Biaqpila |
- Skandal lembu kondo NFC lebih besar belanjanya daripada belanja sekolah Tamil seluruh negara
- AHMAD MASLAN DAN BAKUL SAMPAH
- Gambar yang membuktikan hanya Pencacai UMNO percaya Anwar Agen Israel...
- Pelacur asing dominasi KL
- ADA KUTU NAK CELEBRATE VALENTINE'S LAGI ?
Skandal lembu kondo NFC lebih besar belanjanya daripada belanja sekolah Tamil seluruh negara Posted: 13 Feb 2012 02:00 PM PST BATU GAJAH, 11 FEB: Skandal "lembu kondo" NFC yang melibatkan penyalahgunaan wang rakyat lebih RM250 juta adalah lebih besar jumlahnya dariapda peruntukan kerajaan kepada sekolah-sekolah Tamil di seluruh negara. Timbalan Pengerusi DAP Perak V. Sivakumar berkata, perbelanjaan RM200 juta yang diberikan untuk 523 sekolah Tamil yang merangkumi 100,000 pelajar sejak dua tahun lalu bukanlah satu jumlah yang besar jika dibandingkan dengan skandal NFC. "Jumlah RM200 juta bagi sekolah-sekolah Tamil yang telah dibelanjakan untuk beberapa tahun bukanlah satu jumlah yang besar dan boleh dibanggakan," katanya dalam satu kenyataan. Sedangkan, menurutnya, keluarga Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil telah membelanjakan wang sebanyak RM250 juta di bawah NFC secara sewenang-wenangnya untuk kepentingan mereka sekeluarga sahaja. "Wang rakyat telah disalahgunakan…untuk 'membela lembu di kondo'. Kerajaan ini sanggup mengalami kerugian RM250 juta yang telah disalahgunakan oleh (keluarga) Ketua Wanita UMNO tetapi tidak berminat untuk membantu sekolah-sekolah Tamil yang berada dalam keadaan yang buruk," tambah beliau. Sivakumar yang juga Adun Tronoh berkata, keadaan yang tidak adil itu membuktikan bahawa pemberian wang untuk beberapa sekolah Tamil baru-baru ini hanyalah satu gimik politik UMNO-BN untuk mendapat sokongan kaum India dalam pilihan raya umum akan datang. "Saya mencabar Menteri Pelajaran untuk memberitahu kepada rakyat jumlah peruntukan yang diberikan kepada sekolah-sekolah Tamil bagi tahun 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, dan 2011 secara berasingan," katanya. Menurutnya, jika kerajaan BN berani telus dan terbuka, rakyat dapat menilai sendiri sejauh mana kejujuran mereka mahu membantu rakyat secara adil tanpa mengira kaum. – Roketkini.com KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 13 Feb 2012 04:00 AM PST DEY MACHA!!! AHMAD MASLAN SUDAH TUNJUK TERER LA DULU DIA TUNJUK TERER MOTONG GETAH KALI NI DIA TUNJUK TERER BUANG SAMPAH KAH! KAH! KAH! KITA HARAP DIA IKUT JEJAK LANGKAH KHIR TOYO YANG BAGI PENYAPU SEBAGAI ANUGERAH LAST-LAST TERDUDUK KENA SAPU KAH! KAH! KAH! BERLAGAK SANGAT DIA BUANG BUKU JINGGA TAK PIKIAQ NANTI SATU MASA DIA PULAK YANG MUNGKIN DIBAKULSAMPAHKAN KAH! KAH! KAH! SEBAIK-BAIKNYA AHMAD MASLAN JADI PENEROKA SAJA, BARU DIA TAHU SELOK BELOK TENTANG FELDA... `Dah ada gaya jadi seorang penoreh getah tu... janganla baru sebatang pokok getah kita toreh..kita dah benar-benar arif tentang masalah anak-anak felda generasi ke-2...KAH! KAH! KAH! KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Gambar yang membuktikan hanya Pencacai UMNO percaya Anwar Agen Israel... Posted: 12 Feb 2012 11:00 PM PST Dengan menyiarkan hanya separuh dari temubual Anwar bersama The Wall Street Journal, media tunggangan UMNO cuba memperbodohkan rakyat Malaysia terutamanya yang berbangsa Melayu dan berugama Islam khususnya. Ini apa yang dijelaskan oleh The Wall Street Journal.. In a recent interview with the Wall Street Journal, Mr. Anwar responded to the question of whether he would open diplomatic ties with Israel by stating his “support” for “efforts to protect the security of the state of Israel,” while at the same time backing the “legitimate rights of the Palestinians.” He stopped short of saying he would establish diplomatic relations between the two states – what he describes as a “tricky” issue – and stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognizing the aspirations of the Palestinians – Sepenuhnya di SINI Dan Anwar juga telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut.. Dalam kenyataannya, Anwar berkata, “saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.” “Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati,” katanya lagi. – Sepenuhnya di SINI Namun begitu isu ini terus dimainkan oleh media tunggangan UMNO selama sudah hampir dua minggu. Nampaknya hanya pencacai UMNO yang percaya putar belit media tunggangan UMNO itu, tetapi tidak masyarakat luar Malaysia terutama dari negara Arab dan Palestine sendiri.. Berkut adalah beberapa keeping gambar yang membuktikan hanya pencacai UMNO yang terpedayya dengan propaganda media tunggangan UMNO itu baik media cetak mahupun media elektronik… Bersama Khalid Mashal Pemimpin HAMAS Bersama Menteri Kebudayaan Qatar H.E Dr.Hamad bin Abdul Aziz bin Ali Al-Kuwari Bersama Sheikh Yusof Al-Qardhawi Sedang Berbincang Bersama Sheikh Yusof Al-Qardhawi darisungaiderhaka KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 12 Feb 2012 07:00 PM PST KUALA LUMPUR - Dua pusat hiburan dan sebuah res toran yang menjalankan kegiatan pelacuran dan dimonopoli wanita warga asing, diserbu polis awal pagi kelmarin menerusi Ops Noda yang dijalankan di Serdang, Jalan Pudu serta Bukit Bintang.Seramai 103 pelacur warga asing dicekup dalam serbuan serentak bermula jam 1 pagi, melibatkan 25 pegawai dan 50 anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan. Dalam serbuan di sebuah restoran di Jalan Pudu, seramai 39 wanita warga China ditahan kerana menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang datang makan di premis terbabit.Sementara itu, dalam operasi berasingan di sebuah pub di Serdang, seramai 22 wanita Vietnam termasuk seorang warga Uganda dicekup, manakala 42 wanita Thailand yang menjadi penari dan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan ditahan di se buah kelab malam di Jalan Bukit Bintang.Semua pelacur ditahan berusia lingkungan 16 hingga 35 tahun itu dikesan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan kebanyakan mereka gagal me nunjukkan dokumen pe ngenalan diri masing-masing ketika diperiksa. Ketua Penolong Pengarah D7, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya melakukan operasi besar-besaran itu selepas memperoleh maklumat berhubung aktiviti haram di ketiga-tiga premis terbabit.Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan wujudnya pembahagian kawasan bagi aktiviti tidak bermoral itu yang hanya dimonopoli oleh pelacur dari negara tertentu."Pelacur dari Thailand dilihat mendominasi aktiviti pelacuran di kawasan Bukit Bintang, manakala wanita China dan Vietnam, masing-masing banyak menguasai di kawasan Pudu dan Serdang Perdana. "Hasil soal siasat mendapati wanita asing ini mengenakan bayaran serendah RM150 hingga RM300 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks daripada mereka," katanya.Menurutnya, semua yang ditahan disiasat di bawah Peraturan 39 (b) Akta Imigresen 1963 kerana bekerja tanpa sebarang dokumen sah dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.SH Published with Blogger-droid v1.7.4 KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
ADA KUTU NAK CELEBRATE VALENTINE'S LAGI ? Posted: 12 Feb 2012 05:00 PM PST Hukum Menyambut Hari Valentine Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day) PENGENALAN Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian. Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut. "Hari Kekasih" yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku dikalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka. Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka. KEPUTUSAN FATWA Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut : Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti berikut : "Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut." والله أعلم بالصواب NOTA : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Keterangan/Hujah: Antara hujah keputusan tersebut adalah seperti berikut : Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam. Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang. Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam. Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day. Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang. Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol. Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat. Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman. والله أعلم بالصواب azmieyusoff KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan