Isnin, 30 Januari 2012

shalehudin

shalehudin


Gempar! Nyamuk Gergasi Menyerang Indonesia

Posted: 30 Jan 2012 09:30 AM PST

Gempar! Nyamuk Gergasi Menyerang Indonesia – Penduduk diKampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter.

Bayangkan seekor nyamuk bersaiz tapak tangan kanak-kanak terbang mencari mangsa. Seram-seram.

Haiwan pelik tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk gergasi itu beramai-ramai.

Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia dan haiwan pelik tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk.

Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang nyamuk gergasi tersebut membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi berdarah dan cikungunya.

"Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini," katanya kepada news.okezone.com.

Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk.

Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan. – AGENSI

Melayukini.net – Apabila manusia semakin menjadi rakus dan tamak, merosakkan hutan dan tempat tinggal margastua, maka keluarlah mereka beramai-ramai ke alam manusia dan menjadi pupus. Apakah tugas kita sebagai khalifah di muka bumi? Sama-sama kita fikirkan.

Beruk yang terkejut beruk... kahkahkah...

Posted: 30 Jan 2012 08:35 AM PST

Kenyataan Anwar Mengenai Israel Mengejutkan

KUALA LUMPUR: Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai "pelik dan ganjil" kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.

"Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Abughoush berkata oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.

"Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang.

"Perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah," katanya.

Abughoush mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kerana menyatakan pendirian kerajaan Malaysia tentang perkara itu.

"Kami yakin kerajaan dan rakyat Malaysia yang berbudi tinggi akan terus memberi sokongan padu kepada rakyat Palestin serta perjuangan suci mereka," katanya.

Dalam kenyataannya pada Ahad, Anifah berkata tindakan yang disifatkan oleh Israel sebagai langkah yang perlu diambilnya untuk memelihara keselamatan negara itu termasuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap Gaza; menangkap dan menahan rakyat Palestin tanpa bicara; membunuh rakyat Palestin termasuk pemimpin mereka melalui serangan misil dan bom; dan melaksanakan dasar bersifat menindas dan menekan rakyat Palestin seperti merampas rumah mereka dan membenarkan rakyat Israel membina penempatan haram di tanah milik penduduk Palestin.

Beliau berkata kerajaan Malaysia bukan saja tidak pernah menyokong sebarang tindakan-tindakan itu, malah berganding bahu dengan masyarakat antarabangsa untuk mengkritik dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa. BERNAMA

PANAS!! VVIP mana pulak dah nih...

Posted: 30 Jan 2012 07:00 AM PST

VVIP mana Halang Pengarah Eksekutif NFCorp dari buat Sidang Akhbar?


Sidang akhbar yang sepatutnya dijadualkan bermula jam 3.30 petang tadi agak kecoh seketika apabila Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh tidak juga muncul untuk memberikan kenyataan akhbar. Sehingga jam 5.30 petang, wartawan dan jurugambar mulai bosan menunggu ketibaan Pengarah Eksekutif NFCorp dan ada yang sudah mahu beredar.

Keadaan kecoh seketika apabila beberapa wartawan mendapat berita dari 'informer' bahawa Wan Shahinur telah ditahan oleh '8 anjing suruhan' selepas menunaikan solat Jumaat. VVIP ini telah mengarahkan '8 anjing suruhan' untuk memberi sepatah dua kata dan pesanan yang amat sulit kepada Wan Shahinur.

GWM terpanggil untuk mendedahkan perkara ini kerana pihak media belum tentu akan menerbitkan maklumat ini dalam portal atau akhbar ... Nahas besar bakal menanti! GWM juga menerima berita ini dari rakan-rakan yang hadir untuk sesi taklimat bersama NFCorp.

Sudah ada tanda berlaku campurtangan pihak tertentu mahukan isu ini tidak digali sedalam-dalamnya. Dan GWM sebelum ini pernah mengatakan berlakunya tanda-tanda mahu menjatuhkan karier, imej dan kredibiliti Ketua Wanita UMNO.

Hanya dua portal melaporkan kejadian Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh lewat tiba untuk sesi taklimat bersama NGO terbabit.


Sumber Malaysian Insider

Sumber KLPOS

Kebetulan? ...

Barangkali sudah ada VVIP yang semakin kepanasan apabila isu NFC sudah sampai ke siasatan pihak berkuasa dan SPRM. Imej kerajaan khususnya UMNO lebih buruk jika benar perkara ini berlaku ... Unsur-unsur gangsterisme sudah mula terpacul.

Khabar angin? ... Masakan pokok bergoyang jika tidak ditiup angin! Dan angin pula turut terkena tempias ke pihak media!

Video Seks II: Dimana Anwar sebenaqnya?

Posted: 30 Jan 2012 03:00 AM PST

Video Seks II : Dimana Sebenarnya Anwar Berada Pada Tarikh Rakaman?

Semalam blog ini telah memetik tulisan dari sebuah blog rakan yang menyatakan Anwar tidak berada di Bangkok pada tarikh video seks II yang dikatakan dirakam pada 12 & 13 Januari tahun lepas.

Blog tersebut mendakwa Anwar berada di Indonesia. Namun ia tidak dapat memberikan butiran lanjut.

Namun selepas di semak semula, sebenarnya, Anwar tidak berada di Bangkok maupun di Indonesia pada tarikh berkenaan tetapi berada di Kuala Lumpur.

Berikut ialah pendedahan dari wikimalay yang memetik sumber asalnya dari activist901.com:


Bukti: Rancangan Trio Dato T Kantoi Lagi!!

Makin hari umno makin terdesak, videonya dah siap, tapi ada kesilapan tarikh berlaku pada rakaman tersebut! Macamana agaknya mereka hendak membetulkan balik? Inilah bukti yang paling jelas menunjukkan DSAI tidak berada di Bangkok pada waktu yang dikatakan oleh Trio Dato T tersebut!

Ini bukti sahih ! DSAI dijadualkan berada di Majlis Sidang Media Pakatan Rakyat berlangsung pada 13/1/11(Khamis) di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur!

BUKTI SAHIH! URL HARAHDAILY TARIKH, TEMPAT MENGESAHKAN DSAI BERADA DI KUALA LUMPUR PADA 13/1/11!

TERNYATA TRIO T GAGAL MENGHERET ANWAR KEDALAM RANCANGAN MEREKA DIHARAP PEMBACA DAPAT MEMBEZAKAN SAMADA KEBENARAN ITU DITUNTUT DARI TUDUHAN SEMBRONO ATAU MENGIKUT TATACARA HUKUM ALLAH S.W.T!


Nah sekarang apa lagi? Semuanya telah terbarai.

Kita yakin video seks itu dikeluarkan oleh "Datuk T Production" adalah kerana hati mereka terlalu sakit ekoran fitnah video seks I tidak berjaya dan sementelah lagi Anwar telah dibebaskan oleh mahkamah di atas tuduhan liwat tempohari.

Kerja-kerja rakaman video seks tersebut adalah agenda paling jijik dan jahat kumpulan Datuk T yang mendapat restu UMNO itu. Memang binatang sungguh kerja mereka itu.

Kita berdoa agar bala paling dasyat ditimpakan ke atas pemfitnah, pereka, dan sesiapa juga yang terlibat menghasilkan dan menyebarkan video seks berkenaan. - GB

Mak Cik ngan Pak Cik Felda wajib baca...

Posted: 30 Jan 2012 01:30 AM PST


KENAPA NEGARA KAPIR RAKYAT PERCUMA

PENCERAHAN DARI PEMBACA

Alhamdulillah kawe antara yang terpilih untuk menikmati kehidupan di negara kafir Jerme. Sejok 10 tahun duk di sini, xdop sebarang rasa prejudis dirasai, semasa tempoh pengajian hingga kini di bidang kerjaya. Malah pihak polis juga sgt professional dlm menangani beberapa kes yg telah kawe alami spnjg hidup sebagai „Ausländer" di negara kafir Jerme ini.

Tapi hari ni kawe xterpanggil nok sentuh bab pengajian percumo, benda tu terlalu basic, tertulis sbg undang2 negara bahawa adalah kewajipan sebuoh kerajaan utk memberikan pendidikan kpd rakyatnya. Byk lagi elemen basic dipraktikkan oleh negara kapir Jerme tanpa diheboh-hebohkan utk kepentingan pemerintah, antaranya highway tanpa had laju percuma,harga kreta yg murah, wang bulanan kpd penganggur dan wang sara anak. Tp satu bendo yg buat kawe nok tulis hari ni adalah pasal kononya Malaysia negara berbilang kaum.

Kawe terbaca berita psl Ahmad Maslan menegaskan tidak perlu debat antara Anwar dan Najib, antara sbbnya kerana Malaysia lain dgn negara Barat adalah negara berbilang kaum. Hanya org yg bodoh boleh terima alasan ini dan hanya yg masih bodoh akan percaya bahawa negara Barat tidak berbilang kaum. Di Jerme contohnya pelbagai kaum hidup di sini dan walaupon ramai pendatang, mereka mendpt hak dan layanan sama spt rakyat Jerme yg asal.

Di nagara2 Barat lain di Eropah, mahupon Amerika juga pelbagai kaum hidup bersama-sama Adakah kita pernah dengar mereka bangga dgn negara mereka yg berbilang kaum? TIDAK PERNAH!! Ini kerana mereka tidak lihat rakyat mengikut bangsa warna kulit mereka. . Ini mungkin benda baru bagi mereka yg tidak pernah ke oversea. Kpd yg sedang ternganga tak percaya, jalankan siasatan sendiri, Lebai Google sedia berkhidmat.

Malaysia sbrnya merupakan satu-satunya negara yg kawe tahu yg masih mengamalkan dasar pecah perintah penjajah dan sebuah negara yg masih gagal membentuk negara bangsa walaupon sudah lama merdeka. Pemerintah masih menjalankan dasar mereka mengikut kaum dan ini merupakan kegagalan mereka. Kita dari kecil ditipu kononnya Malaysialah satu-satunya masyarakat majmuk berbilang kaum di dunia ini. Kita telah dididik dari kecil utk mengenali kaum2 lain sedangkan anak2 kecil langsung tidak boleh membezakan kaum dan warna kulit. Ini adalah satu fakta halus yg sentiasa digunakan utk kesinambungan politik Barisan Nasional. Kita harus bangun dan sedar bahawa dari kecillah juga kita diajar agar kita menyokong politik perkauman mereka.

Lihatlah di negara jiran,tidak perlu ke Eropah; Indonesia, Singapura dan Thailand, mereka juga berbilang kaum. Namun berbeza dgn negara kita, mereka telah disatukan, hak mereka disamaratakan, jiwa negara bangsa mereka diserlahkan dan tiada antara mereka yg terlalu bangga dgn kaum etnik mereka.

Kawe buke tak suka kita bangga dengan kaum kita, tapi jika ini menjadi penghalang utk negara ini maju ke hadapan dan menjadi kemudahan utk bomoh perkauman, UMNO dan MCA menjual ubat mereka, perkara ini harus diberhentikan. Bukanlah juga kawe nak menafikan bahawa Malaysia adalah masyarakat majmuk, namun fakta ini tidak perlulah dibanggakan. Ia bagaikan kita riuh ke serata dunia heboh mengatakan kita memiliki zakar, sedangkan lelaki lain juga memilikinya. Sesungguhnya perkara yang bangang itu wajiblah kita hindari. Trimo kaseh.

By Kurik on KERANA RASUAH MAKA BELAJAR KENA BAYAR on 1/28/12 - Bro: TT

Blogger Umporno mana yang bengap sangat nih... kahkahkah...

Posted: 30 Jan 2012 12:00 AM PST

Blogger Umporno Cabar Anwar Debat Isu Moral Dengan Najib

AKU terbaca satu blog pro Umno yang aku malas mahu letak link kat sini sebab aku takut ramai belia kita akan menjadi rosak akhlak apabila membaca blog fitnah dan lucah. Blog tersebut menyarankan agar Anwar dan Najib berdebat di dalam isu `moral', bukannya di dalam isu dasar atau ekonomi negara.

Memang puak-puak tu amat suka kepada cerita-cerita seks dan lucah sebab itu muka-muka mereka lah yang selalu hadir ceramah Umi Hafilda yang pastinya boleh membuatkan mereka `resah, panas dan ghairah' mendengar cerita lucah dari betina tua yang bujang itu. Maka, tidak hairanlah mereka tidak peduli soal dasar atau ekonomi negara, yang mereka mahu dengar adalah cerita lucah. Sebab itu, mereka mencadangkan agar debat Anwar dan Najib mesti menjurus ke arah itu.

Sebenarnya, mereka ketinggalan bas. Awal-awal lagi Anwar sudah bersedia untuk berdebat dengan Najib atas tajuk apa sekalipun hatta soal moral. Anwar menyebut sedemikian sewaktu Najib pernah berkata sekiranya beliau berdebat dengan Anwar, Ketua Pembangkang ini pasti demam. Anwar telah menjawab bahawa beliau tidak kisah jika demam sekali pun asalkan Najib menjadi `jantan' bukan `betina' yang hanya pandai menyalak di depan media sahaja. Anwar berulangkali menyebut beliau lebih suka berdebat soal negara dan kebaikan rakyat, tetapi jika Najib mahu berdebat di dalam isu moral sekali pun beliau bersedia menerimanya.

Oleh yang demikian, Blogger pencacai Umno ini tidak perlulah menampakkan kebodohannya dengan membuat cabaran yang pasti akan menyusahkan bos mereka sendiri iaitu Najib. Anwar telah lama mencabar Najib sebelum Blogger bengap ini membuat cabaran. Sekarang, Blogger bengap dan lembab ini harus memulakan tindakan mendesak agar Najib bertukar menjadi `jantan sejati' untuk menyahut cabaran Anwar berdebat samada di dalam isu ekonomi mahu pun isu moral. Beranikah Najib? Jika Najib berani, esok aku mohon borang Umno !!/wfauzdin.blogspot.com

Anwar ajaq budak-budak menyanyi pulak dahhh....

Posted: 29 Jan 2012 10:00 PM PST


Sedap jugak lagu madu dan racun nih kalau dibuat lagu tema perjatuhkan UMPORNO... kahkahkah...

Sedap betoi kupasan dia nih...

Posted: 29 Jan 2012 08:30 PM PST

Gosip Rosmah di tangan wartawan gay


Fathi Aris Omar

Sebilangan orang meremehkan ruangan gosip di akhbar Australia yang mendedahkan babak awal percutian perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor.

Apatah lagi wartawan yang mengulas perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) itu seorang gay -- istilah yang dicemuh di negara ini.

Jika seseorang itu pro-kerajaan dan simpati pada Rosmah, dua fakta ini sudah cukup melucutkan kewibawaan maklumat yang disampaikan di harian Sydney Morning Herald minggu lepas.

Mungkin mereka sendiri sudah terlupa atau tidak menyedari bahawa dakwaan liwat Anwar Ibrahim sendiri bermula dari keratan kecil kolum gosip sebuah majalah hiburan popular pada 1997.

Pemimpin majalah itu pula, walaupun bawah payung kumpulan media yang akrab dengan Umno, seorang yang mempunyai orientasi seks tertentu (jika gay tidak sesuai).

Beberapa bulan sebelum buku 50 Dalil muncul pada awal 1998, keratan kecil ini cukup menjadi bahan wartawan memburu berita dengan cuba mengesahkan dakwaan itu daripada mulut perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Lihatlah bagaimana keratan kecil gosip itu berkembang menjadi episod politik yang maha dahsyat dan kes mahkamah yang maha gempar kemudiannya.

Perbandingan ini tidaklah membawa maksud gosip lebih benar daripada buku; atau kes mahkamah Anwar kemudiannya lebih palsu daripada dakwaan Dr Mahathir.

Ia hanya menjelaskan satu unjuran peristiwa bahawa gosip di media -- walau dianggap remeh dan layak dipedulikan oleh orang yang rendah akalnya -- boleh mendatangkan malapetaka politik suatu hari nanti.

Setidak-tidaknya malapetaka kepada Anwar dan penyokongnya -- termasuk pemimpin kumpulan media yang menerbitkan keratan kecil gosip tersebut!

(ii)

Ruangan 'Private Sydney' kelolaan Andrew Hornery bukan sahaja membongkar beberapa babak awal tabiat berbelanja Rosmah, ia juga menceritakan ke mana pergi suaminya Najib Abdul Razak dan gelagatnya sewaktu bercuti di kota besar itu.

Dengan dukungan maklumat blog Frockwriter, yang menjadi sandaran Hornery, peminat politik dapat mengintai di sebalik tabir kehidupan santai pasangan pertama negara ini.

Episod ini belum dibahaskan media secukupnya.

Fokus utama setakat ini -- termasuk penjelasan pereka fesyen Carl Kapp -- malah mendedahkan lagi sisi-sisi Rosmah yang sedia dicurigai ramai.

Reaksi Najib terhadap Kapp dan pereka fesyen Itali kegemaran ahli parlimen Pekan sewaktu berbual di penthouse semahal A$20,000 (RM65,100) semalam belum dibicarakan.

Media sendiri, termasuk Malaysiakini, setakat ini gagal mengesahkan daripada tuan punya badan. Apakah wajar seorang perdana menteri mendapat kemudahan seperti itu dan berapa kerap perbelanjaan dikeluarkan untuk kemudahan seumpamanya?

Jika media gagal mendapatkannya sekarang, mungkin tiba giliran ahli-ahli Dewan Rakyat membangkitkannya dalam persidangan Mac depan.

Kalau gagal juga di Dewan Rakyat, nampaknya hanya si isteri yang bakal menanggung cemuhan sedangkan sang suami yang memegang jawatan awam tertinggi ghaib daripada radar muhasabah rakyat.

Tidakkah ia berat sebelah dan ganjil?

(iii)

Rosmah, sebagai pendamping perdana menteri, sengaja mencari status selebriti.

Sebagai wanita pertama, status itu sepatutnya datang secara alami; bukan direkayasa melalui penampilan berlebihan di media arus perdana.

Namun Rosmah ingin menonjol sebagai ikon besar wanita; bukan sekadar selebriti biasa.

Kadang-kadang imej Rosmah jauh ke depan daripada ketua Wanita BN sendiri, jawatan kanan dalam kerajaan dan parti, sehingga Shahrizat Abdul Jalil kelihatan sekadar bayang-bayang isteri Najib.

Mujurlah muncul isu National Feedlot Corporation (NFC) dan keriuhan projek lembunya di Gemas -- dapatlah menteri berkenaan mencuri perhatian rakyat.

Di awal penonjolannya, Rosmah tidak menyedari ia telah meresahkan media apabila hampir setiap hari akhbar dan TV terpaksa memberitakan kegiatan, foto atau kenyataannya.

Remeh-temeh melayan karenah Rosmah dalam usahanya mendapatkan liputan di media sudah menjadi gosip tidak bertulis di kalangan barisan wartawan arus perdana sejak 2009, awal-awal Najib memegang tampuk kepemimpinan negara.

Penonjolan itu juga sekali gus membangkitkan rasa ingin tahu luar biasa pengguna media, yang juga pengundi dan rakyat negara ini.

Dan akibatnya -- seperti lumrah nasib semua manusia yang berkuasa, terkenal dan elitis -- ikon ini menjadi sasaran intipan dan umpatan ramai, termasuk ahli politik dan media.

Semakin besar penonjolannya, semakin ghairah pula rakyat bawahan ingin menyelak misteri kekuasaan, keelitan dan pengaruh Rosmah. Ibarat selebriti Barat dengan papparazinya!

Jadi media, sebagai saluran popular komunikasi antara elit dan rakyat bawahan, tidak mempunyai banyak pilihan kecuali memburu dan terus memburu ikon besar itu.

Sehingga? Sehingga ia lenyap daripada radar awam dan ikon atau selebriti baru pula muncul.

Fathi Aris Omar bertugas sebagai ketua pengarang di Malaysiakini.

Besaqnya kepala Aziz Bari... haha...

Posted: 29 Jan 2012 07:30 PM PST

Gesa MB Kedah Letak Jawatan: Aziz Bari Sudah Besar Kepala?

APA pun masalah yang timbul lanjutan daripada isu tindakan tatatertib yang diambil ke atas 5 orang pelajar Kolej Universiti Isaniah (KUIN) dibawah Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Prof Dr Abdul Aziz Bari tidak tidak sama sekali wajar untuk menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak untuk melepaskan jawatannya.

Tidak cukup setakat itu Aziz Bari juga menyifatkan Azizan sebagai 'menyerupai' Barisan Nasional (BN) apabila mengambil keputusan tersebut.

Pada penulis, itu adalah kenyataan paling kurang ajar yang pernah dikeluarkan oleh seorang yang baru nak berjinak-jinak dalam politik keatas seorang pemimpin parti PAS merangkap Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat yang telah lama berjasa kepada parti sehingga berjaya merampas Kedah buat kali pertama dari tangan BN pada 2008.

Aziz Baru fikir dia siapa dengan mengeluarkan kenyataan tersebut? Who are you?

Sudah cukup baik media dan blogger pro Pakatan Rakyat memberikan gelaran 'pakar perlembagaan' kepada Aziz Bari dikala tidak ada satu pun yang boleh dijadikan asas untuk menggelarkannya dengan gelaran itu. Tidak seperti akauntan dan jurutera yang mempunyai badan-badan seperti Malaysia Institute of Accountant (MIA) dan Board of Engineers (BoE) yang berkelayakan untuk mengiktiraf individu kepada profession itu, pakar perlembagaan tidak ada.

Malah tidak keterlaluan kalau penulis katakan, reputasi itu diberikan Pakatan Rakyat kepada Aziz Bari bagi mengangkat tinggi sebarang kenyataannya mengenai perlembagaan negara yang sering kali disalah tafsir oleh kerajaan BN/UMNO serta juak-juak mereka.

Justeru, tidak usahlah Aziz Bari nak merasakan dirinya tinggi daripada Ustaz Azizan, anda masih belum ke mana dalam politik dibandingkan dengan Ustaz Azizan yang telah lama bergelumang dengan politik dan membuktikan kebolehannya, sehingga dilantik ke jawatan Menteri Besar.

Dalam masa yang sama, penulis menggesa kepimpinan Pakatan Rakyat agar mengambil tindakan ke atas Aziz Bari. Jika dia masih belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, maka itu tindakan displin tidak boleh diambil ke atasnya, maka Aziz Bari perlu dipulau dari sebarang aktiviti yang membabitkan Pakatan Rakyat.

Lagipun Aziz Bari tidak punya apa sekarang, setelah mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa. Penulis mendengar, dia bergantug sepenuhnya kepada aktiviti-aktiviti dimana Pakatan Rakyat mempunyai kepentingan untuk mendapatkan wang tambahan atas khidmat sebagai konsultan.

Tanpa Pakatan Rakyat, Aziz Bari hanyalah pesara kerajaan yang berharap kepada pencen untuk hidup (itupun jika dia memilih opsyen tersebut).

Inilah yang penulis bimbangkan bila Aziz Bari menawarkan dirinya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Aziz Bari mungkin layak dari segi akademik tapi dari segi politik, dia tidak ubah seperti budak baru belajar berjalan. Bagaimana dia mahu berjaya dalam politik kalau sudut pandangnya terikat dengan akedemik semata-mata.- SPR

Shahrizat dah terlepaih cakap... kahkahkah...

Posted: 29 Jan 2012 06:00 PM PST


Shahrizat: Beritahu saya pemimpin UMNO mana yang tiada masalah?

Disebalik tanda bahawa UMNO sedang berantakan disebabkan skandal rasuah dan pertelingkahan dalaman dikalangan pemimpin tingginya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah telah mengumumkan bahawa satu pasukan khas akan dibentuk untuk menyiasat dakwaan bahawa keluarga Menteri UMNO Shahrizat Jalil telah menyalahgunakan dana awam berjumlah RM250 juta yang diperuntukkan bagi projek ternakan lembu NFC untuk kegunaan peribadi dan juga harta mewah.

Walaubagaimanapun, tanpa fokus kepada kemarahan rakyat, semua mata tertumpu pada drama yang sedang dimainkan UMNO. Walaupun Shahrizat telah membayangkan kesediaan beliau untuk meletak jawatan, adalah mustahil beliau akan membenarkan dirinya dipijak atau dijadikan kambing hitam oleh rakan-rakan parti politiknya.

Mata juga sedang tertumpu pada hakikat bahawa Najib yang sedang disiasat oleh kerajaan Perancis disebabkan dakwaan memakan rasuah bernilai RM570 juta daripada pembuat senjata gergasi DCN akan mampu untuk menangani isu NFC. Najib juga ialah presiden UMNO.

"Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?" merupakan jawapan pantas Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan seperti yang di laporkan oleh suratkahabr Sin Chew beberapa hari lepas.

Sandiwara UMNO-SPRM

Sememangnya rakyat berasa curiga kerana MACC telah sebelum ini telah menyerahkan kes itu kepada polis walaupun telah menerima laporan daripada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Kredibiliti pentadbiran Najib telah hilang apabila timblan ketua Polis Khalid Bakar telah mengumumkan bahawa tiada unsure pecah amanah semasa perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Sering mendapat jolokan Pak Turut untuk kerajaan UMNO, Khalid telah dituduh sebagai cuba menyelamatkan parti itu daripada malu.

"Kita telah bertindak dengan mengikut prosedur apabila mengumpul fakta dan kenyataan sejak isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negera. Kebanyakkan isu yang ditimbulkan pada laporan terhadap NFC telahpun kita ambil tindakan." Ujar Pengarah SPRM Mustafar Ali dalam kenyataan beliau yang di siarkan pada Khamis.

SPRM juga pantas menyatakan bahawa ia tidak dapat mendedahkan fakta terperinci seperti yang termaktub dalam Seksyen 29(4) Akta Pencegah rasuah Malaysia 2009. "Kami telah memanggil pihak-pihak yang terbabit untuk memberi kerjasama kepada kami dan tidak mempolitikkan isu –isu yang boleh menjejaskan siasatan kami." Ujar Mustafar lagi.

Mengambilkira tona defensive kenyataan tersebut, adalah jelas kepada pemerhati bahawa SPRM tidak akan beriya-iya menyiasat NFC atau Feedlot Kebangsaan, sebuah projek yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan kepada 40% pemakanan dan pada harga yang berpatutan.

Projek itu telah dianugerahkan kepada suami Shahrizat, Salleh Ismail dan anak-anak beliau pada 2006. Semasa itu, Muhyiddin memang portfolio Menteri Pertanian. Khairy Jamaluddin, menantu kepda Perdana Meteri ketika itu, Abdulah Badawi juga memainkan peranan penting dalam meluluskan projek itu kepada keluarga Shahrizat.

Bertanggungjawablah dan selamatkan kami, rakan-rakan beritahu Shahrizat

Ini dipercayai sebagai drama terbaru yang dimainkan UMNO untuk menyeru Shahrizat meletak jawatan dalam cabinet dan bertanggungjawab sebelum pilihanraya diadakan pada tahun depan.

Tiada siapa yang menyangka aka nada perubahan besar pada sikap pemimpin tertinggi UMNO yang sudah dikenali dengan rekod rasuah mereka- ini termasuk juga Shahrizat.

"Shahrizat dan juga UMNO sememangnya tidak malu. Isunya adalah kenapa pinjaman sebegitu diberikan kepada keluarga beliau sedangkan beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet. Mustahil mereka mendapat pinjaman itu sekiranya dia bukan menteri. Beliau dan keluarga beliau telah menidakkan hak rakyat Malaysia yang susah dan rajin daripada faedah pinjaman itu (bekalan daging murah kepada rakyat Malaysia)," beritahu timbalan Presiden PKR N Surendran kepada Malaysia Chronicle.

"Shahrizat juga tidak patut dipersalahkan seorang diri. UMNO lah yang harus lebih dipersalahkan. Disebabkan amalan politik mereka yang sering memberi makan kroni dan keluarga mereka daripada wang rakyat. "

Mangsa legasi rasuah Mahathir?

Mereka yang menyeru beliau letak jawatan sebelum beliau "dihalau" termasuk bekas perdana Menteri Mahathir Mohamad juga dikenali sebagai pemimpin yang mengembangkan sistem feudal dalam politik di mana pemimpin elit memegang segala aspek ekonomi dan politik negara.

Dalam laporan "Global Financial Integrity" baru-baru ini, Malaysia disenaraikan di tempat ke 4 paling banyak mengamalkan rasuah di dunia. Kita sudah kehilangan USD338 billion (RM1.08 trilion) dalam pengaliran wang haram pada dekad pertama untuk abad ini.

GFI juga menyatakan bahawa kenaikkan Malaysia ini "seiring dengan bebapa negara Asian." Ada Januari lepas, telah dilaporkan RM930 billion telah keluar daripada Malaysia dari 200 hingga 2008 dan meningkat ke RM218 setahun daripada jumlah asal RM 71 billion pada masa itu.

Laporan ini sepatutnya menimbulkan kesedaran kepada pemimpin dunia bahawa ada keperluan untuk melakukan sesuatu demi menghapuskan pengeluaran haram ini," ujar pengerusi GFI Raymond Baker dalam satu sidang akhbar.

Semasa laporan itu dikeluarkan, tidak hairanlah pemimpin UMNO yang pertama meragui laporan itu adalah Mukhriz Mahathir yang tinggal di Washington dan juga merupakan anak bongsu bekas PM itu.

Sekarang, Mahathir yang berusia 86 tahu dan telah memerintah Malaysia selama 22 tahun dikenali sebagai pemimpin yang banyak membazirkan wang cukai rakyat.

Malaysia Chronicle

UMNO kena simpan muka dalam poket lepaih ni... kahkahkah...

Posted: 29 Jan 2012 04:00 PM PST


Dia cakap 40 minit, saya 20 minit sudah - Anwar

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR, 28 Jan: "Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit."

Itulah cadangan yang dikemukakan Datuk Sri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak dalam cadangan debat antara mereka.

Namun sehingga kini Najib tidak memberikan sebarang kesanggupan untuk debat ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, ia tidak perlu diadakan kerana ia budaya barat yang belum boleh diterima masyarakat negara ini.

Sebelum ini, badan penyelidikan, Merdeka Centre mencadangkan agar kedua-dua mereka berdebat.

Anwar Ibrahim mengalu-alukan idea berdebat dengan Najib sebagaimana disarankan oleh Merdeka Center berdasarkan penemuannya baru-baru ini.

Sehubungan itu kata Anwar, debat yang disyorkan wajar bagi menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

"Masing-masing buat tuduhan, kita tuduh Barisan Nasional rasuah dan gagal tadbir negara, BN tuduh kita tidak tahu urus ekonomi, tuduh Anwar jadi alat DAP, masing-masing ada pendekatan dan kita cadang debat.

"Apa yang kita sebut, kita pertahankan, itu sebabnya kita perlu debat. Insya-Allah kita menang dan dapat tawan Putrajaya," kata beliau pada Program Mesra Rakyat Bersama Penasihat Ekonomi Selangor di Stadium Sabak Bernam di sini baru-baru ini.

Hari ini, Anwar memberikan syarat dan cadangan yang cukup berat sebelah untuk Najib iaitu tempoh masa bercakap yang lebih untuk Najib.

Cadangan itu dikemukakan Anwar melalui twitternya hari ini.

Sikap Najib enggan berdebat ini dibidas oleh Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

"Ini menampakkan betapa purbanya cara berfikir kepimpinan parti ini dan betapa gentarnya UMNO untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat," katanya.

Kantoi, mantoi... berketoi-ketoi... kahkahkah...

Posted: 29 Jan 2012 02:30 PM PST

Video seks 12 & 13 Jan 2011 kantoi!!

Video seks terbaru keluaran Dato T: Kantoi!! Anwar Tidak Berada Di Bangkok pada 12 & 13 Januari 2011!!!

Penipuan Dato T, Anwar berada di Indonesia BUKAN Bangkok

PAGI tadi penulis menulis mengenai dakwaan terbaru oleh Dato T ini kononnya ada kewujudan video seks terbaru yang mengaitkan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Baru sahaja sebentar tadi, penulis mendapat maklumat dari sumber yang menyatakan Anwar tidak berada di Bangkok pada 12 & 13 Januari 2011 seperti yang didakwa oleh Trio Dato T.

Sebaliknya, Anwar pada tarikh yang didakwa berada di Indonesia.

Kenyataan ini seterusnya menafikan kewujudan video yang dikatakam mirip Anwar itu. Dan jika Anwar tidak berada di Thailand seperti yang didakwa, imej siapa pula yang berada dalam rakaman tersebut?

Mungkinkah, trio Datuk T akan mengubah versi cerita mereka dengan mengatakan video tersebut dirakam di Indonesia pula?

Jika itu berlaku, maka sejarah memalukan yang pernah berlaku dalam kes perbicaraan liwat 1 akan berulang semula kali ini. Dalam kes tersebut, Anwar dikatakan meliwat Azizan Abu Bakar di Trivolli Villa pada 1993 bilamana bangunan itu tidak wujud pun pada waktu dan tarikh yang didakwa!!!

Nampaknya, cubaan kali kedua trio tajaan UMNO ini untuk memalukan Anwar buat kesekian kalinya, tidak menjadi kenyataan waima sebelum video tersebut tersebar pun.

Tapi dalam masa yang sama, penulis harap Datuk Seri Anwar dapat meneruskan semula tindakan saman ke atas orang orang ini agar cubaan seumpamanya dapat dihapuskan terus dimasa hadapan. -suarapakatanrakyat


****************************


KEADILAN: Rakyat tidak akan percaya video fitnah terbaru

KUALA LUMPUR 27 Jan: KEADILAN menegaskan rakyat tetap tidak akan percaya terhadap video fitnah terbaru yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau mengulas dakwaan salah seorang 'Trio Datuk T', Datuk Shuib Lazim yang mendakwa terdapat satu lagi video yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Menurut Muhammad Nur, video fitnah tersebut tidak berkesan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar, malah terdapat kajian menunjukkan majoriti rakyat di negara ini tidak mempercayainya.

"Masyarakat tidak percaya dengan video ini. Janganlah buat kerja tidak berfaedah di sisi Islam. Islam mahukan umatnya mengamalkan kehidupan aman dan bukannya kerja jahat sebegini," katanya kepada Keadilandaily.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar ketiga individu berkenaan segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

"Saya nasihatkan Datuk T hentikanlah amalan keji. Mengaibkan orang lain adalah sesuatu perbuatan yang keji dan berdosa besar. Sepatutnya mereka insaf dan bertaubat," ujarnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Shuib, yang juga bekas bendahari PERKASA, mendakwa video terbaru itu dirakam pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Shuib turut mencabar Anwar membuktikan dakwaan mereka salah atau berdepan dengan pendedahan video berkenaan.

Pada 24 Jun lalu, Shuib dan dua lagi Trio Datuk T, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Mereka didakwa selepas menayangkan sebuah video seks fitnah terhadap Anwar di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan pada Mac tahun yang sama.

Bagaimanapun Anwar dan pimpinan KEADILAN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan sebagai satu lagi usaha untuk menjatuhkan dan mengaibkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pada Oktober tahun lalu, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti responden tidak percaya dengan video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

- Warta Jingga

************************


Video baru 'Datuk T': Saya tak tahu, kata Najib
12:49AM Jan 28, 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai satu video baru yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya dalam sidang media lewat malam ini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, Najib juga berkata perkara itu sepatutnya ditanya kepada Datuk T yang membuat dakwaan itu.

"Saya tak tahu, kena tanya dialah, jangan tanya saya," katanya.

Ditanya sekiranya beliau telah menonton video tersebut, Najib juga berkata beliau tidak tahu.

"Saya tak tahu. Saya tak ada makluman... Pasal video (pula) tengah-tengah malam ini," katanya lagi yang ketawa besar.

Semalam, 'Trio Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Shuib berkata beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.

- Salhan K Ahmad - Malaysia Kini

Tiada ulasan: