Khamis, 23 Februari 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Protes Bakar Al-Quran Di Afghanistan, 6 Terbunuh

Posted: 23 Feb 2012 08:21 AM PST


6 terbunuh protes bakar al-Quran di Afghanistan

KABUL - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera di Afghanistan berikutan protes berhubung insiden membuang dan membakar kitab suci al-Quran di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) Bagram, utara Kabul.

Beberapa naskhah dilaporkan dibakar, Isnin lalu.

Menurut laporan BBC, seorang terbunuh di Kabul, seorang lagi di bandar raya timur Jalalabad dan sekurang-kurangnya empat orang di wilayah Parwan.

Pegawai-pegawai AS memohon maaf kelmarin atas kejadian secara tidak senjaga meletakkan al-Quran dalam alat membakar di pangkalan udara itu.

Pegawai-pegawai di Bagram dilaporkan mengesyaki banduan Taliban menggunakan al-Quran untuk menghantar mesej antara satu sama lain.

Beberapa naskhah dengan kesan bakar ditemui oleh pekerja-pekerja tempatan.

Protes yang bermula di Bagram tersebar ke seluruh Afghanistan.

Protes yang serupa pernah diadakan tahun lalu ekoran tindakan seorang pastor dari Florida membakar kitab suci orang Islam itu.







Panas!! Bekas Exco, Adun Umno Johor Akan Sertai PAS

Posted: 23 Feb 2012 08:17 AM PST


Lagi bekas pemimpin UMNO di peringkat tertinggi negeri ini didakwa akan menyertai PAS kerana Pakatan Rakyat (PR) dilihat bakal menerajui kerajaan negeri di Nusajaya selepas Pilihan raya Umum (PRU) ke 13 akan datang dan hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Menurut sumber, beberapa pertemuan telah diadakan melibatkan bekas pemimpin itu seperti bekas exco Kerajaan Negeri Johor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan lain-lain.

Sumber turut mendakwa, spekulasi tentang kedudukan mereka itu dikuatkan lagi dengan keyakinan apabila melihat kuasa orang Melayu semakin terhakis di bawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional (BN).

Disamping itu, isu pengambilalihan dua syarikat terbabit Sehingga Johor Corporation (Jcorp) membatalkan hasratnya turut mendorong kelompok itu hilang kepercayaan kepada corak kepimpinan Datuk Abd. Ghani Othman.

"Lagi pertemuan bersama Bekas pemimpin UMNO peringkat tertinggi di Johor, yg juga bekas DO, bekas Exco, bekas ADUN & bekas JCS. Seorg think tank UMNO negeri. Sudah terang lagi bersuluh, beliau memberitahu, UMNO akan TUMBANG DLM PRU-13 di JOHOR. Beliau tak menafikan ......, bukan setakat ketua caw @ bahagian, malah ADUN & MP dr UMNO sendiri yg BAKAL BERPALING TADAH MENUMBANGKAN UMNO DLM PRU AKAN DATANG… Drpd sini, sudah PASTI Najib akan DRAG PRU SEHINGGA KE TARIKH AKHIR PD MAC 2013. Teruskan perjuangan, KEMENANGAN SEMAKIN HAMPIR UTK ISLAM.

"Seorg yg berpangkat Dato & bekas Bentara Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar. Beliau MEMANG KONFIDEN PAKATAN AKAN MEMERINTAH JOHOR. Cuma satu shj pesannya, KEMBALIKAN SEMULA HAK ORANG MELAYU DI JOHOR yg hilang semasa UMNO BN memerintah. ISLAM SEMULA BUMI JOHOR nih dgn cahaya HIDAYAH & SINGKIRKAN PENGARUH YAHUDI yg telah laama meresap ke dlm pemerintahan Tok Ghani Othman, Na'uzubillah," ujar pemilik akaun facebook Ibnu Zatussalasil.

Isu tersebut mula mendapat perhatian umum apabila PAS Johor mendesak Pengerusi Jcorp, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Menteri Besar supaya membatalkan serta-merta kerana ia jelas tidak menguntungkan mana-mana pihak sama ada Jcorp, Kulim (M) Berhad, QSR, KFCH termasuk rakyat Johor.

Dalam pada itu, sumber turut memberitahu, berpandukan analisis yang dilakukan Pakatan Rakyat dipercayai mampu untuk meraih lebih kurang 60% kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala usaha yang berterusan harus digerakkan lagi supaya lebih banyak lagi kerusi yang akan dimenangi.

"Kami cakap, takperlah biar kitorg jd pembangkang yg kuat sdh cukup baik laaa, DIA MARAH KAT KAMI, HAHAHA… Dia kata JGN berfikiran sedemikian, sbb dlm analisis dia, PR akan menguasai 60% kerusi DUN & kena usaha keras sikit spya leh jejak 80%. Mak aih… TERKEJUT KAMI DIBUATNYA, hahaha.

"Selalu jumpa ketua cawangan & ahli2 biasa UMNO yg nak masuk PAS ja, tp kali nih betul2 punya cerita & fakta yg sgt jelas," ujarnya lagi. ~ibn75

Blogger UMNO BN Cuba Nafikan Kapal ZIM Bukan Milik Israel

Posted: 23 Feb 2012 08:13 AM PST

Gempar!!! Kapal ZIM Bukan Milik Israel...

"Jika kapal tersebut didaftarkan di Pelabuhan Klang, maka kapal itu akan mengibarkan bendera Malaysia dan kapal itu adalah kapal Malaysia. Bendera negara berdaftar kebiasaannya akan dikibar di bahagian buritan kapal atau di wheel bridge".

"Jika seseorang itu seorang yang lemah pengetahuan amnya dan tidak mengenali bendera negara-negara asing, orang itu boleh pergi ke bahagian buritan kapal dan lihat nama tempat kapal itu didaftarkan. Dalam hal ini terang-terangan kelihatan pendekar-pendekar tempang PKR sangat lemah ilmu pengetahuan amnya sehingga nama tempat pun tak tahu".

"Dalam maklumat berkenaan dinyatakan flag (bendera) kapal berkenaan adalah Liberia. Ini bermakna kapal itu adalah kapal Liberia dan bukannya kapal Israel seperti yang dikelentong oleh pak pandir-pak pandir jingga 13 kepada sekumpulan pemberita hari ini. Jika kapal itu kapal israel maka benderanya akan dinyatakan bendera israel"
- kenyataan puak-puak UmnoBn.



Yahudi laknat ni bukannya bodoh... Takkan mereka nak masuk ke negara yang dilarang perhubungan diplomatiknya, mengibarkan bendera di kapal milik mereka...

UmnoBn masih berterusan membuat kenyataan yang memperbodohkan orang-orang Melayu sejak sekian lama… dengan mengatakan Kapal ZIM yang berlabuh di Pelabuhan Kelang itu bukannya kapal dagang Israel, tetapi sebenarnya Kapal dagang Liberia...?

Bendera (flag) Yang Dimaksudkan adalah "flag of convenience"

Bendera "flag of convenience" adalah bendera yang menerangkan tentang negara mana kapal saudagar itu DIDAFTARKAN… dan bukannya bendera bagi negara pemilik kapal. Ia bertujuan untuk mengurangkan kos operasi atau mengelakkan peraturan-peraturan negara pemilik, seperti banyak negara yang tidak mengiktiraf Israel. (baca rujukan wikipedia)… puak Umno yg tak reti bahasa inggeris DILARANG baca… takut tak faham, cakap lain pulak !


Pride MOL, dimiliki dan dikendalikan oleh negara Jepun, tetapi mengibarkan bendera Liberia


Liberia adalah Pendaftar Kapal kedua terbesar di dunia, termasuk lebih 3,750 kapal-kapal dari seluruh dunia didaftarkan di Liberia. Memang benar kapal ZIM itu didaftar di negara Liberia… sebab itu benderanya negara Liberia.

Kerajaan UmnoBn Menyumbang Kezaliman Terhadap Palestin

Dalam hal ini, perkara pokoknya dan asasnya adalah kapal ZIM itu milik siapa…? Sudah tentunya Israel… kerana Perbadanan Israel memegang 98% saham Zim. Kumpulan Ofer adalah pemegang saham majoriti Perbadanan Israel (57%), dengan baki saham yang dipegang oleh Bank Leumi L'Israel (20%) dan orang awam.

Laman Web Rasmi ZIM Israel


Oleh itu, sebarang perdagangan dengan Israel sudah pasti ada keuntungan hasil perdagangan… dan dari keuntungan itulah mereka gunakannya untuk melakukan kezaliman dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin.

Malah, Malaysia bukan sahaja memberi keuntungan kepada Israel… tetapi juga membekal Minyak Sawit yang diperah dari hasil titik peluh rakyat negara ini termasuklah dari Peneroka-Peneroka FELDA …

Bukti paling nyata UMNO BN mengiktiraf Israel! (GB)


Rakyat Bijak Menilai ..........
kredit: reformisanakmuda

Hina al-Quran: Umno, Jati digesa sertai demo esok

Posted: 22 Feb 2012 10:34 PM PST


KUALA LUMPUR, 23 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak seluruh umat Islam daripada kalangan parti politik, NGO dan badan pelajar untuk turun bersama PAS dalam himpunan aman di depan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat, esok sebagai membantah tindakan zalim tentera Amerika Syarikat membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, kelmarin.
 Bagi DPPM, tindakan tentera Amerika Syarikat adalah tindakan tidak perikemanusiaan dan menghina agama Islam.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, umat Islam yang prihatin sama sekali tidak boleh duduk berdiam diri membiarkan segala macam kejahatan dilakukan terhadap agama Islam.

Tegasnya, al-Qur'an adalah kitab suci umat Islam dan menjadi kewajipan seluruh umat Islam mempertahankannya, hatta sehingga mengorbankan diri.
"Sememangnya tindakan tentera Amerika Syarikat ini memberi isyarat untuk memusuhi umat Islam seluruh dunia.

"Umat Islam wajib bersatu di atas nama mempertahankan kesucian Islam dari dihina dan dipersenda," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, DPPM hairan mengapa Menteri Luar Malaysia tidak bersuara lantang bagi membantah tindakan zalim tentera Amerika Syarikat itu.

Katanya, Perdana Menteri pula sebagai ketua negara umat Islam di negara ini langsung tidak kedengaran suaranya di peringkat antarabangsa dalam isu yang melibatkan umat Islam sejagat.

"Adakah kerana pemimpin negara ini takut dengan kelibat 'Big Brother' Amerika Syarikat atau sememangnya pemimpin negara ini tidak peka terhadap perkembangan umat Islam di seluruh dunia?" tanya beliau.
Menurutnya, mungkin pemimpin negara ini sibuk dengan berpolitik sehingga tidak sedar bahawa ada isu yang menyinggung perasaan umat Islam sedang berlaku di luar sana.

Mungkin juga, ujarnya pemimpin negara hanya 'memperjuangkan Islam' di negara ini sehingga tidak peduli pada nasib umat Islam di luar negara.

Justeru itu, katanya DPPM menggesa Umno dan rakan NGO bersamanya termasuk Jati untuk turun bersama umat Islam yang lain dalam himpunan itu sekiranya benar mereka memperjuangkan Islam.

"Sebagai makluman, ajakan ini adalah kali kedua terhadap Umno dan rakan sekutunya selepas himpunan aman membantah kekejaman kerajaan Syria yang membunuh rakyatnya minggu lepas," ujarnya.
Namun demikian, jelasnya yang mengecewakan ramai adalah Umno dan rakan-rakannya gagal hadir dalam himpunan pada minggu lepas.

"Isu ini membuktikan siapa sebenarnya yang mempertahankan Islam dan umatnya dan siapa pula yang hanya beretorik dalam isu yang melibatkan umat Islam," ujarnya.

Tiada ulasan: