shalehudin |
- Sapa kata malang kalau tengok saiz dia yang lemak berkrim... kahkahkah...
- Terlalu pekat kahak Zaid untuk dia jilat balik...
- PANAS!! Dari sumber dalaman UMNO...
- Hang ikut Hassan Ali dah la Zaid oiii... kahkahkah...
- PANAS!! Tentera kita impot warga asing sebagai askar...
- Sah keeper ni berbangsa UMNO... kahkahkah...
- Kesian Najib... kahkahkah...
- Aneh!! Manusia berkepala babi...
- Saat aku jadi ahli PAS
Sapa kata malang kalau tengok saiz dia yang lemak berkrim... kahkahkah... Posted: 04 Feb 2012 10:00 AM PST Malang Seorang Suami Bernama Najib... Untuk kesekian kalinya Najib terpaksa bersuara lagi mempertahankan karenah isterinya, Rosmah Mansor yang gemar berbelanja mewah. Rasanya sudah beberapa kali Najib melantunkan suaranya mempetahan dan melakukan penjelasan berhubung perbelanjaan dan gaya mewah yang membabitkan isterinya itu. Di dalam Parlimen juga isu perbelanjaan Rosmah kerapkal dibangkitkan dan pihak kerajaan tidak ada pilihan melainkan terpaksa juga menjelaskannya beserta angka-angka perbelanjaan yang dihabiskan oleh isteri Perdana Menteri itu seperti lawatan ke luar negara, kos percutian, kos mengadakan Sidang Puncak Wanita Pertama dan sebagainya lagi. Sementara Rosmah pula, setiap kali isu berkaitan dirinya muncul, beliau hanya menjawab ringkas dengan menyatakan semuanya fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan dirinya. Jika kemudiannya ditampilkan pelbagai bukti atau tuduhan lain, beliau tidak akan bersuara lagi. Selalunya ia akan diambil alih pula menteri-menteri tertentu sepeti Nazri Aziz, Rais Yatim dan lain-lain untuk memperjelaskannya pula. Jika isu itu timbul berlarutan, Najib sendiri akhirnya akan bersuara mempertahankan apa yang telah dilakukan olah Rosmah itu. Di medan politik politik, oleh kerana isu Rosmah kerap menjadi bahan ceramah, petugas dan jentera penerangan UMNO juga terpaksa bersuara mempertahankan isteri Perdana Menteri itu. Begitulah hebatnya Rosmah. Disebabkan kegemarannya berbelanja dan membeli barang perhiasan, hampir seluruh kabinet dan jentera UMNO terpaksa mempertahankannya. Terbaru isu Rosmah berbelanja sakan sebanyak lebih RM300 ribu untuk membeli pakaian di Sydney, Australia menjadi heboh bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di hampir sebahagian dunia bilamana pendedahan yang disiarkan oleh akhbar Sydney Mornig Herald itu telah dipetik dan disiarkan oleh akhbar beberapa negara termasuk Indonesia, Brunei dan lain-lainnya. Meskipun Najib tampil mempertahankan isteriya dan mengatakan ia cerita yang sengaja direka, penulis Patty Huntington juga mempetahankan tulisan dan pendedahannya mengenai perbelanjaan mewah Rosmah beserta bukti dalam bentuk email dan sumber yang diperolehinya. Patty juga mempertahankan dakwaannya bahawa pereka fesyen yang dikunjungi Rosmah itu, Carl Kapp telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan membawa pakaian yang ditempah itu untuk dicuba oleh Rosmah. Sebelum itu, Shah Rezza, seorang rakan karib Rosmah juga tampil dengan mengatakan kononnya pakaian yang dibeli Rosmah itu adalah stok untuk kedainya di London. Hakikat ini tidak lebih untuk melindungi dan bodek Rosmah semata-mata kerana agak mustahil Rosmah membeli sebegitu banyak untuk keperluan Shah Rezza. Yang biasa berlaku ialah Shah Rezza membelanja Rosmah, bukannya Rosmah membelanja Shah Rezza. Dan logiknya Rosmah dengan kedudukannya sekarang, tidak perlu membelanja orang. Selain isu ini, sebelum ini Rosmah juga dikaitkan dengan pembelian mewah yang melibatkan cincin, gelang, koleksi beg tangan, perhiasan, pakaian dan seumpamanya. Sebenarnya isu Rosmah ini adalah berkaitan karenah seorang yang bernama isteri. Ia menjadi besar kerana suaminya adalah Perdana Menteri. Jalan penyelesaian dalam perkara ini ialah dengan Najib menasihati isterinya supaya berhenti berbelanja mewah dan sentasa tampil sederhana. Itu saja. Soal kiranya teguran itu menimbulkan pergaduhan, perang besar, bermasam muka atau sebagaiya adalah soal lain tetapi oleh kerana ia sudah menjadi percakapan rakyat di mana-mana dan mungkin menjejaskan peluang untuk menang piihanraya, mahu tidak mahu, teguran mesti dilakukan dan bukannya mempertahankan setiap kali isu timbul. Teguran dan nasihat itu pula sewajarnya dilakukan pada awal-awal lagi, sama ada sebelum ia berbangkit atau selepas kali pertama ia menjadi keriuhan dalam masyarakat. Tindakan Najib mempertahankan dan mengatakan ia cerita yang sengaja direka setiap kali isu berkaitan Rosmah ditimbulkan dan kebetulan isu ini sudah beberapa kali muncul di media, seperti menunjukkan bahawa Najib tidak pernah menasihati isterinya itu. Biasanya kerja menegur dan menasihat adalah amalan biasa seorang lelaki dan suami sementara amalan biasa seorang wanita atau isteri pula ialah mempertahankan dan menjaga maruah pasangannya dengan tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan hukum serta amalan masyarakat. Dalam hal ini jika Najib sudah menegur dan menasihati isterinya itu, sudah pastinya beliau tdak perlu bersuara banyak kali mempertahankan perlakuan isterinya itu. Dan tentunya tidak perlu juga menteri-menteri serta jentera UMNO turut bercakap mengenainya, sekurang-kurangnya bolehlah mereka ini menumpukan pada tugas-tugas lain yang lebih mustahak. Mungkin juga dalam hal ini Najib sudah memberi teguran tapi kurang didengari oleh Rosmah. Atau mungkinkah teguran dan nasihat tidak diberi kerana Najib terlalu sayangkan Rosmah! |
Terlalu pekat kahak Zaid untuk dia jilat balik... Posted: 04 Feb 2012 08:30 AM PST Parti KITA Dibubarkan - Perlukah Zaid Diterima Semula Kedalam PR? PARTI KITA dilancarkan secara rasminya pada 19 Januari 2011 oleh Datuk Zaid Ibrahim di Kuala Lumpur seterusnya beliau menjadi Presiden parti tersebut. Semalam, Datuk Zaid melalui blognya menyebut bahawa Parti KITA akan dibubarkan selepas satu Mesyuarat Agung parti berkenaan diadakan. Zaid menganggap kes ini sebagai "jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan." Ertinya, Zaid Ibrahim telah mengakui beliau dan seluruh ahli KITA selama ini `tersesat' haluan dan kini mahu kembali ke haluan sebenar. Persoalannya, ke manakah haluan yang akan dituju oleh bekas pemimpin Keadilan ini? Sekiranya beliau memilih Umno sebagai haluan yang beliau anggap haluan yang betul, maka bagi saya beliau sebenarnya semakin `sesat' dari kesesatan sebelum ini. Tiada umat di negara ini tidak mengetahui wajah parti bernama Umno sekarang. Parti yang pernah disebut oleh Mahathir sebagai parti yang `busuk sampai ke usus' ini tidak sesuai buat sesiapa pun yang mahu berjuang menegakkan agama, bangsa dan negara. Parti ini juga bukan tempat untuk mereka yang mahu berjuang membasmi rasuah, kronisme dan nepotisme. Parti ini hanya untuk mereka yang sanggup bersekongkol dengan `pencuri peruntukan lembu' atau wang zakat. Maka, di mana tempat yang harus Zaid Ibrahim dan kuncu-kuncunya pergi? Mereka tiada pilihan kerana di negara ini hanya terdapat dua wadah politik yang jauh berbeza perjuangannya. Satu wadah bernama Umno yang digabungkan bersama Bn, dan satu lagi adalah Pakatan Rakyat yang terdapat di dalamnya PKR, PAS dan DAP. Jangan hipokrit, fikir secara jujur di antara kedua-dua parti berkenaan parti manakah yang secara jelas terbukti memperjuangkan rakyat? Umno telah diberi peluang lebih dari 50 tahun menjaga negara ini. Di mana kedudukan bangsa Melayu setakat hari ini di bawah Umno, jauh sekali perkembangan dan kedaulatan Islam. Sekali lagi jangan hipokrit, lihat kepada Laporan Audit Negara dan bandingkan laporan tersebut di antara negeri-negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dengan Umno/Bn. Perlukah Zaid Ibrahim kembali kepada Pakatan Rakyat? Saya rasa tidaklah terlalu teruk untuk PR menerima Zaid Ibrahim kerana sepanjang beliau berada di dalam KITA dahulu beliau tidaklah menghentam sangat PR sepertima Hassan JATI hentam sekarang. Beliau pun tidaklah sebangsat Berahim Alkataki di Pasir Mas yang langsung tiada maruah menumpang kerusi PAS. Zaid boleh kembali ke pangkuan PR tetapi terlalu awal dan tidak sesuai rasanya untuk beliau dicalonkan bertanding mewakili PR. Beliau perlu meng`qadho' dahulu perjuangannya di dalam PR sebelum dipertimbangkan untuk menjadi calon PR. Saya harap PR punyai prinsip terbuka untuk menerima orang yang sudah `menyesal'. Kesilapan Zaid yang pertama boleh kita anggap pengajaran buat beliau apatah lagi beliau dilihat tidak terlalu menghentam kita sewaktu berada di dalam KITA. Berbeza dengan raja katak di Pasir Mas atau balaci seperti Zul Kulim, Zahrain, Gobala, Hasan kayu JATI, Ezam sesumpah dan beberapa ekor lagi itu. |
PANAS!! Dari sumber dalaman UMNO... Posted: 04 Feb 2012 07:55 AM PST Video baru Datuk T membosankan: Akankah Najib beri habuan untuk bertanding? Walaupun disiarkan di muka depan akhbar UMNO, Utusan, video seks sambungan Datuk T agak membosankan ramai. Ini menunjukkan betapa rendahnya keyakinan rakyat terhadap PM Najib Razak dan partinya yang telah dipersalahkan kerana membawa politik Malaysia ke tahap yang lebih kotor "Semua orang sudah bosan dengan permainan ini. Rakyat tidak sebodoh yang disangka. Rakyat juga tahu kebolehan PM Anwar berbanding PM Najib. Mereka akan membuat perhitungan di kotak undi kelak. Anwar tetap mempunyai harapan cerah walaupun Trio DAtuk T menyiarkan video seks bebeza setiap malam,"Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. Datuk T – Memalukan UMNO atau wira mereka? Mereka mencabar Anwar menyaman mereka untuk fitnah dan amaran mereka adalah mereka akan menimbulkan kekecohan dengan mendapatkan kebenaran mahkamah menayangkan video itu di mahkamah. Ancaman ini langsung tidak menakutkan Anwar. Hanya minggu lepas, pemimpin pembangkang itu telah mengemukakan saman fitnah RM150 juta terhadap Utusan dan selepas berbincang dengan peguam beliau, tidak mustahil Anwar akan mengambil langkah paling berani terhadap yang menuduh beliau. Kepada ramai ahli UMNO, Trio Datuk T sangat memalukan tetapi tidak kepada kepimpinan UMNO. Trio ini terdiri daripada Rahim Thamby Chik, bekas Menteri Besar Melaka, bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim dan bekas konsulat Thailand Shazryl Eskay Abdullah. Kesemua mereka telah dijanjikan kerusi untuk bertanding sekiranya helah pertama mereka berjaya. Tahun lepas, trio ini mengejutkan rakyat dengan menayangkan video memaparkan seorang lelaki yang mereka dakwa sebagai Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan seorang pekerja wanita. Video itu timbul setelah DUN Sarawak dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri. Sungguhpun begitu, PKR tetap memenangi 3 kerusi sementara rakan mereka DAP menang 12. Ia bagaimanapun tidak menguntungkan UMNO dan blogger yang mereka bayar untuk menyemarakkan lagi cerita itu. Sebuah kerusi bertanding untuk setiap orang ahli Trio Datuk T Dalam helah yang dilancarkan pada 2011 untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan, Shazryl dan Rahim memainkan peranan penting dalam menarik minat media. Walaubagaimanapun, selepas pita itu gagal menarik minat tetapi hanya kebencian rakyat, kedua-dua lelaki ini menyepikan diri. Sumber dari dalam UMNO memberitahu bahawa Rahim masih mengharapkan sebuah kerusi untuk bertanding pada PRU 13. Dalam 'sequel' terbaru, peranan diserahkan kepada Shuib Lazim, ayah mertua Menteri Pembangunan Luar Bandar; Shafie Apdal. "Ketiga-tiga lelaki ini ingat mereka boleh jadi seperti Loh Gwo Burne dari PKR yang mendapat nama selepas mendedahkan rakaman Lingam yang mengatur hakim di Malaysia. Tetapi mereka membuat kesilapan besar. Bodohla si Rahim kalau dia fikir Najib akan beri kepadanya satu kerusi. Kesemua kerusi boleh menang sangat berharga untuk UMNO dan ia tidak boleh diberi kepada sesiapa sahaja," ujar sumber dalam UMNO itu kepada Malaysia Chronicle. "Lagipun, apa yang Rahim dah buat untuk UMNO untuk melayakkan dia dapat kerusi tersebut? Sekiranya Najib mengalah, ia menunjukkan Rahim memberi tekanan kepada beliau dan ini juga menunjukkan kebodohan Najib berfikir dengan jelas untuk masa depan. Najib sering menjerat dirinya dalam ugutan politik disebabkan helah bodoh diri sendiri. Satu demi satu akan timbul dan mereka akan berkeras meminta bahagian mereka dan jika Najib mengalah, dia akan mengambil daripada yang berhak. Akhirnya, UMNO akan menjadi parti yang hancur dengan barisan calon yang kotor, lihat saja nanti!" Malaysia Chronicle tidak dapat menghubungi Rahim yang juga pengerusi RISDA. Pada muka depan Utusan, Shuib mengatakan bahawa sebuah pita video seks telah dirakam pada 12 dan 13 Januari tahun lepas di Thailand. "Saya dah tengok video ini yang diberi oleh Eskay kepada saya. Saya rasa Eskay dah sedia untuk mendedahkan video ini sekiranya Anwar menyaman kita. Lihat pada passport Anwar dan semak dia pergi mana masa tu. Atau tanya isteri dia Dr Wan Azizah Wan Ismail," Shuib dilaporkan berkata. Rumah Zoo Utusan juga mencabar Anwar untuk mendapatkan khidmat pakar video kalau beliau maha untuk membuktikan lelaki dalam rakaman itu bukan beliau. Anwar sudahpun menyangkal dakwaan itu dan membuat laporan polis. Mahkamah sebelum ini telah menjatuhkan hukuman bersalah keatas trio Datuk T yang menayangkan pornografi di tempat awam dan mengenakan sedikit denda kepada mereka. Walaubagaimanapun, polis yang didakwa bersekongkol dengan Najib masih lagi sedang menyiasat Anwar dibawah Seksyen 182 kanun keseksaan kerana memberi maklumat palsu yang bertujuan menyakitkan pihak lain dengan menyangkal bahawa beliau adalah orang dalam rakaman itu. Tidak ramai rakyat yang percaya bahawa Najib tidak akan menggunakan politik kotor untuk kekal berkuasa. Pentadbiran beliau sudahpun merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar daripada pertuduhan liwat. "Siapa yang tidak akan terkejut jika polis boleh dapatkan jam Omega itu dan menuduh Anwar untuk satu lagi pertuduhan palsu? Jadi, pita seks apa pula yang Shuib bawa ini? Dia cuma mahu beri publisiti negatif terhadap Anwar tetapi rakyat sudah mula jemu dengan taktik seks UMNO. Ini akan merosakkan mereka bukan Anwar atau Pakatan. Daripada perjumpaan kami, saya yakin orang Melayu tidak gembira dengan cara UMNO menggunakan taktik kotor untuk dapatkan undi dan ini berita baik untuk kami," ujar timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle. "Yang penting adalah reaksi seluruh dunia semasa Anwar dibebaskan daripada tuduhan Liwat II. Reaksi spontan diseluruh dunia itu adalah pembuka mata kepada rakyat Malaysia. Rakyat sudah tahu bahawa dunia percaya Najib dan UMNO cuba memfitnah Anwar. Juga jelas kepada kerajaan di negara lain bahawa Anwar adalah calon terbaik untuk menjadi Perdana Menteri dan mereka harap Anwar akan berjaya kerana situasi agak kritikal. Malaysia sedang jatuh dan jika dibiarkan negara dimanupulasi oleh Najib dan orang-orang seperti Datuk T, situasi akan menjadi lebih teruk dan negara akan menjadi seperi zoo. Malaysia Chronicle |
Hang ikut Hassan Ali dah la Zaid oiii... kahkahkah... Posted: 04 Feb 2012 03:00 AM PST Masa Depan Zaid Selepas KITA APAPUN keputusan mesyuarat luar biasa Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim nanti - sama ada untuk menerima cadangan pembubaran atau menyingkirkan Zaid sebagai Presiden, masa depan Zaid bersama dengan parti tersebut bolehlah dikatakan sudah berakhir. Zaid mengambil alih AKIM – sebuah parti kecil berasal dari Kelantan dan menukar namanya kepada KITA, untuk melaksanakan reformasi politiknya sendiri setelah dia gagal melakukannya di dalam UMNO dan PKR. Silapnya, Zaid memilih untuk memegang jawatan Presiden yang boleh dicabar dalam pemilihan parti tersebut di masa hadapan. Justeru ia terikat kepada peraturan Pendaftar Pertubuhan yang mensyaratkan pemilihan setiap 3 tahun sekali Sebenarnya adalah lebih bijak kalau Zaid mewujudkan jawatan yang serupa dengan Mursyidul Am dan Ketua Umum dalam masing-masing PAS dan PKR. Walaupun kelihatan agak tidak demokratik kerana tidak melalui proses pemilihan terus oleh perwakilan, tapi ia perlu dilakukan demi memastikanl parti yang masih muda ini mencapai matlamat penubuhannya. Dengan cara itu sahaja Zaid boleh mengawal parti tersebut mengikut kemahuannya agar semua 'pelaburan' yang telah dibuat dalam proses pengambil alihan KITA dahulu, berbaloi. Tapi dek kerana terlalu taksub dengan fahaman politik baru yang dia sangka akan berjaya melalui KITA, Zaid kehilangan peluang itu dan sekarang ahli-ahli parti tersebut tidak lagi mendengar arahannya dan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak Zaid. Keadaan ini benar-benar mengecewakan Zaid kerana mesej pembaharuan politiknya tidak sampai ke peringkat akar umbi parti tersebut sehingga mendesaknya untuk membuat keputusan membubarkan KITA. Di samping itu, penulis juga mendengar KITA berhadapan dengan masalah kewangan untuk menguruskan parti tersebut. 2/3 daripada perbelanjaan untuk aktiviti politik KITA adalah dikeluarkan oleh Zaid sendiri. Walaupun kaya tapi Zaid dikatakan seorang yang kedekut. Persoalan besar sekarang ialah, kemana Zaid selepas KITA? Penulis pasti PKR tidak akan membuka kembali pintunya untuk Zaid setelah segala macam kerosakan yang dilakukannya kepada perpaduan dan kesatuan parti tersebut dalam pemilihan Nasional 2010. Tapi penulis tidak pasti tentang PAS dan DAP. PAS boleh mendapat suntikan kewangan dari Zaid manakalan DAP boleh menggunakan kelebihan Zaid sebagai peguam yang memang menjadi tradisi tidak langsung parti tersebut. Bagaimanapun, kemasukan Zaid ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat pasti akan mendapat tentangan dari PKR kerana Zaid sudah terbukti seorang perosak besar. Dia sudah membuktikannya dalam UMNO, PKR malah dalam parti KITA dimana dia juga adalah pengasasnya. UMNO dan mana-mana komponen dalam BN sudah tentu tidak termasuk dalam perancangan politik masa depan Zaid kerana masalahnya terlalu ketara. Zaid lebih elok kalau dibiarkan bersendirian, bergelumang dengan dunia perundangan yang menjadi punca kemewahannya. Zaid sudah membuktikan bahawa dia sudah tidak lagi sesuai menjadi pemimpin atau memimpin mana-mana parti politik.- SPR |
PANAS!! Tentera kita impot warga asing sebagai askar... Posted: 04 Feb 2012 01:30 AM PST Wallawoii.... Hebat Malaysia kita nih.... Sampaikan tentera sendiri pun dah tak percaya kat anak tempatan. Sehinggakan sanggup menggunapakai warga asing sebagai askar dibarisan hadapan. Kahkahkah.... cayalah... |
Sah keeper ni berbangsa UMNO... kahkahkah... Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST |
Posted: 03 Feb 2012 08:42 PM PST Dr M ramal Najib kalah namun debat tetap diperlukan Hak untuk memilih. Pilihanraya semakin hampir dan Malaysia sedang besedia untuk menyaksikan pilihanraya paling panas abad ini. Nombor 13 mungkin membawa musibah pada pentadbiran BN selama 50 tahun dan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Untuk mempertimbangkannya, adil jika rakyat Malaysia boleh menguji keupayaan dua orang pemimpin ini di pentas awam untuk membicarakan tentang polisi awam. Sudah tiba masanya untuk kita menyaksikan Najib Razak dan Anwar Ibrahim untuk berdebat. Sebagai contoh, calon Presiden Republikan di Amerika Syarikat sudah mengadakan 20 debat yang telah melayakkan 4 orang daripadanya sahaja. Debat adalah cara untuk mendapatkan penjelasan tentang apakah pendirian calon terhadap isu-isu tertentu contohnya undang-undang immigrasi, Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Amerika dan bagaiman caranya untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi penganggur di Amerika. Jadi, mengapa Malaysia tidak boleh mengadakan debat dianatara Najib dan Anwar? Mahathir juga risau akan kekalahan Najib Mantan perdana menteri Mahathir Mohamad sendiri cuba menasihati Najib untuk tidak berdebat dengan Anwar. Ia cepat meniupkan khabar angin yang Mahathir sebenarnya takut Najib yang kurang bijak itu akan memalukannya di dalam debat itu nanti Selepas itu, Mahathir pula cuba menyatakan sesuatu yang tidak masuk akal apabila mendesak akan debat hanya boleh diterima pakai jika Anwar menyokong BN. "Apalah gunanya berdebat jika semua tahu akan pendiriannya, dan berdebat tidak akan mengubah ini. Lainlah jika Anwar mempunyai pandangan yang sama dengan kerajaan tentang isu berbangkit," lapor media yang dikawal kerajaan. Punca masalah BN adalah Najib Razak yang merupakan perdana menteri boneka yang dilantik ke jawatan itu oleh partinya selepas perebutan kuasa dalaman yang menyebabkan mantan perdana menteri Abdullah Badawi dijatuhkan. Sepatutnya Najib mengadakan pilihanraya untuk mendapatkan mandat dari rakyat tetapi dia penakut kerana dia sudah tahu bahawa dia lebih teruk dari Badawi. Hanya satu tahun sahaja lagi tinggal untuk mandat 5 tahun BN, dengan Parlimen yang dijangka akan dibubarkan pada bulan April 2013 tanpa menghiraukan sama ada Najib bersedia atau tidak. Dalam pada itu, Anwar sudah lama menunggu peluang untuk menjafi perdana menteri. Anwar Ibrahim sekarang merupakan ketua pembangkang parti Pakatan Rakyat, dan jika mereka menang lebih dari 222 buah kerusi di Parlimen berbanding BN, Anwar akan menjadi PM. Pada tahun 90-an, Anwar sudahpun menjadi pemimpin paling popular. Kemudian, menjadi timbalan presiden UMNO yang turut digeruni oleh Mahathir sehinggakan dakwaan liwat diada-adakan untuk menjatuhkan dan memenjarakan Anwar. Pada masa itu, Najib langsung tidak popular, tidak berupaya memimpin diri sendiri. Malah, dia mendakwa dirinya sebagai penyokong kuat Anwar. Turut serta adalah beberapa orang menteri seperti Timbalan Perdana Menteri sekarang, Muhyiddin Yassin dan menteri pertahanan, Zahid Hamidi. Dengan Anwar yang hanya dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, tidak hairanlah lelaki-lelaki ini bertukar menjadi orang Mahathir. Dan sekarang, mereka sendiri mengimpikan jawatan Perdana Menteri itu. Bagi Mahathir pula, jika rakyat masih sudi mengundi untuknya, peluang untuk menjadi PM semula sememangnya diidamkan, namun, fokusnya sekarang lebih kepada anaknya Mukhriz untuk mengambil alih UMNO dan jawatan tertinggi kerajaan selepas PRU ke 13. Paranoia hanya mengesahkan kesahihan Anwar untuk menjadi PM Ini adalah mengapa sejak 1998, kerajaan BN telah bersusah-payah mematahkan peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi, perubahan pada senario politik Malaysia jika diteliti dari penahanannya dibawah undang-undang digeruni ISA pada tahun 1999. Ini merupakan titik permulaan bagi pergerakan pembangkang di Malaysia. Dan setiap keputusan politik yang dibuat oleh UMNO dibawah pimpinan BN telah dibuat untuk memastikan Anwar tidak boleh bertanding untuk jawatan PM. Kobodohan ini telah menyebabkan pemerhati politik percaya bahawa akibat takutkan Anwar, mereka telah menjerat diri sendiri. Sentiasa bingung memikirkan keadilan akan terlaksana dan mereka akan terpaksa menjawab segala perbuatan mereka termasuk menyalahgunakan dana Negara dan penyaluran wang secara haram sebanyak RM888 bilion ke akaun luar. Mereka juga tidak melaksanakan tanggungjawab dan ekonomi dan tadbir urus yang lemah telah menyebabkan ramai pelabur luar lari. Pada masa yang sama, perbuatan mereka yang sentiasa menjadikan Anwar dan rakan Pakatannya sebagai target menguatkan lagi pendapat bahawa Anwar adalah pencabar kuat bagi calon PM Malaysia. Jadi, tanpa menghiraukan calon lain yang difikirkan boleh menjadi pencabar kepada Perdana Menteri, dua lelaki ini adalah peserta yang tepat untuk perlawanan ini. Jika ada calon lain, mereka sepatutnya dibenarkan untuk berdebat supaya rakyat Malaysia boleh mendapatkan peluang untuk menilai dan memilih siapa yang mereka rasakan layak untuk menjalankan tanggungjawab itu nanti. Bagaimana pula dengan Perlembagaan Perkara 43 (2) menyatakan- Kabinet perlu dilantik seperti yang berikut, dimana: (a) Yang dipertuan Agong akan melantik Perdana Menteri untuk mengetuai Kabinet dan ahli Dewan Rakyat yang difikirkan boleh meyakinkan majoriti ahli dewan itu; Kunci untuk menjadi perdana menteri di Malaysia mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat. Rakyat Malaysia pula mengundi bagi melantik ahli dewan rakyat dan memberikan mereka mandat untuk memilih Perdana Menteri. Kepercayaan ini diberi kepada wakil untuk membuat pilihan yang bijak untuk kepentingan bersama. Sama ada wakil-wakil ini mengkhianati rakyat dan mengundi berdasarkan arahan 'orang atasan' di dalam parti atau melibakan rasuah akan menentukan sama ada mereka akan diundi semula pada masa yang akan datang. Jadi, rakyat harus berpendirian dan tidak mengambil mudah jika wakil menipu mereka. Tapi, bagaimanakah caranya rakyat dapat menilai siapa yang layak untuk jawatan Perdana Menteri? Sebuah debat awan boleh membantu. Rakyat Malaysia anggap MP sebagai tuan Perdebatan awam adalah satu medium dimana orang ramai dapat melihat dan mengukur sendiri sejauh mana kebolehan calon yang mempunyai cita-cita untuk memimpin negara. Apa sahaja yang boleh disuarakan kepada Ahli Parlimen masing-masing mesti diambil kira apabila memilih orang yang akan mendapat kepercayaan Dewan Rakyat untuk menjadi PM. Ini adalah satu proses dimana rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dalam proses ini. Ini bukanlah sesuatu yang sukar. Inilah tandanya demokrasi yang progresif dan matang. Sedih sekali di kebanyakkan tempat di negara kita, rakyat masih rasa terikat pada wakil. Mereka beranggapan ahli parlimen adalah ketua dan bukan sebaliknya. Tetapi peruntukan yang diberikan kepada MP untuk diedarkan kepada orang-orang miskin sebenarnya wang kepunyaan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Wakil yang dipilih hanyalah menjalankan tugas dan dia dipilih kerana rakyat percaya dia akan menjalankan amanah tersebut. MP dipiilih beliau kerana kepercayaan rakyat terhadapnya. Jadi dia perlu berterima kasih kepada rakyat. Ini adalah masalah rakyat Malaysia dan hanya kerajaan yang tidak mengambil kesempatan keatas penduduk-penduduk luar bandar dan sebaliknya mendidik mereka tentang hak-hak patut dipilih pada PRU ke-13 nanti. Sekarang sudah 2012 dan Malaysia sudah terlambat dalam memberi kesedaran kepada dalam memperkasakan diri mereka. Tidak mampu berfungsi tanpa skrip Namun, sudah tradisi dalam BN, Najib Razak tidak akan mengambil bahagian dalam perdebatan awam. Mahathir menyokong ini sepenuhnya, walaupun sebabnya bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan Najib sendiri. Tetapi kenapa Najib takut akan Anwar? Pada umur 58 tahun, Najib sepatutnya lebih keberanian yg berbanding Anwar yang berusia 64-tahun. Mungkin, ini kerana dalam perdebatan awam, kekurangan Najib Razak adalah ketara. Dia adalah lelaki yang menggunakan 'skrip' dan dalam persekitaran yang tidak menentu seperti perdebatan awam tanpa skrip ditulis dengan serta-merta - dia hanya akan ternganga. Sudah terbongakar bahawa tanpa penulis skrip, Najib tidak mempunyai apa-apa untuk dikata. Tanpa bantuan, Najib akan kalah menghadapi Anwar Ibrahim, seorang lelaki yang telah diuji dan menempuhi pelbagai situatsi selain forum-forum termasuk perbicaraan kes liwat. Ingat, Anwar telah mempertahankan dirinya sejak tahun 1999. Beliau bukan sahaja menteri Kewangan popular menteri dirantau Asia Tenggara, tetapi dia telah menanggung pelbagai serangan termasuk seksualiti, moral, watak dan personaliti. Kedua-duanya dimata rakyat dan undang-undang. Pemenangnya jelas dan bakal ada yang akan ketawa Pemenangnya memang jelas. Tetapi Najib tidak harus menolak debat kerana dia tahu, seperti ramai yang lain bahawa dia pasti akan kalah. Dia mesti mengamalkan sikap yang lebih berani dan bukan hanya menyerah kalah sahaja. Gaya tidak penting, tidak juga kepetahan berbicara. Apa ynag penting adalah fakta dan dasar. Ini adalah pengajaran buat Najib. Dia bukan lagi berumur 18 tahun dan cuba untuk menunjuk-nunjuk dihadapan teman wanitanya. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia dan rakyat Malaysia ingin mendengar apa yang dia mahu sampaikan. Bagaimana mungkin dia hanya buat tidak tahu sahaja. Bukan sahaja pengkritik dalam Pakatan akan memanggilnya pengecut, malah orang Umno juga akan meraguinya juga. Adakah Najib tidak berfikir yang Mahathir dalam diam akan memberitahu rakan-rakan yang lain bahawa Najib begitu bodoh sehinggakan memerlukan dia untuk menyelamatkannya!' Bukankah inilah yang bakal difikirkan oleh semua dan jika bukan dari Mahathir, yang lain dalam Umno pasti akan berkata demikian. Lebih-lebih lagi, Najib berhutang budi dengan yang lain. Mereka sudah tahu masak dengan Najib dan tahu sama ada dia telah menunjukkan keupayaannya yang sebenar setakat ini. Najib juga sedar akan ini. Jika tidak, dia hanya boleh bercakap tentang ayahnya sahaja, Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri kedua, seolah-olah sebagai anak Tun Razak bermakna dia tidak akan melakukan sesuatu yang buruk kepada Malaysia. Tetapi tidak membiarkan Malaysia ketinggalan dan membenarkan opportunis kejam seperti Mahathir untuk menghina ayahnya. Benarkah jika Razak ,merestui Mahathir atau mungkinkah dia sebenarnya lebih teruk daripada Mahathir jika memerintah Malaysia dengan lebih lama. Tuntutla hak anda Rakyat Malaysia seharusnya menuntut hak-hak mereka dalam negara. Perdebatan awam adalah asas demokrasi. Ia bukan merupakan seni pidato atau pertandingan ratu cantik tetapi satu forum di mana idea-idea dan polisi-polisi yang berbeza boleh dinilai orang awam, dengan ini rakyat boleh membuat keputusan mereka. Jawatan Perdana Menteri adalah tugas eksekutif tertinggi di sesebuah negara. Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengukur potensi setiap calon untuk diri mereka sendiri dan tidak boleh tertakluk pada pilihan Umno-BN kerana ini merugikan mereka. Perdana Menteri juga boleh dipilih dari mana-mana ahli Dewan Rakyat dan tidak terhad kepada presiden Umno sahaja. Ini tidak membuka ruang pemilihan Perdana Menteri, semua calon mesti membentangkan pelan dan idea-idea masing-masing dan aspirasi bagi rakyat Malaysia untuk menilainya dan akhir sekali meluluskannya ; sama ada di peti undi sendiri atau melalui wakil-wakil mereka di Parlimen. Ini barulah adil, kerana ia mengikut peraturan demokrasi. Inilah tandanya sebuah negara yang demokratik dan matang. Jika Najib atau mana-mana calon yang lain pada masa akan datang sama ada dari BN atau Pakatan enggan untuk berdebat menjelang pilihanraya utama, dia tidak berhak dicalonkan untuk bertanding. Malaysia Chronicle |
Aneh!! Manusia berkepala babi... Posted: 03 Feb 2012 06:25 PM PST Melayu dengan kepala lembu dan kepala babi. Selangor menjadi negeri penuh dengan isu dan peristiwa lucu dan duka. March 2008 Selangor dikuasai oleh pakatan rakyat (DAP, PKR dan PAS). UMNO bagaikan beruk kematian anak. Apa sahaja isu kecil besar dijadikan berita utama dalam media cetak dan media tv. *****uh isu sampah di Selangor dijadikan kelemahan kerajaan Selangor. gambaran dibuat menteri besar dan majlis tempatan Selangor gagal bertindak. Kedua, isu kepala lembu dan kepala babi menjadi santapan berita humur dalam media tv dan media cetak milik umno digambarkan negeri Selangor gagal dalam bermasyarakt dan berugama. Ketiga. Isu Hassan Ali dengan JATI menjelajah seluruh negeri Selangor hentam PAS, PKR dan DAP. Hassan Ali hentam pakatan rakyat selepas Hassan Ali dipecat dari PAS dan digugurkan dari jawatan ecxo. Semua isu yang berlaku di Selangor yang menarik sekali ialah isu kepala babai berada di masjid. sebelu itu isu kepala lembu dipijak dan diletakkan di pintu pejabat SUK. Isu kepala lembu sudah lenyap dan rakta Malaaysia khasnya rakyat Selangor telah kenal siapa dalang dan siapa sebenarnya yang berada dibelakang kepala lembu. Jawapan ialah kumpulan UMNO dan juak juak yang yang menjadikan kepala lembu sebagai isu dan peristiwa. Begitu juga yang terbaru terjumpanya kepala lembu disalah sebuah masjid Di negeri Selangor, seperti apa yamg dilaporkan oleh akhbar milik UMNO. Namun begitu naluri saya kerja kerja kepala babi dibuat oleh kumpulan manusia untuk menjadikan isu dan melagakan kaum CHINA dengan Melayu atas nama Islam kononnya. Selangor majoritinya kaum China tidak menyokong MCA/BN/UMNO. Sejarah terbukti di Malaysia semua isu kaum dijajakan oleh UMNO atas nama NGOS yang berwajakan UMNO dibelakangnya. dengan kata lain setiap isu murahan dan propaganda kaum dan ugama ditaja oleh pemomin UMNO setempat. Isu kepala babi adalah mainan politik dan ahli serta pemimin UMNO yang menjadi dalang utama. Kaum lain tak berani meletakkan kepala babai atau kepala lembu dan kepalan babak umno ditangga masjid dan dipintu pagar. UMNO adalah puncanya. Selangor dikuasai oleh pakatna rakyat dan menteri besarnya Tan Seri Khalid menunjukkan satu prestasi yang cukup baik memerintah Selangor dengan diadakan bermacam kemudahan untuk rakyat Selangor. yang mana selama 50 tahun UMNO/BN Selangor tidak dapat lakukan. Selama empat tahun Selangor menyimpan dana sebanyak SATU BILLION yang yang tidak diguna selepas belanja secara jujur dan amanah. Disarankan kepada kerajaa Selangor dan kerajaan Pakatan rakyat serta pemimpin tertinggi pakatan rakyat sebarkan risalah lengkap apa yang dilakukan oleh semuan kerajaan pakatan kepada tatapan umum untuk dinilai oleh rakyat Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan menjelang PRU13. Isu Hassan Ali menjelajah seluruh bumi Malaysia dan setiap ceramahnya hentam PAS disarankan pemimpin pakatan rakyat mengadakn satu sesi ceramah atau dialog dengan rakyat negeri Selangor dan seluruh Malaysia keceluparan dan kejahatan Hassan Ali. Rakyat akan terpedaya dengan cara dan hujah Hassan Ali walaupun tidak besar. Kita perlu bergerak deras untuk mempertahankan setiap cemuhan dan fitanah puak puak yang benci kepada negeri pakatan rakyat. Jangan biarkan singa dan harimau kera dan beruk memusnahkan ladang dan kediaman kita. Namun jangan jadikan cermah Hassan Ali sebagai modal setiap ceramah pakatan rakyat. Umumkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan pakatan rakyat terutama negeri Selangor, Kedah.dan Pulau Pinang. Kita perlu mempertahan semua negeri pakatan rakyat tidak jatuh ditangan UMNO yang jahat dan penipu kepada semua rakyat Melayu. china dan India di Malaysia. Terakhir kami meminta pemimpin tertinggi pakatan rakyat (DAP. PKR dan PAS) jangan mencari dan membuat kenyataan yang membolehkan UMNO menyernag kembali. dan bila berdepan dengan wartawan yang pro UMNO jaga jaga lah sikit ucapan dan benda yang dicakapkan. Jangan sedap mulut bial berdepan dengan badut umno. |
Posted: 03 Feb 2012 02:30 PM PST Oleh: MERONG Ceramah pertama aku hadir adalah ceramah Mat Sabu sehari selepas pemecatan Anwar. Ceramah kedua aku hadiri adalah ceramah Allahyarham Ustaz Fadzil Noor (tepi rumah aku). Lepas tu aku jadi Kaki Ceramah sampai kampong dlm hutan pun aku pijak. Motor Kriss aku dilanyak sampai sejauh hingga 150 km.Makanan favourite aku selepas ceramah adalah Bihun Sup Tulang. Waktu tu jadual ceramah rujuk saja Harakah. Tak macam lani. Jemaah PAS aku tengok amat berbeza dgn Jemaah UMNO.Bermesyuarat lebih bincangkan macamana nak buat kerja. Ahli lebih berebut nak buat kerja. Mau pahala la kan.Bila dibagi jawatan tolak. Sampai dipaksa barulah terima.Kalau UMNO…berebut-rebut sapa nak jadi ketua/bendahari/setiausaha/AJK. Siap promote diri sendiri dan ada sampai bagi rasuah…MasyaAllah.Time tu aku maki Mahathir berkandaq-kandaq pasai dia hina Hudud dan Nabi takdak gilette nak cukur janggut.Aku tak tau la kalau ada lagi org Islam boleh ikut Mahathir ni. Mungkin fahaman depa, Mahathir boleh bagi syafaat di mahsyar. Bila mai pilihanraya…org PAS betul2 raya.Kenduri hari-hari.berebut rebut org nak buat kenduri.Tu tak kira bila mai musim buah. Buah Durian macam keropok lekor….berlambak.Bila Tanya Ustaz nak menang atau kalah…itu kerja Allah taala..kita dah usaha dahh. JAWAPAN STANDARD. Bila dah masuk poltik teringat zaman Form 4 di ASetar dulu. Aku ni bukan kaki YES man.Buat demo satu sekolah lwn Guru besar yg makan duit sekolah. Kami menang.Masuk paper..muka depan lagi..siap kena blacklist SPM. Tapi dilepaskan. Mat Sabu gelak bila aku cerita dekat dia. Masuk KPP ITM…demo lagi pasai duit elaun dapat 3 bulan sekali. Menang kami.Mana tak demo…Makan maggi….share 3 orang……Sadis betul. Pi mengaji di UK….demo lagi kali ni pasai Salman Rusdie pulak. Siap berdebat ngan org putih knapa kami muslim menentang.Kira dlm sejarah demo..aku dan geng tak pernah kalah la. Kemudian..mana pun aku pi…aku dan demo ni macam dua beradik. Daerah aku terkenal dengan Tok Guru Hj Ismail (org lama) dan Hj Mansor. Mereka dah meninggal dunia. Cukup susah nak cari ganti. Nasihat aku la yg hina ni….hormatla Tok Guru masing-masing. Aku sampai la ni, 4 tahun dah…dok terasa sedih lagi dgn kematian Tok Guru. Depa ni sumber ilmu. Tanpa depa macam manala nasib kita di akhirat. Pewaris Nabi.Pernah aku pi Selatan Thai….. depa sanggup sembunyikan Tok Guru dari askar Thai dan biarkan keselamatan anak2 mereka. Depa jawap mati anak....anak dah tentu ahli syurga…..mati Tok Guru mati ilmu Islam, mati umat Islam. TOUCHING BETUL CAMNA DEPA JAGA Islam. Buar org PAS… salam ukhwah …JANGAN LUPA BAGAIMANA KAMU DIBENTUK…rapatkan saf anda…jaga akhlak anda….tambahkan ilmu anda…taat kpd Allah dan Rasul….kita Islam adalah saudara. ... wassalam |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan