Khamis, 23 Februari 2012

Addin

Addin


Gambar Anak Pejuang Islam Tak Pakai Tudung

Posted: 23 Feb 2012 02:00 PM PST

Mungkin bulan Mac menjadi bulan mengangkat majoriti wanita bersaiz normal di mana dapat dilihat majalah fesyen ternama dunia, Vogue juga telah mengambil Adele bagi menghiasi muka hadapan mereka. Secara kebetulan, majalah tempatan InTrend digetus perasaan yang sama mahu merai dan menghargai wanita cantik bertubuh plus sizeseperti Adele.

 Yang kini menjadi sebutan dalam industri hiburan juga fesyen tanahair, tidak lain tidak bukan Najwa Mahiaddin. Menurut penata fesyen yang bertindak sebagai penyelaras kepada penggambaran tersebut iaitu Iqbaq V Azwan Mukhtaram, Najwa sangat mudah untuk digayakan kerana dia juga mempunyai citarasa tinggi dan gemar bergaya.

Antara yang menjadi intipati dalam halaman Profil adalah kisah dan luahan hati Najwa sendiri yang berasal daripada latarbelakang keluarga berprofil tinggi di mana ayahnya merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Mahu berdiri dengan namanya sendiri, menurut Najwa lagi dia tidak mahu berkongsi atau mendapatkan populariti daripada nama ayahnya dan kerana itu jugalah di awal kemunculannya dia mengubah ejaan nama ayahnya itu supaya mengharapkan umum tidak dapat mengetahuinya.

Menyarungkan helaian daripada Eclipse menghiasi muka hadapan yang terdiri daripada jemeki matte rona kundang dia juga tampil sungguh elegen dalam sarungan daripada Karen Millen dan Ted Baker. Dilengkapkan dengan aksesori mewah Aseana Accessories, Najwa mendapat sentuhan daripada Khir Khalid dan dandanan rambut daripada David Shaw.

Itu adalah sedikit kisah tentang Najwa dan pelbagai lagi cerita menarik dikongsi penyanyi lagu Got To Go itu dan anda harus mendapatkan InTrend edisi Mac 2012 untuk mengenali lebih dekat personaliti yang mempunyai suara yang unik ini.


~laksamanabktbintang


Panas!! Bekas Exco, Adun Umno Johor Akan Sertai PAS

Posted: 23 Feb 2012 08:39 AM PST

Lagi bekas pemimpin UMNO di peringkat tertinggi negeri ini didakwa akan menyertai PAS kerana Pakatan Rakyat (PR) dilihat bakal menerajui kerajaan negeri di Nusajaya selepas Pilihan raya Umum (PRU) ke 13 akan datang dan hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Menurut sumber, beberapa pertemuan telah diadakan melibatkan bekas pemimpin itu seperti bekas exco Kerajaan Negeri Johor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan lain-lain.

Sumber turut mendakwa, spekulasi tentang kedudukan mereka itu dikuatkan lagi dengan keyakinan apabila melihat kuasa orang Melayu semakin terhakis di bawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional (BN).

Disamping itu, isu pengambilalihan dua syarikat terbabit Sehingga Johor Corporation (Jcorp) membatalkan hasratnya turut mendorong kelompok itu hilang kepercayaan kepada corak kepimpinan Datuk Abd. Ghani Othman.

"Lagi pertemuan bersama Bekas pemimpin UMNO peringkat tertinggi di Johor, yg juga bekas DO, bekas Exco, bekas ADUN & bekas JCS. Seorg think tank UMNO negeri. Sudah terang lagi bersuluh, beliau memberitahu, UMNO akan TUMBANG DLM PRU-13 di JOHOR. Beliau tak menafikan ......, bukan setakat ketua caw @ bahagian, malah ADUN & MP dr UMNO sendiri yg BAKAL BERPALING TADAH MENUMBANGKAN UMNO DLM PRU AKAN DATANG… Drpd sini, sudah PASTI Najib akan DRAG PRU SEHINGGA KE TARIKH AKHIR PD MAC 2013. Teruskan perjuangan, KEMENANGAN SEMAKIN HAMPIR UTK ISLAM.

"Seorg yg berpangkat Dato & bekas Bentara Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar. Beliau MEMANG KONFIDEN PAKATAN AKAN MEMERINTAH JOHOR. Cuma satu shj pesannya, KEMBALIKAN SEMULA HAK ORANG MELAYU DI JOHOR yg hilang semasa UMNO BN memerintah. ISLAM SEMULA BUMI JOHOR nih dgn cahaya HIDAYAH & SINGKIRKAN PENGARUH YAHUDI yg telah laama meresap ke dlm pemerintahan Tok Ghani Othman, Na'uzubillah," ujar pemilik akaun facebook Ibnu Zatussalasil.

Isu tersebut mula mendapat perhatian umum apabila PAS Johor mendesak Pengerusi Jcorp, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Menteri Besar supaya membatalkan serta-merta kerana ia jelas tidak menguntungkan mana-mana pihak sama ada Jcorp, Kulim (M) Berhad, QSR, KFCH termasuk rakyat Johor.

Dalam pada itu, sumber turut memberitahu, berpandukan analisis yang dilakukan Pakatan Rakyat dipercayai mampu untuk meraih lebih kurang 60% kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala usaha yang berterusan harus digerakkan lagi supaya lebih banyak lagi kerusi yang akan dimenangi.

"Kami cakap, takperlah biar kitorg jd pembangkang yg kuat sdh cukup baik laaa, DIA MARAH KAT KAMI, HAHAHA… Dia kata JGN berfikiran sedemikian, sbb dlm analisis dia, PR akan menguasai 60% kerusi DUN & kena usaha keras sikit spya leh jejak 80%. Mak aih… TERKEJUT KAMI DIBUATNYA, hahaha.

"Selalu jumpa ketua cawangan & ahli2 biasa UMNO yg nak masuk PAS ja, tp kali nih betul2 punya cerita & fakta yg sgt jelas," ujarnya lagi. ~ibn75


Tuan Guru Nik Aziz 'Hentam' Mahathir Kutty

Posted: 23 Feb 2012 02:19 AM PST

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menafikan tanggapan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menegaskan, partinya tidak pernah memaksa ahli-ahlinya taksub kepada pemimpin-pemimpin parti itu. Malah kata beliau, kenyataan Dr Mahathir juga memberi satu tanggapan yang salah mengenai dasar dan perjuangan Pas.

"Semalam Dr. Mahathir ada komen mengenai bai'ah yang diamalkan oleh Pas. Ia semacam mentohmahkan cara bai'ah Pas sebagai ketaksuban kepada pemimpin tidak Kepada Allah SWT.

"Sebenarnya, Pas tidak mengamal sebegitu. Pas mengajar ahli dan pemimpinnya berbai'ah tetap kepada Allah dan Rasul serta kepatuhan kepada rukun erjamaah, bukannya pemimpin," kata beliau dalam komen yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook.

Sehubungan itu kata beliau, jelas sekali Dr. Mahathir sudah tersasar dalam menterjemahkan Pas sebagai sebuah gerakan politik Islam yang meletakkan akidah perjuangan Islam sebagai keutamaan. ~sinarharian

Khalid Ibrahim Bidas Najib Tidak Profesional

Posted: 22 Feb 2012 11:53 PM PST

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Putrajaya pada Selasa lalu tanpa membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat dianggap amat tidak professional. Sehubungan itu, menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mesyuarat berkenaan sewajarnya dinamakan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN.

"Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri Pakatan Rakyat tidak dipanggil menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Putrajaya pada Selasa lalu.

"Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor menyeru Perdana Menteri untuk membuat satu penjelasan kepada media bahawa mesyuarat tersebut adalah sebenarnya Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN," katanya dalam satu kenytaan media hari ini.

Sambil membidas Najib mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam membincangkan kebajikan rakyat. Abdul Khalid berkata sikap perdana menteri hanya membuktikan bahawa konsep 1Malaysia yang dipromosikan hanyalah sekadar gimik politik.

"Adalah amat tidak professional untuk Perdana Menteri mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat yang membincangkan kebajikan rakyat.

"Apatah lagi rakyat dari Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menyumbang lebih dari setengah hasil ekonomi Malaysia," katanya sambil menambah tindakan Najib itu juga memberi kesan buruk kepada proses transformasi yang ingin dilakukan.

Mesyuarat Selasa lalu itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan serta beberapa menteri kabinet.

Ia lazimnya digunakan bagi menyelaras pentadbiran antara negeri-negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit. ~malaysiakini

Khairy Serang Mahathir

Posted: 22 Feb 2012 11:18 PM PST

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin cuba menyalahkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan hubungan dagang antara kerajaan Malaysia dan Israel. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengulas pengakuan Khairy bahawa kerajaan telah menjalinkan hubungan dengan Israel sejak 1996, kononny ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri. Menurut Shamsul, mustahil Khairy mampu menafikan hakikat bahawa Mahathir merupakan perdana menteri yang lebih berkuasa ketika itu, berbanding Anwar yang merupakan timbalan beliau.

"Dengan mengatakan hubungan dagang dengan Israel bermula pada tahun 1996, Khairy meletakkan Mahathir dalam keadaan 'defensive' kerana Mahathir merupakan Perdana Menteri pada ketika itu.

"Khairy seolah-olah mensasarkan serangan kepada Tun Mahathir, yang selama ini cuba menonjolkan imej anti-Israel dan vokal dalam mempertahankan Palestin, tapi pada masa sama membuat hubungan dengan Israel," kata Shamsul.

Shamsul berkata, jika benar dakwaan Khairy, beliau mempersoalkan mengapa hubungan dagang dengan Israel itu diteruskan, meskipun Anwar dipecat dari jawatannya dalam kerajaan pada 1998.

Pada masa ini, Malaysia menduduki tangga ke 15 negara terbesar di dunia yang berurusan dengan rejim zionis dari segi hubungan dagangan.

"Sekiranya kerajaan tidak mengiktiraf negara Israel, tidak sepatutnya wujud sebarang hubungan dengan syarikat mereka, seperti APCO yang mendapat bayaran RM77 juta setahun oleh kerajaan," kata Shamsul.

KUALA LUMPUR 23 Feb: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin cuba menyalahkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan hubungan dagang antara kerajaan Malaysia dan Israel.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengulas pengakuan Khairy bahawa kerajaan telah menjalinkan hubungan dengan Israel sejak 1996, kononny ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri.

Menurut Shamsul, mustahil Khairy mampu menafikan hakikat bahawa Mahathir merupakan perdana menteri yang lebih berkuasa ketika itu, berbanding Anwar yang merupakan timbalan beliau.

"Dengan mengatakan hubungan dagang dengan Israel bermula pada tahun 1996, Khairy meletakkan Mahathir dalam keadaan 'defensive' kerana Mahathir merupakan Perdana Menteri pada ketika itu.

"Khairy seolah-olah mensasarkan serangan kepada Tun Mahathir, yang selama ini cuba menonjolkan imej anti-Israel dan vokal dalam mempertahankan Palestin, tapi pada masa sama membuat hubungan dengan Israel," kata Shamsul.

Shamsul berkata, jika benar dakwaan Khairy, beliau mempersoalkan mengapa hubungan dagang dengan Israel itu diteruskan, meskipun Anwar dipecat dari jawatannya dalam kerajaan pada 1998.

Pada masa ini, Malaysia menduduki tangga ke 15 negara terbesar di dunia yang berurusan dengan rejim zionis dari segi hubungan dagangan.

"Sekiranya kerajaan tidak mengiktiraf negara Israel, tidak sepatutnya wujud sebarang hubungan dengan syarikat mereka, seperti APCO yang mendapat bayaran RM77 juta setahun oleh kerajaan," kata Shamsul.

Mengulas isu yang sama, Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berkata, setiap perubahan dasar membabitkan hubungan dengan Israel, semestinya diluluskan di dalam mesyuarat kabinet.

"Semua orang tahu bahawa Tun Mahathir yang mempengerusikan mesyuarat kabinet pada tahun itu (1996)," ujar Azmizam.

"Kerajaan Umno-BN selama ini mendakwa mereka anti-Israel, sebaliknya menuduh Datuk Seri Anwar pula sebagai agen Zionis," katanya lagi.

Mengulas isu yang sama, Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berkata, setiap perubahan dasar membabitkan hubungan dengan Israel, semestinya diluluskan di dalam mesyuarat kabinet.

"Semua orang tahu bahawa Tun Mahathir yang mempengerusikan mesyuarat kabinet pada tahun itu (1996)," ujar Azmizam.

"Kerajaan Umno-BN selama ini mendakwa mereka anti-Israel, sebaliknya menuduh Datuk Seri Anwar pula sebagai agen Zionis," katanya lagi. ~keadilandaily

Ini Statement Mahathir Paling Jahil

Posted: 22 Feb 2012 09:00 PM PST

SU Agung Pas : Bai'ah kaedah perjuangan Islam

SHAH ALAM – Bai'ah bukan perkara baru dalam Pas malah ia syarat yang menjadi kaedah perjuangan Islam untuk mengelak berlakunya penyelewengan dalam kalangan pemimpin setelah mendapat kuasa.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, bai'ah telah menjadi kepentingan dalam Pas dan dipraktikkan setelah seseorang dilantik menjadi calon dalam pilihan raya. "Selama ini memang Pas praktikkan bai'ah. Setiap calon wajib berbai'ah Hanya individu yang telah dicalonkan sahaja dibenarkan berbaiah, belum jadi calon tidak boleh bai'ah.

"Anggapan bahawa bai'ah suatu tindakan tidak wajar adalah tidak tepat kerana ia bertujuan memberi syarat kepada seorang pemimpin untuk menunaikan janji mempertahankan Islam, tidak menyeleweng perintah ALLAH dan Rasul," katanya kepada Sinar Harian.

Mustafa bagaimanapun memberitahu tidak mengetahui kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disiarkan media arus perdana semalam berhubung bai'ah bagi calon Pas yang akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

"Perkara yang dimaksudkan itu benar, tetapi saya tidak dengar apa-apa kenyataan daripada Datuk Seri Abdul Hadi berhubung perkara ini kerana belum tiba masanya untuk mereka (calon) berbaiah," katanya.

Ditanya mengenai kesan sekiranya melanggar bai'ah, Mustafa berkata, setakat ini perkara demikian belum berlaku dan tidak boleh memutuskan sama ada Pas akan memecat individu berkenaan atau sebaliknya.

"Jika seseorang langgar sumpah (bai'ah), dia sendiri yang akan tahu kesan yang akan menimpanya. Saya belum dapat putuskan sama ada Pas akan pecat dari parti atau tidak," katanya.

Sambil mengulas bahawa Umno tidak pernah menerima kaedah bai'ah kerana parti itu dianggap tidak memperjuangkan Islam, Mustafa menyifatkan kebelakangan ini, bai'ah dilihat sebagai keperluan kepada parti lawannya itu.

"Kalau tidak masakan Najib (Datuk Seri) menyebut perkataan bai'ah ketika konvensyen mereka yang terakhir. Mungkin dia rasa bai'ah pun dah jadi satu keperluan kepada dia dan Umno," katanya.

Dalam kenyataan sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, sekiranya mengingkari pengakuan itu, akan celaka dunia dan akhirat.

Beliau juga menyifatkan bai'ah sebagai satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah. ~sinarharian

Baca Ulasan Mahathir di sini.

Addin :

Umno tak ber'baiah sebab Umno memperjuangkan toghut..

Dr. Asri Zainul Abidin Ulama Parasit Tertinggi Di Malaysia?

Posted: 22 Feb 2012 07:16 PM PST

Beberapa kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin yang diucapkan dalam Majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan penulis maya kebangsaan pada 18 Februari 2012 sangat mengelirukan sehingga boleh menyesatkan orang awam.

Kenyataan pertama: "Agama sebagai senjata politik yang penggunaannya oleh pemimpin politik dilihat merendahkan marabat Islam dan boleh mengelirukan orang ramai". Saya keliru dan saya tidak faham akan maksud "agama sebagai senjata politik". Saya juga keliru dan tidak faham bagaimana agama boleh digunakan sebagai senjata politik oleh pemimpin politik? Kenyataannya secara semberono sahaja, yakni kenyataan kosong tanpa beliau menyertakan bukti atau contoh yang konkrit.

Pada fahaman saya, "agama sebagai senjata politik" itu sama maksudnya dengan "agama sebagai alat politik". Kalau andaian saya itu benar, tidakkah kenyataan Dr Asri itu bermakna "politik mengatasi agama"? (Na'uzubillahi minzalik).

Pada pendapat saya, dalam apa sahaja urusan orang beriman, pendekatan agama wajib digunakan. Pendekatan agama merupakan pendekatan benar yang menyelamatkan kita daripada fahsya dan mungkar. Ingin saya bertanya kepada Dr Asri, siapakah atau sistem apakah atau kaedah apakah yang mampu merenda-rendahkan martabat Islam?

Bukankah martabat Islam itu senantiasa terletak tinggi di mercu kemuncaknya di dalam pemeliharaan Allah SWT ? Kalau manusia Islam yang melakukan kejahatan, maka manusia itulah yang celaka.Celakanya manusia itui tidak sedikit pun menjejaskan martabat Islam!

Kenyataan kedua: "Sesetengah pemimpin politik semakin mengeksploitasikan agama sebagai satu landasan untuk meraih simpati semata-mata demi kepentingan peribadi masing-masing".

Jelas, kenyataan ini memberi makna bahawa agama boleh sahaja dieksploitasi oleh pemimpin politik. Pada saya, kenyataan ini kenyataan sesat serta berniat jahat. Lagipun, bolehkah agama dieksploitasi sedangkan agama itu kebenaran mutlak? Mengapa tidak diberikan contoh kes bagaimana pengeksploitasian agama boleh berlaku?

Bagaimanakah agama menjadi "landasan" untuk pemimpin politik meraih simpati semata-mata demi kepentingan peribadi masing-masing? Alangkah buruknya prasangka! Apa makna "agama sebagai landasan"?

Tidakkah frasa ini memperlihatkan kejengkelan Dr Asri terhadap agama bahawa agama itu sekadar menjadi landasan kejahatan pemimpin politik; padahal agama Islam itu "landasan" kebenaran berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Kenyataan ketiga: "Memisahkan agama daripada politik mungkin dianggap negatif, tetapi kalau agama sering digunakan untuk tujuan politik yang menjurus kepada penyalahgunaan itu, ia lebih buruk".

Kenyataan ini melulu sahaja tanpa bukti dan contoh kes bagaimana agama digunakan untuk tujuan politik. Tanpa perlu dianalisis secara terperinci pun, nampak cukup jelas bahawa Dr Asri memang memisahkan agama daripada politik.

Kenyataan keempat: Bahaya, menggunakan agama Islam sebagai senjata untuk politik, untuk menegakkan yang salah dan untuk kepentingan kuasa semata-mata".

Saya ingin tanya Dr Asri, adakah beliau membuat kenyataan ini dengan penuh kesedaran? Kenyataan ini benar-benar memperlihatkan kejahatan fahamnya bahawa pemimpin politik boleh menggunakan agama Islam untuk "menegakkan yang salah". Astaghfirullahalazim!!! Betapa zalimnya agama Islam pada faham Dr Asri sehingga tergamak menegakkan yang salah, menghalalkan yang haram, mengharuskan yang batil dan seumpamanya!

Kenyataan kelima: " ......menjadikan agama sebagai mainan politik ......"

Hina sungguh taraf agama; sekadar menjadi mainan politik sahaja. Mengapa tidak dibuktikan?

Kenyataan keenam: " ...... fatwa politik sangat bahaya, agama perlu dibebaskan daripada mainan politik."

Pada fahaman saya daripada kenyataan di atas, agama tidak boleh sama sekali dicampur-adukkan atau dihubungkaitakan dengan politik, tetapi agama Islam itu mesti diasingkan daripada politik. Dengan kata lain, bagi Dr Asri: AGAMA SUKU, POLITIK SUKU.

Saya berpendapat, setiap gerak-geri kita dikira dosa pahalanya oleh Allah SWT. Inikan pula aktiviti keterlibatan kita dalam politik. Sangatlah mustahil untuk sesiapa memisahkan agama daripada politik kerana aspek politik pemerintahan dan urus tadbir negara merupakan satu aspek terbesar dalam Islam yang kita sebagai khalifah Allah di muka bumi-Nya ini diamanahi untuk memakmurkannya supaya mencapai matlamat "baldatun toyyibatun warabbun ghofur".

Dr Asri, tolong maafkan saya kalau saya menamakan anda 'ulama parasit terbesar Malaysia' hingga ketika anda telah insaf akan kejahilan anda serta bertaubat. Wassalam. ~tranungkite

Bila Islam Berkuasa.. Ini Buktinya

Posted: 22 Feb 2012 05:31 PM PST

Ini mungkin secebis kejayaan kerajaan negeri Kelantan dalam mendaulahkan Islam di negeri tersebut. Selama 20 tahun di bawah pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz, banyak perubahan telah dilakukannya. Apa yang kita tidak terbayang boleh dilaksanakan oleh pemerintahan Umno BN, tetapi PAS membuktikan sebaliknya.

Ucapan sekalung terima kasih jugak kepada sahabat Addin yang mencadangkan supaya semua blogger pro Pakatan Rakyat mentitipkan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat dalam tulisan mereka supaya seimbang. Dalam masa kita menyerang.. kita juga perlu bertahan..

Denda Berlengan Pendek

KOTA BHARU - "Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan." Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),, semalam. Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.

Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari.

Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987).

Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat berkata, sepanjang tahun lalu, MPKB-BRI berjaya mengumpul RM70,000 daripada 460 kompaun yang dikeluarkan iaitu 330 kes merupakan kesalahan membuang sampah di merata tempat yang dilakukan premis perniagaan dan 130 merupakan kesalahan individu. ~sinar harian

Teks Debat Lim Guan Eng vs Chua Soi Lek Di Dedahkan..

Posted: 22 Feb 2012 05:19 PM PST

Guan Eng dedah teks debat, cabar Soi Lek berbuat demikian juga


Hari ini, saya telah mengumumkan teks ucapan dan transkrip perbahasan saya dengan Chua yang bertajuk, "Adakah Sistem Dua Parti Akan Menjadi Sistem Dua Kaum?".

Ini adalah untuk menjawab usaha media massa yang dikuasai BN, yang putar belit ucapan saya dengan fitnah. Pada 21 Februari 2012 suratkhabar milikan MCA, The Star telah meminta maaf kerana fitnah dalam artikel Baradan Kuppusamy di bawah tajuk "All hype but no climax?" yang cuba mengindahkan Chua.Oleh itu saya berpendapat bahawa, apayang warga Malaysia benar-benar ingin saksikan, adalah debat antara Perdana Menteri Najib dengan Anwar, untuk melihat siapa yang sebenarnya lebih layak menjadi Perdana Menteri. Siapa tidak berani berdebat, jangan harap nak jadi Perdana Menteri!

Chua ada menimbulkan dakwaan bahawa DAP diperalatkan oleh PAS, tetapi jikalau tuan-tuan dan puan-puan perhatikan, di kalangan orang Melayu, UMNO mengatakan bahawa PAS diperalatkan oleh DAP. Oleh itu, hujah yang bercanggah sesama sendiri ini saya percaya merupakan taktik kotor BN. Saya ingin tekankan di sini, parti komponen dalam Pakatan Rakyat, biarpun PAS, PKR atau DAP, kami tidak memperalatkan sesama sendiri, kami hanya bersiap sedia untuk "diperalatkan" oleh rakyat! Pada masa yang sama, kami bukan anti-Melayu, ataupun anti-bukan Melayu, kami cuma anti-kerajaan yang bergelumang dengan rasuah!

Tema hari ini "Adakah Sistem Dua Parti akan menjadi Sistem Dua Kaum", sebenarnya saya berasa pelik. Kerana, sekarang sudah wujud Sistem Dua Kaum, kami nak menjadikannya Sistem Dua Parti. Sistem Dua Kaum ini sememangnya ideologi BN selama ini, sejak kemerdekaan sehingga kini, BN telah membezakan rakyat sebagai Melayu dan Bukan Melayu, ini adalah taktik pecah dan perintah. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pernah berkata, saya utamakan Melayu dahulu, barulah rakyat Malaysia. Adakah ini Satu Malaysia? Ataupun ini Tipu Malaysia? Inilah Sistem Dua Kaum!

Sebaliknya, Sistem Dua Parti itu berasaskan ideologi, idealisma dan prinsip, tanpa membezakan kaum kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.

Dalam BN, UMNO hanya menjaga orang Melayu, MCA hanya menjaga orang Cina, MIC hanya menjaga orang India, Gerakan itu… tak tahulah dia menjaga siapa.. Itulah BN yang "kamu jaga kaum kamu, saya jaga kaum saya", ini adalah sistem Dua Kaum!

Sebaliknya, di dalam Sistem Dua Parti, kita semua sanak saudara perjuangan, kita menjaga kebaikan antara satu sama lain; setiap warga Malaysia adalah seperti ahli sekeluarga!

UMNO selalu melaung-laungkan "Ketuanan Melayu". Adakah MCA tidak terlihat, tidak terdengar dan tidak terasa, sebab itulah tidak berani untuk menghalangnya? Justeru itu, kita masih mendengar bahawa orang Cina adalah pendatang, tidak berhak menuntut hak yang saksama di Malaysia.

PR berlainan dengan BN. Apa yang kita mahu bukan "Ketuanan Melayu", apa yang kita mahu ialah "Ketuanan Rakyat"! Anwar bukan sahaja bercakap tentang "Ketuanan Rakyat" di depan orang bukan Melayu, tetapi dengan orang Melayu juga beliau cakap yang sama. Saya tidak pasti sama ada pemimpin UMNO berani berhenti melaungkan "Ketuanan Melayu" tetapi menyokong "Ketuanan Rakyat".

Apabila rakyat ataupun pemimpin PR membongkar penyalahgunaan kuasa atau rasuah dan menyoalkan integriti Polis atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah, kami dituduh mencabar institusi Melayu - ini adalah sistem Dua Kaum! Rasuah itu tidak mengenali perbezaan warna kulit. Allahyarham Ahmad Sarbaini, pegawai kastam yang terkorban, bukankan beliau seorang manusia?

Pakatan Rakyat mahu hapuskan rasuah, BN mahukan rasuah! PR akan memastikan pemimpin yang jujur dan kerajaan yang bersih, termasuk mengisytiharkan aset, tender terbuka, ini barulah sistem dua parti! Yang paling penting sekali, menangkap pegawai yang benar-benar rasuah, bukan memfitnah Teoh Beng Hock yang tidak bersalah.

Pihak lawan saya selalu berkata, "Kaum lain menjadi kerajaan, Kaum Cina menjadi pembangkang". Ini salah sama sekali. Sebenarnya, "BN MCA menjadi pembangkang, PR DAP menjadi kerajaan" barulah yang resahkan MCA. Bukan sahaja orang Cina yang menyokong PR untuk berubah, orang Melayu pun sama, jika kami tidak dapat sokongan 40% orang Melayu, tsunami politik tidak mungkin akan berlaku. Saya percaya, saya pun tidak akan berpeluang berdiri di sini sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Chua pun mungkin tidak berpeluang menjadi Presiden MCA.

Dalam sistem yang demokratik, sistem Dua Parti perlu peralihan parti pemerintah secara alternatif. Biar BN tumbang jadi pembangkang, biar PR bangkit jadi kerajaan! Jikalau PR tidak memerintah dengan baik, rakyat berhak bertukar lagi selepas lima tahun. Ini barulah sistem Dua Parti, peralihan parti pemerintah secara alternatif, barulah rakyat akan ada kehidupan yang baik.

Soalan daripada moderator:Moderator : Masyarakat Cina sudah mulai mengalu-alukan sistem dua parti sejak tahun 1980. Jikalau kita menggunakan keputusan 2008 sebagai satu rujukan, undi yang diberi kepada BN dan PR adalah lebih kurang separuh masing-masing. Ini menunjukkan separuh rakyat berpuas hati dengan pemerintahan BN, separuh rakyat mempunyai harapan kepada PR. Adakah ini bermaksud sekarang kedua-dua pihak telah mencapai tahap perjuangan dua parti? Macam manakah parti anda memenangi undi yang separuh lagi?
Jawapan daripada LGE:

Kalau PR berpeluang menjadi kerajaan, dasar kami adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat. Sekarang semua harga barang naik, duit tak cukup menampung hidup rakyat, kami hendak meringankan beban rakyat. Kalau jadi kerajaan, kami akan memansuhkan toll Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Kami juga akan meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada 20% bagi Sabah dan Sarawak. Lagi, warga emas. Saya tahu, sejak Pulau Pinang memberi warga emas RM100 setiap tahun, BN ciplak, bukan sahaja BN yang ciplak, MCA pun meniru. Jadi, selain daripada berterima kasih kepada Chua, mereka (ahli MCA) harus berterima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang jugalah. Jika kami boleh mengambil kuasa di peringkat pusat, kami ingin maklumkan warga emas seramai 2.1 juta di seluruh negara bahawa kami janji akan memberi RM1,000 setiap tahun. Ini adalah kebaikan peralihan kerajaan secara alternatif. Kebaikannya adalah bahawa parti dinilai berdasarkan dasar atau polisi mereka, kami hendak jadi "negeri polisi" dan bukan negeri polis. Sekian.

Jawapan bagi Sesi Soaljawab:

LGE: Tadi itu EXCO Perak Mah Hang Soon, kan? Saya rasa kita semua tahu waktu PR menjadi kerajaan di Perak, PR lah yang mulakan inisiatif memberi tanah kepada sekolah, dan juga memberi pajakan tanah kekal kepada penduduk kampung baru dan penduduk miskin. Tetapi sejak BN menjadi kerajaan, ini sudah dimansuhkan. Sebab itu, saya berasa anda tidak layak untuk mempersoalkan sesiapa.

Tentang soalan bahawa kerajaan Pulau Pinang memberi janji kosong, saya nak menekankan bahawa kami sudah menunaikan semua janji pilihan raya. Tentang kenapa tol Sungai Nyior tidak dimansuhkan, para hadirin harus ingat bahawa itu di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Kami belum mengambil kuasa kerajaan pusat, jadi sabarlah… Bila kami mengambil kuasa kerajaan pusat, sudah tentu kami akan memansuhkannya, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Tetapi, walaupun belum dimansuh, kami sudah membina satu jalan untuk memintas tol Sungai Nyior itu, jadi samalah, tidak perlu membayar tol tak munasabah ini.

Kejayaan Pulau Pinang, saya percaya ia boleh dibuktikan. Selepas Mac 2008, semua orang boleh lihat, sentuh dan rasa perubahan yang berlaku. Di Semenanjung Malaysia, papan tanda dwibahasa dengan Bahasa Cina yang pertama didirikan. Papan tanda berbahasa Tamil yang pertama di Malaysia juga terletak di Pulau Pinang. Pulau Pinang pertama kali mendirikan papan tanda berbahasa Arab, juga kerana kejayaan kerajaan PR. Kejayaan Pulau Pinang dalam membanteras rasuah pun yang paling terserlah, sehingga kami dapat pujian Transparency International. Kalau ada orang yang bersalah, kami tidak akan melepaskannya sebegitu sahaja, tetapi Pulau Pinang yang mempunyai rasuah sifar adalah satu hakikat yang diakui oleh organisasi dunia. Kami tidak makan duit itu memang tidak makan duit. Terima kasih.

Soaljawab sesama lain:CSL (gambar kiri): Kita dengar polisi yang populis, beri RM100, mansuh ini mansuh itu, adakan anda boleh memberitahu atas persada ini apakah model pembangunan masyarakat dan ekonomi Pakatan Rakyat supaya Malaysia boleh keluar daripada situasi berpendapatan rendah dan mencapai pendapatan tinggi, termasuk menunaikan janji-janji dalam Buku Jingga?

LGE: Saya rasa ini perbezaan antara saya dengan Presiden Chua. Beliau tidak risau kepada isu rasuah, saya pula risau sangat tentang isu rasuah. Kita perlu ada satu kerangka untuk mengurus hal ehwal negara. Apakah rancangan untuk membawa pembangunan ekonomi? Saya ingin mengambil model Pulau Pinang sebagai contoh. Ini semua adalah hasil daripada amalan sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mempraktikkan sistem "wang gandakan wang". Sistem ini menekankan empat aspek utama iaitu yang pertama, wang kumpulkan wang melalui inisiatif kerjasama antara pihak awam dan swasta dalam menjalankan projek pembangunan. Kedua ialah wang untungkan wang. Melalui amalan sistem tender terbuka, Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan kos pembiayaan. Ketiga ialah wang hasilkan wang menerusi pendekatan kreatif dan inovatif. Dan yang terakhir ialah wang jimatkan wang. Sekiranya kita tidak makan wang, sudah tentu wang akan sentiasa ada.

Oleh itu, dalam empat tahun berturut-turut ini, Kerajaan Pulau Pinang mendapat keuntungan tiap-tiap tahun dan mampu beri balik duit kepada rakyat melalui Program Warga Emas RM100 setiap tahun, pewaris kepada warga emas yang meninggal dunia akan menerima RM1000 sekali sahaja, malah lahir bayi pun dapat RM200 di bawah Program Anak Emas. Semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang, satu sen pun tidak beri, tetapi dengan prinsip "wang gandakan wang" ini, kami memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang, dan ini sebenarnya dividen anti-rasuah!

Di samping itu, di Malaysia, saya percaya jika kita boleh membanteras rasuah, dan bukan makin banteras makin rasuah, kita boleh menjimatkan banyak wang dan memberi balik kepada rakyat jelata. Inilah janji kami, Pulau Pinang adalah bukti yang terbaik! Jikalau kita berani membanteras rasuah, kita tentu akan perolehi wang. Terima kasih.

Jawapan bagi Sesi Soaljawab & Penutup, LGE:
Pertama sekali saya ingin membalas sesetengah tuduhan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak memberi tanah kepada sekolah Cina, saya rasa ini bukan sahaja hendak menipu diri sendiri tetapi juga hendak menipu orang lain. Ini kerana kami mempunyai bukti, sekolah pun boleh mengesahkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah memberi tanah. Jangan lupa, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sekarang memberi peruntukan yang diinstitusikan kepada semua aliran sekolah, selain daripada sekolah Cina, ada lagi sekolah Tamil, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta Cina. Dulu tidak ada langsung, kini tiap-tiap tahun dapat peruntukan.
Seperti apa yang diakui oleh mantan presiden MCA Ong Tee Keat tentang MCA bekerjasama dengan UMNO, dulu MCA sekurang-kurangnya boleh makan semeja saki baki hidangan UMNO. Sekarang paling baik pun dapat cebis dan sisa roti sahaja.

Ramai Melayu tidak dapat menikmati pembangunan negara, tidak ada RM250 juta untuk menternak lembu, kerana terlalu banyak "buah-buah yang baik dimakan oleh kroni BN", rakyat hanya boleh tertunggu-tunggu, makan sisa buah!


Masalah yang dihadapi masyarakat Cina, saya percaya para hadirin pun tahu, berlonggok-longgok, kita semua tahu apa masalahnya. Selain daripada masalah sijil sekolah swasta (UEC) tidak diakui, sekolah Cina tidak mendapat peruntukan yang mencukupi, guru-guru yang tidak arif berbahasa Cina dihantar ke sekolah Cina, ada juga masalah guru sandaran yang belum diselesaikan. Oleh itu kesemua isu peluang yang tak saksama dalam ekonomi dan pekerjaan ini, saya percaya bukan sahaja orang Cina tetapi kaum lain juga menghadapinya. Oleh sebab itu kita harus mengambil peluang ini untuk berusaha dengan kaum lain untuk membawa perubahan.

Apa yang kita menitikberat sekarang adalah masa hadapan anak-anak kita. Masa depan generasi saya sudah dirompak BN selama 50 tahun ini, jangan biar masa depan anak-anak kita dirompak juga. Oleh itu, kita sedang menunggu peluang untuk berubah.

Pagi ini sebelum saya datang, saya beritahu anak perempuan saya, kalau ada peluang, saya hendak menjadi suara generasi muda kamu. Saya harap kita ada polisi yang terbuka untuk membolehkan kamu tinggal di sini, jangan berhijrah keluar lagi. Kita hendak menitikberatkan bakat. Ingat, hanya dengan menitikberat, menghargai dan memilih bakat, barulah masa depan Malaysia akan cerah dan makmur.

Kita lihat Korea Selatan, pada tahun 1970, pendapatan purata mereka hanya USD260 seorang, pada tahun 1970 Malaysia lebih baik, ada USD380. Tetapi sekarang Korea Selatan sudah melangkaui Malaysia, sekarang Malaysia mempunyai pendapatan purata USD7760, manakala Korea Selatan sudah mengecapi USD20,000!

Kenapa Korea Selatan boleh menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi Malaysia masih terkandas? Faktor terutama ialah Korea Selatan adalah negara demokrasi, ada sistem Dua Parti, ada peralihan parti pemerintah secara alternatif. Oleh itu, sekiranya kita mahu berubah, kita mahu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu ada keberanian untuk bangkit dan berubah, ada keberanian untuk merealisasikan sistem dua parti.

Jalan ini sememangnya tidak mudah, tetapi saya mahu mengingati semua, kerjasama kami dengan PAS, PKR adalah satu manifesto deklarasi yang bertulis, Ini sudah diumumkan kepada semua, PAS ada ideologi PAS, DAP ada ideologi DAP, tetapi jangan lupa, PAS tidak pernah membunuh walau seorang pun orang Cina. Ini realiti, biarlah kita bertabah hati, bertekad untuk berubah, walaupun susah, tetapi demi generasi muda, kita harus sempurnakan jalan perubahan ini! Sekian. ~merdekareview


Tiada ulasan: