AdukaTaruna |
Apa yang Papa Gomo takut bergambar dengan gua, ntah. Posted: 03 Feb 2012 08:09 PM PST Oleh : AdukaTaruna Nak kata takut, gua rasa macam tak logik. Nak kata sebab gua tak hensem, gua rasa gua lagi hensem dari Papa Gomo. Maybe sebab gua tak kaya macam dia kot. Hahaha. Gua ke Media Sosial UMNO tadik. Ingatkan kat Hotel River View. Sekali rupa2nya guna premis kerajaan. Bangunan Kebudayaan dan Kesenian depan Taman Orkid, Pengkalan Chepa. Gua g dengan Jeming. Tapi niamakahai punya Jeming muka wanted. Sek2 keselamatan UMNO dah kesan Jeming dan siap mms gambar kedudukan Jeming dalam dewan. Masa tu gua tak tahu lagi. Gua nak dengar hujah Ostad Fathi jer. "Lepas hujah ostad, kita blah la, Ming. Lapar nih." "Bereh!" Time nak blah tu ada pendaftaran. Hadiah tgk kat pentas tadi laptop dan macam telefon pintar. Time nak daftar ni la Jeming dan gua kena pegang. Kah3. "Minta maaf la Ming. Kamu berdua tak boleh daftar. Ini untuk ahli UMNO jer." Bagus budi bahasa keselamatan yang sound kitorang tu. Gua bukan blogger kencing nih bab2 melaporkan. Maybe gak sebab dia kenal siapa Jeming. Cuma Jeming jer tak kenal siapa dia. Pastu kitorang dibawa turun ke bawah. Gua try minta baju. Tak bleh. Poster? Kalender? Beg? Apa pun tak bleh. Hua3.. Bergambar pun diorang takut mula2nya. Last2 satu brader sudi bergambar dan kesemua darinya hilang ketakutan untuk bergambar. Then gua tanya ada Papa Gomo ke, Parpu Kari ke tak hadir? "Jangan bro.. Lu nak buat apa?" "Gila apa gua nak langgar. Mampos gua kena katok dalam nih kang." "Tu.. Papa Gomo. Parpu Kari takda. Tapi jangan oyak kawe kenalkan plak." Gua pun menuju ke Papa Gomo. Berkeras dia tak nak bergambar dengan gua. Sampai satu tahap, gua ambil bidio dia, dia suruh simpan. Kalau tak dia pecahkan telefon gua. Heh! (gua senyum jer la. Bukan pembolehubah). Bidio sempat ambil. Tapi muka Papa Gomo tak clear. Gua upload pun takda guna gak. Papagomo pun bukan pembolehubah. Just peralatan jer. Selain dari enggan yang teramat gua bergambar dengannya, Papa Gomo friendly dalam borak2 dan berhujah tahap budak2 (hujah sambil mencarut2, tunjuk2 isyarat lucah). Beberapa jurukamera sound Papa Gomo untuk ambil gambar kami. Keras Papa Gomo sound supaya jangan. Pastu kami bersalaman untuk blah. Hujan dah mula turun. Lagi2 gambar ada pada Jeming. Apa yang gua nak bawa ialah sepatutnya semua pihak perlu berani dan bersedia hadir dalam majlis hujah kedua-dua pihak. Terutama blogger. Gua dah sampai majlis hujah UMNO, dan harap blogger UMNO berani juga sampai dan hadir juga dalam majlis hujah anti UMNO. Terima kasih kepada keselamatan UMNO pada hari berkenaan kerana 'menghalau' kami secara professional. Tanpa kekerasan fizikal. Terima kasih juga kepada Papa Gomo kerana sudi berbual dengan kami. Cuma, apa yang lu takut bergambar dengan gua, ntah. Maybe sebab gua takda standard kot (miskin atau 'pencacai'). AdukaTaruna yang baik dan sopan. Boleh dibawa ke majlis. Jeming Hasan yang jahat sekali. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan