Isnin, 30 Januari 2012

Addin

Addin


Panas!! VVIP Halang Pengerusi Eksekutif NFCorp Buat Sidang Akhbar

Posted: 30 Jan 2012 08:38 AM PST

Sidang akhbar yang sepatutnya dijadualkan bermula jam 3.30 petang tadi agak kecoh seketika apabila Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh tidak juga muncul untuk memberikan kenyataan akhbar. Sehingga jam 5.30 petang, wartawan dan jurugambar mulai bosan menunggu ketibaan Pengarah Eksekutif NFCorp dan ada yang sudah mahu beredar.

Keadaan kecoh seketika apabila beberapa wartawan mendapat berita dari 'informer' bahawa Wan Shahinur telah ditahan oleh '8 anjing suruhan' selepas menunaikan solat Jumaat. VVIP ini telah mengarahkan '8 anjing suruhan' untuk memberi sepatah dua kata dan pesanan yang amat sulit kepada Wan Shahinur.

GWM terpanggil untuk mendedahkan perkara ini kerana pihak media belum tentu akan menerbitkan maklumat ini dalam portal atau akhbar ... Nahas besar bakal menanti! GWM juga menerima berita ini dari rakan-rakan yang hadir untuk sesi taklimat bersama NFCorp.

Sudah ada tanda berlaku campurtangan pihak tertentu mahukan isu ini tidak digali sedalam-dalamnya. Dan GWM sebelum ini pernah mengatakan berlakunya tanda-tanda mahu menjatuhkan karier, imej dan kredibiliti Ketua Wanita UMNO.

Hanya dua portal melaporkan kejadian Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh lewat tiba untuk sesi taklimat bersama NGO terbabit. ~gwm aka pencacai umno

Baca di sini.

Addin :

VVIP mana yang halang buat sidang akhbar tuh? Mai khabar siapa? Siapa yang  buat kecoh? Ke saje-saje buat kecoh je.. media pencacai hang jangan nak cuba nak alih isu yek..

Bongkar!! Sejarah Hubungan Umno - Israel Sejak Zaman Tunku Abdul Rahman

Posted: 30 Jan 2012 06:42 AM PST

Artikel ini membongkar hubungan Malaysia-Israel sejak zaman Tunku Abdul Rahman, antara Tunku dan Menteri Israel, Moshe Sharett sehinggalah ke komen terbaru Anwar Ibrahim yang segera di tegur oleh kepimpinan PAS. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah diziarahi oleh menteri hal ehwal Israel yang pertama bernama Moshee Sharett di Kuala Lumpur. Presiden UMNO, Tunku ketika itu mengatakan bahawa 'kami berbangga sekiranya ada hubungan diplomatik dengan Israel'

"It will be considered an honor for us to have a diplomatic representative from Israel." Pada 26 Ogos 1957, Perdana Menteri Israel David Ben-Gurion menghantar ucapan tahniahnya kepada Tunku di atas kemerdekaan Malaysia dan mengatakan bahawa Israel hendak meletakkan perwakilan Israel di Malaysia.

Israel juga mengundi untuk menerima Malaya di dalam PBB. Pada 23 Disember, perwakilan Malaysia memberitahu delegasi Israel bahawa Malaysia mengiktiraf Israel tetapi tidak bercadang hendak mengadakan hubungan diplomasi dengan Israel.

Pada tahun 1959, delegasi Israel ke Australia, Moshe Yuval melaporkan bahawa dia telah berjumpa Tunku di Australia di mana Tunku memberitahunya bahawa kepimpinan Malaysia (UMNO) mengenali Israel tetapi tidak dapat membuat hubungan diplomasi dengan Israrel berikutan penentangan kuat rakyat Malaysia.

Pada tahun 1961, Tunku menziarahi London dan berjumpa perwakilan Israel bernama Arthur Lurie. Perwakilan Isreal menzahirkan rasa hampa berikutan ketiadaan hubungan diplomatik Malaysia-Isreal manakala Tunku menjawab bahawa sahabat-sahabat dan kumpulan-kumpulan yang pro-Arab khususnya Mesir menentang keras sebarang hubungan dengan Isreal.

Meskipun begitu, Tunku mengalukan hubungan komersil Malaysia-Israel dan mencadangkan penubuhan konsulat Isreal di Singapura. Syarikat Israel, Astraco kemudiannya menubuhkan cawangan di Singapura dan pada tahun 1963, Menteri Hal Ehwal Luar Malaya memberi lessen kepada Astraco untuk menubuhkan cawangan di Kuala Lumpur.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1963, Menteri Hal Ehwal Luar Israel, Golda Meir menghantar telegram kepada Tunku mengucapkan tahniah kepada Tunku.

Antara tahun 1964 sehinggalah tahun 1966, Moshe Yegar, wakil dari Israel telah berjumpa dengan Tunku, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan ramai lagi dalam usaha mengeratkan hubungan Malaysia-Israel. Meskipun begitu, usaha Israel gagal kerana Malaysia akhirnya mengambil pendekatan pro-Arab.

Tambahan lagi, ketika itu Malaysia berdepan dengan ancaman dari Indonesia dan mengharapkan sokongan negara-negara Islam ketika itu. Pada tahun 1968, anak lelaki Tunku, seorang usahawan datang ke Israel bersama usahawan Israel bernama Shaul Eisenberg.

Ketika itu, perwakilan Malaysia meminta Israel menyokong bidaan Malaysia untuk menjadi hos Asia Games 1974. Tunku bersara sebagai PM pada tahun 1971. Justeru, hubungan mesra Presiden UMNO yang pertama dengan Israel menafikan saranan bahawa kepimpinan UMNO sentiasa anti-Israel.

Seterusnya, perlu diakui bahawa selama zaman kepimpinan Tun Mahathir, Malaysia telah mengambil pendekatan anti-Israel yang kuat. Pada tahun 1969, Malaysian menjadi negara Asian yang pertama yang menerima perwakilan Fatah dan menjemput Fatah membuka pejabat di ibu negara Malaysia.

Tetapi, pada tahun 1982 di bawah Mahathir, pengiktirafan diplomatic penuh (full diplomatic recognition) diberikan kepada Palestin. Pada tahun 1986, Tun Mahathir sewaktu di Zimbabwe mengatakan bahawa pembunuhan oleh Nazi gagal mengajar orang Yahudi apa-apa.

Sepanjang pemerintahan Tun Mahathir, Tun Mahathir telah menzahirkan sikap anti-Yahudi yang cukup kuat, berikutan penindasan orang Yahudi ke atas orang Palestin. Tun Mahathir adalah seorang insan berani yang juga bermasalah.

Beliau dianggap sebahagian besar rakyat Malaysia sebagai Bapa Pemodenan Malaysia tetapi beliau juga dianggap sebagai Bapa Fitnah Malaysia di mana budaya memfitnah mula disuburkan di zaman beliau. Pada masa sama, kecaman dan penindasan ke atas mereka yang tidak bersetuju dengan beliau, termasuklah sekatan royalti minyak, sekatan promosi jawatan dan sebagainya cukup subur.

Pada masa yang sama, budaya rasuah dan kronisme cukup subur di zaman beliau di mana Malaysia merosot dari ranking rasuah pada No.23 sehinggalah ke No.60 pada masa ini. Sebagai perbandingan, Singapura berada di ranking no.3. Memalukan. Meskipun begitu, ketegasan Tun Mahathir dalam isu Yahudi dihormati.

Berbeza dengan Tun Mahathir, tokoh seperti Anwar Ibrahim cuba mengambil pendekatan diplomasi win-win situation ala-ala Rais Yatim (dalam isu Batu Putih) dalam isu Israel. Anwar sentiasa cuba manzahirkan dirinya sebagai seorang yang bertimbang rasa dan tidak berat sebelah dalam isu Israel. Ucapan Anwar bahawa Israel berhak mempertahankan dirinya merupakan ucapan yang betul tetapi tidak bijak dan menjengkilkan.

Sepatutnya, Anwar Ibrahim menunjukkan penentangan yang kuat ke atas kezaliman Israel dan bukan cuba menjaga hati semua pihak. Penentangan ke atas kezaliman Israel bukanlah kerana kita semua anti-Yahudi atau anti-Sematik, tetapi kerana kita menentang kezaliman.

Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Sulaiman dan Nabi-nabi lain pun berasal dari kaum Yahudi dan kita menghormati mereka semua. Penentangan kita ke atas Israel ialah berikutan kezaliman Israel ke atas umat Islam.

Meskipun begitu, sebelum penyokong UMNO bersorak, ingatlah bahawa Presiden UMNO, Najib sendiri yang begitu ghairah menyokong dan menjemput APCO, sebuah syarikat Yahudi untuk terlibat dalam hal ehwal Malaysia terkini. Kenyataan Anwar sedikit tidak bijak tetapi tindakan UMNO menjemput APCO merupakan tindakan jahat yang menghampakan.

Seterusnya, sejahat-jahat Yahudi, mereka tidak menindas kaum sendiri. Ini berbeza dengan UMNO di mana Tok Guru, golongan Melayu PAS dan PKR, malah rakyat Kelantan (yang majoritinya Melayu) menjadi golongan sasaran utama kezaliman UMNO. ~tranungkite

Mengejutkan!! 50% Ahli DAP Adalah Melayu

Posted: 30 Jan 2012 05:41 AM PST

Naib Presiden DAP, Senator Tengku Abdul Aziz menyangkal dakwaan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang mendakwa kononnya DAP adalah parti untuk masyarakat kaum Cina sahaja dan bukan untuk orang Melayu di negara ini. Katanya sejak DAP menubuhkan barisan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai oleh DAP, PAS dan PKR tahap bilangan orang Melayu di seluruh negara semakin ramai dan hampir 50 peratus menjadi ahli DAP.

"Ini adalah atas kesedaran orang-orang Melayu sendiri terhadap perjuangan DAP yang mementingkan ke arah membela nasib rakyat yang berbilang kaum dan anutan kepercayaan agama yang berbeza-beza," ujarnya.

Tengku Aziz berkata lagi dalam menerajui kepimpinan DAP ramai di kalangan anak-anak muda khususnya generasi muda yang berpendidikan tinggi dalam pelbagai jurusan menjadi ahi dalam parti DAP, sama ada kaum Cina, India dan juga Melayu.


"DAP tidak macam UMNO. Golongan muda para cerdik pandai yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda langsung tiada peluang menjadi Ahli Majlis Tertinggi dan kebanyakannya yang tua-tua bangka sahaja," katanya.

Tengku Abdul Aziz berkata demikian ketika berucap di hadapan 1,000 orang para penyokong DAP pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dewan SM Yu Yuan, Sandakan.

Katanya lagi, para pemimpin dalam memperjuangkan rakyat tidak telus, tidak ikhlas dan kebanyakan wakil rakyat mereka baru satu penggal jadi ADUN yang bergelar 'YB' sudah kaya raya; rumah mewah, kereta mewah sehingga empat-lima buah di depan rumah selain itu isteri hingga 2 atau 3 orang.

"Di Sandakan, kita tahu 90 % masyarakat Cina telah menyokong DAP dan menolak kepimpinan BN sebab wakil rakyatnya tidak jujur dan hanya mementingkan keuntungan, bukan untuk kepentingan rakyat," tegasnya.

Sementara dalam ucapan Pengerusi DAP Sandakan, Steven Wong menyeru agar masyarakat Cina di daerah ini bersatu untuk menumbangkan calon-calon BN yang bertanding di kawasan Elopura, Karamunting, Tanjung Papat bagi kouta Cina.

"Orang Cina harus sedar dan buka mata jangan kerana beras 10 kilo, gula dua kilo kamu telah berubah fikiran dan menyokong BN. Sampai ke mana beras lima kilo itu?" tanya Steven Wong. ~sabahkini


UMNO Kelantan Hidu Kekalahan PRU 13.. Ini Buktinya

Posted: 30 Jan 2012 02:08 AM PST

Badan Perhubungan Umno Kelantan memberi amaran mana-mana anggota Umno yang melobi untuk menjadi calon pilihan raya di Kelantan sehingga memecah belahkan parti boleh diambil tindakan Jawatankuasa Disiplin Parti yang digerakkan. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata mereka yang sedang rancak melobi di peringkat cawangan mestilah berhati-hati jangan sampai merosakkan perpaduan sesama sendiri.

"Fitnah-memfitnah dan sangka buruk menjelang pilihan raya umum ke-13, mesti dielakkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi DUN Perupuk di sini, Ahad.

Awang Adek mengulas pengumuman Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang antara lain berkata Jawatankuasa Disiplin parti akan digerakkan awal bagi memantau dan bertindak terhadap anggota parti yang melakukan perbuatan khianat terhadap parti.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tepat pada masanya bagi mengekang perbuatan anggota melakukan kegiatan yang melampau batas.

Beliau berkata tujuannya bagi menjamin usaha Barisan Nasional merampas tampuk pemerintahan negeri Kelantan daripada parti pembangkang pada pilihan raya umum kelak.

Awang Adek berkata sebelum ini tindakan disiplin terhadap anggota yang mengkhianat parti selepas pilihan raya tidak banyak memberi kesan.

"Tindakan kali ini cukup baik lain dari biasa dan ia memberi mesej jelas berbentuk amaran kepada semua anggota supaya tidak khianat kepada parti seperti bercakap bohong, melaga-lagakan sesama sendiri dan menabur fitnah, yang boleh diambil tindakan segera tak payah tunggu pilihan raya," katanya.

Katanya, mereka (yang bertindak demikian) boleh hilang kelayakan untuk bertanding dalam parti seperti jawatan ketua, timbalan ketua dan ketua cawangan.

Awang Adek berkata mana-mana anggota biasa membuat kerja yang tidak berfaedah seperti mensabotaj parti dan menentang calon hendaklah memberhentikan segera perbuatan mereka itu. Bagaimanapun beliau berkata mereka yang berbuat baik seperti membantu meringan beban golongan miskin dialu-alukan kerana ini boleh menguatkan parti. ~karat-ejau

Addin:
Bermakna.. batu nesan makin dekat dengan UMNO

Akhirnya PERKASAM Akui Kebodohannya..

Posted: 30 Jan 2012 01:27 AM PST


Baru hari ini PERKASAM mengaku yang mereka nih dari golongan bodoh. Bak kata orang tua.. tak mau bertanya nanti sesat jalan.

Lain kali tak tau jangan buat pandai, tanyalah orang.. nih satu dunia dah gelak kat PERKASAM.. buat malu jer.. kah.. kah.. kah..

Perkasa: 'Kami guna sampul angpow putih dengan niat baik'

SHAH ALAM - Perkasa menegaskan pihaknya menggunakan sampul angpow warna putih pada majlis rumah terbuka pertubuhan itu semalam dengan niat baik atas alasan "putih itu bersih, putih itu suci dan putih itu ikhlas."

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, Perkasa tidak menukar kepada warna lain sebab tidak tahu sampul warna putih lazimnya digunakan dalam majlis-majlis kematian.

Perkasa mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina yang pertama di ibu negara semalam.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali dilaporkan memberikan angpow kepada hadirin dengan menggunakan sampul berwarna putih dan ia menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan masyarakat Cina.

"Kalau kami tahu kami tidak gunakan sampul warna putih. Kami ikhlas dengan apa yang kami lakukan dan tiada niat lain.

"Itu pasal sesuatu tempat perlu masyarakat majmuk supaya faham budaya antara satu sama lain," katanya sambil menambah, "kita mengaku tidak tahu hal itu berkaitan warna sampul angpow."

Bagaimanapun kata Syed Hassan, mereka kini sudah faham dan jelas mengenai budaya masyarakat Cina.

"sekarang bila sudah adakan majlis seperti itu baru kita faham. Kita tidak ada niat untuk tujuan lain apa lagi menghina. Sebab itu pentingnya kekalkan penempatan penduduk pelbagai kaum agar semua faham budaya antara mereka," kata beliau lagi. ~sinarharian

Sumber : Akhirnya PERKASAM Akui Kebodohannya..

Kakitangan TNB Bakal Berpiket.. Kenapa?

Posted: 30 Jan 2012 12:03 AM PST

Kalau ikutkan kali terakhir kesatuan TNB berpiket adalah pada 1996. Dan sekarang ini, sekali lagi kesatuan dan persatuan terdiri daripada Kesatuan Pegawai-pegawai Rendah TNB, Kesatuan Percantuman Pekerja-pekerja TNB dan Persatuan Eksekutif TNB yang dianggotai sekitar 25,000 pekerja memberikan tempoh sehingga 24 Februari ini, kalau tidak mereka akan akan mengadakan piket.


Antara Isu Yang Menjadi Pertikaian & Desakan Kalangan Kesatuan TNB Menggesa
  1. Menggesa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh supaya berundur dan turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyambung kontraknya, yang dijangka akan tamat Jun 2012
  2. Antara isu yang menjadi pertikaian ialah penyumberan keluar dan penswastaan perkhidmatan, pengambilan eksekutif baru tidak mematuhi Perjanjian Bersama (CA), pemangkuan sementara untuk kenaikan pangkat melebihi tujuh bulan seperti yang dimaktubkan dalam CA.
  3. Peletakan jawatan tertakluk kepada kelulusan Naib Presiden Sumber Manusia tanpa berunding dengan Persatuan Eksekutif  TNB
  4. Pengagihan bonus muktamad tahun kewangan 2010/2011 ditolak dari bonus syarikat
Inilah tujuannya ada kesatuan, tugasnya untuk menjaga kebajikan pekerja bawahan. Dalam keadaan TNB sekarang yang kerap ditimpa kerugian, orang atas masih lagi menerima kesemua elaun yang disediakan daripada kereta, rumah, bil elektrik, ex-gratia, dan lain-lain lagi, macam tiada apa yang berlaku sekarang ini kepada TNB. Manakala orang bawah (kakitangan bawah TNB)?
Bagi kami, berpiket tiada salahnya apatah lagi mereka sekarang berjuang berkenaan hak-hak yang sepatutnya kakitangan TNB perolehi. Dan berpiket juga memang termaktub di dalam akta kesatuan.
Kesatuan ditubuhkan untuk melindungi hak pekerja daripada ditindas oleh pihak majikan
Piket merupakan bentuk tindakan perusahaan yang kerap diambil oleh para pekerja. Seksyen 40 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 membenarkan seorang atau lebih pekerja, hadir berdiri atau berarak di hadapan premis perniagaan atau pejabat bagi tujuan mendedahkan kepada orang ramai tentang rungutan pekerja atau apa-apa bentuk bantahan secara aman.

Masalah Dalaman & Pengurusan TNB : 

Sekarang ini kami dimaklumkan sedikit sebanyak masalah yang berlaku di dalam TNB itu sendiri, antaranya ialah :
  • Banyak aset TNB yang sudah dijual termasuklah rumah-rumah percutian untuk kakitangan TNB sudah banyak yang sudah dijual.
  • Tak cukup dengan itu, kesatuan TNB dilihat telah dihalang untuk turun berjumpa dengan "anak-anak buahnya"
  • Jawatan kosong TNB sepatutnya banyak, tetapi malangnya TNB gagal mengisi kekosongan jawatan dek kerana persaraan kakitangan sebelumnya yang mana bilangan kakitangan TNB sekarang ini tidak selari dengan peningkatan pengguna
  • Banyak kerja yang sepatutnya kalangan kakitangan TNB yang lakukannya, tetapi akhirnya dikontrakkan dan diambilalih oleh kalangan kontraktor
  • Pelaksanaan bacaan secara by monthly reading yang diperkenalkan oleh pengurusan Dato' Sri Che Khalib Mohamad Nor dilihat membebankan pengguna. Sepatutnya dah elok-elok bacaan meter dilakukan setiap bulan, tetapi ditukarkan secara berselang seli dengan bil anggaran yang dihantar melalui Syarikat Pos Malaysia.
Termasuk juga pembatalan usahasama pemilikan lombong arang batu di Indonesia turut menjejaskan prestasi TNB ketika ini :
  • TNB pernah memegang 92.5% dari TNB Coal International Limited yang mempunyai hak perlombongan arangbatu di Kalimantan, Indonesia.
  • Setakat Februari 2009, TNB menggunakan 15.7% arang batu untuk menjana tenaga dan terpaksa membayar pada harga pasaran yang tinggi bila kenaikan harga arang batu yang berlaku sekarang.
  • Kesan dari penjualan lombong arang batu di Kalimantan, Indonesia pada tahun 2006 juga telah menyebabkan TNB mengalami kerugian yang banyak dari segi perniagaan, tiada sesiapapun dari pihak pengurusan tertinggi yang mengambil tanggungjawab terhadap kerugian tersebut.
  • Mengambilkira kenaikan harga pasaran arang batu semasa, maka jumlah kerugian yang ditanggung oleh TNB dengan menggunakan gas kini berlipat ganda kepada RM300 – 350 juta setiap bulan
pelantar minya terbakar Gaji : Kakitangan TNB Bakal Berpiket. Kenapa?

Masih ingat kebakaran pelantar gas Bekok C yang menyebabkan bekalan gas TNB terjejas teruk? Krisis kekurangan bekalan gas masih berlarutan dari bulan Januari 2011 hingga awal tahun 2012. Akhirnya TNB terus mengalami kerugian berbilion ringgit. Yang lebih dikesalkan adalah  pengurusan TNB di bawah kepimpinan CEO TNB yang menerima pendapatan sejumlah RM1.8 juta setahun iaitu Dato' Sri Che Khalib Mohamad Nor dilihat tidak cekap dalam :
Dalam keadaan yang sebegini, adakah kalangan pelabur akan "berdiam diri". Akhirnya nanti jika TNB tidak melakukan tindakan yang drastik bukan sahaja kalangan kakitangan TNB yang akan menerima masalah, tetapi rakyat seperti kami juga akan turut sama "menangggung kos peningkatan bahan api dan kehilangan keyakinan pelabur" dengan cara menaikkan tarif elektrik.

Mungkin kalangan anda di sini yang merupakan kakitangan TNB, boleh berkongsi situasi sebenarnya yang berlaku sekarang ini kepada TNB ? ~beritasemasa


Kes Qazaf, Peguam Anwar Protes Keluar Mahkamah

Posted: 29 Jan 2012 10:50 PM PST

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar dari Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, kerana tidak berpuas hati dengan keputusan hakim memberi kebenaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain mendengar permohonan mengetepikan kes qazaf.
 
Peguam, Kamar Ainiah Kamaruzzaman berkata, pihaknya enggan bersekongkol dengan keputusan hakim Datuk Zohdi Toha yang disifatkan tidak relevan.

Menurutnya, beliau tidak dapat menerima keputusan itu kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskan sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri untuk mengetepi rayuan tersebut.

Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, bertindak keluar dari mahkamah selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan perkara itu.

"Kami tidak boleh sertai (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.

"Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman," kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah.

Anwar Ibrahim pada 23 April tahun lalu memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur ekoran mahkamah membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Anwar pada Ogos tahun lalu juga mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur bagi melucutkan peguam yang mewakili Jabatan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam samannya terhadap jabatan itu.

Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok.

Manakala pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.

Turut hadir Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Strategi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan puluhan penyokong KEADILAN. ~suarakeadilan

Panas!! Bukti PERKASAM Bodoh Terlampau..

Posted: 29 Jan 2012 09:06 PM PST

Inilah bukti PERKASAM bodoh terlampau.. Dengan penuh bangga dan tak rasa bersalah PERKASAM menjemput kaum Cina ke Majlis Sambutan Tahun Cina anjurannya. Program nih kononnya nak mendekati kaum Cina.. tak nak di cop NGO ultra rasis lagi kot. Agak-agaknya  PERKASAM boleh berubah ke?

Maka kecohlah.. bagi kepercayaan orang Cina, ang pau warna putih hanya untuk majlis pengkebumian. Lawak giler PERKASAM..

Betul-betul bodoh tahap terlampau PERKASAM nih .. jenis tak campur masyarakat.Macam katak bawah tempurung.. kah.. kah.. kah..


Baca di sini.


Hassan Ali Dakwa Ada Rahsia Salah Laku Pimpinan Pakatan Rakyat

Posted: 29 Jan 2012 08:24 PM PST

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau. Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya, Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut.

"Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi andainya saya ditolak ke dinding, barangkali maklumat-maklumat tersebut boleh dijadikan senjata ampuh mempertahankan diri.

"Ini kerana sesetengah daripada maklumat tersebut boleh mengundang keaiban kepada individu dan parti," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Azmin mempunyai rahsia berkaitannya dan akan dedahkan kepada rakyat sekiranya Hasan terus menyerang kepimpinan PR.

Hasan berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak mampu mempetahankan diri daripada serangan dan fitnah kerana ia perkara biasa dalam dunia politik.

Menurutnya, beliau masih mempunyai rekod baik sepanjang 15 tahun berada dalam dunia politik termasuk dalam perkara fitnah-memfitnah.

"Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya angkuh. Tetapi, inilah realitinya. Setakat yang saya ingat, belum ada laporan polis atau siasatan SPRM ke atas saya.

"Tetapi tidak tahulah waktu mendatang kerana saya bersama teman-teman dilihat terlibat dalam program dalaman dan bagi setengah golongan menganggapnya sebagai menentang arus," katanya yang memulakan siri jelajah penerangan selepas dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

Ekoran keputusan Pas itu, beliau digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor. Beliau mempunyai masa 30 hari untuk membuat rayuan. ~sinarharian 


Penulis Lirik Lagu Awan Nano Juara AJL26 Ialah Ketua Cabang PKR Parit Sulong

Posted: 29 Jan 2012 07:10 PM PST


Lagu Awan Nano yang dinyanyikan oleh Hafiz menjuarai AJL ke 26 malam tadi.. Penulis lirik lagu tersebut Hasmi Hashim @ Budi Hikayat merupakan Ketua Cabang PKR Parit Sulong.

Kalau Utusan Meloya tahu yang Hasmi Hashim nih orang PKR sure tak keluar paper sampah nih... Padan muka Utusan Meloya dan TV3suku.. kah..kah..kah..



Awan Nano juara Anugerah Juara Lagu Ke-26

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) memperlihatkan kehebatan lagu Awan Nano nyanyian Hafiz apabila dinobatkan sebagai juara pada pertandingan yang berlangsung di Stadium Putra di sini malam ini.Manakala lagu Beribu Sesalan nyanyian Tiga Suara pula meraih kedudukan naib juara .

Sementara itu, lagu Karma dendangan Faizal Tahir berjaya meraih tempat ketiga dan meraih wang tunai RM12,000 beserta trofi. ~utusanmeloya



Tiada ulasan: