Isnin, 23 Januari 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PANAS !! - CERAMAH CHEGU BARD DI JELEBU MALAM INI (24 JAN )

Posted: 23 Jan 2012 09:00 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

JIKA baru-baru ini aku dijemput untuk berceramah di atas kapasiti KOBAT (Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit) PKR Pahang di Jenderak, Pahang, kali ini tugas aku agak berbeza sedikit.  Paling menyeronokkan, aku ditugaskan di kampung aku sendiri iaitu di Kampung Simpang Durian, Jelebu, N. Sembilan.


 
Malam nanti (Selasa - 24 Jan 12), aku ditugaskan sebagai Pengerusi Program Ceramah Umum di Kg Simpang Durian, Jelebu, N. Sembilan.  Penceramah malam nanti adalah Us Abdul Rahman Ramli (P/Jaya PAS II N. Sembilan), Pn Aiman Athirah Aljundi (Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat) dan tokoh hebat, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia - SAMM iaitu Sdr Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard.

Orang ramai dijemput hadir dan mohon hebahkan.

ISU LEMBU KONDO - NFC JEMPUT NGO, MENGAPA RAFIZI DAN JINGGA 13 TIDAK DIJEMPUT?

Posted: 23 Jan 2012 05:08 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA laki Shahrizat pun panggil beberapa NGO termasuk PERKASA untuk NFC berikan taklimat tentang syarikatnya yang dikatakan menyeleweng.  Berbagai alasan diberikan oleh laki Shahrizat untuk menunjukkan NFC itu bersih sebersihnya dan tiada satu sen pun wang rakyat disalahgunakan.

Seperti dijangka, puak-puak lembu pun bersetuju bahawa NFC memang bersih.  Kononnya rahsia NFC terdedah akibat orang dalam yang dedahkan kepada Rafizi, Pengarah Strategik PKR.  Soalnya, siapa dedah tak penting.  Tidak penting juga mengapa ianya didedahkan.  Apa yang penting, betulkah RM250 juta wang peruntukan dilesapkan secara tidak sah?  Mengapa Ketua Audit Negara tegur?  Benarkah ada pembelian kondo, tanah, mercedez dan hotel menggunakan peruntukan secara tidak sah?

Lebih penting adakah laki Shahrizat berani membuat laporan Polis terhadap pendedahan dari orang dalam tersebut?  Pelik juga, mengapa beberapa NGO dijemput itu tiada dijemput sekali Rafizi atau Jingga 13?  Bukankah mereka ini yang rancak memanaskan isu NFC?  Mengapa jemput beberapa NGO yang sememangnya suka menjadi `burung Belatuk?'. 

Rakyat tidak bodoh untuk menilai seperti Ibrahim Ali buat penilaian./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: