Isnin, 13 Februari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Agung yang hendak Salleh Abas digugurkan - Mahathir

Posted: 13 Feb 2012 08:02 AM PST

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah yang menyatakan beliau menjadi punca kepada badan kehakiman negara tunduk kepada ahli politik, dan menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.

"Agong yang hendak Salleh Abas digugurkan, bukan atas kehendak saya," kata Mahathir di sini

Antara respon yang menarik ialah :

puad hamzah · Dr.M tak nak saman Tun Dzaiddin kerna Dr.M akan kalah dan malu dalam perbicaraan nanti sebagai bekas ketua hakim tak mungkin Tun Dzaiddin boleh buat fitnah memendangkan kearifan dia dalam undang2. tentu dia tahu apa berlaku jika memfitnah dari segi islam dan undanag2 kehakiman.

mattiory · kenapa dr mahadhir nak salah kan agung pula,bukan kan pm sebagai penasihat kpd agung.baling batu sembunyi tangan le nampak nya.kita harus berani dlm sesuatu tindakan.bagi saya kalau tindakan pm masa tu dirasakan baik untuk negara apasalahnya dia menjadi bahan pembetulnya kerana dia ada kuasa.tak perlu takut kerana itu ianya dilantik sebagai pm .tetapi perlulah hujah yg kuat kenapa tindakan itu perlu.setiap manusia ada kesilapan dan hakim pun kadang2 tersilap juga dlm hal pesepsi ni.jadi perlulah ada tegur menegur mengikut keperluan dan kuasa masa itu demi kepentingan negara..tetapi perlu ada hujah yg logik dan kukuh.itu sebab dalam islam nak hukum orang islam dlm soal hudud amat teliti.

Rajakim · Tun Mohd Dzaiddin Abdullah says you are the culprit behind the judiciary fiasco, but the whole population of Malaysia except maybe the BN diehards.

ayub · Dalam hal ini, mesti ada seorang tipu. Soal ni yang mana satu, TUN atau Mohd Dzaiddin. Bagi saya, Tun tidak pernah mengaku dia bersalah. Lain orang semua tidak betul, dia yang paling hebat , ingat dia masih PM Malaysia. Move over Tun, your time is expired

Menteri arah tangkap kekasih pada hari Valentine

Posted: 13 Feb 2012 01:12 AM PST


Tahniah kepada Jamil Khir kerana mengeluarkan arahan berikut.Orang bukan Islam tidak perlu gusar dan jadikan ini sebagai isu.Tindakan ini hanya dilakukan keatas umat Islam sahaja demi menjaga kesucian ugamanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan tindakan yang perlu diambil terhadap pasangan Islam bukan mahram pada Hari Kekasih yang disambut pada malam ini atau esok.

Beliau berkata ini kerana Hari Kekasih bukan amalan umat Islam

Tiada ulasan: