Selasa, 14 Februari 2012

Addin

Addin


Shahrizat Bakal Di Pecat Esok?

Posted: 14 Feb 2012 08:11 AM PST

Angin bertiup kencang dialam maya mengatakan Shahrizat bakal digugurkan daripada jawatan menteri esok. Shahrizat yang kini dilihat sebagai beban kepada Umno dan Barisan Nasional bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja. Skandal lembu NFC yang melibatkan sejumlah RM250 juta yang melekat begitu kuat dibatang tubuh Shahrizat sekeluarga.

"Terima info Shahrizat digugur menteri esok? Ada sesiapa dapat info yang sama?" dipetik daripada twitter Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.

Shahrizat yang dilihat begitu liat untuk diambil tindakan, mungkin kerana ugutannya yang berbunyi 'Menteri Umno mana yang tidak ada masalah?' bakal melondehkan pimpinan-pimpinan Umno yang punyai rekod hitam sekiranya jawatan beliau digugurkan.

Soalnya sekarang, beranikah Najib menggugurkan Shahrizat dikala momentum rakyat yang mahukan perubahan semakin kuat?

Dan siapakah pula yang layak untuk menerajui jawatan Ketua Wanita Umno yang tidak sudah-sudah dengan kontroversi sensasi.~ajijoi

Bongkar!! Website Ni Dedah Perjanjian Perdagangan Umno-Israel

Posted: 14 Feb 2012 05:51 AM PST

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Amerika Syarikat dan Israel berminat melihat kerajaan di Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia Barat. Menulis di blog chedet.cc, beliau berkata kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Barat terhadap Iran dan beberapa negara lain.

"Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

"Memang pun Malaysia menjadi calon untuk 'regime change' kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.

"Adalah menjadi harapan Amerika, apabila 'regime change' berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestin."~ Dr M.

Jahat bukan niat mantan PM kita ini?apakah niatnya itu?melainkan untuk menakut - nakutkan rakyat Malaysia yang bakal memilih sendiri kerajaan pada PRU13 sedikit masa nanti.

Mari kita lihat dan fikir sendiri siapakah dalang di belakang Israel yang sebenarnya.

Perjanjian perdagangan dgn APCO secare tak langsung kite mmg bersubahat membunuh rakyat Palestine..tahniah!!!

Klick link ini di[SINI]

Bagaimanakah Israel boleh berdagang dengan Malaysia? Adakah Pakatan Rakyat yang meluluskan perjanjian perdagangan dengan Israel ini? Bagaimanakah lori lori kargo Israel ini dengan bebas melalui jalan - jalan di Malaysia?

Jangan pula BN menjadikan alasan bahawa perdagangan dengan Israel ini adalah semata - mata hubungan bisnes rakan niaga tertentu. Jangan pula BN menberi alasan bahawa atas desakan ekonomi dan membantu peluang kerja rakyat Malaysia pula!!

Samalah memberi alasan. Anak Mahathir iaitu Mirzan menjadi pemilik kilang arak dan menjadikan perniagaan nin halal tampa bantahan mana mana ulamak di Malaysia mahupun ulamak baru akidah ..Hasan Ali. Semua senyap bila orang yang sangat berkuasa ini membuat perkara salah.

Yah!! jika nak huraikan bukti bukti keterlibatan kerajaan UMNO menjadi boneka Israel cukup banyak. Namun dimanakan keberaniaan media masa untuk menyebarkan berita benar bagi rakyat Malaysia seluruhnya mengetahui perkara sebanar dan memilih kerajaan manakah yang layak di Putrajaya?? ~kingofgoblok


Geng UMNO Pun Menyampah Dengan Hassan Ali

Posted: 14 Feb 2012 05:08 AM PST


Ini adalah sebahagian kutukan dari penyokong Umno terhadap Dato Dr Hasan Ali. Sebelum ini ramai sangka hanya penyokong PAS dan Pakatan Rakyat saja yang bengang dengan 'perangai' Hasan Ali ni.

Rupa-rupanya ramai juga penyokong Umno tak suka juga dengan Hasan Ali. Lebih mengejutkan, Facebook rasmi Hasan Ali pun turut menjadi medan kutukan terhadap Hasan ali sendiri. Apa dah jadi ni Dato? Kuasa ketiga apa cerita?

Lagi baik Dato jadi Pakar Motivasi semula la. Memang sekarang masih ada orang yang layan ceramah Dato. Bila diumumkan PRU 13 nanti, masing-masing sibuk dengan kempen, maka ketika itu Dato akan ditinggalkan..

UMNO Sisihkan Papagomo?

Posted: 14 Feb 2012 04:25 AM PST

Mari pakat-pakat baca statement dari KJ nih, statement penafian ataupun statement menyelamatkan diri. Bagi Addin ianya kedua-duanya sekali.. mula-mula KJ cuba menafikan Papagomo nih blogger upahan Umno tapi walhal sebaliknya.. Semua orang tau yang Papagomo nih memang blogger upahan Umno, jikalau tidak tak akan ler senang-senang boleh access sehingga boleh masuk kapal selam yang merupakan aset keselamatan negara. Baca sini. KJ cuba menyelamatkan Umno dari imej negatif yang di bina oleh Papagomo, blogger lucah ini sebenarnya telah mencemarkan lagi imej Umno yang sedia tercalar.

Dengan berhadapan saman-saman dari pihak yang difitnah, sebenarnya Papagomo sudah diluar kawalan Umno. Dalam ertikata mudah, Papagomo sudah tidak terkawal. Baca sini. 


KJ - Papagomo Tiadak kaitan Dengan Umno

KUALA LUMPUR, 13 Feb. - Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menasihatkan masyarakat agar tidak terlalu emosi dalam mendapatkan maklumat dari media sosial.

Katanya, setiap individu yang ingin mendapatkan maklumat dari media sosial perlu memastikan ketepatan sumber maklumat tersebut untuk mengelakkan daripada membuat kesimpulan yang tidak betul berkenaan sesuatu isu.

"Kita perlu mencari fakta yang benar. Jika kita, sebagai contoh membuat penilaian berdasarkan maklumat yang kita dapat dari blog yang tidak betul, maka secara tidak langsung kesimpulan kita salah,"kata Khairy.

"Saya harap agar orang ramai akan mencari fakta-fakta yang benar dan tidak terlalu dipengaruhi oleh sentimen emosi, politik atau perkauman. Di sebalik satu cerita ada sudut pandangan kedua atau ketiga, kita patut dengar, baca dan buat penilaian," katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut mengingatkan orang ramai untuk berhenti beranggapan bahawa setiap blog politik adalah lidah rasmi parti tertentu.

Katanya, setiap blogger politik mempunyai pendapat mereka sendiri dan apa jua yang ditulis di blog mereka tidak semestinya menggambarkan pendirian parti yang disokongnya.

"Terdapat perbezaan di antara lidah rasmi parti dan penyokong parti. Lidah rasmi Pemuda Umno adalah Unit Media Baru Umno (UMB), "katanya.

Khairy turut menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang mengaitkan blogger Papagomo dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kesilapan yang sering dilakukan oleh sesetengah pihak adalah menyekutukan Papagomo dengan BN, sedangkan dia tidak ada kaitan dengan parti.

"Dia bergerak secara sendiri dan kita tidak mempunyai kuasa untuk mengawal beliau," katanya. ~klpos

Gempar!! Samseng UMNO Melaka Serang Ceramah Anwar

Posted: 14 Feb 2012 12:00 AM PST

Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, petang semalam dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN. Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan pada kejadian petang semalam itu, kira-kira 50 penyokong BN didakwa sengaja melakukan provokasi kerana membantah kedatangan ketua umum PKR itu.

Mereka mendakwa Anwar cuba menghasut penduduk kampung hingga berlakunya pecah belah di kalangan mereka.

Menurut akhbar itu lagi, akibat tidak puas hati, berlaku pertikaman lidah dan tolak menolak di hadapan balai tempat Anwar berucap. Keadaan dilaporkan menjadi tegang apabila seorang daripada penyokong BN ditumbuk dan berlaku pergelutan.

Seorang penyokong BN yang dikenali sebagai Nizam Baharom dipetik Sinar sebagai menyalahkan penyokong PKR yang bertindak agresif dengan menumbuk seorang daripada rakannya.

Kekecohan di Felda Tun Ghaffar di Hutan Pecah, Alor Gajah itu kemudiannya berjaya dileraikan dengan kehadiran pihak polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kekecohan itu akibat rasa tidak puas hati satu pihak berikutan kedatangan Anwar dan bahawa tiada tangkapan dibuat. ~bloglistmalaysia

Sebab Inikah Rosmah Dapat Ijazah Doktor Kehormat?

Posted: 13 Feb 2012 10:27 PM PST

Rosmah Mansor percaya bahawa sesetengah pihak yang mengkritiknya mungkin "kecewa dan cemburu" dengan kejayaannya yang dianugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia. Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan beberapa pihak berhubung anugerah yang diterimanya Sabtu lalu, ketika ditemui pada majlis Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur.

Menurut Rosmah, Ijazah Doktor Kehormat itu telah diberikan sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.

Rosmah turut ditanya mengenai kriteria yang digunakan oleh Universiti Curtin yang memilih dirinya bagi anugerah itu.

"Saya tidak tahu... apa kriterianya. Saya tidak tahu. Berita sya diberi anugerah itu sesuatu yang mengejutkan.

"Tetapi saya diberitahu bahawa naib canselor (universiti itu) sedang mencari seorang wanita yang mempunyai citi-ciri kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosial dan juga program yang memberi manfaat kepada negara," katanya.

Itu kata Rosmah Mansor.. sepenuhnya sila baca di SINI

Cuba baca apa yang dikaitkan dengan penerimaan ijazah Doktor Kehormat Persuratan yang membawa gelaran Dr. buat Rosmah oleh Anilnetto ini..

Dari apa yang ditulus oleh Anilnetto ini, nampaknya Rosmah diberikan Phd itu bukanlah kerana beliau seorang wanita yang mempunyai citi-ciri kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosial dan juga program yang memberi manfaat kepada Negara tetapi hanyalah sekadar membalas budi Kerajaan Malaysia.

Atau .. macam yang sering Najib kata.. "You Help Me.. I Help You…"

Curtin University of Technology Sarawak telah ditubuhkan di Miri pada tahun 1998, Walaupun ianya adalah sebuah Universiti dari luar Malaysia, Universiti ini menerima pembiayaan dari pelbagai sumber dari Negara Malaysia..

Antaranya.. Pada bulan Ogos 2003, Curtin Sarawak menjadi universiti antarabangsa pertama di Malaysia berhak untuk mengakses geran berprestij IRPA ("Penumpuan Penyelidikan dalam Bidang Keutamaan") Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Pada Disember 2004, penyelidik di Curtin Sarawak telah dianugerahkan geran IRPA pertama mereka.

Sebagai tambahan kepada sumber pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan, Curtin Sarawak telah juga akses kepada dana daripada Kerajaan Negeri Sarawak serta dari pelbagai rakan industri.

Berikut adalah terjemahannya..

Apa kaitan Curtain University dengan Malaysia?

Pada tahun 2010, Agensi Kelayakan Malaysia memberikan status swaakreditasi berikutan audit institusi yang termasuk lawatan oleh panel MQA juruaudit ke kampus universiti. Kampus telah dibuka di Miri pada tahun 1998.

Curtin Sarawak telah menerima pelbagai sumber pembiayaan di Malaysia:
Pada bulan Ogos 2003, Curtin Sarawak menjadi universiti antarabangsa pertama di Malaysia berhak untuk mengakses geran berprestij IRPA ("Penumpuan Penyelidikan dalam Bidang Keutamaan") Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Pada Disember 2004, penyelidik di Curtin Sarawak telah dianugerahkan geran IRPA pertama mereka.

Sebagai tambahan kepada sumber pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan, Curtin Sarawak telah juga akses kepada dana daripada Kerajaan Negeri Sarawak serta dari pelbagai rakan industri.
Jika ini adalah benar, kenapa dana awam harus pergi ke universiti asing apabila banyak sekolah di Sarawak tidak mempunyai kemudahan-kemudahan asas?

Berapa banyak jumlah dana yang Curtin telah terima ?

Di samping itu, BioValley kerajaan Sarawak Park Projek yang akan dibangunkan di kampus Curtin Sarawak. Projek itu sepatutnya untuk meningkatkan R & D bagi memenuhi keperluan teknologi di negeri ini, terutamanya untuk Koridor Tenaga Diperbaharui (Score) Sarawak.

Curtin Sarawak juga dikaitkan dengan kepimpinan Sarawak.Dari laman web Curtin:

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, yang juga pengerusi Majlis Curtin Sarawak, berkata fasa pertama projek yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian akan dibangunkan di tapak seluas 10 ekar di kampus.
Laman web Perth Kini melaporkan :


Kali TERAKHIR Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Perth, beliau telah berhadapan dengan protes marah semasa Mesyuarat Ketua ketua Kerajaan Komanwel.

Hari ini, ia merupakan lawatan yang jauh lebih aman kerana beliau menyelinap masuk ke Curtin University secara rahsia dengan isterinya, yang menerima Ijazah Doktor Kehormat ...

Lawatan terakhir Perdana Menteri ke Perth untuk CHOGM pada bulan Oktober telah berdepan dengan protes marah apabila sekumpulan "Bersihkan Malaysia" telah mengadakan perhimpunan di Tempat Forrest , berkempen untuk reformasi pilihan raya di Malaysia.

Terjemahan ~ anaksungaiderhaka

Artikel asal di sini.


Tiada ulasan: