Rabu, 15 Februari 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Nizar: Sudah bersedia tawan Perak kembali !

Posted: 15 Feb 2012 07:08 AM PST


MANTAN Menteri Besar yang dirampas kuasanya oleh Umno-BN, memperthttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhyphenhyphennnudG_Gg9-D4hkjEZBckuHcNFD-mtkLDdgvK8xf2w4k9GqTgvO5Kb6oJQ0e_oPu4hwUoma7pU2WgvkVbf8sF13NGBsE4211QWsw4vwmg6Tl39PvFIBg9o2YrSU7nWvqHlWyFgHr9aU/s1600/nizar+jamaluddin_1.jpgegaskan keyakinan beliau bahawa kerajaan negeri Perak, akan kembali ke tangan Pakatan Rakyat. PAS Perak juga meletakkan sasaran 15 kerusi Dun, berbanding enam yang dimenangi pada PRU 2008. Untuk butiran lanjut, ikuti wawancara ROY RASUL bersama Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga Adun Pasir Panjang


WARTAWAN: Bagaimana persediaan yang dilakukan PAS Perak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13?
MOHAMMAD NIZAR: Dari segi kerja-kerja yang asas telah selesai begitu juga pembahagian kerusi antara Pakatan Rakyat.
Berkenaan gerak kerja pun selesai. Semua Majlis Tindakan Dun (MTD) diarahkan dan mereka sedang buat kerja itu sedang dalam pelaksanaan kerja.
Dan dalam masa terdekat ini kita akan tambahkan lagi bahanbahan kempen termasuk krisis negeri Perak hari itu.
Kita juga akan adakan perjumpaan dengan rakyat bersama. Pelbagai program perjumpaan dengan rakyat diadakan. Kita akan pastikan program kita banyak berjumpa dengan rakyat. 15 kerusi daripada 21 kerusi yang akan kita tumpukan dan memberi perhatian. Kita gerakkan 15 kerusi tersebut termasuk enam kerusi yang kita menang dalam pilihan raya lalu.
Apakah isu-isu besar yang boleh membantu PAS dan Pakatan Rakyat di Perak kembali menawan Perak dalam PRU13?
Sekarang ini isu yang paling besar yang boleh membantu kita ada dua iaitu mengenai pengundi bukan Melayu di mana isunya ialah rampasan kuasa dan tanah.
Isu untuk kumpulan orang kampung pula ialah isu Feedlot dan isu pembahagian wang one off. Itu antara isu yang akan dibawa kepada pengundi.
Isu Menteri Besar Perak, katanya Dato' Seri Zambry Kadir gagal melaksanakan tugas sebagai menteri besar. Banyak janji Barisan Nasional (BN) tidak tertunai. Apa komen Dato' Seri?
Yang itu pengundi tidak hairan sangat baik di Felda-Felda atau di kampung. Sebab bagi dia menteri besar yang sah. Jadi apa yang dia buat semua betul. Itu sahajalah.
Namun kami lebih kepada isu pertamanya isu orang kampung khususnya isu penyalahgunaan lembu. Isu Felda pun banyak yang akan kita bangkit.
Bagaimana pula isu dengan orang bandar?
Orang bandar tidak ada masalah mereka sendiri sudah membuka mata.
Bagaimana kerjasama dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat di Perak?
Tentang kerjasama kita sudah lama terjalin maka jalinan kerjasama itu sudah termaktub.
Jadi ia berterusan dan diperkukuh dengan perjumpaan di atara semua calon dan pimpinan Pakatan Rakyat dan tidak ada masalah setakat ini
Sebelum ini ada yang mengatakan orang bukan Melayu khususnya kaum Cina sudah berpaling tadah kepada Pakatan Rakyat. Jadi apa pandangan Dato' Seri?
Saya rasa itu tidak betul malah jika kita ambil sepuluh orang Cina bertanya berkenaan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional sembilan orang daripada mereka akan kata mereka pilih Pakatan Rakyat.
Sejauh mana Dato' Seri menaruh pengharapan bahawa Pakatan Rakyat akan menerajui Perak?
Berdasar kepada dua kajian yang dibuat oleh Merdeka Center dan Ilham memberikan gambaran yang sama. Manamana kerusi yang ditandingi oleh komponen Barisan Nasional baik Umno mereka akan kalah.
Ini juga bertepatan dengan pilihan raya olok-olok yang dibuat oleh Umno selepas hari raya lalu memberi gambaran agak sama.
Jadi itu menakutkan Barisan Nasional, sehingga mereka menghantar Najib dan kerajaan Perak naik bas ke kampungkampung.
Mereka juga mengadakan perhimpunan kakitangan pegawai kerajaan termasuk guru-guru dan mereka membawa empat menteri Pusat untuk mempengaruhi kakitangan awam termasuk tentera dan sebagainya.
Selepas itu seminggu yang lepas memberi wang kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan sebagainya.
Ini menunjukkan keputusan yang dibuat oleh Merdeka Center dan sebagainya termasuk pilihan raya olok-olok menakutkan dan mengerikan BN.

Guna duit rakyat untuk hentam rakyat

Posted: 14 Feb 2012 10:32 PM PST

lalok

"Lawatan kerja atas nama jawatan kabinet akan tetapi ucapan atau ceramah hentam pembangkang. Kebelakangan ini ambo sering dengar PM dan DPM  kuar wat lawatan kerja, pas 2, nyatakan sumbangan juta juta tapi x sampai  ratusan  juta  macam dibayar kepada kempen mempopularkan image seperti dilakukan. Disini timbul kemuskilan, depa tu pergi atas nama jawatan kabinet, dah tentu  ongkosnya ditanggung kerajaan bukan ditanggung parti  poltik diwakilinya akan tetapi ketika ucapan  bukan main galak perlekeh parti parti bukan seangkatan mika.



Disini ambo nak kecek sikit, depa ini buat lagu tu tidakkah dapat dikatakan sebagai salahguna kuasa, sepatutnya lawatan kerja dilakukan hanya sebagai kepasiti jawatan dalam kerajaan bukan jawatan dalam parti . Kalau hendak hentam parti parti lain jangan cakap lawatan kerja  cakap aja keluar berkempen. pon juga gunakan nama jawatan dalam parti baru boleh hentam parti lawan.
Guna duit parti, pergi sebagai pemimpin politik. Apa dah jadi ni, tidak ada sesiapa ke yang dapat perbetul senario ini.
Pas 2 ambo nampak lain macam aja la ni, semua media ditulis seolah olah milik parti bukan hak kerajaan. Kalau milik kerajaan beri hak yang sama kepada parti parti lain gunakannya. ini kerana kita semua rakyat Malaysia bukan rakyat 1 Malaysia.
 Andaikata parti parti lain itu warganegara asing memang mika x layak dapat layanan sebegitu
Fikirlah sendiri senario digambarkan 
 Pandangan ini hanya pandangan ambo yang tidak ada niat nak perlekeh sesiapa . bak kata pepatah petitih menerima fakta yang betul amat menyakitkan . betoi ke tak betoi.

Dalam pilihanraya lalu lebih dari 1 juta ahli UMNO keluar parti semasa mengundi.. Kali ini bagaimana?

Posted: 14 Feb 2012 09:34 PM PST

Aspan

Saya telah diberitahu oleh rakan-rakan dalam UMNO yang parti itu akan membawa Tengku Ahmad Rithauddin, Pengerusi jawatankuasa disiplin parti, ke setiap negeri melalui badan-badan perhubungan UMNO setiap negeri. Tujuannya ialah untuk memantau permasalahan yang besar didalam UMNO dalam pilihanraya umum nanti, iaitu sabotaj oleh ahli-ahlinya sendiri.

Saya telah banyak menulis tentang kerapuhan sokongan ahli-ahli UMNO terhadap partinya. Tidak pernah saya terlupa dalam pilihanraya 1999 dan 2008 begitu ramai ahli-ahli UMNO telah mengundi parti-parti pembangkang dan itu merupakan satu perkara yang begitu normal dalam UMNO sekarang ini. Parti itu sedar yang ia tidak boleh mempercayai ahli-ahlinya apabila sampai waktu pilihanraya.

UMNO ini merupkan satu parti besar tetapi masalah menguruskan ahlinya pun besar. Ahli-ahli UMNO sekarang bukannya seperti dahulu, hanya mengikut lenggang dan tari pemimpin mereka. Sekarang mereka lebih kritis dari dahulu. Dalam pilihanraya yang lalu lebih dari 50 peratus (1.6 juta) ahli-ahlinya telah bertukar haluan dengan mengundi parti-parti 'alternative'.

Jika semua ahli-ahli UMNO itu menyokong partinya, masakan ramai calon-calon UMNO telah rebah bergelimpangan dalam pilihanraya yang lalu kerana ditolak oleh pengundi-pengundi termasuk oleh ahli-ahlinya sendiri. Inilah masalahnya jika sebuah parti itu terlalu bergantung kepada jumlah ahlinya. Banyak parti-parti didunia ini termasuk di negara kita ini, berjaya tanpa ahli yang ramai. DAP hanya mempunyai 135 ribu orang ahli sahaja tetapi undi yang diperolehi oleh parti ini dalam pilihanraya yang lalu melebihi 2 juta orang.

Yang penting bagi sesebuah parti politik terutamanya yang memerintah ialah kemampuan untuk menggubal dasar yang dihormati bukan sahaja oleh ahli-ahlinya tetapi oleh pengundi yang ramai. Selain dari dasar yang sempurna, dasar itu mesti dilaksanakan dengan baik tanpa tercemar dengan isu rasuah dan isu salah gunakuasa yang keterlaluan.

Sebaliknya UMNO memilih untuk menjadi parti yang besar ahlinya sehinggakan sampai kehari ini ahli-ahlinya melebihi 3.2 juta orang. Kita faham kenapa UMNO memilih untuk mengambil keahlian yang ramai. Tujuannya ialah untuk mengharapkan yang kesemua ahli-ahlinya akan mengundi parti itu dalam pilihanraya. Tetapi jika lebih dari 40 peratus orang Melayu menyertai tanpa tapisan maka parti itu akan disertai oleh ramai yang tidak ada perjuangan.

Tugas yang diberikan kepada Tengku Ahmad Rithauddin itu bukan kerja mudah kerana perasaan tidak puas hati ahli-ahli UMNO terhadap kepimpinan sudah menyeluruh dan tidak ada cara untuk memantau perasaan dan tindakan individu ahli dalam peti undi itu. UMNO telah mengabaikan perasaan ahli-ahlinya dan hanya mahu melakukan pembetulan sesudah penyakit 'sabo menyabo' itu sudah mengalir di dalam sanubari mereka. Dulu-dulu kritikan ahli-ahli yang sedar dianggap sebagai membangkang dan itulah yang saya hadapi semasa dalam UMNO dahulu.

Ahli-ahli UMNO nampak jelas bagaimana pemimpin-pemimpin yang mentadbir dan berjuang dalam parti hanya sambil lewa sahaja dan mereka tidak ditunjukkan tauladan yang baik oleh pimpinan mereka di setiap peringkat. Pemimpin UMNO ada satu sikap kepimpinan yang meminta ahli-ahlinya, 'do what I ask you to do, don't do like what I do'.

Saya bercakap dan berhubung dengan rakan-rakan saya yang ramai didalam UMNO setiap hari dan saya merasakan apa yang mereka rasa. Mereka merasakan mereka telah menjadi orang tawanan kerana mereka terpaksa mengangguk kepada perkara yang mereka tidak yakini. Mereka tidak dapat hendak berfikir kerana mereka dimainkan dengan perasaan rasis yang menebal. Mereka diminta untuk percaya yang hanya UMNO boleh menentukan nasib masa depan orang Melayu.

Tetapi nasib mereka masih juga dalam keadaan yang sama; dari dahulu hingga sekarang. Lebih dari 5 dekad orang Melayu dijanjikan dengan kemajuan bangsanya tetapi tidak juga maju. Mereka dijanjikan bulan dan bintang oleh UMNO yang baru ini. Mereka tahu yang pimpinan UMNO merupakan kepimpinan yang 'clueless' dan tidak tahu untuk mengatur kemajuan bangsanya dengan baik.

Ramai dikalangan ahli-ahli dan penyokong UMNO didalam perkhidmatan awam juga sangat marah dengan apa yang berlaku dalam isu SSBA yang diluluskan oleh kabinet Najib. Penyelarasan gaji dilakukan oleh SPA sahaja, tidak seperti dahulu. Dahulu ada Suruhanjaya Di Raja diwujudkan untuk melakukan penyelarasan gaji kakitangan awam.

Sekarang itu dipertanggungjawabkan kepada pihak yang berkepentingan. Itulah sebabnya terdapat setangah penjawat awam hanya mendapat kenaikkan gaji kurang dari RM10 dan ada yang naik gaji mereka sehingga RM8000 kepada RM20,000 sebulan. Apa maknanya ini?

Mampukah Tengku Ahmad Rithauddin memantau perasaan semua ahli dan penyokong UMNO ini dalam peti undi dalam PRU nanti? Justru itu, UMNO sepatutnya menumpukan kepada masalah yang sangat besar dalam parti itu terlebih dahulu dari menuding jari kepada pihak pembangkang dalam semua hal.

Tetapi yang kita tahu sekarang, UMNO mengakui bahaya yang mereka bakal hadapi tidak lama lagi. Itulah sebabnya orang seperti Tengku Rithauddin kembali penting untuk memantau geraklaku ahli-ahlinya dalam pilihanraya nanti. Perkara yang terbesar yang akan dihadapi oleh UMNO ialah masalah calon yang bakal diturunkan nanti. Semuanya merasakan mereka adalah 'winnable candidates' dan tidak ada siapa yang tidak 'winnable' di kalangan pemimpin-pemimpin di bahagian-bahagian masing-masing.

Dalam kata lain UMNO dan pucuk pimpinan sendiri tidak percayakan ahli-ahlinya yang ramai itu. Keadaan itu akan berlaku lagi kali ini kerana perebutan untuk menjadi calon dan banyak hal yang lain. Jika ahli-ahli UMNO sendiri memangkah pembangkang, apa yang kita hendak sokong sangat UMNO ini?

Benarkah Alam Semesta Ini Berbentuk Trompet?

Posted: 14 Feb 2012 01:53 PM PST


Sebelum datangnya kiamat, apa yang di lakukan sekarang oleh malaikat Israfil?. Mungkin ada yang terfikir malaikat Israfil itu seperti seorang seniman yang asyik menggilap trompet kecilnya sebelum tampil di atas pentas. Sebenarnya macam mana rupanya terompet itu atau yang juga dikenali sebagai sangkakala malaikat Israfil itu?

Sekitar
 enam tahun yang lalu, sekumpulan saintis yang dipimpin oleh Prof. Frank Steiner dari Universiti Ulm, Jerman melakukan pemerhatian terhadap alam semesta untuk mencari bentuk sebenar alam semesta ini. Ramalan umum selama ini mengatakan bahawa alam semesta berbentuk bulat dan ada juga yang mengatakan bentuknya rata dan mendatar sahaja.

Wilkinson Microwave anisotropy Prob (WMAP)


Hasil yang lebih terperinci apabila menggunakan WMAP


Menggunakan sebuah peralatan canggih milik NASA yang bernama Wilkinson Microwave anisotropy Prob (WMAP), mereka menemui hasil kajian yang sangat memeranjatkan kerana menurut hasil kajian tersebut alam semesta ini adalah berbentuk seperti trompet. Di mana pada bahagian hujung belakang trompet (alam semesta) merupakan alam semesta yang tidak boleh diamati (unobservable). Sedangkan bahagian depan, di mana bumi dan seluruh sistem suria berada merupakan alam semesta yang masih boleh diamati (observable). Lihat gambar bentuk alam semesta dibawah ini:


Bentuk Alam Semesta

Di dalam kitab Tanbihul Ghofilin Jilid 1 hal. 60 ada sebuah hadis panjang yang menceritakan tentang kejadian kiamat yang pada bahagian awalnya sangat menarik untuk difahami dan diteliti.

Dari
 Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: 

"Ketika Allah telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada malaikat Israfil, kemudian ia letakkan dimulutnya sambil melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintah. Saya bertanya, "Ya Rasulullah apakah sangkakala?" Jawab Rasulullah, "Bagaikan tanduk dari cahaya." Saya tanya, "Bagaimana besarnya?" Jawab Rasulullah, "Sangat besar bulatannya, demi Allah yang mengutusku sebagai Nabi, besar bulatannya itu seluas langit dan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali. Pertama Nafkhatul faza '(untuk menakutkan). Kedua Nafkhatus sa'aq (untuk mematikan). Ketiga Nafkhatul ba'ats (untuk menghidupkan kembali atau membangkitkan)."

Dalam hadis di atas disebutkan bahawa sangkakala atau trompet malaikat Israfil itu bentuknya seperti tanduk dan diperbuat dari cahaya. Saiz bulatannya seluas langit dan bumi. Bentuk laksana tanduk mengingatkan kita pada trompet orang-orang zaman dahulu yang diperbuat dari tanduk. 

Trompet yang diperbuat dari tanduk


Kalimat seluas langit dan bumi dapat difahami sebagai ukuran yang meliputi dan merangkumi seluruh kawasan langit (sebagai lambang alam tak nyata dan ghaib) dan bumi (sebagai lambang alam nyata dan syahadah). Atau dengan kata lain, bulatan trompet malaikat Israfil itu melingkar membentang dari alam nyata hingga alam ghoib. 

Jika keshahihan hadis di atas boleh dibuktikan dan data yang diperolehi melalui WMAP tepat, ini bermakna kita ini ibarat rama-rama yang hidup di tengah-tengah kawasan gunung berapi yang aktif, yang boleh meletus bila-bila masa sahaja. 

Dan Allah telah mengkhabarkan kedahsyatan trompet malaikat Israfil itu dalam surah An-Naml ayat 87. 


"Dan pada hari ketika trompet ditiup, maka terkejutlah semua yang ada di langit dan semua yang di bumi, kecuali mereka yang di kehendaki Allah. Dan mereka semua datang menghadapNya dengan merendahkan diri." 
(An-Naml ayat 87)

Pada saat bergoncangnya bumi, manusia bagaikan orang mabuk sehingga ibu yang mengandung gugur kandungannya, yang menyusui lupa pada bayinya, anak-anak jadi beruban dan syaitan-syaitan berlarian. " 

Ada sebuah soalan yang berlegar-legar dikepala, jika terompetnya sebesar itu, bagaimana dengan si peniupnya. Dan lebih dasyat lagi, bagaimana dengan Sang Penciptanya? Wallahua'lam.

Tiada ulasan: