Jumaat, 3 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Parlimen akan dibubar minggu depan?.. Ini jawapan Najib tentang tarikh Pilihanraya bacalah..

Posted: 03 Feb 2012 07:15 AM PST


Malam ni kecoh dengan isu tarikh pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum yang ke13, kerana menurut Husam Musa beliau mendapat maklumat bahawa Parlimen akan dibubarkan minggu hadapan..


Tapi itu kata Husam Musa.. bukannya kata Najib Tun Razak..

Bila Najib nak bubar Parlimen itu hanya dia dan Rosmah yang tahu, kerana hanya di Malaysia tarikh Pilihanraya hanya Presiden UMNO yang tahu..

Ada pihak melaporkan Najib telah dinasihati oleh Tun Mahathir agar melambatkan tarikh pilihanraya, ini bagi membolehkan Najib memenangi hati pengundi dari masyarakat Cina.

Sebabnya dari laporan yang Tun Mahathir terima pengundi dari masyarakat Melayu dan juga India yang dulunya menyokong Pakatan Rakyat ada yang sudah kembali menyokong UMNO/BN semula.. hanya pengundi dari masyarakat Cina yang masih kekal menyokong Pakatan Rakyat.

Tapi.. mungkin juga ianya dibocorkan supaya Penyokong Pakatan Rakyat leka..

Bagi aku.. ikut suka Najiblah bila dia nak bubar Parlimen tu.. Kan Anwar dah kata "Kami Sudah Sedia!!!"

Cuba baca apa kata Najib tentang tarikh pilihanraya..

**********************************************
Ini apa yang dilaporkan Berita Harian,

Najib nafi Parlimen bubar minggu depan
2012/02/03

MARANG: Datuk Seri Najib Razak menolak khabar angin bahawa Parlimen akan dibubarkan minggu depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13.

Perdana Menteri berkata, pilihanraya boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan sebelum April 2013.

"Mereka terus membuat tekaan (tarikh). Satu hari mereka pasti membuat tekaan tepat," katanya selepas majlis Bersama Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di sini, hari ini.

Khabar angin berhubung pembubaran Parlimen didakwa selepas Thaipusam iaitu, Selasa depan.

***********************************************
Ini pula laporan dari Sinar

PRU13 bila-bila masa, kata Najib
3 Februari 2012

MARANG – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pilihan raya umum ke-13 akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

Beliau berkata, masa untuk mengadakan pilihan raya umum kali ke-13 berkenaan bergantung kepada banyak factor,namun ia boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

"Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar pada minggu hadapan untuk memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-13.

Terdahulu, Perdana Menteri menyampaikan baucer kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, di sini.

Mengenai bantuan BRIM tersebut beliau berkata, kerajaan BN melaksanakan dasar dan program yang terbukti mampu membela kebajikan rakyat termasuk bantuan berkenaan yang memberi manfaat kepada 80 peratus isi rumah di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, BR1M juga tidak dilaksanakan mana-mana kerajaan lain di seluruh dunia namun ia diberikan kepada seluruh rakyat yang layak tanpa `memilih bulu' dan parti.

"Kita tidak memilih bulu (seperti) kata Datuk Yahya (Khatib Mohamad) dalam ungkapan pantunnya tadi, orang yang tidak sokong kita pun dapat juga. Walaupun mukanya barangkali tebal agaknya. Yang kutuk, maki hamun kita, apabila nampak duit (BR1M) lima keping, dia yang pertama sekali berbaris.

"Hak puak-puak kita dalam panas, dalam hujan berjuang untuk menegakkan kerajaan. Tetapi saya kita tidak mengapa, jika kita tidak mendapat undi, di akhirat nanti insya-Allah kita akan menerima ganjaran daripada Allah s.w.t," katanya ketika berucap di majlis itu.

Dalam tempoh tiga tahun peralihan kuasa di tangan Perdana Menteri, katanya, pelbagai bantuan sudah dilaksanakan kerajaan BN dan jika diberi masa lima tahun lagi pastinya lebih banyak yang boleh dilakukan demi kepentingan rakyat.

Selain itu, beliau juga mengingatkan rakyat supaya dapat menilai secara bijak kepimpinan Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi sanggup memecat ahlinya dan pemimpin sendiri semata-mata bagi menjaga kepentingan pakatan dengan DAP.

"Pas tidak boleh pakai, kerana banyak `lebong'. Sebab itulah Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sudah condong, bunyi-bunyinya (sudah) tidak mahu bertanding. Tidak tahulah kalau dia `pelawok' (menipu).

"Pas juga berkecamuk. Orang yang baik, imannya kuat, orang yang memperjuangkan Islam, orang yang nak pertahankan akidah, nak menegakkan akhlak, orang ini yang dipecat oleh Pas. Di mana perjuangan untuk Islam? Kalau orang yang menegakkan Islam dan akhlak dibuang oleh Pas," katanya.

Sinar Harian

Saya Tak Akan UNDUR!! kata Sharizat

Posted: 03 Feb 2012 05:31 AM PST


SEPANG, 3 FEB : Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata beliau "tidak akan lari" daripada isu Perbadanan Fedlot Kebangsaan (NFC) namun tidak akan tunduk kepada desakan untuk meletak jawatan sebagai Menteri dan Ketua Wanita Umno.


"Saya hendak perjelaskan kedudukan saya sebagai menteri... saya serahkan kepada YAB Perdana Menteri untuk menentukannya. Oleh kerana saya sangat menghormati PM, keputusan sama ada saya berada dalam Kabinet atau tidak, saya serahkan kepada PM," kata Sharizat .

"(Mengenai) kedudukan saya sebagai Ketua Wanita, sudah pastilah cabaran yang saya lalui selama ini menguatkan semangat saya. Kalau Ketua takut menyahut cabaran, dia tidak boleh jadi Ketua," katanya kepada pemberita sejurus pulang menunaikan umrah di Mekah.

Sharizat berkata beliau menghormati Tan Sri Rafidah Aziz walaupun beliau menggesanya untuk meletak jawatan susulan isu NFC yang membabitkan suaminya.

"Saya tidak baca komen Tan Sri Rafidah Aziz tetapi tumpuan saya pada wanita UMNO dan saya menghormati Tan Sri Rafidah Aziz," kata Sharizat.

"Saya hormat beliau sebagai bekas Ketua Wanita UMNO...jadi menjadi tugas saya sekarang adalah untuk memastikan Wanita UMNO bekerja dengan kemantapan yang baik sekali," katanya.

"Kalau kita tengok Wanita UMNO hari ini, mereka tidak akan lari daripada masalah," tambah beliau.

Bagaimanapun Sharizat berkata pihak dari Umno yang mendesaknya untuk meletak jawatan adalah mereka yang lupa susur galur perjuangan sayap itu.

"Kalau mereka tahu salasilah Wanita UMNO, jadi mereka yang buat saranan sudah lupa ada sejarahnya," katanya.

Kalangan pemimpin Wanita Umno sebelum ini membidas Rafidah kerana mendesak supaya Sharizat berundur memandangkan sayap itu memberi sokongan kepada bekas Ketua Wanita itu ketika beliau dituduh memberi Permit Import (AP) kepada kroni dan anggota keluarganya pada tahun 2005.

Sharizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membayangkan bahawa beliau mempunyai sokongan kuat daripada ahli Umno dan akan terus menjalankan tanggungjawabnya memimpin sayap itu.

"Adalah saki baki yang tidak menyokong saya itulah biasa, saya menghormati hak mereka tetapi saya sebagai wanita akan terus pastikan wanita terus bersatu padu," katanya.

NFC dibelit kontrovesi setelah Ketua Audit Negara menegur syarikat itu kerana tidak menepati sasaran bersabit kontrak ternakan lembu daging.

Pembangkang mendakwa syarikat itu yang dikuasai oleh suami Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan untuk membeli tanah, kondominium dan kereta mewah dan bukan untuk tujuan dana itu disediakan.

Sharizat berkata beliau lebih tabah menghadapi cabaran selepas mengerjakan umrah dan bertekad untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang.

"Saya berada di Mekah dan melihat dugaan ini sangat menyedihkan tetapi saya sebagai ketua, Allah menduga saya, alhamdullilah saya akan kerja kuat lagi selepas balik dr Mekah dan akan membantu Wanita untuk pastikan kemenangan pada PRU 13 nanti, insyaalah," kata Sharizat.

Ang Pow Putih: Najib sudah meludah ke langit.. BN pun sama!!

Posted: 03 Feb 2012 01:45 AM PST


Tindakan Najib yang mengkritik tindakan Ibrahim Ali dengan menganggap Ibrahim Ali dan PERKASA tidak faham budaya dan pantang larang kaum Cina kerana memberikan kepada ang pow berwarna putih kini umpama meludah ke langit.


Mengulas perbuatan Ibrahim Ali dan PERKASA itu Najib menulis dalam Facebook berbahasa Cina beliau, "Ah Jib Gor", "Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan.

"Kita semua tahu perkataan angpau ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial."- sila baca di SINI

Meludah ke langit.. ini kerana perkara yang sama telah dilakukan BN..

Angpow putih ditakrifkan sebagai PAK KAM atau funeral payment oleh masyarakat Tionghua dan adalah pantang bagi mereka untuk menerima pemberian sebegitu di hari perayaan mereka.. lihat di SINI


*******************************************

PERKASA: Apa warna angpau BN bagi?

Setelah kumpulan pendesak Melayu PERKASA dituduh menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpau bersampul putih, hari ini Setiausaha Agung NGO itu, Syed Hasan Syed Ali mendedahkan tindakan itu juga dilakukan oleh BN.

"Cuba lihat berita bergambar dalam Sinar Harian hari ini, apa warna angpau BN bagi?" katanya dalam kenytaan akhbarnya kepada Malaysiakini.

Syed Hasan merujuk laporan akhbar Sinar Harian bahawa penduduk di Seri Setia yang menerima angpau dalam sampul putih berisi RM100 daripada penyelaras BN Seri Setia Abdul Halim Samad.

Akhbar itu memetik seorang penduduk Taman Dato Hormat, Loh Miew Lin, 57, yang mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi mereka wang.

Walau bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen yang juga hadir pada majlis itu, menafikan dakwaan yang dibuat PERKASA itu.

Ong berkata ia adalah kes yang berbeza dan PERKASA tidak seharusnya mengheret mereka dengan kontroversi yang melanda diri mereka.

"(Datuk) Ibrahim Ali sepatutnya bertanggungjawab atas kesilapannya sendiri dan tidak harus cuba mengheret orang lain."

Jelasnya, sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno. Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun.

Sampul surat berkenaan, tegas beliau, jauh berbeza daripada sampul putih yang telah digunakan oleh PERKASA.

"Kami gunakan sampul ini sepanjang tahun, bukan hanya semasa Tahun Baru Cina.

"Kami juga gunakan sampul ini pada Hari Raya, Deevapali dan juga apabila kami mengagihkan sumbangan. Ini berbeza daripada apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali," kata Ong lagi.


Malaysiakini

Demo lagi di Pulau Pinang!! Kali ni bantah Anwar sokong negara Israel pulak.. kononnya..

Posted: 02 Feb 2012 11:39 PM PST


Ini adalah gambar-gambar dari blog-blog penyokong UMNO di Pulau Pinang, menurut tuan punya blog demo ini telah berlangsung dihadapan Masjid Kapitan Keling selesai solat Jumaat tadi..


Tujuan demo yang dianjurkan kononnya oleh beberapa NGOk yang kebanyakkan ahlinya terdiri daripada ahli PAS kononnya .. itu adalah untuk membantah sokongan Anwar terhadap Negara haram Israel.

Lagi tulis tuan punya blog tu..

"Salah seorang daripada jurucakap demo tersebut yang juga merupakan ahli PAS mengecam tindakan bangsat Anwar Ibrahim yang menyokong yahudi san Israel. Tindakan Anwar juga telah menjatuhkan nama baik Malaysia iaitu sebagai sebuah Islam yang dihormati di seluruh dunia..

Mereka menyeru seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dan Islam supaya membuka mata dan lihat betapa celakanya Anwar dengan permainan politiknya yang kotor dan hina. Anwar Ibrahim mesti ditolak demi menjaga kesejahteraan Islam di bumi Malaysia dan juga di mata dunia..."


Kalau setakat pakai jacket PAS dah mengaku Ahli PAS.. ha..ha..ha.. budak-budak bolehlah diperbodohkan.. itupun bukan semua..



Bagi aku .. ini adalah demo sekumpulan manusia yang telah berjaya diperbodohkan oleh Media Tunggangan UMNO, kerana mereka hanya percaya apa yang disiarkan oleh media tunggangan UMNO dan tidak tahu untuk mencari berita alternative..

Lagipun.. siapa tak kenal Mamak yang pakai baju warna chocolate tu..



Jika dikatakan Anwar perlu ditolak kerana menyokong yahudi Israel kononnya.. dan Anwar juga perlu ditolak kerana telah telah menjatuhkan nama baik Malaysia iaitu sebagai sebuah Islam yang dihormati di seluruh dunia kononnya..

Apa pula yang perlu kita lakukan terhadap sebuah Parti Melayu yang kebanyakkan pemimpinnya adalah terdiri dari Mamak yang telah membenarkan Pasukan Kriket dari Israel memasuki Malaysia?

Membayar sebuah firma Yahudi sebagai perunding untuk mereka?

Membenarkan kapal-kapal dagang dari Negara Yahudi itu berlabuh di Malaysia?

Manjadi rakan niaga yang ke lima terbesar buat Negara Yahudi itu?

Mengibarkan dengan megahnya bendera Negara Yahudi itu di bangunan mereka?

Dan baru-baru ini pula sekali lagi telah membenarkan Athlet dari Negara Yahudi itu memasuki Malaysia?

Jawapannya kuburkan terus Parti Melayu itu…

Buat pencacai UMNO tersebut.. aku nasihatkan.. cuba hang taip 'UMNO dan Israel' dalam Google.. lepas tu tekan enter.. hang bacalah semua yang ada tu.. kebanyakkannya disertakan bukti..

Tentang kenyataan Anwar tu pulak.. carilah dalam The Wall Street Journal.. jangan cari dalam Utusan pulak!!

Janganlah kerana benci terhadap Anwar hang perbodoh diri sendiri.. orang kata 'BIAR BUTA IT.. JANGAN BUTA PERUT'..

Contoh Manusia Gila Kuasa..

Posted: 02 Feb 2012 10:55 PM PST


Biasanya dalam sebuah Parti, pemimpin adalah dipilih tetapi berbeza dengan mamat ini.. dia tawar diri sendiri sebagai Presiden KITA.. Nampak sangat gila kuasa..


Zamil sedia terajui Kita, mahu Zaid undur

PUTRAJAYA - Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim sanggup menggalas amanah mengetuai parti itu jika Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim merasakan tidak lagi mampu menerajui pertubuhan itu.

"Saya berani jamin, akan ada ramai lagi tokoh tertentu akan menyertai Kita jika Zaid tidak ada dalam parti," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Malah, beberapa pengerusi peringkat negeri juga sebulat suara melahirkan pendirian tidak bersetuju dengan Zaid yang semalam mengumumkan akan membubarkan parti itu.

Sehubungan itu, mereka juga mendesak agar Zaid mengundurkan diri secepat mungkin jika merasakan tidak lagi mampu menerajui parti.

Mengulas lanjut, Zamil memberitahu, EGM yang dimaksudkan tidak perlu diadakan dan jika Zaid mengakui tidak mampu menerajui parti, adalah lebih baik keluar dari parti secara terhormat kerana ada orang lain yang sukarela boleh menerajui parti.

"Mengapa beliau (Zaid) perlu merosakkan parti sedangkan selama ini kami di peringkat negeri menjaga parti dengan baik walaupun parti Kita ini kecil sahaja.

"Kami terkilan kerana keputusan ini dibuat oleh beliau hanya melalui media tanpa merujuk dahulu pimpinan negeri-negeri," katanya.

Pendirian tidak bersetuju dengan Zaid dilahirkan oleh pemimpin Kita dari Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Sabah.


Hadir sama, Pengerusi Kita Johor, Dr Mohd Zaid Mohd Yusof; Pengerusi Selangor, Azmi Selangor dan wakil wanita tunggal Selangor, Rahayu Wakiman. Suara pemimpin Pulau Pinang dan Sabah diwakili oleh Kedah dan Johor.

Semalam, Zaid berkata, akan membubarkan parti itu untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa mereka tidak memihak kepada pembangkang.

Menurut Zaid, Kita akan dibubarkan menerusi mesyuarat luar biasa (EGM) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya, Kita perlu dibubarkan, "untuk membuang mana-mana dan semua keraguan yang kita sesungguhnya menyokong pembangkang", khasnya ketika sesetengah anggotanya di Kedah dan Pulau Pinang dengan secara terbuka kritikal mengenai pakatan pembangkang Pas-DAP-PKR.

Beliau berkata, ideanya menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik telah gagal.

Zaid, bagaimanapun, tidak memberitahu bila EGM itu akan diadakan. Parti itu yang genap setahun bulan lepas ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR ekoran dakwaan ada penyelewengan dalam pemilihan.

Kita bahagian Melaka dibubarkan pada 11 Januari lalu dan 60 orang anggotanya memilih menyertai PKR.


Sinar Harian

Sekali lagi UMNO Bahagian Cheras desak Shahrizat letak jawatan!! dah tiga kali dah nih..

Posted: 02 Feb 2012 07:25 PM PST


Ini adalah desakan kali ketiga dari UMNO Bahagian Cheras supaya Shahrizat meletakkan jawatan dan undur dari UMNO..


Dalam desakannya yang pertama, Syed Ali melahirkan pendirian meminta Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno melepaskannya jawatan itu.

"Kalau benar tak ada penyelewengan, buatlah penjelasan terbuka secara terperinci, kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang tersebut adalah hak rakyat," ujarnya - sepenuhnya di ( SINI )

Desakannya yang kedua pula disiarkan menerusi blognya, Syed Ali berkata "Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya," Katanya, kepimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian terus diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC.

"Malah ada yang kata Umno bela lembu untuk kepentingan Shahrizat , apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?" kata beliau lagi.


Hasilnya Pejabat UMNO Bahagian Cheras diserang oleh sekumpulan penyokong Shahrizat kerana mendesak Shahrizat.. lihat di ( SINI )

Adakah mereka akan diserang penyokong Shahrizat sekali lagi??

******************************************

Umno Cheras gesa lagi Shahrizat berundur

Umno Cheras hari ini sekali lagi menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur daripada kabinet kerana isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sedikti sebanyak memberi masalah kepada Umno.

Ketuanya Datuk Syed Ali Alhabshee berkata,desakan itu bukan atas alasan 'kebencian peribadi' tetapi demi kebaikan parti dan kerajaan.

"Dalam isu ini, Shahrizat harus buktikan keikhlasan perjuangan beliau, sama ada untuk parti dan kerajaan atau pun lebih mengutamakan kepentingan keluarga," tegasnya.

Sebelum ini, Syed Ali (kanan) pernah mendesak supaya Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kerana tidak mahu isu NFC menjadi beban kepada Umno dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Dalam tulisan terbaru di blog Umno bahagian itu, Syed Ali yang juga setiausaha Umno Wilayah Persekutuan dilapor berkata, di sesetengah tempat, isu itu menjadi bahan sindiran pelbagai pihak.

"Di sesetengah tempat, saya diberitahu isu NFC kini menjadi bahan sindiran kononnya mana-mana kawasan yang terbiar ditumbuhi rumput dan lalang, tak perlu lagi guna mesin pemotong rumput, sebab Umno dah ada lembu di Gemas," katanya.

Beliau juga menyokong saranan bekas ketua Wanita Umno dan menteri kabinet Tan Sri Rafidah Aziz yang dilapor berkata, pemimpin yang membawa masalah kepada Umno dan kerajaan perlu segera meletakkan jawatan.

Rafidah: Ini untuk kebaikan semua

Katanya, saranan Rafidah itu jelas ditujukan kepada Shahrizat yang sedang bercuti berikutan kontroversi isu NFC.

"Saya menyokong penuh pendapat Rafidah, yang antara lain mempersoalkan mengapa dia (Shahrizat) harus bercuti, itu bukan perkara pokok kepada isu tersebut," katanya lagi.

Perkara penting kata Syed Ali, seperti dinyatakan oleh Rafidah ialah buat keputusan muktamad dan jangan tinggalkan kepada perdana menteri untuk membuat keputusan bagi pihak dirinya.

Rafidah dalam wawancara dengan The Malay Mail (baca di SINI)semalam dilapor melancarkan serangan pedas pada penggantinya Shahrizat dengan berkata seorang pemimpin patut berundur sekiranya mendatangkan masalah kepada parti.

Walaupun tidak menamakan Shahrizat, harian berbahasa Inggeris itu melaporkan, ia jelas merujuk kepada isteri pengerusi syarikat pengendali NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail itu.

"Ini untuk (kebaikan) semua, sama ada berkenaan isu lembu atau tidak. Itu tindakan paling matang untuk berdepan dengan masalah kamu," beliau dilapor sebagai berkata.

Beliau juga mempersoalkan tindakan menteri itu mengambil cuti tiga minggu kerana beliau patut membuat keputusan dan tidak harus meninggalkan isu itu kepada perdana menteri.


Malaysiakini

Tiada ulasan: