanya semata-mata kerajaan menganggapnya haram. Sejak bila demonstrasi aman diharamkan?  Mudah sahaja artis ini melabel orang "Mereka tidak tahu apa-apa", "Mereka diupah", "Mereka dibayar", "Mereka ikut-ikutan", "Jangan mudah mempercayai orang yang mahu menghuru-harakan negara". Sepatutnya, cermin diri sebelum berkata begitu!

Jika artis-artis ini memberikan pendapat secara peribadi, walaupun jauh menyimpang daripada kebenaran, rasanya ada orang yang boleh menerimanya. Mungkin orang ramai akan melabelkan artis ini jahil, mungkin tidak cerdik, atau tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum memberikan pendapat. Namun jika artis ini sanggup menjadi boneka, diperbodohkan, diperhambakan demi wang atau kepentingan peribadi, rasanya bukan saja TM, malah majoriti rakyat Malaysia ini akan menyumpah seranah artis-artis ini. Jangan kerana kepentingan jangka pendek, artis-artis ini kehilangan sokongan dan rasa hormat peminat pada kemudian hari. 

Dari satu sudut, TM tidak fikir pendapat mereka ini pendapat spontan, tanpa skrip, atau tanpa ada pengarah yang menjadi orang penting di balik pembikinan video ini. Tambah-tambah apabila mendengar Osman Kering menghuraikan siapa Datuk Ambiga, begitu juga saranannya yang mendesak rakyat mengekalkan kerajaan yang sedia ada. Dia yang mula-mula mengaku tidak tahu tentang tujuan Bersih dan sebagainya, tiba-tiba tahu tentang latar belakang Ambiga serta berhujah seperti jurublog UMNO menulis di blog masing-masing.
 
Kah kah kah! Selamat membodohkan diri!

 Selebihnya, nantilah TM menonton video-video tersebut, esok!


P/s: Rupa-rupanya, video bersiri SEMBANG RAKYAT semakin membiak di Youtube. Banyak bajet UMCO bikin video dengan hujah yang boleh bikin orang tergelak mendengarnya?



Pemain Bola Sepak Pertama Tandatangani Kontrak Jutaan Ringgit

Posted: 01 Feb 2012 05:30 AM PST


Saya petik:

[Mstar] Penyerang sensasi negara, Safee Sali pada Rabu mencatat sejarah sebagai jutawan bolasepak pertama negara apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi.

Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia pada Rabu.

Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.

Menurutnya, keistimewaan tersebut disediakan oleh Kelab Pelita Jaya FC sebagai tanda penghormatan kepada Safee selaku ketua pasukan kelab tersebut.

"Beliau juga akan menerima pakej tambahan iaitu hak imej. Kelab tersebut akan mendapatkan sokongan komersial bagi pelbagai produk di Indonesia untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran," katanya dalam satu kenyataan.

Zakaria berkata, bekas penyerang Selangor itu bukan saja dilantik sebagai Duta Sekolah Sepak Bola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia malah akan dipertimbangkan untuk menerima saham pemilikan Akademi Sepak Bola milik kelab tersebut untuk masa depannya.

Pada Selasa, akhbar Warta Kota Indonesia melaporkan Safee bakal menerima gaji sekitar Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan jika memperbaharui kontrak bersama kelab tersebut. 


[Video Penuh] Debat: KHAIRY lawan RAFIZI, Siapa yang Menang?

Posted: 01 Feb 2012 04:47 AM PST




Berdasarkan laporan MK, ada pelajar yang menonton debat ini berpendapat "Khairy baik, tetapi Rafizi lebih baik." 

 Seorang pemerhati politik pula berkata: "Rafizi menang bergaya dan hebat. Khairy telah dihapuskan ".
 
Seseorang pelajar lain pula berkata, "Rafizi 1, Khairy 0.

Anda? 

 


"Jahatnya" Mulut Hasan Ali

Posted: 31 Jan 2012 08:45 PM PST


Saya petik:

[MK] Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.

Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaai Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.

Oleh sebab itulah rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.

Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.

Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."

Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.

"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.

Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguat kuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.

"Saya nak kuat kuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."

Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.

"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.

"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.

Katanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."

"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.

Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.

"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.

Bekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.

"Biar tak sembahnyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.



P/s: Hebat benar Hasan Ali berkempen untuk kepentingan UMNO, sampai tahap memfitnah orang lain.

Mula-mula sila baca kenyataan pemimpin PR tentang TEKAD mereka untuk mempertahankan Perlembagaan negara. Kenyataan akhbar sumpama ini sudah berkali-kali dibuat namun isu Melayu, agama Islam, dan raja Melayu sering dimainkan oleh puak UMNO dan kini orang suruhannya untuk mengelirukan rakyat:

KENYATAAN AKHBAR
8 September 2008

PAKATAN RAKYAT MENJUNJUNG PRINSIP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.

Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang
Melayu.

Sekian, terima kasih.

Y.B. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Y.B. LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen
Democratic Action Party (DAP)

Y.B. DATO' SERI HJ. ABDUL HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Kedua, isu negara Israel itu boleh anda baca di sini.

Ketiga, orang yang mungkin sebelum ini was-was terhadap Hasan Ali, harap-harap semakin jelas tentang sikap sebenar bekas tokoh PAS itu. Sejak dipecat, mulutnya semakin "jahat" dengan melontarkan fitnah terhadap PR. Congaklah semula sejarah tokoh yang meninggalkan PAS sebelum ini, siapa mereka hari ini?


Gadis Jalani Tempoh Percubaan 12 Bulan Kerana Sumbang Mahram dengan Bapa Kandung

Posted: 31 Jan 2012 07:41 PM PST


The Straits Times melaporkan wanita pertama di Singapura yang didapati bersalah kerana menjalinkan hubungan seksual dengan bapa kandungnya akan diletakkan di bawah tempoh percubaan selama 12 bulan Isnin lalu.

Gadis berusia 24 tahun itu yang dituduh atas kesalahan itu pada usia 20 tahun kerana menjalinkan hubungan terlarang dengan ayahnya, seorang tukang paip berusia 48 tahun, di rumah mereka sekitar April 2008.

Ayahnya kini sedang menjalani hukuman penjara 3 tahun atas kesalahan yang sama.

Menurut sumber mahkamah, gadis yang bekerja sebagai eksekutif teknikal itu sering menemani ayahnya minum bersama dengan rakannya sejak tahun 2006. Mereka mula "rapat" sehingga berlakunya situasi terlarang apabila kedua-dua beranak itu saling membelai dan menyentuh kemaluan masing-masing ketika mereka bersendirian di rumah. -DCM

Berita berkaitan dengan kes ini di sini.


P/s: GILA!



Remaja Rogol Sepupu Bawah Umur 15 Kali

Posted: 31 Jan 2012 04:48 PM PST


Saya petik:

[SH] KEMAMAN – Gara-gara berajakan nafsu binatang, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun tergamak menjadikan sepupunya yang masih bersekolah rendah sebagai hamba seks dengan merogolnya sebanyak 15 kali sejak dua tahun lalu dalam kejadian di sebuah kawasan Felda di Air Putih, dekat sini.

Dalam tempoh dua tahun itu juga lantai rumah bahagian dapur bersebelahan meja makan menjadi tempat remaja terbabit melampiaskan nafsunya ketika bapa, nenek dan ahli keluarga lain nyenyak tidur diulit mimpi.

Namun perbuatan terkutuk remaja itu akhirnya terbongkar apabila bapa suspek sendiri melihatnya anaknya itu sedang memperkosa anak saudaranya yang berusia 12 tahun ketika dia mahu ke dapur dan membuka lampu dapur dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Ahad lalu.

Berang dan terkejut dengan perlakuan itu, bapa suspek memukul suspek dan sejurus berita buruk itu diberitahu ibu mangsa berumur 42 tahun menetap di Johor, ibu mangsa segera pulang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Air Putih pada jam 1.06 tengah hari kelmarin dan melakukan pemeriksaan di Hospital Kemaman.

 Difahamkan, mangsa dan suspek dijaga nenek kandung mereka berusia 60 tahun dan tinggal di rumah itu bersama bapa suspek dan seorang lagi bapa saudara.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, berdasarkan hasil soal siasat mangsa mengakui dalam kejadian malam Ahad lalu dia yang sedang mengemas buku di dalam bilik secara tiba-tiba didatangi sepupunya yang kemudian mengajaknya ke bahagian dapur lantas lampu dapur ditutup lalu mengajak mangsa melakukan seks sebelum perbuatan terkutuk itu disedari bapa suspek sendiri.

Hasil soal siasat, mangsa mengakui telah dirogol oleh sepupunya sebanyak 15 kali sejak dia berusia 10 tahun hingga menyebabkannya ketagihan seks dan perkara itu tidak diketahui sesiapa.

Menurutnya, bertindak daripada laporan dibuat, polis menyerbu rumah berkenaan tetapi gagal menangkapnya kerana suspek terlebih dahulu melarikan diri bersama pakaian mangsa iaitu seluar dalam, seluar dan baju dipakai ketika mangsa dirogol kali terakhir.

Katanya, sehubungan itu suspek kini sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat," katanya.



 P/s: Bagi yang berkeluarga besar, atau ada saudara mara yang menumpang di rumah, hal seperti ini perlu diberi perhatian.

Tiada ulasan: