Jumaat, 3 Februari 2012

Addin

Addin


Papagomo Akan Pencen Pasal Benda Nih..

Posted: 03 Feb 2012 02:00 PM PST

Syabas!! diucapkan kepada semua blogger pro Pakatan Rakyat terutamanya blogger Ameno World kerana berjaya memotong kedudukan blog lucah Umno, Papagomo. Lepas nih Papagomo mungkin terlintas di fikiran Papagomo untuk pencen dari arena alam maya. Ini betul-betul signifikan.. sophtikated pulak bahasa aku malam-malam buta nih. Signifikan sebab kita semua dah masuk fasa akhir.. iaitu fasa menjelang PRU 13. Kedudukan blog-blog ini agak penting sebagai penentu indeks prestasi blog-blog Pakatan Rakyat di alam maya. 

Ternyata blog-blog Pakatan Rakyat masih berpengaruh di alam maya walaupun di himpit pelbagai kekangan seperti perlu sentiasa berhati-hati untuk menulis, silap menulis masuk ke dalam lah jawapnya. Ini terjadi kepada blogger Hanief, Sharpshooter dan yang terbaru Pulakdah.

ehsan Cenangau
Sedangkan, blogger pencacai Umno bebas menulis apa sahaja tanpa sekatan. Walaupun, beratus laporan polis di buat terhadap blogger pencacai tetapi tindakan seperti melepas batuk di tangga sahaja. Seolah-olah mereka nih ada lesen besar.. lesen menfitnah dan mencerca sesuka hati.

ehsan Cenangau

Dengan segala bantuan seperti peruntukan berjuta-juta diberikan tetapi blogger pencacai Umno masih gagal bersaing dengan blogger Pakatan Rakyat.. sungguh tak berbaloi.

Carta blog yang dikeluarkan oleh blogger Cenangau nih menjadi bukti.. Umno ternyata gagal di alam maya.  Satu motivasi hebat buat semua blogger Pakatan Rakyat.. selamat berjuang.. Allahu Akhbar!!


Exco BN Perak Kutuk Zambry Kadir

Posted: 03 Feb 2012 07:23 AM PST

Memanglah tabiat semula jadi ular suka membelit.Lebih-lebih lagi ular sawa. Hamidah (gambar)  khabarnya telah pun mewarisi teknik 'membelit' dari seekor ular sawa albino yang pernah dia dampingi baru-baru ini. Dan khabarnya lagi, dia sedang hot berapi kat Zambry. Biasalah , sama-sama kaki belit.Masing-masing mau adu kuat siapa lebih hebat membelit. Hamidah sedang bergelut untuk menyelamatkan kedudukannya yang semakin goyah di negeri Perak. Banyak maklumat rahsia penyelewengan Hamidah sudah bocor dan sampai ke tangan Zambry.

Mungkin tindakan Zambry mahu menyingkirkan Hamidah disebabkan penyelewengan-penyelewengan tersebut.Dia tidak mahu Hamidah jadi liabiliti kepada Umno Perak.

Tambah pula kes rasuah Hamidah belum selesai dan masih dalam siasatan SPRM lagi. Dalam tujuh kes ini, dipercayai, lima mempunyai bukti yang kukuh.

Perancangan Zambry untuk mengetepikan Hamidah sebagai calon di PRU ke 13 nanti tentu sudah dapat dihidu oleh Hamidah.

Manakan tidak, orang yang nak ganti Hamidah ini sudah mula digelar 'YB' oleh penyokong-penyokongnya. Gambarnya pun sudah mula naik terpampang kat signboard untuk ucap tahun baru Cina di sekitar kampong sebagai memperkenalkan dirinya kepada masyarakat tempatan.

Hamidah tidak mampu berbuat apa-apa terhadap Zambry dalam percaturan ini. Zambry tentu akan mengenakan Hamidah kalau dia cuba mahu lawan taukeh! Tindakan mahkamah apa lagi!Gelaplah masa depan Hamidah!

'DKK' yang mengalir dalam tubuh Zambry menyebabkan dia sendiri pakar dalam membelit. Malah kepakarannya itu mengalahkan belitan mana-mana ular.Sebab itu kenyataan Hamidah yang pernah heboh diperkatakan oleh masyarakat India tidak berapa lama dulu itu sudah bertukar nadanya.

Sekarang ini,Hamidah suruh kita pukul Zambry dulu kalau bertemu Zambry dan ular. ~alhusseyn

Gempar!! Bloggers UMNO Berbunuh Sesama Sendiri

Posted: 02 Feb 2012 06:48 PM PST

Akibat berebut peruntukan, akhirnya mereka berbunuh sesama sendiri. Sebenarnya, ramai blogger terutamanya dari pihak Umno-BN keliru, mereka fikir, PRU 12 lalu, Pakatan Rakyat (PR) menang banyak disebabkan pengaruh internet seperti blog dan laman web. Mereka terlupa, orang mencari maklumat di internet untuk mendapatkan berita alternatif oleh kerana media arus perdana berat sebelah. Sebanyak mana pun Umno-BN melahirkan blog-blog tidak akan membantu oleh kerana ceritanya sama seperti media arus perdana.

Blog-blog yang mencarut, maki hamun dan lucah ini hanyalah hiburan dan tidak memberikan impak kepada undi pilihanraya. Kadangkala, oleh kerana tidak berani menyalahkan diri sendiri akibat dari kesalahan tidak menguruskan negara dengan baik, mereka (Umno-BN) mencari alasan internetlah punca kekalahan mereka.

Jika dengan melahirkan beribu-ribu blog adalah cara untuk menang pilihanraya, maknanya, ajal Umno-BN semakin hampir. Lihatlah, belumpun PRU 13, blogger Umno-BN sudah berbunuh sama sendiri.

Kebanyakkannya dari jenis yang tidak berani mendedahkan identiti diri sebenar. Akhirnya Najib dan Umno tertipu dan berbelanja wang yang banyak kepada bloggers-bloggers ini walaupun ianya sia-sia.

Birlah si Luncai terjun dengan labu-labunya. Heboh dalam dunia blog tentang pergaduhan dalaman antara blogger Umno. Kalau blogger Umno bergaduh dengan blogger Pakatan Rakyat itu perkara biasa kerana memang itulah yang sepatutnya.

Yang pelik adalah apabila pergaduhan besar diantara blogger Umno dan blogger Umno. Pergaduhan menjadi parah sehinggakan berlaku tuduh menuduh. Satu kumpulan menuduh satu kumpulan yang lain.

Masing-masing kumpulan percaya merekalah yang lebih baik berbanding yang lain. Apa yang mereka rebutkan? Ganjaran wang? Peruntukkan lebih?

Inilah masalahnya, jika berjuang kerana mengejar imbuhan dan peruntukkan. Diberitakan akan berlaku debat antara kedua-dua kumpulan blogger Umno ini.

Anuar Mohd Nor yang menulis di Umno Reform mewakili satu kumpulan bakal berdebat dengan Haji Salahuddin Hisham yang dikatakan pemilik kepada blog Another Brick In The Wall dan The Unspinners - mewakili satu kumpulan lain. Klik disini.

Dalam situasi sebegini, yang paling untung adalah blogger-blogger anti Umno-BN. Biarkan saja pergaduhan ini berterusan. ~aminiskandar


Skandal Kayu Balak Sarawak 'Meletup' Di UK

Posted: 02 Feb 2012 05:48 PM PST

Dua buah dari kedai berangkaian terkemuka Britain telah didapati mengelirukan pelanggan mereka mengenai hasil kayu 'mesra-ekologi' seperti yang didedahkan oleh akhbar terkemuka UK, the Daily Mail. Pihak kami boleh mengesahkan bahawa B & Q dan juga Wickes, yang pakar dalam perniagaan bahan binaan dan perhiasan dari hasil kayu, telah didapati menjual kayu yang diimport dari Sarawak, disebalik label yang mendakwa bahan-bahan itu dibekalkan oleh sumber-sumber yang bertanggungjawab.

Namun sebenarnya agensi akreditasi UK, Forest Stewardship Council (FSC), telah enggan mengesahkan sebarang kayu import dari Sarawak, disebabkan oleh ketamakan dan kegiatan pembalakan haram yang direstui oleh Ketua Menteri Taib Mahmud dan juga kroni-kroninya.

Rangkaian kedai itu, yang memiliki beratus-ratus buah cawangan di seluruh UK kini berpotensi untuk didakwa di bawah undang-undang kepenggunaan kerana mengelirukan pengguna-pengguna mereka.

Penipuan di sebalik skandal itu melibatkan sebuah syarikat dari Malaysia yang bernama Asia Plywood Company, yang telah secara terbuka mengiklankan sebagai pengeksport terbesar kayu Meranti dan papanlapis hutan tropika di Malaysia.

Kesemua papanlapis di kedai itu telah dicap Asia Plywood dengan logo lesen dari FSC. Selain itu papan-papanlapis itu juga dilekatkan pelekat kebenaran yang mengatakan pembuatannya "dikeluarkan dengan kebenaran dari sumber-sumber yang bertanggungjawab".

Syarikat-syarikat B & Q dan Wickes telah menyebabkan produk-produk lain yang disahkan oleh FSC sukar untuk menjual hasil mereka. Namun harga papanlapis yang rendah itu telah menyebabkan pakar-pakar hasil kayu terkejut apabila mereka mendapati bahawa kesemua papanlapis itu adalah kayu keras hutan tropika, seperti kayu Meranti – sama bahannya dengan yang dieksport dalam kuantiti yang banyak oleh Asia Plywood melalui pelabuhan Tanjung Manis.

Pihak berkuasa di Britain telah dengan segera menarik balik lesen Asia Plywood dan mula menjalankan siasatan yang terperinci.

Pihak FSC juga telah mengesahkan ianya telah menanggalkan logo-logo akreditasinya dari kesemua papanlapis Asia Plywood Company, maksudnya Asia Plywood tidak lagi dibenarkan menggunakan logo FSC pada semua produknya.

Namun Asia Plywood Company tetap berdegil dan tidak menghiraukan larangan pihak FSC.

Jika Asia Plywood menanggalkan kesemua pelekat FSC dari kesemua papanlapis, syarikat B & Q akan kehilangan pelanggan mereka!

Tindakan segera harus diambil untuk menghalang kroni-kroni Taib Mahmud terus menjual lebih banyak hasil kayu keras Sarawak yang bernilai tinggi ke UK. ~sarawakreport

Perbuatan Khianat!! Rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Di Bakar, Kereta Musnah

Posted: 02 Feb 2012 04:44 PM PST

GELANG PATAH - Rumah Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkifly Ahmad di sini, dibakar dan salah satu kereta miliknya rosak teruk, dipercayai akibat perbuatan khianat awal pagi tadi. Bagaimanapun Zulkifli bersama isteri dan dua anaknya selamat dengan bertindak keluar menerusi pintu belakang rumah mereka di Taman Universiti di sini. Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.40 pagi tadi. Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu, dan letupan menyebabkan keluarga beliau sedar dan bertindak keluar.

"Beliau (Zulkifli) ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang. Anggota polis dan unit forensik ada menemui botol minyak tanah lima liter di kawasan rumah Haji Zulkifli," kata Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Mazlan Aliman ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Mazlan yang berada di tempat kejadian ketika dihubungi berkata, pihaknya percaya ia perbuatan khianat pihak-pihak tertentu. "Haji Zulkifli akan membuat laporan polis pagi ini," katanya lagi. ~paspb

Tiada ulasan: