shalehudin |
- PANAS!! Hassan Ali perguna JAIS sidai Badrul Amin pulak...
- Muka sapa yang tampai kulit babi nih... kahkahkah...
- Kembangnya hidung Hassan Ali...
- Bangsa UMNO dilarang baca, takut habih masuk DAP... kahkahkah...
- Anwar Jumpa Nik Aziz
- Bebas Anwar 901: Polis tolong kempen sama...
- Bukan ayaq mani Anwar, habih tu hat sapa... kahkahkah...
- Ya ampoonn, kahkahkah... cara baru mintak ampun...
- Naik putuih urat kentut aku punya gelak... kahkahkah...
- Wajib ambik tau daripada bebuat tak tau... kahkahkah...
PANAS!! Hassan Ali perguna JAIS sidai Badrul Amin pulak... Posted: 05 Jan 2012 08:30 AM PST Hasan Ali minta JAIS panggil Badrul Amin SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya memanggil penceramah agama Badrul Amin Bahron. Beliau berkata, ini berhubung klip ceramahnya yang seolah-olah menyamakan Penasihat Parti Keadilan Rakayat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Imam Mahdi. Katanya, tindakan itu perlu bagi JAIS meneliti teks ceramah dan mendengar sendiri penjelasan Badrul Amin yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabak Bernam, berhubung isu itu. "Saya minta JAIS panggil dia untuk tanya sendiri dan selesaikan masalah ini dan kita minta ia diadakan dalam keadaan harmoni untuk mendapatkan kepastian mengenai kandungan ceramahnya itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Hasan berkata, Badrul Amin tidak sepatutnya mengagungkan seseorang dengan mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan sehingga boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan mereka yang mendengarnya. Katanya, Badrul Amin perlu menjelaskan kenyataannya mengenai perkara itu bagi menjaga nama baik dan reputasinya selaku pendakwah serta penceramah yang disegani. Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Badrul Amin yang seolah-olah mengaitkan Anwar sebagai Imam Mahdi apabila merujuk Anwar sebagai pemimpin yang mampu menyatukan umat Islam atau paling tidak menyatukan dunia Arab. Badrul Amin membuat kenyataan itu dalam satu ceramah dan video ceramah tersebut yang dimuat naik ke Internet pada Disember lalu. Sementara itu, Hasan berkata hotel bajet dikenal pasti sebagai sarang maksiat paling popular di Selangor berdasarkan operasi yang diadakan menjelang tahun baru Sabtu lepas. Beliau berkata, 234 orang iaitu 119 pasangan terdiri daripada 127 lelaki dan 107 perempuan ditahan dalam operasi yang dijalankan di beberapa hotel bajet di sembilan daerah di Selangor. Katanya, semua yang ditahan berusia dalam lingkungan 16 hingga 50 tahun termasuk pelajar institusi pengajian tinggi di negeri ini. Hasan berkata, JAIS turut menjalankan operasi di sebuah hotel bertaraf lima bintang di negeri itu dan 10 orang ditahan kerana minum minuman keras manakala 46 lagi dipanggil untuk menghadiri sesi kaunseling. "Saya masih menunggu laporan penuh dari semua daerah berhubung pemeriksaan diadakan dan beberapa cadangan langkah mencegah akan dibuat serta perkara ini juga akan dimaklumkan kepada kerajaan negeri termasuk memantau operasi hotel bajet," katanya. - BERNAMA |
Muka sapa yang tampai kulit babi nih... kahkahkah... Posted: 05 Jan 2012 07:50 AM PST Saya nampak Raja Petra dan Hasan Ali sama ja Allah Maha Menyaksikan, saya bukan peminat Datuk Seri Anwar Ibrahim, tapi kawan saya hantaq mesej: Mengapa 3 juta orang Umno gagal menamatkan (fail to finish off) hanya seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim? Saya jawab: Tu dulu, Bro. La ni depa dah ada Raja Petra. Bila minum dengan dia pulak, kawan saya tu kata, Umno tak malu sungguh sampai sanggup gunakan Raja Petra Kamarudin. Saya kata, "Walaupun aku tak akan mempersoalkan langsung (motif dia), tetapi aku sikit pun tak akan glorify Cik Gu Pa (Datuk Mustafa Ali). "Umno mana ada maruah. Raja Petra pun depa kuda semacam ja". Memang, mungkin saya quote kata-kata dia selain menyiarkan berita dia debik Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, tapi sikit pun saya tak glorify Cik Gu Pa dalam usaha menyedarkan rakyat yang benci Umno tentang Dr Hasan. Lepas tu kami pakat-pakat gelak bila kawan saya kata, kalaulah Pakatan Rakyat (PR) menang banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang, Raja Petra mungkin kata, apa yang dia buat sekarang adalah part of the strategy untuk menghasilkan kemenangan tersebut. Berdekah-dekah kami gelak. Tapi kami percaya, Raja Petra ada thick skin untuk buat semua tu. Saya teringat kat kampung saya masa kecik-kecik dulu - kalau orang muka tak malu kami akan kata "muka dia dan tampai (tampal) kulit babi". Kalau tak silap, rasanya saya ada beritahu kawan saya tu bahawa saya tidak melihat sebarang perbezaan antara Dr Hassan dan Raja Petra. Kepada yang sudi berkongsi pandangan, izinkan saya berpesan, sebelum pilihan raya umum akan datang, jika anda melihat Umno adalah mudharat dan bahaya terbesar dalam negara ini, tahanlah dulu keinginan nak debik musuh-musuh Umno. Sabaq la sat. Lepas pilihan raya kita kira lain la pulak. Sebelum pilihan raya umum akan datang, kita tumpu lawan Umno serta mereka yang bersyubhat dengan parti itu sama ada dalam terang atau dalam gelap, sama ada secara terbuka atau tersembunyi, proud accomplice atau nervous accomplice. Saya petik semula doa saya yang pernah saya siarkan sebelum ini: Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad. Di pagi Jumaat ini, saya memohon Allah s.w.t. memberi kemenangan kepada semua yang menentang kezaliman Umno sama ada secara terbuka atau secara tertutup, dalam terang atau dalam gelap. Saya juga memohon Allah menimpakan kekalahan kepada semua yang mendokong Umno sama ada secara terbuka atau secara tertutup, dalam terang atau dalam gelap, wittingly or unwittingly. Saya juga memohon Allah menyelamatkan saya dan orang-orang Islam dari bersikap 'asabiyyah dan mentaqdis para pemimpin mereka sehingga asalkan pemimpin mereka yang cakap atau buat, semuanya betul dan kebenaran tidak lagi menjadi perkiraan. Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad. |
Kembangnya hidung Hassan Ali... Posted: 05 Jan 2012 05:13 AM PST PAS atau Umno Selangor lebih bergolak Oleh Subky Latif APAKAH ribut sekejap isu Hassan Ali boleh memberi kesan kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti baik secara umum untuk seluruh negara mahu pun secara khusus di Selangor? Sedikit sebanyak gema perang mulut antara bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ada mengelirukan pengundi atas pagar dan pengundi tidak tegar BN yang bercadang untuk mengajar pimpinan UMNO sekarang. Rata-rata saya berjalan saya ditemui oleh penyokong tegas Pakatan dan penyokong BN khususnya UMNO. Mereka bertanyakan isu itu. Tiada penjelasan tepat dan meyakinkan yang dapat saya beri melainkan cuba mengatakan ia isu sekejap dan sementara yang boleh diredakan sebelum pilihan raya. Ketika pilihan raya berlangsung, isu itu tidak menjadi isu lagi. Apa pun pengundi tegas PAS dan pembangkang bimbang ia boleh mengganggu harapan PR untuk menambah kejayaan PRU 2008 dulu, bahkan mungkin tidak dapat mempertahankan keputusan yang lalu. Mereka tidak akan berganjak dari PR sekali Anwar Ibrahim tiada di luar. Tetapi mereka bimbang ialah boleh mempengaruhi orang atas pagar. Mana-mana yang bercadang untuk menyokong PR memikirkannya semula. Kalau ia berlarutan ia boleh mengganggu perayu undi dari rumah ke rumah untuk bersoal jawab apabila ditanya pengundi. Orang UMNO yang tidak senang dengan kerajaan dan pimpinan UMNO yang ada, masih mengharapkan BN berkuasa tetapi mereka mengurangkan pencapaiannya, sekurang-kurangnya seperti keputusan Mac 2008 dulu, supaya ia membuka jalan kepada perubahan pimpinan UMNO. Keputusan buruk BN itulah yang memungkinkan pimpinan Abdullah Badawi digantikan. Tidak cara bagi mereka mengakhiri pimpinan buruk bersama Najib dan Rosmah melainkan ngeri yang sama berlaku kepada PRU 13. Justeru itu bagi mereka pimpinan PR khususnya PAS jangan memberi banyak peluru kepada BN. Saya boleh menerima logik itu. Moga-moga dengan perkembangan terbaru Dato Hassan sudah berjumpa pimpinan PAS – Mursyidul Am dan Presiden – di kediaman Menteri Besar Kelantan, Hassan bukan sekadar mengentikan polemiknya dengan PAS malah minta maaf dan menarik balik tempelaknya terhadap gagasan negara berkebajikan. Isu itu sudah reda dan seperti betul ialah adalah ribut yang sekejap. Mungkin kesannya tidak 100 peratus reda, tetapi ia rasanya boleh diimbangi di Selangor dengan keputusan kes mahkamah Dr. Khir Toyo. Kes bekas MB Dr. Khir itu menambah imej rasuah pimpinan kerajaan BN Selangor sejak lebih 30 tahun dulu. Ia menambah gara-gara yang ditinggalkan oleh kes Dato Harun Idris dan Tan Sri Mohamad Mohd Taib. Kedua-duanya berhenti dari MB kerana kes masing-masing. Sekali pun kes Dato Harun menjurus kepada kes politik, tetapi campuran semua masalah itu menjadikan isu Hassan Ali itu tidak apa-apa. Boleh tenggelam isu itu dalam timbunan imej rasuah BN dan UMNO Selangor. Dan kes lembu suami ketua Wanita UMNO yang tidak mungkin diselesaikan pada PRU 13 itu menjadikan isu Hassan sekecil zarrah atau hama melayang. Isu itu mati apabila membatalkan sangkaannya tentang negara berkebajikan. Isu itu sudah bukan lagi suatu perbedaan pendapat di kalangan PAS. Malah isu Hassan Ali itu tidak sampai mencetuskan perpecahan pada PAS Selangor. Tidak ada bantahan ketara atas perubahan pimpinan PAS Selangor. Sekurang-kurang kalau ia dikira satu penyingkiran terhadap pimpinan PAS Selangor, maka apa kurangnya penyingkiran pimpinan UMNO Selangor. Kes rasuah Khir Toyo adalah satu bentuk penyingkiran kepadanya oleh pimpinan bersama Najib dan Noh Omar. Adakah Dr. Khir saja yang rasuah di Selangor? Mengapa yang lain tidak diseret? Adakah yang lain malaikat belaka? Lebih teruk penyingkiran Najib ke atas Tan Sri Mohamad Taib. Bekas MB Selangor digugurkan dalam semua kedudukan apabila Najib menjadi Perdana Menteri dan ketua UMNO Selangor. Mohamad adalah Ketua UMNO Selangor ketika Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Najib angkat ramai senator baru untuk dijadikan menteri, digugur Senator Mohamad Taib dari jawatan menteri. Mana lebih bergolak antara UMNO Selangor dan PAS Selangor?Sesungguhnya benda yang tidak sepatutnya jadi isu telah dijadikan isu. Untungnya ia sekejap saja |
Bangsa UMNO dilarang baca, takut habih masuk DAP... kahkahkah... Posted: 05 Jan 2012 01:30 AM PST Pertembungan di antara UMNO dengan rakyat bertambah serius Sejak berita yang dilapurkan oleh Malaysian Insider dan Utusan dan beberapa blogger yang pro UMNO beberapa hari yang lepas, blog saya telah dibanjiri dengan pelawat yang ramai dan kebanyakkannya memberikan sokongan kepada saya jika saya menyertai DAP Media perdana Utusan dan blogger UMNO telah menulis dengan panjang lebar dan membuat kritikan keras terhadap saya. Tetapi yang menggalakan ialah sokongan dari orang-orang biasa ini sangat menggalakan dan ianya benar-benar membuka minda ramai orang Melayu yang sebenarnya menyertai DAP itu bukannya satu jenayah dan juga tidak 'unpatriotic'. Tidak ada parti akan dibenarkan untuk ditubuhkan jika parti-parti itu tidak memperjuangkan kebaikan untuk negara dan rakyatnya. Apa yang asas kepada segala-galanya dalam penubuhan parti itu ialah Bab Asas dan Tujuan dalam Perlembagaan sesebuah parti itu. Kalau di selidik secara teliti semua parti yang terdaftar dengan halal di negara ini bertujuan yang tidak lari dari kandungan dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Semuanya mempunyai matlamat menyatukan rakyat berbilang kaum dan agama di negara kita ini. Apa yang membezakan dari satu parti dengan parti yang lain ialah samada pimpinan sesebuah parti itu benar-benar mengikuti apa yang diperuntukan di dalam Bab Asas Dan Tujuan yang terkandung di dalam parti-parti itu. Baik atau tidak sesuatu parti itu bergantung samada pimpinan parti itu benar-benar mengikut lunas-lunas yang telah di tulis dalam Perlembagaan parti itu. BN pada asasnya bukannya tidak baik, tetapi semangat yang ada di dalam BN itu tidak di sempurnakan dengan betul sehinggakan rakyat tidak lagi berselera dengan komponen itu. Asasnya ialah rakyat atau kaum yang menganggotai parti-parti dalam BN itu bersatu dan seterusnya parti-parti yang berada di dalam BN itu bekerjasama dengan baik dan menjadikan komponen itu sebagai wadah untuk mencapai matlamat yang satu iaitu perpaduan kaum (national unity). Apabila BN tidak lagi melaksanakan matlamat yang baik itu maka rakyat mula berasa tersentuh dan meninggalkan BN itu sekarang ini. Oleh kerana BN khususnya UMNO dipimpin oleh pemimpin Melayu yang lemah maka pimpinan dan ahli-ahli UMNO memainkan isu rasis yang menebal bertujuan untuk menyatukan orang Melayu di bawahnya untuk mengekalkan kuasa yang mereka sangat seronok mendapatnya. Bagi UMNO asalkan orang Melayu bersatu mereka mendapat kuasa tetapi tidak bertanggungjawab kepada keseluruhan rakyat dan merelakan perpecahan di kalangan rakyat berbilang kaum. Tetapi meniupkan isu bangsa dan bersifat rasis yang keterlaluan maka rakyat berbilang kaum telah berpecah dan ianya membunuh semangat rakyat di antara kaum untuk bersatu. UMNO menggunakan isu perkauman dengan mengingatkan insiden 13 Mei 1969 dahulu sebagai senjata untuk menakut-nakutkan orang Melayu sedangkan perkara itulah yang sepatutnya cuba di baiki oleh BN, bukannya menggunakan 13 Mei itu sebagai cara untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Apabila perkara ini terjadi ia bukan sahaja menjadikan MCA dan MIC bermasalah, ianya juga telah menjadikan semua rakyat merasa tidak selamat jika BN yang dipimpin oleh UMNO itu terus-menerus mentadbir negara dengan cara menakut-nakutkan rakyat. MCA pula terpaksa menjadi chauvinis cina untuk mendapatkan sokongan kaum cina terhadap mereka. Tetapi DAP pula yang di tuduh chauvinistic dan ini lah yang tidak dapat disabarkan oleh rakyat lagi. Sifat chauvinis cina MCA itu menaikkan lagi suhu perpecahan kaum dalam BN sendiri sedangkan rakyat sudah tidak mahu lagi sentimen perkauman ini dimainkan kerana mereka mahu hidup dalam keadaan aman dan muhibbah di bawah ini. Rakyat sekarang sudah menolak isu-isu rasis ini dan inilah sebenarnya perjuangan kita selama ini. Rakyat telah bersabar menantikan pembaikpulihan sikap dan perangai pemimpin dalam BN itu untuk terus diberikan mandat, tetapi nasi sudah menjadi bubur. BN tidak mungkin mampu lagi untuk melaksanakan tugas menyatukan rakyat lagi. Secara tidak sedar atau secara sedar rakyat mula tidak lagi mempercayai momokan UMNO terhadap PAS dan DAP yang selama ini mereka dengar melalui media masa perdana dan percakapan pemimpin-pemimpin UMNO. Dalam keadaan 'keferasatan' rakyat terhadap BN mereka telah berusaha menolak BN dan di dalam pilihanraya yang lalu BN hanya memenangi 85 kerusi di Semenanjung dan PR pula memenangi 82 kerusi. Kalau tidak kerana sumbangan kerusi dari Sabah dan Sarawak BN sepatutnya telah tumbang dalam pilihanraya yang lalu. Rakyat melalui PR telah berjaya mengambil alih pentadbiran lima buah negeri, tidak termasuk Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai legislatif negerinya sendiri. Sejak itu negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat seperti di P Pinang telah menunjukkan bakat kepimpinan kerajaan yang baik dengan etika dan pentadbiran yang jauh lebih baik dari pentadbiran BN dahulu. Keadaan ini tidak menyenangkan pihak BN yang telah dikalahkan oleh rakyat itu. Segala usaha dilakukan oleh pihak penyokong BN di negeri itu untuk 'discredit' kerajaan P Pinang sehinggakan kumpulan penyokong BN telah menghantar kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri negeri itu. Inilah contoh-contoh buruk yang sedang dilakukan oleh penyokong BN di P Pinang dan pemimpin-pemimpin UMNO di negeri itu tidak langsung mahu menegur sikap buruk penyokong-penyokong mereka itu. Itu adalah tindakan desperado. Tindakan meloyakan ini membuatkan imej UMNO dan BN di P Pinang bertambah buruk dan tidak memungkinkan BN akan menjadi pilihan rakyat bukan sahaja di negeri itu tetapi menyeluruh di seluruh negara. Perkara buruk ini juga dilakukan oleh penyokong BN di Selangor, Kedah dan Kelantan dengan menggunakan TV3 dan Utusan sebagai 'kuda pelejangnya'. Setiap malam media perdana ini meyiarkan perkara-perkara seperti ini untuk membantu BN mendapatkan kembali sokongan yang sudah ditarik balik oleh rakyat itu. Jika ditanya saya samada usaha mereka, media perdana, itu akan berjaya, saya dengan jelas menjawabnya yang itu merupakan mimpi di siang hari sahaja. Rakyat sudah mempunyai persepsi buruk terhadap media perdana ini kerana tujuannya sangat mudah untuk difahami oleh rakyat yang ramai…iaitu untuk memecah belahkan rakyat. Selalunya UMNO hanya berjaya dalam keadaan perpecahan. Sesudah bercakap tentang perkara yang telah di cakapkan ini, siapa yang sebenarnya yang patriotik? Orang yang patriotik ini sebenarnya orang yang macam mana? Adakah orang dan pemimpin yang telah memperkosa harta rakyat itu patriotik? Adakah pemimpin yang menggunakan kedudukannya untuk membelasah harta rakyat itu pemimpin patriotik? Adakah pemimpin yang menambah harga perlengkapan persenjataan negara itu untuk mendapatkan 'kick back' itu patriotik? Adakah pentadbiran yang beretika dan bersih yang dilakukan oleh DAP di P Pinang dan kerajaan PAS di Kedah dan Kelantan itu tidak patriotik? Adakah sayangkan UMNO itu sahaja yang patriotik walaupun pemimpin yang mencuri di sana sini itu adalah pemimpin UMNO? Adakah tindakan membawa keluar wang negara secara haram sebanyak RM1 trillion keluar negara itu tindakan yang sangat patriotik? DAN yang mengkritik pemimpin negara kerana membiarkan wang yang bertrillion itu tidak patriotik. Siapa sebenarnya manusia dan rakyat yang patriotik kepada pemimpn UMNO dan penyokongnya? Masing-masing boleh membuat penilaian dan menjawab samada segala tindakan semua pihak itu tindakan yang patriotik. Buatlah keputusan sendirian. Yang penting sebelum membuat keputusan kita mesti berfikir sedalam-dalamnya dan bertanggungjawab ke atas keputusan yang kita ambil itu. Jangan kita menyalahkan orang lain di atas kesilapan dan kesalahan kita sendiri. Kita sepatutnya ada rasa malu sikit-sikit kerana rakyat sedang memerhatikan kita semua. Silapnya UMNO ini, mereka memandang orang ramai ini semuanya tidak pernah ke sekolah dan tidak tahu membaca dan menulis dan seterusnya tidak berkemampuan untuk berfikir. Pada UMNO rakyat khususnya orang Melayu senang dipersendakan dan mereka (orang Melayu) tetap akan sokong UMNO sampai hari kiamat. Mungkin itu jugalah cara setengah blogger pro UMNO berfikir….memaki hamun mereka yang tidak menyokong UMNO dan mengharapkan orang ramai akan mengikut mereka. Pengamal media perdana serta penulis-penulis dalam alam cyber nampaknya terus-terusan mewujudkan keadaan yang berlawanan di antara RAKYAT dan UMNO.- MR |
Posted: 05 Jan 2012 12:00 AM PST Oleh Mohd Sayuti Omar Esok Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan 'terakhir' ke Kelantan sebelum beliau dijatuhi hukuman berhubung dakwaan liwat pada 9 Janauri. Dalam kunjungan itu Anwar akan mengisi beberapa program yang diatur oleh PKR Kelantan. Sebaik sampai di Kota Bharu kira-kira jam 4:00 petang beliau langsung berjumpa dengan Pesruhjaya Pas Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat diikuti pertemuan beliau dengan Timbalan Pesuruhjaya Ahmad Yaacob Selepas itu akan ke Padang Kada, Melor melawat pondok tradisi. Di situ beliau akan bersembahyang berjemaah, solat hajat dan munajak. Dari Padang Kala beliau akan ke Madu, Machang Kelantan berjumpa dengan beberapa pemimpin NGO, penulis, bloger dan facebooker. Selepas itu akan ke Machang untuk berceramah umum bersama Nik Aziz dan beberapa pemimpin lain. Lawatan atau acara paling penting Anwar di Kota Bharu ialah perjumpaan dengan Nik Aziz. Perjumpaan itu penting mengenai masa depan Pakatan Rakyat dan menjelaskan apakah plan kotengensi yang telah difikirkan. Dalam pada itu difahamkan juga pertemuan itu turut membincangkan soal kerusi yang akan ditandingi oleh PKR di Kelantan. Anwar sudah mendapat formula untuk dibincang bersama Nik Aziz, Ahmad Yaacob dan pemimpin yang lain. Adalah dipercayai formula itu mengenai pembahagian kerusi yang perlu dikonsensuskan atau diberikan kata putus. Di fahamkan formula yang bakal dikemukakan Anwar untuk mendapat persetujuan Pas ialah menukarkan beberapa kerusi. Sebelum ini Anwar dikatakan telah berbincang lanjut dengan seorang pemimpin kanan Pas Kelantan di rumahnya. Mungkin idea atau pun rumusan dibuat bersama pemimpin itu menjadi panduan Anwar. Antara apa yang termasuk dalam formula itu ialah kerusi Parlimen Kota Bharu yang disandang oleh Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kini diminta balik oleh PKR. Kerusi Kota Bharu asalnya milik PKR yang diganti dengan kerusi Machang. Kerusi Parlimen Machang yang kini disandang oleh Saifuddin Nasution akan diserah balik kepada Pas. Saifuddin yang dikatakan bermasalah di Machang dan tidak memenuhi piawaian mengikut politik Machang khabarnya akan dihantar ke kerusi Kulim Bandar - Baru yang mana kerusi itu kosong apabila wakilnya 'terkena' air kencing Inchek Ibrahim Ali, bersikap memakan upah. Formula itu boleh diterima dan dianggap adil dan saksama. Tetapi apa yang menjadi persoalannya, katanya Anwar ada calonnya sendiri untuk diletakkan di Kota Bharu. Nik Mahmod Nik Hasan yang pernah kalah di Kota Bharu ditangan Hajah Ilani Ishak akan dipertaruhkan untuk bertanding di Kota Bharu. Kalaulah ini benar ia satu kesilapan. Nik Mahmod yang menolak untuk dicalonkan di Tanah Merah dalam pilihan raya lalu tidak mampu untuk membawa kemenangan kepada PKR di Kota Bharu. Banyak faktornya. Mungkin dia ramai saudaranya di sana, tetapi anggota keluarganya tidak cukup untuk menimbus jumlah pengundi. Pengaruh PKR di Kota Bharu juga tidak sebanyak mana. Selain itu pergerakan Nik Mahmod sendiri terhad dan muncul sekali sekala saja dalam program kepartian di Kota Bharu. Penampilannya di Kota Bharu juga tidak menggambarkan dia sebagai seorang ahli politik. Adalah dibimbangi kalau inilah antara formula yang akan disampaikan Anwar nanti ia akan memberi natijah buruk. Pengundi juga akan teruja dengan penampilan semula Nik Mahmod itu. Lebih malang lagi kalau orang membandingkan di antara keramahan dan kecaknaan ahli Parlimen sekarang Wan Rahim dengan Nik Mahmod. Hendaknya Anwar tidak tersalah perhitungan dalam soal ini. Kalaupun Anwar percaya kepada kebolehan dan pengalaman Nik Mahmod dalam perniagaan tetapi jangan keterujaan beliau dalam aspek itu dibawa dalam politik kerana Nik Mahmod perlu mendalami banyak lagi dunia politik dan mempelajari juga bagaimana memperluaskan dagangan sosial politik. Tegas saya katakan kalau PKR menurun Nik Mahmod di Kota Bharu ibarat kata kerusi Kota Bharu seperti diberi percuma kepada UBN dalam pilihan raya akan datang. Dicadangkan kalau Anwar teringin benar untuk memberi laluan sekali lagi kepada Nik Mahmod hantarlah dia ke Nenggiri di Hulu Kelantan biar bekas usahawan ini menuntut ilmu politik ala Kelantan di sana lebih dulu |
Bebas Anwar 901: Polis tolong kempen sama... Posted: 04 Jan 2012 10:00 PM PST Polis larang atau kempen supaya ramaikan Bebas Anwar 901?Sebelum baca yang lain, mengenai ugutan dalam berita bertajuk "Perkasa akan sekat himpunan bebaskan Anwar", hampa baca la posting blog ni bertajuk "Bukan takat nak bakar kereta baling batu, siap nak bakar kedai!" yang antara lain tulis: Tapi, lebih kurang dia cerita, Ibrahim, yang juga tinggal di Taman Melawati pernah kena jerkah, kena hamun di salah satu kawasan kedai di taman tersebut ketika dia masih lagi menjadi Timbalan Menteri. Bila dihamun dan dijerkah begitu, terus Ibrahim lari masuk ke dalam kereta. Saya harap cerita itu tak benar.Menjelang himpunan Bersih 2.0 dahulu, melengking-lengking media Umno menyalak-nyalak menghalang rakyat dari menghadiri perhimpunan itu. Akhirnya, Kuala Lumpur menyaksikan festival benci Umno antara yang terbesar dalam sejarah. Waktu itu, media-media Umno macam dirasuk syaitan dan dengan penuh histeria menghalang. Tetapi rakyat pula dengan penuh semangat datang beramai-ramai dan mencipta sejarah dalam perhimpunan yang memorable itu. Sebenarnya kebangkitan rakyat berlaku merata-rata. Menjelang hujung tahun, majalah Time menamakan mereka yang memprotes sebagai Person of the Year. 21/12/11 lalu, dalam kolumnya dalam The Star, Datin Paduka Marina Mahathir menulis: For the first time, ordinary Malaysians went out to demand what should be their right, to be able to vote fairly.Berbeza dengan perhimpunan Bersih 2.0 itu, media-media Umno yang dikepalai oleh Utusan Malaysia terloncat-loncat macam gila juga mengajak rakyat datang dalam perhimpunan yang khabarnya dimulai oleh perancangan sahabat tersayang mereka, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali - iaitu Himpunan Sejuta Umat (ah, teringat pula orang-orang Umno yang membawa kad keahlian PAS dan ramai dari mereka yang menjadi pemimpin tertinggi PAS). Berapa orang sahaja yang datang dalam perhimpunan yang saya tidak rasa kerana Allah Ta'ala itu telah pun dirakamkan dalam sejarah. Sejak beberapa hari lalu, media-media Umno menggelejat sakan menghalang rakyat menghadiri perhimpunan yang dinamakan Bebas Anwar 901. Polis juga membengis. Lihat Malaysiakini hari ini "Polis perhebat kempen anti demo 'Bebaskan Anwar'" dan "Cops mount 'anti-riot' blitz on Anwar 901 rally". Try hard, please! Hanya yang saya nak tanya, adakah mereka berusaha menghalang atau sebenarnya berkempen supaya rakyat nerhimpun beramai-ramai dalam Bebas Anwar 901 itu? Janganlah lupa: Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi. Penarik beca |
Bukan ayaq mani Anwar, habih tu hat sapa... kahkahkah... Posted: 04 Jan 2012 08:00 PM PST Lelaki 'Y' Dikenalpasti ... Oleh: reformis1998 DNA Anwar telah diambil daripada botol mineral,tuala 'Good Morning', berus gigi serta sehelai rambut tanpa pengetahuannya semasa beliau ditahan dengan sengaja di lokap pada 16 Julai 2008. DNA tersebut diperolehi melalui air liur pada botol mineral, DNA dari peluh yang terdapat di atas lantai simen lokap dan tuala, DNA dari rambut Anwar yang gugur, dan DNA dari berus gigi semasa di dalam lokap. DNA bukan air mani…Air mani bukannya satu-satunya DNA Pakar DNA Australia, Dr Brian McDonalds, menyatakan DNA Lelaki 'Y' yang cuba di bawa ke mahkamah tempohari, bukannya datang dari air mani atau sperma. DNA itu datang dari sumber lain, seperti air liur, peluh, rambut dan sebagainya. DNA dari air liur, peluh atau rambut itu telah DICAMPURKAN bersama dengan AIR MANI LELAKI LAIN ! Sebab itu, doktor pakar memberitahu di mahkamah bahawa terdapat banyak air mani yang berada pada Saiful adalah daripada ramai lelaki lain... dan TIDAK DIKENALI ! Ini bermakna hanya DNA dari Anwar Ibrahim.... bukannya air mani Anwar Ibrahim... tetapi air mani lelaki lain yang tidak dikenali. Propaganda Umno telah menipu orang-orang Melayu dengan memutarbelitkan fakta bahawa DNA dan air mani itu sama. Sebenarnya DNA dan air mani adalah 2 perkara berbeza… DNA lain… sperma lain… Saiful 'Boneka' dalam 'Permainan Kotor' Musa Hassan Peguam Dato' Seri Anwar memberitahu di mahkamah hari ini bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah "boneka", SAC Rodwan dalangnya dan Pengarahnya adalah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. Saiful Bukhari adalah boneka yang dilatih pergi "shopping doktor" untuk membuktikan laporan perubatan yang berpihak kepada pihak pendakwaan. " Saiful dinasihatkan oleh SAC Rodwan pada 24 Jun 2008 supaya menggunakan benda plastik untuk menyebabkan kecederaan pada dubur beliau, agar kelihatan konsisten dengan bukti penembusan". "Inilah sebabnya mengapa Saiful, selepas cuba untuk mencederakan dubur dengan plastik, tidak pergi terus ke HKL untuk membuat dakwaan tersebut, tetapi sebaliknya pergi "shopping doktor" ke Hospital Pusrawi dan kemudian HKL, dengan tujuan awalnya untuk menentukan sama ada beliau berjaya dalam menyebabkan beberapa kecederaan, " tambah Sankara. Saiful memang pembohong tegar "Dia juga tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. Dia hanya membuatkan dirinya kelihatan seperti berada di kondo itu dengan keluar masuk lif yang dirakam kamera litar tertutup," kata Sankara lagi. |
Ya ampoonn, kahkahkah... cara baru mintak ampun... Posted: 04 Jan 2012 06:00 PM PST Selepas Datin Maimon, Afdlin Shauki sertai Umno Harakahdaily (Afdlin Shauki sebagai Datin Maimun dalam Maharaja Lawak Mega) KUALA LUMPUR, Jan 4: Selepas menghiburkan rakyat Malaysia dengan watak Datin Maimon, yang seolah-olah terselit dengan pelbagai mesej tersirat, pelawak terkenal Afdlin Shauki, bersama rakannya Harun Salim Bachik tiba-tiba mengumumkan menyertai Umno. Dua anggota kumpulan Boboi, yang menjadi naib juara dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) dikatakan telah menyerahkan borang keahlian Umno semalam. Keputusan sekadar mendapat tempat kedua dalam pertandingan dikira amat mengejutkan para peminat Boboi kerana persembahan Afdlin dan Harun dalam peringkat final MLM sebagai Datin Maimon dan hantu minyak cukup menghiburkan. Tak dak kena mengena antara hidup ngan mati... Sebagai Datin Maimon, Shauki cukup mencuit hati penonton dengan gaya rambut besar dan lenggok menawan sambil menyelitkan lawak-lawak seperti cincin berlian dan beg tangan jenama mewah termasuk poco-poco dan senam aerobik. Bukan itu sahaja, Shauki turut menghiburkan penonton dengan lawak air zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah beserta lagu 'Ghost Buster' yang ditukar liriknya untuk membasmi orang minyak yang dilakonkan oleh Harun. Kepada para peminat politik, sudah tentu perkataan-perkataan dan aksi-aksi yang digunakan Shauki lebih melucukan kerana minda mereka akan terbayangkan seseorang meskipun Shauki tidak berniat atau menyedari lakonannya akan mempunyai kesan sedemikian. Dengan penyertaannya ke dalam Umno, diharap Afdlin akan terus menyumbang ke dunia hiburan tanah air tanpa sebarang sekatan dan halangan terhadap usaha murninya untuk memajukan industri seni negara. Selamat maju jaya buat Afdlin dan Harun! |
Naik putuih urat kentut aku punya gelak... kahkahkah... Posted: 04 Jan 2012 04:00 PM PST Perkasa akan sekat himpunan bebaskan Anwar Harakahdaily KUALA LUMPUR, 4 Jan: NGO pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menyekat penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari ini. Dalam satu sidang media semalam, Presidennya Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, perhimpunan oleh Perkasa itu adalah sebagai "misi mempertahankan keamanan negara" dan akan bermula dengan solat subuh di Masjid Wilayah Persekutuan. "Selepas itu, kami berarak dan sekiranya bertembung dengan (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali serta penyokong mereka yang sanggup mempertahankan pemimpin yang menghadapi masalah moraliti, kita sama-sama melakukan provokasi," katanya. Mengulas larangan pihak polis agar mana-mana pihak tidak mengadakan himpunan pada hari itu, Ibrahim berkata terpulanglah kepada polis untuk menghalang Perkasa atau pembangkang kerana kedua-duanya melakukan perhimpunan haram. Tahun lalu, Perkasa turut mengeluarkan kenyataan sama, iaitu mahu menyekat Himpunan Bersih 2 yang diadakan 9 Julai 2011 dengan mahu mengadakan himpunan anti Bersih. Namun beberapa sehari sebelum Himpunan Bersih yang disertai lebih 50,000 rakyat itu, Ibrahim mengumumkan perhimpunan Perkasa dibatalkan dengan alasan tidak mendapat kebenaran pihak stadium. Sementara itu, Azmin pada satu sidang media semalam memaklumkan bahawa PKR akan menggerakkan sekurang-kurangnya 100,000 orang bagi menyertai himpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini. Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat. |
Wajib ambik tau daripada bebuat tak tau... kahkahkah... Posted: 04 Jan 2012 02:30 PM PST Tahu dan jangan buat tak tahu By Hishamuddin Rais Sepuluh tahun dahulu Setiausaha Pertahanan Amerika Donald H.Rumsfeld telah ditanya oleh wartawan tentang niat Amerika untuk menyerang Iraq. Rumsfeld telah memberi satu jawapan klasik ' There are known knowns ... there are known unknowns... there are also unknown unknowns' — atau ada pekara yang diketahui dan kita tahu... ada pekara diketahui tetapi kita tidak tahu...ada pekara yang tidak diketahui dan kita tidak tahu. Dua belas tahun dahulu Anwar Ibrahim telah dituduh meliwat pemandu peribadinya Azizan Abu Bakar. Pada tahun 2004 kes liwat ini telah dibuktikan tidak berasas dan Anwar dibebaskan. Fakta pembebasan Anwar ini diketahui dan kita semua tahu. Anwar Ibrahim dipenjara selama 6 tahun bukan kerana meliwat tetapi kerana salah guna kuasa. Tentang fakta salah guna kuasa ini ramai yang tidak tahu dan ramai yang buat-buat tidak tahu. Pilihanraya ke 12 - Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan ramai dan berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua par tiga di Parlimen. Anwar Ibrahim dilantik menjadi Ketua Pembangkang. Pakatan Rakyat telah menyediakan diri untuk mengambil alih pertabiran kerajaan Malaysia. Pakatan Rakyat juga mencadangkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Semua ini diketahui dan kita semua tahu. Pada 28 Jun Saiful Bukhari telah membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh majikannya yang bernama Anwar Ibrahim. Ini pekara diketahui dan semua orang tahu. Pada 1 Julai 2008 Balasubramaniam anak lelaki Perumal telah mengeluarkan Surat Akuan Bersumpah dimana secara terang dan jelas dia mengumumkan kepada dunia bahawa Altantuya Shaariibuu ialah bekas kekasih Najib Razak. Balasubramaniam juga memberitahu kepada dunia bahawa Najib juga telah meliwat Altantuya. Fakta ini ada yang tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu. Untuk yang ingin tahu fakta ini ada tercatit - fasal 25 pecahan 2 - dalam Surat Akuan Bersumpah Balasubramaniam. Kalau tidak baca pasti tidak tahu. Susudah membaca jangan buat-buat tidak tahu. Pada Isnin 9 Januari minggu hadapan Mahkamah di Jalan Duta akan mengumumkan keputusan tuduhan Saiful terhadap Anwar. Ini pekara diketahui oleh semua warga. Tetapi ada pekara-pekara yang ramai warga buat-buat tidak tahu. Banyak juga pekara diketahui umum tetapi ada warga sengaja tidak hendak tahu. Ramai juga warga yang tahu duduk perkara tetapi sengaja buat tidak tahu. Ramai yang tahu bahawa Saiful telah tidak terberak selama dua hari kerena dalam juburnya ada bahan bukti — air mani Anwar Ibrahim. Ramai tahu bahawa Saiful telah memasukan plastik ke dalam jubur untuk menahan dari terberak. Tetapi ramai juga tidak tahu bahawa umur air mani tersimpan dalam jubur tidak mungkin melintasi 48 jam walau pun air mani itu milik arwah Superman Christopher Reeve. Ada warga yang tahu bahawa Saifol Bukhari ini telah menemui Najib Razak sebelum membuat laporan kepada polis. Ada yang tahu bahawa Najib mengumumkan Saiful datang ke rumahnya untuk meminta biasiswa sesudah dibuang dari universiti. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa jika ada sesiapa yang gagal dalam peperiksaan mereka boleh melamar biasiswa untuk menjadi pemandu kapal terbang dari Najib Razak sendiri. Ramai yang tahu Datuk Dr. Mumtaz Jaafar Begum ialah pelari terpantas negara satu ketika dahulu. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa Datuk Dr. Mumtaz Jaafar Begum tidak pernah lulus pepereksaan LCE. Ramai yang hairan dan tidak tahu bagaimana Mumtaz Jaafar ini berjaya mendapat ijazah doktor. Masih ramai pula yang tidak tahu bahawa Datuk Dr.Mumtaz Jaafar ialah pembantu kepada Rosmah Mansor — isteri Najib Razak. Paling ramai yang tidak tahu bahawa Dr. Mumtaz Jaafar itu ialah ibu angkat kepada Saiful Bukhari. Ramai warga tidak tahu apakah yang dibuat oleh Anwar Ibrahim pada 26hb Jun 2008 di Unit 1151 Kodominium Desa Damansara di Jalan Setia Kasih Kuala Lumpur. Warga tidak diberi tahu bahawa pada hari yang berkenaan Anwar Ibrahim sedang mengadakan perbincangan sulit tentang kedudukan ekonomi negara dengan 5 orang ahli ekonomi negara. Perbincangan ini menjadi sulit kerana 5 orang pakar ekonomi ini masih bekerja untuk kerajaan. Fakta ini tidak diketahui umum malah mahkamah pula tidak mahu tahu. Ramai yang tidak mahu tahu bahawa kes liwat Anwar Ibrahim ini bukan kes lubang jubur Saiful terkoyak. Atau kes Anwar Ibrahim merogol pembantunya dengan ganas. Kes liwat Anwar Ibrahim ini ialah kes politik. Kes politik - pertempuran dua pandangan dunia politik Melayu. Tentang ini ramai yang tidak tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu. Najib Razak mewakili garis politik Ketuanan Melayu. Garis politik ini telah mengajukan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha untuk menyelesaikan kemiskinan manusia Melayu dalam negara ini. Selama lebih dari 40 tahun dasar yang dibawa oleh politik Ketuanan Melayu telah berjaya mengkaya-rayakan sekumpulan kecil Melayu manakala majoriti Melayu masih dalam tahap kemiskinan. Fakta sedemikian ini ramai yang tahu dan mustahil ada yang tidak tahu. Manakala Anwar Ibrahim cuba membuka wacana baru dengan politik Ketuanan Rakyat. Ajenda Ketuanan Rakyat ini amat menarik terutama dikalangan jenerasi muda. Ketuanan Rakyat ini menarik kerana ianya menolak garis perkauman, menolak parti-parti yang berasakan kaum dan membuka wadah politik yang berkemungkinan membawa kesaksamaan derajat untuk anak semua bangsa. Tentang politik baru ini wajib ambil tahu dan jangan buat-buat tidak tahu. Ketuanan Melayu Najib Razak disokong oleh kaum pemodal dan kapitalis yang besar. Najib juga dibantu juga oleh para cukong China yang luas jaring ekonominya. Dalam masa yang sama Najib Razak mendapat sokongan peniaga-peniaga dan kontraktor Melayu yang besar ekonominya. Para peniaga ini berjaya kerana Dasar Ekonomi Baru tetapi masih bergantung nyawa dan menunggu sokongan kerajaan. Ini semua orang tahu. Manakala Anwar Ibrahim disokong oleh kaum pemodal pertengahan yang nafas mereka turun naik kerana mereka tidak tersenarai atau dinobatkan sebagai kroni United Malay National Organisation. Kaum pemodal dan para kontraktor kecil ini berharap jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri maka perniagaan mereka dapat sokongan untuk membesar. Anwar juga disokong para peniaga kecil, tuan empunya warong dan orang-orang yang tidak dipedulikan oleh United Malay National Organisation. Fakta ini masih ada yang buat buat tidak tahu. Justeru - Najib dan Anwar ini memiliki sokongan yang luas dan tegar. Penyokong Anwar dan penyokong Najib datang dari latar belakang kelas yang berasingan. Punca-punca ekonomi membezakan penyokong Anwar dan penyokong Najib. Bila membaca ekonomi dijadikan asas menganalisa politik maka ramai penganalisa politik jadi bebal kerana mereka tidak tahu. Selama ini mereka hanya menganalisa watak Najib dan watak Anwar. Ramai yang tidak diberi tahu dibelakang pertempuran dua politikus Melayu ini ialah kaum pemodal yang sentiasa ingin tahu siapa yang wajib disokong. Kalau bumi retak dan langit runtuh ianya tidak akan mengubah apa-apa keputusan pada hari Isnin depan. Malaysia tahu Anwar Ibrahim akan didapati bersalah. Anwar akan dinafikan hak untuk bertanding sebagai ahli parlimen. Anwar akan merayu. Lima tahun kemudian di mahkamah rayuan Anwar Ibrahim akan didapati tidak bersalah. Ketika ini Anwar Ibrahim telah botak dan berumur 71 tahun. Ada sesiapa lagi yang tidak tahu apa yang sebenarnya sedang dilakukan oleh Najib? Ini namanya perang bioloji. Kalau Najib tidak memenjarakan Anwar dan mematikan gerak langkah politik Anwar , Najib sendiri akan masuk ke penjara dan United Malay National Organisation akan tutup kedai. Jika ini berlaku barulah seluruh Malaysia tahu bahawa bekas pembantu Anwar Ibrahim yang bernama Saiful Bukhari hanyalah cacing kerawit dalam usus politik perang bioloji Najib Razak. Berhenti sebentar! Sebelum hari Isnin ini sampai ada satu pekara lagi yang tidak diketahui tetapi masanya telah sampai untuk di ketahui. Pekara tahu yang wajib diketahui oleh seluruh warga Malaysia ini ialah peranan Amerika, United Kingdom, Turkey dan Indonesia. Atau lebih senang lagi apakah peranan Barak Obama, David Cameron, Recep Tayyip Erdogan dan Susilo Bambang Yudhoyono dalam menentukan keputusan kes Anwar liwat Saiful ini. Apakah pembaca terperanjat apabila tahu ada kuasa luar yang masuk campur dalam kes Anwar liwat Saiful ini? Jangan terperanjat kerana seperti kata Donald H. Rumsfeld "...there are also uknown unknowns..." atau ada pekara tidak tahu dan kita sendiri tidak tahu yang kita tidak tahu. * Pandangan yang dikemukakan di sini adalah pendapat peribadi kolumnis |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan