Addin |
- Bekas Ketua Hakim Negara Insaf?
- Khir Toyo Bidas Najib, Muhyiddin
- Ibrahim Ali Di Permainkan UMNO BN
- Bongkar!! Syarikat Taib Mahmud Yang Ke Berapa Pulak Nih?
Bekas Ketua Hakim Negara Insaf? Posted: 04 Feb 2012 09:12 AM PST Adakah ini statement keinsafan dari bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad? Moleklah kalau dah insaf.. setiap manusia tidak boleh lari dari melakukan dosa. Namun, sebaik-baik manusia ialah sentiasa bertaubat di atas kesalahan yang telah dilakukan. Pengajaran yang terbaik buat setiap manusia adalah kematian. Mungkin kematian bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Arifin Jaka yang membicarakan kes liwat Anwar dan menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun (baca sini) pada tahun 2000 telah menginsafkan beliau? "Hakim ada tiga macam. Dua masuk neraka dan yang satu masuk surga. Hakim yang masuk surga adalah hakim yang mengetahui hukum (peraturan) yang haq (benar) kemudian memberi keputusan dengan hukum tersebut. Sedangkan hakim yang masuk neraka adalah : 1) Hakim yang mengetahui hukum yang benar tetapi curang dalam membuat keputusan; 2) Hakim yang tidak mengetahui hukum yang benar, kemudian membuat keputusan dengan kebodohannya." (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi) Bekas Ketua Hakim - Rasuah Politik Wujud Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mendakwa wujud budaya mempolitikkan isu rasuah semata-mata untuk mencapai matlamat di negara ini. Dakwa beliau, budaya itu sampai ke tahap menawarkan undi mereka untuk dijual kepada pembida tertinggi dalam menunaikan hasrat peribadi tanpa memikirkan kesan jangka panjang. "Oleh itu semua pihak perlu menyokong segala usaha membanteras rasuah dan tidak mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kepentingan agenda masing-masing," dakwanya. Beliau membuat dakwaan itu pada syarahan perdana bertajuk Integrity, You Know It, But Do You Have It? di Universiti Tenaga Nasional, Bangi semalam. Dakwaan itu disiarkan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan SPRM hari ini. Justeru, Tun Hamid (gambar) dilapor mengingatkan masyarakat supaya tidak memperdagangkan undi masing-masing serta tidak mempolitikkan isu rasuah. Menurut beliau, isu rasuah memerlukan keazaman politik bukan sahaja di pihak memerintah sebaliknya semua pihak yang berkecimpung dalam politik di negara ini. Dalam pada itu, katanya, beliau yang pernah menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat Dan Pencegahan Rasuah (LPPR) pernah melihat kekecewaan pegawai SPRM yang menjalankan tugas dengan tekun dan amanah. Jelas beliau, pegawai SPRM sepatutnya mendapat sokongan penuh dan masyarakat perlu sedar pegawai pegawai SPRM melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan integriti tanpa memilih bulu dalam tugasan mereka. |
Khir Toyo Bidas Najib, Muhyiddin Posted: 04 Feb 2012 01:42 AM PST Dr Mohd Khir Toyo meramalkan peluang BN untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 adalah 50-50. Bekas menteri besar Selangor itu mendakwa pegundi bukan Melayu belum kembali kepada BN ekoran komponen penting gabungan itu- Umno lebih cenderung untuk mendapatkan pengundi Melayu sahaja. "Program turun padang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya untuk mendapatkan semula pengundi Melayu. "Di Selangor yang buat program ialah Umno tetapi MCA dan MIC tidak buat. Akibatnya, pengundi bukan Melayu belum kembali menyokong BN. "Saya juga nampak perkauman masih berlaku kerana ketiga-tiga parti itu membuat program berdasarkan kaum. Kalau program Umno, orang Umno berucap, orang Umno hadir. Kalau MCA buat untuk MCA, begitu juga MIC," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam. 52 peratus pengundi bukan Melayu Beliau berkata, BN tidak boleh menang jika mengharapkan pengundi Melayu sahaja kerana 52 peratus jumlah pengundi Selangor adalah bukan Melayu. Dr Khir berkata, beliau telah membuat perkara yang sama seperti dalam pilihan raya umum 2008 dan keputusannya pengundi bukan Melayu menolak BN. "Ini kesilapan pada 2008. Umno membuat program tetapi komponen BN tidak melakukan seperti yang kita (Umno) buat. Hasilnya orang Melayu mengundi kita tetapi orang Cina dan India mengundi Pakatan Rakyat," katanya. Dr Khir merujuk kepada pelbagai program turun padang yang dibuat oleh Najib dan Muhyiddin untuk merampas semula Selangor setiap bulan di negeri itu. Adun Sungai Panjang itu berkata, program Najib dan Muhyiddin itu itu hanya menarik sokongan pengundi veteran iaitu yang berumur 50 tahun dan ke atas. Pusingan akhir Katanya, ini tidak memberi faedah kerana pengundi berusia sudah membuat pilihan parti mana yang mahu dipilihnya. "Kena buat untuk kumpulan umur 21 hingga 30 tahun kerana golongan ini tidak ada apa-apa keputusan tentang politik. Mereka mungkin telah mendaftar tetapi belum tentu keluar mengundi atau tidak daftar. "Kena buat program dengan cepat dari sekarang kerana sudah berada di pusingan akhir sebelum pilihan raya," tambahnya. Mengenai kekalahan BN Selangor pada pilihan raya umum 2008, Dr Khir berkata, ia berpunca dari banyak faktor. Bagaimanapun, bekas menteri besar Selangor itu menolak dakwaan tindakan beliau memberi penyapu kepada kaki tangan kerajaan sebagai faktor utama kekalahan BN. Penyapu bukan sial "Saya tidak percaya penyapu membawa sial. Pegawai sudah setuju, saya hanya jalankan tugas," kata beliau. Dr Khir berkata, antara isu nasional yang membawa kekalahan BN di Selangor ialah kelemahan kepimpinan negara, kenaikan harga minyak, tidak membayar bonus pekerja awam, isu ekonomi dan faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim. Manakala isu tempatan ialah perobohan kuil Hindu di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam yang mendapat bantahan masyarakat India. Tetapi Dr Khir menjelaskan mahkamah mengeluarkan perintah membenarkan kampung itu dirobohkan. "Pegawai MBSA yang merobohkan kampung itu hanya menjalankan arahan mahkamah," katanya. ~fmt |
Ibrahim Ali Di Permainkan UMNO BN Posted: 03 Feb 2012 07:33 PM PST Setelah kumpulan pendesak Melayu PERKASA dituduh menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpau bersampul putih, hari ini Setiausaha Agung NGO itu, Syed Hasan Syed Ali mendedahkan tindakan itu juga dilakukan oleh BN. "Cuba lihat berita bergambar dalam Sinar Harian hari ini, apa warna angpau BN bagi?" katanya dalam kenytaan akhbarnya kepada Malaysiakini. Syed Hasan merujuk laporan akhbar Sinar Harian bahawa penduduk di Seri Setia yang menerima angpau dalam sampul putih berisi RM100 daripada penyelaras BN Seri Setia Abdul Halim Samad. Akhbar itu memetik seorang penduduk Taman Dato Hormat, Loh Miew Lin, 57, yang mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi mereka wang. Walau bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen yang juga hadir pada majlis itu, menafikan dakwaan yang dibuat PERKASA itu. Ong berkata ia adalah kes yang berbeza dan PERKASA tidak seharusnya mengheret mereka dengan kontroversi yang melanda diri mereka. "(Datuk) Ibrahim Ali sepatutnya bertanggungjawab atas kesilapannya sendiri dan tidak harus cuba mengheret orang lain." Jelasnya, sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno. Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun. Sampul surat berkenaan, tegas beliau, jauh berbeza daripada sampul putih yang telah digunakan oleh PERKASA. "Kami gunakan sampul ini sepanjang tahun, bukan hanya semasa Tahun Baru Cina. "Kami juga gunakan sampul ini pada Hari Raya, Deevapali dan juga apabila kami mengagihkan sumbangan. Ini berbeza daripada apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali," kata Ong lagi.~sinarharian |
Bongkar!! Syarikat Taib Mahmud Yang Ke Berapa Pulak Nih? Posted: 03 Feb 2012 05:50 PM PST Bermacam - macam pendedahan telah di buat oleh pelbagai pihak.. tapi yang Addin pelik pihak berkuasa buat dek jer.. Kalau kau orang baca web Sarawak Report kat bawah nih macam - macam telah dibongkarkan, apa tindakan telah diambil terhadap Taib Mahmud dan kroninya setakat nih. Masih terus bebas dan mencengkam rakyat Sarawak. Kepada rakyat Sarawak.. masih ada peluang untuk berubah pada PRU 13. Lihat di sekeliling, pemimpin korupsi terus bermewah-mewah tapi rakyat marhaen terus terhimpit. Nak ambik BR1M pun kena beratur panjang-panjang... lu fikirlah sendiri. Kaitan Keluarga Hii dalam Asia Plywood dan Keluarga Abdul Taib Mahmud Sumber maklumat dari dalam industri perkayuan Sarawak mendedahkan di sebalik skandal Asia Plywood adalah sebuah keluarga yang berpusat di Miri Sarawak, iaitu keluarga Hii. Asia Plywood yang menyewa kemudahan kilang kayu 'Tegas Kesuma' yang beroperasi di Tanjung Manis merupakan industri menghasilkan produk papanlapis yang terbesar di Malaysia. Kami boleh mendedahkan secara berbukti bahawa kilang kayu Tegas kesuma menerima bekalan kayu dari syarikat Fonsen Timber Sdn Bhd menerusi Fonsen Holdings milik keluarga Hii. Keluarga Hii menerima konsesi dari rakan kongsi mereka iaitu Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Bin Mahmud, untuk menebang hutan di sekitar Bintulu-Miri untuk membuka lebih banyak lagi kawasan perladangan kelapa sawit. Taib, yang bertanggungjawab sebenuhnya secara peribadi mengeluarkan konsesi untuk menebang hutan sejak 30 tahun yang lalu. Sebelum itu, beliau pernah mengkritik bapa saudaranya iaitu Abdul Rahman Ya'akub kerana pernah berbuat sedemikian semasa menjadi ketua menteri! Semua produk kayu dari negeri Sarawak tidak pernah mendapat pensijilan dari pejabat Forest Stewardship Council (FSC) di UK kerana mendapati Taib telah menebang hutan secara tidak terkawal dan tidak menjalankan dasar penghutanan berterusan. Suatu contoh, di mana sebuah syarikat perladangan yang terbesar di Sarawak, Delta Padi sentiasa menerima konsesi menebang kayu dari Ketua Menteri. Syarikat itu dikendalikan oleh keluarga Hii bersama syarikat Mesti Bersatu milik keluarga Abdul Taib Mahmud! Sebuah lagi syarikat yang sedang mewujudkan hubungan dengan keluarga Taib adalah Kingwood Inns dan Kingwood Travel Services Sdn Bhd. Inilah salah satu cara Taib menghimpunkan kekayaannya dan keluarganya menerusi kegiatan rasuah bersekongkol dengan keluarga Hii. Sebelum ini kami pernah mendedahkan bagaimana Taib dipromosikan membantu mengisi tabung 'Alam Sekitar' Prince Albert dari Monaco di suatu majlis pertunjukan fesyen Islam. Bersempena majlis itu Prince Albert telah menerima sekeping cek bernilai 100,000 euro yang diserahkan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor, tetapi punca sebenar duit sejumlah itu datangnya dari keluarga Hii yang dihulurkan menerusi tangan Taib Mahmud! Hubungan perniagaan keluarga Taib dengan keluarga Hii juga dapat ditemui dalam syarikat Bormill Wood (Trengganu) Sdn Bhd yang dikendalikan oleh Jamilah Taib dan keluarga Hii, dan juga Sarawak Company Sdn Bhd yang dikendalikan oleh saudara Taib, iaitu Tufail Mahmud bersama keluarga Hii. Dan, bagaimana pula projek kongsi antara adik Taib, Raziah Mahmud dengan keluarga Hii dalam pembinaan jalan pintas Lapangan Terbang di Miri? Sebagaimana yang pernah kami laporkan, Taib telah menyerahkan suatu kawasan tanah yang amat luas berhampiran bandar Miri kepada adik perempuannya itu menerusi syarikat Kumpulan Parabena dan Miri Properties (di mana Taib juga memegang saham, menerusi syarikatnya Mesti Bersatu). Setelah berjaya mendapatkan kontrak itu Raziah didapati menyerahkan projek itu kepada sub-kontraktor Rich Venture milik keluarga Hii! ~sarawak report |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan