Anak Sungai Derhaka |
- Rosmah hanya mangsa keadaan - Najib
- Scandal NFC: Scandal NFC: Jangan jadi alat pembangkang! kata Wanita UMNO Johor kepada Rafidah Aziz...
- Khir Toyo kata Najib dan Muhyiddin akan gagal rampas Selangor
- Video: Shahrizat jawab serangan Rafidah Aziz..
- Video: Khairy Jamaluddin Vs Rafizi Ramli Debate [FULL 1:28:42 sec duration]
- Timb. Ketua CID nasihat Guan Eng buat laporan terhadap Papagomo, Pisau.net dan UMNO Online.
Rosmah hanya mangsa keadaan - Najib Posted: 04 Feb 2012 08:29 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mula bersuara berkenaan berita terbaru yang melaporkan isterinya telah membeli 61 helai pakaian dari butik terkemuka di Sydney dengan nilai kira-kira RM323, 000. "Ia adalah cerita liar yang ditokok tambah yang sengaja direka untuk menjejaskan persepsi rakyat terhadap pemimpin mereka," kata Najib di Twitter pada hari Rabu. Najib dakwa laporan disasarkan untuknya Pengkritik menuduh Rosmah Mansor, 60 tahun sebagai 'racun' bagi suaminya yang sedang berusaha daripada disingkirkan dari parti Umno. Kerana tidak popular, Rosmah sering menjadi sasaran mudah akibat caranya yang agresif dan lantang. Walaupun berpendidikan tinggi dan kuat semangat, sikapnya yang sukakan gaya hidup yang bercitarasa tinggi dan mahal telah menjadi kelemahannya. Najib yang banyak memberi kuasa membuat keputusan kepada Rosmah, khususnya dalam tawaran perniagaan yang besar, telah juga mencipta lebih banyak musuh dikalangan tokoh-tokoh korporat yang mengadu dalam diam akan caranya yang keterlaluan. "Saya telah berulang kali mengingatkan Najib. Sudah tiba masanya Najib mengawal beliau. Dia mesti mengajarnya supaya dia sedar. Dia mengecewakan rakyat dan ini mengakibatkan Najib menanggung semua cemuhan dan menjadi sasaran. Tetapi akhirnya, Malaysia juga akan mendapat nama buruk. Sekarang tahukah anda bahawa orang sedang mencari Imelda Rosmah, dan mereka kata dia dari Malaysia. Apakah ini baik atau buruk? Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR, berkata kepada Malaysia Chronicle. Pengkhianat dari Umno Pemimpin PKR menolak komen Najib yang mendakwa dirinya menjadi sasaran pembangkang, dia sebenarnya boleh merujuk kepada orang-orang Umno juga. Walaupun Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ketua Pembangkang sudah semakin popular , namun bahaya yang lebih besar kepada Najib terletak dalam Umno itu sendiri, di mana timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dipercayai akan berkomplot untuk menjatuhkan beliau. Spekulasi hangat mengatakan bahawa Mahathir akan bekerjasama dengan Muhyiddin atau sepupu Najib sendiri Hishammuddin Tun Hussein untuk merebut jawatan presiden Umno daripada Najib. Mahathir berminat untuk anaknya Mukhriz untuk mengambil alih daripada salah seorang daripada orang-orang ini selepas mereka telah menghabiskan tempoh di pejabat. Mengikut konvensyen, Presiden Umno adalah Perdana Menteri kerana ia adalah parti terbesar dalam Barisan Nasional untuk memerintah. Walau bagaimanapun, ini hanya boleh digunakan jika BN memenangi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi. "Daripada apa yang kita tahu ini jelas telah dibocorkan daripada seseorang yang sangat arif akan jadual peribadi Rosmah. Ia mungkin seseorang dalam Umno," naib presiden PKR, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. Siapa berbohong; Rosmah, pereka atau wartawan? Skandal terbaru meletus pada bulan lepas apabila seorang penulis fesyen Australia membongkar cerita tentang percutian membeli-belah Rosmah. Pereka pakaian empunya butik dimana Rosmah telah membeli-belah, kemudian mengeluarkan penjelasan yang nampaknya tidak seperti menafikan cerita itu. Carl Kapp hanya menegaskan yang beliau tidak pernah menyebut jumlah AUD100, 000 atau RM323, 000 tetapi tidak pernah menafikan yang Rosmah membelanjakan amaun yang sedemikian di butiknya. Beliau juga mengesahkan ada pembelian tetapi hanya menafikan yang beliau akan datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil pesanan khas tidak lama lagi. Panas setelah keluarnya penjelasan itu, wartawan fesyen Australia Patty Huntington mendedahkan secara terperinci dalam beberapa e-mel blognya antara dirinya dan Kapp, dalam usaha untuk mempertahankan kebenaran artikel asal beliau yang mencetuskan berita sensasi itu. Ini menyebabkan rakyat Malaysia sekali lagi tertanya-tanya jika Rosmah telah cuba untuk menutup perkara itu dengan memujuk Kapp untuk memujuk Patty. Rosmah yang merupakan bekas pegawai bank, tidak pernah sunyi dari kontroversi. Dia telah menafikan membuat pembelian ke atas cincin berlian yang bernilai USD 24 juta, namun sehingga sekarang, maklumat yang didapati dari Jabatan Kastam dan Eksais masih kabur dan ramai di kalangan rakyat Malaysia percaya akan spekulasi itu. Pentadbiran suaminya merupakan yang paling lemah sejak kemerdekaan Malaysia. Ia termasuk sentimen perkauman dan ketaksuban agama yang paling tinggi dalam usaha memancing undi, amalan rasuah berleluasa dikalangan Najib dan rakan-rakan parti yang tergesa-gesa merebut kekayaan negara sebelum PRu ke-13 sebelum parti mereka disingkirkan daripada kuasa – buat pertama kalinya sejak 1957. Oleh Melissa Lee, Malaysia Chronicle |
Posted: 04 Feb 2012 04:02 AM PST 4 Februari 2012 JOHOR BAHRU - Wanita Umno Johor meminta pemimpin-pemimpin parti tidak menjadi ejen pembangkang dengan mengiyakan segala pertuduhan tentang Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan tindakan meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya meletakkan jawatan parti serta Kabinet. Ketuanya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis tentang NFC sedang berjalan dan semua pihak perlu menghormatinya. "Sekiranya Datuk Seri Shahrizat didapati bersih oleh SPRM dan polis, mengapa pula (bekas Ketua Wanita Umno) Tan Sri Rafidah Aziz pula perlu mendesak untuk membuang seorang pemimpin yang sentiasa memberi fokus kepada isu-isu akar umbi dan rakyat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Beliau berkata, Rafidah ketika menjawat jawatan Ketua Wanita Umno dan menteri Kabinet, sering menasihatkan anggota parti dan Wanita Umno supaya sentiasa mempertahankan parti serta negara, sebagaimana dilakukan Shahrizat. Menurut Sharifah Azizah, Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno sentiasa mempertahankan negara dan parti walaupun hebat diserang daripada pelbagai sudut oleh pembangkang dan pemimpin-pemimpin mereka. Selain Ketua Wanita Umno, Shahrizat juga merupakan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sharifah Azizah mengulas kenyataan Rafidah, yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri baru-baru ini yang meminta Shahrizat meletakkan jawatannya di dalam parti berikutan kontroversi NFC. Ketua Wanita Umno Johor itu berkata, Shahrizat telah memberi ruang seluas-luasnya terhadap pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan tentang NFC dilakukan perlu dipuji. Sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Wanita Umno, Shahrizat menurut beliau telah berjaya mengarusperdanakan perjuangan Wanita Umno di seluruh negara dan usaha Shahrizat itu perlu diteruskan. Pembangkang kata beliau sebenarnya ketakutan dengan program gelombang merah Wanita Umno di seluruh negara menerusi Skuad Syang dan pelbagai lagi, menyebabkan mereka membuat serangan bertali arus terhadap Shahrizat. "Pembangkang sebenarnya sedang ketakutan," katanya sambil menambah, pemimpin parti tidak perlu meniru Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup mengadai segala-galanya hanya untuk merebut jawatan. Sinar Harian |
Khir Toyo kata Najib dan Muhyiddin akan gagal rampas Selangor Posted: 04 Feb 2012 01:26 AM PST SHAH ALAM: Dr Mohd Khir Toyo meramalkan peluang BN untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 adalah 50-50. Bekas menteri besar Selangor itu mendakwa pegundi bukan Melayu belum kembali kepada BN ekoran komponen penting gabungan itu- Umno lebih cenderung untuk mendapatkan pengundi Melayu sahaja. "Program turun padang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya untuk mendapatkan semula pengundi Melayu. "Di Selangor yang buat program ialah Umno tetapi MCA dan MIC tidak buat. Akibatnya, pengundi bukan Melayu belum kembali menyokong BN. "Saya juga nampak perkauman masih berlaku kerana ketiga-tiga parti itu membuat program berdasarkan kaum. Kalau program Umno, orang Umno berucap, orang Umno hadir. Kalau MCA buat untuk MCA, begitu juga MIC," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam. 52 peratus pengundi bukan Melayu Beliau berkata, BN tidak boleh menang jika mengharapkan pengundi Melayu sahaja kerana 52 peratus jumlah pengundi Selangor adalah bukan Melayu. Dr Khir berkata, beliau telah membuat perkara yang sama seperti dalam pilihan raya umum 2008 dan keputusannya pengundi bukan Melayu menolak BN. "Ini kesilapan pada 2008. Umno membuat program tetapi komponen BN tidak melakukan seperti yang kita (Umno) buat. Hasilnya orang Melayu mengundi kita tetapi orang Cina dan India mengundi Pakatan Rakyat," katanya. Dr Khir merujuk kepada pelbagai program turun padang yang dibuat oleh Najib dan Muhyiddin untuk merampas semula Selangor setiap bulan di negeri itu. Adun Sungai Panjang itu berkata, program Najib dan Muhyiddin itu itu hanya menarik sokongan pengundi veteran iaitu yang berumur 50 tahun dan ke atas. Pusingan akhir Katanya, ini tidak memberi faedah kerana pengundi berusia sudah membuat pilihan parti mana yang mahu dipilihnya. "Kena buat untuk kumpulan umur 21 hingga 30 tahun kerana golongan ini tidak ada apa-apa keputusan tentang politik. Mereka mungkin telah mendaftar tetapi belum tentu keluar mengundi atau tidak daftar. "Kena buat program dengan cepat dari sekarang kerana sudah berada di pusingan akhir sebelum pilihan raya," tambahnya. Mengenai kekalahan BN Selangor pada pilihan raya umum 2008, Dr Khir berkata, ia berpunca dari banyak faktor. Bagaimanapun, bekas menteri besar Selangor itu menolak dakwaan tindakan beliau memberi penyapu kepada kaki tangan kerajaan sebagai faktor utama kekalahan BN. Penyapu bukan sial "Saya tidak percaya penyapu membawa sial. Pegawai sudah setuju, saya hanya jalankan tugas," kata beliau. Dr Khir berkata, antara isu nasional yang membawa kekalahan BN di Selangor ialah kelemahan kepimpinan negara, kenaikan harga minyak, tidak membayar bonus pekerja awam, isu ekonomi dan faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim. Manakala isu tempatan ialah perobohan kuil Hindu di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam yang mendapat bantahan masyarakat India. Tetapi Dr Khir menjelaskan mahkamah mengeluarkan perintah membenarkan kampung itu dirobohkan. "Pegawai MBSA yang merobohkan kampung itu hanya menjalankan arahan mahkamah," katanya. Free Malaysia Today |
Video: Shahrizat jawab serangan Rafidah Aziz.. Posted: 03 Feb 2012 09:38 PM PST Dalam Video ini Shahrizat disamping menjawab desakan Rafidah Aziz, beliau mempertahankan pendiriannya iaitu tidak akan berundur dari Jawatan Ketua Wanita UMNO manakala jawatannya di dalam kabinet di serahkan kepada Najib untuk buat pertimbangan. Pendirian beliau itu telah mendapat sokongan daripada pemimpin Wanita UMNO yang menegaskan Sharizat tidak harus dipersalahkan di atas masalah syarikat yang dimiliki suaminya.. ha.. Wanita UMNO sendiri dah akui Syarikat suami Shahrizat bermasaalah. Bagi aku.. ada juga betulnya apa yang Shahrizat jelaskan tentang jawatannya sebagai Menteri itu, beliau telah ditolak oleh rakyat tapi dilantik sebagai Senator seterusnya sebagai Menteri oleh Najib. Lagipun.. kalau diletakkan jawatan.. maka kekebalan pun hilanglah.. Jadi sekarang segalanya terletak pada tangan Najib, mahu kekalkan atau singkirkan.. Tapi mana mungkin Najib akan mematahkan tulang belakang UMNO nih! Ya lah.. kekuatan UMNO sebenarnya terletak pada Wanita.. ini orang UMNO sendiri kata. Saksikan apa yang Shahrizat kata tentang desakan Rafidah Aziz!! Jalan yang ada untuk menyingkirkan beliau dari kabinet malah menyingkirkan juga manusia yang telah mengutipnya kembali setelah dibuang rakyat ialah.. undi apa saja.. Asal Bukan UMNO dalam PRU13 ini.. Ini selingan.. |
Video: Khairy Jamaluddin Vs Rafizi Ramli Debate [FULL 1:28:42 sec duration] Posted: 03 Feb 2012 08:32 PM PST Sebelum itu.. Syabas buat Rafizi dan juga Khairi kerana telah membuktikan mereka adalah proffesional dan lebih baik kebanyakkan pemimpin yang ada dalam negara kita sekarang ini.. Terutama sekali mamat yang berbuih mulutnya semasa berdebat dengan DS Anwar Ibrahim suatu masa lalu.. Berikut adalah full version video debat Rafizi Vs Khairy di London beberapa hari yang lalu ianya memakan masa 1:28:42saat. Baca dulu kata-kata aluan dari pihak yang menerbitkan Video ini.. UKEC's Projek Amanat Negara (PAN) held on 29 January 2012 featured the first public debate between UMNO Youth Chief, YB Khairy Jamaluddin, and PKR Director of Strategies, Rafizi Ramli. Taking on a Presidential-style format, the session "Public Policy: Vision 2020 -- Is Malaysia Moving Towards the Right Direction?" was civil and diplomatic as the two renowned as passionate voices for their party's causes squared off. They spoke and in several instances agreed on many issues ranging from Vision 2020, party policies, and race relations, to the rights of students to participate in politics, media access and freedom of assembly. Projek Amanat Negara (PAN) is an annual initiative -- this year in its 9th instalment -- that serves as a platform for intellectual discourse between leading figures of the political, social and economic fields and Malaysian students. Examining various key issues relevant to the governance, development and holistic progress of our country, it has been hugely successful in previous years, even providing the impetus to organise the Malaysian Student Leaders' Summit (MSLS) in Kuala Lumpur annually. This year's conference hosted the likes of Tan Sri Rafidah Aziz, Datin Paduka Marina Mahathir, YB Dr Dzulkefly Ahmad, Pang KheeTeik (Seksualiti Merdeka), Karim Raslan, and Zainah Anwar (co-founder of Sisters in Islam) among several others. |
Timb. Ketua CID nasihat Guan Eng buat laporan terhadap Papagomo, Pisau.net dan UMNO Online. Posted: 03 Feb 2012 04:38 PM PST Guan Eng berkata, Timbalan Ketua CID negeri, Naser Salleh telah menasihatkan beliau supaya membuat laporan terhadap Umno-online, blogger Papagomo dan Pisau.net supaya tindakan selanjutnya boleh diambil terhadap ketiga-tiganya. Menurut Guan Eng lagi, Naser telah memaklumkan kepadanya bahawa arahan meminta Lim membuat laporan tersebut "datang dari atas". Arahan datang dari atas??.. Dari atas tu bukannya bermaksud dari atas langit tapi dari orang yang lebih berkuasa dari Timbalan CID itu lah.. Kalau dah pihak atasan nasihatkan begitu.. nampaknya dah nak dibakulsampahkan rupanya penyebar-penyebar fitnah tu.. Laporan polis dibuat terhadap 3 laman pro-Umno Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat laporan polis terhadap tiga lamanweb pro-Umno kerana didakwa telah memfitnah anaknya dengan dakwaan dia mencabul rakan sekelasnya. Dakwaan tersebut, termasuk dakwaan bahawa anak Lim dipaksa berpindah ke sekolah lain, dan dakwaan bahawa ketua menteri itu telah membayar RM200,000 kepada pihak tertentu bagi menutup kes tersebut, di mana Lim telah menafikan sekeras-kerasnya. NONEDakwaan yang dibuat pada bulan Oktober tahun lepas, telah terbukti tidak benar apabila "mangsa' dakwaan tersebut - bekas pemain catur kelahiran Hong Kong, Anya Corke (kanan) - tampil menafikan tuduhan itu. Anya didakwa menjadi mangsa dakwaan itu apabila gambarnya telah digunakan dalam lamanweb-lamanweb berkenaan yang menuduh anak Lim dengan dakwaan salah laku seksual. Lim berkata, Timbalan Ketua CID negeri, Naser Salleh telah menasihatkan beliau supaya membuat laporan terhadap Umno-online, blogger Papagomo dan Pisau.net supaya tindakan selanjutnya boleh diambil terhadap ketiga-tiganya. Menurut Lim lagi, Naser telah memaklumkan kepadanya bahawa arahan meminta Lim membuat laporan tersebut "datang dari atas". "Beliau membuat temujanji untuk berjumpa dengan saya pada 12 Januari di pejabat saya. Jadi mengikuti nasihat beliau saya telah membuat laporan itu pada hari yang sama," kata Lim kepada pemberita di Komtar. Menurut Lim, dakwaan-dakwaan tersebut masih ada di lamanweb-lamanweb berkenaan walaupun terbukti tidak benar. "Mereka enggan memohon maaf atau menarik balik tuduhan mereka itu," katanya. Menurut Lim, sehingga semalam, polis masih menyiasat perkara itu dan belum ada tangkapan dibuat setakat ini. Beliau melahirkan harapannya supaya polis akan melakukan seperlunya dan menangkap mereka yang terbabit melakukan fitnah jenayah itu. Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan