:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
Posted: 13 Feb 2012 02:08 PM PST [1] Majlis ulama Indonesiakata harus memberi kad ucapan pada hari Valentine. Adapun majlis fatwakebangsaan pula kata haram. Kedua-dua badan ini adalah badan yang berkelayakkandalam mengeluarkan fatwa. Sifat fatwa tidak samadengan sifat qadha. Ini kerana, sifat fatwa tidak wajib diikut, tetapi diberipilih antara ikut atau tidak. Adapun apabila sudah menjadi qada', maka ia wajibdiikut, kerana ia dibawah tasaruuf Imam 'Ala Raiyyah manut bi al-maslahah. Ia(qadha) seperti digezetkan dalam bentuk Negara demokrasi. [2] Alasan-alasan yangdigunakan untuk nyatakan haram valentine adalah seperti berikut; Satu : Menjurus kepadamaksiat, seperti mabuk, arak, zina dan sebagainya. Dua; Valentine's asal nama sebenarnya St. Velentino merupakanseorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella diSepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadunIslam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagaihari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yangmerayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orangIslam di Sepanyol. (dalam fatwa Jakim) [3] Komentar dari rakan-rakan facebook yang menolak dakwaanJAKIM; 1) Cordobapecah kepada beberapa kerajaan Islam merdeka pada tahun 1031 akibat penentanganbangsawan + ulama, bukan sebab golongan Nasrasni. (Mengikut rekod, ulamaCordoba lawan pemerintah kerana Kalifah Hisham III membebankan rakyat dengancukai yang tinggi, walaupun cukai yang dinaikkan itu antara lain untukmembiayai operasi masjid). 2) Permaisuri Isabella tidak mengisytiharkanapa-apa pada Februari 14. 3) Hari Valentine + Cinta mula sekali ditulisoleh seorang pakcik namanya Geoffrey Chaucer melalui satu puisi meraikanperkahwinan Raja Richard II. Kaitan ini diperkuatkan lagi dengan penubuhanmahkamah-mahkamah cinta di Paris pada Hari Valentine 1400 (sebenarnyaperkumpulan orang-orang seni baca sajak, bincang persoalan cinta dan salingrisik-merisik). 4) Orang Rom purba kebetulan ada meraikanperayaan kesuburan Lupercalia yang dirai Februari 13-15. Kebetulan jugaRuhollah Khomeini keluar fawa bunuh Salman Rushdie pada Februari 14. Singapurajatuh ke tangan Jepun pun pada tarikh sama. (sila Klik) [4] Jika haramnya Velantine kerana menjurus kepadamaksiat seperti zina, mabuk dan sebagainya, maka bagaimana pula jika sambutanitu tidak menjuruskan kepada maksiat tersebut? [5] Larangan yang membawa kepada haram dalam nasini mempunyai dua bentuk; Satu : Larangan secara mutlak (An-NahyuAz-Zati), Pada larangan berbentuk sifat ini pulaterbahagi kepada dua, iaitu; Satu : Sifat yang lazim (Al-wasf Al-lazimlahu), dan; Dua : Sifat yang berjiran (Al-wasf Al-Mujawirlahu) Contoh bagi perkara ini adalah; Satu : Larangan mutlak – haram makan babi. Inikerana, babi itu secara zatnya bersifat haram. Dua : larangan bersifat; [1]lazim lahu – seperti larangan riba. Ini kerana, asal riba adalah jual belikerana wujud muawadhad, iaitu pertukaran. Namun, memandangkan wujud sifat-sifatpenambahan yang menindas, maka ia dikira haram. [2] al-Mujawirlahu - seperti menunaikan solat dengan pakaian yang dicuri, atau berpuasa padasatu syawal. Dari segi hukum, larangan secara mutlaq danbersifat lazim ini, tidak timbul perbahasan yang panjang. Tetapi perbahasanfiqh berlaku pada larangan yang bersifat berjiran. Contohnya seperti seseorangyang melakukan puasa nazarnya pada satu syawal; apakah puasanya sah atau tidak. Mengikut mazhabHanafi, puasa nazar itu sah, tetapi perbuatannya itu haram. Ini kerana,larangan itu berlaku pada sifat (satu syawal), bukan pada zat puasa. Secarakesimpulannya; Puasanazar – harus + Pada satu syawal – haram Solat– sah + pakai baju curi – haram. Denganerti kata yang lain, puasa nazar itu tidak jadi haram, jika tidak dilakukanpada satu satu syawal. Juga Solat tidak jadi haram, jika tidak memakai bajucuri. Jika diperhatikan balik kupasan di atas, kitaakan dapati bahawa haram valentine ini adalah merujuk kepada "al-nahy Al-wasfAl-Mujawir lahu". Dengan maksud, apabila hilang unsur-unsur yang haram, makahukumnya adalah harus Baca sama; Wallahu alam. |
Posted: 13 Feb 2012 12:22 PM PST [1] Dalam kitab al-Halal waal-Haram, karangan al-Qaradhawi ada menyatakan; أن الأصل فيماخلق الله من أشياء و منافع هو الحل و الإباحة , ولا حرام إلا ما ورد نص صحيح صريحمن الشارع بتحريمه Maksudnya; "Sesungguhnya asal pada perkara yangAllah SWT ciptakan dari sesuatu atau perkara yang mendatangkan manfaat adalahhalal dan harus. Ia tidak haram kecuali ada nas yang saheh sareh dari syarakdengan pengharamannya[1]" Sesuatuperkara itu tidak boleh dikatakan haram sekiranya; Satu: ada nas tetapi doif Dua :ada nas tetapi tidak sareh menyatakannya haram (tidak jelas menyatakanpengharamannya) Denganerti kata yang lain, sesuatu perkara itu boleh dikatakan haram apabila ada nasyang saheh, disamping ia sareh pula atas menyatakan perkara tersebut adalahharam. Adapula, beberapa nas yang saheh itu dilihat seperti sareh terhadappengharamannya, tetapi sebenarnya tidak sareh. Antara contoh perkara ini adalahsatu hadis bahawa Nabi SAW ada bersabda; ثَلَاثَةٌ لَايُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَنَّانُ الَّذِي لَا يُعْطِيشَيْئًا إِلَّا مَنَّهُ وَالْمُنَفِّقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْفَاجِرِوَالْمُسْبِلُ إِزَارَهُ Maksudnya; "Tiga golongan yang Allah SWT tidakakan bercakap dengan mereka pada hari kiamat nanti; 1- dermawan yang tidakmemberi sesuatu kecuali orang mahu dia berikan sahaja. 2- orang yang hendakmemberikan sesuatu barangnya dengan sumpah yang buruk. 3- orang yang melabuhkankainnya[2]" Jugahadis; مَا أَسْفَلَ مِنْالْكَعْبَيْنِ مِنْ الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ Maksudnya; "Pakaian yang rendah dari dua bukulali dari pakaiannya, maka ia dalam neraka[3]" Darizahir hadis-hadis ini, kita akan dapati bahawa Nabi SAW melarang melabuhkanpakaian sehingga menutup buku lali. Namun begitu, apabila diteliti lagi,didapati bahawa hadis ini tidak sareh, ekoran itu perlu diperhatikan sama padahadis yang lain pula, iaitu larangan melabuhkan itu mempunyai sebab, iaitumendatangkan sombong. Ini dilihat pada hadis yang lain, iaitu Nabi Muhammad SAWbersabda; مَنْ جَرَّثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ Maksudnya; "Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana Khuyala'atau sombong, pasti Allah SWT tidak akan melihat (wajahnya) pada hari kiamatnanti[4]" Khuyala' merupakan sifat bagipengharaman berpakaian labuh sehingga menutup buku lali. Sekiranya tidakmendatangkan khulaya', maka ia tidak jadi haram. Maka begitujuga kita melihatkepada nas al-Quran yang dijadikan hujjah atas pengharaman nyanyian perempuandi khalayak. Ia saheh, malahan mutawatir, namun begitu, dari segi maksudnya, iatidak sareh. [2] Larangan yang membawa kepadaharam dalam nas ini mempunyai dua bentuk; Satu : Larangan secara mutlak(An-Nahyu Az-Zati), Pada larangan berbentuk sifatini pula terbahagi kepada dua, iaitu; Satu : Sifat yang lazim(Al-wasf Al-lazim lahu), dan; Dua : Sifat yang berjiran(Al-wasf Al-Mujawir lahu) Contoh bagi perkara iniadalah; Satu : Larangan mutlak –haram makan babi. Ini kerana, babi itu secara zatnya bersifat haram. Dua : larangan bersifat; [1] lazim lahu – seperti larangan riba. Ini kerana, asalriba adalah jual beli kerana wujud muawadhad, iaitu pertukaran. Namun, memandangkanwujud sifat-sifat penambahan yang menindas, maka ia dikira haram. [2] al-Mujawir lahu - seperti menunaikan solatdengan pakaian yang dicuri, atau berpuasa pada satu syawal. Dari segi hukum, larangansecara mutlaq dan bersifat lazim ini, tidak timbul perbahasan yang panjang.Tetapi perbahasan fiqh berlaku pada larangan yang bersifat berjiran. Contohnyaseperti seseorang yang melakukan puasa nazarnya pada satu syawal; apakahpuasanya sah atau tidak. Mengikut mazhabHanafi, puasa nazar itu sah, tetapi perbuatannya itu haram. Ini kerana,larangan itu berlaku pada sifat (satu syawal), bukan pada zat puasa. Secara kesimpulannya; Puasa nazar – harus + Padasatu syawal – haram Solat – sah + pakai baju curi– haram. Dengan erti kata yang lain, puasanazar itu tidak jadi haram, jika tidak dilakukan pada satu satu syawal. Juga Solattidak jadi haram, jika tidak memakai baju curi. Perkara yang sama bagi hukumperempuan yang menyanyi dikhalayak ramai. Hukum asalnya adalah tidak haram,kecuali jika terdapat faktor yang menyebabkannya jadi haram (al-Mujawir lahu). Sifat tersebut adalah merujukkepada firman Allah SWT; فَلَاتَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًامَعْرُوفًا Maksudnya; "Maka janganlah kamu tunduk dalamberbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya danucapkanlah perkataan yang baik" (surah al-Ahzab, ayat 32) [3] Kupasan terhadap ayat iniadalah seperti berikut; Satu; Larangan dalam ayat ini tidakbersifat mutlat. Dengan erti kata yang lain, ia bukan melarang orang perempuanmenundukkan bicaranya, tetapi larangan kerana bimbang melahirkan syahwat kepadapendengar-pendengarnya yang hatinya rosak. Keadaannya sama seperti larangandalam hadis, agar tidak melabuhkan pakaian. Larangan itu, bukan pada melabuhkanpakaian, tetapi larangan itu berfaktorkan sombong. Adapun berkenaan denganperempuan menyanyi dikhalayak pula, ia tidak semua keadaan boleh mendatangkansyahwat. Ekoran itu, larangan perempuan menyanyi dikhalayak adalah jika bolehmelahirkan syahwat pada para pendengar. Adapun tidak melahirkan syahwat kepadapendengar, maka ia tidak haram. Dengan maksud, kembali kepada hukum asal, iaituharus perempuan menyanyi itu adalah harus. Dua; Dalam ayat ini, Allah SWTtidak menyebut "al-Saut" atau suara, tetapi menyebut "al-Qaul", atau perkataan.Ekoran itu, menurut salah seorang anggota majlis Eropah bagi fatwa dan kajian,Syaikh Abdullah bin Yusuf al-Judai' larangan dalam ayat ini bukan merujukkepada suara, tetapi merujuk kepada perkataan yang digunakan yang mampumelahirkan syahwat. Ini kerana, pada sambungan ayat, Allah SWT menyuruh parawanita berkata dengan perkataan yang baik[6].(وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا) [4] Ada pihak menyatakanpengharaman perempuan menyanyi dihadapan ajnabi dengan alasan Nabi Muhammad SAWtidak mendengarnya. Bagi menjawab perkara ini,perlu dinyatakan bahawa sesuatu perkara yang tidak dibuat oleh Nabi MuhammadSAW tidak boleh terus dikatakan haram. Ini kerana, imam al-Syatibi adamenyatakan bahawa, perkara yang tidak dibuat oleh Nabi Muhammad SAW itu perludilihat kepada beberapa perkara. Iaitu; Satu; Nabi SAW tidak buat keranaperbuatan itu makruh, seperti nabi Muhammad SAW tidak makan Dhob. Dua; Nabi SAW tidak buat keranamenghormati orang lain, seperti Nabi Muhammad SAW tidak makan bawang mentah. Tiga; Nabi SAW mengambil jalanwarak dan afdhal, seperti Nabi SAW dibenarkan dalam nas bahawa berkahwin denganperempuan tanpa memberi mas kahwin, tetapi apabila Nabi SAW berkahwin, Nabi SAWtetap juga memberi mas kahwin. Empat; Nabi SAW tidak buat keranabimbang ia diwajib, seperti Nabi SAW tidak keluar dari rumah pada hari keempatpada bulan Ramadhan untuk menunaikan solat tarawih berjemaah kerana bimbang iadiwajibkan. Lima; Nabi SAW tidak buat dan tidakmelarang, kerana ia adalah perkara yang tidak salah, seperti Nabi SAW tidakmelarang dua orang jariah menyanyi bersama Aisyah di rumah Baginda SAW. Enam; Nabi SAW tidak buat, keranaNabi SAW bimbang, jika dibuat juga akan mendatangkan mudharat lebih besar,seperti Nabi SAW tidak gopoh membetulkan Kaabah pada tempatnya kerana bimbangrakyat Makkah bergaduh. Makanya, apabila NabiMuhammad SAW tidak mendengar perempuan menyanyi, ia tidak merujuk bahawa amalannyanyian itu haram, tetapi ia sebagai jalan warak Nabi Muhammad SAW yangmengambil jalan yang afdhal. [5] Sebagai kesimpulan,dinyatakan seperti berikut; Satu; Hukum asal perempuan menyanyidikhalayak adalah harus. Tetapi, ia boleh jadi haram sekiranya bolehmendatangkan syahwat kepada pendengar. Dua; Larangan dalam nas, bukanmerujuk kepada suara. Ini kerana, suara perempuan bukan aurat. Jika suaraperempuan aurat, bagaimana keadaan isteri Nabi yang banyak meriwayatkan hadis,kemudian hadis itu didengari oleh sahabat lelaki? Jadi, nyata disini bahawalarangan dalam al-Quran (Surah al-Ahzab, ayat 32) bukan merujuk kepada suara,tetapi merujuk ungkapan perkataan; apakah mengandungi maksud yang merosakanatau sebaliknya. Jika mengandungi maksud yang merosakan (seperti lucah), makaia adalah haram. Jika tidak, maka hukumnya adalah harus. Tiga; Penilaian terhadapmendatangkan masalah syahwat kepada pendengar, tertakluk kepada kondusifmasyarakat tertentu. Di Saudi, orang perempuan dilarang memandu kerana ia bolehmendatangkan fitnah, seperti membawa kepada pelacuran dan sebagainya. Ekoranitu, tidak hairan di sana difatwakan perempuan dilarang memandu. Fatwa laranganperempuan memandu di Saudi tidak sesuai diadaptasikan di Malaysia. Ini kerana, unsurseperti yang berlaku di Saudi tidak berlaku di Malaysia. Keadaan yang sama juga padaperbincangan perempuan nyanyi dikhalayak. Sekiranya ia mampu mendatangkansyahwat kepada majority rakyat Malaysia; atau mampu mendatangkan fitnah, makaia adalah haram. Adapun jika sebaliknya, maka ia kembali kepada hukum asal,iaitu harus. Empat; Sekiranya dalam nyanyianperempuan itu, mengandungi unsur-unsur maksiat yang lain, seperti buka auratdan seumpamanya, maka hukum nyanyian perempuan dikhayalak itu adalah haram.Hukumnya sama juga bagi kaum lelaki yang melakukan perkara yang sama. Lima; Walaubagaimana pun, tidakdinafikan bahawa perkara ini adalah perkara ijtihadiyyah yang tidak lepas darikhilaf fiqh. Maka ia perlu saling hormat menghormati dan toleransi antara satudengan dengan yang lain. Baca sama; Pandangan Qaradhawi tentangperempuan menyanyi (bahasa arab) – Klik Sini Wallahu 'Alam [1] Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlmn 25 [2] Muslim : hadis no, 155. [3] Al-Bukhari : hadis no, 5341. [4] Al-Bukhari : hadis no, 3392. [5] Lihat At-Ta'lil Al-Maqasidi [6] Al-Musiqi wa al-Ghina fi Mizan al-Islam, hlmn 276. |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan