Selasa, 14 Februari 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Pandangan gua akan Thaipusam dan hina nabi.

Posted: 14 Feb 2012 04:10 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

Thaipusam punya hal.

Mula2, ofkos la gua bukan ahli dalam menetapkan hukum. Tapi gua tetap nak share gak pandangan gua akan isu nih. Menurut Imam Jean Francoise, iman tu mempunyai 3 perkara. Pertama membenarkan dengan hati. Kedua melafazkan dengan lidah. Ketiga melakukan dengan anggota.

Gua ingat kalau cukup 3 perkara baru jatuh hukum Iman. Sama ada iman terhadap Islam atau Iman terhadap selain Islam (murtad).

Ada satu kisah. Orang Palestine yang susah sangat. Keluarganya miskin. Satu keluarga Israel menyatakan kalau dia mahu membantu keluarganya dari kesusahan / miskin, hendaklah menjadi hambanya, dan mengikutnya ke dalam agama Yahudi. Si Palestine ni setuju. Dia mengikut si Yahudi solat dan macam ritual Yahudi.

Tetapi setiap kali waktu solat Islam, dia tetap solat. Kena penjara, kena ikat, macam2, dia tetap solat. Solat cara darurat la. Si Israel ni tanya. Mengapa engkau begini? Palestine menjawab, fizikal gua memang milik tuan. Gua solat Yahudi kerana tuan. Tapi jiwa, roh, lidah dan anggota solat adalah milik Allah.

Walaupun peristiwa ini maybe palsu, tetapi kita boleh belajar konsep dan falsafah dalam cerita ini. Dalam kisah nabi Muhammad saw dulu pun begitu. Ada satu keadaan hamba disiksa yang membenarkan lidah membatalkan akidah. Tetapi masih ada 2 perkara lagi. Yakni hati / jiwa dan anggota.

Gua berpendapat, sama ada beriman atau bertukar iman itu, harus cukup 3 perkara itu. Kalau hanya 2/3, ianya masih belum bertukar. Jika Najib / TGNA hadir ke Thaipusam semata2 ingin menjaga keamanan negara, hubungan kaum, kekuatan negara dengan melakukan perkara sikit2 ritual mereka, Najib / TGNA masih ada 2 perkara lagi. Lidah (pengakuan dan jiwa).

Wallahualam.

Hina Muhammad saw.

[1]
Setiap umat Islam adalah tawanan dalil. Kena ada dalil. Termasuk dalam hukuman terhadap penghina Islam. Apatah lagi penghina Muhammad saw.

Dalil penghina Islam yang dibebaskan Muhammad ialah seorang Arab yang kencing dalam masjid nabi, depan nabi dan sahabat2. Nabi tegah hukuman fizikal dilakukan oleh sahabat2.

Dalil penghina Muhammad saw yang dibebaskan Muhammad saw sendiri ielah ketika penduduk Taif melempar batu kepada Nabi. Nabi hanya doakan hidayah. Nabi buy time.

Jika kafir yang menghina nabi pun Nabi suruh releks, apatah lagi muslim yang ada basic pengetahuan mengenai Islam. Gua berpendapat, kemenangan kepada Iblis kalau si muslim yang tersilap tadi dibunuh sebelum sempat dipulihkan.

Satu kisah Nabi Nuh as yang mendoakan bala terhadap umatnya. Iblis telah berdialog kepada Nuh as. Bahawa doanya itu meringankan beban tugasnya untuk menyesatkan anak Adam. Selagi dibiarkan umur umatnya panjang, bermakna anytime mereka boleh bertaubat. Bertaubat setelah sekian lama mengikuti jalan Iblis adalah satu kekalahan yang sangat nyata bagi Iblis.

Sebab itu ulama yang faham, mendoakan dirinya cepat mati kalau lambat mati itu tidak bermanfaat kepada dirinya. Harun Din mendoakan dirinya mati sebelum zaman Dajal. Ostad Fadhil mendoakan Mahathir panjang umur. Mengapa?

[2]
Kalau muslim yang tersilap fakta, atau fahaman dijatuhkan definasi hina nabi, dan dijatuhkan hukuman mati sebelum dia sempat bertaubat atau memahami atau ditarbiyah Allah sendiri akan kesilapannya, maka kemenangan Iblis itu tanggungjawab siapa?

Peristiwa kencing masjid Nabi depan Nabi sendiri masih belum dijatuhkan definasi hina oleh Muhammad saw itu sendiri. Peristiwa dibaling batu sampai berdarah juga belum dijatuhkan definasi hina oleh Muhammad saw sendiri. Hari ini bagaimana definasi hina itu ditetapkan?

Umar ra pernah mengugut akan memukul sesiapa yang menyebarkan kematian Muhammad saw. Mengapa? Menyebarkan kematian Muhammad saw adalah menghina? Lalu ditegur Ali bahawa sesiapa yang beriman kepada Muhammad, maka ketahuilah Muhammad itu sudah mati. Sebaliknya, sesiapa yang beriman kepada Allah, dan mengakui Muhammad itu kuli batak Allah (pesuruh = kuli batak), maka Allah tidak akan mati, dan insyaallah kita akan berjumpa dengan Muhammad nanti.

[3]
Sikap kerajaan Malaysia yang tidak menerima langsung pelarian politik negara lain gua bantah. Ini double standard dengan Muhammad saw yang meminta sahabat lari ke Habsyah. Ya, kesnya berlainan. Antara Islam dengan penghina Islam. Tapi standardnya sama. Ingat, terdapat perjanjian yang dibuat Nabi bersama Mekah yang menjelaskan standard ini.

Pada gua, kerajaan Malaysia sepatutnya menangkap si tertuduh, diberikan kaunseling, dibenarkan pegawai2 Arab Saudi itu bertemu dengan tertuduh, tetapi buy time dengan tidak menyerahkan si tertuduh tersebut. Ini soal menyelamatkan akidah si tertuduh. Anggap dahulu peringkat ini, dia tersilap. Harap2 dia bertaubat sebelum dihukum bunuh. Bukan dihukum bunuh sebelum dia bertaubat.

Mengapa gua bersikap dan berfahaman sedemikian? Kerana Allah pernah mentakdirkan diri gua juga tersilap. Jika Ostad Wan Ji dan rakan2 gua semuanya berfahaman Arab Saudi, maka, menanglah Iblis kepada gua. Alhamdulillah, dengan takdir itu, gua diberi kesempatan merasai satu nikmat kesilapan. Dan anugerah rasa silap itu telah membentuk gua dalam satu bentuk yang tertentu.

Kenyataan pihak2 yang mahu pengadilan yang adil dan wajar dari Arab Saudi gua sokong. Kalau pemimpin UMNO bersifat pro Arab Saudi dalam kes ini, sepatutnya pemimpin2 UMNO yang menghina Nabi juga perlu dihukum secara Arab Saudi.

Wallahualam.

Tiada ulasan: