Isnin, 23 Januari 2012

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Dimana Melayu Merempat,Disitu Pakatan Rakyat Mengubat"

Posted: 23 Jan 2012 08:14 AM PST

"Dimana Melayu Merempat,Disitu UMNO Kuat"

Seringkali slongan ini akan dimainkan sesudah atau setelah Pakatan Rakyat kalah pilihanraya dikawasan-kawasan luar bandar apatah lagi terdapatnya Melayu Miskin samada tegar atau tidak.

Dimana slogan ini ianya dipolopori oleh ahli-ahli atau penyokong Pakatan Rakyat untuk menunjukan bahawa dikawasan-kawasan Melayu Miskin dan Merempat ternyata UMNO kuat untuk mengaburi atau memperbodohkan golongan ini dengan janji-janji serta hadiah-hadiah berupa "Mee Segera".

Saya akui acap kali jugak saya sendiri antara orang yang mempelopori slogan itu.Dan kini saya menginsafinya dan berazam tidak akan lagi menggunakanya sebagai peluru atau penyedap hati bila PR kalah didalam Pilihanraya.

Zaman sudah berubah,dari telefon bimbit hitam putih kini sudah ke tahap telefon pintar.Begitu juga kecapaian talian internet kini dari dulunya hanya berlegar diketumbukan rakyat dikawasan bandar besar kini jaringnya sudah melangkaui 80% diseluruh semenanjung Malaysia dan 65% Sabah Dan Sarawak sehingga menembusi kampung-kampung pinggir bandar mahupun luar bandar.

Pendek kata, Melayu dilingkungan Miskin dan Merempat sudah bijak dan cerdik menilai walaupun mereka tidak mampu memilik telefon pintar.Ini kerana golongan yang tahap mampu memiliki telefon pintar tidak segan silu akan menyampaikan info-info kepada mereka yang mampu lihat sahaja telefon pintar didada akhbar mahupun diatas flyer-flyer promosi syarikat yang berkenaan dan pasaraya-pasarayanya.

Oleh itu, saya fikir dengan kuat bahawa slogan membusukan UMNO itu perlu digugurkan atau dinyahkan sama sekali dari kotak minda fikiran ahli-ahli dan penyokong PR,apatah lagi disaat-saat PRU13 semakin hampir.

Sudah sampai masanya ahli-ahli dan penyokong PR mengasihi dan merapati Melayu Merempat dengan menjadi juara mereka dengan slogan baru.."DiMana Melayu Merempat Disitu Pakatan Rakyat Mengubat" ( ini cadangan saya,jika ada yang lebih berbunga sila updatekan )

Saya terkesan sekali dengan kata-kata yang kurang enak ketika rakyat diberi bantuan RM100 kepada anak-anak sekolah,pelajar diberi baucer RM200 dan yang terbaru rakyat yang berpendapatan kurang dari RM3000 diberi bantuan RM500, pelbagai bentuk cacian dilontarkan sebagai contoh "Rasuah Pilianraya", "Bantuan Mengaburi Mata Rakyat","Satu bentuk penipuan Kerajaan BN" dan sebagainya.
Bagi saya bantuan-bantuan sebegitu amat besar nilainya pada orang Melayu Miskin dan Merempat.Walaupun masih ada sebilangan yang tertipu,namun saya percaya peratusan yang cerdik sudah mengatasi peratusan yang tertipu.
Namun jika yang cerdik itu saban hari dikatakan begitu begini setelah menerima bantuan yang tak seberapa itu,sudah tentu perasaanya bercampur baur.

Adakah aku ni penerima rasuah?

Adakah aku ini yang mengenal Android dan Window Mobile ditipu hidup-hidup dan dikencing mati-mati?

Adakah aku ini yang mata terang apatah lagi tidak buta warna telah dikaburi ?

Adakah telinga aku ini yang saban hari ditutup dengan speaker MP3 ditipu senyap-senyap?

Akhirnya mereka yang cerdik akan menilai,biarlah diaorang nak bagi atau tidak,itu sudah menjadi tanggungjawab mereka membantu kami.Kami juga rakyat Malaysia yang mahu merasa kek ekonomi.Cukup-cukuplah mengata orang..orang yang mengata tidak pula nak beri apa-apa hatta kasut sekolah atau pensel.Bukankah didalam buku jingga tertulis jika PR memerintah dia nak beri juga sedikit bantuan one-off.(sila check janji PR dalam Buku Jingga).Oleh itu tidak sama kah..serupa tidak sama..lain mak lain bapak.?

Seingat saya..Tuan Guru Nik Aziz tidak pula keterlaluan didalam mengomen isu pemberian bantuan One -Off...apa yang dia kata.."Diaorang nak beri,ambil..tapi pangkah Bulan/PR".

Jika kata-kata perli sebegitu diteruskan saya yakin golongan atas-pagar yang tergolong didalam Melayu Merempat/Miskin tetapi sudah tahu alip ba ta IT..akan menjauhi PR.

So, siapa yang rugi.Kata nak ganti UMNO tapi tidak mahu sekhemah dengan Melayu Merempat, dan biarkan selamanya UMNO Kuat disitu.

Saya yakin ramai ahli bijak pandai didalam PR mempunyai strategi dan motivasi untuk Mengubati Melayu Merempat.Tetapi jika hanya teori,hanya perli,hanya pandai update status FB dan kemaskini Twitter,itu bukanlah ubat terbaik utk merawati Melayu Merempat..Lakukan sesuatu berserta tindakan.

Jika Kerajaan Pusat boleh bagi bonus untuk kakitangan awam,Kerajaan Negeri dibawah PR pun boleh bagi bonus untuk kakitangan awam negeri.Boleh pula bagi sesuatu kepada rakyat ketika Kerajaan Pusat umumkan nak beri sesuatu.Malah kekadang,tak sempat Kerajaan Pusat umum,Kerajaan Negeri lebih awal umum..kan bagus.Berlumba-lumba memenangi hati Melayu Merempat dari mengutuk pihak yang membantu Melayu Merempat.

Nanti ada pulak yang turut berkata..sampai bila Melayu Nak Bertongkat terutama Melayu Merempat?..

Sudahkah kita terlupa apakah punca DEB dilaksanakan? Adakah DEB itu sudah berjaya?Iya,memang berjaya.tetapi berjaya kepada segelintir Melayu yang rapat dengan UMNO.
Nah semua sudah tahu.Untuk itu apa guna perlunya Agenda Ekonomi Baru? Bukankan ianya juga sebagai tongkat kepada Melayu Merempat juga.

Ingin saya bertanya kepada ahli-ahli dan penyokong PR.Berapa ramai yang memiliki dan membaca serta membuat analisa tentang buku yang ditulis Syed Husin Ali. "Orang Melayu Masalah dan Masa Depan".Milikinya sebelum nak mengubat.

Oleh itu,saya menyeru marilah kita kuburkan slogan "Dimana Melayu Merempat,Disitu UMNO Kuat" dan kita juarainya pula dengan "Dimana Melayu Merempat,Disitu Pakatan Rakyat Mengubat" walaupun ubat kita tidak sepower ubat Kerajaan Pusat UBN.

Tiada ulasan: