Isnin, 30 Januari 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Iktiraf negara Israel : Anwar akan rasa tentangan lebih dari apa yang Hadi Awang rasa. Amin.

Posted: 29 Jan 2012 06:17 PM PST

Oleh : AdukaTaruna

Anwar adalah produk UMNO. Untuk audien Cina atau India, UMNO berwajah lain. Kenyataan lain. Untuk media Melayu, UMNO berwajah lain, kenyataan pun lain.

Begitu juga dengan undang gay ketika media antarabangsa. Anwar membuat kenyataan yang serampang 2 wajah. Selepas beberapa hari, Anwar buat kenyataan 'membetulkan' kenyataan serampang 2 wajah dalam media bahasa Melayu.

Kes terjadi juga dengan pengiktirafan negara Israel oleh Anwar. Selepas kenyataan untuk media antarabangsa, Anwar pun buat kenyataan untuk media Melayu.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati.


Keadilan bagi rakyat Israel? Heh! sebab tu gua tak minat Anwar. Dan tak hadir apa sahaja program dia.

Bila dia sebut rakyat Israel, bermakna dia iktiraf Israel itu sebagai negara. Negara Israel adalah haram berdasarkan timeline Salahuddin Ayubi yang membebaskan Palestine.

Kaum yang guna logo bintang bucu 5 sebenar adalah kaum Yahudi yang memilih untuk tinggal di Palestine dari zaman Nabi Daud dan selepas Salahuddin. Sehingga ramai antara mereka yang menjadi muslim.

Yahudi2 yang sendiri memilih tidak mahu tinggal dalam pemerintahan Islam Salahudin selepas dimerdekakan dari pemerintahan Kristian (blok barat) yang zalim itu, gua berikan nama
Yahudi Kategori B.

Yahudi2 Kategori B itu kemudiannya membentuk fahaman Zionis, yakni fahaman berasaskan gerakan mendapatkan negara sendiri walau apa cara. Target mereka, tanah yang kononnya asal-usul mereka. Itu bukan negara mereka. Tetapi itu negara Yahudi2 yang sudah menjadi muslim dan Yahudi2 lama yang masih menggunakan bintang Nabi Daud (bucu 5). Cuma masalahnya ialah Arab menukarkan identiti bangsa mereka kepada Arab selepas mereka memeluk Islam. Macam Melayu yang berlumba2 menjadi Arab bila pegang sijil agama.

Akhirnya, tanah2 Yahudi muslim dan Yahudi bukan muslim dirampas. Dalam 1 peperangan. Selepas peperangan dunia kedua dimana telah terbentuk New World Order. Ditubuhkan negara bernama Israel dengan penindasan terhadap kaum yang tinggal di situ sejak nenek-moyang. Oleh kaum yang tinggal bukan di situ, tetapi menggunakan hujah nenek-moyangnya pernah tinggal di situ. 


Sebab itulah sebarang bentuk perakuan Israel adalah negara adalah haram. Sama ada hubungan diplomatik, sukan mewakili negara, dan lafaz kerakyatan seperti Anwar. Musuh kita adalah kewujudan negara Israel yang haram diiktiraf muslim dan Yahudi2 Bintang Daud yang tulen.

Cuma gua tidak akan lawan Anwar dalam misi mendapatkan Malaysia Baru. Dapat sahaja Malaysia Baru, Anwar akan rasa apa yang Hadi Awang rasa. Insyaallah akan lebih advance. Lillahitaala.
Demi Allah.


Tiada ulasan: