ALHUSSEYN |
- Altantuya - tragedi penuh misteri melibatkan VVIP Malaysia Bakal Terbongkar!
- Bulu Mata Palsu - Satu Gejala Mungkar Masyarakat Kini
- Anak DS Nizar Masuk PSRM - Apa isunya?
Altantuya - tragedi penuh misteri melibatkan VVIP Malaysia Bakal Terbongkar! Posted: 09 Feb 2012 08:01 AM PST [Pagi ini nanti, di Mahkamah Rayuan, perbicaraan dua pengawal peribadi polis elit Malaysia Sirul dan Azhar yang dijatuhi hukuman mati pada dua tahun sembilan bulan yang lalu akan kerana mengambil upah membunuh penterjemah wanita Mongolia, Altantuya akan berlangsung di sini . Sempena itu jom kita imbas semula artikel lama yang mengenai tragedi yang penuh misteri ini kerana dikatakan melibatkan seorang VVIP negara] Mahkamah Tinggi Shah Alam akan menjadi perhatian orang ramai dan media, apabila Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin menyampaikan keputusannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Keputusan Mohd Zaki bukan sahaja menjadi debaran kepada tiga tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar (kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas, UTK) dan penganalisis politik tanah air Abdul Razak Abdullah Baginda, malahan kepada para pemerhati politik dan orang ramai. Kes berprofil tinggi ini mencetuskan pelbagai spekulasi sehinggakan nama seorang pemimpin negara pernah dikaitkan dan menyaksikan babak-babak yang mengejutkan pada sepanjang prosiding. Kes pembunuhan Altantuya di mana mayatnya dilupus menggunakan bahan letupan di Puncak Alam berlarutan hampir dua tahun dan pihak pendakwaan akhirnya menutup kes pada 23 Jun lepas. Sekiranya keputusan hakim memihak kepada pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh, mereka akan dipanggil membela diri manakala jika sebaliknya kesemua mereka akan dilepas dan dibebaskan. Semua Tertuduh Yakin Akan Dibebaskan Ketika ditanya semasa perbicaraan apakah yang akan dilakukan sekiranya dibebaskan, Azilah, 32, yang mempunyai seorang anak angkat walaupun belum berkahwin berkata "terlalu banyak hendak dibuat, tetapi saya nak lepaskan rindu pada anak dahulu dengan memeluknya dan buat kenduri kesyukuran". Sirul Azhar, 36, pula hanya tersenyum dan sememangnya anggota UTK yang berkhidmat sebagai pengiring orang kenamaan ini amat sukar meluahkan perasaan. Beliau lebih banyak berdiam diri ketika di kandang tertuduh tetapi gemar meminta asam dan gula-gula daripda wartawan yang berada di belakangnya bagi menghilangkan rasa mengantuk. Abdul Razak, 48, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia pula menyatakan beliau berhasrat untuk bersama anak perempuan tunggalnya Rowena ke luar negara setelah semuanya selesai nanti. Beliau sentiasa ditemani isteri, Mazlinda Makhzan, kedua ibu bapa dan ahli keluarga terdekat sepanjang perbicaraan tetapi pada peringkat awal, kehadiran Mazlinda tidak disenangi bapa Altantuya, Shaariibuu Setev yang menyatakan wanita itu telah mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya hingga memaksa anggota keselamatan memastikan kedua-dua mereka tidak bertembung. Sepanjang perbicaraan kes ini pelbagai peristiwa telah berlaku yang bukan sahaja melibatkan pertukaran hakim dan pendakwaan malah timbul juga perebutan antara dua peguam untuk mewakili tertuduh. Gangguan Semasa Prosiding Berlangsung. Selain itu, gelagat Abdul Razak juga kadang-kala mengejutkan dengan beliau beberapa kali mengamuk dengan menendang pagar kandang tertuduh dan "menyumpah orang tertentu". Dia adalah tertuduh yang paling kerap meminta peguamnya Wong Kian Kheong memohon perbicaraan dipercepatkan tanpa sebarang penangguhan hingga memaksa Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah menempelak Wong dengan berkata bukan Abdul Razak seorang sahaja yang berada dalam penjara. Kehadiran bilangan besar orang awam yang ada di antaranya berperangai 'pelik' ketika perbicaraan juga menunjukkan ada yang mahu mengambil kesempatan daripada publisiti meluas akan kes pembunuhan ini. Mungkin pembaca tidak lupa kehadiran seorang wanita yang berpakaian seperti peguam yang mendakwa dirinya mewakili satu badan keamanan serta diberi kuasa oleh pegawai tertinggi polis dan Jabatan Peguam Negara. Beliau tidak mahu duduk di kerusi bahagian belakang setiap kali hadir dan pernah memaksa polis mahkamah meletakkan kerusi khas untuknya. Beliau bukan sahaja sering menunjukkan aksi kurang senang dengan barisan pendakwa raya dan peguam malah ketika hakim bercakap dia akan menyampuk.Akhirnya satu laporan polis dibuat terhadapnya bagi mengelak prosiding terus terganggu yang bukan sahaja melibatkan suara rungutannya tetapi juga bunyi dua telefon bimbitnya. Pernah juga di awal perbicaraan muncul seorang wanita (wanita lain dari tadi) mendakwa dirinya mewakili satu organisasi hak wanita dengan membawa poster mengutuk Abdul Razak kerana menurutnya telah membunuh wanita dengan kejam. Demonstrasi yang dilakukan seorang diri itu mencetuskan kemarahan polis kerana menganggu orang ramai serta perbicaraan yang sedang berlangsung hingga memaksa polis mengeluarkan amaran untuk membawanya keluar daripada perkarangan mahkamah. Bagaimanapun, wanita lewat 40-an itu tanpa rasa takut berteriak dengan berkata, "Saya ada hak, polis cubalah halang saya dengan guna senjata api, biar orang awam jadi saksi", sedangkan ramai yang menyaksikan peristiwa itu sedar bahawa polis tidak membawa sebarang senjata pun. Ketika ditanya pemberita apakah perasaan Mazlinda melihatkan emosi orang ramai terhadap suaminya, beliau berkata, "Saya menyerahkannya kepada Allah. Razak tidak bersalah." Perbicaraan Berlangsung Selama 151 Hari Azilah dan Sirul Azhar (Foto: Sirul baju hijau dan Azilah baju hitam) yang menutup muka mereka ala-ninja menjadi ikutan tertuduh kes-kes lain dan ketika ditanya mengapa mereka berbuat begitu Azilah berkata "Hidup ini masih panjang, ada yang perlu disembunyikan". Sepanjang perbicaraan selama 151 hari ini juga berlaku peristiwa mengejutkan apabila seorang anggota polis mahkamah Lans Koperal Othman Abdul Rahman, 47, rebah semasa membawa masuk ketiga-tiga tertuduh ke bilik perbicaraan dan disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung. Mengimbas kembali isu yang dihujahkan sepanjang perbicaraan lepas, Azilah dan Sirul Azhar (gambar sebelah) yang dituduh membunuh Altantuya antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Shah Alam, antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006 dikatakan mengambil bahan letupan jenis PE (Plastic Explosive), detonator cord dan CLC (cutting liner charge) dari stor UTK dan mereka sememangnya mempunyai kepakaran mengendalikan bahan letupan. Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan dua anggota UTK itu pula didakwa melakukan kesalahan itu pada 18 Okt 2006 di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Lembaga Getah Asli Malaysia (LGAM), Jalan Ampang di Kuala Lumpur dan dia didakwa mempunyai motif dalam pembunuhan itu berikutan tekanan dan ugutan daripada Altantuya. Berdasarkan kepada keterangan saksi pendakwaan Deputi Supritendan Muhammad Koey Abdullah, bahan letupan itu berkemungkinan diletakkan dalam mulut dan bahagian atas badan Altantuya menyebabkan tulangnya berkecai manakala Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Shah Mahmood pula berpendapat ketika itu Altantuya telahpun dibogelkan kerana tiada sebarang cebisan kain dijumpai di tempat kejadian. 6,000 Mukasurat Nota Prosiding, Hujah Dan Nas Bagaimanapun peguam J. Kuldeep Kumar dan Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Azilah tetap menegaskan bahawa anak guamnya tidak terlibat dalam pembunuhan itu malah penemuan tempat kejadian di atas bukit itu juga bukanlah kerana ditunjukkan oleh Azilah kerana polis seolah-olah telahpun mengetahuinya terlebih dahulu. Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican dan Ahmad Zaidi Zainal juga meletakkan anak guam mereka sebagai orang yang tidak bersalah dan teraniaya kerana kehadiran barang kemas Altantuya di rumah Sirul Azhar dan darah Altantuya pada selipar yang dijumpai dalam jeep Sirul Azhar dikatakan amat meragukan kerana sepanjang perbicaraan timbul percanggahan keterangan daripada beberapa penyiasat dan kenderaannya ketika itu boleh diakses oleh orang lain. (Foto: Altantunya dirakamkan oleh ayahnya di rumah mereka) Wong yang mewakili Abdul Razak pula menyatakan pembunuhan Altantuya tiada sebarang kaitan dengan anak guamnya dan tiada sebarang bentuk arahan pembunuhan dibuktikan sepanjang perbicaraan. Beliau juga menimbulkan keraguan mengapa pihak pendakwaan tidak memanggil beberapa pegawai kanan polis untuk memberi keterangan. Apa pun, segala hujahan dan keterangan dari 84 saksi akan dirangkumkan oleh hakim Mohd Zaki untuk membuat keputusan pada Jumaat ini yang akan meneliti 6,000 muka surat nota prosiding perbicaraan, hujah-hujah dan nas undang-undang yang telah dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak. Sebelum keputusan pertuduhan utama dibacakan, Mohd Zaki dijangka terlebih dahulu membuat keputusan terhadap permohonan pendakwaan untuk mencabar kredibiliti Lans Koperal Rohaniza Roslan (teman wanita Azilah) ketika memberi keterangan di mahkamah, keputusan bicara dalam perbicaraan tentang penemuan barang kemas Altantuya di rumah Sirul Azhar dan keputusan bicara dalam perbicaraan berhubung kenyataan polis bahawa Azilah yang menunjukkan tempat Altantuya dibunuh dan diletupkan. Walau apapun, semua pertuduhan dan spekulasi akan terjawab pada Jumaat ini apabila Mohd Zaki menyampaikan keputusan yang ditunggu-tunggukan ini esok. [Biarpun keputusan akan diumumkan Jumaat ini, namun rakyat sudah dapat meneka apakah keputusan yang bakal diumumkan nanti. Seandainya Jika ketiga-tiga tertuduh dibebaskan sama seperti apa yang berlaku kepada Hanef Basree dalam kes Noritta Samsuddin dulu. Maka siapakah pembunuh sebenar Altantunya? Siapakah pula yang mengarahkan pengeluaran bom C4 dari stor UTK? Siapakah pula yang mengarah kedua-dua tertuduh terbabit berada dilokasi Altantunya berada. Tidak wujudkah satu keraguan tentang penglibatan "orang besar" dalam isu ini. Kenapa ia tidak dibongkarkan? Jika mereka tidak bersalah sekali pun. Kes ini tidak boleh ditutup !! Kerana ada satu "rahsia besar" yang perlu dihuraikan. Jika tidak, maka akan pincanglah sekali lagi badan kehakiman negara ini. Maka itu, rakyat harus bangkit agar keputusan kes ini mesti "ada pembunuhnya"!! Jika tidak, bagamaina Altantunya boleh mati dibom dengan menggunakan bom C4 yang hanya ada pada Angkatan Tentera Malaysia sahaja. Siapakah yang membenarkan bom itu digunakan untuk meletupkan mayat Altantunya?. Semua ini adalah satu urutan daripada misteri kes yang sedang menanti keputusan itu. Sila rujuk artikel terdahulu kami tentang perkara ini]- pahangdaily |
Bulu Mata Palsu - Satu Gejala Mungkar Masyarakat Kini Posted: 09 Feb 2012 12:02 AM PST Artis wanita kita sudah terlalu gemar memakai bulu mata palsu, hingga seolah-olah tidak 'sah' kalau tidak pakai bulu mata palsu.Tengoklah dalam drama-drama yang tersiar dalam tv.Tentu terdapat. Mereka rasa sudah cantik sangat ke apa? Terkini, muncul pula produk riasan untuk laki-laki, yang mungkin tak pernah terfikirkan sebelumnya - siri produk bulu mata palsu khas untuk lelaki.Bulu mata palsu khas lelaki ini laris di pasaran asia, khususnya Jepun. Jangan terkejut kalau fenomena ini mula melanda artis lelaki kita pula. Sila lihat disini Mereka tidak tahu bersyukur dengan kurniaan yang telah Allah berikan. Bukankah mereka telah cukup sifat dan cantik dengan penampilan yang telah Allah berikan selama ini? Mahukan sangat bulu mata yang lebat dan panjang, bagaimana agaknya kalau Allah berikan bulu mata yang panjang seperti gambar diatas itu? Apa hukumnya memakai bulu mata palsu? Jawabnya adalah seperti berikut : Pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakain rambut palsu: "Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung." (Shahih al-Bukhari, no: 5934) Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam. Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk. Sebagai peringatan Panel menasihatkan gunakanlah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah. Wallahua'lam Sumber: http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/ Kita berharap agar mereka insaf dan bertaubat dan melakukan perubahan. Ambil tahu persoalan agama dalam soal ini. Tanpa segan silu melakukan perkara yang terlarang agama untuk tontonan ramai seolah-olah kita tidak tahu malu dan tidak ada harga diri adalah sifat sombong yang tercela. |
Anak DS Nizar Masuk PSRM - Apa isunya? Posted: 08 Feb 2012 04:20 PM PST Malam tadi, saya ingat Perak Tody saja yang kecuh pasal kemasukan anak DS Nizar ke MRSM Taiping. Pagi ini bila saya google, rupa-rupanya bloggers Umno/BN beraya sakan mengutuk dan membesarkan isu kemasukan anak DS Nizar ke MRSM Taiping. Terpaksalah saya buat entri ini untuk membuktikan betapa bangangnya pemikiran bloggers pencacai Umno/BN ini.Mereka tidak tahu apa yang mereka perjuangkan sebenarnya. Terbukti bloggers pencacai Umno/BN ini tiada pendirian yang tegas dalam memertabatkan Bahasa Melayu dan bangsa Melayu.Konon memperjuangkan Melayu…pergh! Tui! DS Nizar dan anak beliau adalah merupakan pejuang Bahasa Melayu. Anak Ir Nizar berusia 10 tahun telah memfailkan saman berhubung isu PPSMI ketika 2009. Mereka adalah antara sejumlah besar kelompok Melayu yang cintakan Bahasa Melayu dan membantah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan menuntut supaya diajar dalam bahasa Melayu. Dalam tempoh pelaksanaan dasar PPSMI, terlalu banyak masalah timbul. Yang paling membimbangkan banyak pihak ialah prestasi sebahagian besar murid yang lemah bagi kedua-dua subjek yang didakwa berpunca daripada pelaksanaan PPSMI, terutama di sekolah luar bandar. Masalah lain yang turut menyumbang kepada kemerosotan prestasi murid ialah kelemahan dalam kalangan guru sendiri yang tidak mampu menyampaikan ilmu itu dalam bahasa Inggeris dengan baik. Sebagaimana yang dirumuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, hanya 3% murid dan pelajar yang mendapat manfaat daripada PPSMI dan hanya 4% sahaja guru sains dan matematik yang mengajarkan mata-mata pelajaran itu sepenuh-penuhnya dalam bahasa Inggeris. Keputusan peperiksaan UPSR dan PMR pula merudum dengan jelas dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan. Terbukti segala usaha sebilangan besar rakyat yang berdemo besar-besaran membantah PPSMI yang dianjur GMP pada 7 Mac 2009,termasuk tindakan DS Nizar dan anaknya menyaman kerajaan bukanlah satu usaha yang sia-sia akhirnya. Isu PPSMI: Kedegilan yang Tak Sudah-sudah Tampaknya, "keberia-iaan" kumpulan tertentu untuk mempertahankan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran-pemelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) di sekolah-sekolah masih belum mereda. Kumpulan itu, yang khabarnya mewakili suara ibu bapa, masih ingin mempertahankan kaji selidik yang dilakukan mereka — bahawa 54% (daripada 15,000 responden yang ditemui mereka) menyokong pelaksanaan PPSMI. Mereka, khabarnya, akan mengadakan sidang akhbar pada 25 Oktober 2011 ini untuk memohon kerajaan "mendengar suara ibu bapa" — bahawa anak mereka hendaklah diberi pilihan untuk mengikuti PPSMI di sekolah. Tentang kaji selidik itu, sudah banyak pihak yang mempertikaikannya. Hal ini berlaku demikian kerana kaji selidik itu hanya menyasarkan 15,000 responden sahaja (walhal di negara kita ada 5.3 juta pelajar)! Sesetengah pihak mempersoalkan, apakah istimewanya yang 54% itu sehingga perlu pula mengesampingkan yang 48% lagi? 48% bukan jumlah yang sedikit! Pada hemat saya, pihak yang paling layak untuk menilai sama ada PPSMI ini wajar diteruskan ataupun sebaliknya ialah guru kerana mereka inilah kumpulan atau kelompok yang berdepan dengan pelajar saban tahun. Mereka inilah yang tahu akan tahap daya serap, kebolehan, dan pencapaian para pelajar (malah tahap diri mereka sendiri) dalam hal pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik (PPSM)! Semasa berlaku protes tentang PPSMI dahulu (sehingga ada yang dimandikan dengan gas pemedih mata dsb), antara rasional perjuangan mereka ialah perlunya bahasa Melayu didaulatkan dalam sistem pendidikan negara selain menyedari hakikat betapa pencapaian murid dalam subjek ini semakin menurun. Dalam hal ini, kalaupun pihak yang beria-ia untuk mempertahankan PPSMI itu enggan melibatkan diri dalam isu pendaulatan bahasa Melayu (yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang bahasa itu) dan beranggapan bahawa isu ini sebagai sesuatu yang remeh, cuba-cubalah memikirkan hal ini daripada sudut keperluan pelajar pula (yang kebanyakan mereka langsung tidak mahir berbahasa Inggeris!) Cubalah tuan-tuan fikirkan, adakah kejayaan kaum Cina di negara kita ini dalam bidang perniagaan bersebab daripada tindakan mereka mempelajari Matematik dalam bahasa Inggeris semasa mereka bersekolah rendah dahulu? Saya percaya bahawa kejayaan sebahagian besar daripada mereka adalah kerana mereka mempelajarinya dalam bahasa ibunda mereka di SJKC. Oleh sebab itulah, memang sangat wajar kalau 412,042 guru yang mewakili 27 kesatuan dan persatuan di negara ini berdiri teguh di belakang Menteri Pelajaran yang menetapkan bahawa kedua-dua subjek ini akan diajarkan dalam bahasa Melayu semula. Guru lebih tahu akan hakikat bahawa sepanjang pelaksanaan PPSMI sejak 2003 dahulu, pencapaian sebilangan besar pelajar dalam kedua-dua subjek ini merudum. Usaha YAB Menteri Pelajaran merangkap Timbalan PM dalam isu PPSM itu sangat murni. Jadi, mengapakah orang membawa jarum disambut dengan gunting? |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan