shalehudin |
- Semua blogger adalah pembohong... kahkahkah...
- Mat bangang mana pulak dah nieee... kahkahkah...
- Ada EHEM-EHEM ka depa nih... kahkahkah...
- PANAS!! Blogger haram mana pulak dahh...
- Gadis mentah tibai Uncle bengong... kahkahkah...
- Khas untuk bangsa UMNO saja... kahkahkah...
- Mat Sabu dah kena reject, sakit kulit la dia...
- Dulu PR sanjung melambung, la time BN jilat punggung...
- Takkan Anwar tak paham-paham lagi kot...
- Umat Islam wajib baca nih...
- Ca teka Dr Asri ni tibai sapa... kahkahkah...
- Celaka dunia akhirat – Hadi
Semua blogger adalah pembohong... kahkahkah... Posted: 23 Feb 2012 11:30 AM PST Ini adalah kata-kata... Dari orang-orang bebal yang takut pada bayang-bayang sendiri... "Semua blogger adalah pembohong..." Kahkahkah... |
Mat bangang mana pulak dah nieee... kahkahkah... Posted: 23 Feb 2012 09:30 AM PST MAT BANGANG BARUA BRITISH BERSUARA LAGI MAT INDERA WIRA KITA WARISI SEMANGAT WIRA BUKIT KEPONG - meloya KUALA LUMPUR 22 Feb. - Semangat juang dan keberanian perwira Balai Polis Bukit Kepong yang sanggup berkorban nyawa perlu diwarisi dan dihayati oleh seluruh rakyat negara ini, walaupun peristiwa tersebut sudah 62 tahun berlalu. Bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor berkata, serangan pada tarikh 23 Februari 1950 itu juga perlu menjadi panduan kepada generasi muda agar tidak terpesong dengan dakyah segelintir pihak yang mengangkat pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan. "Generasi muda perlu menerapkan diri mereka dengan semangat patriotisme terutama terhadap pengorbanan para pejuang sebelum ini kerana kesinambungan kestabilan dan keharmonian negara kini bermula daripada jasa para pejuang tersebut. "Tanpa perjuangan seumpama itu, maka tiadalah nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi selama hampir 55 tahun. Justeru, kekejaman pengganas komunis, membakar balai polis dan mencampak mereka yang masih hidup ke dalam api yang marak telah mengorbankan 25 orang termasuk ketua balai berkenaan, Sarjan Jamil Mohd. Shah perlu diinsafi semua. "Kita sebagai warganegara yang patriotik perlu mengambil iktibar keazaman kira-kira 40 anggota pasukan keselamatan di balai berkenaan untuk mematahkan serangan hendap Pasukan Kompeni Keempat, Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kekuatan 200 anggota yang diketuai oleh Muhammad Indera," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Pada serangan bermula pukul 4.15 pagi itu, pihak komunis telah menyerang balai yang terletak di Muar, Johor tersebut namun mendapat tentangan hebat daripada anggota keselamatan selama lebih lima jam meskipun pihak pengganas pada mulanya beranggapan mampu menawan balai polis tersebut dengan mudah. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...MAT BANGANG INI ADA LAGI.... kah kah kah.. woit...DAH LAAA BANGANG BODOH PULAK...kah kah kah.. kah kah kah...DAH LAAA BODOH...MENIPU PULAK.... kah klah kla... kah kah kah... RUMAH PASONG BUKIT KEPUNG ITU SARANG BRITISH.... kah kah kah.. kah kah kah...YANG PERTAHANKAN RUMAH PASONG BARUA BRITISH LAAA....kah kah kah.. kah kah kah...RUMAH PASONG PAKAI BENDERA UNION JACK... kah kah kah.. kah kah kah...TOK SARJAN BRITISH.....MAT SALEH... BUKAN MELAYU....kah kah kah.. woit... YANG MENYERANG IALAH GERILA PEJUANG KEMERDEKAAN ....kah kah kah.. kah kah kah..SERANGAN PADA MALAM 23 FEBRUARI 1950 TANAH MELAYU DI BAWAH BRITISH.... kah kah kah.. kah kah kah..BRITISH BERI KUASA PADA GEROMBOLAN PADA 31 OGOA 1957.... kah kah kah.. woit...KENAPA BANGANG SANGAT?.... kah kah kah woit...TENGOK TARIKH SAJE DAH TAHU SIAPA BARUA BRITISH.... kah kah kah... woit..TAK KIRA LAAA MELAYU KE... ISLAM KE..ARAB KE... KALAU BARUA MEMANG BARUAN LAAAA.... kah kah kah NOTA: sekarng pun banyhak barua israel ada melayu barua israel ada islam barua isreal kah kah ka NOTA: perjuangan kita hari ini ialah sambungan perjuangan mat inder nak halau saki baki barua british! Bro TT |
Ada EHEM-EHEM ka depa nih... kahkahkah... Posted: 23 Feb 2012 07:08 AM PST Apa yang Shahrizat tahu mengenai Najib yang buat dia takut memecat wanita itu? Agak menghairankan betapa besarnya pengaruh Shahrizat ke atas Najib Razak. Sememangnya disebalik desakan supaya beliau berundur dengan cara baik atau dipecat, beliau masih lagi memegang jawatan menteri kabinet dan juga jawatan dalam Umno- sebuah parti penuh rasuah sejak ia memerintah dari tahun 1957. Setelah kembali daripada percutian beliau selama tiga minggu dan disoal siasat oleh SPRM, Shahrizat kembali menjalankan tugas beliau seperti biasa. Tidak hairanlah senyuman yang beliau lemparkan sekarang agak 'dibuat-buat' dan garisan stres sangat jelas pada wajah beliau. Sungguhpun begitu, Shahrizat masih lagi seolah-olah begitu berkuasa ke atas Najib sehinggakan Najib tidak berani mengatakan apa-apa pun. Atau adakah apa yang kita tahu cuma sedikit sahaja dari apa sebenarnya berlaku dalam NFC. Ini menggambarkan betapa kotornya politik dalam Umno dan betapa terdesaknya pertelingkahan dalaman parti itu sekarang. Drama berskrip Pada mesyuarat pertengahan minggu untuk pakatan BN, Najib telah memberi bayangan bahawa skandal NFC dan masa depan Shahrizat tidak begitu signifikan untuk BN jadi ia tidak dibincangkan. "Tidak, tidak, tidak dibincangkan di sini. Ini adalah hak perdana menteri," beliau memberitahu sidang media. Memandangkan ia hak perdana menteri untuk memecat ahli kabinet, yang sebaliknya juga benar. Err.. bukan menteri kabinet memecat perdana menteri tetapi adalah menjadi keistimewaan PM untuk mengekalkan mana-mana menteri yang dia suka dalam kabinet. Oleh itu, memandangkan rakan-rakan Shahrizat dari Gerakan, MCA dan Umno pernah mendesak beliau untuk berundur, hanya Najiblah yang menjadi sebab beliau masih memegang jawatan. Dengan mengekalkan jawatan Shahrizat, Najib seolah-olah tidak sehaluan dengan ahli berpengaruh dalam parti beliau termasuk bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad dan bekas menteri perdagangan dan industri Rafidah Aziz. Walaupun Najib disyaki meminta Nazri Aziz, menteri di jabatan perdana menteri - yang dianggap jurucakap Najib, untuk menunjukkan bahawa ada pecah amanah dalam pinajaman kerajaan yang diberikan kepada NFC, tiada tindakan yang diambil terhadap keluarga Shahrizat. Nazri juga cuba menjual idea bahawa jika keluarga Shahrizat berjaya membayar balik pinjaman RM250 juta itu, beliau boleh tetap memegang jawatan. Adakah Nazri cuba memberikan jalan keluar untuk Shahrizat? Ada cakap-cakap dalam Umno bahawa Najib telah memberikan Shahrizat sehingga hujung bulan ini untuk berundur dengan rela hati. Beberapa orang pemimpin Wanita Umno pula sedang merancang untuk melakukan EGM bagi menyingkirkan Shahrizat daripada jawatan Ketua Wanita sekiranya beliau masih enggan berundur. Itu masih juga cakap-cakap sahaja dan bukan tindakan konkrit. Adakah Najib sedang memberi gambaran bahawa beliau adalah seorang yang baik dan pencegah rasuah tetapi harus bertindak dengan berhati-hati kerana hal dalaman? Umno boleh berbuat sesuka hati dengan masa yang mereka ada dan janji mereka itu pasti akan dilupakan. Contoh yang baik adalah Nazri sendiri di mana beliau ditugaskan untuk menyiasat Peguam Negara yang menggugurkan kes rasuah bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik setelah dibayar RM40 juta. Sebagai balasannya, Rahim melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti. Itu sudah bertahun-tahun lamanya dan sehingga kini, tiada tindakan yang di ambil. Najib sendiri yang menundakan tindakan yang harus di ambil Jadi apakah yang menghalang Najib? Ramai dalam Umno yang berpendapat bahawa PM dan penyokong beliaulah yang harus dipersalahkan dalam kes Shahrizat. Dalam usaha mereka menyingkirkan Shahrizat dan meletakkan Raja Nong Chik sebagai calon di kawasan yang telah lama menjadi kawasan wanita itu iaitu Lembah Pantai, seluruh jentera Umno dan juga kepimpinannya telah dilanda berita negatif. Hanya semalam, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang dianggap sebagai pencabar Najib untuk jawatan presiden, telah cuba membantu Shahrizat dengan mengatakan kepada beliau bahawa tidak perlu tergesa-gesa, beliau boleh buat keputusan setelah selesai siasatan polis dan SPRM. Walaubagaimanapun, jika dikira mengikut perkiraan masa dalam politik Malaysia, ia boleh mengambil masa berbulan-bulan ke tahun. Lihat sahaja kes Rahim! Dengan membuat kenyataan sebegitu, Muhyiddin sebenarnya memperjudikan dirinya sendiri. Ramai dikalangan pesaing politik beliau telah pun mengetengahkan bahawa beliau merupakan menteri pertanian yang menganugerahkan keluarga Shahrizat projek ternakan lembu NFC pada tahun 2006. Jadi masuk akal juga bahawa Muhyiddin sedang membantu Shahrizat untuk menutup perhal NFC. Perkembangan ini sememangnya memberi kelebihan kepada puak Najib. Ada pula puak Badawi-KJ yang patut dineutralkan. Mungkin inilah sebabnya mengapa Najib sedang mengambil masa dalam membuat keputusan untuk meminta Shahrizat berundur sedangkan segala fakta jelas membuktikan bahawa beliau harus berundur. Pemimpin PKR percaya bahawa mereka diberi maklumat mengenai kes ini daripada orang dalam Umno sendiri. Semestinya skandal NFC memberi bonus kepada Najib kerana membolehkan beliau memecahkan parti beliau yang sudahpun retak. Umno yang berpecah akan membantu Najib mengekalkan kuasa apabila pemilihan parti dijalankan pada akhir tahun ini dan untuk beliau kekal sebagai presiden. Najib akan dapat meletakkan orangnya di Lembah Pantai dengan mudah, menimbulkan syak wasangka dan menjadikan ia sukar untuk Muhyiddin yang sedang berhempas pulas sejak menyalahi Mahathir dengan polisi penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran matematik dan sains. Satu lagi kumpulan pesaing yang harus dineutralkan oleh Najib dengan skandal NFC adalah yang dikuasai oleh bekas PM Abdullah Badawi dan menantunya Khairy Jamaluddin. Daripada cara Khairy mempertahankan kes itu dahulu, sekarang beliau sudah diam seribu bahasa apabila bercakap soal Shahrizat. Tidak hairanlah kerana lelaki berusia 30-an graduan Oxford itu sudah menyedari pada saat akhir bahawa beliau sudah dipergunakan oleh musuhnya. Khairy dan Badawi didakwa menganugerahkan projek NFC kepada Shahrizat dan mengenepikan cadangan daripada firma-firma luar negara demi membantu beliau memenangi jawatan Ketua Wanita pada 2008. NFC adalah sebuah projek ternakan lembu yang berobjetif untuk memastikan Malaysia menghasilkan 40% daripada daging lembu untuk menjadikan harganya lebih murah untuk rakyat. Kajian terhadap rasuah : Inilah cara Umno Pada dasarnya, skandal NFC sebenarnya adalah satu petunjuk kepada cara sebenar Umno. Ia sebenarnya parti yang tidak bermoral dan ia tidak kisah akan segala permasalahan dan politik dalaman yang sedang diperhatikan oleh rakyat. Parti itu juga tidak kisah bahawa rakyat sedang diperbodoh-bodohkan oleh tindak-tanduk Najib. Ahli Umno juga sebenarnya tidak kisah bahawa parti itu sedang dimusnahkan oleh presiden dan orang-orangnya. Sekarang rakyat pasti faham mengapa menteri pertanian sekarang, Noh Omar yang mendakwa dirinya tahu dan punyai bukti dalam pencurian pasir oleh pemimpin PKR boleh sahaja berkata 'Uhhh, saya tak tahu' apabila ditanya jika ada elemen pecah amanah dalam cara Shahrizat menggunakan pinjaman RM250 juta kerajaan itu. Pemimpin PKR juga telah memberikan pihak media bukti bagaimana Shahrizat membelanjakan sebahagian besar wang pinjaman itu pada kondo mewah, kereta, kad kredit, percutian dan sebagainya. Pinjaman itu telah diberikan oleh kerajaan yang ditadbir Abdullah Badawi untuk memulakan projek NFC. Najib tidak akan singkirkan Shahrizat dalam masa terdekat Jelas juga sekarang mengapa Shahrizat enggan berundur walaupun didesak oleh orang kuat Umno seperti Mahathir dan Rafidah. Shahrizat mungkin tahu bahawa Najib tidak akan menyingkirkannya dalam masa terdekat. Beliau bukanlah seseorang yang sukar untuk diramal tindak tanduknya. Apalagi untuk ahli parti beliau yang sudah lama mengenali beliau. Beliau dan orang-orang beliau mungkin dengan tegas membuat komen dan menunjukkan bahawa mereka serius dalam membersihkan projek NFC termasuk mengeluarkan Shahrizat dari pentas politik. Tetapi sehingga mereka dapat menggunakan skandal itu sebagai kelebihan politik mereka dan apabila mereka tidak lagi memerlukannya, hanya pada masa itulah Shahrizat akan menghitung harinya. Kini, begitu juga dengan Muhyiddin. Jangkamasa yang beliau minta daripada Shahrizat adalah sehingga penyiasatan selesai. Itu pun masih samar-samar bila ia akan berlaku! Tetapi sudah pasti Shahrizat akan membida untuk pengunduran yang paling menguntungkan. Kerana beliau tahu beliau pasti pergi suatu hari nanti. Akhirnya, mereka yang kalah adalah rakyat Malaysia. Ini kerana apabila elit Umno sudah selesai dengan kepentingan mereka, rakyat akan dapati tidak banyak yang hilang daripada NFC. Segalanya dengan tidak semena-mena sudah dipulihkan dan tiada yang harus dihukum. Untuk mendakwa mereka atas tuduhan rasuah, itu sesuatu yang sememangnya tidak mungkin. Segalanya adalah kelemahan pihak pembangkang. SEMUANYA OK! Malaysia Chronicle |
PANAS!! Blogger haram mana pulak dahh... Posted: 23 Feb 2012 05:05 AM PST Bila Blogger Jadi Samseng Amat sedih bila baca blog rakan saya yang menyatakan betapa sedih dia bila ada rakan yang sepatutnya berjuang dengan dia, berlagak seperti samseng kerana mendapat sokongan pemimpin dalam parti tidak terhingga sampai langit dan bulan tidak di kenali. Dah lah kita semua sudah tahu bahawa dia pow kiri kanan sampai perut sudah buncit seperti Humpty Dumpty tetapi Blogger perut buncit ini mungkin tidak baca bahawa bila dia jatuh dan pecah di bawah, semua tentera bala nya tidak dapat cantumnya kembali lagi. Dalam dunia alam maya baru ini, kita terdiri dalam tiga golongan, yang berjuang Fisabilillah, yang berjuang kerana digaji seorang Pemimpin dan yang Blogger Lintah, yang akan pow kiri kanan tidak kisah dari mana dan tidak kisah apa yang keluar. Blogger Lintah yang tidak heran dengan parti kerana kebanyakkan daripada mereka bukan ahli parti dan tidak tahu maksud perjuangan. Ada seorang yang sudah dilantik oleh Kepimpinan Kedah yang jelas jelas adalah ahli PAS seumur hidup. Tetapi di ambil juga oleh kepimpinan Kedah kerana mungkin dia dapat jadi Trojan Horse untuk parti menang, tetapi trojan horse yang menulis melagakan semua tidak boleh menjamin masa depan satu parti kalau budaya ini di bawa kepada melagakan Pemimpin. Pejuang Fisablillah yang berjuang tanpa imbuhan atau fikir akan dapat apa apa sampai di akhirat bila dia boleh jawab apa dia buat untuk Agama Bangsa dan Negara. Beribu di alam maya yang ada dalam kumpulan masing masing tidak berbeza dari kepimpinan sekarang dan dalam parti pembangkang. Setiap satu ada pendirian masing masing tetapi hakikatnya adalah kesayangan dia kepada parti lebih daripada Blogger yang perutnya buncit hanya memikir tentang diri dia sendiri tanpa ada kasih atau sayang terhadap parti yang menjunjung depan kakinya. Dulu di bayar lima ribu sebulan untuk jatuhkan seorang pemimpin, sekarang di bayar sampai sejuta setahun untuk menjadi Trojan Horse dalam parti untuk malagakan semua sampai parti pembangkang dengan senang akan menjejak kaki ke dalam Putrajaya. Blogger yang perutnya buncit, yang di panggil Mammuu oleh rakan lintahnya tetapi tidak faham bahawa yang mengelilinginya sekarang hanya menunggu dia di heret ke muka pengadilan bersama sahabat karibnya untuk meluangkan masa di lokap Kamunting selepas Pilihanraya UMUM ke 13. Tak perlu beragak agak kerana kes demi kes yang di bawa terhadap rakan nya, ada juga nama Blogger perut buncit di bawa sebagai saksi pendakwa. Saksi pendakwa untuk sabitkan rakan nya sekali supaya dia tidak perlu lama di dalam, dan tidak perlu bayar berjuta dalam kes fitnah. Beratus kali Ketua Penerangan sudah beri taklimat supaya yang ingat dia hebat, rendah kan diri, turunkan tempo dan fokus kepada menang Pilihanraya UMUM ke 13, tetapi di dalam satu parti di mana perebutan kuasa dan budaya cantas terlalu meleluasa, bagaimana kita boleh hapuskan, kalau bukan dengan parti kalah dalam PRU 13 nanti. Hanya dengan kekalahan berikut, boleh beri kepimpinan kuasa untuk buang semua anasir jahat yang melanggar syariat dan hukum demi membuncitkan lagi perut mereka hanya pentingkan diri mereka sendiri, dan puak puak yang berlagak seperti mereka sudah jadi Perdana Menteri negara. Blogger Lintah ini sudah berlagak seperti samseng. Apa yang mereka tidak tahu adalah apa sebenarnya samseng dan bagaimana kalau samseng itu bertindak ? Mereka tidak faham kerana duduk dalam kumpulan yang berlagak hari hari seperti mereka adalah dewa seperti ketua pakatan mereka. Ahli PAS seumur hidup di Kedah, Perak sudah hancur kerana di lagakan Blogger perut buncit ini, dan Selangor berada dalam keadaan amat kritikal kerana semua dana sudah di makan perut buncit ini. Sampai yang perlu berjuang tidak dapat dana sampai tiga puluh sebulan untuk bayar broadband umobile mereka. Kerana berjuta sudah habis kenyangkan Blogger Perut Buncit yang sudah lupa langit dan bumi di mana. Jatuhkan semua pemimpin yang bersekongkol dengan mereka. Ini saja cara untuk menyelamatkan parti Agama dan Bangsa.- MR |
Gadis mentah tibai Uncle bengong... kahkahkah... Posted: 23 Feb 2012 01:30 AM PST Ketakutan Malaysia Baru-baru ini saya post pendapat saya tentang politik di Malaysia di status facebook saya. Salah satu berbunyi; "Kebanyakkan rakyat takut untuk berubah kerana TAKUT hilangnya Melayu." Saya petik sebuah syair Arab menyatakan, "sesebuah bangsa itu tidak akan hilang melainkan runtuhnya akhlak bangsa tersebut". Kemudian saya dapat satu private message di inbox Facebook saya menyatakan ketidakbersetujuan beliau dengan pendapat saya. Pertama kali saya dapat komen private sebegini mungkin juga kerana ini pertama kali saya dengan terang-terangan menyatakan pendapat politik saya yang mentah ini. Saya menulis di sini kerana saya kira ianya tanggungjawab saya sebagai gadis berusia 24 tahun, mengambil jurusan undang-undang yang suka ambil tahu dan mencari maklumat untuk mengetahui kebenaran kerana saya tidak suka menerima apa yang disuap sahaja. Dan semoga, jika Allah menyoal saya di akhirat kelak apa yang kamu lakukan untuk kebaikan Islam? Saya akan menjawab usaha saya yang satu ini untuk menyampaikan apa yang saya tahu supaya yang tidak tahu akan mengetahui dan pengetahuan saya tidak sia-sia. Sekurangnya saya berusaha. Private message tersebut berbunyi berikut: My opinion Salam "gadis", Melayu memerintah Kelantan sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan tapi yg menjadi kekhuatiran ialah orang Bukan Melayu (DAP atau parti yang mengikut telunjuk DAP) memerintah Persekutuan...Uncle tak khuatir kalau Melayu memerintah Persekutuan tak kira parti apa asalkan Melayu. DAP akan mengujudkan Malaysian Malaysia jika mereka memrintah, semua sama rata, tidak ada siapa yang mendapat keistimewaan. Orang Melayu lebih-lebih lagi di luar bandar masih belum boleh bersaing dengan bangsa asing seperti orang Cina terutama dalam bidang pendidikan & ekonomi. Uncle tak risau langsung kalau PAS betul-betul kuat, memerintah tanpa perlu kerjasama dengan DAP. Uncle menyokong Hudud... Sebagai orang Islam kita perlu sokong hukum Allah. Keadaan dalam negara kita membimbangkan, orang Cina dah naik kepala, tanpa segan silu mempertikaikan keistimewaan orang Melayu, mengejek-ejek orang Melayu, secara terbuka di fb mengkritik orang Melayu. Uncle takut kita jadi seperti Singapura... Itu pandangan Uncle sebagai orang tua yang makan lebih sikit garam daripada orang muda seperti "gadis".... Uncle memikirkan nasib anak cucu uncle ... Nauzubillah orang Cina memerintah kita ... Jawapan saya: Ya, saya sangat bersetuju dengan pendapat uncle tersebut. Saya juga mempunyai kerisauan yang sama sebelum ini. Tetapi selepas saya lihat semua keadaan, meneliti semua maklumat, kenaikan suara orang Cina memang tidak dapat dibendung lagi. Persoalan utama adalah tentang kebangkitan orang Cina yang akan menganggu gugat kedudukan orang Islam dan Melayu terutamanya. Seperti yang saya katakan tadi kebangkitan orang Cina tak dapat dibendung lagi terutama sokongan kepada DAP. Boleh dikatakan hampir 90 % daripada mereka menentang kerajaan. Oleh itu walau apa cara sekali pun, parlimen akan datang akan dipenuhi dengan orang Cina iaitu melalui kerusi-kerusi DAP dan mereka pasti akan memenangi kerusi tersebut dengan sokongan penuh orang Cina sekarang ini. SATU sahaja cara untuk membendung keberkuasaan orang Cina terhadap orang Melayu, iaitu orang-orang Melayu yang menyokong Umno sebelum ini menyokong PAS. Jika kita menyokong PAS bermakna PAS akan majoriti dalam Pakatan Rakyat. Mengapa saya menyatakan begini? Di dalam Pakatan Rakyat, mereka telah membahagi-bahagikan kerusi antara PAS, PKR dan DAP. Seperti kita tahu kerusi PAS adalah sekitar 80 kerusi PKR sekitar 90 dan dan DAP cuma 42. Mengapa kerusi PAS dan PKR lebih banyak? Kerana penentuan kerusi ini adalah berdasarkan populasi penduduk. Untuk kawasan Melayu, diletakkan calon PAS dan untuk kawasan Cina diletakkan calon DAP manakala pengundi campuran adalah PKR. Kita juga tahu Melayu adalah majoriti di negara ini. Sebab itu saya katakan, dengan satu cara sahaja untuk selamatkan keberkuasaan Melayu iaitu dengan cara semua orang Melayu mengundi PAS. Ini akan menyebabkan secara automatik majoriti kerusi parlimen akan dimenangi oleh orang Melayu melalui PAS. Dengan cara ini, Islam akan mampu mengubah keadaan parah Malaysia, bukanlah semata-mata untuk mencari kekayaan untuk keluarga sendiri seperti berlaku sekarang ini. Bayangkan apa yang akan berlaku apabila orang Melayu terus mengundi Umno (kononnya untuk menjaga kepentingan Melayu) dalam pilihan raya umum nanti ketika orang Cina sudah mengundi Pakatan atau jelas DAP dan PKR. Ketika itu, Umno akan menang sekitar 70 kerusi Melayu yang ditandinginya. PAS pula akan tinggal bawah 10 kerusi. DAP akan menang 40 kerusi yang ditandinginya manakala PKR akan menang 50 kerusi. Selebihnya dimenangi oleh parti-parti di Sabah dan Sarawak. Bayangkan scenario yang berlaku ketika itu. Negara tidak stabil. Kalau BN menangpun dengan kerusi yang majoriti kecil, dan Pakatan pula menjadi pembangkang dengan kekalahan yang kecil. Negara seolah-olah dikuasai oleh Melayu sedangkan pembangkang adalah Cina sepenuhnya. Negara tidak akan stabil. Malaysia akan menjadi sebuah negara yang politiknya bercorak dikotomi di mana kerajaan adalah Melayu manakala pembangkang pula Cina. Perkara ini adalah sangat tidak sihat kerana pentadbiran negara tidak akan fokus kepada mambawa kebaikan kepada semua pihak tetapi sesetengah pihak sahaja. Namun perkara ini boleh diimbangi dengan mengundi PAS yang sudah tentu orang Melayu dan Islam yang betul-betul mahu membela Islam dan juga Melayu. Ketika itu, Cina yang menyokong DAP akan bergabung bersama dengan Melayu yang menyokong PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Inilah formula kestabilan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Suasana kestabilan di bawah BN tidak boleh berlaku lagi kerana Cina sudah tidak bersama dengan BN kerana mereka menolak politik Umno. Tidak terfikirkah betapa orang PAS dan saya sendiri sayangkan bangsa saya, Melayu. Semua orang sayang akan bangsa mereka sendiri termasuk Cina, India dan lain-lain. Tetapi saya musykil betul kah Umno sayangkan Melayu itu sendiri atau sekadar gah dengan PERKASA Terlalu banyak pembelotan yang dilakukan Umno kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia sehingga kini. Tidak terfikirkah mengapa Cina begitu tegar menentang kerajaan BN sekarang? Tidak sedarkah kenapa mereka menuntut hak itu? Tidak sedarkah bahawa mereka menuntut hak tersebut KETIKA pemerintahan sekarang yang mengamalkan ketidakadilan, kronisme, penipuan dan rasuah. Sebab mereka sudah muak dengan sikap pemerintahan BN di mana bagi saya sangat melampau cara mereka menggunakan wang negara (sila rujuk laporan audit negara). Malaysia sangat kaya dengan gas, sawit, emas, getah, timah, dan banyak lagi, tetapi masih ramai lagi rakyat yang sangat miskin. Sedangkan negara kita kaya tetapi di sebabkan pemerintah yang tidak menguruskan negara dengan betul, Malaysia menjadi sekadar sebuah negara kroni sahaja. Jika dibandingkan dengan negara Arab Saudi yang jauh lebih berkebajikan walhal sumber hasil mereka cuma petrol dan gas tetapi mereka berjaya memberi pendidikan percuma, air percuma, harga minyak yang murah dan lain-lain keperluan asas rakyat yang wajib di penuhi pemerintah. KENAPA BUKAN MALAYSIA? Tentu Uncle fikir, kenapalah saya beriya sangat dengan politik ini sedangkan saya masih mentah? Sebelum ni saya tidak berapa kisah tentang politik. Bagi saya semua politik sama, ada kepentingan dan kotor. Tetapi tidak perasankah kita betapa teruknya gejala sosial sekarang dan Malaysia kita seperti tiada Islam lagi. Masyarakat sekarang dibentuk dengan hiburan yang berlebihan, sukakan hiburan, sistem pemerintahan yang tiada tarbiyah langsung terhadap masyarakat menyebabkan anak luar nikah dan zina tidak terbendung, terasa tidak selamat di negara sendiri dengan kadar jenayah yang meningkat, dan paling menyedihkan tiada lagi akhlak di kalangan kebanyakan anak muda yang bakal memimpin negara. Saya berfikir, dengan apakah supaya negara ini berubah? Saya mencari punca kenapakah negara ini menjadi sebegini rupa? Cuma satu penyelesaian saya jumpa iaitu dengan BERUBAH. Berubahnya cara pemerintahan negara dengan mengubah pemerintah tersebut. Untuk berubah, hanya dengan mekanisme politik dapat mengubah tampuk pemerintahan tersebut. Tahukah bahawa semua kerusi ibu negeri di setiap negeri sekarang seperti Kuantan, Shah Alam, Alor Star, Ipoh, Seremban, Melaka dan lain-lain ibu sudah dimenangi Pakatan Rakyat kecuali Arau sahaja yang tidak dimenangi? Mengapa mereka yang berada di kawasan membangun ini memilih untuk berubah dan tidak di lain kawasan? Kerana mereka cakna dengan maklumat dan boleh mengakses maklumat dengan menggunakan teknologi yang ada dan tidak menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh media utama seperti mana yang dimahukan kerajaan. Ketahuilah, kebanyakan masyarakat sekarang mengalami KETAKUTAN disebabkan media. Saya gelar itu sebagai 'media freak' kerana media sering memomokkan betapa Melayu akan hilang dengan berubahnya tampuk pemerintah. Tidakkah anda sedar bahawa sistemnya masih sama di mana di dalam BN, terdapat MCA dan MIC manakala di dalam PR terdapat PAS, PKR dan DAP. Namun keduanya amat berbeza dari segi perjuangan iaitu BN memperjuangkan kronisme manakala PR memperjuangkan kebajikan dan keadilan untuk rakyat. Merujuk kepada buku Jingga iaitu tawaran daripada PR, tiada apa yang berbeza dengan keistimewaan hak orang Melayu di mana mereka masih mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu dan Islam sebagai sebagai agama rasmi, kedudukan raja-raja Melayu dan juga bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Kenapa masih takut? Takut bahawa PAS akan ikut telunjuk DAP? Ia akan berlaku kalau PAS minority tetapi jika PAS majority dalam kerajaan berkenaan, DAP akan mengikut telunjuk PAS. Jika anda lihat debat antara DAP dan MCA, anda akan lihat siapa yang mengikut telunjuk siapa selama ini. Kata Chua Soi Lek presiden MCA; "Kita orang Cina berani menentang Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini?" kemudian Lim Guan Eng, Setiausaha DAP menjawab; "Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita". Anda bijak, anda yang menilainya. Bukankah Allah sudah berjanji Islam itu rahmatan lil a'lamin (rahmat untuk seluruh alam) tidak kira bangsa dan agama. Kenapa perlu terlalu takut? Takut dikatakan tidak mengenang jasa? Bukankah sememangnya tanggungjawab kerajaan untuk membina negara? Tapi negara seperti apakah yang sedang di bina sekarang? Negara korupsi dan kronisme? Kata akhir saya, jadilah warga yang CAKNA. Jangan sekadar menerima apa yang disuap, dapatkan juga maklumat lain supaya kita dapat membuat perbandingan dan menilai dengan bijak. Selainnya, terserah pada semua untuk membuat pilihan. Sekian, maaf jika saya yang sekadar memerhati dan masih mentah ini menyinggung mana-mana pihak. |
Khas untuk bangsa UMNO saja... kahkahkah... Posted: 23 Feb 2012 12:00 AM PST Kg Dacing di N.Sembilan tak ada bekalan air hingga kini Di Lenggeng, N.Sembilan ada sebuah Kampung yang bernama Kampung Daching (merupakan lambang BN) tapi yang sedih dan malang lebih 11 tahun seramai 20 keluarga masih belum mendapat bekalan air. Selama 11 tahun mereka menggunakan air hujan untuk minuman, memasak, mencuci dan mandi. Mungkin nama Kg Daching tidak sesuai dan lebih elok namanya ditukar kepada Kg Bulan Purnama – dari Facebook Zulkefly Mohamad Hj Omar. ******************************* Dry jokes are not funny in Justice Village The folk of Kampung Dacing Hilir are happy only when the heavens open. LENGGENG: Their village takes its name from the scales of justice that we see on the ubiquitous Barisan Nasional (BN) flags, but the folk of Kampung Dacing Hilir think it is all a bad joke. They have been waiting for the BN government to supply them with running water since it gave their community its name 11 years ago. "What justice are you talking about when all we have for drinking water is acid rain?" said villager Kamarudin Lajis, 47. "We have been living like this for more than a decade." Kampung Dacing Hilir is about 25km from Seremban. When it rains, the 20 families that live there catch the water in large zinc and PVC containers for washing, cooking and drinking. What happens when it does not rain? "In dry seasons, we have no choice but to fork out hard-earned money for bottled mineral water or the distilled water that they have in those vending machines," Kamarudin said. According to him, the villagers in fact use rain water only during rainy seasons. "If it rains only occasionally, the water has an acidic smell and is bitter on the tongue. We avoid it for the sake of our health." A couple of years ago, the authorities laid water pipes that run across the front yards of all the houses in the village, but these have yet to be connected to the mains. "I complained twice to SAINS (Syarikat Air Negri Sembilan) last year, but they told me it's not their responsibility," said villager Zaiton Idris, 47. "I bought two large PVC containers to catch the rain water for everyday use. But the water is not always clean. Sometimes, if I use it for bathing, I get itchy all over." Wrong authority It appears that the villagers have been complaining to the wrong authority. According to Azlan Abdul Aziz, SAINS's manager for customer services, they should have complained to the district office. "We cannot supply piped water to rural areas unless directed by the district office," he told FMT. "If the district office receives a complaint from the villagers and makes an application to SAINS, then we will take action." Nevertheless, he promised that he would investigate any complaint lodged with SAINS. The State Assemblyman for Lenggeng, Mustafa Salim, called for patience, saying the problem would be solved soon. He said SAINS was the midst of negotiations with a contractor to connect the pipes to ensure social justice for the folk of Kampung Dacing Hilir. |
Mat Sabu dah kena reject, sakit kulit la dia... Posted: 22 Feb 2012 10:00 PM PST Mahkamah tolak permohonan Mat Sabu ketepi kes fitnah Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas. GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk mengetepikan kes fitnah mengenai isu komunis Bukit Kepong terhadapnya. Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka di Bukit Kepong, dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas. Hakim Mohd Amin Firdaus Abdullah dalam membuat keputusan itu juga menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan kes bicara itu sehingga rayuan dikemukakan di Mahkamah Rayuan. Hakim itu memerintahkan perbicaraan kes itu diteruskan di Mahkamah Sesyen, Butterworth. Mohamad Sabu, 57, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, memohon mengetepikan pertuduhan itu pada Januari lepas. Pada 21 September tahun lepas, Mohamad Sabu dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Butterworth dan meminta dibicarakan. Pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka. Mohamad Sabu didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 23 Ogos tahun lepas di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam Al-Fahmi, Markas Tarbiyah PAS, Padang Menora, Tasek Gelugor. Sementara itu, peguam yang mewakili Mat Sabu, Muhammed Hanipa Maidin ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi itu. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim dan Yusaini Amer Abd Karim. - Bernama |
Dulu PR sanjung melambung, la time BN jilat punggung... Posted: 22 Feb 2012 08:00 PM PST Raja Petra dijulang, Najib 'gadai akidah' HAIRAN bila kebelakangan ini, seorang yang melarikan diri daripada polis, boleh menjadi sumber berita kepada media arus perdana dan diberi liputan yang baik seperti seorang negarawan yang kata-katanya menjadi ulasan dan perhatian banyak pihak.Raja Petra Kamaruddin adalah seorang pelarian. Khabarnya polis tidak dapat mengesan di mana dia menetap sekarang. Khabarnya juga, polis tidak tahu di mana dia berada kerana ada kes yang dia perlu selesaikan dengan pihak polis, khususnya kes tuduhannya terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan wanita Altantuya Shaaribu. Tiba-tiba, dia boleh diwawancara oleh media pro Umno. Dia mendapat tempat istimewa di dada akhbar yang selama-lamanya mahu menobatkan blogger kaki syak wasangka ini sebagai seorang yang banyak tahu dan banyak menyimpan rahsia. Apakah, dengan kenyataan demi kenyataan, tuduhan-demi tuduhan yang dilemparkannya boleh menyebabkan dia terlepas dari siasatan polis? Apakah dia seorang insan istimewa dan akan dijadikan "pusat sumber" bagi menyerang dan memfitnah musuh Umno? Terbaru, dia mendakwa dua Adun Parti KeADILan di Selangor, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafie dan Adun Batu Caves, Amiruddin Shari dalam isu penyelewengan pasir di Selangor dan misteri kematian Patrick Wong. Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein meminta Raja Petra Kamaruddin menyarankan pengendali portal berita Malaysia Today itu membuat laporan polis berhubung dakwaannya itu. Apa yang pelik, Hishammuddin tidak pula mengarahkan polis mengesan Raja Petra dan membawanya balik ke Malaysia untuk polis menghabiskan siasatan terhadap dakwaandakwaannya selama ini terhadap isteri Perdana Menteri. Raja Petra tidak boleh dilepaskan begitu sahaja dan tidak boleh dimaafkan dengan pelbagai kekecohan yang dia timbulkan selama ini. Jika serius, siasatan bagaimana dia boleh terus hidup mewah dan bebas di luar negara dan kemudian, menjadi sumber berita yang begitu mustahak. Undang-undang Malaysia mesti dilaksanakan. Jangan kerana dia dilihat menyebelahi kerajaan dan Umno, dia seperti orang penting yang dilindungi daripada sebarang siasatan dan pendakwaan. Yang salah tetap salah walaupun dia penyokong kerajaan dan yang salah tetap salah walaupun dia menguntungkan kerajaan dan Umno. Terbaru, Raja Petra Kamaruddin mendakwa Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mungkin terlibat dengan pendedahan isu NFC yang melibatkan keluarga Ketua Pergerakan Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil dan Raja Nong Chik sudah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah kepada dirinya. Siapa Raja Petra Kamaruddin yang begitu kebal ini? Apa kelulusan pengajiannya? Apa pengkhususan pengajiannya? Siapa dia sebelum tragedi pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dari kerajaan dan Umno? Apakah dia seorang wartawan atau editor dari mana-mana media? Atau dia muncul untuk kepentingan dirinya sendiri, mencari makan hasil membuat pelbagai onar dan dakwaan yang akhirnya tidak dapat dibuktikan dakwaannya itu berasas. Malaysia tidak memerlukan penulis blog seperti Raja Petra Kamaruddin walaupun dakwaannya sentiasa menjadi "rebutan media pro Umno" kebelakangan ini. Penulis seperti ini mesti berani berpijak di bumi nyata. Jika dia benar, balik ke Malaysia dan hadapi semua siasatan yang hendak dikenakan terhadap dirinya. Ramai yang khuatir jika dakwaan tidak berasas itu menjadi amalan biasa kepada mereka yang laparkan maklumat. Maklumat tidak mestinya benar walaupun mereka sediakan dengan pengakuan bersumpah sekali. Fitnah juga boleh dijadikan maklumat. Jadi, semua pihak kena berhati-hati menerima apa-apa maklumat terutama dari mereka yang melarikan diri daripada siasatan polis. Kebetulan, pendedahan Raja Petra dibuat, rakyat Malaysia sedang bercuti menyambut Maulidul Rasul dan cuti perayaan Thaipusam bagi penganut Hindu. Keghairahan Dato' Seri Mohd Najib Razak dan isterinya hadir ke Batu Caves kerana mahu menarik perhatian kaum India yang berpesta di situ menyebabkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkannya sebagai mengadai akidah. Tiada respon dari Najib bila Mufti Perak mengeluarkan kenyataan tersebut. Media pro Umno tidak memberi liputan mengenai kenyataan Mufti Perak tersebut tetapi di beberapa portal berita menyiarkannya. Antara lain, kata Mufti Perak, beliau sudah beberapa kali menegur perbuatan Perdana Menteri itu tetapi tidak dipedulikan, malahan Najib meneruskan kegiatannya itu selama tiga tahun berturut-turut. Harussani juga mengatakan bahawa Perdana Menteri sebelum Najib tidak meraikan Thaipusam dengan pergi ke Batu Caves seperti Najib dan Rosmah yang mendapat kalungan bunga malai terbesar melainkan menghantar wakil seorang menteri yang beragama Hindu untuk mewakilinya. Bagaimana Najib mahu menjawab teguran Harussani ini? Mana menteri agama yang Najib lantik dalam kabinet bila berlaku perkara seperti ini. Malahan, Mufti Perak mengatakan perbuatan Najib itu boleh menyebabkan syirik. Penasihat-penasihat agama kepada Perdana Menteri senyap. Orang-orang kanan Najib juga mendiamkan diri. Pengarang-pengarang suratkhabar yang selama ini menuduh Islam PAS tidak betul, Umno membangunkan Islam dan Umnolah yang mempertahankan Islam sudah kelu lidah mereka. Lebih malang, tidak ada mufti lain yang selama ini menyerang kegiatan PAS mahu bercakap mengenai Perdana Menteri mengadai akidah bila beliau ke Perayaan Thaipusam. Apakah mereka belum tahu yang Najib dan Rosmah ke Batu Caves atau mereka tahu perbuatan itu salah tetapi tidak berani menegurnya. Ramai juga yang bimbang, jika ada orang yang mengaku pandai agama menyalahkan Mufti Perak bila Mufti Perak menegur buat kali ketiga kepada Najib, yang cukup ditakuti oleh orang lain ini. Apakah Najib akan patuh kepada teguran ini atau Najib kurang senang dengan Mufti Perak selepas ini? Sebagai Perdana Menteri, Najib sebenarnya perlu mendapatkan nasihat mereka yang tahu dalam bidang-bidang tertentu untuk menghadirkan diri atau melibatkan diri. Jika dia sebagai Perdana Menteri yang sering mendabik dada mengatakan sebagai seorang Islam di sebuah negara Islam, tidak perlu sampai mengadaikan akidah sebagai seorang Islam. Tindakan Harussani itu betul, berkata benar di hadapan pemimpin yang sedang berkuasa dan sepatutnya semua Mufti lain, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap agama di Malaysia, menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan bukan sibuk untuk mencari tempat bertanding dalam PRU13. Dakwaan menyalahgunakan wang zakat, pendakwaan terhadap pegawai-pegawai Tabung Haji dalam isu "haji ekspres" dan keraguan dalam hal wang Yayasan Takwa menyebabkan dia mungkin tidak mempunyai cukup kebebasan bercakap mengenai kehadiran Perdana Menteri di Perayaan Thaipusam. |
Takkan Anwar tak paham-paham lagi kot... Posted: 22 Feb 2012 06:00 PM PST Datuk Seri Anwar, Palestin dan Israel Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung 'keselamatan Israel' yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu. Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulamak PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel. Majlis Syura Ulamak juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama. Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit. Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak, iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini. Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram. Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu. Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun. Nik Abdul Aziz Nik Mat. PNB Darby Park, Kuala Lumpur. 29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012. |
Posted: 22 Feb 2012 04:00 PM PST Syeikh Yusuf Al-Qardhawi Minta Semua Negara Arab Lindungi Al Aqsa Dr. Yusuf Al-Qardhawi, ketua persatuan ulama dunia sekaligus sebagai ketua dewan pengasas Al-Quds Institution Antarabangsa menyeru bangsa Arab melindungi Masjid Al-Aqsa. Qardhawi juga menyeru masyarakat Arab untuk menghalang semua ancaman yahudi yang akan menghancurkan Masjid Al-Aqsa, sebagai awal dibangunya kuil impian mereka. Dalam pada itu, Qardhawi memberi amaran, kumpulan-kumpulan yahudi radikal atas penodaan mereka terhadap Al-Aqsa, selain berulangkalinya serbuan mereka ke Al-Aqsa. Ia menegaskan, Al-Aqsa adalah "garis merah" yang tidak boleh diganggu sama sekali. Ketua ulama dunia ini menyeru rakyat Palestin baik yang ada di Tebing Barat dan Jalur Gaza, bangsa Arab Mesir, Jordan, Syria dan negara jiran untuk melakukan intifadah melindungi Al-Aqsa dan membebaskannya dari penjajahan Zionis. Ia juga mengingatkan Zionis bahawa umat Islam saat ini sedang mengalami musim semi Arab. Mata dan telinga mereka sentiasa tertuju pada yahudi. Mereka tidak tidur. Hari Ini, Kumpulan Wanita Yahudi Berencana Serbu al Aqsa Sementara sebelumnya, lembaga Al-Quds antarabangsa telah memberikan peringatan pada semua tentang makin tingginya ketegangan serta serbuan yahudi radikal ke Al-Aqsa. Mereka sedang mempercepatkan projek yahudisasinya dengan merancang pembahagian Al-Aqsa. Bahkan sebelumnya, mahkamah tinggi Zionis membenarkan kumpulan yahudi radikal melakukan aktiviti keagamaanya di dalam masjid Al-Aqsa, tanpa aturan apapun. Pimpinan agama dan nasional Palestin di bandar al Quds menyeru kaum wanita Palestin, terutama yang ada di kota al Quds dan wilayah Palestin terjajah tahun 1948, untuk menuju ke masjid al Aqsa guna menghadang kumpulan-kumpulan wanita Zionis yang menyeru penyerbuan masjid al Aqsa secara berkala. Pimpinan Palestin di al Quds menyeru kaum muslimah yang boleh ke al Quds agar berangkat dan berada di dalam masjid sejak awal pagi, untuk menghalang kumpulan-kumpulan wanita Yahudi yang menyatakan tekadnya melalui laman-laman internat mereka untuk menyerbu masjid al Aqsa pagi ini, guna menyelenggarakan ritual -ritual agama dan al kitab. Sebelumnya organisasi wanita ekstrimis Zionis yang menyebut diri mereka "Forum Wanita untuk Kuil" mengumumkan tekadnya untuk menyerbu masjid al Aqsa Selasa pagi mulai jam lapan pagi waktu tempatan. Mereka mengatakan akan membuat penyerbuan berterusan ke masjid al Aqsa dengan memperuntukkan dua hari setiap bulan untuk menodai masjid al Aqsa. Mereka menyeru semua wanita "Yahudi Religon" melalui laman-laman internet, untuk mengadakan serangan ke masjid al Aqsa. Mereka menjelaskan bahawa Rabi Ety Elizur yang akan mengetuai kumpulan wanita Yahudi menyerbu masjid al Aqsa dan mendapatkan izin sekaligus perlindungan dari polis Zionis Israel. Sebelum ini, para penduduk pendatang Zionis menyerbu masjid al Aqsa dengan mendapatkan perlindungan pasukan polis Zionis Israel, demikian ditegaskan para saksi mata yang ada di dalam masjid al Aqsa. |
Ca teka Dr Asri ni tibai sapa... kahkahkah... Posted: 22 Feb 2012 02:30 PM PST Perjuangan bangsa boleh menjadi 'asabiyah' yang ditentang Islam, kata Dr Asri KUALA LUMPUR, 22 Feb — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata perjuangan atas nama bangsa boleh menjadi "asabiyah" yang ditentang Islam menambah ia boleh membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada bangsa lain. Bagaimanapun beliau berkata Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan bangsa sendiri jika ada keperluan ke arah itu selain tidak mewujudkan permusuhan dengan bangsa lain. "Ada pun asabiyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada pihak lain," katanya dalam satu kenyataan. "Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain." Asri (gambar) berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu perlu mempertahankan hak mereka di negara ini selain mengatakan Nabi Muhammad juga berbuat demikian. Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada bangsa Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka. "Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya. "Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu," katanya pada pelancaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan "Jati" pimpinan Datuk Dr Hasan Ali semalam. Jati merupakan platform terbaru Hasan selepas dipecat PAS awal Januari lalu untuk meneruskan agenda memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu. Tambah Asri, usaha memartabatkan bangsa bukan prinsip perjuangan Islam namun boleh menjadi keperluan sementara apabila keadaan mendesak. "Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa," katanya menambah prinsip Islam melampaui semua aspek termasuk bangsa. "Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji." Beliau menambah perjuangan menentang bangsa lain bukan ajaran Islam. Sementara itu Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata kenyataan Harussani itu perlu diteliti dengan sebaik-baiknya kerana ia bertentangan dengan fakta sejarah. "Kenyataan itu perlu teliti dan diteliti. Dari sudut perkataan nabi dan sejarah nabi, memang tidak ada fakta seperti itu. "Tentang pertahan kaum, nabi suruh pertahan yang hak dan yang benar. Kena bela kaum masing-masing tapi bukan atas asas kezaliman," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau juga menambah "asabiyah" ditolak Nabi Muhammad kerana bertentangan dengan ajaran Islam. The Malaysian Insider |
Posted: 22 Feb 2012 12:00 PM PST KUALA LUMPUR — Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini. Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau. Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat". Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan. "Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam," kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini. Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan